Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN

Tarikh : 26 Januari 2016


Hari : Selasa
Masa : 6.45 pagi 3.30 petang

26 Januari 2016 merupakan hari permulaan praktikum fasa 3 bagi saya yang
bertempat di Sekolah Kebangsaan Pantai, Seremban Negeri Sembilan. Tepat jam 6.45 pagi,
saya tiba di sekolah tersebut bersama seorang lagi rakan saya iaitu Noraini Binti Jumain
untuk menjalani praktikum fasa 3 di sekolah tersebut. Kedatangan kami di sambut oleh Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk melaporkan diri. Saya dapati seramai enam orang
guru pelatih termasuk saya yang terpilih untuk menjalani praktikum fasa 3 di sekolah
berkenaan. Berikut merupakan laporan ringkas untuk hari ini :

Hadir ke tapak perhimpunan untuk bersama-sama para guru dan murid untuk
menyesuaikan diri dengan warga sekolah serta para murid sepanjang perhimpunan

tersebut berlangsung.
Setelah selesai perhimpunan, sekali lagi kami di minta untuk ke pejabat bagi
menguruskan beberapa hal yang berkaitan dengan pendaftaran dan lapor diri di

sekolah tersebut.
Diberi maklumat ringkas mengenai organisasi sekolah, tugasan guru dan budaya

sekolah
Jadual waktu belum diberi kerana tiada pengesahan guru besar.
Meronda kawasan sekolah untuk mengumpul data dan maklumat mengenai misi
dan visi sekolah, sistem pengurusan dan pentadbiran kurikulum dan hal ehwal

murid.
Hadir ke mesyuarat tahunan sukan
Seisi persekolahan tamat pada jam 3.30 petang

Hari ini saya berpeluang untuk berkolaborasi dengan guru-guru sekolah untuk
mengenali dan mendekati budaya sekolah dengan lebih dekat lagi. Hal ini akan membantu
saya mengaplikasikan diri dengan budaya dan warga sekolah dengan lebih mudah.

LAPORAN
Tarikh : 27, 28, 29 Januari 2016
Hari : Selasa - Jumaat
Masa : 7.00 pagi

Pada jam 7.00 pagi yang bertarikh 27/01/2016 saya telah mengalami kemalangan
sewaktu perjalanan hendak menuju ke SK Pantai bersama seorang rakan praktikum saya
iaitu Noraini Binti Jumain. Berikut merupakan laporan saya :
Apabila saya sampai di Jalan Sikamat berhampiran Taman Megaway, ketika itu saya
menunggang motorsikal jenis SYM, nombor plate WDG 288 untuk jalan terus, tiba-tiba
sebuah kereta jenis Perodua Kancil dari arah bertentangan terus membelok ke kiri saya, lalu
saya brek dan elak tetapi motorsikal saya terlanggar dengan kereta tersebut. Kami
mengambil rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Saya mengalami kecederaan
patah tulang tangan kanan, luka di lutut kanan, sakit belakang badan, cuti sakit selama 14
hari. Manakala rakan saya mengalami kecederaan di lutut kiri dan tisu koyak. Cuti sakit
selama 3 hari.

LAPORAN
Tarikh : 1 Februari 2016

Hari : Isnin
Masa : 7.00 pagi 2.00 petang

Hari ini merupakan hari kedua saya memulakan tugas di SK Pantai setelah bercuti
sakit selama 3 hari. Berikut merupakan laporan ringkas mengenai persekolahan pada hari
ini :

7.35 pagi 7.50 pagi merupakan perhimpunan pagi.


Berjumpa dengan GPK Kokurikulum, En Tajuddin untuk mendapatkan penyertaan

dalam persatuan, kelab dan permainan serta unit beruniform.


Persatuan :
1M 1S :
Unit beruniform : Pengakap
Latihan rumah sukan dijalankan selepas tamat perhimpunan sehingga rehat
Jadual telah diberikan kepada kami
Seisi persekolahan tamat pada jam 2.00 petang

Hari ini saya berpeluang berkolaborasi secara langsung dengan sebahagian daripada
murid SK Pantai. Melalui pemerhatian saya, SK Pantai ini merupakan sebuah sekolah yang
mempunyai murid-murid yang bergiat aktif dalam permainan catur kerana pada waktu
perhimpunan tersebut telah berlaku sesi penyampaian hadiah, sijil dan pingat kepada muridmurid yang memenangi beberapa acara yang dipertandingkan di UKM peringkat
kebangsaan.
Selain itu, saya juga dapati bahawa sekolah ini mementingkan subjek Pendidikan
Jasmani berbanding sekolah lain kerana terdapat beberapa buah sekolah yang
menggantikan masa subjek Pendidikan Jasmani dengan subjek lain dan menganggap
subjek Pendidikan Jasmani adalah satu subjek yang tidak penting.

Anda mungkin juga menyukai