Anda di halaman 1dari 26

HAZAD ERGONOMIK

TOPIK 5
TOPIK 5 HAZAD ERGONOMIK

PENGENALAN

Topik ini membincangkan tentang persekitaran tempat kerja seperti tempat yang
ditugaskan
(stesen/ruang kerja), peralatan kerja dan postur badan semasa bekerja.
Persekitaran tempat
kerja dikaitkan dengan teknologi peralatan yang semakin canggih dan pantas kerana
ia
memberi risiko kecederaan kepada individu dalam jangka masa panjang.

Pada asasnya, punca kecederaan yang membahayakan kesihatan ini ialah masalah
lambat
dan individu yang tidak sedar dia mengalami risiko penyakit yang disebabkan oleh
masalah
ergonomik.

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan takrif ergonomik;


2. menghuraikan ergonomik dari aspek perundangan;
3. mengenal pasti dan membincangkan 8 pembolehubah yang mempengaruhi tekanan
fizikal;
4. mengenal pasti dan menghuraikan petanda umum dan masalah khusus ergonomik;
dan
5. menjelaskan 3 langkah pencegahan dan kawalan hazad.
5.1 TAKRIF ERGONOMIK
Apakah yang dimaksudkan dengan ergonomik dan apakah kepentingannya kepada para
pekerja? Prinsip ergonomik melibatkan segala-galanya dari sistem kerja, sukan,
riadah,
kesihatan dan kepada aspek keselamatan dan kesihatan. Pengaplikasian ergonomik
dalam
lain-lain industri kian meningkat sebagai satu timbal balas kepada keperluan untuk
menambah
baik produktiviti sumber manusia, kualiti kehidupan bekerja dan aspek keselamatan
dan
kesihatan pekerjaan.

Hasil kajian juga telah menunjukkan bahawa individu yang bekerja di stesen atau
ruang kerja
yang ergonomik atau menggunakan peralatan yang ergonomik tidak mudah letih, tidak
mudah
berasa tidak selesa dan tidak tertekan dengan persekitaran pekerjaannya.

Ergonomik berasal daripada perkataan Greek di mana ergon bermaksud kerja dan nomos

bermakna undang-undang. Oleh itu, ergonomik bermaksud �undang-undang kerja�.

52 OUM
TOPIK 5
HAZAD ERGONOMIK

Secara tidak langsung, ergonomik merupakan �reka bentuk kerja yang disesuaikan
dengan pekerja dan bukan memaksa pekerja menyesuaikan diri mereka dengan kerja
tersebut.�
Dengan ini, ergonomik meliputi segala aspek pekerjaan, dari tekanan fizikal
terhadap
otot, urat saraf, tulang, tendon, sendi-sendi dan sebagainya kepada faktor
persekitaran
yang memberi kesan terhadap pendengaran, penglihatan, keselesaan dan kesihatan.
Malahan ada juga yang mentakrifkan ergonomik sebagai �Aplikasi sistematik tentang
pengetahuan tentang fisiologikal, fizikal dan atribut sosial manusia dengan reka
bentuk dan
penggunaan semua benda yang memberi kesan kepada keadaan kerja seseorang individu,

iaitu peralatan dan mesin, susun atur dan persekitaran kerja, pekerjaan itu
sendiri, latihan
dan susun atur sesuatu kerja.�

Dalam bahasa biasa, ergonomik bermaksud �menyesuaikan kerja dengan individu yang
melakukannya menerusi reka bentuk peralatan dan tatacara kerja.�

5.2 KEHENDAK PERUNDANGAN DAN APLIKASI ERGONOMIK


Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 merupakan akta yang memberi tumpuan
kepada konsep penilaian kendiri. Konsep penilaian kendiri bermaksud majikan yang
mewujudkan risiko dan pekerja yang bekerja dengan risiko tersebut perlu memastikan

keselamatan dan kesihatan mereka di tempat kerja.

Salah satu objektif akta ini adalah untuk menggalakkan persekitaran pekerjaan yang
sesuai
dengan keperluan fisiologi dan psikologi pekerja. Justeru itu, menjadi
tanggungjawab majikan
untuk membentuk suatu sistem kerja yang selamat yang tidak memberi sebarang risiko

terhadap kesihatan pekerja (Seksyen 15 (2) (a) Akta Keselamatan & Kesihatan
Pekerjaan
1994). Rujuk Jadual 5.1 berikut bagi mendapatkan penjelasan ringkas tentang
beberapa akta
yang mengawal pengaplikasian ergonomik.

Jadual 5.1: Penjelasan Ringkas Akta yang Mengawal Pengaplikasian Ergonomik

Akta Penjelasan Ringkas


Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
1994
Peruntukan akta ini menyenaraikan secara
umum tentang tanggungjawab majikan untuk
mengurangkan masalah ergonomik.
Akta Kilang dan Jentera 1967
[Peraturan 29, Peraturan Kilang dan Jentera
(Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan)
1970].
Peruntukan akta ini memperuntukkan secara
khusus tentang keperluan pencahayaan yang
mencukupi bagi pekerja melakukan tugasan
mereka.
Peraturan 30, Peraturan Kilang dan Jentera
(Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan)
1970
Peruntukan akta ini memperuntukkan
kemudahan tempat duduk yang sesuai
kepada pekerja.

