Anda di halaman 1dari 114

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN


KEPUJIAN

MODUL PEMBELAJARAN

RBT3112
PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,
BLOK 2200, PERSIARAN APEC,
CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa pada Januari 2014

KANDUNGAN

Tajuk
1

Kandungan
Pengenalan kepada keselamatan dan kesihatan pekerjaan

Punca kemalangan dalam bengkel


Pencegahan kemalangan
Panduan keselamatan kebakaran
Keselamatan mesin
Kebisingan
Keracunan

Amalan keselamatan bengkel

Falsafah keselamatan dan kesihatan


Istilah keselamatyan, kesihatan dan kemalangan
Konsep utama keselamatan
Persediaan menghadapi kecemasan
Teori keselamatan kemalangan
Teori penyebab kemalangan

Punca dan pencegahan kemalangan

Jam

Program keselamatan bengkel


Tanggungjaawab guru bengkel
Peraturan am keselamatan

Organisasi dan pengurusan bengkel

Pengertian dan tujuan organisasi dan pengurusan bengkel


Skop organisasi dan pengurusan bengkel
Prinsip-prinsip organisasi dalam pengurusan bengkel sekolah
Susun atur bengkel

Pengurusan dan pengendalian bengkel

Prinsip pengendalian dan pengurusan


Proses pengurusan bengkel mengikut fasa
baik pulih dan penyelenggaraan

Pengurusan personel

Organisasi pengurusan bengkel sekolah


Objektif pegurusan personel
Pengurusan personel dan hierarki

Reka bentuk bengkel yang berkesan

Ruang
Pencahayaan
Pengudaraan
Keselamatan
Pengurusan kewangan

Sumber kewangan
Perancangan perbelanjaan
Bidang tugas guru
Pematuhan prosedur perbelanjaan
Perolehan
Stok dan inventori

Peraturan dan perundangan dalam pengurusan bengkel

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan

(NIOSH)
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514)

Rujukan
Panel Penulis Modul

TAJUK 1

Pengenalan kepada keselamatan dan kesihatan pekerjaan

Falsafah keselamatan dan kesihatan

Istilah keselamatan, kesihatan dan kemalangan

Konsep utama keselamatan

Persediaan menghadapi kecemasan

Teori keselamatan kemalangan


Teori penyebab kemalangan

Sinopsis

Menjelaskan tentang maksud keselamatan, kesihatan dan kemalangan. Tajuk ini memberi fokus
kepada konsep utama tentang keselamatan sebagai amalan asas pekerjaan dan kehidupan
secara amnya. Pelajar juga didedahkan kepada persediaan terhadap kecemasan bila berlaku
kemalangan. Teori dan model tentang keselamatan dan kamalangan seperti Model Ferrel,
Model Peterson dan Model Sistem juga dibincangkan.

Hasil Pembelajaran:
1. Menjelaskan Falsafah keselamatan dan kesihatan;
2. Menjelaskan maksud keselamatan, kesihatan dan kemalangan;
3. Mengenalpasti konsep utama keselamatan yang harus diamalkan;
4. Menerangkan hubungkait antara Teori Keperluan Manusia Maslow dengan
keselamatan dan kesihataan;
5. Menerangkan Model Ferell, Model Peterson dan Model Sistem;
6. Mengenalpasti perbezaan antara model Ferell, model Peterson dan model Sistem.

Kerangka Konsep Tajuk 1

Falsafah keselamatan dan kesihatan

Istilah keselamatan, kesihatan dan kemalangan

Konsep utama keselamatan


Pengenalan kepada keselamatan dan kesihatan pekerjaan

Persediaan menghadapi kecemasan

Teori keselamatan kemalangan

Teori penyebab kemalangan

1.1

Falsafah Keselamatan dan Kesihatan


Falsafah keselamatan dan kesihatan ialah satu set pandangan/teori/pengetahuan
tentang keselamatan dan kesihatan manusia di mana sebarang akta atau peraturan
yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan manusia disediakan berdasarkan
falsafah tersebut.

1.2

Istilah Keselamatan, Kesihatan dan Kemalangan

Keselamatan bermaksud keadaan terpelihara atau terhindar daripada bahaya /


bencana, gangguan, aman, sentosa dan sejahtera.

Keadaan terbentuk daripada perubahan perlakuan manusia.

Kesihatan bermaksud keadaan terhindar dari penyakit pada tubuh badan iaitu segar

Ketiadaan risiko yang boleh menyebabkan kemudaratan dan kecederaan kepada tubuh
badan seperti penyakit.

Kemalangan bermaksud peristiwa yang tidak dirancang dan memberikan keputusan


yang tidak boleh diterima.

Tindakan yang tidak terkawal disebabkan oleh manusia, persekitaran atau akibat proses
terganggu yang menyebabkan kecederaan, kesakitan, kematian dan kerosakan harta
benda.

1.3

Konsep Utama Keselamatan

Keselamatan adalah satu keadaan yang terhasil akibat perubahan tingkah laku manusia
atau reka bentuk persekitaran fizikal supaya dapat mengurangkan kemalangan.
Menurut Strasser, Aaron & Bohn (1981), terdapat dua konsep utama yang berkaitan
dengan keselamatan iaitu:
i.

Tingkah Laku Manusia

ii.

Mencegah Kemalangan

i. Tingkah Laku Manusia


Walau di mana manusia berada, sama ada di rumah, sekolah dan lain-lain, keselamtan
berkait rapat dengan tingkah laku manusia.

Manusia mengharapkan keselamatan tetapi dengan tidak disedari ada kalanya mereka
merupakan penyebab kemalangan.

Usaha mengurangkan kesilapan manusia (human error) boleh menghindarkan


kemalangan.

ii. Mencegah Kemalangan prevention is better than cure'

Keselamatan perlu dikekalkan bagi mencegah kemalangan berlaku.

Pencegahan kemalangan mesti dijadikan matlamat utama dalam keselamatan.

Kemalangan yang berlaku ada penyebab tetapi langkah-langkah perlu diambil untuk
mengawal kemalangan.

1.3

Langkah pembetulan perlu dilaksanakan agar kemalangan tidak berulang.

Persediaan menghadapi kecemasan


Menurut Teori Keperluan Maslow, asas keperluan manusia selain daripada keperluan
fisiologi ialah keperluan keselamatan diri. Oleh itu, manusia pada dasarnya

sentiasa

bersedia menghadapi sebarang keadaan cemas yang mengancam keselamatan

dan

kesihatan diri. Di samping itu, manusia juga cuba mewujudkan kehidupan selesa

yang

bebas daripada sebarang kemalangan atau keadaan yang bahaya pada diri.

1.3.1

Hubungkait antara Teori Keperluan Manusia Maslow dengan keselamatan dan


kesihataan

1.3.1.1 Teori Keperluan Manusia Maslow

pencapaian
kendiri

kebanggaan

kepunyaan & kasih sayang

keselamatan

fisiologi

Rajah 1: Teori Keperluan Manusia Maslow (1954)

Keperluan fisiologi - keperluan pertama untuk memenuhi kehendak biologi seperti


makanan, air udara, tidur dan lain-lain.

Keperluan keselamatan - keperluan untuk selesa dalam persekitaran yang selamat.


Contoh: tempat tinggal, perlindungan seperti pakaian dan lain-lain.

Keperluan kepunyaan dan kasih sayang - keperluan untuk terlibat dengan orang lain
seperti menjadi ahli dalam kumpulam, mempunyai rakan-rakan atau diterima oleh rakanrakan, atau disayangi poleh ahli keluarga dan lain-lain.

Keperluan kebanggaan - keperluan untuk merasa diri sendiri dihormati atau dihargai
seperti dapat darjat dan status tertentu dalam masyarakat, dapat gelaran dan lain-lain.

Keperluan kecapaian kendiri - keperluan untuk mencapai sesuatu yang terbaik


berdasarkan kebolehan individu seperti berenang menyeberangi Selat Melaka dan lainlain.

1.3.2

Falsafah Kehidupan Selesa


Terdapat 3 faktor yang mengawal tingkah laku iaitu:

i.

Sikap: sebagai kecederungan/kesediaan untuk bertindak balas secara positif/negatif:


Ada 4 aspek berkaitan:
- Sikap selalunya diarahkan kepada sesuatu objek
- Sikap bukan set tindakan tetapi kecenderungan untuk bertindak
- Sikap boleh bertahan lama iaitu bersikap kekal
- Sikap bersetuju menentang

ii. Tabiat: bermaksud tindakan/respon automatik kepada sebarang rangsangan. Tindakan


rutin manusia adalah automatik contoh: makan, berpakaian dan lain-lain

Pembentukan tabiat automatik berlaku apabila respon kepada rangsangan berulangulang. Sama dengan sikap kerana sukar diubah/dibaiki kerana sikapnya yang automatik
dan tidak melibatkan proses berfikir sebelum tindakan dilakukan.

Sikap buruk hanya boleh diubah dengan memberikan kesedaran kepadanya dan ia
sendiri perlu berusaha mengeluarkan tabiat itu daripada senarai respon automatiknya.

Pembentukan amalan yang baik akan menghasilkan tabiat yang baik contoh pelajar
yang telah didedahkan lebih awal tentang peraturan di bengkel, mereka akhirnya akan
menjadikan tabiat

iii. Nilai: bermaksud prinsip dalam kehidupan seseorang individu. Nilai selalunya telah
lama dibentuk untuk menjadikan sebahagian kehidupan manusia.

Nilai berkait rapat dengan kepercayaan dan pegangan seseorang individu / kumpulan.

Ada masanya struktur nilai akan mengatasi sikap atau tabiat.

1.3 Teori Keselamatan Kemalangan


Teori keselamatan kemalangan berkait rapat dengan teori penyebab kemalangan. Kadang
kala kedua-dua teori bertindih.

1.3.1 Teori Keselamatan Domino


Menurut W. Heinrich (1930): Kemalangan berlaku akibat daripada beberapa peristiwa
yang berlaku secara berturutan. Kemalangan merupakan satu tindakan berantai.
Kemalangan berlaku disebabkan beberapa faktor iaitu segi latar belakang manusia dan
ciri-ciri manusia, tindakan manusia yang tidak selamat dan keadaan persekitaran yang
tidak selamat. Berasaskan kepada kegagalan pekerja sebagai nadi kepada masalah atau
punca utama kemalangan. Lima faktor kegagalan pekerja mengikut turutan:
Faktor I

: Latar belakang manusia - gaya hidup dan personaliti, sifat-sifat yang tidak
baik dari keturunan ataupun terbentuk akibat interaksi dengan persekitaran.
Contoh: kecuaian, degil, tamak dan lain-lain.

Faktor II

: Ciri-ciri/sifat manusia - seperti sikap cuai/sambil lewa, perasaan gementar,


kejahilan mengenai keselamatan, keadaan fisikal dan mental manusia dan
lain-lain

Faktor III

: Tindakan tidak selamat dan keadaan persekitaran yang bahaya dari segi
mekanikal atau fizikal - tindakan tidak selamat seperti gurauan kasar,
membuka penghadang keselamatan, tidak berpakaian sesuai dan lain-lain.
Keadaan mekanikal atau fizikal yang tidak selamat seperti tidak ada
penghadang laluan, kurang pencahayaan, bahagian mesin yang merbahaya
tidak dihadang dan lain-lain.

Faktor IV

: Kemalangan - insiden yang menyebabkan kecederaan, contoh: terjatuh,


terkena objek terlayang, tertikam dengan pahat dan lain-lain.

Faktor V

: Kecederaan - luka, lebam, melecet dan lain-lain ialah contoh kecederaan.

1.4 Teori Penyebab Kemalangan


Terdapat beberapa teori dan model yang menjelaskan terjadinya kemalangan yang
ditunjukkan seperti berikut:

1.4.1 Model Kesilapan Manusia - Model Faktor Kemanusiaan (Ferell)


- kemalangan disebabkan oleh insiden permulaan iaitu kesilapan manusia melalui 3
punca:
a) Beban lebih - ketidaksepadanan antara beban (tugas, persekitaran, emosi
dan situasi) dengan keupayaan manusia.
Tugas: melibatkan fizikal & pemikiran.
Persekitaran: keadaan sekeliling seperti bising, pencahayaan, gangguan
yang boleh menyebabkan tekanan (stressors) dan lain-lain.
Emosi: gangguan perasaan seperti bimbang, tertekan dan lain-lain.

Situasi: kekaburan matlamat, beban dan bahaya yang sedia ada dan lainlain.
Keupayaan: melibatkan sifat semula jadi individu, situasi fizikal, keadaan
mental, tekanan, keletihan, bahan pencemaran dan stressors yang
mengganggu kemahiran bertindak.
b) Ketidaksuaian - tindak balas tidak sesuai dengan sesuatu situasi.
Contoh saiz stesen kerja terlalu besar atau tempat terlampau dekat
dengan gangguan dan lain-lain.
c) Aktiviti salah - aktiviti salah dilakukan kerana tidak tahu atau sengaja
ambil langkah pintas kerana memiliki persepsi amat rendah terhadap
kemalangan.

1.4.2

Model Penyebab Kemalangan - Insiden (Petersen)


Kemalangan sebab kesilapan manusia dan sistem

a)

Beban lebih

b)

Ergonomik - penerangan tentang satu keadaan tentang pegantaramukaan mesin


dengan manusia supaya manusia akan menjadi lebih selesa serta dapat mengoptimakan kerja.
Ergonomik melibatkan faktor-faktor biomekanikal seperti rekanan pada otot, sendi dan
saraf, faktor-faktor seperti, keletihan mata kepanasan dan faktor persekitaran luaran
seperti gegaran dan pencahayaan.

c)

Buat keputusan salah - manusia sering membuat keputusan yang salah sama ada sedar
atau tidak. Ini adalah kerana:

sistem di mana kita hidup dipengaruhi oleh kuasa sosial, politik dan ekonomi,

tekan untuk memenuhi sasaran pengeluaran,

pengaruh rakan sebaya, berfikir bahawa cuma orang lain akan mengalami
kemalangan.

1.4.3
-

Model Sistem - Model Sistem Firenze (R. J. Firenze, 1978)


Konsep berasaskan kepada interaksi 3 komponen iaitu manusia, mesin & persekitaran
dengan proses menggunakan maklumat untuk membuat keputusan atau mengambil

risiko. Tugas akan dilakukan dengan berjaya jika tiada stressors yang akan menggangu
keseluruhan proses.
-

1.4.4

5 kriteria sebagai panduan untuk membuat keputusan yang baik:

keperluan tugas,

kebolehan pekerja dan batasan untuk menerima tugas,

apakah keuntungan yang diperolehi jika kita cuba lakukan tugas dan berjaya,

apakah akibatnya jika kita cuba lakukan tugas tetapi gagal,

apakah kita akan rugi jika tidak mencuba langsung.

Perbezaan antara Model Faktor Kemanusiaan Ferell, Model Penyebab Kemalangan


Insiden Petersen dan Model Sistem Firenze

Fikirkan:

Apakah kaitan antara istilah keselamatan, kesihatan dan kemalangan?

Bagaimanakah manusia dapat memastikan keselesaan dalam kehidupan?

Apakah kelebihan dan kekurangan Model Faktor Kemanusiaan Ferell, Model Penyebab
Kemalangan Insiden Petersen dan Model Sistem Firenze dalam mencegah kemalangan
di bengkel?

TAJUK 2

Punca dan pencegahan kemalangan

Punca kemalangan dalam bengkel

faktor fizikal
faktor kemanusiaan
faktor pentadbiran

Pencegahan kemalangan

jenis kemalangan
panduan pencegahan

Panduan keselamatan kebakaran

Keselamatan mesin

Kebisingan

Keracunan

Sinopsis

Menjelaskan tentang punca kemalangan dalam bengkel yang disebabkan oleh faktor fizikal,
kemanusiaan dan pentadbiran. Tajuk ini memberi fokus kepada pendekatan mencegah
kemalangan, jenis kemalangan yang berlaku di bengkel serta panduan untuk mencegah
kemalangan tersebut. Pelajar juga didedahkan kepada panduan keselamatan khas untuk
kebakaran. Di samping itu, konsep tentang keselamatan mesin, pencemaran di bengkel dalam
bentuk kebisingan dan keracunan juga didedahkan kepada pelajar.

Hasil Pembelajaran:

1.

Menjelaskan punca-punca kemalangan yang mungkin berlaku di bengkel;

2.

Menjelaskan faktor-faktor utama yang menyebabkan kemalangan di bengkel;

Mengenalpasti pendekatan yang harus diamalkan dalam pencegahan kemalangan


di bengkel;

Mengenalpasti jenis kemalangan yang boleh berlaku di bengkel;

Menerangkan panduan untuk mencegah kemalangan di bengkel;

6.

Menerangkan panduan keselamatan bila berlaku kebakaran;


7. Menjelaskan konsep keselamatan di bengkel dari segi keselamatan mesin,
pencemaran dalam bentuk kebisingan dan keracunan.

Kerangka Konsep Tajuk 2


Punca kemalangan dalam bengkel
(faktor fizikal, faktor kemanusiaan faktor pentadbiran)

Pencegahan kemalangan
(jenis kemalangan, panduan pencegahan)

Panduan keselamatan kebakaran


Punca dan pencegahan kemalangan

Keselamatan mesin

Kebisingan

Keracunan

2.1

Punca Kemalangan Dalam Bengkel

2.1.1

3 Punca Kemalangan - Fizikal, Kemanusiaan & Pentadbiran

2.2

Pencegahan Kemalangan

Pencegahan kemalangan adalah gabungan antara sains dan seni. Ia merupakan sains
kerana pencegahan adalah sistematik dan teratur. Ia merupakan seni kerana program
pencegahan perlu merangkumi unsur kreativiti untuk menarik orang yang terlibat serta
menyertai program pencegahan kemalangan.

2 pendekatan untuk melakukan pencegahan kemalangan:

pendekatan segera yang melibatkan kawalan terus kepada prestasi pekerja dan
persekitaran,

pendekatan jangka panjang yang melibatkan arahan, latihan dan pendidikan.

Pemilihan dan pelaksanaan pendekatan pencegahan kemalangan boleh dibuat


berdasarkan kepada:

falsafah iaitu mengenal pasti fakta, mencari punca, sebab atau punca dan membuat
rumusan yang realistik

psikologi - tingkah laku manusia boleh dipengaruhi dan mempengaruhi setiap kerja yang
dilakukan

2.2.1

Jenis Kemalangan
Terdapat 2 jenis kemalangan:

i.

penggunaan mesin dan peralatan tangan tanpa mengikut peraturan,

ii. bahan mudah bakar atau bahan api (contoh: kayu, cat, turpentine, thinner) yang
tidak diurus dengan baik

2.3

Panduan Keselamatan Kebakaran

2.3.1

Keselamatan Kebakaran
Kebakaran: hasil tindak balas kimia 3 jenis elemen iaitu haba, bahan api & oksigen
(Segi Tiga Api)
Haba asli dari matahari, kilat
Haba tidak asli alat elektrik
Bahan api pepejal (plastik, kayu, kertas, kain)
Bahan api cecair (minyak, alkohol, cat, turpentine, thinner)
Bahan api gas (hidrogen, oksigen)

2.3.2

Sebab Berlaku Kebakaran

Bahan api dipanaskan kepada suhu nyalaan api

Bahan api mengeluarkan gas mudah terbakar

Tambahan oksigen

Kebakaran berlaku tanpa sumber api

Pembakaran rangkaian berlaku

2.3.3

Punca Kebakaran

Kelalaian/kecuaian

Kurang pengetahuan

Sabotaj

Penyalaan kendiri (cuaca terlalu panas)

Kemalangan

Litar pintas (salah pasang, lebih beban)

2.3.4

Cara Memberhentikan Kebakaran

Putuskan elemen Segi Tiga Api

Wujudkan Rangkaian Tindak Balas Kimia (bahan kimia kering & halogen sebagai agen
pemadaman kebakaran)

2.3.5

Klasifikasi Api

4 Kelas (A, B, C, D)

Berdasarkan:

Bahan yang terbakar

Agen pemadam

Tindakan

Penting mengenalpasti kelas api untuk tujuan mengenalpasti agen pemadam api yang
paling sesuai digunakan

2.3.6

Langkah Keselamatan Pencegahan Kebakaran


1) Susun atur

Mesin/peralatan disusun (tidak menghalang laluan)

Asingkan proses berisiko kebakaran

Asingkan mesin/peralatan mahal

2) Mesin/peralatan

diperiksa/diselenggara

3) Peralatan elektrik

Sentiasa diperiksa

Kurangkan penggunaan kabel

Peralatan pemanas dilengkapkan dengan lampu penunjuk

Matikan suis/tanggalkan plug bila tidak digunakan

Matikan suis utama sebelum meninggalkan tempat kerja

Gunakan litar berasingan untuk peralatan yang perlu sentiasa dihidupkan

4) Punca api

Arahan Jangan Menyalakan Api di Sini

Jauhkan peralatan pemanas daripada bahan mudah terbakar

Sediakan dinding/penghadang di sekeliling punca pemanas > 100C

Pastikan pengudaraan yang mencukupi di kawasan gas mudah terbakar

5) Peralatan pencegahan kebakaran (Alat/Jenis yang sesuai dan diletakkan di tempat


strategik

2.4

Pili Bomba/Hydran

Pengesan asap

Pengesan api

Sprinkler

Alat pemadam api

Keselamatan Mesin

Mesin: suatu kelengkapan untuk membekalkan kuasa, mempunyai bahagian yang


bergerak dan tetap, setiap bahagian berfungsi tertentu

Bahagian Mesin:

Bahagian operational - melakukan fungsi pengeluaran

Bahagian functional (kefungsian) bahagian yang menghantar kuasa kepada


bahagian operational

2.4.1

2 bahagian utama:

Penggerak utama

Jentera penghantaran

Bahaya Mesin

Punca kemalangan akibat bahaya mesin:

Reka bentuk mesin

Perangkap (perangkap salingan, perangkap mengetam dan lain-lain)

Kekusutan (entanglement) - putaran gerudi tanpa pelindung (cedera mat, tangan


dan lain-lain)

2.4.2

Lentingan (serpihan)

Sentuhan (tubuh badan)

Mengendalikan mesin:

Tidak berhati-hati

Penggunaan bahan licin

Pembuangan sisa yang tidak betul

Ruang kerja yang sempit

Lantai bengkel yang kotor (licin)

