Pada hari ini kedudukan kelas dan pekerjaan selalu menjadi pengukur mobiliti
sosial. Peranan pendidikan sebagai alat mobiliti sosial menegak sebelum kemerdekaan
sangat terhad. Dasar pecah dan perintah Ingeris telah mengekalkan struktur stratifikasi
masyarakat di mana anak-anak setiap kaum masih meneruskan pekerjaan ibu bapa
mereka. Dasar penjajah mahu menjadikan anak-anak melayu sebagai petani seperti ibu
bapa mereka. Keadaan yang sama juga berlaku kepada kaum India. Jika mereka tamat
bersekolah pun, kebanyakan peluang adalah untuk menjadi buruh-buruh di jabatan
kerajaan seperti di Jabatan Kerja Raya manakala selebihnya meneruskan kerja-kerja di
ladang. Manakala kaum Cina lebih banyak menumpukan kepada bidang perniagaan di
bandar-bandar.
Kerjaya menurut Mohamad Yahya (2001) adalah satu rangkaian pekerjaan atau
pengalaman yang dilakukan oleh seseorang itu dalam jangka masa tertentu bagi
menjalankan tanggungjawabnya. Kerjaya juga meliputi persediaan sebelum seseorang itu
melibatkan diri dalam bidang pekerjaan serta peranan-peranan lain yang dilakukan
selepas seseorang itu bersara.
Setiap individu bebas memilih kerjaya yang mereka minati kerana menurut Super
(Osipow, 1983), setiap individu mempunyai minat yang berbeza-beza dan mereka bebas
menentukan bidang yang mereka minati. Holland (1973), juga menyatakan salah satu
faktor penting dalam pemilihan kerjaya adalah minat individu, iaitu kecenderungannya
terhadap sesuatu kerjaya.
Terdapat berbagai definisi yang diberikan oleh ahli-ahli psikologi kepada minat
kerjaya. Holland (1973) menyatakan minat kerjaya adalah satu ekspresi personalitii dalam
pekerjaan, hobi, aktiviti sampingan dan sebagainya. Tolbert (1974) pula menyatakan
minat kerjaya adalah kecenderungan terhadap sesuatu kerjaya dan segala minat
terhadap aktiviti pekerjaan. Strong (1964) pula mendefinisikan minat kerjaya berdasarkan
jantina iaitu bagi lelaki minat kerjaya adalah bidang mekanik. Aktiviti saintifik dan kegiatan
fizikal. Wanita pula dalam bidang kesusasteraan, hiburan dan hal-hal kemasyarakatan.
Saya telah membuat inventori minat kerjaya di Sk Salak kepada murid tahun 6.
Dalam kajian ini minat kerjaya adalah minat pelajar sekolah terhadap bidang kerjaya yang
bakal mereka tempuhi. Minat kerjaya tersebut diukur bedasarkan kepada bidang-bidang
kerjaya. Kebanyakan murid zaman ini ingin membuat kerja yang professional dan
segelintir yang kecil sahaja memilihki kerjaya yang berbeza.