OUM 53
54 OUM
HAZAD ERGONOMIK TOPIK 5
Aplikasi ergonomik di tempat kerja mengambil kira empat elemen utama. Sila rujuk
Rajah 5.1
yang berikut bagi mengenal pasti empat elemen utama tersebut.
Rajah 5.1: Empat elemen utama dalam mengaplikasi ergonomik
5.3 FAKTOR BERKAITAN TEKANAN FIZIKAL
Terdapat lapan pembolehubah yang telah dikenal pasti mempengaruhi tekanan fizikal
yang
dialami ketika bekerja. Kelapan-lapan pembolehubah tersebut adalah disenaraikan
dalam
Rajah 5.2 yang berikut.
Rajah 5.2: Lapan pembolehubah yang mempengaruhi tekanan fizikal ketika bekerja
TOPIK 5
HAZAD ERGONOMIK

Fahamilah lapan pembolehubah tersebut yang mampu mempengaruhi individu melakukan


kerja dengan efisien.

(a) Duduk Berbanding Berdiri


Rajah 5.3: Elakkan berdiri untuk tempoh yang lama
kerana ia menghasilkan tekanan pada bahagian
belakang, kaki dan tapak kaki

Pada asasnya, postur duduk mengurangkan tekanan berbanding postur berdiri. Berdiri

untuk jangkamasa yang lama, terutamanya di satu tempat, boleh menghasilkan tahap
tekanan pada bahagian belakang, kaki dan tapak kaki. Postur duduk juga mampu
memberikan tekanan walaupun agak kurang berbanding postur berdiri.

Bagi mengatasi masalah ini, langkah-langkah pencegahan seperti duduk dengan postur

yang betul, duduk di kerusi yang mempunyai sokongan belakang, dan kerap berdiri
atau
melakukan gerakan meregangkan badan akan membantu meredakan tekanan fizikal
ini.

(b) Pegun Berbanding Bergerak


Rajah 5.4: Pegun berbanding bergerak

OUM 55
HAZAD ERGONOMIK

TOPIK 5
Kerja-kerja yang dilakukan dalam keadaan pegun merupakan kerja-kerja yang
dilakukan
pada satu stesen kerja sahaja. Kadangkala, kerja-kerja ini melibatkan pergerakan
yang
minima di stesen kerja utama dan juga pergerakan ke stesen-stesen lain. Kerja
bergerak
pula memerlukan pergerakan berterusan dari satu stesen ke stesen yang lain.

Walaupun kerja secara pegun kelihatan tiada bermasalah tetapi sekiranya pekerja
tidak
mengambil langkah berjaga-jaga seperti berdiri secara berkala, meregangkan badan
atau bergerak semasa melakukan kerja maka tekanan fizikal akan meningkat. Bagi
kerja yang memerlukan pergerakan pula, pekerja-pekerja yang membawa atau
mengangkat objek-objek ketika mereka bergerak dari satu stesen ke satu stesen yang

lain berpotensi mendapat tekanan fizikal. Rajah 5.4 menunjukkan operator-operator


pengeluaran yang lazimnya melakukan tugas dengan keadaan pegun.

(c) Keperluan kepada Tenaga yang Banyak Berbanding Tenaga yang Sedikit
Rajah 5.5: Keperluan kepada tenaga yang banyak berbanding tenaga yang sedikit

Pada umumnya, angkatan yang memerlukan tenaga yang lebih banyak akan
meningkatkan tekanan barbanding angkatan yang memerlukan tenaga yang sedikit.
Walaupun tenaga yang sedikit diperlukan untuk mengangkat bebanan yang kecil tetapi

proses angkatan ini perlu dilakukan secara berulang manakala angkatan bebanan
besar
yang memerlukan tenaga yang banyak tidak melibatkan angkatan secara berulang.

Angkatan bebanan ringan secara berulang untuk satu tempoh masa boleh menghasilkan
kesan terkumpul yang menyamai jumlah tekanan yang dihasilkan ketika memindahkan
bebanan berat. Rajah 5.5 menunjukkan pekerja yang sedang mengangkat muatan yang
berat.

(d) Stesen Kerja Mendatar yang Baik Berbanding Stesen Kerja Mendatar yang Tidak
Baik
Stesen kerja mendatar yang baik merupakan satu kawasan yang direka bentuk agar
pekerja tidak perlu membongkok ke depan atau memusing badan ke kiri atau ke kanan.

Stesen kerja yang memerlukan pekerja melakukan pergerakan sedemikian merupakan


satu stesen kerja yang tidak baik. Permukaan tempat kerja yang tidak baik
meningkatkan
lagi tekanan fizikal.

56 OUM
TOPIK 5
HAZAD ERGONOMIK

(e) Stesen Kerja Menegak yang Baik Berbanding Stesen Kerja Menegak yang Tidak
Baik
Stesen kerja menegak yang baik direka bentuk agar pekerja tidak perlu mengangkat
tangan melebihi paras bahu atau membongkok ketika menjalankan sesuatu kerja.
Stesen
kerja menegak yang memerlukan pergerakan sedemikian merupakan stesen kerja yang
tidak baik. Stesen kerja menegak yang tidak baik meningkatkan lagi kemungkinan
terhasilnya tekanan fizikal.