Pencegahan Bahaya Mesin


Pelindung - satu peranti yang boleh mengelakkan seseorang daripada bahaya

Jenis Pelindung:

Pelindung tetap

Pelindung jauh

Pelindung boleh laras

Pelindung memasung (interlocking guard) mempunyai bahagian bergerak yang


disambungkan dengan kawalan mesin di mana bahagian-bahagian mesin yang
berbahaya tidak boleh digerakkan atau tiada bekalan elektrik sehinga pelindung
ditutup

2.5

Pelindung elektrik

Pelindung mekanik

Kebisingan

Bunyi: (tenaga akustik) kewujudan dikehendaki

Kebisingan: kewujudan tidak dikehendaki dan tidak bersesuaian pada tempat & ketika

Ganggu ketenteraman

Ganggu kesihatan

Memberi kesan fisiologi & psikologi

Bergantung kepada jangka masa pendedahan ( 8jam) & keamatan/had


kebisingan ( 90dBA)

Bergantung kepada frekuensi, kenyaringan

Unit /keamatan/had kebisingan desibel (dB)

Unit frekuensi bunyi Hertz (Hz)

Julat frekuensi yang boleh didengar oleh manusia 20 hingga 20,000 Hz

2.5.1

< 20 Hz infrasonik

> 20,000 Hz - Ultrasonik

Kesan Kebisingan

Keupayaan koklear (menerima isyarat bunyi) menurun - kurang sensitif

Hilang pendengaran sementara (90dBA, masa singkat)

Hilang pendengaran kekal (120dBA, masa berterusan)

Kesan kepada jantung, tekanan darah, saraf otot ketat, pening, pitam dan lain-lain
(getaran bunyi)

Aspek riadah - letih, tidak dapat memberi tumpuan, hilang kawalan perasaan &
pertimbangan

Aspek kecekapan kerja tertekan, menaikkan potensi melakukan


kesilapan/kemalangan

2.5.2

Tekanan mental - gangguan emosi (hubungan interpersonal merosot)

Kawalan Kebisingan Berdasarkan kepada 3 Aspek:

Punca kebisingan

Laluan kebisingan

Penerima kebisingan

Punca/laluan kebisingan:

Mengalih lokasi alat/mesin

Mengubah orientasi kedudukan mesin

Menutup peralatan/mesin dengan bahan penyerap bunyi (mengurangkan 10


30dBA)

Memasang penyerap bunyi (tiub memampatkan bunyi air, gas/wap

Memasang penyerap bunyi (gentian kaca, sabut dan lain-lain sebagai pelapik)

Memasang penghadang (mengurangkan 15dBA)

Penerima kebisingan

2.6

Memakai penutup telinga (earplug)

Keracunan

Takrif: kebolehan bahan kimia menghasilkan kecederaan atau bahaya pada anggota
manusia

Kesan-kesan keracunan:

Kesan acute - kesan pantas akibat pendedahan kepada agen bertoksik

Kesan sub-acute - kesan kurang daripada kesan acute

Kesan kronik akibat dedahan agen bertoksik berpanjangan /berturutan dalam masa
yamg lama

Kesan kronik progresif - kesan yang berterusan atau berkembang walaupun


dedahan berhenti

Kesan setempat - kesan yang berlaku pada tempat sentuhan

Kesan sistemik - berlaku selain dari sentuhan permulaan dan berkait dengan sistem
pernafasan dan sistem saraf pusat

2.6.1

Kemasukan Racun ke Sistem Tubuh


Penafasan bahan toksik dalam bentuk habuk, debu, bauan, gas (klorin, karbon
monoksida, hidrogen sulfilda, nitrik oksida) wap dihidu oleh manusia

Resapan bahan toksik masuk terus melalui kulit ke tisu dan saluran darah dan
menyebabkan kulit berubah

2.6.2

Menelan bahan toksik memasuki badan melalui mulut dan terus ke usus

Langkah Keselamatan Pengendalian Bahan Tosik


Penyimpanan maklumat bahan - jenis, cara memasuki badan, tindak balas pada tubuh,
penanda-penanda terkena keracunan, kaedah pemulihan

Ganti bahan yang bahaya dengan yang kurang bahaya

Elakkan sentuhan anggota badan dengan bahan toksik (jauhkan bahan toksik daripada
tubuh badan)

Bahan toksik disimpan di tempat tertutup

Pengudaraan yang baik (saluran - hood, duct)

Gunakan kaedah lembapan untuk mengendalikan debu

Gunakan perlindungan keselamatan

Membersihkan tempat yang melibatkan penggunaan bahan toksik dengan


menggunakan prosedur yang betul

Fikirkan:

Bagaimanakah anda harus mencegah kemalangan dari aspek fizikal, kemanusiaan &
pentadbiran?

Terangkan langkah-langkah pencegahan kebakaran di bengkel.

Berpandu kepada bengkel di sekolah anda, nyatakan jenis bahaya yang wujud dan
jelaskan bagaimana anda dapat memastikan bengkel anda selamat daripada bahaya itu.

TAJUK 3

Amalan keselamatan bengkel

Program keselamatan bengkel

- merancang program keselamatan bengkel


- program keselamatan secara pendekatan sistem
- faedah amalan keselamatan
Tanggungjawab guru bengkel

Peraturan am keselamatan

Sinopsis

Menjelaskan tentang pendekatan yang boleh dilakukan untuk memastikan amalan bengkel
dilaksanakan dengan selamat. Tajuk ini memberi fokus kepada konsep utama tentang
perancangan program keselamatan untuk bengkel secara amnya serta mendedahkan
perancangan program keselamatan mengikut pendekastan sistem. Di samping itu, tajuk ini juga
memberi penekanan ke atas peranan dan tanggungjawab guru dalam memastikan program
keselamatan di bengkel dilaksanakan dengan berkesan.

Hasil Pembelajaran:

1.

Menjelaskan maksud program keselamatan bengkel;

2.

Menjelaskan langkah-langkah perancangan program keselamatan bengkel,


kesihatan dan kemalangan;

3.

Mengenalpasti komposen program keselamatan secara pendekatan sistem;

4.

Menjelaskan faedah amalan keselamatan;;

5.

Menjelaskan peranan dan tanggungjawab guru untuk memastikan program


keselamatan dilaksanakan dengan berkesan;

6.

Mengenalpasti peraturan am keselamatan untuk bengkel

Kerangka Konsep Tajuk 3

Program keselamatan bengkel

Amalan keselamatan bengkel

Tanggungjawab guru bengkel

Peraturan am keselamatan

3.1

Program Keselamatan Bengkel

3.1.1

Merancang Program Keselamatan Bengkel

Menetapkan objektif program:

Memastikan keadaan bengkel selamat

Menerapkan sikap & rasa hormat kepada prinsip-prinsip pencegahan


kemalangan di kalangan pelajar

Kandungan program keselamatan:

Kenyataan falsafah keselamatan

Arahan keselamatan

Program pemeriksaan keselamatan

Jawantankuasa keselamatan

Rancangan tindakan segera/prosedur terperinci sekiranya berlaku


kecemasan/kemalangan

Penglibatan program keselamatan:

3.1.2

Kempen kesedaran keselamatan


Semua pihak

Program Keselamatan Secara Pendekatan Sistem


Aplikasi teori sistem & teknologi kawalan perubahan yang amat signifikan dalam
teknologi moden

Teori sistem kesan komponen atau sub-sistem ke atas prestasi keseluruhan sistem
(setiap sub-sistem memainkan peranan masing-masing) V. William Deluca & W. James
Haynie (1989)

Faktor Manusia

Persekitaran

Peralatan & Kelengkapan

Maklum Balas

Pengaruh Luar

Proses

Bahan

Komponen-Komponen Model Pendekatan Sistem

Persekitaran:

Pembuatan

Pembinaan

Komunikasi

Pengangkutan

Pencahayaan

Kebisingan

Pengudaraan

Kod warna

Suhu

Penyimpanan

Prosedur pencegahan kebakaran

House-keeping

Ergonomik

Keperluan pertolongan cermas

Faktor manusia:
4 domain

Kognitif (pengetahuan)

Afektif (sikap)

Psikomotor (kemahiran)

Peralatan & Kelengkapan:

Peralatan tangan/mesin yang memakai kuasa elektrik/manual

Penyelenggaraan

Proses:

Faktor-faktor

4 bidang

Proses penggunaan yang berbahaya

Bahan:

Bahan & Sisa bahan

Penyimpanan

Penyelenggaraan

Pengaruh luar:

Polisi daerah/kebangsaan

Pentadbiran sekolah

Ekspektasi masyarakat

Maklum balas:

Dari komponen-komponen mengintegrasikan kandungan pengajaran dalam


program Keselamatan Bengkel

3.1.3

Faedah Program Keselamatan Bengkel di Tempat Kerja

Mencegah risiko kemalangan, keracunan

Mengelakkan kerugian

Pekerjaan dapat dilakukan dengan lebih efisien & produktif

Penghasilan produk yang lebih berkualiti

Peningkatan produktiviti

Peningkatan keupayaan persaingan

Operasi lancar/berterusan tanpa gangguan

Mengelakkan berlakunya kemalangan

Mengelakkan kehilangan masa & produktiviti

Menerapkan kesedaran tentang bahaya & risiko kemalangan

Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan orang lain

Mengurang kos tanggungan akibat kemalangan

Mengukuhkan kepercayaan ibu bapa/masyarakat kepada pihak sekolah sebagai tempat


yang selamat

3.2

Menjaga imej sekolah sebagai institusi pengajian yang selamat

Tanggungjawab Guru Bengkel

Melaksanakan Objektif Keselamatan

Menanam rasa tangungjawab menjaga keselamatan diri & orang lain

Membantu pelajar memahami kaedah yang selamat dalam melaksanakan tugas

Membantu pelajar membiasakan diri dengan keadaan yang boleh membahayakan

Membantu pelajar belajar amalan keselamatan

Menggalakkan pelajar menyertai pogram keselamatan

Merancang Pengajaran Keselamatan

Faham kandungan arahan keselamatan

Pastikan langkah keselamatan am ditetapkan

Pastikan langkah keselamatan spesifik ditetapkan (untuk mata pelajaran/tugas


tertentu)

Merancang arahan dan tunjuk cara

Mengedarkan salinan arahan keselamatan kepada pelajar

Menyediakan Arahan Keselamatan:

Langkah-langkah yang perlu

Tunjuk ajar penggunaan/pelindungan diri

Penyelenggaraan peralatan/mesin

Kaedah yang selamat untuk mengendalikan peralatan/mesin & bahan

Peraturan keselamatan bengkel di papan kenyataan, dalam bentuk poster dan


lain-lain

Peraturan keselamatan untuk pelajar

Menyimpan rekod/salinan arahan keselamatan untuk pihak pentadbiran

Melaksanakan Peraturan Keselamatan:


Guru sebagai contoh: Perlu melaksanakan peraturan keselamatan

3.3

Menilai Pengajaran Keselamatan:

Secara bertulis

Secara praktikal

Tujuan Menilai Pengajaran:

Menilai keberkesanan pelaksanaan (aspek guru & pelajar)

Mengesan kekurangan/kelebihan

Mewujudkan pembaikan berterusan

Peraturan Am Keselamatan

Bentuk ayat negatif/positif

Jangan bergurau

Jangan berlari dalam bengkel

Jangan bercakap semasa mengendalikan mesin

Jangan membawa barangan melebihi kemampuan diri

Jangan menggunakan peralatan/mesin sebelum mengenalpasti cara


penggunaannya

Jangan menggunakan peralatan/mesin sebelum dapat kebenaran guru

Bersihkan bengkel sebelum meninggalkan bengkel

Jangan menggunakan peralatan/mesin yang tumpul/rosak

Tutup suis selepas melaksanakan tugas

Gunakan alat pelindung diri semasa melaksanakan tugas

Fikirlah terlebih-lebih dahulu sebelum mngendalikan tugas (guna common


sense)

Fikirkan:

Berdasarkan Program Keselamatan Secara Pendekatan Sistem, rancangkan satu


program keselamatan untuk bengkel sekolah anda.

Mengapakah peraturan keselamatan bengkel penting?

TAJUK 4

Organisasi dan pengurusan bengkel

Pengertian dan tujuan organisasi dan pengurusan bengkel


Skop organisasi dan pengurusan bengkel
Prinsip-prinsip organisasi dalam pengurusan bengkel sekolah
Susun atur bengkel
- strategi organisasi dan pengurusan
- keperluan keselamatan dalam organisasi dan pengurusan
- petunjuk perancangan
- prinsip organisasi dan pengurusan bengkel mengikut keperluan keselamatan
- pemeriksaan keselamatan bengkel
Pengurusan dan pengendalian bengkel
- prinsip pengendalian dan pengurusan
- proses pengurusan bengkel mengikut fasa
- baik pulih dan penyenggaraan
- alat tangan
- perabot
- alat elektrik
- mesin mudah alih
Pengurusan personel
- organisasi pengurusan bengkel sekolah
- objektif pengurusan personel
- pengurusan personel dan hirarki
- fungsi organisasi panitia mata pelajaran
- struktur organisasi pelajar dalam pengurusan bengkel

Sinopsis

Menjelaskan tentang organisasi dan pengurusan bengkel dengan berkesan. Tajuk ini memberi
fokus kepada konsep utama tentang bagaimana bengkel diurus serta prinsip-prinsip yang

terlibat dalam organisasi dan pengurusan bengkel. Hal pengurusan bengkel juga melibatkan
peringkat awal iaitu proses perancangan pembentukan bengkel, susun atur bengkel sehingga
proses pengendalian bengkel dalam bentuk pelaksanaan tugas di bengkel dengan selamat. Di
samping itu, pengurusan personel dari segi penglibatan pihat sekolah dan pelajar dalam
menjayakan pengurusan bengkel juga didedahkan.

Hasil Pembelajaran:

1.

Menjelaskan maksud dan tujuan dan skop organisasi dan pengurusan bengkel,

2.

Menjelaskan prinsip-prinsip organisasi dalam pengurusan bengkel,

3.

Menjelaskan tentang susun atur bengkel dapat dilaksanakan,

4.

Mengenalpasti prinsip pengurusan dan pengendalian bengkel mengikut fasa,

5.

Mengenalpasti kaedah mengendalikan peralatan di bengkel,

6.

Menjelaskan peranan dan tanggungjawab guru dan pelajar dalam pengurusan dan
pengendalian bengkel melalui pengurusan personel.

Kerangka Konsep Tajuk 4

Pengertian dan tujuan organisasi dan pengurusan bengkel

Skop organisasi dan pengurusan bengkel

Prinsip-prinsip organisasi dalam pengurusan bengkel sekolah


Organisasi dan pengurusan bengkel
Susun atur bengkel

Pengurusan dan pengendalian bengkel

Pengurusan personel

4.1

Pengertian dan Tujuan Organisasi Bengkel

Bengkel harus diurus dan diorganisasikan untuk memastikan pengajaran dan


pembelajaran di bengkel dapat dilaksanakan dengan lancar iaitu secara cekap &
berkesan.

Cekap - keupayaan melakukan proses kerja dengan betul, mengeluarkan output


setimpal dengan input dari segi tenaga manusia, bahan dan masa dengan
mengurangkan kos sumber-sumber yang terlibat untuk mencapai matlamat yang
ditentukan.

Berkesan - pelaksanaan perkara dengan betul untuk mencapai matlamat dan objektif
yang telah ditetapkan tanpa pembaziran.

4.1.1

Pengertian Organisasi Bengkel


Organisasi Bengkel - kesatuan atau gabungan yang merangkumi manusia, alatan,
kemudahan dan bahan yang diurus dengan sistematik dan berlaku dalam jangka
tertentu, melibat peranan/tugas tertentu dan pembuatan keputusan secara bersama
untuk tujuan memenuhi matlamat yang ditentukan.

2 bentuk organisasi:

organisasi formal

mempunyai carta organisasi yang jelas

setiap ahli ada peranan yang jelas

terdapat hirarki kuasa iaitu aliran penurunan kuasa dari atas ke bawah

ada jawatankuasa yang lebih kecil untuk melaksanakan tugas

organisasi tidak formal

biasanya dalam bentuk ad hoc

jangka masa pendek

dibubarkan setelah aktiviti dilaksanakan

2 bentuk agihan kuasa di organisasi:

kuasa berpusat - kuasa diagih kepada seorang

kuasa disentralisasi - agihan kuasa kepada lebih daripada seorang

4.1.2

Tujuan Organisasi Bengkel

mewujudkan suasana pengurusan yang lebih teratur, sistematik & tersusun

memudahkan pengagihan tugas pengurusan seperti penyelenggaraan stor, stok,


inventori etc.

membantu dalam pencapaian objektif pengajaran & pembelajaran secara tidak langsung
seperti memudahkan proses penyediaan bahan untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran

4.1.3

dapat menghasilkan produk yang lebih berkualiti sambil menjimat masa dan kos

Pengertian Pengurusan Bengkel


pengurusan bengkel - proses sosial yang merangkumi perancangan, pelaksanaan
proses, kawalan dan pemantauan proses, penyelarasan dan penilaian untuk
memastikan segala aktiviti yang dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

merupakan usaha koperatif

proses pengintegrasian input organisasi yang merangkumi sumber manusia, bahan dan
peralatan

4.1.4

Tujuan Pengurusan Bengkel

mengelakkan pembaziran masa dan tenaga serta menjimat kos

mewujudkan keselamatan bengkel, alatan dan bahan

mewujudkan suasana bengkel yang kondusif untuk membolehkan pengajaran dan


pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan

menghasilkan produk yang lebih berkualiti

mengelakkan daripada berlakunya kemalangan

mengurangkan kos pengeluaran dan pembaziran

menjimatkan masa bekerja

bengkel yang terurus kelihatan kemas dan teratur

menjadi kebanggaan dan dorongan kepada guru bahawa bengkel yang terurus adalah
salah satu kejayaan pada diri

4.2

Skop Organisasi dan Pengurusan Bengkel


Proses pengurusan bengkel merangkumi 5 elemen seperti berikut:

Merancang - merancang tentang bangunan, kurikulum, kelengkapan , peralatan dan


pelajar

Mengelola - aktiviti seperti mengatur, menyusun, menyediakan peralatan

Mengarah - melibatkan peraturan-peraturan dan amalan yang perlu dipatuhi

Menyelaras - memastikan bengkel berada dalam keadaan kemas dan tersusun

Mengawal - melibatkan pengawalan stok dan inventori

4.2.1

Aspek Penting Dalam Pengurusan Bengkel

Pemilihan bekalan dan peralatan - dari segi kurikulum dan perlindungan keselamatan

Perancangan kemudahan

Pengawalan bahan

Penyelenggaraan dan rekod

Keselamatan - dari segi fizikal bengkel dan peraturan dan panduan

Pengurusan kakitangan

Agihan peruntukan kewangan

4.3

Prinsip-prinsip Organisasi dalam Pengurusan Bengkel Sekolah

Menurut Henri Fayol, 14 perkara perlu dititikberatkan:

Pengkhususan/pembahagian kerja - perkerja akan tumpu perhatian kepada tugas


yang tertentu

Kuasa dan tanggungjawab - kuasa rasmi dan kuasa personel (kebijaksanaan,


karisme, kebolehan memimpin)

Disiplin - patuhan, taat setia dan hormat-menghormati

Kesepakatan dalam perintah - penerimaan arahan atau perintah daripada ketua

Kesepakatan dalam arahan - pelaksanaan aktiviti mengikut hala tuju yang sama

Kepentingan peribadi kepada kepentingan keseluruhan - kepentingan keseluruhan


organisasi diberi keutamaan dan kepentingan peribadi diketepikan

Penghargaan - penghargaan dan penilaian yang diberikan kepada setiap kakitangan


organisasi harus adil dan berdasarkan kepada prestasi kerja

Pemusatan - pelaksanaan aktiviti secara pemusatan mengikut keperluan organisasi

Rangkaian skala - susunan struktur dalam organisasi iaitu daripada atas ke bawah
yang melibatkan hubungan dan kuasa setiap ahli organisasi

Tersusun - peranan dan tugas setiap ahli mesti sesuai

Persamaan - persamaan dan keadilan harus diamalkan dalam organisasi untuk


menggalakkan ahli sentiasa taat kepada organisasi

Kestabilan dalam pemegangan jawatan - setiap anggota dalam organisasi harus


diberi masa untuk menyesuaikan diri dalam tugasnya

Inisiatif - keinginan dan harapan dalam merancang aktiviti dan memastikan aktiviti
dilaksanakan dengan berjaya

Esprit de corps - penekanan kepada pembentukan perasaan harmoni antara


anggota dalam organisasi untuk mewujudkan kerja kumpulan dan hubungan
interpersanal yang erat

4.4

Susun Atur Bengkel

Bengkel disusun atur untuk mengelakkan kemalangan, meningkatkan produktiviti,


mengurangkan pembaziran bahan, mengurangkan kos pengeluaran, menjimatkan masa
bekerja, memudahkan proses kerja dan menjadi bengkel kelihatan kemas dan ceria

4.4.1

Strategi Organisasi dan Pengurusan Bengkel

Penyatuan manusia - persefahaman antara anggota dalam organisasi adalah penting

Tempat meneroka ilmu - menjadikan bengkel meneroka ilmu

Mewujudkan pengalaman kerjaya yang baru - mengadakan program perkembangan staf


untuk pengurusan bengkel

4.4.2

Keperluan Keselamatan dalam Organisasi dan Pengurusan

Keperluan organisasi & pengurusan dapat dipenuhi melalui 2 fasa:

Fasa perancangan & pengelolaan - Dilakukan mengikut prinsip bukan kehendak


individu. Dalam fasa ini reka bentuk bengkel, stesen-stesen kerja, sistem
pendawaian, perpaipan, pengudaraan, pencahayaan, penempatan alat dan mesin,
hal keselamatan, warna, bahan kedap bunyi dan lain-lain dirancang.

Fasa tenaga kerja - penglibatan semua pihak seperti guru, pihak pentadbiran,
pembantu bengkel dan murid dalam pengurusan bengkel. Fasa ini melibatkan
proses penyelarasan, pengarahan melakukan kerja oleh orang tertentu tanpa
tindihan tugas, pengawalan atau pemantauan proses pengurusan dan penghasilan
laporan sebagai penyampaian maklumat kepada pihak pentadbiran dan peruntukan
kewangan.

