Anda di halaman 1dari 17

1.

PENGENALAN
Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada pimpin. Pimpin bererti bimbing,

pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan
menuju ke suatu tempat. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kepimpinan membawa erti
keupayaan memimpin. Manakala, kepemimpinan pula membawa maksud keupayaan
sebagai pemimpin dan daya seseorang pemimpin (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005).
Kepimpinan ialah tingkah laku yang mempunyai keupayaan mengubah haluan
sesuatu organisasi. Kepimpinan perlu memilih kriteria-kriteria tertentu dalam usaha
mencapai objektif organisasi. Mereka boleh memantau orang bawahan agar mengikut
kriteria yang dipilih untuk tujuan pembangunan dan kejayaan di samping dapat
mempertahankan corak kerja berpasukan yang erat (Cartwright dan Zender, 1960) dan
(Halpin, 1960).
Gaya kepimpinan pula adalah merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan
kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat untuk
mencapai objektif organisasi. Menurut Syed Ismail Mustapa dan Ahmad Subki Miskon
(2013), terdapat enam gaya asas kepemimpinan yang dapat dikenal pasti. Gaya-gaya
tersebut ialah gaya kepimpinan instruksional, autokratik, demokratik, laissez-faire,
kontigensi, dan Islamik.
Menurut Blase (1989), kepimpinan instruksional adalah penyeliaan pembangunan
staf untuk perkembangan kurikulum. Gaya kepimpinan ini memberikan fokus kepada kualiti
kepimpinan yang boleh menggerakkan guru-guru di bawahnya ke arah pemikiran kreatif dan
kritis di samping sentiasa mengamalkan sikap positif dan berinovatif. Pemimpin sekolah
mengikut gaya kepimpinan ini memainkan peranan penting dalam menjana modal insan
yang cemerlang. Oleh itu, standard yang tinggi dalam aspek pencapaian intelektual,
jasmani, rohani dan emosi perlu ditetapkan.
Pemimpin yang menggunakan gaya kepimpinan autokratik pula percaya bahawa
kuasa membuat keputusan mesti dipegang oleh mereka. Segala arahan dikeluarkan oleh
pemimpin dan pengikut hendaklah patuh tanpa banyak soal. Menurut Keith dan Girling
(1991), para pemimpin autokrat lazimnya berfungsi secara autonomi dalam memberi tunjuk
ajar tentang apa dan bagaimana tugas-tugas harus dilakukan, membuat keputusan sendiri
dan suka memberi arahan. Kepemimpinan jenis ini menunjukkan pemimpin tersebut ingin
bersifat berkuasa dan orang lain tiada kebebasan untuk mengeluarkan pendapat dalam
sesuatu perkara. Interaksi antara pemimpin dan warga sekolah adalah bersifat sehala dan
pasif.
Berbeza dengan gaya kepimpinan autokratik, pemimpin dengan gaya demokratik
bersikap agak terbuka. Pemimpin atau Guru Besar berkongsi kuasa dengan guru dan
pendapat mereka turut diambil kira dalam membuat keputusan. Pemimpin demokratik
1

berperanan menjadi pembimbing yang baik kepada kumpulannya dan mementingkan


sokongan daripada orang bawahannya. Menuurt Ibrahim Mamat (2001), pemimpin
demokratik berfungsi sebagai pemangkin yang mempercepat perjalanan proses menuju
matlamat dengan cara yang paling sesuai. Pemimpin dengan gaya ini sangat dihormati dan
dihargai serta lambing kebaikan.
Seterusnya, pemimpin laissez-faire pula memberi sepenuh kebebasan kepada orang
bawahannya untuk bertindak dan membuat keputusan tanpa mencampuri langsung urusan
tersebut. Pemimpin tersebut meletakkan sepenuh tanggungjawab dan kepercayaan kepada
orang bawahannya kerana melihat mereka sudah matang dalam mempertimbangkan setiap
keputusan yang perlu diambil dalam mencapai matlamat yang telah dipersetujui bersama.
Kepimpinan jenis ini tidak memperlihatkan kepimpinan seseorang Guru Besar itu dengan
jelas dalam memimpin sekolahnya kerana terlalu sedikit kuasa yang digunakannya.
Kepimpinan laissez-faire tidak mempunyai matlamat dan objektif kerja yang jelas dan oleh
sebab itu konflik berpotensi untuk wujud dan mungkin mencapai tahap sukar dikawal.
Kepimpinan yang disesuaikan mengikut keadaan dan keperluan pula adalah
kepimpinan kontigensi. Menurut Amir Hasan Dawi (2006), kepimpinan kontigensi boleh
dilihat apabila Guru Besar menyesuaikan gaya kepimpinannya mengikut keadaan atau
keperluan yang wujud. Kepimpinan kontigensi dipengaruhi oleh faktor-faktor perubahan
situasi pada masyarakat seperti perhubungan pemimpin dan pengikut, struktur kerja dan
kedudukan kuasa. Gaya kepimpinan ini mementingkan kebijaksanaan pemimpin untuk
menilai keadaan dan membuat keputusan.
Gaya kepimpinan Islamik seterusnya pula adalah kepimpinan yang berdasarkan
ajaran al-Quran, al-Sunnah dan Syura. Kuasa dan tanggungjawab yang diberikan kepada
pemimpin ini dianggap sebagai amanah dari pekerja atau rakyat dan juga amanah daripada
Allah S.W.T. Amanah atau tugas-tugas yang diterima oleh seseorang pemimpin itu haruslah
ditadbir, diputuskan dan dibincangkan melalui konsep syura iaitu musyawarah atau
perbincangan bersama. Konsep tawakkal iaitu berserah kepada Allah S.W.T. setelah semua
idea dan perancangan diatur dengan teliti juga ditekankan kerana hanya Allah S.W.T. yang
maha besar dan mengetahui akhir setiap pekerjaan.

