Anda di halaman 1dari 57

BAB PROLOG

KAWAI MARU
Kawai Maru sebuah kapal nelayan besar dimiliki oleh Tuan Kawai. Tuan Kawai
seorang yang kaya raya sejak berumur awal tiga puluhan. Beliau cinta akan laut
lebih daripada daratan. Nama kapal Kawai Maru mengambil sempena
namanya. Seorang yang berpengetahuan luas dalam bidang perikanan.
Kawai Maru menempatkan
dua ratus pekerja. Dua tingkat Kawai Maru
dijadikan tempat tidur. Satu tingkat ruang dapur dan dewan makan . Dua tingkat
tempat menyimpan ikan lengkap dengan bilik sejuk beku. Teknologi moden
digunakan seperti komputer dan satelit dalam kapal Kawai Maru. Di Lautan
Pasifik, Kawai Maru tiada saingannya. Perairan Ogonshoto merupakan tempat
tangkapan ikan merah dan tuna yang berdaging enak, iaitu lubuk ikan luar biasa.
Ogonshoto merupakan republik yang terdiri daripada enam buah
pulau, lebih kurang 1500 batu di barat laut Pulau Easter milik Chile. Tatamanu
merupakan ibu negara dan pelabuhan utamanya. Menurut Tuan Kawai,
kepulauan ini telah dijumpai oleh pelayar-pelayar Jepun pada permulaan
zaman Edo dan merekalah yang menamakannya Ogonshoto. Ogonshoto
mempunyai hubungan dengan Jepun. Pengaruh Jepun terdapat di Ogonshoto,
misalnya terdapat generasi kacukan Jepun di Futu-Ata. Pulau-pulau
Ogonshoto menawarkan pemandangan yang menakjubkan. Di kepulauan ini,
terdapat gunung-gunung berapi, seperti gunung berapi Gora-Gora, Rai-Rapa
dan Futu-Ata. Terdapat pusat-pusat hiburan di sini, seperti di Malagana. Rakyat
Ogonshoto ramah dan kaya dengan cerita. Kisah-kisah di Ogonshoto
menjadi kutipan anak-anak kapal Kawai Maru dan menjadi lebih jelas
dan lengkap selepas peristiwa pertemuan dengan nakhoda dan
pengikut-pengikutnya di sebuah pulau asing selepas berlakunya
Tsunami.
PERSOALAN
1.
Tentang penggunaan teknologi moden dalam perikanan. Contoh; Kawai
Maru menggunakan
teknologi satelit dalam kegiatan perikanannya.
2.
Tentang keadaan geografi kepulauan Ogonshoto. Contoh; terdiri daripada
pulau-pulau dan
ibu negaranya ialah Tatamanu.
PERWATAKAN
TUAN KAWAI
1.

Seorang yang memilki kapal Kawai Maru.

2.
Seorang yang arif tentang perikanan. Contoh; tidak seorang pun daripada
anak-anak kapal
boleh mengatasinya tentang dunia laut dan isinya.

3.
Seorang nelayan yang menggunakan teknologi moden. Contoh; dia
menggunakan komputer
dan satelit dalam kegiatan perikanannya.
4.
Seorang yang tidak pernah serik dalam melakukan sesuatu. Contoh; dia
tetap ke perairan Ogonshoto walaupun terdapat gelombang-gelombang besar.

GAMBARAN MASYARAKAT
1.

Masyarakat yang bekerja sebagai nelayan. Contoh ; Tuan Kawai dan anakanak kapal Kawai Maru merupakan nelayan.

2.

Masyarakat yang peramah. Contoh; rakyat Ogonshoto ramah-tamah dan


kaya raya dengan cerita.

REPUBLIK OGONSHOTO
1.
Sebuah republik terdiri daripada enam buah pulau lebih kurang 1500 batu
di barat laut Pulau
Easter milik Chile.
2.
Edo.

Kepulauan ini ditemui oleh pelayar-pelayar Jepun pada permulaan zaman

3.
Terdapat pengaruh Jepun. Contoh; terdapat generasi kacukan Jepun di
Ogonshoto.
4.

Terdapat gunung-gunung berapi. Contoh; Gunung berapi Gora-Gora.

5.
Mempunyai pemandangan yang menakjubkan. Contoh; puncak gunung
berapi di Gora-Gora
berwarna keemasan pada waktu pagi.
6.

Ibu negaranya ialah Tatamanu, iaitu sebuah pelabuhan utama Ogonshoto.

7.

Terletak di Teluk Pinavana yang sangat dalam.

8.
Rakyatnya peramah dan kaya-raya dengan cerita. Contoh; mendengar
cerita-cerita
penduduk-penduduk Ogonshoto kami akan lupa segala perbualan yang
menjadi kebiasaan
kami.

BAB 1: KOLONIAL
Presiden seorang yang disanjungi dengan gelaran-gelaran yang
baik seperti dewa-dewa bagi yang menyukainya. Namun bagi mereka yang
tidak menyukainya memberikan gelaran-gelaran yang tidak baik, yang hodohhodoh dan busuk-busuk seperti Belut Selat Morauka dan Dewa Badak. Dia di
beri gelaran kolonial atau peribumi sebagai kolonial baharu. Media
masa di Ogonshoto adalah milik presiden. Riwayat Presiden dari kecil hingga
sekarang tiada cacat-celanya, seperti kain putih yang dikeluarkan dari
gedungnya kerana biografinya ditulis oleh pengarang yang mendapat imbuhan
sangat lumayan daripada Presiden.
Riwayat sebenarnya ialah dia merupakan anak luar nikah
Malagana. Pada usia tujuh tahun semasa merayap-merayap di pantai Tanjung
Takatea dia berenang ke sebuah kapal besar menyeludup masuk ke sebuah
kapal Eropah. Dia bersembunyi antara peti-peti kayu. Dia tidak mempedulikan
perasaan ibu dan kawan-kawannya akan kehilangannya. Dia menjadi pencuri
makanan yang licik, menyorok tanpa jejak dan tidur tanpa dengkur untuk
mengelakkan dirinya dikesan. Namun akhirnya dia ditangkap. Apabila tiba di
Eropah, dia dibawa ke rumah seorang kelasi tua. Dia dipaksa bersekolah. Dia
tidak pernah mencapai kedudukan di atas nombor dua puluh di dalam kelasnya.
Semasa di kolej, dia membuat kajian untuk semester pengajiannya tentang
kumpulan haram di China dan Jepun. Kajiannya hilang dari bilik
pensyarahnya setelah disemak dan diberi markah. Semasa di universiti pula, dia
membuat tesis tentang kediktatoran. Seperti dahulu tesisnya hilang dari
simpanan perpustakaan jabatan dan profesornya.
Namun mengikut catatan biografinya, seorang nakhoda
Eropah sudah lama memerhatikan kepintarannya lalu memohon kebenaran
ibunya membawanya ke Eropah. Nakhoda telah membawanya secara
sembunyi kerana ibunya menghalang. Mengikut catatan, dia seorang yang
pintar semasa kecilnya di seluruh kepulauan Pasifik. Sebaik tiba di Eropah, dia
diambil sebagai anak angkat, dijaga dengan baik dan dikagumi nakhoda

dengan mengatakan kekagumannya dengan seorang anak kecil dari Pasifik yang
cepat belajar menyesuikan diri, pintar dan dihormati rakan-rakan
sebayanya di sekolah. Di peringkat kolej, dia mendapat markah tertinggi
atas kajiannya Peranan Pihak Berkuasa Menghapuskan Pengaruh
Kumpulan Haram di China dan Jepun. Tesisnya di universiti, menurut
biografinya adalah tentang kemunculan dan perkembangan fahaman
demokrasi di Asia Pasifik.
Dia mendapat tawaran bekerja di sebuah firma Eropah namun
dia ingin menghabiskan masa di laut selama dua minggu bersama-sama
dengan tiga orang rakannya dengan menyewa sebuah kapal. Baru tiga hari
belayar, kapalnya dilanda taufan. Di tengah ribut taufan, dia merasakan
seperti menerima hukuman kerana kenakalannya pada masa lampau,
iaitu mencuri makanan dan mencuri tesisnya. Setelah berminggu-minggu
atau mungkin berbulan-bulan dia terdampar di pantai negaranya, Ogonshoto.
Dia diselamatkan oleh penduduk Ogonshoto. Dia memeluk lutut ibunya di
pantai untuk menunjukkan rasa hormat seorang anak yang tahu asal usulnya
dan turut menghebohkan kepulangannya.
Dia mengambil keputusan tidak mahu pulang ke Eropah dan
menyertai parti politik popular di Ogonshoto yang didukung pihak polis,
tentera dan karyawan umum. Bintangnya naik cepat, iaitu selepas tiga tahun dia
dilantik sebagai Timbalan Presiden dan seterusnya enam bulan kemudian
menjadi Presiden baharu setelah kematian presiden sewaktu tidur.
Dia memilih corak pemerintahan demokrasi kapitalisme. Dalam
ucapan utamanya dia berkata merekalah penentu masa depan Ogonshoto.
Setiap penentangan dianggap kuman yang mesti dihapuskan. Dia
mengatakan kapitalisme telah dipilih namun rakyat tidak mampu mencapai
matlamat keuntungan dan tidak tahu erti pertandingan bebas, persaingan adil
atau pemerintahan yang lebih baik. Baginya rakyat Ogonshoto lebih suka
hidup dalam kesederhanaan. Konsep asrama universiti tempat mahasiswa
berkumpul dan boleh membuat gerakan kolektif dihapuskan. Sebarang bentuk
bantahan tidak dilayan malah akan dihukum. Penekanan baru bahawa tugas
mahasiswa ialah berkuliah. Menurutnya lagi, terdapat gangguan di Ogonshoto
kerana rakyatnya turun-temurun menganggap kemajuan membawa
implikasi negatif terhadap nilai kekeluargaan, nilai moral dan alam
sekitar, oleh itu tiada guna mereka memilih demokrasi dan kapitalisme.
Pembangunan telah merebak masuk ke kawasan-kawasan
petani dan nelayan dengan bantuan Kapitalis seperti Jepun. Gaya hidup
anggota dewan presiden telah berubah kepada menggunakan kedudukan
dan peluang untuk berlumba-lumba mencari kekayaan. Isterinya sendiri
di gelar 'Ju' kerana mesti menerima sepuluh peratus komisen kekayaan dalam
setiap urus niaga pemerintah.

Kunjungan presiden sebuah republik Afrika untuk menjalinkan


kerjasama pendidikan dan ekonomi. Presiden memberitahu kemewahan bukan
matlamat rakyatnya oleh itu kemewahan diagihkan kepada orang-orangnya.
Dia juga memberitahu presiden negara Afrika bahawa rakyatnya tidak
menghormatinya tetapi takut akannya.
Kedudukan presiden di istana kukuh ibarat ada tujuh tembok
ajaib mengelilinginya, iaitu setiap penentangnya seperti mahasiswa, nelayan,
petani, wartawan radikal dan seniman telah dibelenggu oleh pemerintah dan ada
antaranya menjadi mangsa penyeksaan dan pembunuhan misteri.

BAB 1: KOLONIAL
PERSOALAN
1.
Tentang pemerintahan diktator. Contoh; Semua media dimiliki kerajaan.
2.
Tentang pembohongan pemimpin negara. Contoh; dalam biografi presiden
dia tidak
menyatakan fakta sebenar tentang sejarah kehidupannya .
3.
Tentang sistem pemerintahan kapitalis. Contoh; orang-orang presiden
menggunakan
kedudukan dan peluang untuk mengumpul kekayaan.
4.
Tentang pembangunan negara. Contoh; beberapa bulan kemudian
pandang darat
Ogonshoto telah berubah. Tapak-tapak pembangunan melangkah dan
menginjak kawasan
petani dan nelayan.
5.
Tentang sikap kolonialisme Eropah yang mengaut hasil negara yang
dijajah. Contoh; Mereka mencantas penentangan dan dalam masa yang sama
memunggah hasil Ogonshoto untuk
mereka.

PERWATAKAN
PRESIDEN
1.
Seorang yang diberikan gelaran yang baik-baik. Contoh; gelaran dewadewa.
2.
Seorang yang diberikan gelaran buruk oleh yang tidak menyukainya.
Contoh; terdapat empat
lima gelaran seperti Belut Selat Morauka , Dewa Badak dan kolonial
atau peribumi
sebagai kolonial baharu.

3.
Seorang anak luar nikah Malagana. Contoh; Malagana dikenali sebagai
pusat hiburan yang
menyebabkan banyak anak luar nikah lahir.
4.
Seorang yang tidak jujur. Contoh; pemergiannya ke Eropah dengan
mencuri masuk ke dalam kapal tidak tercatat dalam buku biografinya tetapi
perkara yang tercatat ialah dia dibawa ke
Eropah
oleh nakhoda kapal Eropah kerana kepintarannya dan
dijadikan anak angkat
nakhoda.
5.
Seorang anak angkat kelasi tua yang telah bersara. Contoh; Sesampainya
ke Eropah, dia
dibawa ke rumah seorang kelasi tua yang tidak mahu belayar
lagi.
6.
Seorang yang suka meninggi diri. Contoh; dalam buku biografinya tercatat
dalam ucapan
nakhoda kononnya nakhoda kagum dengannya yang cepat
belajar menyesuaikan diri, pintar
dan dihormati rakan-rakan sebayanya di sekolah.
7.
Seorang yang kurang pintar. Contoh; Tidak pernah mencapai kedudukan
di atas nombor dua
puluh di dalam kelasnya.
8.
Seorang yang berjiwa diktator. Contoh; Sebenarnya tesis yang ditulisnya
ialah tentang
kediktatoran.
9.
Seorang yang nakal semasa zaman remajanya. Contoh; mencuri makanan
dan tesis.
10.
Seorang yang menghormati orang tuanya. Contoh; memeluk lutut ibunya
di pantai setelah
20 tahun meninggalkan negaranya.
11.
Seorang yang menyertai parti politik paling popular di Ogonshoto. Contoh;
dia menyertai
parti politik paling popular di Ogonshoto yang didukung pihak polis,
tentera dan karyawan
umum.
13.
Seorang yang ditabalkan sebagai presiden setelah kematian presiden.
Contoh; Setelah tiga
tahun dalam kancah politik, dia dilantik sebagai Timbalan Presiden dan
enam bulan
kemudian dilantik sebagai presiden setelah presiden mati.
14.
Seorang presiden yang mengamalkan fahaman kapitalisme dalam
pemerintahannya.
Contoh; Presiden menyatakan
Ogonshoto
telah
memilih
kapitalisme lalu membenarkan
ajaran kapitalisme, iaitu setiap individu berlumba-lumba mengumpul
kekayaan.

15.
Seorang yang sukakan publisiti. Contoh; Sedozen wartawan dan ribuan
penduduk
membanjiri pantai menunggu saat dia memeluk lutut ibunya.
16.
Seorang yang telah beristeri. Contoh; isterinya bergelar 'Ju' dalam bahasa
Jepun bererti
sepuluh, iaitu mesti menerima sepuluh peratus komisen dalam setiap
urus niaga
pemerintah.
GAMBARAN MASYARAKAT
1.
Masyarakat yang tidak bebas bersuara. Contoh; Semua media massa
dimiliki kerajaan.
2.
3.

Masyarakat yang mengalami gejala sosial. Contoh; Malagana dikenali


sebagai pusat hiburan, iaitu punca lambakan anak luar nikah.
Masyarakat orang asing dari Eropah. Contoh; ramai orang-orang asing
bekerja di pejabat-pejabat, menjadi polis dan tentera.

4
Masyarakat golongan
mahasiswa, iaitu golongan penentang yang
dianggap seperti kuman.
Contoh; golongan pertama yang memberikan reaksi kritis terhadap
ucapan presiden ialah
mahasiswa.
5.

6.

7.

8.

Masyarakat yang mempunyai pemikiran bahawa masyarakat harus kaya,


bukan individu. Contoh; mereka mahu membina masyarakat kaya melalui
budaya dan gerak komunal. (pemilikan secara bersama)
Masyarakat yang tidak mementingkan kekayaan kerana kekayaan bukan
matlamat akhir mereka. Contoh; mereka hidup secara sederhana sahaja
kerana kekayaan tidak akan dibawa ke dunia selepas mati.
Masyarakat yang tidak mementingkan pembangunan. Contoh; Pemikiran
rakyat Ogonshoto turun-temurun ialah kemajuan akan membawa implikasi
negatif terhadap nilai kekeluargaan, nilai moral dan alam sekitar.
Masyarakat golongan pemerintah yang menyalahgunakan kedudukan dan
peluang
mengumpul
kekayaan.
Contoh;
orang-orang
presiden
menggunakan kedudukan dan peluang digembleng untuk mengumpul
kekayaan.

9.

Masyarakat golongan rakyat biasa yang tidak mempunyai ilmu yang


tinggi. Contoh; tidak boleh berfikiran objektif untuk meleraikan
permasalahan demokrasi dan kapitalisme dan hanya mengikut gerak hati.

10.

Masyarakat yang takut kepada ketua. Contoh; Presiden mengatakan


kepada presiden dari Afrika bahawa rakyatnya tidak menghormatinya
tetapi takut kepadanya.

11.
Masyarakat yang suka akan pujian. Contoh; Presiden berkata rakyatnya
tidak suka kritikan
oleh itu dia selalu memuji mereka, hampir tanpa memberi apa-apa.

NILAI
1.
Keberanian. Contoh; Sewaktu berumur tujuh tahun, Presiden berani
menaiki sebuah kapal
ke Eropah.
2.
Ketabahan. Contoh; Sewaktu kecil semasa di Eropah, Presiden tabah
menjalani
Kehidupannya walaupun menjadi bahan jenaka dan usikan.
3.
Tolong-menolong. Contoh; Presiden dan tiga rakannya ditolong oleh
penduduk Ogonshoto
semasa perahu mereka dilanda ribut taufan.
4.
Kasih sayang. Contoh; Presiden sayang akan ibunya, misalnya dia
memeluk lutut ibunya.
5.
Kesederhanaan. Contoh; Rakyat Ogonshoto lebih suka hidup dengan
pelajaran sederhana,
ada rumah kecil, cukup pakaian, cukup makanan.
MESEJ
1.
Kita hendaklah menjadi pemimpin yang jujur. Contoh; Presiden tidak jujur
dalam menulis
biografinya.
2.