4.4.3

Petunjuk Merancang Bengkel


Perancangan bengkel merangkumi perkara berikut:

Pelan lantai bengkel - teratur dan tersusun

Pelan lantai proses - pelan lantai yang mengumpulkan mesin-mesin di satu lokasi
mengikut jenis mesin dan proses menlaksanakan tugas khas mengikut mesin.
Contoh: semua mesin gerudi disusun pada satu tempat yang sama

Pelan lantai produk - pelan lantai disusun mengikut kelengkapan mesin mengikut
langkah kerja untuk menghasilkan produk dengan lancar. Contoh: jika langkah kerja
ialah menggerudi diikuti dengan memotong alur dengan mesin meraut, maka mesin
disusun dengan mesin gerudi di sebelah mesin meraut dan mesin melarik diletak
pada tempat yang berdekatan dengan mesin meraut

Pelan lantai gabungan proses dan produk

Kemudahan Pengajaran - ruang dan kelengkapan untuk memudahkan pengajaran dan


pembelajaran dijalankan

Bunyi - Bengkel harus kalis bunyi untuk mengurangkan gangguan tumpuan & minat
murid

Warna - Penggunaan warna yang sesuai untuk bengkel seperti dinding dan lantai
bengkel dapat mengurangkan kesilauan, menjadikan pengguna merasa tenang dan
bengkel kelihatan kemas. warna tertentu seperti warna merah dan kuning boleh

digunakan untuk menanda mesin atau kawasan yang merbahaya. Dengan itu
kefahaman tentang teori warna dan kod warna keselamatan adalah perlu

Pencahayaan - Pencahayaan dalam bentuk penggunaan lampu kalimantang adalah


biasa tetapi pencahayaan semula jadi dari matahari harus diberi keutamaan untuk
menjimat kos. Kadar pencahayaan bagi sebuah bengkel ialah nisbah antara keluasan
tingkap dengan keluasan lantai iaitu 5:1. Tingkap yang dibina harus tidak terlampau
tinggi dari lantai agar sinaran matahari tidak tersekat.

Pengudaraan - Aliran udara yang lancar dapat dilaksanakan dengan membuka pintu &
tingkap bengkel. Pemasangan blower juga dapat membantu pengaliran udara yang
lancar.

Bengkel am - Bengkel am yang beroperasi secara unit-unit kecil boleh menggantikan


bengkel pengkhususan bidang pengajaran yang melibatkan kos pembinaan tinggi.

Sistem stor - Sistem penyimpanan berkait rapat dengan saiz bengkel. Untuk bengkel
yang kecil penggunaan almari untuk menyimpan bahan dan peralatan akan menjadikan
ruang bengkel sempit. Penggunaan panel alat yang digantung di dinding amatlah sesuai
kerana alat disusun dengan kemas, alat mudah dikenali dan dicapai, di samping itu ia
mudah diperiksa dan kehilangan alat mudah dikesan. Rak-rak juga adalah sesuai untuk
menyimpan mesin mudah alih dan peralatan tangan serta bahan mentah seperti kayu,
logam dan lain-lain. Penyediaan stor am dan stor khas juga perlu terutamanya untuk
bengkel yang luas. Stor am ialah stor pusat yang menyimpan semua jenis bahan yang
dibeli oleh pihak sekolah manakala stor khas ialah tempat untuk menyimpan bahan,
peralatan dan rekod stok & inventori yang berkait dengan bengkel.

Kebersihan - Merangkumi pengangkutan bahan, mesin, peralatan, tempat bahan


buangan, sistem penyedut habuk dan bahan toksik,udara mampatan dan lain-lain.
Kedudukan punca eletrik harus berdekatan dengan mesin. Bekalan air harus
mempunyai saliran yang keluar yang baik. Gas, bahan beracun & bahan yang
merbahaya harus diasingkan & diletakkan di ruang khas.

4.4.4

Prinsip Organisasi dan Pengurusan Bengkel Mengikut Keperluan Keselamatan


Keperluan keselamatan harus diterapkan dalam pengurusan bengkel. Prinsip
keselamatan merangkumi perkara berikut:

Ruang & kawasan kerja - Ruang bengkel harus sesuai dengan bidang kursus mata
pelajaran untuk memudahkan pergerakan, pelaksanaan & penyeliaan kerja. Kawasan

bengkel ialah kemampuan ruang bengkel untuk menempatkan stesen-stesen kerja,


kawasan meletak mesin, kawasan penstoran, kawasan pameran, laluan untuk pekerja,
kawasan untuk menyimpan bahan/alatan kesihatan & pencegahan kebakaran serta
kawasan untuk pelaksanaan pengajaran & pembelajaran.

Pintu dan tanda keluar - Mengikut peraturan Jabatan Bomba & Penyelamat, setiap
premis harus ada sekurang-kurangnya 2 pintu. Saiz pintu untuk bengkel harus 1.5 kali
lebih lebar daripada pintu rumah kediaman.

Kawalan Kesihatan dan Persekitaran - Kawalan ini meliputi kawalan dari segi cahaya,
pengedaran udara, bunyi, bahan toksik & bahan pelupusan.

Peralatan perlindungan diri - Alat seperti penutup hidung, pelindung mata dan telinga
dan apron harus disediakan.

Perubatan dan pertolongan cemas - Peti ubat dilengkapkan dengan bahan yang lengkap
dan terkini harus disediakan.

Pencegahan kebakaran - Alat pencegah kebakaran harus disediakan & disemak dari
masa ke semasa untuk memastikan ia berfungsi. Alat pemadam api harus diletakkan
pada tempat strategik yang mudah dilihat serta mudah diambil. Di samping itu, hos
bomba, pengesan haba dan sprinler juga harus disediakan.

Peralatan pemampatan udara - Alat ini disediakan untuk membersihkan mesin dan
kawasan bengkel.

Penstoran bahan - Sistem penstoran bahan dan alatan bagi memudahkan penyemakan
serta inventori.

Mesin dan perlindungan mesin - pelindung mesin/bahagian mesin disediakan untuk


mencegah berlakunya kemalangan.

Mesin berkuasa mudah alih - Mesin ini adalah lebih mudah dibawa dari satu tempat ke
tempat lain. Alat ini mudah rosak, maka perlu mengawal penggunaannya.

4.4.5

Pemeriksaan Keselamatan Bengkel


Tujuan pemeriksaan bengkel:

mengurangkan/menghindar kemalangan
menyelidik kemalangan apa jenis jua

menyelidik keadaan persekitaran yang kurang selamat

Aspek penting pemerhatian dalam pemeriksaan keselamatan bengkel:

keadaan bangunan dan kemudahan


susun atur tempat kerja
pergerakan pekerja
pergerakan bahan dan pembuangan sisa
penggunaan bahan bahaya
kawalan bahan merbahaya dan proses pengendalian
keselamatan kebakaran
keselamatan persekitaran
amalan keselamatan dan perlindungan diri

Pihak yang terlibat dalam organisasi pemeriksaan keselamatan bengkel:

guru bengkel
jawatankuasa pemeriksaan sekolah
staf penyelenggaraan sekolah
jawatankuasa keselamatan pelajar
pemeriksa luaran

Jenis pemeriksaan keselamatan bengkel:

pemeriksaan berjadual
pemeriksaan tergempar
pemeriksaan berterusan
pemeriksaan khas

Prosedur tindakan keselamatan bengkel:

tindakan pertama diberikan bantuan serta-merta


tindakan kedua mendapat bantuan seperti menghantar ke hospital
tindakan ketiga merekodkan sebab kemalangan

Tujuan menyimpan rekod keselamatan:

4.5

sebagai rujukan untuk menyediakan laporan yang lengkap & tepat


panduan keberkesanan sebagai langkah pencegahan
asas penilaian keberkesanan program keselamatan bengkel
melindungi guru daripada tindakan saman berkaitan dengan kecederaan murid
menghalang kemungkinan berlakunya kemalangan yang serupa pada masa hadapan
menjadi sumber fakta untuk analisis yang berkaitan dengan kemalangan
sebagai panduan cadangan perubahan bengkel
menjelaskan keadaan merbahaya dan amalan tidak selamat
sebagai bahan rujukancadangan perubahan kandungan kurikulum
sebagai bahan perbandingan keselamatan bengkel antara sekolah

Pengurusan dan Pengendalian Bengkel


Bengkel harus diurus agar untuk memaksimakan penggunaannya dalam keadaan yang
selamat dan selesa untuk mencapai matlamat program yang dijalankan.

4.5.1

Prinsip Pengendalian dan Pengurusan Bengkel


Segala kemudahan yang disediakan di bengkel harus dapat membantu pelajar
mendapat pengalaman yang berguna pada masa hadapan. Dengan itu pengendalian
dan pengurusan harus merangkumi prinsip/tujuan berikut:

menghasilkan bengkel yang efisien - susunan alat dan kelengkapan yang dapat
membantu pelajar menjalankan kerja dengan berkesan serta memaksimakan produktiviti
dan mengurangkan pembaziran

mewujudkan persekitaran yang selamat dan sihat - memastikan perkara seperti


pencahayaan yang baik, sistem pengudaraan yang lancar, sistem penyerapan bunyi
yang berkesan, mesin dan peralatan yang selamat dan lain-lain

Memenuhi keperluan psikologi pelajar - persekitaran yang kondusip dapat mendorong


pembentukan sikap yang baik di kalangan plajar seperti menjaga keselamatan diri dan
rakan, berdisiplin, memupuk perasaan kekitaan terhadap penggunaan bengkel, secara
tidak langsung dapat meningkatkan minat pelajar untuk melakukan kerja di bengkel

memudahkan kawalan guru di sepanjang masa - guru dapat garis penglihatan yang baik
untuk melihat setiap bahagian bengkel serta dapat mengesan bunyi yanmg luar biasa
dan dapat sampai ke tempat melalui laluan yang sistematik

mewujudkan keadaan yang selamat kepada semua mesin, peralatan dan bahan di
bengkel - meminimumkan kehilangan dan kerosakan pada mesin, peralatan dan bahan
disebabkan kecurian, salah guna dan lain-lain

mewujudkan pengcahayaan yang baik kepada pengguna bengkel - pencahayaan yang


mencukupi dapat mengurangkan berlaku kemalangan, penggunaan warna susunan
bengkel ruang juga memberi kesan kepada penglihatan. Pemcahayaan yang baik dapat
meningkatkan minat dalam menghasilkan produk yang berkualiti serta dari segi kuantiti

4.5.2

Proses Pengurusan Bengkel Mengikut Fasa


Fasa pertama - perancangan dan pengendalian kemudahan di bengkel

Mereka bentuk - mereka bentuk pelan lantai bengkel

Perancangan - menyediakan kemudahan asas: pendawaian,


pengudaraan, perpaipan
- penyusun/menyediakan ruang untuk meletak peralatan utama
- menyusun perabot di dalam ruang kerja
- kedudukan stor
- laluan keselamatan
- penggunaan warna di dalam bengkel

Fasa kedua - proses merancang dan melaksanakan proses pembangunan bengkel

Merancang untuk jangka masa panjang

Merancang mengikut arus perubahan

Aktiviti merancang - membina rak, panel penyimpanan, mewarnakan kawasan


mesin/kawasan merbahaya, menandakan tanda amaran merbahaya, menyediakan

Menghasilkan lakaran pelan, lukisan berskala dan menyediakan model

Penglibatan rakan sejawat, pekerja dan pelajar dalam perancangan dan


pelaksanaan proses bengkel

4.5.3

Baik Pulih dan Penyelenggaraan


Penyelenggaraan ialah kerja baik pulih dan penyimpan alatan dan bahan dengan
tujuan:

membolehkan alatan/bahan tahan lebih lama

memudahkan penggunaan semula alatan/bahan

mengelakkan berlakunya kemalangan

berjimat cermat

Kerja penyelenggaraan:

Asingkan alatan dan bahan mengikut kategori mudah bakar, mudah rosak, bahan
kering, bahan basah, bahan beracun dan lain-lain

Labelkan bahan beracun

Bahan gas disimpan di tempat dengan pengudaraan yang baik

bersih dan simpan alatan selepas digunakan

minyakkan alat yang mudah berkarat

buang bahan yang ruput tarikh

bahan mudah bakar disimpan di dalam bekas bertutup, berlabel serta diletakkan di
tempat jauh daripada punca api

periksa dan uji alatan dari masa ke semasa untuk memastikan alatan dalam keadaan
baik dan selamat digunakan

4.6

periksa bekalan elektrik dari segi keadaan plug, soket dan lain-lain

Pengurusan Personel

Untuk meningkatkan produktiviti pelajar

Untuk meningkatkan kepuasan kerja tenaga mengajar

Mengandungi:
Carta Organisasi

Visi

Misi

objektif

Tanggungjawab

4.6.1

Aktiviti pengurusan personel melibatkan:

Perancangan (tindakan/aktiviti untuk masa depan)

Pengemaskinian (maklumat/rekod selari dengan perancangan

Pemerhatian (kelebihan/kekurangan)

Pembahagian Tugas

Refleksi/renungan (kelebihan/kekurangan, masalah & penyelesaian)

Ciri-ciri pngurusan personel bengkel sekolah

Menyimpan rekod

Menyediakan bekalan bahan

Menentukan peralatan untuk penyelenggaraan

Melayan pelanggan

Menyimpan rekod inventori

Menentukan aspek keselamatan

Menyediakan perkhidmatan

4.6.2

Organisasi Pengurusan Bengkel Sekolah

Objektif Pengurusan Personel


4 Objektif:

Pelajar (suasana P & P di bengkel yang kondusif, keselamatan bengkel)

Organisasi (melengkapkan proses pengurusan peringkat sekolah, memenuhi


Pekeliling Perbendaharaan Kerajaan Malaysia)

Fungsian (mencapat matlamat P & P melalui rancangan panitia/sukatan pelajaran)

Peribadi (kebaikan guru & pelajar dalam proses P & P, kerjaya untuk pelajar)

4.6.3

Pengurusan Personel & Hirarki

Peringkat atas sekali iaitu peringkat pertama terdiri daripada guru besar

Peringkat kedua terdiri daripada penolong kanan 1 & 2 serta penyelia petang

Peringkat ketiga terdiri daripada ketua bidang

Peringkat kelima terdiri daripada ketua panitia mata pelajaran

Peringkat kelima terdiri daripada guru mata pelajaran

4.6.4

Fungsi Organisasi Panitia Mata Pelajaran

Mengadakan mesyuarat panitia (4 kali setahun)

Menentukan pelaksanaan sukatan pelajaran

Menentukan penggunaan ABM & kaedah P & P

Menyediakan rancangan tahunan, mingguan

Menyelaras penyediaan soalan peperiksaan & pemeriksaan kertas jawapan

Menganalisa keputusan peperiksaan

Menentukan jenis buku rujukan

Mengkaji & menilai buku teks & buku latihan

Membuat anggaran pembelanjaan tahunan

Menguruskan hal pameran (bahan & peralatan)

Melaksanakan perubahan baru dalam sukatan pelajaran)

Penilaian Personel:

Ketrampilan teknikal (perancangan, penyampaian, penilaian)

Ketrampilan P & P

Latihan Perkembangan staf (untuk meningkatkan kualiti pengurusan personel)

Berfokus kepada inovasi

Melaksanakan analisis keperluan

Berterusan

Jenis kursus:

Kursus pendek (1-4 hari) luar/dalaman (in-house)

Lawatan di dalam atau ke luar negara untuk menanda aras

Bengkel/seminar

4.6.5

Struktur Organisasi Pelajar dalam Pengurusan Bengkel

Penglibatan pelajar dalam pengurusan personel bengkel harus diadakan untuk


mewujudkan suasana saling bertanggungjawab terhadap kesempurnaan bengkel. Di
samping menyampaikan pengetahuan dan kemahiran teknikal, guru juga perlu
menyampaikan ilmu tentang pengurusan bengkel kepada pelajar.

Organisasi bengkel untuk pelajar juga berbentuk hirarki:

Peringkat atas sekali iaitu peringkat pertama terdiri daripada formen

Peringkat kedua terdiri daripada penolong formen

Peringkat ketiga terdiri daripada Ahli Jawatan Kuasa seperti memeriksa alat,
menyusun alat, menjaga kebersihan dan lain-lain

Kaedah pengajaran dan perbelajaran dipengaruhi oleh penglibatan pelajar dalam


pengurusan bengkel:

Stesen kerja/Sistem pusingan kerja

Kumpulan simulasi

untuk tahap kemahiran yang berbeza


untuk P & P, kos tinggi dari segi ruang kerja, peralatan/mesin, bahan

Kumpulan kemajuan tugasan

untuk kelengkapan & peralatan terhad

Sistem penggiliran secara penomboran

Tugas berorientasikan kemahiran

Tugas berorientasikan fungsi (berdasarkan tanggungjawab/peranan)

Pelajar diberi nombor dan tugasan

Perlukan sediakan diskripsi tugas pada setiap stesen

Pendedahan situasi sebenar

Fikirkan:

Mengapa kita perlu mengorganisasi dan menguruskan bengkel ?

Apakah peranan guru panitia mata pelajaran Reka Bentuk & Teknologi dalam
pengurusan bengkel ?

Apakah kekuatan dan kelemahan proses mengurus bengkel mengikut mengikut fasa ?

TAJUK

5:

REKA BENTUK BENGKEL YANG BERKESAN


Sinopsis
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
latihan kemahiran juga bergantung kepada reka bentuk bengkel
yang berkesan. Reka bentuk bengkel adalah satu faktor yang
amat kritikal di dalam menentukana keberkesanan penggunaan
ruang dan keselamatan individu yang melibatkan kerja-kerja di
dalam bengkel. Di antara faktor yang perlu di ambil kira di dalam
di dalam menentukan reka bentuk yang berkesan ialah bentuk
bengkel, keluasana bengkel, ruang bengkel, ruang tambahan,
lokasi alatan, perabot, pintu masuk dan pintu keluar.
OBJEKTIF
Di akhir bab ini, anda memperolehi ;
1. Menyatakan empat jenis ruang kerja bersama ciri-ciri yang
perlu dirancang
di dalam bengkel untuk menghasilkan bengkel yang berkesan.
2. Menerangkan lima kepentingan faktor yang dipertimbangkan
dalam merancang
reka bentuk bengkel yang berkesan.
3. Menganalisa perbezaan keluasan ruang kerja bagi kerja ringan,
kerja berat dan

kerja sederhana berdasarkan ruang yang mencukupi.


5.1 Jenis ruang di dalam bengkel
Sebelum merancang pelan lantai bengkel, guru perlu mengenal
pasti jenis ruang yang perlu terdapat di dalam setiap bengkel.
Langkah ini penting bagi memastikan kedudukan ruang dan
keluasan yang disediakan mencukupi bagi memenuhi fungsi
setiap ruang yang disediakan. Sebagai panduan jadual berikut
menyediakan garis panduan asas berkenaan jenis ruang dan ciriciri yang diperlukan.

Jadual 5.1 Jenis ruangan di dalam bengkel


Ruang bengkel yang diperlukan
Ruang kelas teori

Ciri-ciri ruang
Berasingan dari tempat amali

Stor alat dan bahan

-Berdekatan dengan tempat


duduk guru
-Berdekatan dengan tempat
kerja
-Keluasan : 18 kaki X 34 kaki

Stor untuk menyimpan projek


pelajar

Diletakkan dihujung
bengkel/stor

Ruang pintu masuk

1 kali ganda dari pintu biasa

Tempat simpan barang pelajar

Diletakkan dihujung bengkel/


stor

Kabinet pameran

Disedian ditepi bilik bilik guru

Ruang kerja :

Ruang tunjuk cara


(demokrasi)

Di hadapan ruang kerja pelajar

Ruang kerja individu

Bergantung kepada jenis


bengkel, jenis aktiviti dan
bilangan pelajar

Ruang kerja kemasan dan


penyudah

Disediakan secara berasingan


dari ruang kerja

Ruang mesin

Penempatan mesin perlu


mengikut proses kerja

Jenis ruang dalam bengkel mengikut keperluan sesuatu bengkel berkenaan. Sebagai contoh
bengkel pertukangan kayu tidak sama keperluan dengan bengkel automotif. Sebagai seorang
perancang ruang bengkel, guru perlu mendapat khidmat nasihat dan perbincangan dengan
mereka yang berpengalaman. Reka bentuk bengkel di sekolah juga telah ditentukan oleh pihak
Jabatan Kerja Raya (JKR). Jenis ruang dan ciri-ciri ruang di atas boleh dijadikan sebagai
panduan asas bagi merancang pembangunan ruang di dalam sesuatu bengkel.
IDEA

Lakarkan ruang kerja yang terdapat di dalam bengkel di sekolah anda.


Adakah ruang tersebut memenuhi keperluan ruang kerja yang diperluakan.
Jika tidak cadangkan ruang kerja yang diperlukan
Untuk maklumat ruang bengkel boleh rujuk laman web. Contoh web
http://www.martinsite.com/workshop.htm

Latihan 5.1
Nyatakan ciri-ciri penting bagi ruang bengkel di bawah.
Ruang kerja amali :
Jawapan :

Ruang pintu masuk :

Jawapan :

Stor alatan :
Jawapan :

Reka bentuk bengkel yang berkesan


Pada umumnya bengkel dibina di dalam bentuk empat segi tepat dan mempunyai
panjang dua kali ganda dari lebar bengkel. Bentuk demikian yang berkesan bagi
memudahkan proses pengurusan bengkel dari segi penyusunan bahan, alatan, mesin
dan meja kerja. Ia juga lebih praktikal dan dapat beroperasi dengan berkesan.
Bengkel juga mempunyai sekurang-kurangnya dua laluan pintu sebagai keluar dan
masuk ke bengkel. Pintu juga bagi tujuan keselamatan kepada pengguna bengkel
bagi memasukkan mesin, bahan dan alatan di bengkel.
Bengkel yang baik perlu mempunyai ruang yang cukup dan sesuai dengan bilangan
pelajar dan aktiviti yang akan dilakukan di dalamnya. Kecukupan ruang diambil kira
dari segi keluasan stesen atau meja kerja untuk seseorang pelajar di gandakan dengan
bilangan maksimum pelajar yang akan menggunakan ruang kerja di dalam bengkel.
Kebiasannya keluasan stor yang diperlukan untuk sesebuah bengkel ialah 18 kaki
lebar dan 34 kaki panjang.
Jadual 5.2 Keluasan ruang di dalam bengkel berdasarkan jenis aktiviti
Jenis aktiviti

Keluasan diperlukan
seorang pelajar

Kerja berat bengkel


mesin
Kerja sederhana pertanian
Kerja ringan - elektrik

100 kaki persegi

Anggaran keluasan
minimum bagi 10
orang pelajar
1000 kaki persegi

50 kaki persegi

500 kaki persegi

30 kaki persegi

300 kaki persegi

Semasa merancang ruang kerja di bengkel beberpa faktor yang perlu dipertimbangkan. Iaitu ;

kenal pasti bilangan individu akan bekerja di sesuatu stesen pada satu masa.