2.0

GAYA KEPEMIMPINAN GURU BESAR DAN TEORI KEPEMIMPINAN YANG


BERKAITAN

Pemimpin menurut Ibrahim Mamat (2001) merupakan individu dalam sebuah


organisasi yang bertanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti untuk mencapai
matlamat organisasi. Carta organisasi sesebuah sekolah pula meletakkan Guru Besar pada
kedudukan paling tinggi dalam organisasi tersebut. Secara tidak langsung, ini bermakna
bahawa Guru Besar merupakan pemimpin bagi sesebuah sekolah itu. Pada 7 Julai 2014
sehingga 8 Ogos 2014 yang lalu, saya telah pun menjalani internship di Sekolah
Kebangsaan (SK) Mejar (bukan nama sebenar) yang terletak dalam kem tentera.
Sepanjang tempoh sebulan menjalani internship di sana, saya telah menggunakan
dengan sebaiknya peluang yang ada untuk mengenali Guru Besar sekolah tersebut dengan
lebih dekat. Cikgu Hassan (bukan nama sebenar) telah berkhidmat selama lima tahun di
sekolah tersebut iaitu bermula daripada tarikh 16 Jun 2009. Sebelum berkhidmat di SK
Mejar, beliau telah memegang jawatan sebagai Guru Besar di SK Sampadi, Lundu daripada
Jun 2006 sehinggalah Jun 2009. Hasil temu bual yang telah dijalankan bersama dengan
Guru Besar, beliau telah ditempatkan di SK Mejar dengan membawa misi daripada Pejabat
Pelajaran Daerah di bawah pimpinan Encik Badwi pada ketika itu. Misi yang diberikan oleh
PPD kepada beliau adalah untuk memulihkan keadaan bermasalah dalam pengurusan oleh
Guru Besar yang lama.
Menurut Cikgu Hassan, ketika beliau baru sahaja memulakan perkhidamatannya di
SK Mejar beliau mendapati terdapat begitu banyak masalah dalam kepimpinan Guru Besar
yang lama. Hal ini menurut beliau dapat dilihat pada sikap guru-guru di sekolah tersebut
yang tiada semangat berpasukan. Sebaliknya, mereka mempunyai klik-klik tertentu dan
saling tidak sefahaman. Cabaran yang besar bagi Cikgu Hassan sebagai pemimpin yang
baru di sekolah tersebut adalah untuk memulihkan keadaan dan membawa guru-guru di
bawah kepimpinan beliau untuk sehati sejiwa memajukan prestasi sekolah dalam segenap
segi serta mewujudkan suasana kerja yang menyeronokkan. Hussein Mahmood (1993)
menyatakan bahawa rata-rata kajian berkaitan membuat kesimpulan bahawa apa yang
membezakan keberkesanan sekolah dengan sekolah yang lain adalah kepimpinan
Pengetua atau Guru Besarnya. Hasil pemerhatian selama sebulan ke atas gaya kepimpinan
yang diamalkan oleh Guru Besar SK Mejar, saya mendapati bahawa Cikgu Hassan
mengamalkan gaya kepimpinan demokrasi dan kepimpinan berperikemanusiaan (humanis).
Menurut Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon (2013) dalam buku
mereka yang berjudul Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional, Guru Besar
dengan gaya kepimpinan demokrasi adalah pemimpin yang bersikap agak terbuka. Guru
Besar berkongsi kuasa yang beliau ada dalam membuat keputusan bersama-sama dengan
guru-guru lain. Ini bermakna, sesiapa sahaja guru yang berada di bawah kepimpinan Guru
3