Kita hendaklah menghindari gejala sosial. Contoh; Malagana dikenali


sebagai pusat hiburan, iaitu akibatnya banyaklah anak luar nikah.

3.
Kita janganlah terlalu mementingkan kekayaan. Contoh; Pemikiran rakyat
Ogonshoto hidup
secara sederhana sahaja kerana kekayaan tidak akan dibawa ke dunia
selepas mati.
4.

Kita hendaklah memberi kebebasan kepada rakyat untuk menyuarakan


pendapat. Contoh; rakyat Ogonshoto tiada kebebasan bersuara kerana
semua media massa dimiliki kerajaan.

5.
Kita janganlah menyalahgunakan kuasa dan kedudukan untuk
kepentingan sendiri. Contoh;
orang-orang presiden menggunakan kedudukan dan peluang
digembleng untuk
mengumpul kekayaan begitu juga isteri presiden yang menerima
sepuluh peratus daripada
urus niaga pemerintah.
6.
Kita hendaklah tolong-menolong. Contoh; Penduduk Ogonshoto menolong
menyelamatkan
presiden dan rakannya yang hanyut dilanda ribut.
7.
Kita hendaklah menyayangi ibu bapa. Contoh; Presiden memeluk lutut
ibunya di pantai
walaupun ibunya sudah tua dan agak berkerepot.

8.
Kita janganlah lupa asal usul kita.Contoh; Presiden Presiden memeluk lutut
ibunya di pantai walaupun ibunya sudah tua dan agak berkerepot demi rasa
hormat seorang anak yang tahu
asal usulnya.
9.
Kita hendaklah menjaga alam sekitar daripada pencemaran. Contoh;
Pemikiran rakyat
Ogonshoto turun-temurun pembangunan akan membawa implikasi
negatif terhadap alam
sekitar.
10.
Kita hendaklah mencintai negara sendiri. Contoh; Semasa pemerintahan
kolonial peribumi Ogonshoto berjuang menghalau penjajah.

BAB 2: JENERAL
Seorang Jeneral bersara telah memilih untuk tinggal di Ture walaupun
memiliki rumah besar di Tatamanu. Terdapat golongan tua yang mengatakan
bahawa dia lahir di Pukana bukan di Ture. Jeneral telah menakluki hati
penduduk Ture, iaitu setiap kali selepas sarapan, dia dan isteri akan ke
kampung-kampung bertanya khabar dan menghulurkan bantuan kepada kenalan
baru di kampungnya. Perpindahannya ke Ture bertepatan seminggu selepas
beberapa ekor paus biru dilihat buat pertama kalinya berenang di mulut Selat
Gareva yang tidak muncul selama empat tahun. Dia menganggap ini merupakan
petanda baik baginya menetap di Ture.
Perpindahannya ke Ture merupakan petanda buruk bagi seorang
Pegawai Kanan yang telah bertahun-tahun membina pengaruh di Ture.
Pengikut-pengikut kanannya bergabung menentang Jeneral dengan
menabur fitnah tentang kelahiran Jeneral dan menghina ibunya. Namun
mereka kecewa kerana tidak dapat membuktikan kelahiran Jeneral. Jeneral telah
melalui penghapusan identiti semasa misinya di Kiribati. Sebulan sebelum
bersara, dia telah memilih Ture sebagai tempat kelahirannya semasa proses
mengganti kartu tentera.

Jeneral bertindak balas dengan menyebarkan risalah tentang


kelahiran Pegawai Kanan. Pegawai kanan dikatakan anak laut kerana dia
lahir di atas kapal yang berada di antara Gora-Gora, Rai-Rapa dan Futu-Ata di
Selat Morauka. Jeneral memilih Ture kerana peribadi dan pimpinan politik di
Ture mulai lemah. Wakil Dewan Presiden di Ture sekarang sudah tua bangka,
mula sakit-sakit dan tiada sebarang pembangunan yang dilakukannya. Dia
telah membayangkan hasratnya untuk mengundur diri pada pemilihan akan
datang. Bagi jeneral, musuh politiknya hanyalah Pegawai Kanan.
Jeneral menganggotai parti politik pemerintah. Matlamat jangka
pendeknya ialah menggantikan wakil dalam pemilihan umum dan matlamat
jangka panjangnya ialah mendapat penghormatan sebagai Jeneral dan imbuhan
kewangan. Dia memilih parti politik kerajaan kerana dapat menyediakan
kedudukan dan kemewahan. Jeneral dan Pegawai Kanan dipelawa ke restoran
makanan laut di Ture. Wakil menyatakan hasratnya untuk bersara
kerana sudah tua dan nyanyuk. Jeneral memberitahu dia belum bersedia
bertanding dan mencadangkan Pegawai Kanan. Pegawai Kanan gembira
kerana Tuan Wakil akan bersara dan Jeneral pula nampaknya belum bersedia
menceburi bidang politik. Namun, bagi Jeneral, hati Pegawai Kanan telah
berjaya digembirakan kerana dalam taktik ketenteraan, lebih baik
menyerang ketika musuh leka. Pegawai Kanan meletak jawatan sebagai
penjawat awam untuk membolehkannya mewakili parti pemerintah dalam
pemilihan umum akan datang.
Dalam pada itu, orang-orang Jeneral terus berkempen, iaitu fokus
utama ialah anggota-anggota komiti parti serta ahli keluarganya. Jeneral
menjanjikan pembangunan dan pelancongan di Ture. Keuntungannya
nanti akan dibahagi sama rata kepada anggota komiti dalam bentuk bot-bot
mewah, kereta buatan Jerman dan sejumlah wang. Pegawai Kanan terkejut
kerana mendapat tahu sokongan memihak kepada Jeneral. Orang kuatnya
mencadangkan sogokan wang kepada anggota komiti supaya berpaling
tadah kepadanya. Presiden ingin membuat penyelesaian antara mereka
berdua. Mereka diberitahu Presiden ingin berjumpa tepat jam sembilan
malam di dalam bot di hujung pangkalan Ture. Pegawai Kanan bertekad akan
menyatakan taat setianya kepada Presiden, menganggap Tuan Wakil sekarang
sebagai bapa penasihatnya dan menghormati Jeneral sebagai tokoh perang yang
handal. Namun, sebaliknya berlaku di pangkalan tersebut semasa menunggu
ketibaan Presiden, Pegawai Kanan telah dibunuh oleh Jeneral yang pada
mulanya gagal menembak Jeneral kerana pistol tidak berpeluru. Mayatnya
ditolak ke dalam laut dan Presiden tidak kunjung tiba.
Pada hari mesyuarat komiti, secara rasmi Jeneral menawarkan dirinya.
Jeneral menganggap hari itu hari kemenangannya kerana sepuluh daripada tiga
belas anggota komuniti memihak kepadanya. Namun, sebaliknya berlaku apabila
dia ditangkap polis kerana membunuh Pegawai Kanan. Gambar-gambar
bukti pembunuhan ditunjukkan kepadanya. Tuan Wakil diberi mandat untuk
mengekalkan kerusinya dalam pemilihan umum akan datang kerana Presiden

hanya mahu melihat hasil pemilihan umum.


PERSOALAN
1.
Tentang perebutan mencari pengaruh dalam masyarakat. Contoh; Jeneral
dan Pegawai
Kanan masing-masing mencari pengaruh di Ture.
2.
Tentang fitnah-memfitnah dalam menjatuhkan lawan. Contoh; Pengikutpengikut Pegawai Kanan membuat fitnah terhadap Jeneral kononnya dia
dilahirkan di Pukana. Jeneral pula
meyebarkan cerita tentang Pegawai
Kanan sebenarnya dilahirkan di atas kapal dalam
pelayaran dari Tubua ke Ture.
3.
Tentang mencari kemewahan dan kedudukan melalui politik. Contoh;
Jeneral dan Pegawai
Kanan berebut untuk mendapatkan pengaruh dan
kedudukan dalam politik kerana parti
politik pemerintah menyediakan kedudukan dan kemewahan.
4.
Tentang pembangunan kawasan. Contoh; Dalam kempen Jeneral, dia lebih
fokus kepada
pembangunan Ture seperti pembinaan pangkalan dan
pelabuhan, pembinaan sekolah menengah, menaikkan taraf jalan Ture-Runakita
dan membina kawasan pelancongan.
5.
Tentang amalan rasuah dalam politik. Contoh; Dua orang kuat Pegawai
Kanan
mencadangkan hanya merasuah anggota komiti dapat membolehkan
anggota komiti
berpaling tadah memilihnya.
PERWATAKAN
JENERAL
1.
Seorang pesara angkatan tentera. Contoh; Dia baru bersara dari angkatan
tentera.
2.
Seorang yang berasal dari Ture. Contoh; katanya dia dilahirkan di Ture,
walaupun beberapa
orang tua Futu-Ata mengatakan dia lahir di Pukana.
3.
Seorang yang peramah. Contoh; Jeneral menjemput beberapa kacukan
Jepun Futu-Ata,
wartawan dan penduduk Ture yang dipilih semasa upacara
memuja 'semangat rumah' dan bertanya khabar penduduk kampung selepas
sarapan.
4.
Seorang pemurah. Contoh; Jeneral dan isterinya ke kampung-kampung
nelayan atau ke
bandar
Ture untuk bertanya khabar atau menghulurkan bantuan
kepada teman-teman sekampung halaman yang baru dikenali.

5.

Seorang yang bertubuh besar dan tinggi. Contoh; Tubuh besar tingginya
mulai menjadi umangumang yang mengenakan pakaian nelayan atau
baju kebanyakan di Ture.

6.

Seorang yang telah menjalani penghapusan identiti. Contoh; Empat bulan


sebelum menjalankan misi di Kiribati, namanya ditukar dan tempat
lahirnya juga dihapuskan dari rekod pendaftaran.

7.

Seorang yang bijaksana mengatur strategi politik. Contoh; Dia memilih


Ture kerana politiknya yang lemah, iaitu Wakil Dewan Presiden yang uzur
dan tiada pembangunan. Dia juga menggembirakan hati Pegawai Kanan
dengan mengatakan dirinya tidak bertanding sebaliknya itu semua hanya
taktik ketenteraan kerana kegembiraan boleh melalaikan.

8.

Seorang yang menganggotai parti politik pemerintah. Contoh; Sebaik


sahaja bersara dan mendapat kad pengenalan awam, dia menganggotai
parti politik pemerintah kerana parti politik pemerintah menyediakan
kedudukan dan kemewahan.

9.

Seorang yang berwawasan. Contoh; Mempunyai matlamat jangka pendek


dan jangka panjang dalam karier politiknya.

10.
Seorang yang menepati masa. Contoh; Jeneral telah dilatih menepati
masa, iaitu dia tiba di
restoran itu tiga puluh minit selepas matahari
terbenam.
11.

Seorang yang pandai berpura-pura. Contoh; Dia


menggembirakan hati
Pegawai Kanan dengan mengatakan dirinya tidak bertanding, sebaliknya
itu semua hanya taktik ketenteraan kerana kegembiraan
boleh
melalaikan, iaitu lebih baik menyerang ketika musuh lalai. Sebaliknya, dia
dan orang-orangnya terus berkempen memfokuskan kepada anggota
komiti provinsi.

12.

Seorang yang mementingkan pembangunan. Contoh; Dalam kempennya,


dia lebih fokus kepada
pembangunan
Ture
seperti
pembinaan
pengkalan dan pelabuhan, pembinaan sekolah menengah, menaikkan
taraf jalan Ture-Runakita, membina kawasan pelancongan dan keuntungan
akan dibahagi sama rata kepada anggota komiti.

13.

Seorang pembunuh. Contoh; Jeneral telah ditangkap polis kerana


membunuh Pegawai Kanan
sewaktu menunggu ketibaan presiden di
pengkalan, iaitu gambar perbuatannya telah dirakam.

PEGAWAI KANAN
1.
Seorang yang berpengaruh di Ture. Contoh; Telah bertahun-tahun pegawai
itu menanam
pengaruhnya di Ture.
2.

Seorang yang berjawatan pegawai kanan pemerintahan provinsi.

3.
Seorang yang bersikap dengki. Contoh; Pegawai kanan tidak senang hati
dengan kehadiran Jeneral di Ture yang telah mempengaruhi penduduk di situ.
4.

Seorang yang suka membuat fitnah. Contoh; iaitu menyebarkan cerita


kononnya Jeneral lahir di Pukana bukan di Ture.

5.
Seorang yang suka menghina. Contoh; menghina ibu Jeneral dengan
mengatakan ibunya
mengerang melahirkan Jeneral kerana badannya
terlalu besar. Bagi isteri Jeneral pula
deskripsi menghina ibu mertuanya , juga menghina kewanitaannya
kerana badannya lebih
montok berbanding wanita Ture.
6.
Seorang yang mempunyai sumber kewangan terbatas. Contoh; Sebagai
pegawai kerajaan pendapatannya terbatas.
7.
Seorang yang berwajah buruk. Contoh; mata kiri tersembul keluar macam
mata ikan merah, bibirnya paling tebal di seluruh Ogonshoto, apabila berucap
tidak menarik kadang-kadang garau, kadang-kadang halus macam bapuk.
Badannya juga berbau busuk ikan.
8.
Seorang yang mudah diperdaya. Contoh; Kenyataan Jeneral tidak akan
bertanding telah menyebabkan
dia meletakkan jawatan sebagai pegawai
kanan kerajaan dan akan menyertai parti
politik
kerajaan
kerana
yakin
mendapat sokongan komiti parti kerana
mendapat sokongan yang kian
bertambah lebih-lebih lagi sokongan Jeneral.
9.
Mengamalkan rasuah. Contoh; Apabila menyedari sokongan lebih
memihak kepada
Jeneral, dua orang kuat Pegawai Kanan mencadangkan hanya
merasuah anggota komuniti
bagi membolehkan anggota komiti berpaling tadah memilihnya lalu
dipersetujuinya.
10.
Seorang yang taat setia kepada pemerintah. Contoh; Pada malam
perjumpaan dengan
presiden dia akan menyatakan taat setia kepada presiden.
11.
Seorang yang mati ditembak. Contoh; Jeneral menembak mati Pegawai
Kanan setelah
pegawai kanan gagal menembaknya kerana pistol tidak berpeluru.
PRESIDEN
1.
Seorang yang prihatin. Contoh; Presiden mengikuti perkembangan antara
Jeneral dan
Pegawai Kanan di mana dia ingin mencadangkan satu penyelesaian
yang menguntungkan
semua pihak.

2.
Seorang yang suka menyamar. Contoh; Kononnya dia pernah menyamar
sebagai pemandu
van di Tatamanu membawa tokoh-tokoh gerakan non-pemerintah ke
suatu seminar.
WAKIL DEWAN PRESIDEN
1.

Seorang yang sudah tua bangka, mula sakit-sakit.

2.
Seorang yang tidak amanah menjalankan tugas sebagai Wakil Dewan
Presiden. Contoh;
Selama menjadi Wakil Dewan Presiden
menerajui Ture beberapa
penggal lalu, Ture hampir
tidak mendapat apa-apa pembangunan.
3.
Seorang yang menghidapi penyakit hilang ingatan. Contoh; Pernah tidak
masuk semula ke dewan
mesyuarat setelah ke tandas atas alasan tidak
tahu ada menyuarat di Malagana.
4.
Seorang yang mendapat mandat baru dalam pemilihan umum akan
datang. Contoh; Tuan
Wakil mendapat mandat baru setelah Jeneral ditangkap kerana
membunuh Pegawai Kanan.

GAMBARAN MASYARAKAT
1.
Masyarakat yang percaya kepada petanda-petanda. Contoh; Jeneral dan
isterinya percaya
kunjungan paus-paus biru buat pertama kalinya di mulut Selat Gareva
setelah tidak muncul
selama empat tahun adalah petanda baik untuk mereka menetap di
Ture.
2.
Masyarakat yang suka membuat fitnah. Contoh; Pengikut-pengikut
Pegawai Kanan membuat fitnah terhadap Jeneral kononnya dia dilahirkan di
Pukana. Begitu juga Jeneral menyebarkan
cerita tentang Pegawai Kanan
sebenarnya dilahirkan di atas kapal dalam pelayaran dari
Tubua ke Ture.
3.
Masyarakat yang mempunyai rasa simpati. Contoh; Pengikut-pengikut
Pegawai Kanan
simpati terhadapnya lalu bergabung kekuatan untuk melawan
pengaruh Jeneral.
4.
Masyarakat yang suka menghina. Contoh; Pengikut-pengikut Pegawai
Kanan menghina ibu
Jeneral.

5.
Masyarakat Ture mempunyai pemimpin yang lemah. Contoh; Wakil Dewan
Presiden Ture
telah tua bangka, mulai sakit-sakit.
6.
Masyarakat yang tidak mendapat pembangunan. Contoh; Selama Wakil
Dewan Presiden
menerajui Ture beberapa penggal lalu, Ture hampir tidak
mendapat apa-apa pembangunan.
Hanya terdapat dua deret kedai usang,
pengkalan nelayan merupakan binaan tentera Jepun,
jalan menyambungkan
Ture dengan Runakita masih sebahagiannya merupakan lorong batu kerikil.
NILAI
1.
Kemesraan. Contoh; Jeneral menjemput beberapa kacukan Jepun Futu-Ata,
wartawan dan
penduduk Ture yang dipilih semasa upacara memuja
'semangat rumah' dan bertanya khabar
penduduk
kampung
selepas
sarapan.
2.
Pemurah. Contoh; Jeneral dan isterinya ke-kampung-kampung nelayan
atau ke bandar Ture
untuk bertanya khabar atau menghulurkan bantuan
kepada teman-teman sekampung
halaman yang baru dikenali.
3.
Keprihatinan. Contoh; Presiden mengikuti perkembangan antara Jeneral
dan Pegawai Kanan
di mana dia ingin mencadangkan satu penyelesaian yang
menguntungkan semua pihak.
4.
Simpati. Contoh; Pengikut-pengikut Pegawai Kanan simpati terhadapnya
lalu bergabung
kekuatan untuk melawan pengaruh Jeneral.
5.
Ketaatan. Contoh; Pegawai kanan taat kepada Presiden di mana pada
malam perjumpaan
dengan presiden dia akan menyatakan taat setia
kepada presiden.

