Richelieu juga menolak pendidikan diberikan kepada rakyat jelata kerana bimbang golongan
berpendidikan akan melahirkan masyarakat yang kritis dan akan menyoal dasar kerajaan.
Ini akan menjadikan rakyat tidak setia kepada negara. Richelieu juga percaya bahawa
pelajaran kesenian dan kesusasteraan harus dikawal oleh kerajaan untuk memajukan
kepentingan negara mutlak.
Louis XIV juga telah melantik menteri-menteri yang berkebolehan untuk membantunya
mentadbir antaranya ialah Colbert (Menteri Kewangan), Le Tellier (Menteri Hal Ehwal Luar),
Louvois (Menteri Peperangan) dan Vauban (Menteri Ketenteraan).
Louis XIV juga melantik pegawai yang bertanggungjawab bagi melaksanakan dasar-dasar
diraja di pelbagai provinsi Perancis.
Penyelia pula ditugaskan untuk menyelia pentadbiran, keadilan, pengutipan cukai dan
pentadbiran ketenteraan di peringkat daerah.
Louis XIV percaya sebagai pemerintah mutlak bagi seluruh Eropah, beliau harus hidup
bergaya.
Oleh itu, beliau telah mendirikan istana besar di Versailles dan di beberapa buah tempat
lain.
Beliau telah mengambil arkitek-arkitek terkemuka untuk mereka bangunan dan pelukispelukis terkemuka mengindahkannya.
Raja menetap di Versailles yang dikelilingi oleh istana yang besar.
Manakala golongan bangsawan Perancis pula bergantung hidup kepada pencen daripada
raja atau daripada kerja-kerja yang bergaji tinggi.
Dalam Perkhidmatan Awam
berkebolehan.
pula,
Louis
XIV
mengambil
pegawai-pegawai
yang
Kejayaan Louis XIV juga dibantu oleh menteri kewangannya yang berkebolehan, iaitu Jean
Baptiste Colbert (1619-1683).
Melalui dasar-dasar Colbert, Perancis telah menjadi negara industri dan kuasa militer.
Zaman Louis XIV juga zaman keemasan bagi kesusasteraan Perancis, antara tokoh seni
yang terkenal ialah Racine dan Moliere.
Dasar Ekonomi Merkantilisme
Louis XIV juga melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme untuk memastikan negaranya
muncul sebagai negara yang kuat dan agung.
Menteri kewangan Louis, Colbert melaksanakan dasar merkantilisme dengan bersungguhsungguh.
Colbert memulakan industri baru, memansuhkan tariff tempatan, tol, mengurangkan kadar
bunga ke atas hutang kerajaan, mengawal upah dan harga kebanyakan barangan.
Dasar Colbert ini telah meningkatkan pendapatan kerajaan.
Dasar Ketenteraan
Louis bertindak mengawal penuh ke atas angkatan tentera dengan di bantuan oleh Louvois
sebagai Menteri Perang.
Louvois telah melakukan reformasi ketenteraan.
Louis menghapuskan dominasi golongan bangsawan ke atas bidang ketenteraan dan
memulakan kawalan langsung ke atas ketenteraan.
Pengaruh geografi yang tidak begitu luas lebih memudahkan komunikasi dua hala dan
sebarang keputusan boleh dilaksanakan secepat mungkin tanpa berlakunya amalan red
tape.
Setelah revolusi Perancis berlaku pada tahun 1789, telah banyak berlaku perubahan di
Perancis iaitu sistem pemerintahan beraja telah dimansuhkan, sistem feudal dihapuskan,
hak istimewa golongan bangsawan telah ditamatkan dan berkembangnya semangat
nasionalisme di Perancis.
Setelah sistem pemerintahan beraja dan sistem feudal dihapuskan di Perancis, pada tahun
1790 pentadbiran baru telah dibentuk iaitu negara Perancis telah dibahagikan kepada 83
department (wilayah) dan setiap wilayah dibahagi pula kepada cantons (daerah) dan daerah
pula dipecahkan kepada commune.
Pentadbiran department akan diketuai oleh Prefet yang dilantik oleh kerajaan pusat.
Prefet bertanggungjwab secara langsung kepada Menteri Dalam Negeri dan berperanan
untuk menguruskan perkhidmatan di kawasan tempatan.
Disetiap department telah ditubuhkan sebuah majlis iaitu General Council.