(f) Pergerakan Tidak Berulang Berbanding Pergerakan Berulang


Kerja yang berulang melibatkan pergerakan pusingan-singkat yang diulang secara
berterusan. Kerja tidak berulang pula melibatkan pelbagai jenis tugasan yang tidak

berulang atau tugasan yang tidak perlu kerap diulang. Pengulangan boleh membawa
kepada keadaan kerja yang sama yang mewujudkan kebosanan. Apabila perkara ini
berlaku, potensi berlakunya tekanan fizikal akan bertambah.
(g) Permukaan Rendah Berbanding Permukaan Tinggi
Tekanan permukaan boleh terhasil daripada sentuhan dengan permukaan keras seperti
perkakasan, mesin dan peralatan. Kerja-kerja yang melibatkan sentuhan permukaan
tinggi lebih mudah menghasilkan tekanan fizikal berbanding kerja-kerja yang
melibatkan
sentuhan permukaan rendah.
(h) Wujud Faktor Persekitaran Negatif Berbanding Tiada Faktor Persekitaran Negatif

Lebih banyak tekanan terhasil apabila wujudnya kehadiran faktor persekitaran yang
perlu
dihadapi oleh pekerja semasa melakukan pekerjaannya. Sebagai contoh, peralatan
perlindungan peribadi boleh meningkatkan tekanan fizikal sesuatu pekerjaan
walaupun
membantu mengurangkan hazad persekitaran.
Rajah 5.6, Rajah 5.7 dan Rajah 5.8 yang berikut menunjukkan postur duduk yang
betul dan
tidak betul semasa melakukan sesuatu pekerjaan.

Rajah 5.6: Postur duduk yang tidak betul

OUM 57
HAZAD ERGONOMIK

TOPIK 5
Rajah 5.7: Postur duduk yang betul

Rajah 5.8: Postur duduk yang betul semasa berehat

Bagi memantapkan pemahaman anda tentang postur badan semasa


melakukan sesuatu pekerjaan, jelaskan dengan ringkas pengaruh tiga (3)
pembolehubah seperti yang telah ditunjukkan di Rajah 5.7 dan Rajah 5.8
terhadap produktiviti pekerja.
5.4 PETANDA UMUM MASALAH ERGONOMIK
Terdapat tujuh petanda yang boleh dilihat sebagai tanda wujudnya masalah ergonomik
di
organisasi. Tujuh faktor umum tersebut adalah seperti berikut yang ditunjukkan
dalam
Rajah 5.9 berikut.

58 OUM
TOPIK 5
HAZAD ERGONOMIK

Rajah 5.9: Petanda umum masalah ergonomik

Berikut diperjelaskan tujuh petanda umum wujudnya masalah ergonomik.

(a) Trend Ketara dalam Kemalangan dan Kecederaan


Majikan boleh mengenal pasti trend yang wujud melalui laporan kemalangan, buku
catatan
bantuan kecemasan, borang-borang insurans, dan rekod-rekod kecederaan dan penyakit

yang ada. Sesuatu pola atau kadar yang tinggi bagi sesuatu jenis kecederaan yang
tertentu lazimnya menunjukkan wujudnya masalah ergonomik.
Sebagai contoh, seseorang operator pengeluaran yang sering mengangkat kotak berat
ke stor sering mendapat rawatan sakit belakang. Akhirnya, ia telah dirujuk kepada
pakar
kiropraktik yang telah mengesahkan bahawa sakit belakangnya telah serius. Ini
merupakan satu contoh trend kecederaan berdasarkan rekod pemeriksaan pekerja
tersebut.

(b) Gangguan Trauma Terkumpul [Cumulative Trauma Disorders (CTD)]


Faktor berkaitan CTD termasuklah kadar kerja berulang yang tinggi, penggunaan
tangan
yang lama melebihi kebiasaan, kedudukan yang tidak selesa, tahap getaran yang
tinggi,
tahap tekanan mekanikal yang tinggi, suhu yang melampau, dan cengkaman tangan
yang berulang. Dengan memerhatikan keadaan tempat kerja dan pekerja yang sedang
bekerja, majikan boleh menentukan kadar pendedahan pekerja terhadap faktor-faktor
ini
dan kemungkinan wujudnya masalah yang berkaitan ergonomik.
Sebagai contoh, seseorang pekerja yang sering menggunakan gerudi tukul untuk
memecahkan jalan yang mengakibatkannya mendapat white syndrome finger akibat
getaran yang tinggi daripada gerudi tukul tersebut.

(c) Kadar Ketidakhadiran dan Lantik-henti yang Tinggi


Kadar ketidakhadiran dan lantik-henti yang tinggi boleh menjadi petunjuk kepada
wujudnya
masalah ergonomik. Pekerja yang berasa tidak selesa dengan pekerjaannya sehingga
menyebabkan tekanan fizikal lebih berkemungkinan tidak hadir bekerja serta
meninggalkan
kerjanya dan mencari kerja yang kurang tekanan.
OUM 59
HAZAD ERGONOMIK

TOPIK 5
Sebagai contoh, seorang operator pengeluaran yang sering bekerja secara berdiri
sepenuh masa. Berdiri untuk jangka masa yang lama, terutamanya di satu tempat,
boleh
menghasilkan tahap tekanan pada bahagian belakang, kaki dan tapak kaki. Ini
menyebabkan operator tersebut sering mengambil cuti sakit atau tidak hadir ke
tempat
kerja kerana mengalami tekanan fizikal.