Keluasan ruang yang diperlukan untuk pelajar bekerja dengan selesa dan bergerak dengan
selamat.
anggaran saiz bahan yang maksimum yang akan digunakan di bengkel berkenaan.

Corak aliran kerja di bengkel perlu diambil kira di dalam pengurusan bengkel bagi membentuk
bengkel yang berkesan. Corak pergerakan pelajar dalam bengkel adalah perlu ;

lorong pergerkan utama yang lebar


pelajar boleh bergerak dengan mudah untuk mendapatkan alat dan bahan tanpa perlu
mengganggu kerja rakan yang lain.
jarak antara tempat kerja dengan tempat simpanan bahan tidak jauh.
mempunyai beberapa lorong yang lurus untuk membolehkan pelajar bergerak pergi dan
balik dengan selesa.
bahan yang panjang seperti papan dan kayu, boleh dibawa dari stor ke tempat kerja tanpa
perlu membahayakan pelajar.
memudahkan kawalan guru terhadap kerja pelajar di stesen.
menyediakan persekitaran kerja yang selesa dan selamat kepada pelajar
membolehkan kerja di dalam bengkel dijalankan dengan berkesan dan mengurangkan
pembaziran masa semasa amali dilaksanakan.

Di dalam bengkel faktor penglihatan adalah amat penting. Guru sentiasa boleh melihat semua
kawasan kerja pelajar bagi tujuan keselamatan. Reka bentuk bengkel yang baik perlu bagi guru
penglihatan dari jarak jauh juga. Oleh itu bengkel perlu ;

Bengkel berbentuk L dan mempunyai kawasan berasingan.


jangan membina pemisah dinding bagi menghalang pemandangan di dalam bengkel.
alatan yang besar perlu diletakan di tepi dinding di mana ia tidak akan mengganggu
pandangan guru.
tiada tiang atau atau mesin yang besar mengganggu pandangan.

Selain itu faktor pendengaran penting bagi guru mengawal aktiviti amali di dalam bengkel.
Bunyi yang ganjil dari mesin, mungkin disebabkan ia tidak dapat berfungsi dengan baik.
Mungkin juga pelajar tidak dapat mengendalikan mesin dengan betul dan perlu mendapat
perhatian dari guru dengan segera. Guru perlu menegur kesalahan pelajar bagi tujuan
keselamatan pelajar dan mencegah kerosakan sesuatu mesin.

Prinsip Pengendalian dan Pegurusan Bengkel


Pengendalian dan pengurusan bengkel oleh guru perlu kepada prinsip pengendalian dan
pengurusan bengkel yang berkesan. Iaitu ;
a- Menghasilkan sebuah bengkel yang berkesan Susunan alatan, bahan dan kelengkapan
yang terdapat dalam bengkel perlu dilaksanakan dengan teratur dan kemas. Susunan yang teratur
dapat membantu pelajar melaksanakan amali dengan berkesan.
b- Mewujudkan persekitaran yang selamat Persekitan bengkel yang selamat dapat
membantu kesihatan pelajar sepanjang mereka melaksanakan latihan di bengkel. Bengkel perlu
kepada kemudahan pengcahayaan yang baik, sistem pengudaraan yang berfungsi dengan baik,
sistem penyerapan bunyi yang baik dan peralatan dan mesin yang digunakan oleh pelajar dengan
selamat.
c- Kawalan guru sepanjang masa Guru boleh memiliki garis penglihatan yang baik di semua
bahagian di dalam bengkel. Guru dapat mendengar bunyi peralatan dan mesin yang sedang
beroperasi dan mempunyai kemudahan laluan yang cepat ke semua arah dan bahagian di dalam
bengkel.
d- Mewujudkan pencahayaan yang baik kepada pengguna bengkel Bengkel perlu kepada
pengcahayaan yang mencukupi, penggunaan warna, susunan bengkel, ruang dan semua faktor
yang memberi kesan penglihatan kepada latihan amali pelajar. Ruang pengcahayaan yang baik
akan mendorong minat pelajar, keselamatan kerja pelajar dan meningkat produktiviti pelajar.
e- Mewujudkan pengudaraan yang baik kepada pengguna bengkel Bengkel perlu kepada
pengudaraan yang segar, tiada bau busuk dan bau tidak menyenangkan bertujuan memberi
keselesaan kepada pelajar untuk melaksanakan amali dengan gembira. Jika perlu bengkel perlu
ada kipas dan penapis udara supaya pelajar rasa segar semasa berada di bengkel.
f- Mewujudkan keselamatan kepada semua mesin, alatan dan bahan di dalam bengkel
Pelajar perlu kepada keselamatan semasa menggunakan mesin, alatan dan bahan. Pelajar juga
perlu mengendalikan semua perkara yang perlu dalam bengkel dengan selamat. Pelajar perlu
tahu semua perkara dalam bengkel amali mereka. Bengkel juga perlu direka bentuk bagi
mengelakkan kerosakan, kehilangan dan elemen-elemen negatif yang lain dalam mengekalkan
keselamatan bengkel.
g- Keperluan psikologi pelajar Pengendalian dan pengurusan bengkel perlu dapat
menghasilkan persekitaran yang membentuk sikap yang baik antaranya menjaga kebersihan,
berdisiplin, berdidikasi, rajin, seronok dan gembira. Pada masa yang sama ia membentuk
kesihatan mental yang baik kepada pelajar seperti rasa selamat, tersusun, sistematik, kepuasan
dan mahu datang lagi. Secara langsung ia akan meningkatkan produktiviti kerja kepada pelajar.

Idea

Apakah ciri-ciri yang perlu ada bagi sebuah bengkel yang berkesan di dalam
pengajaran amali ketukangan kayu ?

Rumusan
Dalam bab ini anda telah mempelajari reka bentuk bengkel yang berkesan dari jenis ruang di
dalam bengkel, pencahayaan di dalam bengkel, pengudaraan di dalam bengkel dan keselamatan
bengkel serta ciri-ciri penting yang perlu dipertimbangkan semasa merancang ruang tersebut.
Pendedahan tentang menghasilkan reka bentuk bengkel yang berkesan juga perlu. Dalam
merancang sesebuat bengkel yang berkesan perlu mengetahui kecukupan ruang, pencahayaan,
pengudaraan dan keselamatan berdasarkan jenis amali bengkel yang akan dilaksanakan.

TAJUK 6 :
PENGURUSAN KEWANGAN DAN BAHAN
Sinopsis
Pendidikan Teknik dan Vokasional merupakan satu pendidikan yang unik kerana ia bukan
melibatkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tetapi juga di dalam bengkel. Oleh itu
dalam unit 5, anda telah didedahkan kepada pengurusan dan kawalan bengkel dengan tujuan
untuk mewujudkan sebuah bengkel yang berkesan. Dalam unit ini, anda akan didedahkan kepada
pengurusan kewangan dan bahan untuk mata pelajaran teknik dan vokasional. Dalam unit 6 akan
membincangkan tentang pengurusan kewangan dari segi punca dan sumber serta perancangan
perbelanjaan bengkel di sekolah anda. Dalam unit 6 anda juga akan didedahkan kepada proses
perolehan bahan dan alatan serta membincangkan tentang kawalan stok dan inventori. Ia akan
memperkenalkan cara membuat inventori yang sistematik. Bab terakhir unit ini, akan mengkaji
tentang proses pelupusan harta kerajaan. Proses pelupusan merupakan satu pengetahuan yang
perlu untuk semua guru.

Objektif pembelajaran
Di akhir unit ini, anda seharusnya dapat :

1. Menyatakan punca kewangan pengurusan bengkel sekolah dan proses membuat


perancangan perbelanjaan bengkel sekolah;
2. Menjelaskan maksud perolehan atau pembelian serta prosesnya;
3. Menerangkan tentang kawalan stok dan inventori serta cara membuat inventori yang
sistematik; dan
4. Mengkaji tentang proses pelupusan harta kerajaan khususnya berkaitan peralatan dalam
bengkel.

6 PENGURUSAN KEWANGAN
Sinopsis
Selain daripada menjalankan tugas sebagai pengurus bengkel, guru juga perlu bertindak sebagai
pengurus kewangan untuk memastikan segala kemudahan pengajaran dan pembelajaran dapat
disedakan kepada semua pelajar. Di dalam bab ini anda akan didedahkan kepada prinsip-prinsip
asas pengurusan kewangan, prosedur dan borang yang perlu digunakan untuk membuat
perbelanjaan dan peyimpanan buku rekod.
Objektif
Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan sumber kewangan pengurusan bengkel sekolah;
2. Membincagkan sekurang-kurangnya dua tugas utama seorang guru bengkel di sekolah;
dan

3. Menyatakan sekurang-kurangnya 2 perkara penting yang perlu diambil kira di dalam


proses membuat perancangan perbelanjaan bengkel sekolah.

6.1 Sumber Kewangan


Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian anda bagaimanakah pihak pengurusan sekolah
mendapatkan sumber kewangan bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
sekolah?
Guru-guru di dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional harus menjadikan matlamat untuk
menyediakan kemudahan pendidikan vokasional kepada semua pelajar yang berkelayakan tanpa
pengecualian yang berpunca dari masalah kekurangan sumber kewangan. Oleh itu, sebelum anda
membuat proses perancangan kewangan, anda perlu mendapatkan jawapan bagi persoalanpersoalan berikut:
(i)

Apakah sumber kewangan yang digunakan disekolah untuk membeli keperluan


aktiviti pengajaran dan pembelajaran?

(ii)

Apakah dasar kerajaan di dalam penyediaan kemudahan kewangan bagi aktiviti


pengajaran di sekolah?

(iii)

Punca kewangan sekolah boleh di dapati daripada tiga sumber iaitu:

Kerajaan:

Diterima daripada yuran pengajian yang dibayar oleh setiap pelajar


Pelajar / Ibubapa:
Bantuan atau peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan seperti peruntukan berdasarkan
mata pelajaran, Biasiswa Kecil Persekutuan, Biasiswa daripada Bank/Yayasan, Yuran
Peperiksaan dan lain-lain.

Orang awam:
Wang yang diterima daripada orang awam termasuklah derma serta pungutan yang
dibenarkan oleh Pengarah Pendidikan Negeri untuk menambah tabungan sekolah.
Oleh itu, wang yang diterima oleh sekolah boleh diklasifikasikan kepada tiga kumpulan
seperti jadual 6.1:
Jadual 6.1 : klasifikasi punca kewangan sekolah
Klasifikasi
Kumpulan Wang Kerajaan

Punca / Sumber
Peruntukan dan bantuan daripada kerajaan

Kumpulan Wang Suwa

Derma orang ramai / penjaga,


Yuran majalah sekolah,
Hasil sewa kanti dan lain-lain

Kumpulan Wang Asrama

Yuran makanan,
Yuran khas sekolah,
Bantuan makanan dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, punca utama kewangan untuk pengurusan bengkel di sekolah diperolehi
daripada peruntukan oleh kerajaan untuk setiap orang pelajar. Jumlah peruntukan per kapita bagi
program Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Malaysia ialah seperti berikut:
i.Kemahiran Hidup - RM40.00 seorang pelajar setahun
ii.Lukisan Kejuruteraan - RM65.00 seorang pelajar setahun
iii.Teknologi Kejuruteraan - RM65.00 seorang pelajar setahun
iv.Reka Cipta - RM65.00 seorang pelajar setahun
v.Teknologi Maklumat - RM65.00 seorang pelajar setahun
vi.Sains Pertanian - RM35.00 seorang pelajar setahun
vii.Ekonomi Rumah Tangga - RM35.00 seorang pelajar setahun
(sumber : Pekeliling kewangan Bil.3 bahagian Kewangan KPM, 1995)
Peruntukan ini perlu menjadi garis panduan kepada guru dan pentadbir untuk digunakan sebaik
yang mungkin bagi membolehkan setiap pelajar mendapat kemudahan yang sepenuhnya bagi
menjalankan aktiviti pembelajaran sepenuhnya di sekolah.Ia juga perlu menjadi panduan guru
untuk merancang perbelanjaan dan pengiraan kos yang meliputi perancangan kemudahan
pembelajaran jangka pendek dan jangka panjang. Ini termasuklah perancangan pembelian harta
tetap, alat dan kelengkapan, penyelenggaraan, alat bantu mengajar, bahan dan juga
perkembangan mata pelajaran (buku rujukan atau kursus) di sekolah.
Pada pandangan anda.
Mengapakah punca kewangan sekolah perlu diklasifikasikan mengikut punca atau sumber
perolehan?

Latihan 6.1
Cikgu Zaiton telah dilantik Sebagai Ketua Panitia Pendidikan Teknikal dan Vokasional di
Sekolah Menengah Seri Mahkota.Salah satu daripada tanggungjawab yang perlu dijalankan oleh
cikgu zaiton ialah membuat anggaran tahunan untuk sekolah beliau. Oleh itu, anda dikehendaki

membantu Cikgu Zaiton mengenalpasti jumlah bantuan kewangan yang akan diperolehi dari
Kementerian Pendidikan untuk sesi pengajaran yang akan dating berdasarkan maklumat berikut:
Kursus
Kemahiran Hidup
Lukisan Kejuruteraan
Teknologi Kejuruteraan
Reka Cipta
Teknologi Maklumat
Sains Pertanian
ERT

Bil. Kelajar

Jumlah Bantuan
Kewangan
(RM)

55 orang
18 orang
14 orang
42 orang
24 orang
26 orang
25 orang

ANGGARAN JUMLAH KESELURUHAN

6.2 Membuat Perancangan Pembelajaran


Mengapakah guru-guru perlu mengetahui perancangan perbelanjaan jhususnya pada setiap awal
tahun ?
Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian di dalam proses membuat perbelanjaan
pengurusan kewangan di sekolah. Pertama guru mesti jelas bidang tugas guru, kedua guru mesti
mengetahui dasar-dasar yang perlu diikuti dan ketiga guru perlu mengetahui prosedur-prosedur
yang perlu dilalui di dalam membuat bajet kewangan sekolah.

6.2.1 Bidang Tugas Guru


Di antara bidang tugas guru di dalam proses membuat perancangan perbelanjaan termasuklah
menyelia dan mengawal rekod kewangan dengan tepat iaitu melibatkan aktiviti mencatatkan
jumlah wang masuk dan jumlah wang keluar.
Guru juga perlu menyediakan senarai keperluan untuk program pengajaran dengan mengambil
kira keperluan jangka masa pendek dan jangka masa panjang.Sebagai contoh keperluan jangka
masa pendek tertumpu kepada keperluan semasa seperti alatan dan bahan pengajaran.Contoh
keperluan alatan ialah gerudi, tukul dan sebagainya manakala keperluan bahan pengajaran ialah

semua bahan habis guna seperti kayu, cat, kain, kabel dan sebagainya. Keperluan jangka masa
panjang mungkin di ambil kira dari segi keperluan kurikulum atau bengkel pada masa akan
datang seperti keperluan mesin atau harta tetap baru, perabot, tambahan ruang dan sebagainya.
Setelah membuat cacatan keperluan, guru berkenaan bertanggungjawab pula untuk
mendapatkan kelulusan daripada pihak yang bertanggungjawab untuk mendapatkan sumber
kewangan dan membeli keperluan tersebut.
IDEA
ANDA

Anda dikehendaki melakarkan satu carta alir yang menunjukkan proses perancangan
perbelanjaan di sekolah anda atau di tempat di mana anda pernah bekerja.

6.2.2 Guru Membuat Perancangan Perbelanjaan


a) Menyediakan Anggaran Perbelanjaan
Anggaran perbelanjaan yang perlu dibuat oleh guru dua atau tiga bulan sebelum akhir
tahun pada setiap tahun. Oleh kerana peruntukan kewangan yang disediakan oleh
kerajaan adalah berdasarkan bilangan pelajar, guru perlu mengambil kira bilangan pelajar
semasa (enrolmen semasa) ketika membuat anggaran bilangan alatan, kelengkapan dan
bahan yang diperlukan untuk aktiviti pengajaran untuk tahun hadapan. Daripada
anggaran keperluan alatan dan bahan guru perlu membuat cadangan pembelian mengikut
spesifikasi yang telah dikenal pasti terlebih dahulu oleh guru.
b) Alat Bantu Mengajar
Sebuah bengkel yang baik juga perlu dilengkapi dengan alat abntu mengajar (ABM) yang
berkualiti bagi membantu pengajaran guru. Oleh itu, pembelian ABM ini perlu dirancang
oleh guru dan dimasukkan dalam senarai perancangan perbelanjaan bengkel.
c) Rekod Penyelenggaraan

Guru juga perlu menyemak rekod servis atau penyelenggaraan di bengkel bagi merancang
keperluan penyelenggaraan terhadap mesin dan alatan pada tahun hadapan. Keperluan
bajet untuk penyelenggaraan alatan dan mesin amat penting untuk diambil kira kerana
selain daripada ia dapat membantu memanjangkan jangka hayat mesin dan alatan ia juga
dapat mengurangkan risiko pembaziran. Oleh itu, peruntukan kewangan perlu mengambil
kira faktor ini agar ia dapat ditambah di dalam perancangan kewangan terbabit.
d) Perubahan Kurikulum
Oleh kerana kurikulum sekolah sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa maka
perancangan perbelanjaan turut meliputi perancangan perkembangan mata
pelajaran.Perancangan ini meliputi perancangan pembelian buku rujukan tambahan dan
juga kursus yang diperlukan oleh guru bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
mengikut keperluan masa.
e) Rekod Inventori
Selain daripada itu, guru juga perlu membuat semakan terhadap rekod inventori dan stok
yang terdapat di bengkel. Tujuan semakan ini adalah untuk mengetahui jumlah alatan dan
bahan yang belum habis digunakan dan masih boleh digunakan untuk keperluan pengajaran
masa akan datang. makan jumlah keperluan tadi perlu ditolak dengan jumlah alatan,
Kelengkapan dan bahan yang masih boleh digunakan di dalam panel alat atau bilik stor
bagi menganggarkan jumlah peruntukan kewangan sebenar yang diperlukan. Sekiranya
dasar ini tidak diambil kira masalah yang timbul ialah pembaziran dan masalah ruang untuk
menyimpan alatan atau bahan yang berlebihan.
f) Rekod Hutang
Dasar yang terakhir ialah melihat rekod-rekod hutang perbelanjaan tahun semasa untuk
diambil kira dan ditambah didalam peruntukan perbelanjaan pada tahun hadapan.Langkah
ini perlu diambil kira supaya guru tidak membuat anggaran yang melebihi peruntukan yang
disediakan dan mengelakkan masalah hutang lapuk.
Setelah perancangan perbelanjaan disediakan, ia akan diserahkan kepada penyelaras. Penyelaras
kemudiannya akan mengadakan mesyuarat dengan semua pengurus makmal bagi menyediakan
anggaran perbelanjaan tahunan semua bengkel-bengkel yang terdapat di sekolah. Langkah
seterusnya penyelaras akan membincangkan anggaran perbelanjaan dengan Pengetua bagi
mendapatkan kelulusan. setelah cadangan perbelanjaan diluluskan guru perlu memulakan proses
pembelian alatan. Lampiran 6.1 adalah contoh format borang bagi membuat anggaran
perbelanjaan oleh pengurus bengkel Kemahiran Hidup.Lampiran 6.2 adalah contoh borang untuk
membuat anggaran belanjawan keseluruhan.sila rujuj Lampiran 6.1 dan 6.2 di akhir bab ini.
Disamping penjelasan diatas, anda juga boleh merujuk kepada rajah 6.1 untuk membuat
perancangan perbelanjaan bengkel di sekolah.
Anggaran Perbelanjaan
(2 Atau 3 Bulan Sebelum Akhir Tahun )
Jumlah Peruntukan Kerajaan
(Rm
X Bil. Pelajar)

Pengurusan Bengkel A
(Anggaran Perbelanjaan)

Pengurusan Bengkel B
(Anggaran Perbelanjaan)

Pengurusan Bengkel C
(Anggaran Perbelanjaan)

Penyelaras
(Mengadakan Mesyuarat Anggaran Perbelanjaan)
Perbentangan/Pengesahan/Perbelanjaan
(Perbincangan/Kelulusanperbelanjaan)
Proses Membuat Pesanan Dan Pembelian
Penerimaan
-Nota Hantaran
-Alatan/Bahan
-Invois

Merekod
Inventori / Kad Stok
Pengagihan Penggunaan

RAJAH 6.1 : Carta Perancangan Perbelanjaan Bengkel Disekolah

Perbandingan pengurusan perancangan perbelanjaan di sekolah anda atau di tempat di mana anda
pernah bekerja dengan yang dicadangkan di dalam teori di atas.

IDEA
ANDA

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang pengurusan kewangan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia, sila lawat laman web berikut :
http://www.moe.gov.my/pekeliling/frinpek.html

LAMAN
WEB

anda dikehendaki meniliti prosedur dan langkah yang perlu diambil kira jika sekolah anda ingin
memperoleh computer melalui kewangan kerajaan.
Latihan 6.2
Anda telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga pengurusan makmal lukisan kejuruteraan
dimana seramai 45 orang pelajar yang akan menggunakan makmal tersebut pada sesi
persekolahan akan datang.
1. Anggarkan jumlah peruntukan kerajaan yang akan diterima pada tahun hadapan.
Jawapan :

LATIHAN

2. Daripada senarai semak yang telah dibuat didapati inventori dan stok yang masih boleh
digunakan bernilai sebanyak RM 300.00. Oleh itu, anda telah mencadangkan pembelian alatan
dan bahan dengan anggaran kos RM 1500 sahaja pada tahun hadapan. Selain daripada itu
makmal juga berhutang dengan beberapa orang pembekal dengan jumlah RM 445.00.Terdapat
beberapa mesin yang perlu diservis dengan anggaran perbelanjaan RM 150.Oleh kerana terdapat
perubahan di dalam kurikulum pada tahun hadapan anda telah memperuntukan sebanyak RM500
untuk menghantar guru-guru menghadiri kursus dan RM200 untuk membeli alat bantu mengajar
yang baru. Anda dikehendaki mengira jumlah anggaran perbelanjaan yang diperlukan oleh
bengkel anda pada sesi persekolahan akan datang.
Jawapan :

3. Adakah anggaran yang anda buat melebihi peruntukan oleh kerajaan?


Ya / Tidak

RUMUSAN
Di dalam tajuk ini, anda telah mempelajari 4 perkara utama iaitu punca kewangan pengurusan
bengkel, bidang tugas guru bengkel dan dasar membuat perancangan perbelanjaan.Anda
seharusnya sudah memahami :
i.
ii.
iii.

