Anda di halaman 1dari 5

Sejak penemuan graviti oleh saintis terkenal dunia, Isaac Newton, bidang fizik terus

berkembang dan sedikit demi sedikit, pelbagai kemudahan dan teknologi dalam bidang fizik
telah berjaya mengubah kehidupan manusia. Teknologi dalam bidang fizik yang luas meliputi
daripada daya tarikan sehinggalah ke penciptaan roket. Sekarang, kita dapat menikmati
kemudahan Global Positioning System (GPS), menonton televisyen, dan x-ray disebabkan oleh
perkembangan teknologi dalam bidang fizik. Malah alat pembuka tin juga contoh teknologi
dalam bidang fizik yang patut kita hargai. Teknologi fizik juga digunakan secara meluas dalam
bidang lain, misalnya, teknologi nano dalam pembuatan bahan, teknologi enjin hibrid, teknologi
kitar semula, teknologi fizik dalam perubatan, pertanian, dan pengangkutan.
Penciptaan teknologi nano membolehkan kita memanupulasi reka bentuk bahan pada
skala atom dan molekul. Oleh itu, pembuatan bahan yang tahan lasak, kualiti bahan dapat
ditingkatkan dan dapat menjimatkan penggunaan tenaga. Bahan yang dibuat dengan teknologi
nano dikenali sebagai Nanostructured Materials (NSM). Antara contoh bahan yang distruktur
menggunakan teknologi nano ialah serbuk tungsten karbida-kobalt komposit untuk membuat
aloi tersinter keras seperti berlian untuk alat pemotong, mata gerudi dan bahagian-bahagian
enjin jet. (Doyle, 2014). Secara amnya, terdapat empat teknik dalam pembuatan bahan
menggunakan teknologi nano, NSM. Teknik pertama melibatkan pengasingan bahan dalam
bentuk kristalit halus mempunyai permukaan bebas yang tidak tercemar. Kemudian, bahan
tersebuat akan melalui proses penyatuan pada suhu bilik atau suhu yang tinggi. Selain itu,
teknik pemendapan wap secara kimia atau fizikal dan elektrokimia juga digunakan untuk
mendeposit atom atau molekul yang dikehendaki kepada substat yang sesuai dan
menghasilkan nanokomposit. Teknik lain termasuk mencacatkan kristal yang pada asalnya
sempurna dengan cara mendedahkan bahan pada sumber tenaga yang tinggi seperti
penyemperitan atau radiasi. Kecacatan pada kristal dapat menghasilkan bahan yang baru. NSM
juga boleh dihasilkan melalui proses presipitasi atau kristalisasi daripada jirim padat yang tidak
stabil seperti kristalisasi gelas.(Nalwa, 1999). NSM juga banyak bergantung kepada
pengawalan dan manipulasi di peringkat nano yang akan menentukan kualiti dan jenis bahan
yang dikehendaki sebagai produk terakhir.
Enjin hibrid, berdasarkan istilah hibrid itu sendiri yang bermaksud diperolehi daripada
sumber berbeza atau gabungan dicipta berdasarkan dua jenis enjin piston yang berbeza iaitu
enjin Otto dan enjin Diesel. Oleh itu, enjin hibrid merupakan gabungan fungsi enjin Otto dan
enjin Diesel. (Schweitzer & Grunder, 1963). Enjin hibrid sekarang mempunyai kedua-dua enjin
petrol yang kecil dan motor elektrik dengan bateri yang besar. Kenderaan yang menggunakan