(d) Rungutan Pekerja


Rungutan yang sering diluahkan oleh pekerja tentang tekanan fizikal atau keadaan
tempat
kerja yang tidak selesa menunjukkan wujudnya masalah ergonomik.
Sebagai contoh, seorang jurutaip sering merungut tentang kerusinya yang terlalu
tinggi
menyebabkan kakinya berasa lenguh dan sakit belakang. Jurutaip tersebut sering
mengadu kepada penyelianya tentang kerusi tersebut tetapi tiada sebarang tindakan
yang diambil.

(e) Perubahan Pekerja


Pada umumnya, pekerja cenderung menyesuaikan dirinya dengan tempat kerja mengikut
keperluan mereka. Kewujudan banyak petanda penyesuaian diri di tempat kerja,
terutamanya di kalangan mereka yang ingin mengurangkan tekanan fizikal menunjukkan

wujudnya masalah ergonomik.


Sebagai contoh, pekerja meletakkan pelapik tambahan pada kerusi, membuat
pengubahsuaian terhadap alat perlindungan diri, membawa lampu tambahan, atau lain-
lain pengubahsuaian semasa bekerja. Perubahan sedemikian, mungkin boleh menjadi
petanda kewujudan masalah ergonomik.

(f) Penurunan Kualiti Kerja


Penurunan kualiti kerja, walaupun tidak semestinya disebabkan oleh masalah
ergonomik,
kadangkala boleh juga dijadikan petunjuk kepada kewujudan masalah ergonomik. Jika
berlaku penurunan kualiti, pemeriksaan yang rapi perlu dilakukan untuk mengesan
punca
sebenarnya.
(g) Pengendalian Bahan Secara Manual
Kecederaan musculoskeletal (otot dalam badan) lazimnya kerap berlaku dalam situasi

yang melibatkan pengendalian bahan secara manual. Kecederaan musculoskeletal


meningkat apabila keadaan berikut terlibat dalam sesuatu pekerjaan yang melibatkan

pekerja melakukan perkara-perkara berikut.


� mengangkat objek besar
� mengangkat objek berat
� mengangkat objek dari lantai
� kerap melakukan angkatan
Kekerapan melakukan angkatan objek berat secara tidak betul dan tidak mendapat
latihan
yang berkesan menyebabkan seseorang pekerja boleh mendapat kecederaan dalam
otot di badan yang akhirnya menyebabkan pekerja terlibat tidak boleh melakukan
tugasan
tersebut.Apabila keadaan ini sering berlaku dan organisasi tidak mengendahkan
keadaan
tersebut maka organisasi mempunyai masalah ergonomik.

60 OUM
TOPIK 5
HAZAD ERGONOMIK

Untuk mengetahui maklumat tentang Ergonomics: Problem Recognition, sila


layari laman web berikut: http://www.osha.gov/SLTC/ergonomics/
recognition.html
5.5 MENGENAL PASTI MASALAH KHUSUS ERGONOMIK
Petanda umum kadangkala tidak boleh dijadikan bukti kukuh kepada kewujudan masalah

ergonomik dalam organisasi. Oleh itu, majikan perlu melihat masalah ergonomik
secara
khusus yang boleh dikenal pasti melalui analisis kerja secara terperinci. Jenis-
jenis kerja
yang dianalisis selalunya adalah kerja yang melibatkan:

� pergerakan yang berbahaya


� kekerapan melakukan angkatan secara manual
� gerakan atau tenaga yang berlebihan
� aliran operasi yang tidak baik
� postur badan yang tidak selesa
� tekanan psikologi yang tinggi
� faktor keletihan yang tinggi
� masalah kawalan kualiti
� penggunaan alatan secara automasi
Setelah mengenal pasti kerja yang perlu dianalisis secara terperinci, majikan
boleh melakukan
enam teknik analisis seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.10 yang berikut.

Rajah 5.10: Enam teknik analisis kerja

OUM 61
HAZAD ERGONOMIK

TOPIK 5
(a) Pemerhatian
Pemerhatian terhadap pekerja-pekerja yang sedang melaksanakan tugasan yang dikaji
boleh dilakukan. Teknik ini akan menjadi lebih berkesan dalam keadaan di mana
pekerjapekerja tidak menyedari mereka sedang diperhatikan. Dalam melakukan
pemerhatian,
perhatian khusus perlu diberikan kepada tugasan yang melibatkan pengendalian bahan

secara manual dan pergerakan berulang.


(b) Soal Selidik dan Temu Bual
Soal selidik dan temu bual boleh dilakukan untuk mengenal pasti masalah ergonomik.

