Anda di halaman 1dari 2

SKRIP BERCERITA TAHAP 1

SK PUSA
SINGA YANG SOMBONG
Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera.
Terima kasih Pengerusi Majlis Yang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakanrakan sekalian.
Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Singa yang Sombong.
Yang terlena, sedar-sedarkan.
Yang tersedar, dengar-dengarkan
Yang terdengar fikir-fikirkan.
Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya yang besar
dan kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya. Banyak haiwan yang telah
menjadi mangsanya.
Suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu perjumpaan. Mereka
berbincang bagaimana untuk menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu.
Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan bersuara.
Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang semakin terancam. Semakin lama,
semakin ramai kawan kita yang menjadi mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu
marilah kita sama-sama berfikir, bagaimana hendak menewaskan singa itu. Ya,
kami sedia membantu jawab haiwan yang lain.
Siapa ada cadangan, silakan kata Sang Kancil. Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan
bersuara, Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba menewaskan singa itu. Haiwan
lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan.
Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri, silakan. Tebuan mencabar
kawan-kawannya. Masing-masing tunduk diam. Oleh kerana tidak ada haiwan lain
yang berani menentang Singa, marilah kita sama-sama menyokong Sang Tebuan
sebagai wira kita. Kata Sang Kancil dan disambut dengan tepukan yang gemuruh
oleh penghuni rimba itu.
Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan
pertarungan antara Singa dan Tebuan. Tiba di suatu tempat, mereka tenampak
Singa masih tidur di bawah pokok. Lalu Tebuan pun terbang menghampiri Singa.
Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan denganku.
Kata Tebuan dengan berani.Engkau nak berlawan dengan aku? Tanya Singa itu
sambil ketawa. Belum cuba, belum tahu. Walaupun aku kecil, tapi dengan azam
yang kuat, aku akan dapat menewaskan kemalasanmu yang besar. Jawab Tebuan
penuh semangat.

Baiklah, kalau engkau berani, marilah. Kata Singa. Dengan pantas, Tebuan
terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu berpusing-pusing untuk menampar Tebuan
tetapi tidak berjaya. Lama kelamaan Singa itu menjadi letih. Tebuan mengambil
kesempatan ini. Dengan pantas ia masuk ke dalam lubang hidung singa yang luas
itu. Lalu menyengat Singa itu dari lubang hidungnya.
Singa itu meraung kesakitan. Ia bersin beberapa kali tetapi tidak berjaya
mengeluarkan Tebuan. Semakin lama, semakin kuat gigitan Tebuan itu.
Tidak
lama kemudian, Singa itupun mati kesakitan yang amat sangat. Semua binatang
bersorak kegembiraan. Mereka menyanjung keberanian tebuan itu. Ingat kawankawan,
1. Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang kecil tidak semestinya
lemah.
2. Kita tidak boleh bersikap malas berusaha.
3. Kita mesti berusaha jika ingin berjaya.
Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan.... kecik jangan disangka anak, besar
jangan disangka bapa... akal yang cerdik dan semangat kental dapat mengalahkan
kekuatan fizikal..
Sekian, terima kasih.