Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGENALAN
Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an dalam kalangan
sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan
pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar
Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu
penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di
Malaysia. Perakuan ini menyebut: "Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan
seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah
diperakukan kerjaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan
itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu
penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat
hendaklah terus digalakkan."
"Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan
pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas
menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam
kurikulum yang baku atau biasa."(Tompkins, 1999). Orang berminat mengkaji tentang
pendidikan khas mungkin kerana mereka mempunyai anak atau ahli keluarga yang
memerlukan perkhidmatan khas atau mereka ingin menjadi sukarelawan membantu
badan-badan terlibat dengan mendidikan kanak-kanak berkeperluan khas atau mereka
yang ingin menjadi guru pendidikan khas di sekolah rendah atau menengah. Apakah
pendidikan khas? Untuk memahami apa itu pendidikan khas adalah wajar kita meninjau
beberapa definisi yang dikemukakan oleh pakar-pakar dalam bidang ini. Pendidikan Khas
merupakan kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanakkanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya. Pendidikan Khas juga
merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga
pendidikan yang berteraskan rumah, hospital atau institusi. Pendidikan khas merujuk
pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu kanak-kanak yang dari segi intelek,
fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan
mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa (Chua,
1982). Mengikut Hallahan dan Kauffman (2006), pendidikan khas didefinisikan sebagai
satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak
berkeperluan khas. Gargiulo (2003): Pendidikan khas merupakan program pengajaran
khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin
memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus.
Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan
kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah,
di rumah, di hospital atau institusi lain. Objektif program ini secara umumnya ialah untuk
memberi peluang kepada pelajar berkeperluan khas menerima pengajaran, pembelajaran
dan menyertai semua aktiviti yang terdapat di sekolah bersama dengan pelajar normal.

Kanak-kanak dianggap luar biasa apabila program pendidikan perlu di ubahsuai untuk
memenuhi keperluannya. Oleh itu kanak-kanak luar biasa bukan merujuk kepada mereka
yang tidak dapat menguasai pembelajaran tetapi juga mereka yang mempunyai
kepintaran dan bakat yang luar biasa. Kanak-kanak luar biasa daripada sudut pendidikan
lebih sesuai dianggap sebagai kanak-kanak berkeperluan khas (KKBK) atau kanak-kanak
istimewa. Program Pendidikan Inklusif (PPI) telah menjadi matlamat kepada usaha
murni untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira
ketidakupayaan dan kecacatan mereka.

2.0 CIRI-CIRI INDIVIDU YANG BERKEPERLUAN KHAS


Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) adalah untuk memastikan semua sekolah dan murid mempunyai
peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti
dan kualiti dapat ditingkatkan.
Kini usaha untuk memberi peluang pendidikan murid-murid berkeperluan khas dalam
kelas aliran perdana juga mengalami perubahan positif. Ini selaras dengan konsep
pendidikan untuk semua dengan menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan
untuk semua murid berkeperluan khas seperti bermasalah penglihatan, bermasalah
pendengaran dan bermasalah pembelajaran termasuk murid-murid autistik, sindrom down
dan lain-lain.
Dalam sebuah kelas biasa, guru akan mengajar pelajar daripada pelbagai latar belakang
dan budaya. Pelajar mungkin terdiri daripada keluarga berpendapatan tinggi dan pelajar
daripada keluarga berpendapatan rendah. Begitu juga dengan kanak-kanak berkeperluan
khas. Mereka juga berlainan. Sesetengah orang tidak begitu setuju kanak-kanak
berkeperluan khas dikategorikan dan diberi nama tertentu kerana ia mungkin
mewujudkan persepsi stereotaip terhadap sesuatu kumpulan. Sebaliknya,
mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas membolehkan seseorang mengkaji
dengan mendalam sesuatu kategori. Ini akan menambahkan kefahaman tentang ciri-ciri
individu dalam sesuatu kategori dan langkah-langkah yang patut diambil untuk
merealisasi potensi mereka. Individu yang dimaksudkan ini mungkin menghadapi
masalah tertentu seperti masalah fizikal, masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan,
tingkah laku, masalah pembelajaran, terencat akal dan pintar cerdas. Mereka
dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Kanak-Kanak luar biasa secara
umum lebih sesuai dirujuk sebagai kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak
istimewa iaitu kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak biasa dari segi:
1. Ciri-ciri mental