Borang soal selidik mudah diagihkan, dijadualkan dan dianalisis. Temu bual pula
mampu
memberikan maklumat yang lebih terperinci.
(c) Rakaman Video dan Fotografi
Teknologi rakaman video memudahkan proses menganalisis tugasan kerana ia
merakamkan kerja yang sedang diperhatikan semasa ia dilakukan dan proses ini tidak

mengganggu pekerjaan yang sedang dijalankan. Teknik ini mampu meningkatkan


keupayaan menganalisis kerana rakaman gambar boleh dikakukan (tidak bergerak) atau

diulang tayang.
Fotografi pula mampu meningkatkan keupayaan menganalisis kerana setiap pergerakan
atau langkah yang terlibat dalam melakukan pekerjaan boleh direkod. Satu kelemahan

penggunaan kamera ialah gangguan pancaran lampu kamera yang menyebabkan pekerja
tahu gerak-gerinya dirakam.

(d) Lakaran atau Lukisan


Membuat lakaran tempat kerja yang kemas atau melukis proses aliran kerja boleh
membantu mengenal pasti masalah. Pastikan lakaran atau lukisan adalah tepat
sebelum
digunakan sebagai teknik menganalisis tugasan. Lukisan atau lakaran yang dibuat
perlulah diperiksa oleh pekerja yang biasa dengan kawasan kerja yang dilakar untuk

memastikan ketepatannya.
(e) Mengukur Persekitaran Tempat Kerja
Pengukuran juga boleh membantu mengenal pasti masalah ergonomik tertentu.
Pengukuran dibuat untuk mengenal pasti perkara-perkara berikut:
� jarak yang diperlukan untuk mengangkat bahan secara manual;
� ketinggian yang diperlukan untuk mengangkat sesuatu objek;
� berat objek tersebut; dan
� kekerapan pergerakan tersebut perlu diulang.
Jawapan kepada soalan-soalan ini boleh membantu meningkatkan keberkesanan proses
analisis.

(f) Memahami Faktor Usia (Ergonomics of Aging)


Apabila mengenal pasti masalah ergonomik tertentu di tempat kerja, cabaran atau
masalah yang dihadapi oleh pekerja berusia tidak harus diabaikan. Sebuah program
ergonomik yang baik akan menyesuaikan kerja dengan pekerja. Apabila kebanyakan
tenaga kerja di organisasi berusia 45 tahun dan lebih, organisasi perlu bersedia
menyesuaikan tempat kerja dengan pekerja-pekerja berusia yang mempunyai keperluan
fizikal yang berbeza daripada pekerja-pekerja muda.
62 OUM
TOPIK 5
HAZAD ERGONOMIK

Beberapa peraturan berikut perlu diambil kira semasa melakukan penyesuaian


tersebut,
iaitu:

� kelajuan pengaliran saraf, kekuatan cengkaman tangan, jisim otot, julat


pergerakan,
dan kelenturan mulai berkurangan apabila usia mencecah 45 tahun;
� berat dan jisim mula meningkat pada usia awal 50-an;
� ketinggian mula menyusut bermula pada usia 30 tahun;
� sakit belakang lebih biasa dihadapi oleh mereka yang berumur 45 tahun dan lebih;

dan
� ketajaman pandangan pada jarak dekat menyusut dengan peningkatan usia.
Peraturan ini bermaksud majikan tidak boleh mengambil pendekatan �satu-saiz-
untuksemua� terhadap masalah ergonomik. Penyesuaian untuk pekerja-pekerja berusia
perlu
dibuat secara individu dengan mengambil kira faktor usia mereka.

Sila layari laman web berikut: http://www.combo.com/ergo/pseating.htm untuk


mendapat maklumat tentang Proper seating and sitting properly.
5.6 LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN HAZAD
Lazimnya, apabila berlaku sesuatu masalah, kita akan cuba mencari jalan
penyelesaian.
Dalam masalah ergonomik, adalah lebih berkesan dan kos efektif sekiranya majikan
mengambil langkah yang proaktif untuk mencegah berlakunya tekanan ergonomik.
Kelazimannya, penyelesaian kejuruteraan merupakan kaedah yang lebih diutamakan
untuk
pencegahan dan pengawalan hazad ergonomik. Fokus sesuatu program ergonomik adalah
untuk menyesuaikan kerja dengan pekerja, dan bukan menyesuaikan pekerja dengan
kerja.
Penyesuaian sebegini boleh dilakukan melalui rekaan semula stesen kerja, kaedah
kerja
atau perkakasan bagi tujuan mengurangkan keperluan sesuatu kerja seperti tenaga
yang
banyak, pergerakan berulang dan kedudukan yang tidak selesa.