Apakah punca kewangan pengurusan bengkel sekolah


Bidang tugas guru bengkel; dan
Dasar-dasar yang perlu diikuti semasa membuat perancangan perbelanjaan bengkel
sekolah.

Lampiran 6.1
Contoh format borang untuk membuat anggaran perbelanjaan.
NAMA SEKOLAH
ANGGARAN PERBELANJAAN
MATA PELAJARAN: KEMAHIRAN HIDUP
BAGI TAHUN 200
TINGKATAN: 1
Bahagian
Teras

Elektif
1. KMT

Kos
seunit
(RM)

Jumlah
Pelajar

Jumlah
Kos
(RM)

Jumlah
Besar Kos
(RM)

Contoh:
1. penguji luar
2
3

RM
RM
RM

RM
RM
RM

RM

Contoh:
1. Lukisan Teknik
2
3

RM
RM
RM

RM
RM
RM

RM

2. ERT

3. PERT

4.PENYELENGGARAA
N

ABM

PERKEMBANGAN

Contoh:
1. Masakan
2
3

RM
RM
RM

RM
RM
RM

RM

Contoh:
1. Sayur-sayuran
2
3

RM
RM
RM

RM
RM
RM

RM

Contoh:
1.Pengerudi tangan
2.Mesin Jahit Tepi
3

RM
RM
RM

RM
RM
RM

RM

Contoh:
1. Slide
2
3

RM
RM
RM

RM
RM
RM

RM

Contoh:
1. Kursus
2. Buku .

RM
RM

RM
RM

RM

JUMLAH
RM XXX
(Nota: Format yang sama boleh digunakan untuk membuat anggaran bagi tingkatan 2 dan 3)

Lampiran 6.2
Contoh borang untuk membuat anggaran belanjawan keseluruhan.
NAMA SEKOLAH
ANGGARAN PERBELANJAAN
MATA PELAJARAN: KEMAHIRAN HIDUP
Tingkatan

Jumlah
Pelajar

Peruntukan
Perkapita
Seorang
Pelajar (RM)
40

Jumlah
(RM)

Jumlah
Anggaran
Perbelanjaan
RM

(Nota: Jumlah
Pelajar x
RM XXX
RM40.00) =
RM

Baki
RM

40

40

PENGURUSAN ALATAN DAN BAHAN-PEROLEHAN/PEMBELIAN


Sinopsis
Di dalam tajuk lalu kita telah melihat bagaimana prosedur yang perlu diikuti oleh guru
terutamanya pengurus-pengurus bengkel semasa membuat perancangan perbelanjaan bengkel.
Setelah perancangan perbelanjaan tersebut diluluskan maka guru perlu melakukan proses
seterusnya iaitu proses perolehan bahan dan alatan. Di dalam proses perolehan bahan dan alatan
terdapat dua perkara penting yang perlu diberi perhatian iaitu proses membuat pesanan dan
proses membeli bahan dan alatan tersebut.

Objektif
Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan maksud perolehan atau pembelian;

2. Menyatakan dasar perolehan yang perlu menjadi garis panduan pihak pengurusan;
3. Membezakan kaedah pembelian dengan kaedah sebut harga dan tender; dan
4. Menyatakan tindakan-tindakan penting yang perlu diambil semasa proses terimaan
barangan dan alatan.

7.1 Perolehan / Pembelian


Mengapakah proses perolehan atau pembelian merupakan satu pengetahuan yang penting untuk
guru-guru teknik dan vokasional?
FIKIR
????

Perolehan bermaksud mendapatkan suatu barangan atau perkhidmatan dengan mengikuti tatacara
yang telah ditetapkan oleh Perbendaharaan atau yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa yang
dilantik mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh Perbendaharaan.
Manakala maksud pembelian pula ialah suatu urusan permintaan perolehan bekalan atau
perkhidmatan mengikut kehendak sesebuah agensi pada semua kemungkinan harga, sama ada
pembelian runcit melalui pesanan tempatan atau pembelian melalui kontrak pusat.

7.1.1 Pematuhan Prosedur Perolehan / Pembelian


Dasar penting dalam pembelian atau perolehan yang perlu diambil kira ialah:
(i) utamakan Syarikat Bumiputera
(ii) berdaftar dengan Kementerian Kewangan; dan
(iii) utamakan barang-barang buatan tempatan
Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting di dalam proses pembelian ialah memastikan
pembelian yang dibuat adalah paling menguntungkan dari segi harga, kualiti dan kegunaannya.

7.1.2 Kaedah-kaedah pembelian


Setelah mendapatkan kelulusan daripada pengetua seperti yang telah diterangkan di dalam bab 6,
amaun pembelian hendaklah disemak untuk menentukan kaedah pembelian dilaksanakan dengan
menggunakan langkah-langkah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 7.1.
Jadual 7.1 : Kaedah membuat pembelian
AMAUN PEROLEHAN
Kurang RM 100.00
Kurang RM 10.000.00 setahun

TINDAKAN
Gunakan panjar wang runcit (petty cash)
Pembelian runcit melalui pembekal tidak
berdaftar dengan Kementerian Kewangan
Melebihi RM 10.000.00 dan kurang dari RM Pembelian runcit daripada pembekal yang
50.000.00 setahun
mendaftar dengan Kementerian Kewangan
Pembelian bernilai RM 20.000.00 hingga RM Mempelawa sebut harga sekurang-kurangnya
50.000.00 setahun
daripada 5 pembekal mendaftar
Pembelian melebihi RM 50.000.00
Tender terbuka

(a) Pembelian Secara Tunai (PWR)


Pembelian menggunakan bil tunai yang tidak melebihi RM50.00 hendaklah dilakukan dalam
sistem panjaran wang runcit dan tidak memerlukan pesanan tempatan (local order)
(b) Pembelian Runcit Melalui Pesanan Tempatan (Local Order)
Pembelian melalui pesanan tempatan perlu melalui jawatankuasa pembelian. Jawatankuasa
pembelian terdiri daripada pengawai-pengawai yang dilantik seperti yang ditunjukkan dalam
jadual 7.2.
Jadual 7.2 Jawatankuasa pembelian melalui pesanan tempatan

Ahli
Pengetua

Peranan
Pengerusi

Guru penolong kanan, Ahli


guru
kanan
mata jawatankuasa
pelajaran atau guru

Tugas
Memberi anggaran peruntukan mengikut pecahan
unit
Mengadakan perbincangan dengan guru-guru
mata pelajaran berkenaan perancangan pembelian
alatan dan bahan berdasarkan stok semasa dengan

Kanan panitia

menggunakan borang seperti di dalam lampiran


7.1 untuk diserahkan kepada pengerusi yang
membuat keputusan.

Sekiranya perancangan pembelian telah diluluskan oleh pengetua maka proses yang seterusnya
adalah seperti berikut :
i.

Menawarkan sebut harga kepada sekurang-kurangnya lima pembekal tempatan;

ii.

Jawatankuasa pembelian memilih pembekal yang dipersetujui;

iii.

Mengisi borang local order (LO) (rujuk lampiran 7.2) dalam 3 salinan, 2 (asal dan
pendua) salinan dihantar kepada jpn beserta tawaran sebut harga yang telah dipilih oleh
jawatankuasa pembelian;

iv.

Pihak jabatan akan mengembalikan borang lp yang telah diluluskan ke sekolah; dan

v.

Pihak sekolah hendaklah mengirim borang pesanan (lampiran 7.3) dalam 3 salinan di
mana: 2 (asal dan pendua) salinan dihantar kepada pembekal.

(c) Pembelian Melalui Sebut Harga


Ahli jawatankuasa sebut harga mengandungi 3 orang: seorang daripadanya adalah daripada
kalangan pegawai kumpulan A, 2 orang pegawai dari kumpulan B, setelah mendapat
kelulusanproses seterusnya adalah seperti berikut:
i.

Sebut harga hendaklah dipelawa sekurang-kurangnya daripada 5 pembekal;

ii.

Sebut harga hendaklah menggunakan borang seperti di dalam lampiran 7.4 dengan
syarat-syarat berikut:

Pihak sekolah hendaklah memberi gambaran yang jelas kepada firma-firma dan
keutamaan pemilihan berdasarkan kualiti
Nama dagangan atau jenama tidak boleh digunakan
Jika kurang daripada 5 pembekal, jawatankuasa sebut harga mestilah berpuas
hati dengan bilangan pembekal yang ada dan keputusan dibuat mengikut A.P.
169.

iii. Menetapkan kaedah pemberitahuan sebut harga sama ada melalui pos berdaftar atau
serahantangan.

Secara keseluruhannya proses perolehan/pembelian barangan dan alatan secara sebut harga boleh
diringkaskan di dalam rajah 7.1 di bawah.
(d) Pembelian Melalui Tender
Ahli jawatankuasa tender terdiri daripada pegawai pendidikan daerah/pengarah pendidikan
negeri. Setelah mendapat kelulusan cadangan pembelian proses yang seterusnya adalah seperti
berikut:
i.

Iklan dan publisiti perlu dilakukan bagi nilai tender RM 50,000.00 keatas.

ii.

Syarat bagi wang sandaran / deposit


Semua tender bagi bekalan dan perkhidmatan yang nilainya melebihi RM 50,000.00
mestilah disertai dengan wang sandaran/pertaruhan berjumlah sebanyak 2 % daripada
amaun yang ditenderkan. Deposit boleh dibuat dalam bentuk wang tunai atau jaminan
bank (bank guarantee)daripada bank diluluskan perniagaannya di malaysia.

iii.

Keputusan :
Dalam pelawaan tender, hendaklah dinyatakan bahawa jika penender enggan
menandatangani sesuatu kontrak selepas tendernya dipersetujui untuk diterima atau
menarik balik tendernya, deposit akan dirampas. Deposit tender yang tidak berjaya
hendaklah dikembalikan

IDEA
ANDA

Apakah perbezaan pembelian melalui sebut harga dengan tender ?

Menyediakan spesifikasi alat dan bahan

MMmmmMMendapatkan
sebut harga
(quotation)
Mendapatkan sebut harga
(quotations)

jjJawatankuasa
sebutharga
harga memilih
memilih pembekal
Jawatankuasa
sebut
pembekal

Membuat pesanan
pesanan
Membuat

Menerima
bahan/alatan
nota
hantaran
Menerima
bahan
/ alatandan
dan
nota
hantaran

Menerima
invois dan menandatangani sekiranya berpuas hati dengan barangan yang
Menerima invois dan menandatangani sekiranya berpuas hati dengan
barangandihantar
yang dihantar

Merekod
ke dalam
stok/inventori/kad
-kad stok
Merekod
ke dalam
stok
/ invebtori / kad-kad
stok
Invois
dicop
dengan
mencatatkan
nombor
muka
surat
dan
nombor
Invois dicop dengan mencatat nombor muka surat
dan buku
nombor stok
buku stok

Menyerah invois
kerani
kewangan
Menyerahkan
invoiskepada
kepada
kerani
kewangan
Bil-bil didaftarkanmm dalam bukju daftar pembelian harian
(lampiran 7.5) bagi mengelak berlaku pembayaran dua kali
Rajah 7.1 proses perolehan / pembelian melalui sebut harga

7.2 Terimaan Bekalan


Apabila pembekal menghantar bekalan yang dipesan bersama nota hantaran, alatan tersebut tidak
boleh terus disimpan di dalam stor. Guru atau pengurus makmal bertanggungjawab memeriksa
dan memastikan bekalan yang dihantar memenuhi setiap spesifikasi yang dinyatakan di dalam
sebut harga seperti saiz, bilangan, jenis, fungsi, warna dan dapat berfungsi dengan baik.
Sekiranya perlu, guru boleh meminta pembekal membuat penyambungan dan demonstrasi
penggunaan alatan tersebut.
Sekiranya bekalan yang dihantar tidak mengikut spesifikasi dan terdapat sebarang masalah dari
segi penggunaan dan sebagainya guru perlu memaklumkan kepada pembekal dan pastikan anda
tidak menandatangani invois yang dihantar terlebih dahulu.Sekiranya guru telah menandatangani
invois ini bermaksud guru telah bersetuju untuk menerima alat yang dihantar oleh pembekal.
Sebarang rungutan berkenaan dengan alatan tersebut mungkin tidak akan dilayan lagi oleh
pembekal dan ini akan menimbulkan masalah pembaziran kepada pihak sekolah. Maka pastikan
guru benar-benar berpuas hati barulah anda menandatangani invois yang dihantar oleh pembekal.
Guru atau pengurus bengkel bertanggungjawab juga untuk merekodkan maklumat alatan dan
bahan yang dibeli ke dalam stok dan inventori sebelum dikeluarkan untuk digunakan dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Invois yang telah ditandatangani perlu diserahkan kepada kerani
bertanggungjawab mencatatkan rekod kewangan sekolah.

kewangan yang

Bagi pembelian bahan mentah untuk pengajaran, guru berkenaan bertanggungjawab untuk
merancang keperluan alatan mengikut gerak kerja amalai yang akan dilakukan. Guru berkenaan
juga perlu menyemak stok bahan mentah dan menyediakan senarai bahan sebenar yang
diperlukan. Senarai bahan hendaklah diserah kepada pengurus makmal atau ketua bengkel untuk
dipesan mengikut prosedur di atas.

IDEA
ANDA

Apakah langkah-langkah yang anda perlu ambil apabila menerima bekalah bagi
pihak sekolah anda

LAMAN
WEB

Sekiranya anda ingin mneegtahui dengan lebih mendalam tentang pengurusan


perolehan, sila lawat laman web berikut :
http://www.treasury.gov.my/f_2nd_pekeliling.htm

Seterusnya, anda dikehendaki senaraikan syarat-syarat perolehan perisian computer untuk


kegunaan sekolah anda dengan sumber kewangan kerajaan.

Latihan 7.1
1. Apakah yang dimaksudkan dengan perolehan?

Jawapan:

2. Apakah dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan berkenaan dengan perolehan alatan
dan bahan yang akan menjadi hak milik kerajaan.
Jawapan:

3. Apakah perbezaan di antara perolehan yang boleh dibuat dengan sebut harga dengan perolehan
yang boleh dibuat dengan cara tender?
Jawapan:

4. Setelah menerima bahan dan alatan yang dipesan dan di hantar oleh pembekal, apakah
tindakan-tindakan yang perlu di ambil oleh guru atau pengurus bengkel?
Jawapan:

Rumusan
Di dalam bab ini, anda telah mempelajari 4 perkara utama iaitu definisi perolehan, dasar
perolehan, kaedah-kaedah perolehan dan terimaan bekalan.

Lampiran 7.1
Contoh borang perancangan pembelian alatan dan bahan berdasarkan stok semasa.

Bahagian (i) : Bengkel Jahitan


(Jabatan / Bahagian)
Sekolah :S.M.T JOHOR BAHRU (ii)
KAJIAN PERANCANGAN PEMBELIAN
(iii)

B il
1
2
3

(iv)

Butiran keperluan
Mesin jahit
Benang jahit tepi
Rak peralatan

(v)

Kuantiti
10
6
2
JUMLAH

Harga seunit
RM900.00
RM20.00
RM50.00

jumlah
RM9000.00
RM120.00
RM100.00
RM9220.00

Tarikh : 26.12.2000 (vi)


(vii)

Guru Penolong Kanan


S.M.T.JB

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT


Anggaran perbelanjaan tahunan sebanyak RM 9220.00 (viii)
Diluluskan : Sepenuhnya / dikurangkan kepada RM9000.00 (ix)
Tarikh : 30.12.2000 (x)
.
(xi) Pengetua
S.M.T.JB
Panduan mengisi borang
(i) Nama unit/bahagian
(ii) Nama dan alamat sekolah
(iii) Bilangan mengikut siri
(iv) Nama bekalan atau barangan
(v) Jumlah yang diperlukan
(vi) Tarikh membuat anggaran
(vii) Tandatangan dan nama ketua unit atau bahagian
(viii) Jumlah anggaran
(ix) Jumlah pindaan jika ada
(x) Tarikh kelulusan
(xi)Tandatangan persetujuan pengetua

Lampiran 7.2

Contoh borang local order (LO)


Kepada,
Pengarah pendidikan johor
(u.p : unit kewangan & akaun)
1. Pinta benarkan pembelajaan yang berikut untuk pembelian/pemasangan alatan yang bukan
berjenis ulangan yang berharga lebih daripada RM 1000.00 untuk Sekolah Menengah dan RM
500 untuk Sekolah Rendah.
Peti sejuk Nasional (i)
Model NRA 168 (ii)
Jumlah:
RM 1720.00 (iii)

RM 1720.00

2. Saya mengaku adalah kedudukan LPBT & LPK dan kira-kira kumpulan wang persendirian
sekolah saya pada tarikh ini ialah seperti berikut :Baki dibawa ke hadapan pada 1.1.2000
Penerimaan Bantuan Pertama
Penerimaan Bantuan Kedua
Penerimaan Bantuan Ketiga
Jumlah yang diterima setakat ini
Tolak : Perbelanjaan yang dibuat
Setakat tarikh ini
Hutang-hutang yang tertanggung
Simpanan untuk tuntutan Pengangkutan
perjalanan.
Jumlah Perbelanjaan sehingga ini
Baki yang ada

RM 12470.00(iv)
RM 11400.00
RM 8490.00 (v)
RM 11580.00
RM 31470.00 (vi)
RM 11069.40 (vii)
RMRM-

(viii)
(ix)
RM 11069.40
RM 33349.06

3. Senarai Sebutharga disertakan


4. Dengan ini diakui baki LPBT & LPK dan kira-kira Kumpulan Wang Persendirian yang ada boleh
/ tidak boleh mencukupi untuk membuat semua bayaran dalam tahun ini. Sebab-sebab mengapa
pembelian / pemasangan mustahak diadakan :Untuk menyimpan bahan-bahan kimia bagi kegunaan harian khasnya (x)
semasa menjalankan peperiksaan Amali Sains SPM dan STPM.
Tarikh: 11.12.2000 (ix)
ASAL
Hendaklah dikembalikan dengan
invois tuan

Cara pengisian:
(i) Barang yang hendak dibeli
(ii) Model
(iii) Jumlah harga
(iv) Baki peruntukan pada
1hbJan
(v) Bantuan yang patut
diterima / pendapatan
(vi) Jumlah yang diterima
sehingga hari permohonan
(vii) Jumlah perbelanjaan yang
telah dibuat dari Januari hingga
hari permohonan.
(viii) Jumlah perbelanjaan yang
telah dibuat pesanan tetapi
belum terima invois.
(ix) Lain-lain tangunggan yang
diperlukan
(x) Sebab-sebab permohonan
diperlukan
(xi) Tarikh permohonan
(xii) Rujukan kelulusan jabatan
(xiii) Nombor permohonan oleh
JPNJ

Lampiran 7.3
Contoh borang pesanan

BORANG PESANAN
Tandatangan
& Cop
Sekolahjika barang-barang
Pesanan
ini akan
dibatalkan
S.M.T.
JB
tidak diterima
sebelum
tarikh yang dinyatakan

KEPADA .........................................................................
Sila bekalkan
JPNJ/KEW/034/(7)
(xii)
Jabatan Pendidikan
Johor barang-barang/laksanakan kerja yang
.........................................................................
No.
Permohonan : 64/2000 (xiii)
30.12.2000 tersebut dibawah ini kepada / untuk ......................
.................................................................................
pada atau sebelum .................................................
Pengetua
S.M.T
Bil. JB Perihal
Kuantiti
Harga Seunit
2. Permohonan di atas adalah dibenarkan / tidak dibenarkan / seperti dipinda
Pesanan tempatan akan dikeluarkan oleh Jabatan ini terus ke syarikat yang berkenaan supaya
dibekalkan mesin tersebut terus ke sekolah tuan,puan beserta bilnya untuk dibayar.

JUMLAH

Tandatangan
PENGARAH PENDIDIKAN JOHOR
Jumlah dalam perkataan :

RM .....................................................

No. Siri

Jumlah

.......................................................
Tandatangan guru/pegawai yang
Bertanggungjawab membuat pesanan

Disahkan oleh :
.....................................................................
Jawatan :
Tarikh :

.............................................................
Nama :

PEMBAYARAN TIDAK DIBUAT JIKA PERAKUAN MENGENAI MUTU TIDAK


DIPENUHKAN ATAU JIKA NASKAH INI TIDAK DIKEMBALIKAN
PERAKUAN MENGENAI MUTU
(Hendaklah dipenuhi oleh pembekal)
Saya memperakui bahawa saya telah membekalkan barang-barang atau telah
melaksanakan kerja yang tersebut di atas mengikut surat tuan ................................................
bertarikh ..........................................................
Tarikh : ............................................

Tandatangan dan cop pembekal : ........................................


PERAKUAN
(Hendaklah dipenuhi oleh Jabatan)

Saya memperakui bahawa *(1) baeang-barang yang dipesan di atas telah diterima dan
*dikeluarkan untuk digunakan *disimpan dan direkodkan dalam Daftar Harta Modal/
Inventori / Bekalan Pejabat Kad / M.S. No. ..........................
*(2) kerja yang dibutirkan di atas telah dilaksanakan dengan memuaskan.
Tarikh : ...................................................

Tandatangan penerima : .............................................


Jawatan
:
*Potong mana yang tidak berkenaan

PESANAN DAN INVOIS DIKEMUKAKAN UNTUK PEMBAYARAN DAN DIBAYAR


DI BAWAH PERUNTUKAN ..................................................................................
Tandatangan ringkas : .............................................................

Lampiran 7.4
Contoh senarai sebut harga
Nama Sekolah
Alamat
Rujukan Tuan:
Rujukan Kami:
Tarikh
: 10.12.2000
Kepada
KREATIF STATIONARY
(NAMA DAN ALAMAT PEMBEKAL)
Johor.
Tuan,
SENARAI SEBUT HARGA BARANG-BARANG

Dengan hormatnya berhubung perkara di atas, syarikat tuan telah dipilih untuk memberikan senarai sebut harga
barang-barang seperti di bawah ini. Senarai harga ini adalah dalam tempoh satu tahun mulai 1.1.2001 hingga
31.12.2001.

