Anda di halaman 1dari 4

Pendidikan Persekitaran Dan komuniti

1. Pendahuluan
Datuk Dr. Abdul Shukor b Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dalam
kata penghantarnya dalam buku Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan, Pusat
PerkembanganKurikulum, 1999 menjelaskan bahawa Pendidikan Kesihatan membantu murid
meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan
mengamalkan gayahidup sihat.Kurikulum Pendidikan Kesihatan di Malaysia digubal untuk
memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat
sihat yangmengamalkan gaya hidup sihat dan dibahagikan kepada 3 tunjang pembelajaran iaitu:i.Kesihatan Diri dan Keluarga
ii.Gaya Hidup Sihat
iii.Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran.
Matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan diharap dapat dicapai melalui tunjang
yangdinyatakan.
Pemahaman
dan
menghayati
pengetahuan,
kemahiran
dan pengalamanPendidikan Kesihatan kepada murid-murid amat perlu agar dapat mengamalkan
gaya hidupsihat sebagai budaya masyarakat Malaysia. Murid dididik supaya sentiasa
bersediamenyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial. Kurikulum
PendidikanKesihatan yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan
proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi individu ke tahap optimum.
(Sukatan Pelajaran Pend. Kesihatan, 1999 )
2. Definisi Pendidikan Kesihatan
Wikipedia menerangkan bahawa Pendidikan Kesihatan merupakan suatu prosesmembekalkan
atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalamkefahaman, sikap dan
amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dankomuniti.Menurut Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) pula, kesihatan ialah satu tahap ataukeadaan apabila seseorang
individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna darisegi fizikal, mental dan sosial, dan
bukan semata-mata bebas daripada penyakit atautidak upaya. Definisi ini melibatkan dua aspek
penting dalam kesihatan, iaitu aspek negatif (penyakit tidak sihat, cedera, cacat, tidak upaya atau
lemah ), dan aspek positif(kesejahteraan dari segi mental, fizikal dan sosial).
Perkataan kesihatan dikatakan berasal dari pada perkataan Inggeris lama untuk perkataan
heal (hael) yang bermaksud keseluruhan (whole) . Ia merujuk kepadakesihatan yang menyeluruh,
iaitu
berkaitan
individu
secara
keseluruhan
termasuklahintegriti,
sihat
atau
kesejahteraan.Kesihatan bersifat holistik dan merangkumi pelbagai dimensi atau domain.
Kesihatan holistik bermaksud mengambil kira pelbagai pengaruh dan interaksi dimensi-dimensi
tersebut. Dimensi kesihatan bagi individu adalah seperti berikut :
i. Kesihatan fizikal.
ii Kesihatan mental
iii Kesihatan emosi
iv Kesihatan sosial
v Kesihatan rohaniah
vi Kesihatan seksual

Selain kesihatan individu terdapat dua lagi dimensi kesihatan yang lebih luas yangmempengaruhi
individu iaitu :
i. Kesihatan Masyarakat iaitu hubungan antara kesihatan dan cara masyarakatdistruktur, disusun
dan dibangunkan. Ini termasuklah keperluan infrastruktur asasuntuk kesihatan
ii. Kesihatan persekitaran bermaksud persekitaran fizikal di mana orang ramaitinggal dan ini
termasuklah perkara-perkara seperti perumahan, pengangkutan,kemudahan sanitasi dan air
bersih, serta pencemaran.
3. Matlamat Dan Objektif Pendidikan Kesihatan
Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan,
memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.
( wikipedia.org)
Objektif pendidikan kesihatan dirancang dan digubal agar murid-murid boleh mencapai perkaraperkara seperti berikut :
i. mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran.
ii.menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan dengan
kesihatan.
iii.membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman.
iii.menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian.
v. berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan.
( Sukatan Pelajaran Pend. Kesihatan, 1999 ).
4. Budaya Pembelajaran Pendidikan Kesihatan
Budaya pembelajaran Pendidikan Kersihatan di Malaysia adalah melalui penglibatan muridmurid secara penghayatan ilmu, berinteraksi dengan guru, rakan dan masyarakat serta
penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai bukit pembelajaran
Tiga tunjang dalam Pendidikan Kesihatan iaitu yang pertama Kesihatan Diri danKeluarga, ini
bermakna penjagaan kesihatan diri, perasaaan dan kekeluargaan. Tumpuan pengajaran dan
pembelajaran diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan
keibubapaan
Gaya Hidup Sihat merupakan tunjang yang kedua dan konsep tunjang ini adalah pengalaman
aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah laku berisiko secara berterusan.
Pengajaran dan pembelajaran memberi tumpuan kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres,
kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan dadah.Tunjang yang
ketiga adalah Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran, konsep tunjang ini adalah pemeliharaan
kebersihan dan keselamatan persekitaran dan pertolongan cemas. Kaedah atau pendekatan
pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Kesihatan adalah menekankan gaya hidup sihat
yang sesuai dengan ciri dan keperluan murid dan pembelajaran adalaha melalui aktiviti Murid
diberi peluang mempelajari pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan dengan mata pelajaran
dengan melakukan aktiviti, eksperimen dan amalan rutin. Murid juga perlu diberi peluang untuk
meluahkan emosi, memperkembangkan proses mental dan membentuk perhubungan yang sihat
dalam suasana yang membina. Murid juga diajar menguasai kemahiran berfikir secara kritis,
kreatif dan inovatif. Kemahiran berfikir yang terdapat dalam Pendidikan Kesihatan ini
termasuklah membanding dan membeza, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan,