Besar

ini

boleh

memberikan

pandangan

dan

pendapat

yang

seterusnya

akan

mempengaruhi keputusan muktamad yang akan diputuskan oleh Guru Besar itu sendiri. Ciri
kepimpinan tersebut jelas sekali ada pada Cikgu Hassan. Beliau seringkali meminta
pandangan guru-guru lain dalam setiap perkara yang beliau perlu putuskan. Daripada apa
yang saya lihat, beliau akan membangkitkan isu-isu atau perkara-perkara tersebut dalam
mesyuarat bersama guru-guru atau ketika sesi Info Pagi. Info Pagi adalah satu sesi yang
diadakan selama sejam dalam seminggu bagi semua guru berhimpun di bilik guru dan
mendengar

amanat-amanat daripada pihak pengurusan sekolah iaitu Guru Besar dan

Guru-guru Penolong Kanan yang lainnya. Semasa sesi Info Pagi ini berlangsung, saya
dapat melihat Guru Besar akan menyampaikan pesanan-pesanan berkaitan dengan aktivitiaktiviti sepanjang minggu tersebut dan turut membawa guru-guru berbincang tentang
perkara yang perlu mendapat kata putus. Sebagai contohnya pada Info Pagi 24 Julai 2014
yang lalu, Guru Besar telah memaklumkan kepada guru-guru bahawa pada 21 Julai 2014
iaitu pada hari Isnin minggu tersebut telah terdapat beberapa orang pegawai daripada
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuching datang melawat sekolah bagi Program
Pemantauan 100 Hari Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Melalui
Pemantauan 100 Hari tersebut, pihak PPD dan Kementerian Pendidikan ingin meninjau
program-program yang dilakukan oleh pihak sekolah dalam usaha memenuhi 11 anjakan
dalam PPPM. Oleh itu, Guru Besar membawa guru-guru berbincang tentang programprogram yang perlu dirancang dalam memantapkan lagi prestasi sekolah dalam PPPM.
Melalui sikap terbuka Guru Besar yang meminta pandangan daripada guru-guru lain,
saya melihat guru-guru yang mempunyai idea tidak segan untuk mengemukakan idea
mereka. Setiap idea yang diberikan oleh guru-guru tidak dikritik oleh Guru Besar.
Sebaliknya, setelah mendengar pandangan daripada beberapa orang guru, beliau akan
membuat keputusan berdasarkan suara majoriti. Sebagai contohnya, guru bimbingan dan
kaunseling telah mengemukakan cadangan bahawa bagi Anjakan 9 dalam PPPM iaitu
Bekerjasama dengan Ibubapa, Komuniti dan Sektor Swasta secara meluas, Sarana Ibu
Bapa perlu dilaksanakan dengan lebih mantap lagi. Cadangan guru tersebut telah disokong
oleh beberapa orang guru kerana ibu bapa adalah individu yang sangat dekat dengan
murid-murid selepas sesi persekolahan. Tanpa sokongan dan penglibatan ibu bapa dalam
pembelajaran murid-murid, sesi pembelajaran hanya diberikan perhatian di sekolah sahaja
sedangkan di rumah pula murid-murid tidak mengambil peduli pelajaran mereka. Sarana Ibu
Bapa bertujuan agar ibu bapa mempunyai kesedaran dan tanggungjawab yang dikongsi
bersama dengan guru dalam memastikan kecemerlangan murid. Hasil perbincangan
tersebut, maka Guru Besar telah memutuskan bahawa satu perjumpaan akan diadakan
dalam tempoh terdekat bagi semua ibu bapa murid-murid Tahun 6 yang akan menjalani
4

UPSR beberapa bulan sahaja lagi bagi memantapkan penglibatan ibu bapa dalam
memastikan kecemerlangan anak-anak mereka.
Kesan daripada sikap Guru Besar yang bersikap terbuka dan menerima suara
majoriti tersebut, saya dapat melihat guru-guru di bawah kepimpinan beliau berpuas hati
tidak kiralah sama ada pandangan mereka diterima atau ditolak. Apabila suara majoriti
didengari dan diambil peduli, maka rasa kekitaan akan lahir dan sesuatu program atau
aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah akan berjalan dengan lancar. Kepuasan hati
pekerja bawahan telah dapat memaksimumkan penglibatan dan hasil kerja mereka. Hal ini
secara tidak langsung membawa kepada kejayaan sesuatu program tersebut.
Pemimpin yang demokratik tidak memerintah, tetapi mengajak orang-orang
bawahnya membuat sesuatu demi kepentingan bersama. Ini adalah satu lagi ciri yang dapat
saya lihat dalam diri Cikgu Hassan sebagai pemimpin di SK Mejar. Saya pernah melihat
sendiri Cikgu Hassan yang pada awal paginya segak menggunakan pakaian pejabat tetapi
pada masa rehat, beliau menggunakan pakaian ala-ala welder. Hal yang lebih mengejutkan
saya lagi adalah saya melihat beliau mengimpal besi untuk membuat kaki meja sedangkan
pada mulanya saya ingatkan beliau hanya berpakaian sebegitu untuk membantu staf
sokongan. Meja-meja tersebut akan diletak dan digunakan di dalam bilik mesyuarat. Selain
itu, meja-meja tersebut juga diletakkan di bahagian tepi dewan untuk apa-apa sahaja
kegunaan lain. Bagi saya secara peribadi, sikap Cikgu Hassan yang begitu merendah diri
sehingga sanggup melakukan kerja-kerja pertukangan harus dijadikan tauladan. Beliau
bukanlah jenis pemimpin yang suka mengarah sebaliknya beliau mengamalkan kepimpinan
melalui teladan. Beliau mengajak guru-guru atau staf-staf sekolah untuk sama-sama
mencurahkan sepenuhnya bakti dan tenaga demi kemajuan sekolah. Kalau diikutkan, beliau
boleh sahaja membeli meja pasang siap atau mengupah sahaja tukang besi untuk
melakukan kerja-kerja pertukangan tersebut dengan menggunakan peruntukan kerajaan
untuk sekolah. Tetapi menurut beliau, masa lapang yang beliau ada lebih baik diisikan
dengan kerja-kerja sebegitu. Meskipun ada ketikanya semua staf sibuk dengan tugas
masing-masing, cikgu Hassan langsung tidak kisah menjalankan kerja-kerja kimpalan itu
seorang diri.
Bukan itu sahaja malahan pernah satu masa ketika saya pergi ke pejabat Cikgu
Hassan untuk mendapatkan tandatangan beliau untuk meluluskan kertas-kertas kerja
internship, saya melihat beliau sedang khusyuk menghadap komputer ribanya. Apabila
ditanya, sambil tersenyum beliau menyatakan bahawa beliau sedang membuat kertas
percubaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya
berasa hairan mengapakah beliau membuat kertas soalan tersebut sedangkan beliau tidak
5