Ahli-ahlinya dilantik oleh pemerintah peringkat pusat.
Majlis ini merupakan institusi tempatan yang menghubungkan penduduk tempatan dengan
kerajaan pusat.
Commune pula berperanan untuk mentadbir kawasan bandar yang diketuai oleh Datuk
Bandar (Mayor) sebagai ketua eksekutif.
Datuk Bandar pula akan dibantu oleh Majlis Bandaran (Municipal Council).
Institusi commune berperanan mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan
pentadbiran bandar seperti meluluskan permit bangunan, menjaga keselamatan penduduk,
dan menguruskan pendaftaran perkahwinan.
Datuk Bandar akan menjadi wakil kerajaan pusat di kawasan bandar. Datuk Bandar
berperanan untuk menguatkuasakan undang-undang tempatan, mendaftar jurutera awam,
menguruskan pekerja dikawasannya dan sebagainya.
Walau bagaimanapun segala keputusan yang dibuat oleh Datuk Bandar boleh dipinda,
diubah atau dibatalkan oleh kerajaan pusat.
Commune merupakan institusi yang dibentuk bagi memberikan perkhidmatan kepada
penduduk tempatan seperti pejabat pendaftaran, mahkamah rendah, jabatan kerja raya,
polis tempatan dan sebagainya.
http://cikgustpm.blogspot.my/search/label/Kerajaan%20Kesatuan%20Perancis
PERUBAHAN
PEMERINTAHAN
SISTEM
BERPERLEMBAGAAN DI PERANCIS
RAJA
MUTLAK
KEPADA
RAJA
Pengenalan
Keruntuhan sistem beraja mutlak digantikan dengan sistem raja berperlembagaan hanya
dalam tempoh yang singkat, iaitu lebih kurang setahun sahaja.
Perancis kemudiannya menjadi negara republik yang penuh dengan keadaan huru-hara
yang berlaku dikenali sebagai Zaman Pemerintahan Ganas.
Raja Louis XVI telah memutuskan untuk mengadakan perjumpaan, iaitu Perhimpunan
Orang-Orang Kenamaan pada tahun 1787 sebagai langkah untuk mengatasi masalah
kewangan Perancis.
Perhimpunan itu dihadiri oleh 145 orang yang terdiri daripada ketua-ketua kaum
bangsawan, ketua-ketua gereja, dan hakim dengan harapan semua golongan ini bersetuju
cukai dikenakan ke atas mereka.
Persidangan Parlimen
Hal ini dipersetujui golongan bangsawan dengan syarat golongan bangsawan diberi
keutamaan menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan.
Mereka juga mahukan Menteri Kewangan Perancis, Colonne dipecat. Untuk mengelak
konflik antara Kementerian Kewangan dan Estet Kedua iaitu golongan bangsawan, Neckar
menasihatkan Raja Louis XVI memanggil semula parlimen untuk bersidang pada 1 Mei
1789.
Rakyat Perancis diberi peluang untuk meluahkan segala rasa tidak puas hati mereka
terhadap pemerintah melalui cahiers (senarai rungutan).
Parlimen yang bersidang buat kali pertamanya pada 5 Mei 1789 selepas 175 tahun tidak
diadakan masih mengikut peraturan cara lama.
Persidangan ini telah diadakan di Versailles. Semua upacara lama dikekalkan dan peraturan
tersebut sudah tentu memberi keistimewaan kepada Estet Pertama dan Estet Kedua.
Misalnya, ahli-ahli Estet Ketiga dikehendaki menunggu dalam tempoh yang lama di serambi
yang terbuka di luar dewan persidangan di Versailles tetapi ahli-ahli daripada Estet Pertama
dan Estet Kedua diberi masuk ke dewan dengan serta-merta.
Cara persidangan di parlimen juga mengikut cara lama, iaitu selepas membincangkan
sesuatu usul, ahli-ahli dewan akan mengundi sama ada menyokong atau membangkang.
Keadaan ini sudah tentu tidak akan menyebelahi Estet Ketiga kerana jika Estet Pertama dan
Estet Kedua tidak menyokong bermakna undi akan menjadi satu lawan dua.
Oleh itu, Estet Ketiga menuntut supaya ketiga-tiga Estet disatukan dan pengiraan undi
berdasarkan undi individu (kepala) yang terdiri daripada seluruh anggota parlimen (ketigatiga Estet).