MESEJ
1.
Kita janganlah suka menfitnah. Contoh; Pengikut-pengikut Pegawai Kanan
membuat fitnah
terhadap Jeneral kononnya dia dilahirkan di Pukana.
2.
Kita janganlah suka menghina sesama manusia. Contoh; Pengikutpengikut Pegawai Kanan menghina ibu Jeneral.
3.
Kita hendaklah amanah menunaikan tanggungjawab sebagai wakil
kerajaan. Contoh; Wakil
Presiden tidak menjalankan tanggungjawabnya, iaitu tiada
pembangunan di Ture.

4.
Kita janganlah mengamalkan rasuah. Contoh; Untuk mendapatkan
sokongan, Pegawai Kanan
sanggup merasuah anggota komiti untuk
memilihnya.
5.

Kita hendaklah bersikap pemurah. Contoh; Jeneral dan isterinya ke


kampung-kampung nelayan atau ke bandar Ture untuk bertanya khabar
atau menghulurkan bantuan kepada teman-teman sekampung halaman
yang baru dikenali.

6.

Kita hendaklah bersikap prihatin sesama manusia. Contoh; Presiden


mengikuti perkembangan
antara Jeneral dan Pegawai Kanan dan dia
ingin mencadangkan satu penyelesaian yang menguntungkan semua
pihak.

7.

Kita hendaklah taat kepada pemerintah. Contoh; Pegawai Kanan taat


kepada Presiden, iaitu pada malam perjumpaan dengan presiden, dia akan
menyatakan taat setia kepada presiden.

8.

Kita janganlah bersikap kepura-puraan. Contoh; Jeneral berpura-pura


mengatakan dirinya tidak bertanding sebaliknya itu semua hanya taktik
ketenteraan untuk menjatuhkan Pegawai Kanan.

9.

Kita hendaklah menepati masa. Contoh; Jeneral telah dilatih menepati


masa, iaitu dia tiba di restoran itu tiga puluh minit selepas matahari
terbenam.

10.
Kita hendaklah mementingkan pembangunan rakyat. Contoh; Selama
Wakil Dewan Presiden
menerajui Ture beberapa penggal lalu, Ture hampir
tidak mendapat apa-apa pembangunan.
Hanya terdapat dua deret kedai
usang, pengkalan nelayan merupakan binaan tentera Jepun,
jalan
menyambungkan Ture dengan Runakita masih sebahagiannya
merupakan
lorong batu kerikil.

BAB 3: PENYAMARAN
Bertahun-tahun 'Peristiwa Tubua' menjadi persoalan penduduk di
Ogonshoto tentang benarkah Presiden telah melakukan penyamaran
dalam peristiwa tersebut. Tubua ialah sebuah pekan pelabuhan di barat Gora-

Gora. Orang-orang Presiden telah mendapat restu untuk merancang


pembangunan di pedalaman Ture. Kompleks hiburan dan perjudian akan
dibina. Sekumpulan penduduk pedalaman Tubua memprotes rancangan
Presiden. Mereka menubuhkan sebuah komiti yang menentukan tahap serta
kaedah-kaedah protes. Protes mereka dalam bentuk sepanduk-sepanduk, bukan
sahaja di pedalaman Tubua, malah di Tubua atau di perahu-perahu nelayan.
Protes memuncak pada hari Presiden berangkat melakukan lawatan rasmi tiga
minggu ke Guatemala, Brazil dan Peru.
Pada suatu petang seorang lelaki tua datang ke pedalaman
Tubua. Lelaki tua itu berbadan bongkok sabut, berjambang, misai janggut
hampir menutupi mukanya. Dia memakai cermin mata gelap. Dia mengatakan
kedatangannya dari Kuri kerana mendengar bantahan penduduk. Baginya
nasib penduduk Tubua lebih penting daripada ikan, sotong dan ketam. Dia
diajak bermalam di rumah ketua protes. Dia disukai kerana sikapnya berani
mengata presiden. Selepas makan malam, dia dijamu minuman seakan sake.
Lelaki tua itu mengatakan waktu dahulu turun-temurun amalan berbincang
dilakukan dalam menyelesaikan masalah tetapi sekarang tidak diamalkan lagi.
Cadangannya supaya protes dihentikan supaya Tubua kembali aman. Namun
jawapan anak muda mereka bukan tidak mahu berbincang tetapi sekarang
perbincangan tradisional telah berpindah ke Dewan Presiden yang
tertutup sehingga jarang-jarang keputusan dapat didengar. Kesan sake
menyebabkan suara lelaki tua itu berubah-ubah.
Lelaki tua itu seterusnya ingin tahu kesan daripada pembangunan
tersebut. Mengikut tuan rumah, kesan pembangunan tersebut ialah rumah
tangga dan keluarga akan tunggang-terbalik, gondolan bukit-bukit,
hakisan tanah dan merosakkan kolam air panas semula jadi. Kawasan
tadahan hujan juga akan musnah menyebabkan Ogonshoto akan mengalami
kekurangan air.
Keesokan harinya, lelaki tua itu mengepalai perarakan dengan
penuh semangat menuju Tubua. Menjelang malam, mereka tiba di Tubua dan
bermalam di sana. Mereka meneruskan perarakan ke Tatamanu keesokan
harinya. Pemuda dua puluhan yang bersama lelaki tua mula menyedari
perubahan pada lelaki tua itu. Lelaki tua itu beberapa kali menepuk dahinya,
mengusap jambangnya dan menoleh ke belakang ke arah kumpulan ramai yang
memekik memarahi presiden. Perubahannya amat nyata ketika perarakan
menghampiri simpang tiga.
Apabila jarak antara para demonstran dengan tentera lebih kurang
500 meter, lelaki tua berhenti dan memberi isyarat supaya berdiri di tempat
masing-masing. Lalu dia menapak 20 langkah ke hadapan kemudian tunduk
berfikir. Tiba-tiba lelaki tua meluru ke arah tentera sambil menjerit, "dari
Kuri". Bom asap berwarna kuning dilepaskan. Para demonstran bertempiaran

lari menyelamatkan diri. Akhirnya, apabila bom asap hilang lelaki tua turut
lenyap entah ke mana. Malam itu lelaki yang pernah menjadi ketua protes
merenung bayangnya di cermin. Tatkala memandang cermin, terbayang wajah
lelaki tua dari kuri itu sekiranya kaca mata ditanggalkan, janggut ,misai dan
jambang dicukur lalu dipakaikan sut, kemeja dan tali leher, wajahnya
menyerupai Presiden.
Keesokan harinya teori penyamaran tersebar luas di Tubua.
Namun, akhbar tunggal Ogonshoto menyangkalnya dengan mengatakan
presiden terus bertugas di pejabatnya empat jam selepas kembali daripada Peru.
Begitu juga minggu berikutnya, beberapa orang daripada Malagana, Aitu, Ture,
Pukana dan Runakita datang ke Tubua. Sambil minum-minum di kedai kopi,
mereka bergaul dengan penduduk tempatan lalu memberi pendapat bahawa
penyamaran Presiden itu karut kerana ada yang menyatakan terlibat
menyambut dan menghantar Presiden ke istana.
Teori penyamaran tidak pernah luput daripada pemikiran lelaki
ketua protes kerana dia masih ingat percakapan lelaki tua semasa mabuk
sake. Lenggok bahasa Kurinya bercampur dengan lenggok bahasa yang agak
baik di Tatamanu. Lelaki tua itu juga tidak pernah menanggalkan kaca mata
hitamnya.
Ungkapan "dari Kuri" dari orang tua itu juga baginya merupakan
kata-kata rahsia apabila memerlukan pertolongan segera. Misteri penyamaran
tidak pernah terjawab kerana pentadbiran Presiden seperti tembok istananya
yang tebal. Mungkin sake yang keras dapat memaksa seseorang bercakap benar.

BAB 3
PENYAMARAN
PERSOALAN
1.
Tentang benarkah Presiden melakukan penyamaran dalam ' peristiwa
Tubua'. Contoh; berbulan-bulan malah bertahun-tahun setelah peristiwa
itu terjadi penduduk Ogonshoto belum dapat menyelesaikan persoalan ini.
2.

Tentang pembangunan yang mencemarkan alam sekitar dan keharmonian


keluarga. Contoh; Orang-orang Presiden mendapat restu membangunkan
pedalaman Tubua untuk dijadikan pusat pelancongan,kompleks hiburan
dan perjudian. Pembangunan akan menyebabkan gondolan, hakisan,
pencemaran air dan keluarga menjadi tunggang-terbalik kerana perjudian.

3.
Tentang penentangan terhadap pembangunan. Contoh; Penduduk di
pedalaman Tubua mengadakan protes dan menubuhkan sebuah komiti yang
menentukan tahap serta kaedahkaedah protes yang bukan sahaja demi
penduduk Tubua dan Provinsi Gora-Gora malah
menjangkau penghuni RaiRapa dan Futu-Ata juga.

4.

Tentang peranan media milik kerajaan. Contoh; Akhbar tunggal Ogonshoto


memainkan peranan dalam mengulas teori penyamaran dengan
mengatakan Presiden bertugas di pejabatnya empat jam selepas kembali
dari Peru di mana berita ini menyangkal penyamaran Presiden.

PERWATAKAN
LELAKI TUA
1.
Seorang yang berpakaian seperti nelayan Kuri.
2.
Seorang yang berbadan bongkok sabut, berjambang, bermisai dan
janggutnya hampir
menutup wajahnya.
3.
Seorang yang berkaca mata gelap, yang murah, yang bisasnya dijual di
kaki lima kedai di Tatamanu.
4.
Seorang yang prihatin. Contoh; Dia lebih pentingkan nasib pendudukpenduduk Tubua
daripada ikan, sotong dan ketam.
5.
Seorang yang suka kepada perundingan dalam menyelesaikan masalah.
Contoh; Dia mengajak supaya protes dihentikan dan rundingan dijalankan
supaya Tubua tenang semula.
6.
Seorang berperanan menjadi ketua demonstrasi. Contoh; Lelaki tua itu
mengepalai demonstrasi menuju Tatamanu.
7.
Seorang yang bijaksana. Contoh; Bijak berbicara dengan tuan rumah dan
juga bijak melepaskan diri semasa demonstrasi.
8.
Seorang yang berani. Contoh; berani mengepalai demonstrasi walaupun
sudah tua.
9.
Seorang penyamar. Contoh; Lelaki tua itu sebenarnya penyamar
sebagaimana yang digambarkan oleh ketua protes dan lelaki pertama.
GAMBARAN MASYARAKAT
1.
Masyarakat yang menentang pembangunan. Contoh; Mereka menentang
pembangunan di Tubua dengan mengadakan protes dan menubuhkan
komiti yang menentukan tahap serta kaedahkaedah
protes
yang bukan sahaja demi penduduk Tubua dan Provinsi Gora-Gora malah
menjangkau penghuni Rai-Rapa dan Futu-Ata juga.
2.
Masyarakat yang mencintai alam sekitar. Contoh; Mereka menentang
pembangunan yang akan menyebabkan gondolan, hakisan,dan
pencemaran air.
3.
Masyarakat yang mencintai keharmonian keluarga. Contoh; Kewujudan
rumah perjudian akan menyebabkan keluarga menjadi tunggang-terbalik.
4.
Masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi sebagai nelayan dan
berdagang kecil- kecilan. Contoh; Selepas peristiwa Tubua kembalilah mereka
ke laut menangkap ikan, berdagang kecil-kecilan di Tubua.
5.
Masyarakat yang mesra melayan tetamu. Contoh; Kedatangan lelaki tua
disambut dengan mesra.
6.
Masyarakat yang menghormati tetamu. Contoh; lelaki tua diajak
bermalam di rumah ketua protes dan dijamu dengan hidangan makan
malam dan minuman sake.

7.

Masyarakat nelayan yang terkenal dengan gelaran kaki botol. Contoh; Ada
peribahasa di sana yang bermaksud 'nelayan Kuri hanya dapat mengenal
jenis ikan ketika mabuk'.
8.
Masyarakat yang tidak lagi mengamalkan adat turun-temurun. Contoh;
Sekarang tidak ada lagi perbincangan antara penduduk dalam
menyelesaikan masalah sebagaimana dulu mereka berkumpul di bawah
pokok palma berbincang mencari penyelesaian.
9.
Masyarakat yang mudah diperdaya. Contoh; Kumpulan penentang telah
diperdayakan oleh orang tua yang sebenarnya penyamar.(Presiden)

NILAI
1.
Kemesraan. Contoh; penduduk Tubua mesra menyambut kedatangan
lelaki tua.
2.
Keprihatinan. Contoh; Lelaki tua prihatin dengan perjuangan memprotes
pembangunan
Tubua.
3.
Kebijaksanaan.
demonstrasi.
4.

Contoh;

Lelaki

tua

bijak

melepaskan

diri

semasa

Keberanian, Contoh; Lelaki tua berani mengepalai kumpulan demonstrasi.

5.
Kasih sayang. Contoh; Penduduk Tubua menyayangi alam sekitar mereka
di mana mereka
membuat protes terhadap pembangunan yang akan
dijalankan.
6.

Tolong-menolong. Contoh; Ketua protes menolong orang tua dengan


memberikannya tempat untuk bermalam di rumahnya.

MESEJ
1.
Kita hendaklah menerima tetamu dengan mesra. Contoh; penduduk Tubua
mesra menyambut kedatangan lelaki tua.
2.
Kita hendaklah bersikap prihatin kepada yang mengalami masalah. Lelaki
tua prihatin dengan
perjuangan
memprotes
pembangunan
Tubua.
3.
Kita hendaklah menolong orang yang berada dalam kesusahan;. Contoh;
Ketua protes
mengajak lelaki tua bermalam di rumahnya.
4.
Kita hendaklah berani memperjuangkan kebenaran. Contoh; Lelaki tua
berani mengepalai kumpulan demonstrasi.
5.
Kita hendaklah mencintai alam sekitar daripada dicemari. Contoh;
Pembangunan akan
menyebabkan berlakunya gondolan, hakisan dan
pencemaran air.
6.
Kita hendaklah mencintai keharmonian keluarga. Contoh; Kewujudan
rumah perjudian akan
menyebabkan keluarga menjadi tunggang-terbalik.
7.
Kita hendaklah mengamalkan perundingan dalam menyelesaikan
masalah. Contoh; Semasa dulu dalam menyelesaikan masalah mereka
duduk berkumpul di bawah pokok palma berbincang mencari
penyelesaian.

8.

9.

Kita janganlah meminum arak kerana membawa kesan yang buruk.


Contoh; Penyamaran
lelaki tua hampir terbongkar akibat mabuk
meminum arak (sake).
Kita hendaklah berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara. Contoh;
Akibat tidak berhati-hati, kumpulan protes terpedaya dengan penyamaran
lelaki tua.

BAB 4: AISBERG
Tujuh buah kapal telah berjaya menarik aisberg raksasa ke utara.
Aisberg kedua yang lebih besar digerudi, dipahat dan diikat. Lebih kurang pukul
sembilan malam barulah aisberg kedua mula bergerak.
Aisberg ditarik ke Ogonshoto kerana dua bulan lagi akan mengalami
kemarau keras sembilan bulan. Sejak beberapa minggu hujan tidak turun.
Bukit-bukit Gora-Gora telah lama gondol dan sungai-sungai kering
kontang. Siang hari di Ogonshoto begitu panas , kering membakar kulit bumi,
manusia dan haiwan. Kejayaan menarik aisberg disampaikan ke Tatamanu. Radio
dan TV menyiarkan ucapan Presiden dengan nada gembira dan menganggap 14
nakhoda itu pahlawan baharu Ogonshoto. Dia percaya di Pasifik, hanya
Ogonshoto yang berani menarik aisberg. Ucapan Presiden menggembirakan
Ogonshoto namun yang lebih gembira ialah 15 orang, iaitu ejen
mendapatkan pakar aisberg dan 14 tuan kapal yang mendapat kontrak tersebut.
Namun, menurut wartawan TV Japan News Network saluran 6,
Ogonshoto tidak perlu mengeluarkan belanja sekiranya bijaksana
mengurus alam sekitar, terutamanya kawasan tadahan di Gora-Gora.
Sejak berita penarikan aisberg tersebar, Teluk Pinavana sering dikunjungi
penduduk. Antaranya, lelaki tua dari Runakita. Mereka membayangkan kapalkapal dan gunung ais. Mereka lupa langit dan bumi Ogonshoto semakin kering,
tanah mulai retak, pohonan mulai layu. Lelaki tua itu beranggapan mungkin
benar suatu hari nanti gunung ais itu akan tiba. Dalam perjalanan ke perahu, dia
membeli empat belas tong air di Tatamanu. Sepanjang perjalanan balik ke
Runakita, dia akan berhenti mengambil air jika menemui sumbernya atau ada
yang menjualnya.

Beberapa buah syarikat pembalakan dilantik memotong aisberg menjadi


bongkah-bongkah. Tuan-tuan punya kren dipilih terus bertanggungjawab untuk
mengangkat bongkah-bongkah ais ke atas geladak atau lori kelak. Lori-lori pula
akan mengangkut bongkah-bongkah ais ke tangki-tangki air. Setiap orang boleh
membawa pulang ais potong mengikut saiz yang terdaya dibawa. Catuan air
tetap akan dikenakan selama sembilan bulan walaupun tangki-tangki utama
akan dipenuhi air sehingga hujan lebat turun. Keputusan itu diumumkan di radio,
televsyen dan akhbar. Buat pertama kalinya, akhbar menyiarkan gambar setiap
aisberg yang ditarik oleh tujuh kapal. Berita itu sudah memenuhi setengah
impian mereka tentang air dan setengah lagi harus ditunggu saat ketibaan
aisberg di Teluk Pinavana.
Seminggu sesudah berita itu diumumkan, barulah lelaki tua itu
mendengarnya melalui tetangganya kerana ketiadaan TV dan radio di rumahnya
dan juga dia buta huruf. Lelaki tua itu menggali kolam di belakang
rumahnya. Sambil menggali kolam, dia berfikir untuk mengisi tujuh tong
airnya yang masih kosong. Dia menggali di bawah matahari membakar
hampir tanpa henti sepanjang hari kecuali untuk makan dan minum.
Tetangganya lelaki tua memberitahu bahawa kontraktor
pemilik kren di
pelabuhan dan pemilik gergaji raksasa telah memberi kata dua kepada
administrator tinggi Ogonshoto supaya bayaran digandakan tiga kali dan
dilunaskan sebelum aisberg tiba. Lelaki tua itu memagari kolamnya. Jirannya
memberitahu bahawa pentadbir Ogonshoto bersetuju memenuhi tuntutan
pemilik kren dan gergaji raksasa. Begitu juga pemilik lori dan kapal akan diberi
bayaran tambahan.

