Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
golongan manusia yang kembali kepada Islam serta kekal dan beramal baik
keislamannya. Dengan pemberian zakat merupakan satu inisiatif yang dapat
menyatukan hati mereka,mengukuhkan serta menambahkan rasa cintaya
terhadap Islam.
Manakala takrif lain yang lebih jelas memberi pengertian Saudara Baru
sebagai orang-orang yang dipujuk dan dijinakkan iaitu orang orang yang
dipujuk dan dijinakkan hatinya dengan harapan dapat menguatkan
pegangan mereka terhadap Islam atau orang-orang yang dipujuk supaya
tertarik untuk memeluk Islam ( Amran Kasimin 1985: 1 ).
Kesimpulan daripada pengertian di atas, Saudara Baru merupakan
segolongan manusia yang kufur dan memeluk Islam dengan melafazkan dua
kalimah syahadah. Pemberian zakat kepada asnaf mualaf adalah wajib
bertujuan untuk memotivasikan serta menguatkan pegangan aqidah
Islamiyah yang baru dianuti.
PENGERTIAN PERSEPSI
Mahmood Nazar Mohamed ( 1992 ), dalam konteks persepsi, kelima-lima
deria ( mata, telinga, hidung, lidah dan kulit ) adalah tidak sama. Ada deria
yang lebih penting dan sebaliknya. Contohnya, penglihatan melalui deria
pancaidera mata adalah lebih penting. Ini adalah kerana pada kebiasaannya
manusia menumpukan perhatian melalui penglihatan.
METOD KAJIAN
Kertas kerja ini cuba membentangkan mengenai Persepsi Masyarakat Cina
Terhadap Anak Yang Memeluk Islam: Satu Pengalaman dan Pemerhatian cuba
mengkaji beberapa faktor yang menjadi pendorong kepada penerimaan
Islam dikalangan Saudara Baru ( Cina Muslim ), persepsi masyarakat Cina
terhadap anak yang memeluk Islam, cabaran-cabarannya serta saranansaranan kepada Saudara Baru.
Kaedah kajian yang dilakukan adalah melalui metod permerhatian dan
pengalaman penulis itu sendiri.Kajian perpustakaan juga merupakan salah
satu kaedah kajian ini dijalankan.
seperi berikut:
i) Terputusnya hubungan kekeluargaan
Aspek kekeluargaan adalah amat dititiberatkan dalam masyarakat Cina yang
berpegang kepada ajaran Konfusinisme. Hubungan erat di antara anak-anak
dan kedua ibu bapa adalah akrab dan begitu juga dengan adik beradik serta
sanak saudara yang lain. Dengan tindakan seseorang untuk memilih agama
Islam sebagai anutannya telah memberi kesan yang mendalam pada jiwa
kedua ibu bapa yang telah melahirkan mereka. Ini kerana kedua ibu bapa
beranggapan bahawa sekiranya memeluk Islam seseorang Saudara Baru
akan meninggalkan dan seterusnya memutuskan hubungan dengan mereka.
Persepsi seperti ini menjadi fobia kepada masyarakat Cina sekiranya
terdapat anak-anak mereka yang berhasrat untuk memeluk Islam dan dari
sini akan wujudnya pelbagai tentangan yang hebat daripada ibu bapa malah
ahli keluarga dan sanak saudara seperti memulaukan Saudara Baru tersebut,
menyiksa, membunuh dan yang paling penulis tersentuh hati ialah kedua ibu
bapa tidak mengaku Saudara Baru sebagai anak kandung mereka.
ii) Masuk Islam bererti masuk Melayu
Masyarakat Melayu merupakan golongan majoriti dalam masyarakat majmuk
di Malaysia ini dan sebaliknya kepada masyarakat Cina. Masyarakat Cina
berpandapat bahawa sekiranya anak-anak mereka memeluk Islam adalah
sama konsep dengan masuk Melayu dan tidak berandaian masuk Islam.
Fenomena ini berlaku kerana bangsa Melayu merupakan golongan majoriti
yang beragama Islam. Di samping itu, kehidupan, akhlak, aqidah,
pendidikan, perniagaan segelintir masyarakat Melayu agak tidak menyokong
kepada keadaan penghapusan persepsi masyarakat Cina terhadap Saudara
Baru.