mengajar Bahasa Melayu? Maka jawapan yang beliau berikan adalah beliau secara
sukarela membantu guru-guru Tahun 6 untuk membuat kertas ujian percubaan tersebut.
Beliau turut menyatakan bahawa beliau mahu guru-guru Tahun 6 fokus kepada kelas-kelas
tambahan dan usaha-usaha lain dalam meningkatkan prestasi murid-murid Tahun 6
tersebut. Sebagai salah satu cara untuk meringankan beban guru-guru Tahun 6 khasnya
guru-guru Tahun 6 yang kurang berpengalaman dalam bidang yang mereka ajar, beliau
secara sukarela membuat kertas ujian tersebut. Sejujurnya, saya berasa sungguh terkejut
dan terkedu. Rasanya tidak pernah selama tempoh bergelar guru pelatih dan banyak
sekolah telah dilawati, saya mendengar ada Guru Besar yang secara sukarela membuat
kerja guru-guru lain untuk meringankan beban guru-guru di bawah pimpinannya. Jelaslah
bahawa beliau seorang pemimpin yang sangat memahami dan prihatin. Sikapnya itu juga
telah menjadi motivasi kepada pekerja bawahannya untuk mencontohi beliau.
Selain daripada itu, Ibrahim Mamat (2001) berpendapat bahawa pemimpin
demokratik berfungsi sebagai pemangkin yang mempercepat perjalanan proses menuju
matlamat dengan cara yang paling sesuai. Disebabkan kepimpinannya bersifat membantu,
beliau dihormati dan dihargai serta dilihat sebagai lambang kebaikan. Hasil temu bual saya
bersama-sama dengan guru-guru di SK Mejar, rata-ratanya menyatakan bahawa Cikgu
Hassan adalah seorang yang sangat baik dan bertimbang rasa. Guru-guru di sekolah
tersebut sangat menghormati beliau kerana pendekatan baik yang beliau gunakan untuk
menjalinkan hubungan bersama staf-staf beliau. Menurut Cikgu Anis (bukan nama sebenar),
di saat dia berhadapan dengan masalah rumah tangga dan berhadapan dengan kes
penceraian, beliau selalu menghadapi masalah untuk hadir ke sekolah. Pandangan guruguru lain terhadap Cikgu Anis juga berubah kerana menganggap beliau kaki ponteng
sedangkan Cikgu Hassan pula sebaliknya. Oleh kerana sikap prihatin yang ditunjukkan oleh
Guru Besar, maka Cikgu Anis dengan sendirinya pergi ke pejabat Cikgu Hassan bagi
menceritakan masalah yang dihadapi oleh beliau. Memahami masalah yang dihadapi oleh
Cikgu Anis, Guru Besar memberikan beliau Cuti Rehat Khas dan meminta agar Cikgu Anis
memaklumkan beliau bila-bila masa sahaja jika beliau gagal untuk hadir ke sekolah. Cikgu
Hassan juga turut menasihati Cikgu Anis agar menjaga prestasi kerja kerana meskipun
beliau dapat memahami keadaan Cikgu Anis, beliau khuatir rakan-rakan sekerja Cikgu Anis
yang lain berpandangan negatif terhadap Cikgu Anis yang seterusnya akan menambah
tekanan yang dihadapinya. Atas rasa terharu dengan sikap Cikgu Hassan yang memahami,
secara tidak langsung Cikgu Anis berubah dengan bersikap lebih profesional terhadap
tugasnya walaupun kesan daripada kegagalan rumah tangganya itu masih ada.
Hasil daripada sikap Guru Besar yang prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh
pekerja bawahannya, guru-guru di sekolah tersebut merasa dekat dengan beliau. Ini turut
6

menunjukkan

bahawa

Cikgu

Hassan

turut

mengamalkan

gaya

kepimpinan

berperikemanusiaan yang bermaksud hubungan antara pemimpin dengan orang-orang yang


dipimpin

diwujudkan

berperikemanusiaan

dalam

bentuk

menunjukkan

hubungan

minat

yang

kemanusiaan.