Lelaki tua itu terus menggali. Sambil itu, dia berusaha memenuhi tujuh
tong airnya dengan memasak air laut di mana harapannya titisan air daripada
wap yang dihasilkan dapat memenuhi tong airnya. Dia bekerja siang dan malam
mendalamkan kolamnya hingga sampai pada dasar yang pejal dan keras. Hampir
tiga bulan jirannya tidak muncul untuk bercerita tentang aisberg membuatkan
lelaki itu tertanya-tanya apa telah terjadi kepada aisberg. Lelaki tua itu lega
kerana tujuh tong airnya telah penuh berisi air. Dalam kelegaannya
itulah di dasar kolamnya terpancar mata air.
BAB 4: AISBERG
PERSOALAN
1.
Tentang kegagalan mengurus alam sekitar menyebabkan berlakunya
kemarau. Contoh; Mengikut wartawan Japan News Network Ogonshoto tidak
perlu mengeluarkan biaya tinggi
untuk menarik aisberg jika bijak
menguruskan alam sekitar terutama kawasan tadahannya.

2.
Tentang keghairahan menanti sesuatu yang tidak kunjung tiba. Contoh;
keghairahan rakyat
Ogonshoto menanti ketibaan Aisberg di Teluk Pinavana.
3.

Tentang mementingkan kebendaan dalam masyarakat kapitalisme.


Contoh; Pemilik-pemilik kren dan pemilik gergaji raksaksa memberi kata
dua kepada administrator tentang bayaran tiga kali ganda dan mesti
dilunaskan sebelum Aisberg tiba jika tidak mereka tidak akan
bekerjasama.

PERWATAKAN
LELAKI TUA
1.

Seorang yang berasal dari Runakita.

2.

Seorang yang hidup sebatang kara. Contoh; Tiada anak isteri.

3.

Seorang yang buta huruf. Contoh; Sudah seminggu berita tentang Aisberg
ditarik tujuh kapal barulah dia mendengarnya itupun melalui jiranya
kerana ketiadaan TV dan radio ditambah pula dengan buta huruf.

4.

Seorang yang kurang pendengaran. Contoh; Cerita yang dibawa


tetangganya tentang Aisberg
kurang jelas didengarinya kerana
telinganya mungkin mulai tuli di samping suara jirannya yang bertindihtindih antara bercerita dengan ghairah yang meluap-luap.

5.

Seorang yang rajin berusaha. Contoh; Rajin berusaha menggali kolam,


mencari dan mengumpul kayu api, memagar kolam,membumbung dapur
dan berulang-alik mengangkut air laut.

6.

Seorang yang gigih berusaha. Contoh; Dia tetap gigih menggali kolam
untuk mendapatkan air biarpun hingga seratus kaki.

7.
Seorang yang sabar menanti. Contoh; Sabar menunggu dasar kolamnya
digenangi air.
8.

Seorang yang bijaksana. Contoh; Dia menggunakan kaedah memanaskan


air laut hingga menjadi wap air lalu titisan air masuk kedalam tongnya.

9.

Seorang yang mempunyai keazaman yang kuat. Contoh; Dia berazam


tujuh tong air mesti penuh
akhirnya.

GAMBARAN MASYARAKAT
1

Masyarakat yang tidak mahu menerima kebenaran. Contoh; Semua orang


presiden menutup saluran
enam yang menyiarkan berita tentang
Ogonshoto tidak perlu mengeluarkan biaya tinggi untuk menarik aisberg
jika bijak menguruskan alam sekitar terutama kawasan tadahannya.

2.

Masyarakat yang mudah lupa. Contoh; Angan-angan kehadiran Aisberg


menyebabkan mereka lupa langit dan bumi Ogonshoto yang mula kering
di mana tanah mulai retak dan pohon-pohon mulai layu.

3.
Masyarakat yang ghairah. Contoh; Mereka ghairah meluap-luap menanti
ketibaan Aisberg.
4.

Masyarakat yang mementingkan kebendaan. Contoh; Pemilik-pemilik kren


dan pemilik gergaji raksasa memberi kata dua kepada administrator
tentang bayaran tiga kali ganda dan mesti dilunaskan sebelum Aisberg
tiba jika tidak mereka tidak akan bekerjasama.

NILAI
1.
Kegigihan. Contoh; Lelaki tua tetap gigih menggali kolam untuk
mendapatkan air biarpun hingga seratus kaki.
2.
air.

Kesabaran. Contoh; Lelaki tua sabar menunggu dasar kolamnya digenangi

3.
Kerajinan. Contoh; Lelaki tua rajin berusaha menggali kolam, mencari dan
mengumpul kayu api, memagar kolam,membumbung dapur dan berulang-alik
mengangkut air laut.
4.

Kebijaksanaan. Contoh; Lelaki tua menggunakan kaedah memanaskan air


laut hingga menjadi wap air lalu titisan air masuk ke dalam tongnya.

5.

Keazaman. Contoh; Lelaki tua berazam tujuh tong air mesti dipenuhi air.

MESEJ
1.

Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan. Contoh; Lelaki


tua tetap gigih menggali kolam untuk mendapatkan air biarpun hingga
seratus kaki akhirnya usahanya berjaya juga.

2.

Kita hendaklah sabar dalam melakukan sesuatu supaya beroleh


kejayaan.Contoh ;Lelaki tua sabar menunggu dasar kolamnya digenangi
air di mana kesabarannya membawa kejayaan.

3.

Kita hendaklah mempunyai keazaman yang kuat untuk berjaya. Contoh;


Lelaki tua berazam tujuh tong air mesti dipenuhi air akhirnya
keazamannya menjadi kejayaan.

4.

Kita janganlah terlalu ghairah dalam sesuatu perkara. Contoh; Masyarakat


Ogonshoto terlalu ghairah meluap-luap menanti ketibaan Aisberg namun
sudah hampir tiga bulan tetangganya tidak muncul-muncul lagi untuk
bercerita tentang Aisberg.

5.

Kita janganlah terlalu mementingkan kebendaan. Contoh; Pemilik-pemilik


kren dan pemilik gergaji raksasa memberi kata dua kepada administrator
tentang bayaran tiga kali ganda dan mesti dilunaskan sebelum Aisberg
tiba jika tidak mereka tidak akan bekerjasama.

6.

Kita hendaklah bijak mengurus alam sekitar jika tidak akibatnya akan
berlaku bencana alam seperti kemarau. Contoh; Mengikut wartawan
Japan News Network Ogonshoto tidak perlu mengeluarkan biaya tinggi
untuk menarik aisberg jika bijak menguruskan alam sekitar terutama
kawasan tadahannya.

BAB 5: MAINAN
Telah sampai masa untuk memulakan permainan. Pemuda itu
melambungkan tupai jantannya ke udara dan dengan pantas kedua-dua tangan
memegang temiang, membidik tupai kerawak jantan namun tersasar. Begitu

juga percubaan keduanya tersasar hanya seinci dari kaki belakang tupai. Dia
terus mengejar tupai tersebut dan mulai memahami erti keseronokan permainan
tersebut yang tidak terdapat di Kiribati dan Banaba tempat kelahirannya.
Mustahil dia akan terlibat dalam permainan itu kalau telah maut ketika hanyut
lebih enam puluh hari di lautan beberapa tahun dahulu. Dia berasa kesal kerana
dua kali tersasar damaknya sedangkan sebelum ini damak-damaknya menusuk
sasaran. Dia kembali mengingati sesalannya beberapa tahun lalu kenapa
dia tidak berpatah balik ke pantai Banaba yang masih kelihatan. Kehilangannya
akibat dipukul ombak ketika itu dicari oleh keluarganya. Ibunya bermimpi
yang membawa alamat kematiannya tetapi sebaliknya mendapat berita
gembira di mana dia telah dijumpai hampir maut di pantai barat Gora-Gora. Dia
dirawat di hospital Tubua selama tiga minggu. Hampir setiap hari akhbar
Ogonshoto menyiarkan kisah 'mati hidup semula' pemuda dari Banaba itu.
Hasrat Presiden ingin mengambilnya sebagai anak angkat mendapat
pujian media Ogonshoto. Tindakan itu atas dasar kemanusiaan dan
persahabatan dua negara. Namun bagi pihak pembangkang, jika pemuda
itu bukan dari Banaba mustahil Presiden mengambilnya sebagai anak
angkat kerana Banaba mempunyai sejarah panjang untuk bebas daripada
kolonial Kiribati . Secara simbolik Presiden menyokong idea pemisahan.
Pemuda itu bingung untuk memulakan hidup baru di negara asing sebagai anak
angkat Presiden. Lalu dia mengambil keputusan lebih banyak diam daripada
berkata-kata. Dia diberikan tugas bekerja di stor sukan. Dia memperlihatkan
disiplin serta dedikasi yang tinggi. Kemudian ditugaskan ke stor pemakanan
istana. Beberapa tahun kemudian, namanya menjadi buah mulut para pekerja
istana kerana kerajinannya, dedikasi dan amanah.
Lebih kurang sebulan lalu dia berjaya menangkap tupai
kerawak dan membelanya dalam sangkar. Suatu hari, seorang pekerja istana
menceritakan tentang permainan turun-temurun di Ogonshoto. Permainan
itu diadakan sehari selepas gerhana matahari penuh, iaitu permainan
memburu peliharaan. Pada zaman dahulu, penduduk asli dijadikan buruan
sehinggalah dihapuskan oleh penjajah Eropah. Waktu permainan ialah dari
matahari gelincir rembang sampai matahari terbenam. Setiap pemburu hanya
dibenarkan menggunakan senjata tiga kali sahaja. Andai tiga kali senjata
digunakan namun buruan tidak mati maka binatang itu dibiarkan lepas dan
pemburu mesti pulang tanpa menoleh ke belakang. Jika pemburu melepaskan
binatang peliharaan yang paling disayangi, semakin bermaknalah permainan itu.
Tempat permainan sekitar kaki gunung berapi hingga ke pinggang
gunung berhutan. Di pinggang gunung yang berhutan kata orang terdapat
kediaman sejumlah kecil resi.(orang pertapa).
Pemuda itu pun membeli sebatang temiang dan sejumlah
damak. Dari minggu ke minggu dia berlatih menggunakan temiangnya
hinggalah berjaya mengenai sasarannya. Menjelang gerhana matahari penuh,
semua damaknya mengenai sasaran. Dia memanggil Presiden dengan panggilan
Papa atas permintaan Presiden sendiri. Menurut pekerja istana, Papa tidak
pernah ketinggalan berburu sempena
dengan peristiwa gerhana matahari
penuh. Binatang buruan Papa seperti musang, babi hutan dan seekor beruk.
Pemuda itu teringat semasa di Banaba dia mendapat keputusan cemerlang

dan tergolong dalam sepuluh pelajar terbaik bagi seluruh Kiribati. Mengisi masa
lapangnya sementara menunggu keputusan penempatan kolej serta biasiswa
pemerintah Australia, dia berperahu menangkap ikan. Hari malangnya tiba
apabila dia tidak berpatah balik ke Banaba lalu dilanda badai barat. Setelah
menetap di Ogonshoto dan menjadi anak angkat Presiden, hidupnya bagai di
syurga. Kemewahan dikecapi seperti bilik yang indah, perpustakaan menarik,
makanan bermutu, pakaian cantik, elaun bulanan yang tinggi, beberapa buah
kereta peribadi, beberapa pengiring, bergaul dengan orang ternama dan dilantik
sebagai ahli lembaga pengarah syarikat besar Ogonshoto. Dia berasa terhutang
budi kepada Presiden.
Hari yang ditunggu pun tiba. Dia melihat Papa tidak ada
binatang di hadapannya. Papa menyeluk saku, mengeluarkan tangan sambil
menunduk mencecah tanah lalu membuka tapak tangan seolah-olah melepaskan
sesuatu kemudian mengejar mainannya. Tupai kerawak pemuda berjaya
mengelak dua bilah damak beracun lalu lari melompat lebih pantas daripada
mainan Presiden. Pemuda Banaba sekarang mendahului presiden mengejar
tupainya ke dalam belukar. Ketika bunyi gendang dan gong sayup-sayup, jauh di
kaki gunung pemuda terdengar suara Presiden yang menyuruhnya tunggu.
Dalam fikirannya adakah Presiden akan menolongnya menembak
buruannya dan mereka akan kembali sebagai pemburu yang berjaya. Namun
sebaliknya apabila Presiden mengacukan pistol ke arahnya. Das kedua
tembakan menembusi lengan kanan pemuda Banaba. Das ketiga mengenai
betis kirinya. Pemuda itu lari terjengket-jengket menjauhi Presiden. Apakah
yang tersirat dalam hati presiden? Adakah dia mainan presiden. Itulah yang
bermain dalam fikiran pemuda Banaba.
Apabila sampai di pinggang gunung berapi Gora-Gora, dia
menunggu hingga matahari tenggelam untuk kembali ke istana. Tiba-tiba
muncul Presiden lalu tembakan keempat dilepaskan yang menghancurkan
tapak tangannya. Muncul pula tentera elit presiden memotong lidah dan
kedua-dua pergelangan tangannya. Presiden memberi amaran supaya
jangan kembali ke istana dan berada di Ogonshoto. Persoalan timbul
dalam fikirannya adakah dia mangsa permainan? Jika benar, sepatutnya dia
ditinggalkan sesudah tiga kali ditembak kerana itu peraturan permainan. Namun,
peraturan permainan tidak dipatuhi Presiden. Dia tidak tahu apa yang harus
dilakukan seterusnya kerana dia tidak mungkin kembali ke istana atau keluar
dari Ogonshoto kerana tanpa lidahnya dia bisu. Dia terus meredah ke puncak
dengan harapan bertemu resi. Tetapi akhirnya resi telah menemuinya dan
merawat kakinya dahulu. Timbul persoalan dalam fikiran pemuda Banaba
mengapa
dia
menjadi
binatang
buruan.
Adakah
kerana
dia
menyembunyikan kepintaran bahasa Inggerisnya di mana dengan
kepintarannya dia telah membaca catatan-catatan peribadi serta novelnovel Presiden ataupun di saat-saat akhir presiden memilihnya sebagai buruan
kerana tidak membawa apa-apa ke medan perburuan. Sekarang, dia mula
menyesali betapa palsunya dunia warna-warni Ogonshoto. Pintu

Ogonshoto sudah tertutup baginya. Dia menggerakkan jari kakinya berlatih


menulis aksara demi aksara. Sekarang, barulah dia memahami sebabsebab resi mengubati kakinya dahulu.

BAB 5: MAINAN
PERSOALAN
1.

Tentang muslihat politik pemerintah. Contoh; Bagi pembangkang


perbuatan Presiden mengambil pemuda Banaba sebagai anak angkat
kerana secara simbolik Presiden menyokong idea pemisahan Banaba
daripada KIribati.

2.

Tentang kekejaman pihak pemerintah terhadap rakyatnya. Contoh;


presiden sanggup menjadikan anak angkatnya sebagai mainan dengan
menembak lengan kanan, betis kiri, tembakan keempat menghancurkan
tapak tangan kanannya dan seterusnya lidah dan kedua-dua
pergelangannya dikerat oleh tentera elit presiden.

PERWATAKAN
PEMUDA
1.

Seorang yang berasal dari Banaba. Contoh; Sambil mengejar, pemuda itu
memahami erti keseronokan permainan ini yang tidak terdapat di Kiribati
termasuk Banaba pulau kelahirannya.

2.

Seorang yang terselamat setelah hanyut lebih enam puluh hari di lautan
Pasifik beberapa tahun dahulu.

3.

Seorang anak angkat Presiden Ogonshoto. Contoh; Sebaik sahaja pemuda


itu pulih dia dijadikan anak angkat Presiden Ogonshoto sebagai tanda
kemanusiaan dan tanda persahabatan dua negara tetangga.

4.
Seorang yang mempunyai rupa paras nelayan totok. Contoh; Walaupun
dipakaikan pakaian
bersih namun wajahnya tetap nelayan totok.
5.

Seorang yang tidak banyak bercakap. Contoh; Pemuda bingung untuk


memulakan hidup baru sebagai anak angkat Presiden lalu dia mengambil
keputusan untuk diam daripada berkata-kata.

6.
Seorang yang berwajah hodoh. Contoh; Dia lebih banyak mendengar
daripada bertanya, dan kelihatan lebih hodoh berbanding wajahnya yang
memang tampak hodoh.
7.

Seorang yang berdisiplin dan berdedikasi tinggi.Contoh; selama dia


ditugaskan bekerja di stor istana dia telah memperlihatkan disiplin serta
dedikasi yang tinggi.

8.

Seorang yang rajin dan amanah. Contoh; Beberapa tahun kemudian


Pemuda itu menjadi buah bibir para pekerja istana kerana sifat ringan
tulangnya, dedikasi, disiplin serta amanah.

9.

Seorang yang merendah diri. Contoh; Walaupun mendapat kebebasan


dalam istana namun dia tetap mengekalkan sifat-sifat lamanya untuk
kelihatan bodoh, pendiam dan wajah nelayan totok dari Banaba.

10.
Seorang yang pandai menggunakan temiang. Contoh; Beberapa hari lagi
sebelum gerhana matahari penuh, semua damak menusuk sasaran.
11.

Seorang yang gigih berusaha. Contoh; Dalam masa beberapa minggu


Pemuda Banaba berlatih menggunakan temiang akhirnya dia mahir
menggunakannya.

12.