enjin hibrid dapat mengurangkan pembaziran tenaga, menjimatkan petrol dan meningkatkan
kuasa enjin. Antara teknologi yang digunakan dalam enjin hibrid ialah penggunaan brek
regeneratif. Ketika brek, motor elektrik akan menghasilkan geseran pada kereta lalu
mengurangkan kelajuan kenderaan yang bergerak. Di samping itu, tenaga yang dihasilkan oleh
tayar kereta pula digunakan oleh motor yang berfungsi sebagai penjana kuasa dan akan
disimpan dalam bateri. Bateri tersebut pula sebagai pembekal kuasa motor elektrik. Selain itu,
enjin hibrid juga dapat membantu pemanduan dengan adanya motor elektrik. Motor elektrik
menyediakan kuasa ekstra kepada enjin dalam pemecutan dan pendakian. Malah, kereta juga
boleh dikuasakan oleh motor elektrik sepenuhnya dalam pemanduan yang kurang laju dan ini
membolehkan penjimatan tenaga petrol. Enjin hibrid juga membolehkan kereta dimatikan atau
dihidupkan secara automatik. ("How Hybrids Work,"). Kesimpulannya, enjin hibrid banyak
faedah terutamanya dalam penjimatan tenaga, namun kereta yang menggunakan enjin hibrid
semestinya mempunyai kos yang lebih tinggi berbanding kereta dengan enjin biasa.
Penggunaan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui secara berlebihan telah
menyebabkan ramai menyedari bahawa langkah kitar semula sumber tenaga tersebut perlu
dilakukan. Pelbagai pihak telah menyumbangkan usaha dan teknologi dalam kitar semula
bahan dengan harapan untuk mengekalkan sumber tenaga tersebut supaya tahan digunakan
untuk tempoh masa yang lebih lama. Selain daripada kitar semula kertas, sumber tenaga bahan
bakar seperti petrol juga dapat dikitar semula. Contohnya teknologi RT7000 yang dibangunkan
oleh Recycling Technologies yang boleh megitar semula bahan buangan plastik kepada bahan
bakar dikenali sebagai Plaxx dan boleh dijual semula kepada pasaran hidrokarbon. Teknologi
mesin RT7000 ini pada proses permulaannya akan mencorak-carik dan mengeringkan bahan
buangan plastik. Kemudian produk tersebut akan dicampur ke dalam lapisan terbendalir, dalam
persekitaran yang tiada oksigen. Rantai hidrokarbon panjang dalam polimer dipecahkan oleh
pirolisis untuk membentuk gas yang kaya dengan tenaga. Gas ini kemudiannya akan ditapis
untuk membuang pencemaran dan disejukkan untuk dijadikan sejenis minyak bahan api berat,
iaitu Plaxx. ("Recycling Technologies designs and manufactures machinery,"). Namun,
sumber bahan bakar bukanlah satu-satunya sumber yang perlu kita risaukan. Sumber bekalan
air bersih juga semakin berkurangan. Walaupun bumi terdiri daripada 70% air, namun hanya 3
peratus daripada sumber air tersebut adalah air tawar. Malah, negara jiran kita, Singapura juga
mengalami kesukaran mendapat bekalan air tawar. Oleh itu, Singapura telah mengambil
langkah mengitar semula air kumbahan dan dijadikan sebagai bekalan air bersih. Teknologi
pengitaran semula air di Singapura, iaitu NEWater mampu membekalkan lebih 50% daripada
keperluan bekalan air di negara tersebut. Oleh itu, teknologi ini juga telah menjadi contoh

kepada negara-negara lain yang mengalami masalah yang sama. (Duerr/ss, 2013). Teknologi
NEWater tersebut melibatkan tiga proses iaitu Microfiltration, di mana air yang dirawat melalui
beberapa membran mikro untuk menapis bakteria, virus dan mikroorganisma lain yang boleh
menyebabkan penyakit. Kemudian air tersebut akan melalui proses Osmosis Berbalik. Dalam
proses ini, membran separa telap yang mempunyai liang kecil akan memastikan hanya molekul
kecil seperti molekul air sahaja yang dapat melalui membran tersebut. Akhirnya air tersebut
akan dipancarkan sinaran UV untuk memastikan tiada bakteria, virus atau organisma lain yang
aktif. ("NEWater Technology," 2015).
Teknologi fizik juga banyak berjasa dalam bidang perubatan. Kini, dengan adanya
teknologi fizik, diagnostik dapat dilakukan dengan lebih tepat. Sebagai contoh, teknik Positron
Emission Tomography (PET) scan yang menggunakan radiasi dan menghasilkan imej bewarna
berdasarkan proses biologi yang berfungsi dalam tubuh manusia dalam bentuk 3-D. Mesin PET
akan mengesan Gamma-ray daripada pengesan yang diletakkan pada molekul yang aktif
secara biologi dalam badan. Imej tersebut akan dibina semula oleh komputer. Mesin PET ini
dapat mendiagnos pesakit kanser, Alzheimer dan pesakit jantung dengan lebih mudah dan
tepat. (Nordqvist, 2015). Di samping itu, bidang pertanian moden juga banyak bergantung pada
teknologi fizik. Sekarang, petani dapat mengesan dan merekod hasil tani dan juga haiwan
ternakan dengan mudah menggunakan teknologi Radio-frequency identification (RFID).
Teknologi ini menggunakan medan elektromagnet untuk memindahkan data daripada tag
kepada sistem dalam komputer tanpa wayar. Haiwan atau tanaman akan mempunyai tag yang
menyimpan data secara elektronik yang boleh dikesan oleh pembaca RFID. ("How do RFID
systems work?," 2015). Teknologi RFID ini juga digunakan oleh petani dalam memasarkan hasil
tani mereka contohnya dalam memantau produk makanan sejuk yang mudah rosak dan lainlain. Namun, dalam pertanian, teknologi ini perlu dipertingkatkan supaya tag yang digunakan
lebih tahan lasak dalam persekitaran yang kotor dan kasar. (Ruiz-Garcia & Lunadei, 2011).
Selain