lebih

terhadap

Kepimpinan
kakitangannya.

yang
Dia

mementingkan suasana kerja yang baik, dipupuk melalui jalinan persahabatan yang mesra
di kalangan semua kakitangan. Hubungan yang terjalin antara Cikgu Hassan dan guru-guru
lain dapat dilihat seperti hubungan kekeluargaan. Menurut Cikgu Hassan sendiri, beliau
lebih senang menganggap pekerja-pekerja di bawah kepimpinan beliau sebagai sebuah
keluarga. Hal ini adalah kerana beliau merasa lebih mudah mendekati, menegur dan
memberikan arahan kepada mereka apabila hubungan yang terjalin adalah mesra.
Impaknya, apa sahaja perkara yang diarahkan oleh Guru Besar akan segera dipatuhi dan
dilaksanakan tanpa sebarang rasa terbeban. Tambahan pula, hubungan baik yang terjalin
mampu mengelakkan konflik di tempat kerja dan seterusnya menjadi pembangkit semangat
untuk mereka bekerja dengan lebih efektif.
Teori yang jelas berkaitan dengan gaya kepimpinan beliau yang mementingkan
hubungan baik antara pemimpin dan orang-orang bawahan adalah Teori Perhubungan
Manusia atau Teori Transformasi James Macgregor Burns (1978) dan Bernard Bass (1981).
Teori ini menjelaskan bahawa perhubungan manusia boleh mempengaruhi kelakuan dan
perlakuan antara kedua-duanya. Perlakuan pemimpin terutamanya boleh memberi kesan
terhadap kepuasan hati pengikut dalam melaksanakan tugas. Contohnya dapat dilihat
apabila Cikgu Hassan mengambil kira setiap pandangan dan pendapat daripada guru-guru
lain sebelum membuat sesuatu keputusan tentang program atau aktiviti yang hendak
dijalankan. Dua corak perlakuan pemimpin yang disukai orang bawahan menurut teori ini
iaitu pemimpin yang memberikan penekanan terhadap tugas untuk mencapai matlamat
organisasi dan penekanan terhadap perhubungan baik antara pemimpin dan orang-orang
bawahannya. Cikgu Hassan melalui tutur bicara dan tingkah lakunya merupakan seorang
pemimpin yang sangat menjaga hati dan perhubungannya bersama-sama dengan guru-guru
serta seluruh warga sekolah beliau. Beliau beranggapan bahawa suasana kerja akan jadi
lebih menyeronokkan dan memberangsangkan sekiranya hubungan yang terjalin antara
pemimpin dan orang-orang yang dipimpin adalah seperti hubungan sebuah keluarga.
Baginya, arahan, teguran mahupun nasihat yang disampaikan seperti seorang abang
kepada adik-adiknya adalah lebih berkesan.
Menurut Burns (1978), dalam Ainon dan Abdullah (2003), kepimpinan yang
dikemukan oleh beliau yang mana teorinya telah disokong oleh pakar seperti Bernard Bass
(1990), mengatakan seseorang pemimpin itu telah mengamalkan gaya kepimpinan
transformasi apabila dia berjaya mengubah sikap individu-individu yang dipimpinnya
7

daripada sikap mengutamakan kepentingan diri sendiri kepada mementingkan kelompok.