Seorang yang bijak


dalam pelajaran. Contoh;Pemuda itu mendapat
keputusan cemerlang untuk Banaba, dan tergolong dalam sepuluh pelajar
terbaik bagi seluruh Kiribati dan menunggu keputusan permohonan
penempatan kolej serta biasiswa pemerintah Australia.

13.
Seorang yang berjawatan sebagai ahli lembaga pengarah di beberapa
buah syarikat besar di
Ogonshoto.
14.

Seorang yang mengenang budi. Contoh; Presiden telah memberikannya


berbagai-bagai kemudahan dan kenikmatan kepadanya ,lalu timbul
persoalan dalam dirinya bagaimanakah dia harus membalas budi Presiden
yang menyayangi dan amat pemurah.

15.

Seorang yang dijadikani bahan mainan presiden. Contoh; Menjadikan


dirinya sebagai mainan dengan
menembak
lengan
kanan,
betis
kiri,tembakan keempat menghancurkan tapak tangan kanannya dan

seterusnya lidah dan kedua-dua pergelangannya dikerat oleh tentera elit


presiden.
16.
Seorang yang cacat anggota. Contoh; Dia telah menjadi bisu kerana
lidahnya dipotong dan
kudung kedua-dua belah tangan akibat dipotong
tentera elit presiden.
17.

Seorang yang insaf akan dirinya. Contoh; Selepas kejadian dirinya


dijadikan mainan Presiden, dia mula menyesali betapa palsunya dunia
warna-warni Ogonshoto yang terkenal itu.

PRESIDEN
1.

Seorang yang beperikemanusiaan. Contoh; Mengambil pemuda Banaba


yang hanyut itu sebagai anak angkatnya.

2.
Seorang yang banyak muslihat. Contoh; Bagi pembangkang perbuatan
Presiden
mengambil pemuda Banaba sebagai anak angkat kerana secara
simbolik Presiden menyokong idea
pemisahan Banaba daripada Kiribati
bukan atas dasar kemanusiaan.
3.
Seorang yang bergelar 'Papa'. Contoh; Anak angkatnya dipinta oleh
Presiden untuk
memanggilnya 'Papa".
4.

Seorang yang tidak pernah ketinggalan dalam permainan memburu


peliharaan. Contoh; Mengikut pekerja istana, 'Papa" tidak pernah
ketinggalan berburu sempena peristiwa gerhana matahari penuh.
Binatang buruannya ialah seekor keluang, seekor musang, babi hutan dan
seekor beruk.

5.

Seorang yang kejam. Contoh; Menjadikan anak angkatnya sebagai mainan


dengan menembak lengan kanan, betis kiri, tembakan keempat
menghancurkan tapak tangan kanannya dan seterusnya lidah dan keduadua pergelangannya dikerat oleh tentera elit presiden.

6.
Seorang yang tidak mematuhi peraturan permainan. Contoh; Sepatutnya
Presiden
meninggalkan anak angkatnya selepas tiga das tembakan dan
pulang sebelum matahari
terbenam
kerana
itu
adalah
peraturan
permainan.

GAMBARAN MASYARAKAT
1.

Masyarakat yang mengamalkan sikap tolong-menolong. Contoh; Penduduk


Banaba bekerjasama mencari pemuda yang hilang di mana beberapa
buah kapal pasukan pencari terus memulakan gerakan. Resi menolong
Pemuda yang cedera parah.

2.

Masyarakat yang percaya kepada mimpi. Contoh; Ibu pemuda dan


keluarganya mempercayai mimpinya seekor camar terbang lesu di bawah
bebola matahari yang sedang menyingsing membawa alamat anaknya
telah mati lalu mereka ke gereja mengadakan upacara mengingati roh
anaknya.

3.

Masyarakat yang mengadakan permainan memburu peliharaan. Contoh;


Turun-temurun selepas
gerhana matahari penuh
akan diadakan
permainan memburu peliharaan. Permainan diadakan di sekitar kaki
gunung berapi hingga ke pinggang gunung yang berhutan.

4.
Masyarakat yang kejam. Contoh; Pada zaman dahulu, bangsawan
Ogonshoto menangkap penduduk asli seminggu menjelang gerhana matahari
penuh. Sehari sesudah gerhana itu
penduduk asli dilepaskan kemudian
diburu dan dibunuh.

NILAI
1.

Tolong menolong. Contoh; Penduduk Banaba bekerjasama mencari


pemuda yang hilang
di mana beberapa buah kapal pasukan pencari
terus memulakan gerakan.

2.
Kasih sayang. Contoh; Ibu pemuda menyayangi anaknya di mana dia
memarahi tentera yang tersenyum di mana pada sangkaannya bergembira
atas kematian anaknya.
3.
Mengenang budi. Contoh; Presiden telah memberikannya berbagai-bagai
kemudahan dan
kenikmatan kepada Pemuda Banaba, lalu timbul persoalan
dalam dirinya bagaimanakah dia
harus membalas budi Presiden yang
menyayangi dan amat pemurah.
4.

Merendah diri. Contoh; Walaupun mendapat kebebasan dalam istana,


namun Pemuda Banaba tetap mengekalkan sifat-sifat lamanya untuk
kelihatan bodoh, pendiam dan wajah nelayan totok dari Banaba.

5.
Keinsafan. Pemuda insaf betapa palsunya dunia warna-warni Ogonshoto
yang terkenal itu.

MESEJ
1.

Kita hendaklah tolong-menolong sesama manusia. Contoh; Para Resi


menolong menyelamatkan Pemuda Banaba yang cedera.

2.

Kita hendaklah berkasih sayang sesama manusia. Contoh; Ibu Pemuda


menyayangi anaknya yang hilang di laut.

3.

Kita hendaklah mengenang budi orang yang telah berbudi kepada kita.
Contoh; Presiden telah memberikannya berbagai-bagai kemudahan dan

kenikmatan kepada Pemuda Banaba, lalu timbul persoalan dalam dirinya


bagaimanakah dia harus membalas budi Presiden yang menyayanginya
dan amat pemurah.
4.

Kita hendaklah merendah diri walaupun berada dalam kemewahan.


Contoh; Walaupun mendapat kebebasan dalam istana namun Pemuda
Banaba tetap mengekalkan sifat-sifat lamanya untuk
kelihatan
bodoh, pendiam dan wajah nelayan totok dari Banaba.

5.

Kita hendaklah menyesali perbuatan yang lalu. Contoh; Pemuda insaf


betapa palsunya dunia warna-warni Ogonshoto yang dikenali itu.

6.

Kita janganlah bersikap kejam sesama manusia. Contoh; Menjadikan anak


angkatnya sebagai mainan dengan menembak lengan kanan, betis kiri,
tembakan keempat menghancurkan tapak tangan kanannya dan
seterusnya lidah dan kedua-dua pergelangannya dikerat oleh tentera elit
presiden.

7.

Kita janganlah menggunakan tipu muslihat untuk kepentingan diri.


Contoh; Bagi pembangkang
perbuatan Presiden mengambil pemuda
Banaba sebagai anak angkat kerana secara simbolik
Presiden
menyokong idea pemisahan Banaba daripada Kiribati.

8.

Kita hendaklah amanah dalam pekerjaan. Contoh; Beberapa tahun


kemudian Pemuda itu menjadi buah bibir para pekerja istana kerana sifat
ringan tulangnya, dedikasi, disiplin serta amanah.

9.

Kita hendaklah gigih berusaha. Contoh; Dalam masa beberapa minggu


Pemuda Banaba gigih berlatih menggunakan temiang di mana akhirnya
dia mahir menggunakannya.

10.

Kita hendaklah pentingkan pelajaran dalam kehidupan kita. Contoh;


Pemuda itu mendapat keputusan cemerlang untuk Banaba, dan tergolong
dalam sepuluh pelajar terbaik bagi seluruh Kiribati dan menunggu
keputusan permohonan penempatan kolej serta biasiswa
pemerintah Australia.

BAB 6: PENTAFSIR
Seorang lelaki tua yang gemar menyelam merupakan satu-satunya
resi yang dikenali penduduk Aitu. Orang-orang Aitu percaya ketika menyelam,
lelaki tua itu bukan sahaja memencilkan diri dalam lautan malah telah

meninggalkan kekotoran di atas garis pantai. Dengan menyelam, dirinya dapat


menyelami erti kesucian dan kebenaran. Orang tua itu berwajah lembut
dan tenang dengan sepasang mata jernih yang tidak sanggup ditentang. Dia
enggan bercakap banyak. Kata-katanya terpilih dan tidak mempunyai makna
tunggal. Terdapat seorang penduduk Aitu yang cuba mendampinginya di
daratan selama sepuluh tahun lalu. Pendamping itu telah menerima dan
belajar menggunakan bahasa resi tentang serpihan-serpihan kehidupan. Selama
beberapa bulan pendamping cuba mencantumkan serpihan pelbagai warna dan
makna. Akhirnya, dia berpendapat bahawa masanya telah tiba untuk
memperagakan seluruh cantuman menurut tafsirannya sendiri.
Pada suatu petang, pendamping bercerita kepada rakannya yang
tidak ke laut. Megikut katanya, sekarang dia bukan lagi pendamping tetapi
sebagai seorang pentafsir. Pada masa dulu, di Aitu, terdapat hanya sebelas
buah rumah termasuk keluarga resi. Aitu jauh terpencil di Ogonshoto di mana
penduduknya cepat tidur dan lambat bangun. Pada suatu hari, perkampungan
itu dilanda debu gunung berapi dan kematian seekor paus yang
terdampar di pantai Aitu. Dua petanda buruk datang serentak, iaitu
satu daripada puncak daratan dan satu lagi dari lantai lautan. Si resi
muda mula melihat jiran tetangga mula menjadi pentafsir mencari jawapan
punca Tuhan menghantar tanda-tanda buruk ini. Tafsiran bertambah dari hari ke
hari. Pada hari kedelapan, resi muda menyelam untuk membersihkan dirinya
daripada debu gunung berapi dan bau bangkai paus tetapi pada peringkat
seterusnya, ketika sendirian dalam air, dia teringat akan pelajarannya dengan
resi tua dahulu. Dia mula mentafsir tentang Tuhan mengutus tanda-tanda celaka
di daratan.
Aitu didatangi sebuah kapal besar dari Tatamanu. Kelasi kapal
memberitahu bahawa sejak sepuluh hari lalu, Ogonshoto mempunyai
Presiden baharu. Penduduk Aitu begitu mengenali Presiden baru yang
mempunyai riwayat hidup yang luar biasa, iaitu kepintarannya yang menjadi
teladan anak-anak muda Eropah. Begitu juga rasa tidak malunya mempunyai ibu
yang tua dan hodoh dengan memeluk kaki ibunya di pantai. Keesokan harinya,
semasa resi menyelam, mata hatinya kembali merenung dua tanda petaka itu.
Ketibaan tanda petaka itu menurut pemikirannya mengiringi detik
pelantikan presiden Ogonshoto, iaitu dua tanda buruk dan satu peribadi
luar biasa. Baginya sukar untuk memahami hubungan ini.
Presiden akan datang ke Aitu sempena seratus hari pertama
Presiden berkuasa. Tujuan kedatangannya untuk merancang pembangunan
Aitu serta mengadili satu sayembara. Sayembara itu tentang ciptaan
yang hidup dan hadiahnya sebutir kelapa emas. Penghuni Aitu kebingungan
dalam membuat tafsiran ciptaan yang hidup. Hanya tiga orang yang berani
menyertai sayembara itu. Seorang daripadanya resi muda. Si resi muda
menyelam beberapa kali untuk mentafsir ciptaan yang hidup. Akhirnya dia

berpendapat yang mampu dilakukan hanya menjadikan benda tidak


hidup ciptaannya tampak seakan-akan hidup. Ciptaan itu mesti meniru
sesuatu yang hidup. Resi mula menbuat ciptaannya dengan mengambil tanah
liat, mengumpul beberapa helai daun tembakau, beberapa jenis buah dan
daunan yang boleh direbus bagi menghasilkan warna. Akhirnya, siaplah
ciptaannya.

Setelah tiba hari pertandingan, ketiga-tiga peserta membawa


ciptaan masing-masing ke tepi pantai. Namun demikian, tidak seorang pun dapat
melihat ketiga-tiga ciptaan itu kerana semuanya dibungkus. Hanya Presiden
yang boleh menghampiri ciptaan-ciptaan itu. Presiden turun dari kuda dan
membuka kain penutup ciptaan peserta. Peserta pertama dan kedua tidak
berjaya kerana ciptaan mereka menyalahi tafsiran. Apabila tiba pada ciptaan
resi, Presiden melompat naik pelana lalu bergerak pada jarak yang agak jauh.
Dari jarak yang agak jauh ciptaan resi menampakkan ikan-ikan daripada tanah
liat memperagakan warna-warni tubuh sama ada berwarna tunggal atau
pancawarna. Ikan-ikan itu tampak berkejaran berenang . Segalanya seperti
hidup padahal yang sedang bergerak hanyalah air laut yang mulai
pasang sedangkan ikan-ikan itu tetap tidak hidup di atas pasir putih
pantai Aitu. Presiden mengeluarkan kelapa emas sebagai hadiah. Pada
pandangan resi, buah kelapa itu bukan ditempa daripada emas. Mungkin sebuah
kelapa kuning biasa yang dilumur minyak agar tampak berkilau. Presiden
menghampiri ciptaan resi lalu dilontarkan kelapa itu menghentam segala ikan
ciptaan resi sehingga hancur ditelan lautan. Bagi penduduk Aitu, mungkin
begitu cara seorang presiden memberi hadiah namun bagi resi, cara Presiden
itu menampakkan kebodohan seorang yang dianggap terpelajar. Kelapa
emas dihanyutkan laut. Resi buat pertama kalinya mengarahkan semua
penduduk balik, kecuali dirinya. Malam itu, resi melakukan ritual penyelaman
sepanjang malam. Semasa timbul untuk kali penghabisan, terlihat olehnya
sekumpulan ikan-ikan berwarna-warni berenang mengelilinginya. Ikan-ikan itu
mengingatkannya kepada ikan-ikan daripada tanah liat ciptaannya. Pada
fikirannya, mungkinkah Tuhan mengganti ciptaannya dengan ciptaan yang
benar-benar hidup. Semasa penyelaman kali terakhir, dia ternampak beberapa
ekor hidupan laut, bertubuh bulat , berduri tajam memamah karangan laut.
Bentuk hidupan itu mengingatkannya kepada kelapa emas. Tafsiran resi muda
itu, Tuhan telah menggantikan ciptaannya dan juga menggantikan
hadiah Presiden itu di mana dua benda yang tidak hidup, sekarang
menjadi sesuatu yang hidup. Yang satu indah pancawarna dan yang satu lagi
kelabu merosak karang. Dia mulai berasa yakin bahawa kuasa baik sedang
diintai oleh kuasa jahat. Perbandingan ini dapat mengaitkan dua tanda
celaka itu dengan pelantikan Presiden. Bagi resi, Tuhan tidak pernah berlaku
silap apabila menghantar isyarat-isyarat ke dunia.

Pada resi walaupun dia kerdil untuk melawan presiden namun dia
tetap tidak boleh berdiam diri. Wajar baginya hidupan laut perosak
karang itu dimusnahkan yang secara perlambangan merupakan
pernyataan sikap terhadap pemerintahan Ogonshoto. Pada pemikiran resi,
sesiapa yang melawan kuasa jahat akan diberi balasan nirwana. Sebab itulah
hingga sekarang, mengikut pentafsir, resi itu sering bertapa di laut
sambil membunuh hidupan laut perosak karang.
Dua puluh hari selepas pendedahan pendamping resi tentang
tafsirannya, Aitu dikunjungi oleh seorang dari pejabat Presiden di
Tatamanu. Dia bertanya pentafsir tentang benarkah lelaki tua itu ada menyebut
tentang imbuhan nirwana kepada sesiapa yang membunuh hidupan laut perosak
karang itu. Pentafsir mengiakan lalu disuruh membawanya berjumpa lelaki tua
tersebut. Keesokan harinya, mereka pergi bertemu resi tua yang ketika itu
bersiap-siap hendak ke laut. Orang dari Tatamanu itu mengatakan resi tua boleh
dihukum kerana memberi pendapat yang mengelirukan, iaitu imbuhan
nirwana kepada sesiapa yang membunuh hidupan laut perosak karang.
Imbuhan nirwana hanya ditentukan Tuhan, jawab resi tua. Jawapan resi tua amat
mudah bagi orang Tatamanu di mana dia tidak perlukan pentafsir untuk
membuat tafsiran kerana baginya apa yang dikatakan resi itulah maknanya
tanpa perlu tafsiran. Mendengar resi tua berkata " Akan tiba" orang Tatamanu
menjawab dia akan menunggu ketibaannya. Dia membuat tafsirannya Tuhan
akan datang dari laut. Dia menunggu ketibaan Tuhan kerana Tuhan yang
hanya boleh memberi jawapan. Tafsirannya tidak dipercayai penduduk Aitu.
Orang Tatamanu itu menunggu Tuhan setiap hari di pantai. Beberapa penduduk
kasihan melihatnya lalu dibuatkan pondok kecil dan diberikan makanan
kepadanya. Beberapa tahun kemudian, orang dari Tatamanu itu meninggal
dunia dengan matanya terbuka memandang ke laut. Mayatnya dibawa pulang
ke Tatamanu. Akhirnya, terjawab juga maksud "akan tiba" di mana pentafsir
membuat tafsiran, iaitu ada kebenaran yang hanya akan ditemui di dunia
yang akan datang, iaitu di hadapan Tuhan. Resi menangis teresak-esak
apabila mendengar tafsiran pentafsir tanpa berkata apa-apa lalu memegang
lengannya berjalan seiring. Pada fikiran pentafsir itu, situasi ini menandakan resi
tua menyetujui pendapatnya.
BAB 6: PENTAFSIR
PERSOALAN
1.

Tentang erti kesucian dan kebenaran dalam kehidupan ini. Contoh; Ketika
menyelam lelaki tua itu bukan sahaja memencilkan diri di lautan malah
meninggalkan kekotoran Ogonshoto di atas garis pantai di mana dengan
itu dia dapat menyelami erti kesucian dan kebenaran dalam kehidupan.

2.