itu,

teknologi

fizik

dalam

pengangkutan

juga

tidak

dapat

dinafikan

kepentingannya. Tanpa perkembangan dalam bidang fizik, kemudahan pengangkutan seperti


basikal, kereta, kereta api elektrik dan kapal terbang adalah mustahil. Antara teknologi
pengangkutan yang sering dibanggakan sekarang ialah kapal terbang Boeing 777, kapal
terbang terbesar di dunia yang mempunyai enjin berkembar dan mempunyai lebar sayap 64.8
m. Kejayaan dalam pembinaan kapal terbang ini adalah disebabkan oleh

bahan yang

dijuruterakan supaya lebih ringan dan mengekalkan kemampuan dalam kos pembuatan. Malah,
70% daripada struktur badan Boeing ini menggunakan aloi aliminium yang tahan lebih lasak

dan lebih ringan. Carbon Fiber Reinforced Plastic (CFRP) merupakan bahan komposit yang
mempunyai sistem resin pula membantu menguatkan permukaan aluminium. Titanium aloi juga
digunakan untuk mengurangkan hakisan Galvani yang dihasilkan oleh aluminium. Bahan
titanium aloi juga digunakan untuk gear pendaratan. Disebabkan oleh perkembangan teknologi
dalam pembuatan bahan, berat sebanyak 5800 pound atau 2630.8 kg berjaya dikurangkan dan
Boeing 777 berjaya dibangunkan dan dikomersilkan. (Smith, 2003)

Rujukan

Doyle, M. (2014). How Nanotechnology Is Gaining Momentum In Manufacturing. Retrieved


from http://www.forbes.com/sites/ptc/2014/08/25/how-nanotechnology-is-gainingmomentum-in-manufacturing/
Duerr/ss, R. I. (2013). Singapore's 'toilet to tap' concept. Retrieved from
http://www.dw.com/en/singapores-toilet-to-tap-concept/a-16904636
How do RFID systems work? (2015). Retrieved from http://www.impinj.com/resources/aboutrfid/how-do-rfid-systems-work.aspx
How Hybrids Work. Retrieved from https://www.fueleconomy.gov/feg/hybridtech.shtml
Nalwa, H. S. (1999). Handbook of Nanostructured Materials and Nanotechnology, Five-Volume
Set (Vol. 3): Academic Press.
NEWater Technology. (2015). Retrieved from
http://www.pub.gov.sg/water/newater/newatertech/Pages/default.aspx
Nordqvist, C. (2015). PET Scans: How does a PET scan work? Retrieved from
http://www.medicalnewstoday.com/articles/154877.php
Recycling Technologies designs and manufactures machinery. Retrieved from
http://recyclingtechnologies.co.uk/composer/recycling-technologies-services/
Ruiz-Garcia, L., & Lunadei, L. (2011). The role of RFID in agriculture: Applications, limitations
and challenges. Computers and Electronics in Agriculture, 79(1), 42-50.
Schweitzer, P. H., & Grunder, L. J. (1963). Hybrid engines (0148-7191). Retrieved from
Smith, B. (2003). The Boeing 777. Advanced Materials and Processes, 161(9), 41-44.

Anda mungkin juga menyukai