Anda di halaman 1dari 2

Nama :

Kelas :

Baca dan gariskan kata bantu yang terdapat


dalam petikan berikut.
Pagi Sabtu yang lalu, ibu telah mengingatkan saya
supaya

mencuci

kasut

sekolah

saya.

Saya

memberitahu ibu yang saya _______ mencucinya


nanti.
Petang Sabtu Pak Long dan keluarganya datang
dari Kuala Lumpur. Mereka _________ menghabiskan
masa cuti hujung minggu di kampung. Saya sungguh
gembira kerana dapat bermain-main dengan sepupu
saya, Afiq. Sepanjang petang kami bermain bola
dengan kawan-kawan.
Esoknya, kami pergi memancing di kolam Pak Uda.
Kami ________ memancing ikan toman di dalam
kolam itu. Kami ________ memancing di situ pada
waktu cuti sekolah yang lalu. Jika dapat kami
________ menggorengnya.
Pak Long dan keluarganya balik ke Kuala Lumpur
petang itu. Malam itu saya berasa sunyi kerana Afiq
_______ pulang. Ketika itu barulah saya sedar yang
kasut sekolah saya _______

_______ bercuci.

Saya _________ mengapur kasut sekolah saya pada


malam itu juga.

Nama :
Kelas :

Baca dan gariskan kata bantu yang terdapat


dalam petikan berikut.
Pagi Sabtu yang lalu, ibu telah mengingatkan saya
supaya

mencuci

kasut

sekolah

saya.

Saya

memberitahu ibu yang saya akan mencucinya nanti.


Petang Sabtu Pak Long dan keluarganya datang
dari Kuala Lumpur. Mereka hendak menghabiskan
masa cuti hujung minggu di kampung. Saya sungguh
gembira kerana dapat bermain-main dengan sepupu
saya, Afiq. Sepanjang petang kami bermain bola
dengan kawan-kawan.
Esoknya, kami pergi memancing di kolam Pak Uda.
Kami ingin memancing ikan toman di dalam kolam itu.
Kami pernah memancing di situ pada waktu cuti
sekolah

yang

lalu.

Jika

dapat

kami

mahu

menggorengnya.
Pak Long dan keluarganya balik ke Kuala Lumpur
petang itu. Malam itu saya berasa sunyi kerana Afiq
sudah pulang. Ketika itu barulah saya sedar yang
kasut sekolah saya masih belum bercuci. Saya mesti
mengapur kasut sekolah saya pada malam itu juga.