Jadual 5.2 berikut menjelaskan tiga contoh pengawalan kejuruteraan yang telah
terbukti
berkesan dan boleh dicapai:

OUM 63
HAZAD ERGONOMIK

Jadual 5.2: Contoh Pengawalan Kejuruteraan

TOPIK 5
No. Contoh Penerangan
1 Reka Bentuk
Stesen Kerja
Stesen kerja haruslah direka agar dapat disesuaikan dengan individu
yang menggunakannya dan bukan direka untuk memenuhi keperluan
semua pekerja. Stesen kerja seharusnya mudah dilaras agar dapat
disesuaikan dengan suatu tugasan khusus supaya wujud suasana
kerja yang selesa bagi pekerja-pekerja yang menggunakannya.
Ruang kerja seharusnya mempunyai keluasan yang mencukupi
untuk menampung pergerakan pekerja, terutama untuk pekerjaan
yang melibatkan penggunaan pisau, gergaji, cakuk dan perkakasan
yang seumpamanya.
2 Reka Bentuk
Kaedah Kerja
Analisis kaedah kerja kebiasaannya memfokus kepada postur statik
dan kadar pengulangan. Kaedah ini menjadi lebih baik apabila
perhatian diberi kepada tahap kekuatan serta postur tangan dan kaki.
Tugasan perlu diubahsuai bagi mengurangkan perkara-perkara
tersebut serta tekanan lain yang berkaitan dengan cumulative trauma
disorder (CTD).
Keputusan analisis kaedah kerja ini seharusnya diberitahu kepada
pihak yang bertanggungjawab dalam penjagaan kesihatan (healthcare provider) agar
satu senarai kerja ringan dan kerja berisiko tinggi
dapat disusun dan senarai ini perlu dikemas kini dari semasa ke
semasa.
3 Reka Bentuk
Peralatan dan
Pemegang
Peralatan perlu direka bentuk dan dipilih agar risiko cumulative
trauma disorder (CTD) dan sakit belakang dapat dikurangkan.
Beberapa kriteria pemilihan peralatan adalah seperti berikut:
x Peralatan menggunakan tangan perlu mengambil kira pekerja
yang menggunakan tangan kiri atau kanan;
x Peralatan kuasa dan pneumatik yang kurang gegaran dan
diselenggara mengikut spesifikasi pengeluar, dan
x Mengguna peralatan yang mempunyai pemegang yang dapat
dipegang sepenuhnya oleh tapak tangan.

Selain dari kawalan kejuruteraan, langkah-langkah berikut boleh digunakan untuk


mencegah
dan mengawal masalah ergonomik.

(a) Pengawasan kesihatan berkala


Pengawasan kesihatan berkala harus dilakukan kepada semua pekerja yang melakukan
kerja-kerja yang terdedah kepada tekanan ergonomik. Ia harus dilakukan setiap dua
atau tiga tahun. Tujuan pengawasan kesihatan secara berkala adalah untuk memantau
sebarang perubahan terhadap kesihatan pekerja terutama pekerja yang sering
terdedah
kepada pekerjaan yang berisiko dan berpotensi mendapat tekanan ergonomik.
64 OUM
TOPIK 5
HAZAD ERGONOMIK

(b) Program ergonomik


Program ergonomik yang berkesan perlulah merangkumi proses latihan dan pendidikan
yang berterusan. Tujuan program latihan dan pendidikan diadakan adalah untuk
memastikan supaya pekerja-pekerja mendapat maklumat tentang hazad ergonomik
yang mungkin dihadapi oleh mereka. Ia juga bertujuan agar mereka dapat mengambil
bahagian secara aktif melindungi diri mereka. Latihan dan pendidikan membolehkan
pengurus, penyelia dan pekerja memahami hazad-hazad yang berkaitan dengan sesuatu
kerja atau proses, pengawalan dan pencegahannya dan kesan-kesannya dari segi
perubatan.
Pasukan atau pihak yang terlibat dalam program ergonomik merupakan:

� pihak yang bertanggungjawab dalam penjagaan kesihatan


� penyelia
� pegawai pengurusan tapak
Program pendidikan perlu mendedahkan pekerja kepada pengetahuan dan latihan dalam
perkara-perkara berikut:

� jenis-jenis CTD dan cara mencegahnya;


� penyebab-penyebab CTD;
� tanda-tanda awal CTD; dan
� rawatan bagi risiko CTD.
Pengetahuan ini harus diberikan semasa pasukan yang terlibat dengan program
ergonomik membuat lawatan ke tempat kerja dan semasa pekerja menjalankan
pemeriksaan kesihatan. Bagi pekerja-pekerja baru, pengetahuan dan latihan ini
harus
diberikan dalam program orientasi.

Dengan tersebarnya pengetahuan ini, pengesanan awal terhadap berlakunya CTD dapat
dilakukan. Ini dapat membantu mengurangkan kesan CTD yang lebih teruk.

(c) Pemberitahuan awal terhadap tanda-tanda awal Cumulative Trauma Disorder


(CTD)
Pekerja harus digalakkan supaya membuat laporan awal jika mereka mendapati
tandatanda awal CTD pada diri mereka. Laporan harus dibuat kepada pihak yang
bertanggungjawab terhadap kesihatan pekerja di tapak kerja. Ini membolehkan
penilaian
dan rawatan awal diberikan.