Tentang serpihan-serpihan kehidupan. Contoh; Kehidupan diibaratkan


serpihan-serpihan yang berbagai-bagai warna dan bentuk di mana sukar
untuk mencantumkannya membentuk jalinan kehidupan yang lengkap.

3.
Tentang pembangunan di Aitu. Contoh; Kedatangan Presiden ke Aitu selain
mengadili satu
sayembara,
dia
juga
merancang
untuk
melakukan
pembangunan di Aitu.
4.

Tentang kemusnahan hidupan laut kesan daripada pembangunan yang


akan dijalankan. Contoh; Tafsiran resi kelapa emas yang dibawa oleh
Presiden sebagai 'hadiah' kepada pemenang sayembara itu menyerupai
hidupan perosak karangan laut .

5.

Tentang kebenaran dapat menguasai kuasa jahat. Contoh; Mengikut


pentafsir, maksud 'akan tiba' ialah apabila kebenaran dapat menguasai
kuasa jahat kerana di dunia bukan mudah untuk manusia mencapai dan
menegakkan kebenaran di mana kebenaran akan ditemui di dunia akan
datang, iaitu di hadapan Tuhan.

PERWATAKAN
LELAKI TUA (RESI)
1.

Seorang resi yang dikenali penduduk di Ogonshoto. Contoh; Kononnya


terdapat sejumlah resi di seluruh Ogonshoto namun bagi penduduk Aitu
mereka belum pernah melihat resi lain, kecuali lelaki tua itu.

2.

Seorang yang gemar menyelam. Contoh; Kepercayaan orang-orang Aitu,


ketika menyelam dia meninggalkan segala kekotoran Ogonshoto di atas
garis pantai, iaitu dia menyelami erti kesucian dan kebenaran dalam
kehidupan.

3.

Seorang yang suka memencilkan diri. Contoh; Ketika menyelam lelaki tua
itu memencilkan diri di lautan.

4.

Seorang yang berwajah lembut dan tenang. Contoh; Semakin kerap dan
lama dia menyelam, kebersihan akan menyaluti kulit luar jasmani dan
inti terdalam rohaninya sebab itulah ujar penduduk Aitu dia berwajah
lembut dan tenang.

5.

Seorang yang mempunyai sepasang mata jernih yang tidak sanggup


ditentang. Contoh; Sinar resi yang memancar di wajahnya setiap detik
menyebabkan tidak ada seorang pun sanggup merenung matanya apabila
berbicara dengan lelaki tua itu.

6.

Seorang yang tidak banyak bercakap atau pendiam. Contoh; Mengikut


penduduk Aitu antara bukti wujudnya resi dalam diri lelaki tua itu ialah dia
enggan bercakap banyak.

7.

Seorang yang berhati-hati ketika berkata-kata. Contoh; Jika dia harus


bertutur, terlebih dahulu dia akan
mengambil masa untuk berfikir lalu
meluahkan kata-kata paling terpilih yang membawa makna berlapis-lapis
serta perlambangan.

8.

Seorang yang bijak mentafsir. Contoh; Setelah beberapa kali mentafsir


ungkapan 'ciptaan yang hidup', akhirnya dia berjaya memenangi
sayembara dengan ciptaannya sesuatu yang nampak seakan-seakan
hidup, iaitu ikan-ikan daripada tanah liat yang berwarna-warni dilatari
lautan yang menampakkan segala-galanya seolah-olah hidup
sedangkan yang hidup ialah air laut yang mulai pasang.

9.

Seorang yang mempercayai Tuhan. Contoh; Mengikut tafsirannya Tuhan


mengganti ciptaannya dan juga hadiah presiden dengan benda hidup,
iaitu ciptaannya dengan yang indah pancawarna dan 'hadiah' ciptaan
Presiden dengan yang kelabu merosak karangan laut.

10.

Seorang yang bertanggungjawab. Contoh; Walaupun dia manusia kerdil


tetapi dia tidak boleh berdiam diri sahaja membiarkan karangan laut
dimusnahkan jadi wajarlah dia memusnahkan
perosak karang yang
secara perlambangan merupakan pernyataan sikapnya terhadap
pemerintah Ogonshoto. Oleh itu, mengikut pentafsir hingga sekarang resi
itu bertapa di laut sambil membunuh hidupan laut perosak karang itu.

11.
Seorang yang mudah dibawa berbicara. Contoh; Lelaki dari Tatamanu
mengatakan kepada
pentafsir alangkah mudah berbicara dengan resi tua
kerana tidak perlu penafsiran.
12.
Seorang yang berjiwa sensitif. Contoh; Menangis teresak-esak apabila
mendengar tafsiran
pentafsir tentang maksud 'akan tiba'.

PENTAFSIR (PENDAMPING)
1.
Seorang penduduk Aitu yang cuba mendampingi resi selama sepuluh
tahun.
2.
Seorang yang suka berjenaka. Contoh; Dia berjenaka ketika hendak
mengisahkan cantuman- cantumannya kepada teman-temannya yang tidak ke
laut menangkap ikan.
3.

Seorang yang bijak membuat tafsiran. Contoh; Dapat mentafsir kata-kata


resi yang berlapis-lapis maknanya, misalnya dia dapat membuat tafsiran
tentang kata-kata resi tua 'akan tiba'.

4.

Seorang yang suka menolong. Dia ingin menolong orang dari Tatamanu
membuat tafsiran kata-kata resi tua namun orang tersebut menolaknya
kerana katanya apa jua kata-kata resi tua itulah saja maknanya.

5.

Seorang yang mempercayai kuasa Tuhan. Contoh; Dia percaya bahawa


kebenaran akan ditemui di dunia akan datang, iaitu di hadapan Tuhan.

PRESIDEN
1.

Seorang yang memperbodohkan dirinya. Contoh; Dia menghentam


ciptaan resi muda dengan
kelapa emas di mana perbuatannya itu
bagi resi cara seorang yang berasa dirinya paling terpelajar
memperbodohkan dirinya.

2.
Seorang yang suka menghina. Contoh; menghina ciptaan resi muda
dengan menghentamnya dengan kelapa emas.

GAMBARAN MASYARAKAT
1.

Masyarakat yang terdiri daripada resi. Contoh; Kononnya ujar penduduk


Aitu, terdapat sejumlah resi di Ogonshoto. Ada yang bertapa di dalam gua
gelap, menyendiri di sela-sela batu lereng gunung, ada yang berkumpul di
dalam hutan dan ada yang menjungkir-balik tubuh di pohonan.

2.
Masyarakat yang percaya kepada petanda-petanda buruk. Contoh; Mereka
percaya dua petanda buruk melanda Aitu, iaitu dari daratan, debu gunung berapi
dan dari lautan,
kematian seekor paus.
3.

Masyarakat yang berubah menjadi pentafsir. Contoh; Si resi muda mula


melihat para tetangga dan ahli keluarganya sendiri mula berubah menjadi
pentafsir, iaitu mencari sebab dan akibat, mencari jawapan mengapakah
Tuhan menghantar tanda-tanda seburuk itu.

4.

Masyarakat menempatlkan golongan tua pada kedudukan yang tinggi.


Contoh; Penduduk Aitu meramalkan resi muda akan tewas dalam
sayembara. Mereka percaya peserta paling tualah yang akan memenangi
kelapa daripada emas.

5.

Masyarakat yang prihatin. Contoh; Mereka membuatkan sebuah pondok


kecil untuk orang dari Tatamanu dan memberikan beberapa peralatan
memasak makanan dan air. Dua tiga hari sekali mereka memberi ubi dan
air kepadanya.

NILAI
1.

Bertanggungjawab. Contoh; Walaupun resi tua manusia kerdil tetapi dia


tidak boleh berdiam diri sahaja membiarkan karangan laut dimusnahkan
jadi wajarlah dia memusnahkan perosaknya.

2.

Tolong-menolong. Contoh; Pentafsir ingin menolong orang dari Tatamanu


membuat tafsiran kata-kata resi tua.

Kebijaksanaan. Contoh; Pentafsir dapat mentafsir kata-kata resi yang


berlapis-lapis maknanya.

4.
Keprihatinan. Contoh; Penduduk Aitu membuatkan sebuah pondok kecil
untuk orang dari Tatamanu dan memberikan beberapa peralatan memasak
makanan dan air.
5.
Kebenaran. Contoh; Kebenaran akan ditemui di dunia akan datang, iaitu di
hadapan Tuhan.
6.

Ketuhanan. Contoh; Resi tua dan pentafsir percaya kewujudan Tuhan di


mana mereka percaya bahawa kebenaran akan ditemui di dunia akan
datang, iaitu di hadapan Tuhan.

7.

Hormat-menghormati. Contoh; Masyarakat Aitu menempatkan golongan


tua pada kedudukan yang tinggi.

8.

Kasih sayang. Contoh; Resi tua


dirosakkan oleh perosak karang.

9.

Ketegasan. Contoh; Orang Tatamanu tegas tidak mahu pulang ke


Tatamanu untuk menunggu kedatangan Tuhan.

menyayangi

karangan

laut

yang

MESEJ
1.

Kita hendaklah tolong-menolong antara manusia. Pentafsir ingin menolong


orang dari Tatamanu membuat tafsiran kata-kata resi tua.

2.

Kita hendaklah bertanggungjawab menyelamatkan alam sekitar yang


tercemar. Contoh; Walaupun resi tua manusia kerdil tetapi dia tidak boleh
berdiam diri sahaja membiarkan karangan laut dimusnahkan jadi wajarlah
dia memusnahkan perosaknya .

3.

Kita hendaklah percaya kepada kewujudan Tuhan. Contoh; Resi tua dan
pentafsir percaya kewujudan Tuhan di mana mereka percaya bahawa
kebenaran akan ditemui di dunia akan datang, iaitu di hadapan Tuhan.

4.

Kita hendaklah menjaga alam sekitar dari dicemari. Contoh; Walaupun resi
tua manusia kerdil tetapi dia tidak boleh berdiam diri sahaja membiarkan
karangan laut dimusnahkan .

5.

Kita hendaklah prihatin kepada golongan yang daif. Contoh; Penduduk Aitu
membuatkan sebuah
pondok kecil untuk orang dari Tatamanu dan
memberikan beberapa peralatan memasak makanan dan air.

6.

Kita hendaklah berhati-hati ketika berkata. Contoh; Resi tua jika dia harus
bertutur, terlebih dahulu dia mengambil masa untuk berfikir lalu
meluahkan kata-kata paling terpilih yang membawa makna berlapis-lapis
serta perlambangan.

7.

Kita janganlah menunjukkan kebodohan diri. Contoh; Presiden


menghentam ciptaan resi muda dengan kelapa emas di mana
perbuatannya itu bagi resi cara seorang yang berasa dirinya paling
terpelajar memperbodohkan dirinya.

8.

Kita janganlah suka menghina sesama manusia. Contoh; Presiden


menghina ciptaan resi muda dengan menghentamnya dengan kelapa
emas.

9.

Kita hendaklah menghormati golongan tua. Contoh; Masyarakat Aitu


menempatkan golongan tua pada kedudukan yang tinggi.

10.

Kita hendaklah mendengar nasihat yang diberikan. Contoh; Orang dari


Tatamanu tidak mahu mendengar nasihat pentafsir untuk membuat
tafsiran ayat 'akan tiba' yang dicakapkan oleh resi tua. Akibatnya, dia mati
dalam menunggu kedatangan Tuhan.

BAB 7: JARI

Seorang guru yang pernah menjadi guru sains sekolah Tinggi


Tatamanu kini mengajar di pedalaman Kuri. Perkara yang menarik perhatian
rakan dan jiran tetangga ialah sepotong jari berendam cecair pengawet dalam
sebuah tabung kaca turut dibawa pindah dari Tatamanu. Pada suatu hari, ketika
guru kidal itu tidak ke sekolah, mereka ke rumahnya untuk bertanya tentang jari
tersebut. Guru kidal itu mengisahkan riwayatnya kepada tetamunya. Beberapa
tahun lalu, golongan pengkritik mengkritik pemerintahan Ogonshoto,
terutamanya Presiden yang tidak lagi mahu mendengar pendapat orang
lain, termasuklah peribumi. Namun reaksi Presiden ialah secara tegas
menyebut sesiapa sahaja bebas untuk memberikan kritikan konstruktif,
tanpa perlu berasa takut dan khuatir, tanpa tanggapan karut sang
pengkritik konstruktif, atau keluarganya, atau saudara-maranya akan
dikenakan tindak balas yang keras dari pemerintah. Lalu guru kidal itu
memberitahu
siswanya
tentang
kepincangan
kerajaan.
Walaupun
memeranjatkan banyak pihak tetapi tiada sebarang tindakan ke atasnya. Guru
kidal mulai yakin kata-kata presiden tentang demokrasi
Ogonshoto akan
menjadi contoh terbaik fahaman demokrasi moden di Pasifik.
Tidak lama kemudian, dia menyiapkan makalah yang agak
panjang untuk akhbar Ogonshoto. Dia mempertaruhkan jari manisnya
akan dikerat jika makalah itu diterbitkan dan tiada apa-apa tindakan dikenakan
kepadanya dan keluarganya. Beberapa
hari kemudian, makalahnya yang
bertajuk "Daratan" diterbitkan. Makalah yang mengisahkan tentang Adam
yang terapung di angkasa mencari daratan di dunia. Daratan yang dulunya
milik peribumi Ogonshoto kini telah dibahagikan oleh Presiden kepada
musuhnya untuk memenangi hati mereka dan kepada pengikut setianya tanpa
mengkaji implikasinya. Tanah pemberian Presiden kepada bekas musuh
politiknya
membuatkan
mereka
lupa
perjuangan
asal
dan
membangunkannya dengan bantuan pelabur asing atau menjualkannya terus
kepada orang Amerika dan Eropah. Kesannya, harga tanah berlipat
ganda meningkat tidak mampu dimilki rakyat tempatan. Ponyokong
kerajaan yang mendapat tanah juga akan terus menjualkan tanah masingmasing kerana sasaran mereka hanyalah lima tahun, atau lima tahun akan
datang apabila pemilihan umum diadakan. Hal ini berlaku kerana, untuk
mengukuhkan kedudukan, mereka perlu ada wang. Akibatnya Ogonshoto
sedang mengecilkan daratan. Misalnya, tujuh puluh peratus daratan Futu-Ata
dimiliki orang-orang Jepun. Begitu juga di tempat-tempat lain. Banyak kawasan
daratan dimiliki orang-orang Inggeris, Amerika, Australia, New Zealand, Jerman,
Itali, Switzerland dan Perancis. Sekali mereka mendapat tanah daratan, mereka
tidak akan melepaskannya. Dia mengakhiri tulisannya dengan menyebut
pembinaan stesen angkasa adalah kerana manusia ghairah mencari daratan
baru di atas sana. Ogonshoto terus menyerahkan daratan kepada bangsabangsa lain, mengabaikan peribumi sendiri.
Setelah dua bulan berlalu tanpa apa-apa tindakan, dia mulai
percaya bahawa demokrasi mulai segar kembali di Ogonshoto. Lalu guru kidal

tersebut teringat akan janji-janjinya. Namun sukar baginya untuk


memotong jarinya. Lalu dia pergi ke perumahan para lepra (penyakit kusta).
Di sana dia menemui sahabatnya bekas tukang kayu yang telah dipindahkan ke
kawasan perumahan tersebut kerana menghidap penyakit kusta. Di sana,
sahabatnya
memotong
jari
manisnya.
Sahabatnya
menganggap
perbuatannya sebagai bodoh.
Hukuman datang lewat selepas dia mengorbankan sebatang
jarinya di mana dua minggu kemudian, setelah lukanya kering barulah dia
menerima surat mengarahkannya pindah dalam tempoh dua puluh empat
jam. Jadi, dia telah dipindahkan ke pedalaman sebagai hukuman atas penulisan
makalahnya. Begitu juga terjadi kepada saudara maranya yang
menyalahkannya kerana mereka turut menerima hukuman atas
perbuatannya.
Beberapa minggu kemudian, pedalaman Kuri gempar kerana
gabungan tiga syarikat Turki, Jepun dan Jerman akan datang menebang hutan
di kawasan itu untuk dijadikan padang golf. Guru itu menganggap perbuatan
itu gila kerana Ogonshoto pernah dilanda kemarau parah selama sembilan
bulan akibat penebangan hutan dan kawasan tadahan dimusnahkan.
Kesannya, ratusan orang telah mati malah ada yang terpaksa meminum air
kencing sendiri. Guru itu berani mempertaruhkan jari hantunya dengan
yakin bahawa projek itu tidak akan dilaksanakan kerana belum mendapat
kelulusan kajian alam sekitar. Bagi penduduk Kuri, guru itu seorang yang
mempunyai keyakinan luar biasa kerana setelah kehilangan jari manisnya atas
pertaruhan yang sia-sia, sekarang dia mempertaruhkan jari hantunya pula.
Keyakinan guru itu berdasarkan Ogonshoto telah belajar daripada peristiwa
kemarau yang lalu. Dia yakin tidak akan kehilangan jari hantunya.
Projek di Kuri dibatalkan kerana bantahan kumpulan
pencinta alam sekitar yang mengemukakan kajian ilmiah setebal tujuh puluh
lima halaman. Berita itu tersiar di radio, guru itu menari-nari mengangkat tangan
kanannya tanda kegembiraan lebih-lebih lagi jari hantunya terselamat. Orangorang Presiden gembira kerana projek itu dibatalkan dan memarahi
pegawai negeri itu lalu mengenakan tindakan terhadapnya kerana telah
meluluskan projek bukan kepada orang-orang presiden. Presiden
menyuruh orang-orangnya bersedia untuk mengambi alih projek itu pada waktu
yang sesuai, iaitu ketika kemarahan pencinta alam telah reda kerana projek itu
menguntungkan. Apa yang akan mereka lakukan ialah mewujudkan golongan
pencinta alam bikinan mereka untuk menyediakan laporan balas lapan puluh
halaman yang menyokong agar hutan pedalaman Kuri boleh ditebang.
Guru berhasrat ingin mengadakan jamuan thanksgiving petang
esoknya kerana bersyukur hutan pedalaman Kuri terselamat dan lebihlebih lagi jari hantunya terselamat tidak akan bercerai daripada tapak

tangannya. Petang Sabtunya, jiran-jiran datang menolong dan jamuan itu


berlangsung dengan meriahnya. Akan tetapi, kemudian berkumandang di radio
pengumuman daripada
pejabat Presiden
tentang rancangan
pembinaan di pedalaman Kuri diteruskan di mana dua buah syarikat
antarabangsa dari Amerika dan Scotland terlibat dengan memindahkan konsep
tradisional St. Andrews. Dengan itu, Ogonshoto akan memiliki padang golf
bertaraf antarabangsa dan sekali gus Ogonshoto akan sedarjat dengan negaranegara kapitalis yang maju di dunia. Kerajaan mendapati laporan pencinta alam
yang berpejabat di Kuri mengandungi banyak kesilapan fakta dan data.
Berpegang kepada laporan golongan pecinta alam Tatamanu, projek itu tidak
memudaratkan Kuri, Futu-Ata atau Ogonshoto dalam jangka masa pendek atau
panjang.
Penduduk Kuri menasihati guru itu supaya tidak menunaikan janjinya
kerana akan mencacatkannya nanti namun guru itu berkata dia bukannya
seorang yang suka berdolak-dalik. Lalu
dia menghubungi perumahan
penghidap lepra dengan telefon untuk bercakap dengan rakannya. Jawapan yang
diterima ialah rakannya telah meninggal dunia tiga hari yang lalu. Dia sugul lalu
ke dapur menggunakan kapak kecil memotong jari hantunya. Para tetamu
meluru ke dapur di mana mereka mendapati guru itu terjelepok di suatu sudut
mungkin pengsan. Darah merah berhamburan di lantai. Jari kirinya memegang
jari hantunya. Di dinding beberapa kaki atas kepala guru terlihat tulisan darah,
TERRA FIRMA!

