Anda di halaman 1dari 1

2.

KECERGASAN FIZIKAL
Definisi
Menurut Clark ( 1966 ) kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara
berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang
dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. Kecergasan
fizikal dikaitkan dengan keupayaan individu untuk bekerja dengan lebih efektif dan menikmati
masa kesenggangan, rehat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecemasan.
Kecergasan fizikal yang optimal tidak mungkin dicapai tanpa senaman yang berterusan.
Dalam masa yang sama seseorang individu itu masih mampu melakukan aktiviti yang lain bagi
menikmati keseronokan hidup. Orang yang mempunyai tahap kecergasan juga boleh diibaratkan
sebagai kebolehan untuk menyaingi kehidupan yang seimbang dan lengkap dari segi jasmani,
emosi, rohani dan sosial. Ini secara keseluruhannya melibatkan kecergasan sosial, kecerdasan
psikologi dan kecergasan fisiologi.
Menurut Corbin dan Lindsey ( 1988 ), kecergasan fizikal didefinisikan sebagai keupayaan
keseluruhan organisma manusia untuk berfungsi dengan cekap dan berkesan. Kecergasan fizikal
sewajarnya mengandungi 11 kompenen yang dapat memberi sumbangan terhadap kebolehan
seseorang bekerja dengan berkesan menikmati masa riadah, menjadi sihat menentang penyakit
hipokinetik dan menghadapi keadaan kecemasan.

Anda mungkin juga menyukai