Untuk mengetahui maklumat tentang Ergonomics: Controls, sila layari laman


web berikut: http://www.osha.gov/SLTC/ergonomics/solutions.html
5.7 STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH ERGONOMIK
Pada awal topik ini telah dinyatakan lapan pembolehubah yang mempengaruhi tekanan
ergonomik. Berikut merupakan lapan postur bekerja yang dapat meningkatkan tekanan
ergonomik:

OUM 65
66 OUM
HAZAD ERGONOMIK TOPIK 5
Rajah 5.11: Postur bekerja yang dapat meningkatkan tekanan ergonomik
Sekarang marilah kita lihat strategi yang boleh diguna pakai dalam postur bekerja
seperti
yang telah disenaraikan supaya masalah ergonomik dapat diselesaikan atau
dikurangkan.
(a) Kerja Duduk Melakukan Pergerakan Berulang dengan Komponen Sedikit
Kerja jenis ini boleh menghasilkan lebih tekanan fizikal. Belakang badan, leher,
bahu,
dan kesakitan bahagian bawah kaki biasanya berkaitan dengan kerja jenis ini.
Postur
kerja yang tetap dan pergerakan berulang boleh menyumbang kepada masalah
ergonomik. Untuk menyelesaikan masalah ini, stesen kerja dan proses kerja perlu
diubah
suai. Strategi yang boleh dilakukan adalah seperti yang ditunjukkan di Rajah 5.12
berikut.
Rajah 5.12: Strategi bagi kerja duduk melakukan pergerakan
berulang dengan komponen sedikit
(b) Kerja Duduk dengan Komponen Besar
Kerja jenis ini melibatkan interaksi dengan objek-objek yang mungkin terlalu besar
untuk
dikendalikan dengan tangan terutama yang berkaitan dengan kerja-kerja pemasangan
dan pengimpalan. Masalah-masalah yang berkaitan dengan pekerjaan ini biasanya
berhubung kait dengan cara duduk, pencahayaan, aktiviti mencapai dan mengangkat.
Strategi ergonomik untuk memperbaiki keadaan kerja ini adalah seperti yang
disenaraikan
di Rajah 5.13 berikut.
OUM 67
TOPIK 5 HAZAD ERGONOMIK
Rajah 5.13: Strategi bagi kerja duduk dengan komponen besar
(c) Kerja Kawalan Secara Duduk
Kerja jenis ini melibatkan duduk di satu lokasi dan menggunakan roda, tuas,
tombol, dan
butang untuk mengawal proses, sistem, atau bahagian-bahagian peralatan. Aktiviti
membongkokkan badan dan pemusingan yang berlebihan untuk melihat dengan lebih
jelas serta getaran tombol kawalan akan menghasilkan tekanan fizikal. Strategi
ergonomik
bagi kerja-kerja jenis ini termasuk perkara-perkara yang disenaraikan di Rajah
5.14 berikut.
Rajah 5.14: Strategi bagi kerja kawalan secara duduk
(d) Kerja Berdiri
Kategori kerja ini melibatkan kebanyakan kerja yang dilakukan secara berdiri.
Kerjakerja
sebegini tidak melibatkan pergerakan berulang yang banyak tetapi melibatkan
pengendalian bahan-bahan yang sederhana berat dan berat. Sebagai contoh, kerja
mengendalikan mesin seperti mesin pelarik, pengisar, gerudi, penukul, gergaji dan
sebagainya.
Tekanan fizikal yang terhasil daripada kerja-kerja ini termasuklah kesakitan kaki,
tangan
dan sakit belakang. Kadangkala, ketegangan bahagian sisi badan dialami apabila
pekerja
perlu membongkok dan memusingkan badan. Strategi ergonomik untuk memperbaiki
keadaan kerja sebegini adalah seperti yang disenaraikan di Rajah 5.15 berikut.
68 OUM
HAZAD ERGONOMIK TOPIK 5
Rajah 5.15: Strategi bagi kerja berdiri
(e) Berdiri Semasa Mengangkat dan Mengalih Barangan Berat
Kerja jenis ini melibatkan angkatan barangan berat dan mengalih barangan tersebut
secara berdiri. Fizikal tekanan yang biasanya berkaitan dengan kerja jenis ini
ialah
ketegangan bahagian belakang dan otot yang diakibatkan oleh cara mengangkat yang
tidak betul. Masalah jatuh juga boleh berlaku. Strategi ergonomik untuk
memperbaiki
keadaan ini adalah seperti yang disenaraikan di Rajah 5.16 berikut.
Rajah 5.16: Strategi bagi berdiri semasa mengangkat dan mengalih barangan berat
OUM 69
TOPIK 5 HAZAD ERGONOMIK
(f) Menggunakan Tangan Melepasi Aras Dada Ketika Bekerja
Kerja-kerja sebegini boleh dilakukan sama ada secara duduk atau berdiri yang
mungkin
melibatkan angkatan barangan. Tekanan fizikal yang berkaitan kerja jenis ini
termasuklah
ketegangan leher, bahagian atas tubuh, dan ketegangan jantung. Ketegangan jantung
merupakan akibat yang paling merbahaya.
Kerja-kerja yang memerlukan tangan berada melepasi paras bahu secara berpanjangan
menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke paras yang

tinggi. Strategi ergonomik untuk memperbaiki keadaan kerja sedemikian adalah


seperti
yang disenaraikan di Rajah 5.17 berikut.
Rajah 5.17: Strategi bagi menggunakan tangan melepasi aras dada ketika bekerja
(g) Bekerja Menggunakan Perkakasan Tangan
Tekanan fizikal berkaitan penggunaan perkakasan tangan adalah carpal tunnel
syndrome
(CTS) dan ketegangan otot di bahagian bawah lengan, tangan dan pergelangan tangan.