BAB 7: JARI
PERSOALAN
1.

Tentang kebebasan bersuara rakyat terhadap pemerintah. Contoh;


Golongan pengkritik demokrasi Ogonshoto mengatakan Presiden sudah
tidak mahu mendengar pendapat orang lain termasuk peribumi. Namun
disangkal Presiden dengan mengatakan sesiapa
sahaja
bebas
memberikan kritikan konstruktif.

2.

Tentang ahli politik yang berpandangan singkat melupakan daratannya.


Contoh; Ahli politik Ogonshoto yang berpandangan singkat menjual tanah
kurniaan Presiden kepada orang-orang asing.

3.

Tentang pemilikan hartanah oleh orang-orang asing. Contoh; Tujuh puluh


peratus daratan Futu-Ata dimiliki orang-orang Jepun, di Rai-Rapa lebih lima
puluh peratus daratan dimiliki orang-orang Inggeris, Amerika, Australia
dan New Zealand.

4.

Tentang pembangunan yang merosakkan alam sekitar. Contoh; Pembinaan


padang golf di Kuri ditentang oleh Guru kerana kawasan tadahan akan
termusnah di mana Ogonshoto pernah
mengalami kemarau parah
selama sembilan bulan.

5.

Tentang kronisme dalam melaksanakan sesuatu projek. Contoh;


Pembatalan projek padang golf di pedalaman Kuri pada awalnya
sebenarnya bertujuan mengambil alih projek tersebut untuk dibahagikan
kepada orang-orang Presiden.

PERWATAKAN
SEORANG GURU
1.

Seorang yang pernah berkhidmat sebagai guru sains di Tatamanu dan


sekarang masih menjadi guru di pedalaman Kuri.

2.

Seorang yang kidal.

3.

Seorang yang cacat tangannya. Contoh; Jari manis tangan kanannya tiada.

4.
Seorang yang berkelakuan ganjil. Contoh; Sepotong jari berendam cecair
pengawet dalam sebuah tabung kaca turut dibawa pindah dari Tatamanu.
5.
Seorang yang berani menyuarakan kritikan terhadap kerajaan. Contoh;
Menyuarakan
kepincangan pemerintah kepada para siswanya dan menulis
makalah berkaitan kepincangan
dalam kepimpinan negaranya.
6.
Seorang yang menepati janji. Contoh; Mengerat jari manis tangan
kanannya setelah dua
bulan makalahnya diterbitkan tanpa dikenakan apaapa tindakan.
7.

Seorang
yang
melakukan
pengorbanan
yang
sia-sia.
Contoh;
Pengorbanannya memotong jari manis tangan kanannya sia-sia sahaja
kerana dia menerima hukuman dua minggu kemudian di mana dia
dipindahkan ke pedalaman Kuri dan ahli keluarganya juga turut menerima
hukuman.

8.

Seorang yang suka membuat pertaruhan dalam sesuatu perkara. Contoh;


Dia sanggup membuat pertaruhan jari hantunya sekiranya pendalaman
Kuri tidak berubah menjadi padang golf walaupun jari manisnya telah
hilang kerana pertaruhan yang lalu.

9.

Seorang yang berkeyakinan tinggi. Contoh; Dia yakin Ogonshoto sudah


belajar daripada kemarau panjang sembilan bulan. Tidak ada hutan akan
dikorbankan lagi termasuk pedalaman Kuri, jadi tidak mungkin jari
hantunya akan bercerai dari tapak tangannya.

10.

Seorang yang bersyukur kepada Tuhan. Contoh; Dia berhasrat


mengadakan jamuan thanksgiving kerana dia berasa wajar untuk
bersyukur kerana hutan pedalaman Kuri selamat.

11.

Seorang yang tidak suka berdolak-dalik. Contoh; Dia mengatakan kepada


tetamunya yang telah dijadikan taruhan tetap akan dilepaskan.

GAMBARAN MASYARAKAT
1.

Masyarakat yang tiada kebebasan bersuara, terutamanya golongan


pengkritik demokrasi walaupun disangkal Presiden.

2.

Masyarakat yang mempunyai pemimpin politik yang berpandangan


singkat. Contoh; Ahli politik Ogonshoto yang berpandangan singkat
menjual tanah kurniaan Presiden kepada orang-orang asing.

3.
Masyarakat peribumi yang diabaikan haknya oleh pemerintah. Contoh;
Ogonshoto terus menyerahkan daratannya kepada bangsa-bangsa asing.
4.
Masyarakat pemimpin yang tidak menepati janji. Contoh; Janji Presiden
siapa saja
bebas untuk memberi kritikan konstruktif tidak ditunaikan di mana
Guru yang mengkritik
kepimpinan Ogonshoto telah diberikan hukuman.
5.

Masyarakat yang mengamalkan tolong-menolong. Contoh; Mereka tolongmenolong membuat persiapan jamuan thanksgiving anjuran Guru.

6.

Masyarakat yang mengamalkan kronisme dalam projek kerajaan. Contoh;


Pembatalan projek padang
golf di pedalaman Kuri pada awalnya
sebenarnya bertujuan mengambil alih projek tersebut untuk dibahagikan
kepada orang-orang Presiden.

NILAI
1.
Menepati janji. Contoh; Guru mengerat jari manis tangan kanannya
setelah dua bulan makalahnya diterbitkan tanpa dikenakan apa-apa tindakan.
2.

Keberanian. Contoh; Guru seorang yang berani mengkritik kerajaan.

3.

Pengorbanan. Contoh; Guru sanggup mengorbankan jarinya.

4.
Keyakinan. Contoh; Guru berkeyakinan tinggi pedalaman Kuri tidak akan
dibangunkan.

5.
Tolong-menolong. Contoh;
persiapan jamuan thanksgiving .

Para

tetamu

menolong

guru

membuat

MESEJ
1.

Kita hendaklah memberikan kebebasan menyuarakan pendapat . Contoh;


Golongan pengkritik demokrasi Ogonshoto mengatakan Presiden sudah
tidak mahu mendengar pendapat orang lain termasuk peribumi. Namun
disangkal Presiden dengan mengatakan sesiapa
sahaja
bebas
memberikan kritikan.

2.
Kita hendaklah menepati janji. Contoh; Guru sanggup mengerat jari manis
tangan kanannya untuk menunaikan janji.
3.

Kita hendaklah tolong-menolong dalam kehidupan kita. Contoh; Para


tetamu menolong guru membuat persiapan jamuan thanksgiving .

4.

Kita janganlah menjadi pemimpin yang berfikiran singkat. Contoh; menjual


tanah negara kepada
orang asing.

5.

Kita janganlah melakukan pengorbanan yang sia-sia. Contoh; Guru


melakukan pengorbanan yang sia-sia dengan memotong jarinya.

6.

Kita hendaklah berani menyuarakan kritikan yang membina. Contoh; Guru


berani menghadapi risiko dikenakan tindakan atas perbuatannya
mengkritik pemerintah.

7.

Kita janganlah mengamalkan kronisme.Contoh; Orang-orang Presiden


membatalkan projek padang
golf di pedalaman Kuri pada peringkat
awal sebenarnya bertujuan
mengambil alih projek tersebut untuk
diberikan kepada orang-orang Presiden.

8.

Kita hendaklah menjaga alam sekitar daripada tercemar. Contoh;


Pembinaan padang golf di Kuri ditentang oleh Guru kerana kawasan
tadahan akan termusnah di mana Ogonshoto pernah
mengalami
kemarau parah selama sembilan bulan kesan daripada kemusnahan hutan
dan kawasan tadahan.

9.

Kita
janganlah
mudah
diperdaya
oleh
harta
benda
dalam
memperjuangkan sesuatu. Contoh; bekas musuh-musuh politik Presiden
setelah menerima kurniaan tanah terus melupakan perjuangan mereka.

BAB 8: KAMERA
Tentang seorang pemuda yang baru pulang dari Tokyo ke
Tatamanu. Dia telah dipilih dan dihantar ke Tokyo di bawah program
Penyelidik Muda Asia-Pasifik. Pada mulanya, dia tidak menaruh sebarang
harapan kerana ada beberapa orang penyelidik muda lain yang berbakat di
Tatamanu. Dia pula berasal dari Runakita, kota pambangkang dan lebih buruk

lagi abang tuanya dahulu merupakan seorang aktivis hak asasi manusia
yang telah menghilang diri hingga sekarang. Dia ditempatkan di sebuah
politeknik pinggir Tokyo. Di Ogonshoto, sejak di sekolah dasar, dia tidak pernah
dididik secara formal untuk memahami dan menikmati kesenian. Oleh itu, dia
tidak meminati teater tradisional seperti teater Noh yang hanya melelapkan
matanya. Cuma satu kesan daripada menonton teater Noh ialah topeng-topeng
yang dipakai pelakonnya. Baginya, bagaimana kalau banyak manusia memakai
beberapa topeng di dunia ini, hingga menenggelamkan peribadi sebenar.
Setelah empat bulan di Tokyo sebelum kembali ke Ogonshoto, dia
ke Bandar Elektrik Akihabara membeli beberapa barangan untuk kamera
eksperimentalnya, iaitu sebuah kamera hitam, perakam suara saiz mini,
sebuah radio transistor, termometer elektronik, pengesan pergerakan udara
elektronik, buku elektronik tentang jadual cuaca global, sebuah kalendar
elektronik dan beberapa utas wayar yang sesuai.
Sayangnya, semasa penerbangan, dia hanya membawa kamera
hitam ke kabin. Masanya terbuang. Andai kata dia membawa semua barangan
elektronik itu ke kabin, bolehlah dia memasang kamera eksperimentalnya itu.
Semasa di dalam teksi dalam perjalanan pulang sewaktu menyelak
akhbar, dia ternampak iklan akhbar seperempat halaman memuatkan foto
seorang lelaki tua bekas komandan tentera yang memohon maaf kepada
semua pihak atas kesilapannya sepanjang berkhidmat dalam angkatan
tentera Ogonshoto. Pemandu teksi memberitahu sejak dua minggu lalu, dia
sakit dan meracau dan ramai orang ke rumahnya yang kemudian mendengar
cerita tentangnya. Anak-anaknya tidak seorang pun datang untuk menjaganya.
Hanya isteri tua yang lumpuh menjaganya. Dia menyuruh pemandu teksi
membawanya ke rumah komandan tersebut. Sesampainya ke rumah lelaki
tua bekas komandan itu, dia pun menghampiri pintu untuk masuk tetapi
langkahnya terhenti kerana terdengar suara orang mengerang dan bercakapcakap. Dia ke jendela yang terbuka memerhatikan keadaan rumah dari luar.
Seorang lelaki tua, bekas komandan terbaring dan mengerang di
atas katil. Isterinya yang sudah tua dan lumpuh duduk di atas lantai simen di sisi
katil. Ada seorang lelaki tegap sedang berdiri menentang bekas komandan itu.
Lelaki tegap itu mengatakan bekas komandan itu bodoh kerana memohon maaf
kerana betapa besar salah dan dosa bekas komandan, dia hanya perlu memohon
maaf kepada Tuhan. Bekas komandan menjawab dengan mengatakan sejak
beberapa minggu lalu, dia teringat semula kejahatan yang
dilakukannya. Terbayang di matanya mayat-mayat mereka hidup semula
datang membalas dendam. Lelaki tegap itu mengatakan bekas komandan itu
tolol kerana sudah didoktrinkan dan diajar supaya tidak berasa berdosa demi
Presiden dan Republik. Tiba-tiba bekas komandan menjerit sambil menuding
siling rumah sambil berkata lelaki aktivis hak asasi menjelma di mana dia

ingat lima tahun lalu di jurang gunung berapi Gora-Gora semuanya


berlaku atas perintah sulit presiden. Lelaki tegap menyambar bekas
komandan untuk dibawa ke hospital tentera dan tiga jam lagi isterinya pula
akan dibawa ke rumah orang-orang tua.
Di dalam kamar rumah bujangnya di Tatamanu, dia memasang
kamera eksperimentalnya. Akhirnya, kamera eksperimentalnya siap. Dia
mencuba kamera eksperimentalnya. Hasilnya berjaya di mana dia dapat
merakam peristiwa yang telah berlaku. Mengikut rakannya, ciptaan ini luar
biasa. Dia menceritakan kepada sahabatnya tentang apa yang didengarnya
semasa bekas komandan meracau, iaitu tentang peristiwa di kawah gunung
berapi Gora-Gora dan tentang aktivis hak asasi. Baginya, mungkinkah lelaki
aktivis itu abang tuanya. Dia mengajak rakannya mendaki gunung berapi
Gora-Gora untuk mencari bukti. Setelah dua hari, mereka tiba di puncak. Mereka
dapat melihat beberapa imej hitam putih di pemidang tilik kamera eksperimental
lalu mengelik beberapa kali. Apabila dicuci filemnya, hanya tiga frame yang
menjadi. Pencipta kamera eksperimental itu menjerit apabila mengenali wajah
seorang lelaki yang matanya diikat dengan sehelai kain, iaitu abang tuanya
sendiri. Foto pertama, mata abang tuanya diikat dengan sehelai kain dengan
kedua-dua tangannya digari ke belakang. Melalui pita suara kedengaran abang
tuanya merayu supaya jangan apa-apakan dia namun Komandan menyuruh
membawa abang tuanya ke pinggir jurang. Foto kedua, tentera menjauhkan diri
daripada abangnya dan abangnya sudah melutut betul-betul di tepi jurang
gunung berapi Gora-Gora. Komandan berdiri tegak kira-kira lima kaki dari abang
tuanya sambil mengacukan pistol ke arah kepala abang tuanya. Melalui pita
suara, kedengaran abang tuanya merayu supaya dirinya tidak dibunuh dan
dibawa ke pengadilan dan kedengaran bunyi letupan pistol. Foto ketiga, tentera
menerajang mayat abang tuanya masuk ke dalam kawah gunung berapi. Kepala
abang tuanya terjunam ke bawah dan Komandan menyarungkan pistolnya.
Melalui pita suara, kedengaran bunyi angin malam dan gelegak bara yang
mengerikan.
Pencipta kamera eksperimental ingin membawa perkara
tersebut ke pengadilan. Walaupun tidak begitu yakin hasratnya akan berjaya
namun dia akan mencuba. Dia menulis manual penggunaan kamera
eksperimentalnya untuk ditinggalkan kepada rakannya sekiranya apa-apa terjadi
kepada dirinya atau temannya kelak. Dia meninggalkan rakannya untuk pergi
mencari keadilan.
Dalam sebuah bangunan, dia sedang menunggu salinan laporannya
selama tiga jam. Baginya, keadilan mesti ditegakkan dengan membawa bekas
komandan dan tentera ke muka pengadilan kerana hanya mereka yang
tahu sama ada pembunuhan itu kehendak mereka sendiri atau atas
arahan pihak lain. Dua orang tentera datang menahannya atas kesalahan
yang amat besar kerana menggunakan kamera yang belum diluluskan

penggunaannya di Ogonshoto. Tanpa pengetahuannya, salinan tiga keping


foto dan pita suara telah dihantar ke hospital tentera tempat komandan itu
diawasi. Apabila diperlihatkan foto dan diperdengarkan pita suara, komandan itu
menjerit melolong dan pengsan. Begitulah yang berlaku kepada bekas
komandan itu dua hari dua malam di mana akhirnya dia meninggal dunia.
Pencipta kamera eksperimental ditahan di lokap tentera .
Dia belum lagi dimaklumkan hari perbicaraannya walaupun sudah dua hari
ditahan kerana kebiasaannya, pada hari ketiga penangkapan, perbicaraan akan
dilakukan. Anehnya, dia belum dimaklumkan bilakah kes pembunuhan abang
tuanya akan dibawa ke muka pengadilan. Dia terbayang-bayang akan kamera
eksperimentalnya. Entah di tangan siapa. Kamera itu mampu merakamkan masa
lalu pada masa ini. Memasang dan menciptanya mudah, boleh diinovasi.
Pendeknya, boleh didapati di mana-mana tidak lama lagi. Tiba-tiba, dia
tercium bau belerang di mana dia mati ditembak.

BAB 8: KAMERA
PERSOALAN
1.

Tentang penggunaan teknologi moden dalam mencari kebenaran. Contoh;


Dia menggunakan kamera eksperimental dalam mencari kebenaran
kehilangan abang tuanya.

2.

Tentang kekejaman pemerintah terhadap golongan penentang. Contoh;


Abang tua aku seorang aktivis hak asasi telah dibunuh oleh komandan
atas perintah sulit presiden di jurang kawah gunung berapi Gora-Gora.

