Segala puji hanya untukMu Ya Allah, selawat dan salam atas Junjungan
Besar Nabi Muhammd saw. Ya Allah, kami merafakan kesyukuran di atas
keizinanMu untuk kami berkumpul, menadah tangan dengan penuh
pengharapan dan rendah hati agar kami dikurniakan limpah kurnia, inayah
dan riayah, taufik dan hidayah, agar kami dikurniakan keafiatan dan
kekuatan, tekad dan azam yang tinggi untuk berjaya serta dapat
menjalankan tugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.
Segala puji juga bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Yang maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya
Engkaulah Tuhan yang kami sembah dan Engkaulah tempat kami
memohon pertolongan . Tunjukkanlah kami jalan yang lurus iaitu jalan
orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka. Bukan
jalan orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat.
Sesungguhnya kecemerlangan menjadi tuntutan dalam ajaran agamaMu,
kualiti dan kecemerlangan jugalah tuntutan RasulMu Muhammad saw.
Semoga segala kecemerlangan yang kami kecapi bakal menjadi
perangsang dan pencetus kepada kegemilangan organisasi yang kami
cintai, agama, bangsa dan negara kami.
Dengan berkat kebesaranMu Ya Allah, kurniakanlah kekuatan kepada
kami, semoga dapat kami teruskan kecemerlangan dan kejayaan serta
dapat kami cernakan amalan kualiti dalam segenap bidang kehidupan
kami. Ya Allah, seandainya kami cemerlang pada pandangan manusia
maka jadikanlah kecemerlangan kami itu lebih gemilang dalam
melaksanakan tuntutan agamaMu. Ya Allah, kerana itulah matlamat
sebenar kehidupan kami untuk mendapatkan kebahagiaan dan
kecemerlangan di dunia dan di akhirat.
Ya Allah, berilah kami kekuatan, agar kecemerlangan itu dapat
dipergunakan seluruh tenaga dan pemikiran bagi menjana nafas baru
dalam perkongsian ilmu, kemahiran dan sikap yang mampu menangani
keperluan dan tuntutan semasa, selari dengan era bestari dan globalisasi.
Lahirlah hendaknya generasi berminda subur dan kreatif, berkemahiran
mapan, bersemangat mantap serta mampu beraksi di pentas dunia
berteraskan neraca iman dan tauhid dalam intelektual, iman dan
akhlaknya. Pahatkanlah nama-nama kami, generasi kami yang terdahulu
dan akan datang ,Ya Allah di pintu syurga-Mu.
Ya Allah, Engkau mantapkanlah semangat dan hasil kerja kami, untuk