Strategi ergonomik untuk memperbaiki keadaan kerja ini perlu memfokus kepada
memperbaiki kedudukan tangan semasa menggunakan perkakasan, menguatkan
genggaman peralatan, dan meminimakan jumlah pusingan. Berikut merupakan
strategistrategi
yang boleh diguna pakai seperti yang disenaraikan di Rajah 5.18 berikut.
Rajah 5.18: Strategi bagi bekerja menggunakan tangan
70 OUM
HAZAD ERGONOMIK TOPIK 5
(h) Bekerja dengan Terminal Paparan Video (VDT)
Terminal paparan video merupakan automasi pejabat yang digunakan secara meluas
pada masa kini. Berikut merupakan sebahagian daripada strategi untuk mengurangkan
hazad yang berkaitan dengan VDT seperti seperti yang disenaraikan di Rajah 5.19
berikut.
Rajah 5.19: Strategi bagi bekerja dengan terminal paparan video (VDT)
TOPIK 5
HAZAD ERGONOMIK

Rajah 5.20 menunjukkan cara-cara duduk di komputer dengan betul.

Rajah 5.20: Cara duduk di


komputer dengan betul

Berdasarkan kepada postur bekerja seperti di atas, jelaskan dengan ringkas


satu strategi yang boleh diguna pakai untuk menyelesaikan dua postur bekerja
pilihan anda.
Sila layar laman web berikut: http://www.llnl.gov/es and h/hsm/doc19.01/
doc19-01.html untuk mendapat maklumat tentang Program Ergonomik.
RUMUSAN

Pengetahuan tentang isu-isu ergonomik adalah satu keperluan kualiti kehidupan


bekerja agar
produktiviti pekerja tidak menurun tetapi berlaku penambahbaikan prestasi kerja
mereka.
Pekerja yang terdedah kepada risiko penyakit akibat ketidaksesuaian stesen kerja,
proses
kerja atau peralatan di tempat kerja mengambil masa yang panjang untuk menyedari
penyakit
tersebut.

Majikan perlu lebih prihatin terhadap kesihatan pekerja dengan menyediakan


program-program
ergonomik agar pekerja mengetahui cara-cara untuk mengatasi risiko tersebut di
samping
menyediakan stesen kerja, peralatan kerja dan proses kerja yang sesuai dengan
pekerja.

OUM 71
HAZAD ERGONOMIK

TOPIK 5
UJIAN 1

Soalan Esei

1. Jelaskan secara ringkas maksud ergonomik.


2. Jelaskan secara ringkas TIGA (3) petanda umum wujudnya masalah ergonomik dalam
organisasi.
Soalan Aneka Pilihan

1. Yang manakah antara berikut BUKAN merupakan petanda wujudnya masalah


ergonomik?
A. Kadar ketidakhadiran yang tinggi
B. Kadar lantik-henti yang rendah
C. Rungutan pekerja
D. Trend kemalangan yang ketara
2. Kecederaan musculoskeletal semakin meningkat apabila pekerja terlibat dalam
aktiviti
berikut KECUALI:
A. Mengangkat objek besar
B. Mengangkat objek berat
C. Kerap melakukan aktiviti angkatan
D. Mengangkat objek dari meja
3. Proses mengenal pasti masalah khusus tentang ergonomik adalah seperti berikut
KECUALI:
A. Pemerhatian
B. Temu bual
C. Menyesuaikan pekerja dengan kerja
D. Mengukur persekitaran tempat kerja
4. Aktiviti berikut merupakan kawalan kejuruteraan untuk mencegah masalah
ergonomik
KECUALI:
A. Reka bentuk stesen kerja
B. Pemilihan perkakasan tangan
C. Pengawasan kesihatan
D. Reka bentuk proses kerja
5. Strategi menyelesaikan masalah ergonomik untuk postur duduk yang melakukan
pergerakan berulang adalah seperti berikut KECUALI:
A. Laraskan ketinggian stesen kerja
B. Tugasan kerja yang berulang
C. Pusingan kerja
D. Ruang meletak kaki
72 OUM
TOPIK 5
HAZAD ERGONOMIK

UJIAN 2

Pernyataan BENAR (B) atau PALSU (P)

1. Prinsip ergonomik melibatkan sistem kerja, sukan, riadah, kesihatan dan


keselamatan
dan kesihatan.
2. Pekerja perlu menyesuaikan diri dengan stesen kerja dan proses kerja.
3. Postur berdiri didapati tidak mendatangkan tekanan ergonomik kepada pekerja.
4. Stesen kerja mendatar yang baik memerlukan pekerja selalu membongkok.
Soalan Esei

1. Terangkan secara ringkas TIGA (3) strategi yang boleh diguna pakai untuk
mengurangkan
tekanan ergonomik semasa melakukan postur berdiri untuk mengangkat dan
mengalihkan objek berat.
2. Jelaskan secara ringkas EMPAT(4) langkah pencegahan dan kawalan masalah
ergonomik.
OUM 73

Anda mungkin juga menyukai