Persidangan ini gagal akibat perbezaan pendapat antara anggota ketiga-tiga dewan
mengenai cara pengundian dilakukan.
Raja Louis XVI pula membuat keputusan supaya peraturan lama mesti diguna pakai.
Perhimpunan Kebangsaan
Estet Ketiga mengingkari perintah Raja Louis XVI dan menjemput anggota-anggota Estet
Pertama dan Estet Kedua berunding dengan mereka.
Setelah perundingan dijalankan lebih kurang dua minggu, kebanyakan anggota Estet
Pertama dan Estet Kedua menolak cadangan menggabungkan ketiga-tiga Estet.
Pada 12 Jun 1789, Estet Ketiga mengisytiharkan diri mereka sebagai Perhimpunan
Kebangsaan (Parlimen Negara).
Revolusi Perancis sebenarnya bermula dengan perisytiharan Estet Ketiga sebagai
Perhimpunan Kebangsaan.
Penasihat Louis XVI mendesak supaya diadakan Persidangan Diraja bagi ketiga-tiga dewan
dan baginda akan memberikan arahannya sendiri.
Oleh itu, satu perjumpaan dirancang antara Raja Louis XVI dengan anggota Majlis
Perhimpunan (dahulunya Estet Ketiga).
Dewan tempat persidangan itu disediakan untuk Majlis Perhimpunan di dalam istana
Versailles.
Sumpah Gelanggang Tenis Marie Antoinette meminta Raja Louis XVI mengambil tindakan
yang tegas terhadap anggota Majlis Perhimpunan.
Apabila ahli-ahli Perhimpunan Kebangsaan bersama-sama pemimpin mereka menuju ke
dewan, mereka dapati pintu-pintu dewan telah dikunci dan dikawal oleh tentera atas arahan
Raja Louis XVI.
Anggota Perhimpunan Kebangsaan melarikan diri dan mereka telah berhimpun di
gelanggang tenis pada 20 Jun 1789.
Mereka telah mengangkat sumpah bahawa mereka tidak akan bersurai dan akan terus
bersidang sehingga mereka menggubal perlembagaan Perancis.
Peristiwa ini dikenali sebagai Sumpah Gelanggang Tenis.
Persidangan Diraja bagi semua Estet berlangsung pada 23 Jun 1789.
Dalam ucapan semasa perhimpunan itu, Raja Louis XVI mengemukakan pelbagai cadangan
pemulihan untuk pertimbangan Estet-estet.
Baginda seterusnya memerintahkan supaya ketiga-tiga Estet bersidang bersendirian, lalu
baginda meninggalkan dewan.
Golongan bangsawan dan paderi turut meninggalkan dewan, tetapi ahli Estet Ketiga masih
tetap di kerusi masing-masing walaupun disuruh meninggalkan dewan oleh Juruacara Raja.
Golongan revolusi mara ke hadapan Juruacara dan menyatakan Pergi kamu beritahu ketua
kamu, yang kami di sini adalah dengan kehendak rakyat dan kami tidak akan pulang
melainkan di hujung senjata benet!.
Sebilangan golongan bangsawan dan paderi turut menyertai Perhimpunan Kebangsaan. Ini
merupakan satu daripada peristiwa penting dalam Revolusi Perancis.
Pemberontakan Rakyat
Prinsip perjuangan golongan Majlis Perhimpunan (Estet Ketiga) yang terdiri daripada kelas
menengah menjadi semakin ketara kerana mereka menuntut konsep persamaan dan
keadilan dipraktikkan bukannya diberi sesuatu keistimewaan kepada rakyat berdasarkan
hak atau warisan turun temurun.
Mereka mahukan hak individu golongan yang berkemampuan dan berbakat khasnya kelas
pertengahan diberi perhatian sewajarnya.
Golongan miskin masih tidak mendapat tempat namun mereka turut menyertai kelas
pertengahan menentang golongan raja, paderi, dan bangsawan kerana mereka juga
bencikan keistimewaan yang diberi kepada golongan atasan selama ini.
Walaupun golongan bangsawan istana dan ahli keluarga raja mahu menggagalkan
Perhimpunan Kebangsaan dengan menubuhkan satu pasukan tentera di bawah pimpinan
Marshall de Broglie tetapi mereka tidak mampu menghalang kehendak rakyat untuk
menghapuskan sistem monarki.