Perubahan ini terjadi apabila mereka dengan sukarela sanggup bekerja dan berjuang demi
mencapai tujuan dan matlamat organisasinya. Sebagai contohnya dalam situasi Cikgu Anis
tadi. Apabila berhadapan dengan konflik rumah tangganya, dia telah mengabaikan
tanggungjawabnya terhadap tugas perguruan. Namun atas nasihat dan sifat Guru Besar
yang memahami, dia kini telah berjaya menguruskan konflik hidupnya dengan baik sehingga
tidak mengabaikan tugas profesionalnya. Begitu juga dengan kepimpinan melalui teladan
yang telah Guru Besar tunjukkan kepada seluruh warga sekolah. Bukan sahaja membuat
meja untuk kegunaan sekolah, tetapi saya juga pernah melihat Guru Besar membuka
semua pintu dewan yang diperbuat daripada besi itu sebelum majlis perhimpunan mingguan
sekolah bermula memandangkan beliau adalah antara orang yang terawal hadir ke sekolah
setiap hari jika beliau tidak mempunyai urusan rasmi di luar.
Teori Penglibatan Robert House (1996) pula menyatakan bahawa kepimpinan
penglibatan ini adalah jenis kepimpinan dalam pengurusan yang mana sebarang keputusan
adalah dibuat berdasarkan hasil perbincangan bersama semua anggota yang terlibat. Teori
ini adalah didasari oleh Hierarki Keperluan Abraham Maslow (1970). Berdasarkan Hierarki
Keperluan Abraham Maslow, keperluan asas seseorang individu itu perlu diutamakan
sebelum dia boleh mencapai tahap yang lebih tinggi seperti keperluan keselamatan,
keperluan kasih sayang, keperluan penghargaan dan tahap tertinggi adalah keperluan
penyempurnaan kendiri. Mengikut Omardin Ashaari (1996), kaedah yang paling berkesan
untuk mencapai matlamat bukan dengan cara menggunakan kuasa tetapi dengan
memenuhi hasrat dan keperluan individu. Dalam memimpin sekolah, Cikgu Hassan juga
sentiasa berusaha mengambil perhatian akan keperluan guru-guru di sekolahnya. Cara
yang beliau gunakan adalah dengan sentiasa bergaul dan berborak bersama-sama dengan
mereka. Menurut Cikgu Hassan sendiri, dia menggalakkan guru-guru berjumpa dan
bercerita masalah atau apa-apa sahaja perkara dengannya tidak kiralah di dalam pejabat
mahupun di mana-mana sahaja mereka terserempak dengannya dalam kawasan sekolah.
Cikgu Hassan juga merupakan seorang Guru Besar yang rajin turun padang dalam semua
aktiviti yang dikelolakan oleh pihak sekolah selain juga rajin meronda kawasan sekolah. Hal
ini memudahkan beliau mengenalpasti keperluan warga sekolah dan sentiasa berusaha
memenuhinya.
Sergiovanni (1974, 1992) mengutarakan bahawa Teori Kepemimpinan Moral adalah
berasaskan nilai, prinsip dan etika. Sergiovanni (1992) mengemukakan, kepemimpinan
moral jauh lebih efektif dan efisien dibandingkan dengan kepemimpinan tradisional. Ini
bermakna, jika moral telah menjadi keutamaan pemimpin dalam setiap tindakannya, beliau
akan sentiasa melakukan yang terbaik, sama ada terdapat orang lain yang mengawasinya
8

atau tidak. Cikgu Hassan merupakan seorang yang sangat berpegang pada nilai jujur dan
amanah. Beliau menceritakan bahawa beliau tidak pernah mengambil wang hasil
sumbangan pihak-pihak tertentu kepada sekolah. Menurut beliau, wang peruntukan yang
disediakan oleh kerajaan tidak beliau campurkan dengan wang hasil sumbangan orang
ramai. Kegunaan wang hasil sumbangan tersebut adalah untuk membeli barangan
keperluan sekolah yang tidak boleh dibeli menggunakan wang peruntukan daripada
kerajaan. Misalnya, cenderahati khas daripada pihak sekolah untuk tetamu kehormat atau
individu-individu tertentu. Sikap beliau yang memegang prinsip kepimpinan melalui teladan
juga menunjukkan kesungguhan beliau dalam mempengaruhi pekerja bawahannya
mencontohi sikap beliau. Beliau adalah merupakan individu yang hadir paling awal ke
sekolah pada setiap hari jika tiada urusan rasmi di luar sekolah. Waktu persekolahan
bermula pada pukul 7.10 pagi dan Guru Besar sudah mula berada di sekolah sekitar pukul
6.10 pagi sedangkan guru-guru lain kebanyakannya tiba di sekolah selepas pukul 6.30 pagi.

3.0

REFLEKSI KE ATAS GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR


Refleksi ke atas gaya kepimpinan Guru Besar adalah suatu ruangan untuk saya

menyampaikan pandangan dari kaca mata saya terhadap gaya kepimpinan yang digunakan
oleh Cikgu Hassan sebagai Guru Besar SK Mejar. Pada bahagian ini, saya akan
memuatkan kekuatan dan kelemahan hasil daripada gaya kepimpinan beliau serta
9