Ekoran daripada itu, tanggapan sebegini telah sebati dalam pemikiran
mereka dari dahulu sehingga kini. Walaupun usaha untuk memberi
pemahaman dan penjelasan kepada mereka bahawa terdapat perbezaan di
antara memeluk Islam dan masuk Melayu iaitu dari segi Islam sebagai
agama dan Melayu sebagai bangsa. Namun usaha ini pada pengalaman dan
pemerhatian penulis merupakan satu usaha yang mengambil masa yang
agak lama untuk memberi kefahaman kepada mereka.
iii) Islam berkembang melalui pedang
Peperangan merupakan satu fenomena yang tidak disukai oleh semua pihak
Antaranya ialah tekanan spiritual untuk mencari dan memiliki kebenaran dan
agama yang benar, keduanya tekanan psikolgi terkesan melalui bangkangan
keluarga sebelum dan sesudah memeluk Islam, ketiganya tekanan psikologi
untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru dan seterusnya keperluan
untuk menjadikan diri sebagai Role-Model.
Pengalaman penulis juga membenarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr.
Faudzinaim kerana ia hampir menepati cabaran-cabaran Saudara Baru di
sudut dalaman.
Cabaran Luaran
Cabaran luaran lebih menjurus kepada perkara-perkara yang muncul dari
luar diri Saudara Baru itu sendiri dan sekaligus telah memberi kesan yang
amat mendalam jika dibandingkan dengan kesan cabaram dalaman.
Dari segi cabaran-cabaran luaran ianya dapat dilihat dari persepsi
penerimaan daripada masyarakat Islam melalui perkahwinan, keduanya
tentangan yang diberikan oleh ibu bapa dan ahli keluarga Saudara Baru, dan
yang selebihnya ialah cabaran dilihat dari soal bantuan yang ditawarkan
kepada Saudara Baru serta akhlak segelintir umat Islam yang tidak dapat
diteladani.
Melihat kepada cabaran-cabaran dalaman serta luaran yang dihadapi oleh
Saudara Baru maka tidak mustahillah Saudara Baru juga berkemungkinan
besar akan mengalami tekanan dari segi psikologi seperti kemurungan,
kerisauan dan kegelisahan yang tinggi, stress dan lebih dari itu ialah hilang
akal seperti yang pernah penulis temui sebelum ini.
Maksudnya : Allah swt telah menyaksikan bahawa Tiada Tuhan melainkan
Dia sendiri, juga malaikat dan orang-orang yang berilmu pengetahuan
menyaksikan yang sedemikian itu, bahkan Allah swt itu Maha Berdiri Sendiri
dan Adil. ( Ali-Imran : 18 )
Ayat ini menjelaskan kepada kita penyaksian dimulai dengan diri sendiri,
diikuti golongan malaikat dan seterusnya golongan-golongan yang berilmu
pengetahuan. Oleh yang demikian, jelaslah kedudukan ini menunjukkan
kemuliaan dan keutamaan ketiga-tiga golongan tersebut.
Begitu juga dalam hadis-hadis Rasulullah saw menjelaskan tentang
kedudukan ilmu, sepertimana bersabda Rasulullah saw yang mafhumnya;
Menuntut ilmu adalah difardukan ke atas setiap Muslim.
Oleh itu, kita perlulah melengkapkan diri dengan ilmu agama Islam demi
untuk merealisasikan matlamat yang kita tetapkan. Jangan berpegang
kepada aqidah yang shahih ( Islam ) sahaja malah perkukuh dan
mentapkanlah ia seperti berdiri teguhnya Jabal Uhud di Madinah dan
cekalnya Bilal Bin Rabbah ( tukang azan zaman Rasulullah saw ), Sumaiyah
( isteri Ammar bin Yasir ), Asiah ( isteri Firaun ) dan Zinnirah dalam
KESIMPULAN
Oleh yang demikian, penulis berpendapat bahawa Saudara Baru seharusnya
diberi kefahaman bahawa Islam adalah al-Din iaitu cara hidup dalam konteks
yang sangat luas, ianya bukan sahaja suatu kepercayaan tetapi merangkumi
seluruh aspek kehidupan yang lengkap, maju, bertamadun dan progresif.
Pelbagai pihak perlulah memainkan peranan yang penting untuk sama-sama
membantu mengubah persepsi masyarakat Non Muslim terhadap Islam dan
memberi kerjasama untuk memastikan kedudukan Saudara Baru terbela
serta dapat memotivasikan pemantapan Saudara Baru dalam Islam.
Rujukan