Malah sebahagian tentera de Broglie menyertai Perhimpunan Kebangsaan. Pada 14 Julai
1789, golongan pemberontak telah menggempur penjara Bastille di mana penjara ini
menempatkan tahanan politik seperti Voltaire dan Diderot.
Kejatuhan bangunan ini memberi semangat kepada golongan revolusi di kawasan bandar
dan desa. Kejatuhan Bastille tidak dilupakan oleh rakyat Perancis hingga kini.
Malah Hari Kebangsaan Perancis dirayakan pada 14 Julai setiap tahun sempena peristiwa
ini.
Rakyat bebas untuk bertukar-tukar pendapat dan tiada sesiapapun yang boleh dituduh,
ditangkap dan ditahan, melainkan ditentukan oleh undang-undang.
Setelah sistem feudal dihapuskan, sistem pentadbiran baharu dibentuk. Perancis telah
dibahagikan kepada 83 kawasan, luasnya lebih kurang sama besar dan sama jumlah
penduduknya.
Setiap kawasan (department) dibahagikan pula kepada daerah-daerah (cantons) dan
commune.
Penubuhan Kerajaan Raja Berperlembagaan
Menjelang bulan Julai 1791, Majlis Perhimpunan Kebangsaan telah menyiapkan satu
perlembagaan baru yang ditandatangani oleh Raja Louis XVI.
Berdasarkan idea Montesquieu melalui teori pengasingan kuasa yang diutarakannya,
kerajaan dibahagikan kepada tiga cabang iaitu badan legislatif, badan eksekutif, dan badan
judisiari.
Pemerintahan raja berperlembagaan berlangsung selama setahun kemudian sistem
pemerintahan Perancis bertukar menjadi republik.
Pengisytiharan Kerajaan Republik Keadaan negara Perancis masih tidak aman iaitu berlaku
perpecahan dalam kalangan pendukung revolusi, iaitu golongan jacobin dan girondin.
Perancis terlibat dalam peperangan dengan negara jiran mereka, iaitu Austria dan Prusia.
Keputusan perang diambil kerana ancaman puak imigres (bangsawan yang melarikan diri)
yang bekerjasama dengan kedua-dua kuasa berkenaan.
Maharaja Austria, Francis II dan Raja Frederick William II dari Prusia terlibat dalam
peperangan ini kerana mahu mempertahankan sistem monarki di Perancis.
Pada bulan April 1782, Perancis mengisytiharkan peperangan terhadap Austria. Manakala
Raja Louis XVI telah ditahan dalam penjara.
Pada bulan September 1792, Perhimpunan Perundangan digantikan dengan Constitutional
Convention.
Perkembangan ini menyebabkan negara Perancis diisytiharkan sebagai sebuah republik.
Pemerintahan Diktator Oleh Golongan Jacobin Dalam keadaan kacau-bilau dari ancaman
luar itu, sebuah badan telah ditubuhkan untuk menjaga hal ehwal dalam negeri iaitu
Jawatankuasa Keselamatan Awam.
Jawatankuasa ini banyak dianggotai oleh pengikut golongan Jacobin yang dipimpin oleh
Maximilien Robespierre Danton dan Marat. Pemerintahan diktator yang dikenali sebagai
Zaman Pemerintahan Ganas yang berlaku dari bulan Jun 1793 hingga Julai 1794.
Kumpulan ini mewujudkan Mahkamah Revolusi dan menggubal Undang-undang Syak.
Sesiapa sahaja yang disyaki musuh revolusi dan golongan yang menyokong raja dihukum
pancung dengan menggunakan gilotin.
Dikatakan pada zaman ini lebih 40 ribu orang dijatuhkan hukuman mati.
Malah, Raja Louis XVI dipancung dengan menggunakan gilotin pada 21 Januari 1793
manakala isterinya iaitu Marie Antoinnette juga dipancung menggunakan gilotin 16 Oktober
1793.
Robespierre juga dikenakan hukuman pancung dengan gilotin oleh puak-puak yang
menyokong parlimen.
Selepas kematian Robespierre pada 28 Julai 1794, berakhirlah Zaman Pemerintahan
Ganas di Perancis.
Keadaan tidak stabil berlarutan sehinggalah munculnya Napoleon Bonaparte mengambil
alih kuasa pemerintahan di Perancis pada penghujung tahun 1799.
Penubuhan Kerajaan Directory Selapas tamat pemerintahan ganas, sebuah perlembagaan
baru diperkenalkan pada bulan Oktober 1794.