memberikan cadangan penambahbaikan yang dirasakan perlu ke atas gaya kepimpinan


beliau tersebut dalam usaha memantapkan lagi kepimpinan beliau.
Gaya kepimpinan Guru Besar secara langsung ataupun tidak akan memberikan
kesan ke atas prestasi guru-guru. Gaya kepimpinan yang memberikan tanggapan positif
kepada guru-guru akan memberikan kesan baik terhadap organisasi di sekolah. Menurut
Barnett dan McCormick (2004), hubungan antara Guru Besar dan guru-guru amat penting
kerana ini akan mempengaruhi budaya pembelajaran sekolah. Selain memberi kesan
terhadap prestasi guru, gaya kepimpinan juga mempengaruhi prestasi murid-murid secara
tidak langsung. Dalam konteks ini, Cikgu Hassan telah berjaya memainkan peranannya
sebagai pentadbir dan pemimpin di sekolah dengan meningkatkan prestasi keseluruhan
sekolah tahun demi tahun sejak keberadaannya di sekolah tersebut. Sebagai buktinya,
dalam pencapaian akademik misalannya iaitu pencapaian SK Mejar dalam Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR), hanya 58.45% jumlah murid-murid yang lulus . Sejak Cikgu
Hassan berkhidmat sebagai Guru Besar di sekolah tersebut pula, peratusan murid-murid
yang lulus dalam UPSR terus meningkat. Pada dua tahun kebelakangan ini, peratusan lulus
UPSR terus meningkat daripada 65.35% pada tahun 2012 kepada 76.23% pada tahun lalu.
Menurut Nordin Tahir (2011), ciri-ciri seorang pemimpin yang berkesan adalah
seorang pemimpin yang jujur dan berintegriti; berfikiran matang; stabil emosinya;
mempunyai konsep kendiri yang positif; mempunyai motivasi dalaman dan dorongan
pencapaian; jalinan hubungan kemanusiaan yang baik; berani mengambil risiko; sabar; dan
berkeyakinan tinggi. Hampir kesemua ciri-ciri tersebut saya lihat ada pada Cikgu Hassan
dan perkara-perkara tersebutlah yang menjadi antara kekuatan dalam kepimpinan beliau.
Jika hendak difikirkan, bukanlah sesuatu yang mudah untuk memimpin sebuah sekolah
yang besar jumlah guru-guru dan murid-muridnya. SK Mejar mempunyai 81 orang guru
termasuk staf-staf sokongan dan lebih kurang 750 orang murid keseluruhannya. Tambahan
pula sekolah tersebut terletak di dalam kem tentera yang mana segala gerak-geri pihak
pengurusan dan kakitangan sekolah sentiasa diperhati oleh ibu bapa murid. Namun,
sepanjang di bawah pimpinan beliau tiada rekod buruk sekolah telah dicatatkan dari semua
segi.
Sebagai seorang guru pelatih yang pernah menjalani praktikum selama tiga bulan
dan internship selama sebulan di sekolah tersebut, saya secara peribadinya mengagumi
gaya kepimpinan yang ditonjolkan oleh Cikgu Hassan. Beliau tidak pernah merendahrendahkan guru-guru pelatih sebaliknya kami dihormati dan dilayan sama seperti guru-guru
lain di sekolah tersebut. Saya langsung tidak mempunyai sebarang masalah untuk
berkomunikasi dengan beliau kerana benarlah seperti kata-kata guru-guru di sana bahawa
10

Cikgu Hassan merupakan seorang yang mudah didampingi dan dibawa berbincang. Beliau
juga sentiasa ada untuk mendengar pandangan atau masalah yang ingin kita sampaikan.
Meskipun kami guru-guru pelatih ditempatkan di dalam bilik yang berasingan dengan guruguru lain akibat faktor bilik guru yang sempit, namun Guru Besar selalu melawat bilik kami
untuk bertanyakan khabar dan perkembangan kami di sekolah tersebut. Beliau juga seorang
yang suka menyelitkan unsur gurauan dalam perbualan bersama beliau. Hal ini benar-benar
membuka mata saya bahawa beliau seorang yang sangat merendah diri dan mesra.
Manusia adalah insan ciptaan Tuhan yang Maha Esa. Oleh itu, tiada insan yang
sempurna melebihi Sang Penciptanya. Walaupun kepemimpinan Cikgu Hassan di SK Mejar
disenangi oleh warga sekolah, namun pasti ada kekurangan yang dihadapi hasil daripada
gaya kepimpinan yang diamalkan oleh beliau antara beliau sedari ataupun tidak. Salah satu
daripadanya adalah guru-guru meletakkan kebergantungan yang tinggi terhadap Guru
Besar kerana terlalu banyak bantuan yang beliau hulurkan. Suatu kehilangan yang besar
bagi sekolah jika Guru Besar seperti Cikgu Hassan berpindah atau bersara. Hal ini kerana
guru-guru telah biasa bergantung harap kepadanya. Contohnya seperti niat baik beliau yang
ingin membantu meringankan beban guru-guru Bahasa Melayu Tahun 6 menyediakan
kertas ujian yang kebanyakannya adalah guru-guru yang kurang mahir dalam bidang
tersebut kerana major masing-masing adalah dalam bidang yang berbeza, akan
meninggalkan impak kebergantungan yang tinggi terhadap Guru Besar sendiri. Guru-guru
yang dibantu akan terus mengharapkan bantuan daripada Guru Besar dan seandainya Guru
Besar tidak dapat lagi membantu mereka secara tiba-tiba maka mereka akan menghadapi
kesulitan untuk menyediakan sendiri sesuatu kertas ujian itu.
Menurut Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon (2013), pemimpin
demokratik berperanan menjadi pembimbing yang baik kepada kumpulannya. Oleh itu, pada
pandangan saya Guru Besar yang seharusnya bertindak sebagai pembimbing boleh
membantu dengan memberikan contoh-contoh kertas ujian kepada guru-guru yang kurang
berpengalaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tersebut sebagai panduan
menyediakan kertas ujian itu sendiri. Sekiranya perlu pula, Guru Besar boleh mengadakan
satu perbincangan bersama guru-guru berkenaan untuk menghasilkan kertas ujian tersebut.
Seperti kata-kata hikmah yang dikemukakan oleh seorang ahli falsafah bernama Confucius
yang berbunyi, Berikan seseorang seekor ikan dan anda akan memberinya makan untuk
sehari. Ajari seseorang memancing ikan dan anda akan memberikannya makan untuk
seumur hidupnya.