Bil
1
2
3

Butiran keperluan
Mesin jahit
Benang jahit tepi
Rak peralatan

Kuantiti
Harga seunit
Jumlah
10
RM900.00
RM 9000.00
6
RM 20.00
RM 120.00
2
RM 50.00
RM 100.00
JUMLAH
RM 9220.00
Tarikh kuat kuasa senarai harga tersebut adalah selama 1 tahun mulai 1.1.2001 hingga 31.12.2001

Sekian, terima kasih,


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
.
Pengetua
(Nama Dan Alamat Sekolah)
Tarikh : 15.12.2000

T.T Pembekal
Nota:
Sediakan dalam 3 salinan, salinan asal dan pendua dihantar kepada pembekal dan ketiga untuk sekolah.

Lampiran 7.5
S 104/00 23.2.00

S 121/11 24.2.00

Suwa Asrama
Sukan
22.2.2000

23.2.2000

Tarikh
Baucer
No.
Baucer
T/tangan
Tarikh
PERUNTUKAN

TERIMAAN

BAYARAN

Contoh buku daftar pembelian harian.

MAJU ENTERPRISE JOHOR


3570
2

785

23.2.2000

1725

Sains

Kerajaan
892
22.2.2000
659
3534 10.1.2000 IKHLAS ENTERPRISE JOHOR

Tarikh
No.

AMAUN
Tarikh
No. Inv

INVOIS/BIL
Nama Pembekal
Bil.

PESANAN

PEMBELIAN

PENGURUSAN ALATAN DAN BAHAN : KAEDAH KAWALAN STOK


DAN INVENTORI

Sinopsis
Kebanyakan bengkel latihan teknikal dan vokasional dilengkapi pelbagai peralatan dan bahan
yang memerlukan pengurusan dan kawalan yang rapi. Sebagai guru di dalam bidang ini anda
akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kawalan stok dan inventori di dalam bengkel. Oelh
itu, bagi memastikan tugas ini dapat dijalankan dengan baik dan dapat menjimatkan masa dan
tenaga anda, satu prosedur kawalan stok dan inventori yang sistematik perlu digunakan.

Objektif
Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan sekurang-kurangnya 4 kepentingan kawalan stok dan inventori

2. Membezakan maksud bahan habis guna dan bahan tidak habis guna
3. Menyatakan peraturan-peraturan peminjaman alatan di bengkel yang telah di gariskan
oleh kerajaan.

8.1 Kepentingan kawalan stok dan inventori


Pada fikiran anda apakah kepentingan pengurusan kawalan stok dan inventori di bengkel sekolah
?
Sebagai guru atau pengurus bengkel adalah menjadi satu kewajipan untuk anda mengetahui
apakah bahan atau stok yang terdapat di dalam bengkel dan apakah kemudahan alat dan
kelengkapan yang disediakan di dalam bengkel terbabit.Oleh itu, tujuan sistem inventori di
makmal adalah untuk merekodkan maklumat semasa semua peralatan dan bahan yang terdapat di
dalam bengkel. Di antara kepentingannya ialah :
(i) rekod inventori di perlukan bagi memudahkan proses penyediaan perancangan perbelanjaan
bagi tahun akan hadapan;
(ii) memudahkan perancangan untuk membeli alat ganti;
(iii) sebagai panduan untuk membuat perancangan bagi membeli alatan atau bahan tambahan;
(iv) memudahkan proses pengambil alihan tugas oleh guru yang baru;
(v)rekod inventori yang baik juga dapat memudahkan guru membuat laporan pengurusan
bengkel di akhir tahun;
(vi) membantu guru untuk membuat perancangan lebih awal, oleh itu ia dapat memastikan segala
bekalan yang diperlukan dapat disediakan apabila pelajar perlu menggunakannya;
(vii) dengan memastikan bekalan yang disediakan mencukupi, secara tidak langsung ia dapat
mengelakkan berlakunya ganguan terhadap aktiviti pembelajaran pelajar;
(viii) sistem inventori turut merangkumi rekod penyelenggaraan. maka pengurusan sistem
inventori yang baik turut dapat memudahkan dan meningkatkan keberkesanan proses
penyelenggaraan; dan
(ix) kesan daripada program penyelenggaraan yang baik juga dapat mengurangkan risikonya
berlakunya kerosakan alat dan seterusnya memenjangkan jangka hayat mesin dan alatan
yang terdapat di bengkel.
Sistem inventori yang digunakan seharusnya dapat disesuaikan dengan fungsi sesuatu bengkel.
apa yang lebih penting di sini ialah memilih satu sistem inventori yang mudah dan fleksibel serta
dapat meminimumkan masa pengurusan guru.

IDEA
ANDA

Berdasarkan pengalaman anda ketika menguruskan kiraan stok akhir di sekolah atau di
tempat kerja anda apakah masalah yang sering anda hadapi?Catatkan secara ringkas
masalah-masalah tersebut di ruang yang disediakan di bawah.

8.2 Kaedah Mengawal Stok Dan Inventori


FIKIR
???

Cuba nyatakan apakah kaedah merekod stok dan inventori yang diamalkan di bengkel
sekolah anda atau tempat anda bekerja.

Di antara kaedah yang sering digunakan untuk merekod maklumat stok dan inventori ialah
sistem fail, sistem buku, borang khas dan kad. Walaubagaimanapun, kaedah kad merupakan
kaedah yang paling sesuai untuk keperluan semua jenis bengkel.Kaedah ini lebih mudah dan
lebih fleksibel. Lebih fleksibel di sini bermaksud dengan menggunakan kaedah kad ia lebih
senang untuk dipindahkan, diganti dan diubah mengikut keperluan.
Saiz kad yang di cadangkan ialah sama ada 3x 5 atau 4x 6. Proses menyediakan kad-kad ini
merupakan proses yang lebih rumit dan memakan
Masa berbanding dengan proses merekodkan maklumat inventori. Walaubagaimanapun, guru
mungkin boleh meminta bantuan pelajar dan usaha ini boleh dianggap berbaloi kerana setiap kad
boleh digunakan untuk beberapa tahun.
Bagi memastikan kad dapat digunakan dengan sistematik, ia perlu disusun mengikut keperluan
item. Pengkelasan item dibuat berdasarkan kos sesuatu item, kegunaan dan sifat item tersebut.
Item yang tidak tahan lama dengan nilai kosnya melebihi satu jumlah ( pada kebiasaannya
ditetapkan oleh pentadbir sekolah)diklasifikasikan sebagai kumpulan alatan. Maka semua item
yang tidak tahan lama di mana kosnya adalah lebih rendah daripada jumlah yang telah ditetapkan
oleh pentadbir sekolah, diklasifikasikan sebagai bahan.
Bahan pula terbahagi kepada dua kumpulan iaitu bahan habis guna dan bahan tidak habis guna.
Jika merujuk kepada kos bahan habis guna, kosnya adalah lebih rendah daripada nilai kos
minima tertentu yang ditetapkan oleh pihak pentadbir sekolah. Item ini juga tidak boleh disimpan
lama seperti cat, minyak enjin, varnis, dan lain-lain lagi.Sistem penyimpanan item sebegini
perlulah dapat memudahkan guru untuk membuat semakan dari masa ke semasa supaya guru
dapat memastikan bekalannya adalah mencukupi.
Manakala bagi bahan tidak habis guna pula ia merujuk kepada bahan yang perlu diganti atau
ditambah disebabkan rosak, hilang atau berlaku penambahan pelajar. Maklumat yang perlu

dicatatkan di dalam kad inventori item tidak habis guna ialah nama, spesifikasi, tarikh
pembelian, harga, nama pembekal dan alamat. Inventori bagi bahan tidak habis guna hanya perlu
disemak dan direkodkan pada setiap hujung semester persekolahan.
Alat pula terdapat dua kumpulan iaitu alat dan alat kelengkapan.Item di dalam kumpulan alat
ialah item yang kosnya lebih rendah daripada satu jumlah yang telah ditetapkan oleh pihak
pengurusan sekolah.Item ini juga bersifat separa kekal dan mudah alih. Maklumat yang perlu
direkodkan didalam kad inventori termasuklah maklumat penyelenggaraan termasuklah nama
syarikat, nombor telefon dan alamat selain daripada spesifikasi, tarikh pembelian dan harga yang
perlu menjadi rujukan penting sekiranya guru ingin membuat pembelian gentian atau tambahan
pada masa hadapan. Kad yang berasingan diperlukan bagi merekodkan setiap item yang lengkap
dengan maklumat nombor siri bagi setiap item.Inventori bagi alat perlu disemak sekali pada
setiap akhir tahun persekolahan.
Manakala bagi alat kelengkapan pula ia merujuk kepada kumpulan alat kekal dan separa kekal di
mana kos perolehannya lebih tinggi dari satu tahap jumlah yang ditetapkan oleh pentadbir
sekolah. Dengan kata lain, kos alat kelengkapan ini lebih mahal dan ia bukan tergolong di dalam
kumpulan alat mudah alih. Alat kelengkapan termasuklah mesin seperti mesin pemotong kayu,
mesin pengerudi, mesin pengetam kayu dan lain-lain lagi. Kaedah merekod, menyimpan dan
menyemak inventori bagi alat kelengkapan sama seperti item di dalam kumpulan alatan di atas.
Kumpulan seterusnya ialah kumpulan perabot.Terdapat beberapa kepentingan menyimpan rekod
maklumat perabot yang terdapat di bengkel.Pada kebiasaannya perabot yang terdapat di bengkel
mungkin di pinjam oleh pelajar atau guru untuk majlis tertentu. Oleh itu, sekiranya guru
menyimpan rekod, ia boleh membantu guru mencari dan menentukan lokasi di mana pergerakan
perabot tersebut berada sekiranya ia tidak dapat dipulangkan.
Pengkelasan item yang seterusnya ialah alat kelengkapan audio-visual di mana adakalanya ia
diletakkan di bawah kumpulan kelengkapan perabot. Maklumat yang perlu dicatatkan di dalam
inventori kad ialah nama alatan, spesifikasi, nombor siri, dan penyelenggaraan.
Secara ringkasnya pengkelasan item dapat dilihat seperti berikut :(i) bahan habis guna;
(ii) bahan habis tidak guna;
(iii) alat-separa kekal, murah dan mudah alih;
(iv) alat kelegkapan-kelak, separa kekal dan lebih mahal harganya;
(v) perabot
(vi) alat audio-visual
Terdapat juga perbezaan pendapat di dalam mendefinasikan maksud bahan dan alat.Ada sistem
sekolah yang mendefinasikan bahan sebagai item yang jangka hayat penggunaannya selama tiga
tahun atau kurang.Terdapat juga yang mengklasifikasikan bahan sebagai item yang berharga

kurang rm 10.00 setiap satu.Oleh itu sebelum menyediakan sistem inventori, guru perlu
memastikan definasi bahan dan alat kelangkapan yang diguna pakai oleh sistem pentadbiran
sekolah.
Secara ringkasnya pula maklumat yang perlu direkod di dalam kad inventori ialah:
(a) nama item
(b) jenis atau model
(c) nombor siri
(d) sumber, kos dan tarikh di terima
(e) keadaan item
(f) tarikh dan jadual penyelenggaraan
(g) maklumat-maklumat lain yang difikirkan perlu
Contoh kad inventori alat kelengkapan boleh dirujuk di dalam lampiran 8.1. Guru digalakkan
melibatkan pelajar di dalam menyediakan dan merekod inventori di bengkel. Penglibatan pelajar
bukan sahaja dapat membantu kerja guru tetapi juga boleh memberi peluang kepada pelajar
untuk mengenali dengan lebih dekat keadaan bengkel dan mengetahui jenis item dan di mana
sesuatu item disusun atau disimpan di dalam bengkel. Secara tidak langsung ia boleh membantu
guru memudahkan kerja-kerja pengurusanmakmal pada masa hadapan. Apabila sistem kad telah
siap disediakan, tambahan kad baru hanya perlu apabila terdapat item yang baru dimasukkan ke
dalam makmal.
Sekiranya terdapat item yang dilupuskan, guru mesti mencatatkan kaedah pelupusan yang telah
dijalankan dank ad tersebut perlu dipindahkan ke dalam fail tidak aktif.
Dengan perkembangan teknologi baru pada masa kini kaedah merekodkan stok atau inventori
menjadi lebih mudah.Sistem kad yang digunakan boleh dipindahkan ke dalam komputer atau
membangunkan satu sistem yang lebih canggih di mana sistem merekod dan penyimpanan rekod
menjadi lebih mudah dan tidak memakan ruang yang banyak.
Bagaimanakah stok di bengkel anda diklasifikasikan dan bagaimana anda
melakukan inventori stor di bengkel?
Layari laman web berikut umtuk mengetahui inventori stok di jabatan-jabatan kerajaan.
http://www.mampu.gov.my/bm_circweb/p_perbendaharaan/bil2_1991/pp_021991.htm
Sila nyatakan kegunaan borang kew 312 dan kew 315.

IDEA
ANDA

8.3 Pergerakan Alatan : Mengawal Peminjaman Alatan dari Bengkel


Bagaimanakah anda mengawal peminjaman alat di bengkel?

FIKIR
????

Kelengkapan bengkel untuk tujuan latihan teknik dan vokasional biasanya boleh
menarik perhatian pelbagai pihak untuk meminjam sama ada untuk tujuan peribadi
atau aktiviti tertentu yang dijalankan di dalam sekolah seperti gotong-royong,
aktiviti kokurikulum dan sebagainya. Oleh itu, setiap pengurus bengkel atau guru
bengkel perlu jelas dengan peraturan peminjaman alat di bengkel kerana adalah
menjadi tanggungjawab mereka untuk mengawal dan menjaga sebaik mungkin
segala kemudahan yang ada untuk kepentingan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

Terdapat beberapa peraturan yang jelas telah di gariskan oleh Kementerian Pendidikan
atauBahagian Pendidikan teknik dan Vokasional. Di antara peraturan tersebut ialah:
a. Peminjaman alatan dari bengkel selain daripada untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran adalah tidak digalakkan.
b. Guru-guru yang berkaitan dengan mata pelajaran berkenaan sahaja yang dibenarkan
c.
d.
e.
f.

meminjamkan kemudahan tersebut.


Sebarang peminjaman alatan hendaklah melalui penyelarasan makmal.
Penggunaan alatan tertaklul di dalam kawasan sekolah sahaja.
Penyelaras makmal perlu merekodkan ke dalam buku khas buku peminjaman alat.
Alatan yang dipinjam adalah menjadi tanggungjawab si peminjam dan memastikan
dipulangkan di dalam keadaan baik sebagaimana semasa ia diambil dari bengkel.

Di antara maklumat yang perlu direkodkan dalam buku rekod peminjaman alatan ialah:
a.
b.
c.
d.
e.

Nama sipeminjam
Tujuan meminjam
Nama alat
Kuantiti
Tarikh dan masa dipinjam

f. Tarikh dan masa dipulangkan


g. Tandatangan penyelaras makmal
h. Tandatangan si peminjam

Guru atau pengurus bengkel hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan alatan yang
dipulangkan oleh si peminjam berada dalam keadaan baik dan disimpan kembali di tempat
asalnya.

Latihan

Latihan 8.1

1. Nyatakan empat kepentingan kawalan stok dan inventori.

2. Apakah kaedah-kaedah yang boleh digunakan Jawapan:


untuk merekod maklumat stok dan inventori?
Jawapan:

3. Apakah perbezaan maksud bagi bahan habis guna dan bahan tidak habis guna
Jawapan:

4. Masalah kehilangan alatan berpunca dari peminjaman ahli masyarakat sekolah perlu diberikan
perhatian yang sewajarnya. Oleh itu satu garis panduan tentang peraturan peminjaman telah
dikeluarkan oleh kementerian berkenaan dengan masalah terbabit.Apakah peraturan-peraturan
tersebut?
Jawapan:

Rumusan
Di dalam bab ini, anda telah mempelajari 3 perkara outama iaitu kepentingan kawalan stok dan
inventori, kaedah kawalan stok dan inventori dan peraturan peminjaman stok dan inventori dari
bengkel sekolah.

Lampiran 8.1
Contoh kad inventori alat kelengkapan.
KAD INVENTORI ALAT KELENGKAPAN
(Muka Hadapan)
Nama item: No:

Pengeluar:

....

Model:No siri:
....

Saiz / kapasiti:Berat:

No pesanan belian:Tarikh terima:

Syarikat penyelenggara:

(Muka Belakang)
Rekod Penyelanggaraan Dan Membaikpulih

Tarikh

Jenis Penyelenggaraan

Tarikh

Jenis Penyelenggaraan

Rajah 8.3.1 : Contoh Kad Inventori bagi alat


kelengkapan

Soalan Tutorial
Pengenalan
Guru Pendidikan Teknik dan Vokasional selain daripada menjalankan tugas pengajaran dan
pembelajaran, mereka juga perlu bertanggungjawab terhadap pengurusan kewangan bengkel
untuk membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan sempurna pada
.setiap semester

Masalah
Pengurusan kewangan yang berkesan akan dapat memastikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan sepenuhnya mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh
kerajaan. Oleh itu, kita ingin mengetahui apakah perkara-perkara penting yang perlu diketahui
.oleh guru di dalam pengurusan kewangan bengkel di sekolah

Tugas

Dalam kumpulan 4 atau 5 orang, anda diminta untuk membincangkan apakah maklumat penting
yang perlu diketahui oleh guru dalam proses pengurusan kewangan di bengkel sekolah dan
bagaimana anda dapat merancang pengurusan kewangan bengkel sekolah dengan berkesan.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

menentukan jenis bengkel yang akan diuruskan oleh kumpulan anda;


menyenaraikan maklumat-maklumat yang perlu diketahui oleh anda dalam
prosesmengurus kewangan bengkel;
Anda dikehendaki melawat salah sebuah sekolah yang berdekatan dengan tempat anda
dan mendapatkan maklumat yang diperlukan (sila dapatkan surat kebenaran terlebih
dahulu); dan
Anda dikehendaki membuat satu perancangan perbelanjaan bagi bengkel anda untuk satu
semesta berdasarkan kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Setiap kumpulan boleh membentangkan hasil perbincangan dan perancangan perbelanjaan


bengkel masing-masing.

PENGURUSAN KEWANGAN
LATIHAN 10.1
Kursus
Kemahiran hidup
Lukisan kejuruteraan
Teknologi kejuruteraan
Rekacipta
Teknologi maklumat
Sains pertanian
ERT
ANGGARAN JUMLAH
KESELURUHAN

Bil. pelajar
55 orang
18 orang
14 orang
42 orang
24 orang
26 orang
25 orang

Jumlah bantuan kewangan


(RM)
RM 40 X 55 = RM2200.00
RM 65 X18 = RM 1170.00
RM 65 X 14 = RM 910.00
RM 65 X 42 = RM 2730.00
RM 65 X 26 = RM 1560.00
RM 35 X 26 = RM910.00
RM 35 X 25 = RM 875.00
RM 10355.00

LATIHAN 10.2
1. Peruntukan kerajaan untuk seorang pelajar : RM 65.00

Anggaran jumlah peruntukan

2.

: RM 65 x 45 = RM2925.00

Anggaran perbelanjaan

NAMA SEKOLAH
ANGGARAN BELANJAWAN BAGI TAHUN 2000
MATA PELAJARAN: LUKISAN KEJURUTERAAN

Bahagian

Jumlah
Pelajar

Jumlah Kos
RM

TINGKATAN 4 & 5

45 ORANG

RM XX

Jumlah
Besar Kos
RM

RM XX
RM XX

RM 1500.00

Hutang tertunggak
RM 445.00
Penyelenggaraan

RM 150.00
Alat Bantu Mengajar
RM X
RM X
RM 200.00
Perkembangan
RM
RM

RM 500.00
RM 2795.00

JUMLAH
NAMA SEKOLAH :
ANGGARAN BELANJAWAN KESELURUHAN BAGI TAHUN 2000
MATA PELAJARAN:
Tingkatan Jumlah
Pelajar
4&5

3.

45

Peruntukan
Per Kapita
Seorang Pelajar
RM 65.00

Jumlah

(Nota: Jumlah
Pelajar X RM65.00)
=RM 2925.00

Jumlah
Anggaran
Perbelanjaan
RM 2795.00

Baki

RM
130.00

Tidak

PENGURUSAN ALATAN DAN BAHAN PEROLEHAN / PEMBELIAN


Latihan 11.1
1. Perolehan bermaksud mendapatkan suatu barangan atau perkhidmatan dengan mengikuti
tatacara yang telah ditetapkan oleh Perbendaharaan atau yang telah diluluskan oleh
Jawatankuasa yang dilantik mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh Perbendaharaan.
2.

Dasar penting dalam pembelian atau perolehan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan
perlu diambil kira ialah:
i)
ii)
iii)

Utamakan Syarikat Bumiputra;


Berdaftar dengan Kementerian Kewangan; dan
Utamakan barang-barang buatan tempatan.

Melibatkan pembelian bernilai RM 20,000.00 hingga RM 50,000.00 setahun


Sekolah perlu mempelawa sebut harga sekurang-kurangnya daripada 5 pembekal
berdaftar

Ahli Jawatankuasa sebutharga mengandungi 3 orang: seorang daripadanya adalah


dari kalangan pegawai kumpulan A, 2 orang pegawai dari kumpulan B.

Pembelian melalui tender :

3.

Melibatkan pembelian bernilai melebihi RM 50,000.00


AhliJawatankuasa
tender
terdiri
daripada
Pegawai
Daerah
/ Pengarah Pendidikan Negeri

Pendidikan

Pembelian melalui sebutharga:

Melibatkan pembelian bernilai RM 20,000.00 hingga RM 50,000.00 setahun


Sekolah perlu mempelawa sebut harga sekurang-kurangnya daripada 5 pembekal
berdaftar
Ahli Jawatankuasa sebut harga mengandungi 3 orang: seorang daripadanya adalah
dari kalangan pegawai kumpulan A, 2 orang pegawai dari kumpulan B.

Pembelian melalui tender :

4.