3.

Tentang pemerintahan yang tidak adil. Contoh; Setelah mendapat bukti


kematian abangnya dia ingin mendapatkan keadilan di mana bekas
komandan dan tentera yang kelihatan dalam foto itu dibawa ke muka
pengadilan. Namun sebaliknya berlaku apabila dia ditahan atas kesalahan
memiliki kamera eksperimental yang belum diluluskan di Ogonshoto.

PERWATAKAN
DIA
1.

Seorang yang berasal dari Runakita, iaitu kota pembangkang.

2.
Seorang penyelidik. Contoh; Dia dipilih dan dihantar ke Tokyo di bawah
program Penyelidik
Muda Asia-Pasifik.

3.
Seorang yang tidak suka membuang masa. Contoh; Dia mengutuk dirinya
sendiri kerana
masanya terbuang begitu saja kerana semua barangan
elektronik yang dibelinya berada di
kabin, jika tidak dia boleh memasang
kamera eksperimentalnya.
4.
Seorang yang bijaksana. Contoh; Dia mencipta kamera eksperimental
yang berjaya merakam peristiwa yang telah berlaku.
5.

Seorang yang berani menegakkan keadilan. Contoh; Setelah mendapat


bukti kematian abangnya, dia ingin mendapatkan keadilan di mana bekas
komandan dan tentera yang kelihatan dalam foto itu dibawa ke muka
pengadilan di mana hanya mereka yang tahu pembunuhan abangnya
angkara perbuatan mereka sendiri atau atas arahan pihak lain.

6.
Seorang yang didapati bersalah kerana menegakkan keadilan. Contoh; Dia
ditahan di lokap
tentera
kerana
kesalahan
memiliki
kamera
eksperimental walaupun yang dituntutnya ialah
keadilan
kematian
abangnya .
7.
Seorang yang mati ditembak tentera. Contoh; tiba-tiba dia tercium
belerang.......lembaga
bertopeng han'nya masih mencengkam kukuh lengan
kirinya, sambil terus membawanya terbang di kolong langit malam.

GAMBARAN MASYARAKAT
1.

Masyarakat yang hidup di bawah pemerintahan pemerintah yang zalim.


Contoh; Aktivis kemanusiaan diarah bunuh oleh Presiden kerana menjadi
penentang dasar pemerintahannyanya.

2.
Masyarakat yang tidak mendapat keadilan pemerintah. Contoh; Dia
ditahan dilokap tentera kerana kesalahan memiliki kamera eksperimental
walaupun yang dituntutnya ialah keadilan
kematian abangnya .

NILAI
1.

Keinsafan. Contoh; Seorang lelaki bekas komandan memohon maaf


kepada semua pihak atas kesilapan sepanjang perkhidmatannya dalam
angkatan tentera.

2.
Kebijaksanaan. Contoh; Dia mencipta kamera eksperimental yang berjaya
merakam
peristiwa yang telah berlaku.
3.
Kasih sayang. Contoh; Walaupun lumpuh
isteri komandan menjaga
komandan yang sedang sakit walaupun tidak dipedulikan anak-anaknya.
4.

Ketuhanan. Contoh; Lelaki tegap berkata kepada komandan betapa besar


pun salah dan dosa komandan dia hanya perlu meminta maaf kepada
Tuhan kerana Tuhan pemaaf.

5.

Keadilan. Contoh; Setelah mendapat bukti kematian abangnya dia ingin


mendapatkan keadilan di mana bekas komandan dan tentera yang
kelihatan dalam foto itu dibawa ke muka pengadilan.

6.
Keberanian. Contoh; Setelah mendapat bukti kematian abangnya dia ingin
mendapatkan
keadilan atas kematian abangnya.
7.

Bertanggungjawab. Contoh; Komandan bertanggungjawab atas apa yang


telah dilakukan di mana dia memohon maaf atas kesalahannya.

MESEJ
1.

Kita hendaklah tidak membuang masa kerana masa itu amat berharga.
Contoh; Dia mengutuk dirinya sendiri kerana masanya terbuang begitu
saja kerana semua barangan elektronik yang
dibelinya berada di
kabin, jika tidak dia boleh memasang kamera eksperimentalnya.

2.

Kita hendaklah insaf akan perbuatan salah yang telah kita lakukan.
Contoh; Seorang lelaki bekas komandan memohon maaf kepada semua
pihak atas kesilapan sepanjang perkhidmatannya dalam angkatan tentera.

3.

Kita hendaklah menyayangi kedua-dua ibu bapa. Contoh; Anak-anak


komandan seorang pun tidak mahu menjaganya yang sedang sakit.

4.

Kita hendaklah menegakkan keadilan. Contoh; Setelah mendapat bukti


kematian abangnya dia ingin mendapatkan keadilan atas kematian
abangnya.

5.
Kita janganlah menjadi pemerintah yang kejam.
mengarahkan komandan membunuh abang tua aku.
6.

Contoh;

Presiden

Kita hendaklah bertanggungjawab atas apa yang kita lakukan. Contoh;


Komandan bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan di mana dia
memohon maaf atas kesalahannya.

BAB 9: BAHTERA
Mengikut perkiraan lelaki berumur akhir lima puluhan, bakal nakhoda bahtera
itu, esok hari yang paling sesuai untuk diluncurkan bahtera ke laut. Dia sudah
membuat perkiraan baik buruk tiap-tiap hari bulan mengikut cara perhitungan
orang-orang tua Ogonshoto. Hampir setahun lalu ketika dia bersampan
cadik di sebelah petang untuk pulang ke rumahnya, dia terlihat seekor penyu
raksasa hijau lumut kehitam-hitaman menyusup di bawah sampan
cadiknya. Sesampainya di pantai, dia ke warung lalu menceritakan tentang
penyu raksasa itu. Tiada seorang pun mempercayainya. Ada yang mengejeknya
dan carut-mencarut berpanjangan. Menurut lelaki tua itu, kedatangan penyu
raksasa ke pulau karang itu tidak penting kerana ada gua besar tempat
tinggalnya tetapi yang penting ialah bila penyu itu akan meninggalkan
guanya. Menurutnya, hanya penyu raksasa yang dapat mengesan gegaran
kerak bumi. Seribu tahun lalu, berlaku gempa bumi luar biasa di mana hilang
lenyap beberapa buah pulau. Tinggallah Gora-Gora, Futu-Ata, Rai-Rapa dan
pulau-pulau pasir karang. Jadi, mereka memerlukan bahtera yang boleh
membawa sebanyak mana penduduk Ogonshoto. Penduduk Ogonshoto makin
ramai mempercayainya. Mereka berbaris-baris mendaftar diri sebelum
dibenarkan menaiki bahtera.

Pada peringkat awal dulu bukan sahaja tidak mempercayai


kisah kemunculan penyu raksasa malah memperolok-olokkan usahanya
membina bahtera. Penyu raksasa membawa alamat buruk, jadi mereka
harus berpindah mencari daratan baharu. Bahtera besar perlu dibina.
Berminggu-minggu kemudian barulah dia didatangi pengikut-pengikut yang
percaya kepadanya termasuk lelaki pendiam dan beberapa orang resi yang
mengasingkan diri di dalam hutan. Namun dia ditentang anak lelakinya yang
tinggal di asrama di Tatamanu yang mengatakan Ogonshoto terletak jauh
dari plat lingkaran gunung berapi pasifik. Namun dia faham pemikiran anak
muda berbeza dengan orang tua. Sukar baginya yang buta huruf untuk memberi
penjelasan kepada anaknya tentang kebenaran daripada cita rasa dan deria
lampau berbanding ilmu yang dipelajari.
Dia tidak faham birokrasi Ogonshoto, permohonannya ditolak
dari satu jabatan ke satu jabatan. Akhirnya, dia meminta bantuan sebuah Firma
Jepun dari Futu-Ata yang kagum dengan rancangannya. Peruntukan besar
dikeluarkan untuk memberi rasuah kepada politikus dan birokrat tertentu
di Ogonshoto. Seminggu kemudian barulah dia dan pengikutnya mendapat
keizinan untuk membina bahtera. Kebenaran diberi untuk mengambil kayu di
hutan seluas lima ratus ekar di Futu-Ata dalam tempoh maksimum dua tahun
dan di puncak layar mesti dikibarkan bendera Ogonshoto. Itulah hutan
terakhir di Ogonshoto. Dia mula mengarahkan pengikutnya bekerja seperti
menggali perigi, membina bangsal,mendirikan gudang, dan membuat tapak
galangan. Dia kembali mengingat ilmu bahtera yang dipelajarinya dulu. Siang
malam pengikutnya bekerja menyiapkan bahtera. Dia mengejar masa, di mana
sebaiknya biarlah bahtera sudah terapung apabila penyu raksasa mula
tinggalkan pulau itu. Seseorang diperintah untuk memerhatikan penyu
tersebut.
Terdapat seorang lelaki dan dua orang wanita yang sakit
parah ingin menaiki bahtera namun dihalang pengikutnya. Nakhoda buat
sementara waktu menyuruh mereka beristirehat di gudang alat utas. Nakhoda
bertanya mereka sejak bila mereka sakit. Lelaki itu memberitahu sejak balik
dari jamuan di istana Presiden dua hari lalu. Lelaki itu berharap nakhoda
membenarkan mereka bertiga naik kapal namun ditolak nakhoda. Mereka
memberitahu sebenarnya telah ada lima penumpang yang mereka kenal yang
turut dalam jamuan Presiden berada dalam bahtera. Nakhoda ingin mengesan
kelima-lima orang penumpang itu dengan mengatakan makanan dalam bahtera
tidak seenak hidangan di istana Presiden namun tidak seorang pun menyambut
umpanannya tentang hidangan di istana Presiden.
Nakhoda menatap mata dan bibir setiap orang. Sesiapa yang
mata dan bibirnya layu diarahkan pindah ke geladak namun jumlahnya
melebihi lima, iaitu lapan belas orang. Tiba-tiba lelaki yang bertugas di dulangdulang melaung sambil melambai-lambai nakhoda. Nakhoda bergegas ke

dulang-dulang lalu meneropong ke arah perairan pulau karang. Penyu raksasa


dilihat telah meninggalkan pulau karang ke timur. Bahtera yang
panjangnya seratus dua puluh meter, lebarnya dua puluh lima meter dan
dalamnya lima belas meter diluncurkan ke laut. Menurut firasat Nakhoda,
pelayaran akan bermula esok harinya mengikut penyu raksasa itu. Malam itu,
nakhoda berasa lega kerana anaknya akan ikut bersamanya namun yang perlu
difikirkan ialah nasib dua wanita dan seorang lelaki di gedung itu di mana
membawa mereka seakan-akan sengaja menyebarkan wabak penyakit yang
mungkin akan membunuh semua orang dalam bahtera tetapi meninggalkan
mereka seolah-olah membiarkan mereka mati dalam malapetaka.

Dalam waktu yang sama, anak nakhoda menulis sesuatu dalam


buku catatannya, iaitu bagaimana bapanya tahu malapetaka akan tiba.
Sebenarnya, mereka yang berpenyakit itulah bagi anaknya yang akan
membawa malapetaka besar dalam bahtera. Di mana bahtera bapanya
ibarat sebuah pulau, sekali malapetaka melanda, semua akan mati di atas pulau
binaan bapanya itu. Buku catatan itu diletakkan di sisi lampu Hurricane dalam
kamar bapanya.

Akhirnya, nakhoda membenarkan mereka yang berpenyakit itu naik


ke bahtera. Ketika dalam perahu tiba-tiba mereka didatangi seorang lelaki
tinggi berpakaian serba putih merayu untuk naik ke bahtera. Nakhoda
membenarkannya naik bersama-sama tiga orang yang berpenyakit tadi. Ketigatiga orang yang berpenyakit itu ditempatkan di buritan kapal. Sewatu Nakhoda
menyebut masakan tidak seenak hidangan istana lelaki tinggi berpakaian putih
itu bersuara menyatakan dia adalah ketua tukang masak. Nakhoda
menyuruh lelaki itu mengikutinya ke dalam kamar. Sauh diangkat dan bahtera
pun belayarlah. Sewaktu itulah anak Nahoda terjun berenang ke pantai.

Bahtera itupun belayarlah mengikut laluan penyu. Di dalam kamar


nakhoda, lelaki itu menceritakan lebih sepuluh tahun dia menjadi tukang
masak Presiden. Baru-baru ini, Presiden ingin memakan bubur tradisional
Ogonshoto yang paling enak, iaitu bubur taro. Campurannya gandum, sotong,
dan daging rusa, ditambah sayur-sayuran. Apa yang memeningkan tukang
masak ialah ketiadaan daging rusa. Sehari sebelum jamuan besar itu,
seorang lelaki datang ke rumahnya. Lalu dibunuhnya lelaki itu, dilapah dan
dikisar dagingnya dan dijadikan ramuan bubur. Dua tiga hari tetamu
mula sakit termasuk Presiden. Tukang masak akhirnya tahu bahawa lelaki itu
penghidap sakit kelamin yang parah daripada surat mangsa yang terdapat
dalam dompetnya. Mendengar cerita itu, Nakhoda mengarahkan tukang masak

itu ke geladak. Suara tukang masak itu berubah menjadi halus, menarik lapisan
atas rambutnya, lalu mengurailah rambutnya yang panjang hingga ke bahu.
Apabila pakaian serba putihnya ditanggalkan, rupanya dia adalah seorang
wanita lampai bergaun labuh. Wanita itu meninggalkan kamar nakhoda.
Nakhoda menjumpai buku catatan anaknya yang ditinggalkan berhampiran
lampu hurricane. Setelah membacanya, ketahuilah dia bahawa anaknya
telah meninggalkan bahtera itu. Dia menjadi gementar dan longlai.

Tiba-tiba terdengar dentuman luar biasa seperti halilintar. Asap


gunung berapi kian menebal. Gelombang besar lagi tinggi muncul di barat
Ogonshoto melanyak kepulauan, bangunan dan semua yang hidup di
atasnya. Gelombang itu bergerak ke timur. Bahtera Nakhoda dilanda
gelombang
dan terangkat enam ratus kaki ke udara dan perlahan-lahan
menggelongsor menuruni lereng gelombang. Ogonshoto hilang tidak bersisa.
Teringat dia akan anaknya. Pada fikirannya, dia akan menurunkan penumpang
yang dijangkiti di pulau yang mula-mula ditemui namun dia membatalkan
hajatnya kerana baginya biarlah dia menyelamatkan mereka kerana dia
telah kehilangan seorang anak lelaki. Setelah berminggu-minggu belayar
akhirnya pada suatu pagi, kedengaran laungan 'Tuan nakhoda! Daratan'.

EPILOG: TSUNAMI
Bahtera dari Ogonshoto mendahului Kawai Maru berlabuh di pulau
itu. Kedua-dua kapal itu datang dari arah yang berlainan. Apabila mereka
bertemu di darat buat pertama kalinya, peristiwa tsunamilah yang mula-mula
mereka perkatakan. Gora-gora, Rai-rapa, dan Futu-Ata hancur luluh. Mujurlah
Kawai Maru dan bahtera itu tidak turut ditelannya. Sepuluh penumpang
bahtera terbunuh. Yang sakit dimasukkan ke dalam wad dan yang lain
ditempatkan di khemah-khemah khas sementara menunggu keputusan
pemerintah pulau itu. Nakhoda menyerahkan nasibnya dan para
pengikutnya kepada pemerintah pulau itu sama ada menerima mereka
tinggal di situ atau meneruskan perjalanan mencari daratan lain.
Berminggu-minggu lamanya Kawai Maru berlabuh di sana, jadi
keraplah mereka bertemu dengan nakhoda dan pengikutnya. Perhubungan
mereka menjadi akrab. Di sanalah juga watak-watak yang masih hidup
dalam semua Naratif Ogonshoto ditemui. Daripada tokok tambah merekalah
naratif-naratif Ogonshoto ini menjadi lengkap seperti seekor ikan yang lengkap.
Semua itu telah berlalu berpuluh-puluh tahun yang lampau.
Aku berumur lapan puluh tahun dan sudah dua puluh tahun meninggalkan
Kawai Maru. Semua rakan-rakannya memilih jalan sendiri. Peristiwa pertemuan
dengan nakhoda dan pengikutnya terjadi ketika umurku empat puluh tahun lima
bulan.
Kawai Maru telah digantikan dengan tenaga-tenaga muda lepasan
sekolah tinggi. Mereka tidak pasti sama ada Tuan Kawai masih hidup atau
meninggal dunia.
Kebanyakan teman-teman aku telah pulang ke kampung masingmasing. Kehidupan di kampung halaman membingungkan kerana tidak
ada teman masa kecil atau kenalan akrab. Kehidupan menjadi sunyi tidak seperti
hiruk-pikuk di Kawai Maru. Tidak semua isteri dapat menerima kehadiran suami

mereka yang tiba-tiba muncul di hari tua. Kebingungan berada di rumah yang
sempit dan berdua-duaan sahaja dengan isteri membuatkan lelaki tua mulai
mengikut
ke mana sahaja isterinya pergi. Akhirnya, pergerakan yang
merimaskan ini menyebabkan berlakunya penceraian.
Aku tidak pulang ke kampung halamannya. Isteri aku di kampung
telah meninggal dunia tiga puluh tahun yang lalu ketika Kawai Maru berada di
Jurang Marianas. Perkahwinan mereka tidak mendapat zuriat, jadi sebaik sahaja
berhenti dari Kawai Maru, aku memilih tinggal di sebuah rumah orang tua di
Daerah Kita, Tokyo. Kompleks kediamannya terletak di sudut sebuah taman
yang luas. Persekitarannya amat sunyi sedangkan di luar taman di kota Tokyo
hiruk-pikuk.
Tatkala membuka mata, aku berada di wad hospital. Jururawat
memberitahu pembedahan sangat berjaya dan mungkin hujung minggu ini
aku boleh pulang ke rumah. Telah lama aku merahsiakan penyakit ini daripada
pengetahuan keluarga dan sahabat. Ketika menjalankan tugas di sebuah
organisasi Asia-Pasifik di Tokyo, penyakit semakin serius lalu terpaksalah aku
menyerah untuk dibedah. Aku memejamkan matanya mengingati kampung
halamannya.