4.0

PENUTUP
11

Guru Besar SK Mejar iaitu Cikgu Hassan cenderung mengamalkan gaya kepimpinan
demokratik dan kepimpinan berperikemanusiaan (humanis). Prinsip yang dipegang kuat
oleh beliau adalah segala sesuatu harus dibawa dalam perbincangan sebelum diputuskan
dan semua pandangan akan diambil kira. Beliau juga sangat menjaga hubungan dengan
guru-guru dan seluruh warga sekolah sehingga menganggap mereka bekerja sebagai
sebuah keluarga. Teori-teori yang mempunyai perkaitan dengan gaya kepimpinan beliau
adalah Teori Perhubungan Manusia atau Teori Transformasi James Macgregor Burns (1978)
dan Bernard Bass (1981), Teori Penglibatan Robert House (1996), Teori Kepemimpinan
Moral Sergiovanni (1974, 1992). Kesimpulannya, seseorang Guru Besar yang berjaya
membawa perubahan yang positif ke atas sekolah yang dipimpinnya adalah Guru Besar
yang telah berjaya menggabungkan beberapa gaya kepimpinan untuk membentuk satu
karekter kepimpinan yang unggul. Kata-kata pujangga yang berbunyi Pemimpin yang hebat
tidak mengarahkan anda perkara yang perlu dibuat , beliau menunjukkan bagaimana ia
disempurnakan haruslah direnungi bersama.

5.0

BIBLIOGRAFI

Buku
Ashaari, O. (1996). Pengurusan Sekolah Suatu Panduan Lengkap. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

12

Ching, M. Y. (2014, Mei 30). Pengetua, Guru Kongsi Pengalaman Tadbir Sekolah. Berita
Harian .
Jantan, A. (2005). Pengetua Sekolah yang Efektif. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah. (2010). Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesional Guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon. (2013). Asas Kepimpinan &
Perkembangan Profesional. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Yahaya, A. S. (2005). Mengurus Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.
Bhd.
Jurnal
Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Lim Ting Theng. (2008). Gaya Kepimpinan Guru Besar dan
Hubungannya dengan Faktor-faktor Kepimpinan di Sekolah Penerima Anugerah Sekolah
Cemerlang di Negeri Melaka. Jurnal Universiti Kebangsaan Malaysia , 1-19.
Hishamuddin Shah Bin Mokri, Mohd Rizal Bin Atan, Supian Bin Hashim. (2013). Hubungan
Antara Kepimpinan Transformasi Guru Besar dengan Kepuasan Kerja Guru di Sekolah
Kebangsaan Kurang Murid Gemilang Tujuh, Segamat Johor. Jurnal Universiti Teknologi
Malaysia , 1-17.
Sulaili, F. B. (2004). Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Guru Besar dengan Prestasi Guru
Sekolah Rendah : Kajian Kes di Sekolah Kebangsaan di Pusa, Sarawak . Fakulti Sains
Kognigtif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak , 1-24.
Tabor, U. B. (1998). Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Keberkesanan Sekolah : Kajian
Di Daerah Saratok, Sarawak. Fakulti Sains Kognigtif dan Pembangunan Manusia Universiti
Malaysia Sarawak , 1-24.

Internet
Grimsley, S. (n.d.). Educational Portal. Retrieved Julai 19, 2014, from Educational Portal:
http://education-portal.com/academy/lesson/participative-leadership-style-definition-theoryexamples.html#lesson
Surat Khabar
13

Maria Uffa Zulkafeli, Nordiana Shafiee. (2014, Jun 14). Inisiatif Sarana Ibu Bapa Mula
Berhasil. Berita Harian .

6.0 LAMPIRAN

14

Gambar

Gambar 1 Analisis UPSR 2012

15
Gambar 2 Analisis UPSR 2013

Gambar 3 Contoh rekod kehadiran Guru Besar yang diambil pada 15 Julai 2014

16
Gambar 4 Contoh rekod kehadiran Guru Besar yang diambil pada 21 Julai 2014

Gambar 5 Rekod lawatan PPD Kuching ke sekolah bagi Program Pemantauan Pelan 100 Hari

17
di pintu bilik guru dan memberikan hadiah kepada semua guru yang menyambut tarikh lahir pada bulan ter

Anda mungkin juga menyukai