Melibatkan pembelian bernilai melebihi RM 50,000.00


AhliJawatankuasa tender terdiri daripada Pegawai Pendidikan Daerah / Pengarah
Pendidikan Negeri

Tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh guru atau pengurus bengkel ialah:

Memeriksa dan memastikan bekalan yang dihantar memenuhi setiap spesifikasi yang
dinyatakan di dalam sebut harga seperti saiz, bilangan, jenis, fungsi, warna dan dapat
berfungsi dengan baik. Sekiranya perlu, guru boleh meminta pembekal membuat
penyambungan dan demonstrasi penggunaan alatan tersebut.

Menandatangani invois sebagai tanda bersetuju untuk menerima alat yang dihantar
oleh pembekal.

Merekodkan maklumat alatan dan bahan yang dibeli ke dalam stok dan inventori
sebelum dikeluarkan untuk digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Menyerahkan invois yang telah ditandatangani kepada kerani kewangan yang


bertanggungjawab mencatatkan rekod kewangan sekolah.

PENGURUSAN ALATAN DAN BAHAN : KAEDAH KAWALAN STOK DAN


INVENTORI
LATIHAN 12.1

1.

Empat kepentingan kawalan stok dan inventori ialah:

Rekod inventori diperlukan bagi memudahkan proses penyediaan perancangan


perbelanjaan bagi tahun hadapan;

Memudahkan perancangan untuk membeli alat ganti;

Sebagai panduan untuk membuat perancangan bagi membeli alatan atau bahan
tambahan;

Memudahkan proses pengambil alihan tugas oleh guru baru; dan

Rekod inventori yang baik juga dapat memudahkan guru membuat laporan
pengurusan bengkel di akhir tahun.

2.

Sistem fail, sistem buku, borang khas dan kad. Kaedah kad merupakan kaedah yang
paling sesuai untuk keperluan semua jenis bengkel. Kaedah ini lebih mudah dan lebih
fleksibel. Lebih fleksibel di sini bermaksud dengan menggunakan kaedah kad ia lebih
senang untuk dipindahkan, diganti dan diubah mengikut keperluan.

3.

Bahan habis guna ialah bahan yang tidak boleh disimpan lama seperti cat, minyak enjin,
varnis, dan lain-lain lagi.
Manakala, bahan tidak habis guna pula merujuk kepada bahan yang perlu diganti atau
ditambah disebabkan oleh rosak, hilang atau berlaku penambahan bilangan pelajar.
Maklumat yang perlu dicatatkan di dalam kad inventori item tidak habis guna ialah nama,
spesifikasi, tarikh pembelian, harga, nama pembekal dan alamat. Inventori bagi bahan
tidak habis guna hanya perlu disemak dan direkodkan pada setiap hujung semester
persekolahan.

4.

Peraturan-peraturan tersebut:
(i) Peminjaman alatan dari bengkel selain daripada untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran adalah tidak digalakkan.
(ii)

Guru-guru yang berkaitan dengan mata pelajaran berkenaan sahaja yang


dibenarkan meminjam kemudahan tersebut.

(iii)

Sebarang peminjaman alatan hendaklah melalui penyelaras makmal.

(iv)

Penggunaan alatan tertakluk di dalam kawasan sekolah sahaja.

(v)

Penyelaras makmal perlu merekodkan ke dalam buku khas rekod peminjaman


alat.

(vi)

Alatan yang dipinjam adalah menjadi tanggungjawab si peminjam dan


memastikan dipulangkan di dalam keadaan baik sebagaimana semasa ia di ambil
dari bengkel.

PENGURUSAN ALATAN DAN BAHAN PELUPUSAN


Latihan 13.1
1.

Tiga kategori proses pelupusan bagi barangan dan alatan milik kerajaan :

Kategori1 : Pelupusan barang-barang kecil nilai asalnya kurang dari RM 100.00


dan tidak melebihi RM 5000.00 jumlah keseluruhannya.

Kategori2 : Pelupusan barang-barang bernilai tidak melebihi RM 10,000 tiap-tiap


satu dan tidak melebihi RM 300,000 jumlah keseluruhan semasa perolehan.

Kategori3 : Pelupusan barang-barang bernilai melebihi RM 10,000 tiap-tiap satu


dan tidak melebihi RM 300,000 jumlah keseluruhan semasa perolehan.

2.

Perbezaaan antara proses pelupusan kaategori 1 dan 2 :

Pelupusan Kategori 1 :
Pengetua hendaklah melantik Pegawai Pemeriksa terdiri daripada 2 orang pegawai
yang tidak ada kaitan dengan pembelian atau pengurusan barang-barang yang
hendak dilupuskan
Permohonan pelupusan dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri atau
Jabatan Pendidikan Teknikal bersama dengan 5 salinan laporan dalam borang
Kew 300.
Kelulusan hanya di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Jabatan
Pendidikan Teknikal (JPT)
Pelupusan Kategori2 :
Permohonan dan laporan oleh pegawai pemeriksa yang dihantar kepada Jabatan
Pendidikan Negeri atau Jabatan Pendidikan Teknikal akan dikemukakan kepada
Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam 4 salinan.
Kuasa kelulusan permohonan pelupusan adalah di bawah bahagian kewangan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
3.

Tiga cara pelupusan boleh dilakukan ialah :

dimusnahkan dengan cara tanam atau bakar;

dihadiahkan dan

dijual dengan cara lelongan.

PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL

Sinopsis
Pengurusan bengkel sekolah pada umumnya menekankan peraturan-peraturan yang ditetapkan
bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancer, serta memastikan keselamatan
terjamin dan keperluan kesihatan dipatuhi.Oleh itu, mewujudkan keadaan yang selamat dan sihat
merupakan matlamat utama pengurusan bengkel.
Prosedur, peraturan dan undang-undang keselamatan di makmal sains dan bengkel-bengkel
dinyatakan dalam Panduan Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup terbitan Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.Oleh itu, para guru teknik dan
vokasional perlu didedahkan kepada aspek perundangan seperti akta keselamatan dan kesihatan
pekerjaan yang sedang dikuatkuasakan. Pelbagai jabatan dan institusi yang telah diberi peranan
mengawal selia dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan.

Selaras dengan kehendak dan peraturan yang ditetapkan dalam perlembagaan berkaitan,
penekanan masalah falsafah keselamatan dan kesihatan meliputi :
i.
ii.
iii.
iv.

mengelakkan kecederaan dan kehilangan nyawa;


menjimatkan wang ringgit atau mengelakkan kerugian;
menjimatkan masa atau meningkatkan produktiviti; dan
mengekalkan moral mereka yang terlibat dalam aktiviti pekerjaan.

Di antara faedah mengamalkan keselamatan dan kesihatan di bengkel sekolah adalah untuk:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

membendung dan mencegah risiko kemalangan, keracunan dan penyakit pekerjaan;


mengelakkan kerugian daripada kerosakan dan kemusnahan harta benda;
pekerjaan dijalankan dengan tekun, efisien dan produktif;
menghasilkan prosuk dan perkhidmatan yang berkualiti dikendalikan secara berterusan
dalam jangka masa panjang;
meningkatkan produktiviti; dan
meningkatkan keupayaan bersaing.

Objektif
Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti peranan dan fungsi badan-badan yang bertanggungjawab untuk menjaga
keselamatan, kesihatan dan social bagi majikan dan pekerja;
2. menghuraikan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang dipraktikkan di
Malaysia; dan
3. menerangkan peraturan-peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994 dan 1996.

14.1 Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Mewujudkan program keselamatan dan kesihatan dalam pengurusan bengkel sekolah adalah satu
kewajipan bagi guru bengkel. Cuba fikirkan jenis program keselamatan dan kesihatan yang
sesuai dilaksanakan di sekolah atau di tempat kerja anda.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah didirikan pada tahun 1878 apabila
Pemeriksa Jentera yang pertama dilantik.Selepas itu, jabatan ini dikenali sebagai Jabatan Jentera
sehingga tahun 1970. Nama jabatan ini kemudian ditukar kepada Jabatan Kilang dan Jentera
(JKJ). Dengan terwartanya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan pada tahun 1994, jabatan
ini sekali lagi mengubah nama kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
JKKP kini merupakan agensi kerajaan utama yang berfungsi memastikan keselamatan, kesihatan
dan kesejanteraan pekerja semasa bekerja.
Untuk mencapai matlamat yang dinyatakan di atas, JKKP melaksanakan tiga aktiviti penting
iaitu perumusan piawaian, penguatkuasaan, dan penggalakan. JKKP dari semasa ke semasa akan
menggubal peraturan, kod amalan dan garis panduan yang berkaitan, untuk membimbing para
majikan dan pekerja. Bagi memastikan agar segala perundangan dan kod amalan yang digubal
itu dipatuhi, Jabatan ini menjalankan aktiviti penguatkuasaan yang berkesan.Untuk tujuan ini,
JKKP mempunyai pejabat cawangan di setiap negeri kecuali di negeri Perlis.JKKP juga
menjalankan aktiviti penggalakan dengan memberi ceramah dan menganjurkan pameran serta
kempen keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP).Tujuannya ialah meningkatkan kesedaran
majikan, pekerja dan masyarakat mengenai pentingnya KKP dan untuk mewujudkan satu budaya
kerja yang selamat dan sihat.

14.1.1 Objektif JKKP


Penubuhan JKKP mempunyai 3 objektif utama iaitu:
1. menggubal dan mengkaji dari masa ke semasa melalui proses tripartisme dasar, undangundang, tata-amalan dan garis panduan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja;
2. menjalankan kegiatan penguatkuasaan dan alakan supaya majikan, pereka bentuk dan
pembekal, pengimport dan pekerja sentiasa mengamalkan budaya kerja yang selamat dan
sihat, dan sentiasa mematuhi kehendak undang-undang, tata-amalan dan garis panduan
yang sedia ada; dan
3. membantu dan memberikan khidmat kepakaran dalam kegiatan galakan, latihan,
penyebaran maklumat dan penyelidikan untuk agensi kerajaan dan bukan kerajaan,

institusi pengajian tinggi, persatuan-persatuan majikan, pekerja dan professional dalam


usaha untuk meningkatkan lagi taraf keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja.

14.1.2 Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan mempunyai dasar untuk mewujudkan persekitaran
kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh
aktiviti-aktivitinya. Pihak pengurusan dan pekerja akan bersama-sama berusaha untuk mencapai
matlamat dan objektif dasar melalui rundingan dan kerjasama.
Secara khususnya dasar JKKP ialah:

menyediakan dan menyelenggarakan tempat kerja yang selamat dan sihat;

memastikan bahawa semua kakitangan telah diberi maklumat, arahan, latihan dan
penyeliaan mengenai cara menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada
kesihatan;

menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan


mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang
lagi;

mematuhi kehendak perundangan berkenaan keselamatan dan kesihatan dan peraturanperaturannya dan taat-amalan yang diluluskan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994;

menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua pekerja; dan

mengkaji semula dasar ini jika perlu.

JKKP yakin bahawa keselamatan dan kesihatan mestilah ditergrasikan ke dalam aktiviti-aktiviti
harian kita, dan penggunaan cara kerja selamat dan sihat adalah faktor utama ke arah pencapaian
kejayaan misi mereka. Untuk memastikan perlaksanaan dasar ini, seorang pegawai keselamatan
dan kesihatan dilantik disetiap pejabat untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti keselamatan dan
kesihatan seperti yang telah dirancang.JKKP bertanggungjawab memastikan keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja. Ini akan tercapai melalui perumusan piawaian, penguatkuasaan,
penggalakan dan penyediaan khidmat nasihat dengan :

membangunkan sebuah organisasi yang bertenaga, bersemangat dan memandang kea rah
kebersihan;

mewujudkan dan menyelenggara sekumpulan tenaga kerja yang professional serta


berdaya saing mengikut perkembangan semasa;

merumuskan perundangan, kod amalan dan garis panduan yang menyeluruh serta
berkesan, yang menyediakan asas sesuai untuk pengaturan-diri, kerjasama dan usaha
sama;

menjalankan penguatkuasaan yang strategik dan berkesan;

menggalakkan pelanggan dan masyarakat umum supaya menyertai secara aktif usaha
membentuk budaya kerja selamat dan sihat;

menggunakan teknologi dan teknik yang sesuai dalam menjalankan urusan; dan

membandingkan tahap amalan keselamatan dan kesihatan negara kita dengan negaranegara yang maju.

14.1.3 Perundangan
Peraturan-peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) telah
mendapat kelulusan Parlimen pada tahun 1963 dan diwartakan pada Februari 1994. Dengan
kelulusan akta ini, mulai April 1994 Jabatan Kilang dan Jentera dikenali sebagai Jabatan
Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sementara pengawai Pemeriksa dikenali
sebagai Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan.
Di bawah akta ini sektor-sektor industri yang terlibat adalah seperti berikut:
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)
i)
j)

pengilangan;
perlombongan dan penguraian;
pembinaan;
pertanian, perhutanan dan perikanan;
kemudahan gas, elektrik, air dan perkhidmatan kebersihan;
pengangkutan,penyimpanan dan komunikasi;
perdagangan borong dan runcit;
hotel dan restoran;
kewangan,insurans, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan; dan
perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun.

Selain daripada itu, terdapat beberapa peraturan yang dilaksanakan bersama Akta 514, iaitu:
1. Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penyata Dasar Am
Keselamatan Dan Kesihatan Majikan (Pengecualian) Tahun 1995;
2. Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan (Pengawalan Kemalangan Bahaya
Besar Industri);
3. Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan (Klasifikasi, Pembungkusan Dan
Perlabelan Bahan Kimia Berbahaya);

4. Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan


Dan Kesihatan) 1996;
5. Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan Dan
Kesihatan) 1997;
6. Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Piawai
Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000;
7. Perintah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan)
1997;
8. Perintah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Larangan Penggunaan Bahan) 1997;
9. Perintah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Larangan Penggunaan Bahan) 1999;
10. Perintah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Larangan Penggunaan Bahan) 1999 [P.U
(A) 303 ] telah diwartakan pada 12 Julai 1999 dan mula berkuat kuasa pada 2 Ogos
1999.
Terdapat juga Peraturan-peraturan di bawah Akta KIlang dan Jentera 1967 yang terus berkuat
kuasa iaitu :

Factories And Machinery (Certificates Of Compentency- Examinations);


Factories And Machinery (Electric Passenger And Goods Lift) Regulations, 1970;
Factories And Machinery (Fencing Of Machinery And Safety) Regulations, 1970;
Factories And Machinery (Notification Of Fitness And Inspections) Regulations, 1970;
Factories And Machinery ( Person-In-Charge) Regulations, 1970;
Factories And Machinery (Safety, Health And Welfare) Regulations. 1970;
Factories And Machinery (Steam Boilers And Unfired Pressure Vessel) Regulations,
1970;
Factories And Machinery (Administration) Regulations, 1970;
Factories And Machinery (Compounding Of Offences) Rules, 1978;
Factories And Machinery (Compoundable Offences) Regulations, 1978;
Factories And Machinery (Leads) Regulations, 1984;
Factories And Machinery (Abestos) Regulations, 1984;
Factories And Machinery (Building Operations And Works Of Engineering Construction)
(Safety) Regulations, 1986;
Factories And Machinery (Noise Exposure) Regulations, 1989;
Factories And Machinery (Mineral Dust) Regulations, 1989.

Perintah ini dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di bawah
seksyen 35(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, yang memberikan kuasa kepada
beliau untuk mengeluarkan perintah bagi melarang penggunaan sebarang loji dan bahan yang
akan menjejaskan keselamatan dan kesihatan pekerja. Perintah melarang penggunaan bahanbahan telah dibuat berdasarkan maklumat dan kajian yang telah dijalankan oleh pelbagai institusi
dan pertubuhan antarabangsa seperti Agensi Antarabangsa bagi Penyelidikan Barah
(International Agency for Research on Cancer (IARC)), yang mengesahkan bahawa bahan-bahan
yang dilarang penggunaannya telah terbukti sangat berbahaya dan mempunyai risiko kesihatan
yang sangat tinggi terhadap pekerja-pekerja yang terdedah kepada bahan-bahan ini. Berdasarkan
kepada maklumat dan pengetahuan semasa, didapati bahawa bahan-bahan yang dilarang
penggunaannya boleh membahayakan kesihatan pekerja-pekerja yang terdedah kepada bahanbahan itu.
Sila dapatkanmaklumat tambahan mengenai bahan-bahan yang dilarang dan skop larangan
penggunaan bahan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraturan yang dilaksanakan oleh JKKP, sila layari laman web
berikut.
http://www.dosh.gov.my
Anda dikehendaki menyatakan apakah rasionalnya setiap peraturan di bawah Akta Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

14.1.4 Perkhidmatan JKKP


Perkhidmatan JKKP merujuk kepada aktiviti-aktiviti utama jabatan seperti ditunjukkan dalam
Rajah 14.1 :
a) Penyediaan Piawai (Standard)
Perkhidmatan JKKP

Penyediaa
PPenyedia
nanpiawai
piawai

Penguatkuasaan
Penguatkuas
aan

Promosi&
Promosi
&Publisiti
publisiti

Menjadi
UrusseMenjadi
Menjadi
Urusetia
Urusetia
Majlis Negara
Majlis Negara
bagi
bagi
Keselamatan
dan
keselamatan
dan
Kesihatan
Pekerjaan
Kesihatan Pekerjaan

Rajah 14.1 : Perkhidmatan JKKP


i.

Kajian Dasar
Dasar semasa ke semasa, JKKP akan menjalankan kajian ke atas dasar-dasar
keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang sedia ada untuk meninjau sejauh mana
dasar-dasar tersebut telah mencapai tujuan asal yang dirangkakan. Dasar-dasar
tersebut, jika didapati perlu, akan dipinda mengikut kehendak dan keadaan
semasa supaya mencapai matlamat untuk mewujudkan budaya kerja selamat dan
sihat dikalangan semua majikan dan pekerja melalui pendekatan pengaturan diri.

ii.

Pengubalan Peraturan, Garis Panduan dan Kod Amalan Industri Baru


Untuk membantu pihak industri menyempurnakan tanggungjawab am mereka
dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti yang dikehendaki oleh Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Jabatan ini telah dan sedang
menggubal dan meminda peraturan-peraturan yang sedia ada dalam proses
menyediakan peraturan-peraturan, garis-garis panduan dan kod amalan industri
yang baru.
Peraturan-peraturan baru atau tambahan kepada peraturan sedia ada seperti
berikut:

Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pernyataan


Am Keselamatan Dan Kesihatan Majikan) (Pengecualian) 1995;
Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan
Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian) 1996;
Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa
Keselamatan Dan Kesihatan) 1996;
Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan,
Pembungkusan Dan Perlabelan Bahan Kimia Berbahaya) 1997;
Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai
Keselamatan Dan Kesihatan) 1997;
Perintah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan
Dan Kesihatan) 1997;

Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan


Dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan)
2000; dan
Perintah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Larangan Penggunaan
Bahan) 1999.

b )Penguatkuasaan
Aktiviti-aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan oleh JKKP ditunjukkan dalam Jadual 14.1
seperti berikut:
Jadual 14.1 Aktiviti Penguatkuasaan JKKP
Aktiviti
Kelulusan
Pendaftaran
Pengiktirafan

Pemeriksaan

Penerangan
Mengeluarkan kelulusan dan kebenaran bagi reka bentuk dan prosedur
membaik pulih dandang atau enjin stim, pengandung tekanan tak berapi
dan mesin angkat
Mendaftarkan kilang dan jentera serta pembuat jentera-jentera yang
memerlukan sijil perakuan kelayakan.
Persijilan diberi kepada pekerja yang berkebolehan dalam bidang
pengendalian dandang stim, pemasangan dan penyelenggaraan lif
penumpang, mengawal kadar bising dan habuk, pemeriksaan dan
pengujian sistem pengalihaudaran ekzos setempat, kerja kimpalan ke atas
jentera-jentera tertentu dan penyediaan laporan keselamatan.
Melaksanakan pemeriksaan-pemeriksaan awal, ulangan, tambahan atau
khas ke atas dandang-dandang stim, pengandung-pengandung tekanan tak
berapi, mesin-mesin angkat, premis-premis kilang dan tempat-tempat
kerja yang lain.
Penyiasatan ke atas kemalangan dan penyakit perusahaan.

Siasatan
kemalangan
dan aduan
JKKP bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja
serta melindungi orang lain selain daripada bahaya yang berpunca daripada aktivit-aktiviti
pekerjaan. JKKP menjalankan aktiviti penguatkuasaan ke atas industri-industri yang diliputi
oleh Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Kilang dan Jentera 1967 dan
sebahagian daripada Akta Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan) 1984, iaitu yang
berkaitan dengan penghantaran, penstoran dan penyelenggaraan.

(c) Promosi dan publisiti

Bagi meningkatkan tahap kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan dikalangan majikan
dan pekerja, JKKP berusaha untuk memberi penerangan dan tunjuk ajar supaya semua
perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat dipatuhi.Sebagai rakan kongsi dalam
melakasanakan dasar persyarikatan Malaysia JKKP berpendapat bahawa semua pelanggan JKKP
perlu diberi maklumat yang secukupnya mengenai bidang keselamatan dan kesihatan
pekerjaan.Oleh itu, pelbagai aktiviti promosi dan publisiti dilaksanakan untuk menyebarkan
maklumat keselamatan dan kesihatan.
Antara aktiviti dan usaha promosi dan publisiti yang telah dijalankan oleh JKKP adalah:

Menganjurkan ceramah dan latihan berkaitan keselamatan dan kesihataan pekerjaan.


Menjalankan kerja-kerja promosi dan galakan seperti kempen dan menganjurkan

pameran yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.


Memberi khidmat nasihat berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada agensiagensi awam, swasta, serta persatuan-persatuan; dan

Mengumpul dan menyediakan maklumat berhubung dengan keselamatan dan kesihatan


pekerjaan untuk rujukan, pinjaman dan sebaran.