Dengan itu, Constitutional Convention telah dibubarkan dan diganti dengan kerajaan baru
yang dikenali sebagai directory untuk mentadbir kerajaan.
Badan perundangan dan badan eksekutif telah ditubuhkan untuk melincinkan pentadbiran.
Badan perundangan terbahagi kepada 2 buah majlis iaitu Majlis Orang Tua (Council of
Elders) dan Majlis Lima Ratus (Council of Five Hundred).
Golongan yang memiliki harta berhak untuk mengundi dalam pilihan raya serta menjadi ahli
badan perundangan.
Badan eksekutif pula berada di tangan di directory yang dianggotai oleh 5 orang.
Pemerintahan kerajaan ini berakhir pada tahun 1799 apabila ia digulingkan oleh Napoleon
Bonaparte.
http://cikgustpm.blogspot.my/search/label/Perubahan%20Pemerintahan%20Raja%20Mutlak
%20Kepada%20Raja%20Berperlembagaan%20Di%20Perancis
tenis dan mengangkat sumpah bahawa mereka tidak akan bersurai sehingga mereka
mengubal perlembagaan Perancis. Peristiwa ini dikenali sebagai Sumpah Padang Tenis.
9. Perhimpunan Kebangsaan (Estet Ketiga) menuntut konsep persamaan dan keadilan
dilaksanakan dan bukannya keistimewaan diberikan kepada rakyat berdasarkan hak atau
warisan turun temurun. Perjuangan mereka turut mendapat sokongan golongan miskin dan
sebahagian tentera yang dipimpin oleh Marshall de Broglie yang dihantar oleh Raja Louis
XIV.
10. Pada 14 Julai 1789, bangunan Bastille telah jatuh ke tangan golongan Perhimpunan
Kebangsaan (pemberontak) yang memberi semangat kepada golongan revolusi di kawasan
bandar dan desa. Peristiwa ini diperingati oleh rakyat Perancis sehingga kini dan tarikh ini
disambut setiap tahun sebagai Hari Kebangsaan Perancis.
11. Perhimpunan Kebangsaan juga telah berjaya menghapuskan sistem feudal,
perhambaan, golongan istimewa, monopoli golongan bangsawan dihapuskan, cukai yang
sama untuk semua, menghapuskan buruh paksa, menghapuskan cukai dan semua jenis
hak istimewa gereja ditarik balik. Penghapusan masyarakat feudal dan sistem feudal di
Perancis dikenali sebagai Hari Ogos.
12. Pada 26 Ogos 1789, parlimen telah meluluskan Perisytiharan Hak-Hak Manusia dan
Warganegara. Pengisytiharan ini telah mengiktiraf semua manusia dilahirkan dan kekal
bebas serta mempunyai hak yang sama. Ini rakyat bebas untuk bertukar-tukar fikiran selagi
tidak melanggar batas undang-undang.
13. Menjelang tahun 1791, Majlis Perhimpunan Kebangsaan telah menyiapkan satu
perlembagaan ini kerajaan dibahagikan kepada 3 iaitu badan legislatif, badan eksekutif dan
badan judisiari. Wujudnya perlembagaan ini maka bermulanya pemerintahan raja
berperlembagaan selama setahun kemudian sistem pemerintahan Perancis bertukar
menjadi republik.
14. Selepas itu, negara Perancis mengalami huru hara dan berlaku perpecahan dalam
kalangan pendukung revolusi iaitu golongan jacobin dan girondin. Akhirnya Perancis telah
diperintah oleh diktator Maximilien Robespierre dari golongan jacobin dan zaman ini dikenali
sebagai Zaman Pemerintahan Ganas. Mereka telah mewujudkan Mahkamah Revolusi dan
Undang-Undang Syak. Sesiapa disyaki musuh mereka dan menyokong raja akan dihukum
tembak atau pancung.
15. Raja Louis XIV dan isterinya Marie Antoinnette telah dihukum pancung dengan alat
gilotin. Robespierre sendiri dihukum pancung dengan menggunakan gilotin oleh penyokong
parlimen. Dengan ini berakhirlah zaman pemerintahan ganas di Perancis pada tahun 1794.
Perancis menjadi aman selepas pemerintahannya diambil alih oleh Napoleon
http://cikgustpm.blogspot.my/search/label/Raja%20Berkuasa%20Mutlak%20dan
%20Berperlembagaan%20di%20Perancis