menyusun mengikut urutan, membuat inferens, menjana dan menghasilkan idea dan mencipta
analogi. Mata pelajaran ini juga mendidik murid membuat keputusan yang bijak dan
menyelesaikan masalah. Nilai murni yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan
selaras denganmatlamat mata pelajaran ini antaranya ialah kebersihan, keselamatan,
tanggungjawab,keprihatinan, kasih sayang dan kerjasama.
5. Interpretasi Pendidikan Kesihatan Dan Program Yang Boleh Dilaksanakan Di Sekolah
Sebagai Pentadbir atau Guru Besar pelagai program boleh dilaksanakan di sekolahyang berkaitan
dengan Pendidikan Kesihatan. Kebanyakan sekolah sememangnya telah mengadakan pelbagai
program yang merupakan program Pendidikan Kesihatan samada secara lansung atau tidak
langsung. Selain daripada mata pelajaran Pendidikan Kesihatan yang diajar sebagai subjek,
Pendidikan Kesihatan boleh diterapkan melalui pelbagai kaedah atau pendekatan. Ini
termasuklah dalam program- program Hal-Ehwal Murid, begitu juga dalam program-program
Kokurikulum.Pendidikan haruslah diajar atau lebih tepat lagi diterapkan kepada murid-murid
supaya ia menjadi budaya. Perkara-perkara begini kadang-kadang agar sukar jugahendak diajar
atau diterapkan kerana murid-murid datang dari pelabagai budaya atau cara hidup yang berbeza,
sebagai contoh cara pemakanan mereka di rumah, kadang-kadang apa yang ditafsir oleh ibubapa
di rumah akan pemakanan sihat amat berbeza sekali dengan pemakanan sihat yuang sebenarnya.
Justeru itu peranan sekolah amat penting sekali dalam hal ini. Perkara-perkara berkaitan
Pendidikan Kesihatan perlu ditunjuk ajar di sekolah dan jadikannya satu rutin agar ianya akan
menjadi budaya kepada murid-murid yang akan membesar sebagai masyarakat yang faham
akan pentingnya penjagaan kesihatan.
6. Matlamat Dan Objektif Pendidikan Kesihatan Yang Hendak Dipupuk Di Sekolah
Program Kesihatan merupakan program yang dijalankan untuk menjamin kebersihan dan
kesihatan murid yang berterusan sepanjang tahun untuk mewujudkan suasana persekitaran yang
bersih di samping membina amalan-amalan yang baik.
Objektifnya pula adalah untuk :
i.Menanamkan sikap menjaga kebersihan dan kesihatan di kalangan murid.
ii.Memastikan kawasan sekolah adalah kawasan yang bersih dan selamat.
iii.Mengindahkan kawasan sekolah dengan pelbagai tanaman hiasan.
iv.Memberi maklumat kepada murid berkaitan kebersihan dan kesihatan.
7. Aktiviti-Aktiviti Yang Boleh Dilaksanakan Di Sekolah
Pelbagai aktiviti boleh dirancang dan dilaksanakan di sekolah dalam usaha menerapkan
kefahaman dan kesedaran di samping matlamat jangka panjang iaitu untuk menjadikan satu
budaya, antaranya :I. Kempen anti denggi
II.Taklimat, ceramah & motivasi tentang tanggungjawab menjaga kebersihan dan kesihatan diri.
III.Mengadakan hari kesihatan
IV.Program anti rokok dan dadah
V.Menceriakan tempat-tempat rekreasi & persekitaran sekolah
VI.Menggalakkan program motivasi, amalan hidup sihat, senaman & permainan

VII.Tandas bersih
VIII.Kantin bersih & selamat
IX.Pertandingan kelas terbersih
X.Pameran kesihatan
XI.Melukis poster
XII.Kempen kebersihan
XIII.Kitar semula
XIV.Melukis mural
8. Rumusan
Program-Program Kesihatan yang dilaksanakan dengan terancang dan baik sudah tentu akan
memberi kesan yang efektif kepada murid-murid khasnya dan sekolah secara amnya. Kawasan
sekolah yang bersih dan ceria sudah pasti akan mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan. Penekanan kepada Pendidikan Kesihatan kepada murid-murid, malah sebagai
Guru Besar penekanannya juga harus kepada guru-guru, staf sokongan, pekerja
swasta, pengusaha kantin, ibubapa dan komuniti sekitar sudah pasti akan mewujudkan budaya
sekolah yang sihat, bersih, ceria dan selamat.Guru Besar atau Pentabdir harus memainkan
peranan utama dalam menerapkankesedaran Pendidikan Kesihatan kepada warga sekolah dan
komuniti sekitar. Program- program yang dirancang atau ingin dilaksanakan biarlah melibatkan
semua pihak kerana melalui penglibatan semua pihak baru kefahaman dan kesedaran timbul.
Selain daripada itu pihak sekolah juga boleh memohon bantuan atau pertolongan komuniti dan
ibubapa yang mempunyai latar yang berkaitan Kesihatan. Mereka boleh membantu pihak
sekolah dalam program-program yang berkaitan. Agensi-agensi luar samada swasta atau kerajaan
juga boleh membantu pihak sekolah dalam usaha sekolah untuk menjadikannya satu budaya.
Kesimpulannya Pendidikan Kesihatan bukan hanya mengajar matapelajaran Pendidikan
Kesihatan sebagai satu subjek malah ia boleh dilaksanakan dengan merangkumi pelbagai aktiviti
atau program dalam usaha menjadikan satu cara hidupyang baik.
9. Rujukan
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999, Sukatan Pelajaran
Rendah dan Menengah Pendidikan Kesihatan
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999, Huraian Sukatan
Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Kesihatan
Surat pekeliling ikhtisas bil 25/1998: pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Pesihatan KP (BS) 8591/Jld.XIV/(25)
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan Jasmani/Definisi Pendidikan Jasmani danKesihatan

Anda mungkin juga menyukai