(d) Menjadi urusetia majlis Negara bagi keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 memberi kuasa kepada menteri sumber
manusia untuk menubuhkan sebuah majlis yang dinamakan majlis Negara bagi keselamatan dan
kesihatan pekerjaan.Majlis ini akan membincang, mengkaji dan menyiasat melalui proses
tripartisme mengenai peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Iajuga boleh
mengemukakan syor-syor kepada menteri mengenai perkara-perkara yang selaras dengan tujuantujuan akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi memperbaiki tahap keselamatan dan
kesihatan pekerjaan disemua sector industry. Seorang pegawai kanan JKKP telah dilantik sebagai
setiausaha kepada majlis tersebut.
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh majlis adalah seperti mengadakan kempen
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, mengadakan lawatan ke tempat kerja, menjalankan
aktiviti promosi di televisyen, radio dan media masa yang lain. Disamping itu, majlis kepada
majikan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pengurusan keselamatan dan
kesihatan.Anugerah juga diberikan kepada tokoh keselamatan dan kesihatan pekerjaan sempena
dengan kempen yang diadakan setiap dua tahun.
Cuba nyatakan apakah kaitan antara JKKP dan majlis Negara bagi keselamatan dan kesihatan
pekerjaan ?

Untuk maklumat lanjut mengenai kativiti yang dilaksanakan oleh majlis Negara bagi keselamatn
dan kesihatan pekerjaan, sila layari laman web berikut:
http://www.dosh.gov.my
anda dikehendaki menyatakan apakah fungsi majlis Negara bagi keselamatan dan kesihatan
pekerjaan.

Latihan 14.1
1. Senaraikan objektif utama JKKP secara ringkas?
Jawapan:

2. Nyatakan tugas penguatkuasaan JKKP?


Jawapan:

3. Mengapakah tugas publisiti dan promosi merupakan tugas penting JKKP?


Jawapan:

14.2 Institusi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaaan


(Nasional Institute Of Occupational Safety And Health
(NIOSH)
Institut keselamatan dan kesihatan pekerjaan kebangsaan (NIOSH) telah ditubuhkan pada 1
disember 1992 dibawah akta syarikat 1965. sebagai sebuah syarikat berhad ia diharapkan
menjadi pemangkin kritikan dan tulang belakang bagi mewujudkan budaya kerja yang
mengutamakan keselamatan dan kesihatan. NIOSH ditadbir oleh sebuah lembaga pengarah yang

ahlinya terdiri daripada pihak kerajaan dan swasta.ia berkuasa autonomi dan vertindak dengan
lebih berkesan dengan kekangan birokrasi pentadbiran yang paling minimum.
NIOSH mempunyai misi untuk menjadi pusat kecemerlangan bagi keselamatan dan kesihatan
pekerjaan di Malaysia.sementara visi NIOSH adalah mewujudkan persekitaran pekerjaan yang
sihat dan selamat di Malaysia.

14.2.1 Peranan Institut Keselamatan Dan Kesihatan


Pekerjaan
Kebangsaan (NIOSH)
Peranan NIOSH adalah seperti berikut:

memastikan persekitaran pekerjaan adalah selamat dan sihat untuk semua pekerja;
menerima dan menilai hasil daripada setiap operasi dengan mengambil kira keperluan
perundangan, piawaian kebangsaan dan antarabangsa serta mematuhi kod amalan yang
ditetapkan;
NIOSH akan menentukan sumber dan latihan yang mencukupi bagi sesuatu tempoh yang
sewajarnya;
pengurusan keselamatan dan kesihatan akan terus diberi perhatian untuk tujuan
menyemakkan serta memastikan pembaikan berterusan; dan
memperdekatkan secara humanistic yang menjadi pilihan NIOSH dalam mempromosikan
budaya kerja yang selamat dan sihat dimana semua majikan dan pekerja mempunyai
tanggungjawab yang sama.

Layari laman web institute Negara bagi keselamatan dan kesihatan pekerjaan (NIOSH) berikut:
http://www.niosh.gov.my
senaraikan perbezaan antara JKKP dengan institute Negara bagi keselamatan dan kesihatan
pekerjaan

14.3 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)


Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan sebagai jabatan kerajaan pada
1 Januari 1971 bagi menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 dan kemudian
menjadi sebuah badan berkanun mulai 1 Julai 19985.

PERKESO mentadbirkan skim keselamatan sosial yang memberi perlindungan kepada para
pekerja menghadapi kegiatan diluar jangkaan seperti bencana pekerjaan termasuk kemalangan
semasa perjalanan, keilatan dan kematian.
Objektif skim keselamatan sosial adalah untuk menjamin pembayaran faedah kepada pekerja dan
tanggungannya apabila berlaku kejadian luar jangkaan terhadap pekerja itu. Perkhidmatan
rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan vokasional juga disediakan.Di samping itu,
PERKESO juga mengambil langkah untuk mencegah kejadian kemalangan dan meningkatkan
tahap keselamatan pekerjaan.Kemudahan pemulihan adalah bertujuan untuk membolehkan
pekerja ditimpa bencana kembali bertugas secepat mungkin.
Mengapakah satu badan rasmi diperlukan untuk melindungi pekerja-pekerja apabila menghadapi
kemalangan?

14.3.1 Misi PERKESO


PERKESO bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan sosial dan ekonomi semua rakyat
Malaysia yang bekerja.Tanggungjawab PERKESO dijalankan menerusi cara berikut:

Melaksanakan prinsip insuran keselamatan social;


Menyediakan perkhidmatan yang cepat, berkualiti dan cekap pada kos yang paling
ekonomik (cost-effectiveness) yang menggunakan teknologi canggih serta pembangunan
sumber manusia;
Mengkaji struktur faedah yang disediakan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada
kemampuan kewangan dan sistem pemberian faedah;
Seboleh-bolehnya tanpa kenaikan kadar caruman, usaha yang diambil untuk memelihara
dan meneguhkan kumpulan wang PERKESO boleh dijalankan melalui pengurusan
kewangan dan pelaburan yang baik; dan
Memupuk dan menggalakkan kesihatan serta keselamatan pekerjaan di kalangan pekerja
dan majikan.

Layari Laman Web Perkeso Untuk Mendapatkan Maklumat Mengenai Perkara Berikut:
http://www.perkeso.gov.my
1) Matlamat Korperat; Dan
2) Dasar Kualiti

4.3.2 Peranan dan Tanggungjawab PERKESO


Peranan dan tanggungjawab PERKESO adalah seperti berikut:

Mengutamakan kepentingan Negara dan organisasi setiap masa;

Memberi perkhidmatan yang berkualiti, adil, tepat, cepat, dan ekonomi kepada
pelanggannya;
Meningkatkan kemahiran serta kepakaran kakitangan PERKESO disamping penggunaan
teknologi canggih bagi meningkatkan perkhidmatannya;
Memelihara serta menguatkan kumpulan wang dibawah tanggungjawab PERKESO
supaya menjadi lebih teguh;
Menghayati nilai-nilai murni di kalangan kakitangan PERKESO; dan
Bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat dengan keselamatan sosial.

14.3.3 Dasar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan


Matlamat PERKESO ialah untuk mencapai sebuah organisasi yang sihat dan selamat
berlunaskan prinsip bahawa keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah tanggungjawab
semua.Pengurusan dan kakitangan PERKESO berhasrat untuk membentuk amalan keselamatan
dan kesihatan di tempat kerja supaya dapat membendung kecederaan akibat pekerjaan di
samping kerosakan harta benda dan nyawa.
Organisasi ini menjamin kejayaan dasar ini dengan:

memperkembangkan program untuk melatih pekerja mengenai kesihatan dan pencegahan


kemalangan;
menyemai hemah untuk mengawal tindakan individu yang akan memudaratkan kesihatan
dan keselamatannya serta orang lain;
sentiasa menepati perubahan piawaian keselamatan dan kesihatan, tren serta teknik;
memeriksa secara kerap ke atas kemudahan-kemudahan pejabat untuk mengenal pasti
dan membetulkan apa-apa kelemahan dari segi keselamatan dan kesihatan;
mengkaji pelan loji baru atau kemudahan, kelengkapan pejabat supaya reka bentuk dan
pembinaannya terjamin; dan
memastikan kerja pemasangan peralatan dan operasinya adalah mengikut peraturanperaturan kerajaan.

Pengurusan PERKESO berilitizam untuk menjamin setiap orang dalam organisasi memahami
serta menerima yang dia mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap keselamatan dan
kesihatannya sendiri dan juga persekitarannya.

14.3.4 Pendaftaran PERKESO


Setiap pekerja yang didaftarkan dengan PERKESO akan diberikan nombor pendaftaran
keselamatan sosial. Sekiranya majikan masih belum mendaftarkan pekerjanya dengan
PERKESO, maka mereka perlu menghubungi pejabat tempatan PERKESO yang berhampiran.

Pendaftaran majikan dan pekerja adalah seperti berikut:

Takrif majikan
Majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja dan lebih dikehendaki
mendaftar dan membayar caruman setiap bulan kepada PERKESO.

Takrif pekerja
Seseorang yang ditawarkan pekerjaan oleh sesebuah majikan di bawah kontrak
perkhidmatan atau perantisan merupakan seorang pekerja seperti mana takrifan di bawah
akta.Sekiranya pekerja berkenaan menerima gaji bulanan sebanyak RM 2,000 atau
kurang, pekerja berkenaan diwajibkan untuk mencarum dengan PERKESO.Perlindungan
PERKESO hanyalah untuk pekerja warganegara Malaysia.Semua pekerja yang layak,
perlu didaftar dan dicarum dengan PERKESO tanpa mengira status perkhidmatannya
sama ada sementara, sambilan, percubaan atau telah disahkan dalam jawatan.
Bagi pekerja yang menerima gaji lebih daripada RM 2,000 sebulan dan belum pernah
berdaftar serta mencarum dengan PERKESO, mereka diberi pilihan sama ada bersetuju
atau tidak untuk turut dilindungi di bawah akta ini. Persetujuan perlu diperolehi daripada
kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja.

14.3.5 Caruman PERKESO


Majikan perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja yang layak mengikut kadar yang
telah ditetapkan di bawah akta. Caruman pekerja sebanyak 0.5% perlu dibayar untuk
perlindungan di bawah skim pencen ilat (kehilangan anggota fizikal) dan caruman majikan
sebanyak 1.25% bagi perlindungan di bawah skim insuran bencana pekerjaan. Kedua-dua kadar
caruman tersebut adalah berdasarkan kepada jumlah gaji bulanan yang dibayar kepada seseorang
pekerja berkenaan. Caruman perlu dibayar mulai bulan pertama pekerja itu diambil bekerja.
Jenis dan kategori caruman dibahagikan kepada:
I.

Jenis pertama
Caruman dibayar oleh majikan dan pekerja untuk skim insuran bencana pekerjaan dan
skim pencen ilat.
(nota: anda akan mengetahui dengan lebih mendalam mengenai skim pencen ilat di
bahagian seterusnya dalam bab ini)

II.

Jenis kedua

Caruman dibayar oleh majikan sahaja untuk perlindungan di bawah skim insuran bencana
pekerjaan. Caruman jenis ini hanya untuk pekerja yang tidak lagi layak untul dilindungi
di bawah skim pencen ilat.
Bank yang dilantik dikehendaki memindahkan kutipan caruman pada hari bekerja
pertama setiap minggu atau apabila amaun kutipan caruman mencapai jumlah RM 20,000
mengikut mana yang terdahulu ke akaun PERKESO di Malayan banking berhad iaitu
akaun kumpulan wang keselamatan social.

14.3.6 Skim Insurans Bencana Pekerjaan

Bolehkah anda dilindungi oleh Skim Insurans Bencana Pekerjaan sekiranya anda bertugas
sebagai seorang guru?

Skim ini memberi perlindungan kepada pekerja:

dalam perjalanan mengikut laluan di antara tempat kediamannya atau tempat tinggalnya
dengan tempat kerjanya;
dalam perjalanan yang dibuat bagi apa-apa sebab yang secara langsung berkaitan dengan
penggajiannya; dan
dalam perjalanan di antara tempat kerjanya dengan tempat dia pergi makan pada masa
rehat yang dibenarkan.

Kesemua kemalangan perjalanan ini akan dipertimbangkan dengan syarat pekerja menggunakan
laluan yang selalu digunakan dan tidak ada sebarang lencongan atau berhenti dimana-mana atas
urusan peribadi. Permohonan perlu dibuat dengan melampirkan laporan polis dan peta lakar
tempat kemalangan berlaku.
Penyakit Khidmat merupakan penyakit yang diakibatkan oleh pekerjaan layak mendapat
perlindungan di bawah skim ini. Penyakit tersebut seperti hilang pendengaran akibat pendedahan
bunyi bising yang berpanjangan, penyakit sesak nafas atau asma akibat tersedut habuk atau
serbuk bagi pekerja-pekerja di kilang papan, bedak, tepung dan sebagainya. (senarai penyakit
khidmat boleh didapati di jadual kelima Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969).

Faedah-faedah skim ini adalah seperti berikut:


a) Faedah Perubatan

Seseorang pekerja yang ditimpa kemalangan atau menghidapi penyakit khidmat layak menerima
rawatan perubatan percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital kerajaan.Pekerja atau
wakilnya dikehendaki membawa Borang 21 atau Borang Laporan Penyakit Khidmat atau surat
pengenalan daripada majikannya, mengikut mana yang berkenaan, semasa mendapatkan rawatan
pertama kalinya. Kesemua bil rawatan perubatan ini akan dibayar oleh PERKESO terus kepada
pusat perubatan berkenaan.
Sekiranya pekerja menjalani rawatan perubatan di klinik panel PERKESO, pekerja tersebut
dikehendaki meneruskan rawatan di klinik berkenaan sehingga pulih. Perpindahan tempat
rawatan ke hospital kerajaan hanya boleh dibuat atas rujukan klinik panel berkenaan sahaja.Bagi
kecederaan parah, rawatan mestilah diperolehi dari hospital kerajaan.Sekiranya memerlukan
masuk ke wad, pekerja layak mendapat rawatan kelas dua bergantung kepada kekosongan di
hospital kerajaan.Rawatan pakar juga akan diberikan di hospital kerajaan sekiranya diperlukan.
b) Faedah Hilang Upaya Sementara
Pembayaran faedah hilang upaya sementara bergantung kepada jumlah hari yang disahkan oleh
doktor sebagai bilangan hari dimana pekerja ini tidak berupaya bekerja iaitu sekurang-kurangnya
empat hari termasuk hari kemalangan. Faedah akan dibayar sepanjang tempoh pekerja bercuti
sakit. Walau bagaimanapun, faedah tidak akan dibayar pada hari-hari dimana pekerja bekerja
dalam tempoh cuti sakit tersebut.
Kadar harian faedah yang akan dibayar ialah 80% dari gaji harian purata anggapan pekerja.
Walau bagaimanapun, sekiranya pekerja menerima gaji kurang dari RM 10.00 sehari, faedah
minimum akan dibayar pada kadar RM 10.00. Kadar maksimum yang boleh dibayar ialah RM
52.00 sehari bagi pekerja yang bergaji melebihi RM 1,900 sebulan.
c) Faedah Hilang Upaya Kekal
Faedah hilang upaya kekal diberi perlindungan di bawah Skim Pencen Ilat. Skim ini memberi
perlindungan 24 jam kepada seorang pekerja terhadap keilatan atau kematian diakibatkan oleh
sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. Keilatan bermaksud, suatu keuzuran yang
serius, kekal dan tidak boleh atau tidak mungkin akan sembuh dan yang akan menyebabkan
seseorang pekerja itu tidak mampu mencari nafkah sekurang-kurangnya satu pertiga daripada
keupayaan seseorang pekerja yang normal.

d) Elaun Layanan Sentiasa

Penerimaan Pencen Ilat juga berhak menerima elaun ini jka dia tidak berupaya dengan sendiri
dan sentiasa memerlukan bantuan orang lain. Kadar elaun ialah 40% daripada kadarPencen Ilat
yang dikurangkan tertakluk kepada bayaran maksimum sebanyak RM 500.00 sebulan.
Kelayakan untuk mendapatkan elaun ini diputuskan oleh Jemaah Doktor Atau Jemaah Doktor
Rayuan dan bayarannya dibuat terus kepada penerima faedah.

e) Faedah Orang Tanggunggan (Pencen Penakat)

Pencen ini dibayar kepada orang tanggungan pekerja yang mati akibat sebab-sebab berikut :
i.

semasa seseorang pekerja menerima pencen ilat tidak kira berapa umurnya; atau

ii.

semasa pekerja (yang bukan penerima pencen ilat) belum mencapai umur 55
tahun meninggal dunia tetapi telah memenuhi sama ada syarat kelayakan caruman
penuh atau syarat kelayakan caruman yang dikurangkan.

kelayakan caruman penuh


Caruman bulanan berkenaan telah dibayar bagi sekurang-kurangnya 24
bulan dalam tempoh 40 bulan berturut-turut sebelum bulan kematiannya;
atau caruman bulanan berkenaan telah dibayar bagi tidak kurang daripada
2/3 bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula
memasuki skim pencen ilat dengan tarikh kematiannya. ia juga tertakluk
kepada syarat bahawa jumlah bilangan caruman bulanan yang telah
dibayar dalam tempoh tersebut hendaklah sekurang-kurangnya 24
bilangan.

Kelayakan caruman yang dikurangkan


Seseorang pekerja disifatkan telah memenuhi syarat kelayakan caruman
yang dikurangkan jika caruman bulanan berkenaan telah dibayar bagi
tidak kurang daripada 1/3 bulan genap yang terkandung dalam tempoh
antara tarikh mula memasuki skim pencen ilat dengan tarikh kematiannya.
Ia juga tertakluk kepada syarat bahawa jumlah bilangan caruman bulanan
yang telah dibayar dalam tempoh tersebut hendaklah sekurang-kurangnya
24 bilangan.

Kadar pencen penakat

Jika seorang pekerja yang meninggal dunia itu adalah penerima pencen
ilat, kadar penuh pencen penakat adalah sama banyak dengan kadar
pencen ilat yang diterimanya. Sekiranya pekerja yang meninggal dunia itu
bukan penerima pencen ilat, kadar penuh pencen penakat jika memenuhi
syarat kelayakan caruman penuh ialah di antara 50% hingga 65% daripada
gaji bulanan puratanya bergantung kepada bilangan caruman yang dibuat.
Bagi pekerja yang memenuhi syarat kelayakan caruman yang
dikurangkan, kadar penuh pencen penakatnya adalah sebanyak 50% dari
gaji bulanan puratanya. Orang tanggunggan yang layak menerima pencen
ini adalah sama seperti di bawah skim insuran bencana pekerjaan.

f) Faedah pengurusan mayat


Faedah pengurusan mayat akan dibayar bagi pekerja-pekerja yang meninggal dunia ketika:

sedang menerima pencen ilat; atau

sebelum mencapai umur 55 tahun dan telah memenuhi syarat kelayakan caruman penuh
atau syarat kelayakan caruman yang dikurangkan. amaunnya dan orang yang layak
menerima faedah ini adalah sama seperti di bawah skim insurans bencana pekerjaan.

g) Faedah pemulihan
Pekerja yang menghidap keilatan juga berhak menerima faedah pemulihan jasmani dan
vokasional seperti mana yang diperuntukan di bawah skim insurans bencana pekerjaan.
h) Faedah pendidikan
Faedah ini juga ditawarkan kepada anak tanggunggan pekerja yang sedang menerima bayaran
faedah bulanan di bawah pencen ilat dan pencen penakat. Semua syarat dan jumlah pinjaman
adalah sama seperti faedah pendidikan di bawah skim insurans bencana pekerjaan

Hubungan Dengan Institusi Pendidikan


Sila nyatakan faedah-faedah di bawah skim pencen ilat?

Latihan 14.2
Apakah langkah-langkah yang di ambil oleh PERKESO untuk menjayakan perlaksanaan Dasar
Keselamatan dan Kesihatan?
Jawapan:

Rumusan
Dalam bab ini, anda telah mempelajari tentang fungsi dan peranan jabatan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan, dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta peraturan di bawah Akta
Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, objektif dan fungsi Institut Kebangsaan Keselamatan
Dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) dan peranan PERKESO dalam memberi perlindungan kepada
para pekerja. Kesemua agensi dan akta yang anda telah belajar dalam bab ini adalah bertujuan
untuk memberi perlindungan kepada pekerja dan majikan dari segi keselamatan, kesihatan dan
sosial.

RUJUKAN :

Widad, O., Rohana, H., Sanusi, M. S., Kandar, S. (2003). Pengurusan dan keselamatan
bengkel. Malaysia: Open Universiti Malaysia.
Pusat Pengajaian Kejuruteraan dan Teknikal (2003).Pengurusan dan Keselamatan
Bengkel. Open Universiti Malaysia : Kuala Lumpur.

PANEL PENULIS MODUL


PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

(PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL)


NAMA

DR. CHAN SIEW MENG


Pensyarah Akademik
Institut Pendidikan Guru
Kampus Tun Hussein Onn
83000 Batu Pahat

KELAYAKAN

Kelulusan:
Phd Pengurusan Latihan (UPM)
Sarjana Sains HRD (Unimas)
Sarjana Muda Teknologi serta pendidikan
Kejuruteraan Awam (UTM)
Diploma Kejuruteraan awam (UTM)

chansiewmeng@iptho.edu.my

Pengalaman:
Pensyarah IPG Kemahiran Hidup 12
Tahun
Pensyarah Politeknik 7 tahun
Guru Pendidikan Teknik 14 Tahun

HJ. ABDUL SUKOR BIN


NORDIN
Pensyarah Akademik
Institut Pendidikan Guru
Kampus Tun Hussein Onn
83000 Batu Pahat Johor

Kelulusan :
Sijil Perguruan Bangunan, Maktab
Perguruan Teknik, Kuala Lumpur.
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam), Universiti
Teknologi Malaysia.
Sarjana Sains Pendidikan Teknik dan
Vokasional, Universiti Putra Malaysia.

sukor@iptho.edu.my

Pengalaman :
Pensyarah Jabatan Kemahiran Hidup 3
Tahun
Guru Binaan Bangunan 7 tahun
Guru Kejuruteraan Awam 13 Tahun

NAMA

HJ. SYED HADZIR BIN SYED


HUSSIN
Pensyarah Akademik
Institut Pendidikan Guru
Kampus Tun Hussein Onn
83000 Batu Pahat Johor
hadzir@iptho.edu.my

KELAYAKAN

Kelulusan :
Sijil Perguruan
(Rawatan Radio dan Televisyen)
Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
Universiti Teknologi Malaysia
Sarjana Pendidikan Teknik dan
Vokasional, Universiti Teknologi Malaysia
Pengalaman:
Pensyarah Akademik
Jabatan Kemahiran Hidup (19 Tahun)
Penolong Pengarah
Unit Kurikulum
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia (8 Tahun)
Guru SM Vokasional
Rawatan Radio dan Televisyen (5 Tahun)