2. Keupayaan deria
3. Keupayaan komunikasi
4. Perkembangan tingkah laku dan emosi
5. Ciri-ciri fizikal / saraf / otot
Perbezaan ini menyebabkan mereka memerlukan amalan-amalan sekolah yang
diubahsuai atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas supaya ia dapat
berkembang sehingga mencapai tahap kebolehan yang maksimum. Kanak-kanak
dianggap luar biasa apabila program pendidikan perlu di ubahsuai untuk memenuhi
keperluannya. Oleh itu kanak-kanak luar biasa bukan merujuk kepada mereka yang tidak
dapat menguasai pembelajaran tetapi juga mereka yang mempunyai kepintaran dan bakat
yang luar biasa. Kanak-kanak luar biasa daripada sudut pendidikan lebih sesuai dianggap
sebagai kanak-kanak berkeperluan khas (KKBK) atau kanak-kanak istimewa. Oleh yang
demikian, kanak-kanak luar biasa bukan hanya merujuk kepada mereka yang tidak dapat
menguasai pembelajaran tetapi juga mereka yang mempunyai kepintaran dan bakat yang
luar biasa. Dalam pendidikan, kanak-kanak dikategorikan sebagai kanak-kanak luar biasa
berdasarkan ciri-ciri tertentu bagi tujuan pengajaran yang meliputi:

perbezaan intelek
perbezaan komunikasi
perbezaan deria
perbezaan tingkah laku
perbezaan fizikal
kecacatan pelbagai dan serius

Kanak-kanak berkeperluan khas mengikut Akta Pendidikan 1996: Murid-murid


berkeperluan khas bererti murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan, atau
kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran.

KAEDAH MENGENAL PASTI INDIVIDU YANG BERKEPERLUAN KHAS


Pengesanan atau diagnosis awal kepada kanak-kanak berkeperluan khas merupakan satu
perkara yang sangat penting dan perlu dititikberatkan demi pendidikan mereka. Secara

umumnya, individu yang berkeperluan khas perlu dikesan daripada awal menerusi proses
pengesanan. Hal ini demikian kerana, melalui pengenalpastian pada peringkat awal dapat
membantu pembelajaran kanak-kanak tersebut.
Pengesanan boleh dilakukan secara tidak formal oleh individu yang rapat dengan kanakkanak seperti guru, ibu bapa, penjaga mahupun pembantu rumah melalui pemerhatian
dan analisis hasil kerja.
Pengesanan secara formal pula boleh dijalankan menerusi penilaian perkembangan dan
penilaian pencapaian. Pengesanan boleh dilakukan di dalam bilik darjah dan di rumah.
Dalam erti kata yang lain, pengesanan boleh digunakan untuk mengenal pasti individu
yang memerlukan penilaian yang lebih mendalam. Oleh yang demikian, pengesanan atau
diagnosis awal sangat penting dalam menjamin kemajuan dan perkembangan kanakkanak yang dikenalpasti berkeperluan khas. Terdapat pelbagai teknik yang boleh
digunakan untuk menjalankan proses pengesanan ke atas kanak-kanak. Bagi mengetahui
dengan lebih lanjut dan mendalam tentang ketidakupayaan yang dimiliki oleh kanakkanak, teknik yang betul dan bersesuaian haruslah dilaksanakan. Antara teknik yang
boleh digunakan oleh pemerhati untuk mengesan ketidakupayaan dan keperluan kanakkanak adalah catatan anekdot, catatan berterusan, catatan spesimen, mensampel masa,
mensampel peristiwa dan senarai semak. Teknik-teknik ini dapat membantu dan
memudahkan proses pengesanan untuk dilakukan. Kesemua teknik ini adalah berbeza
namun saling melengkapi antara satu sam lain. Hasil yang diperoleh melalui teknik ini
boleh dibawa ke peringkat yang seterusnya untuk didiagnos oleh pakar-pakar yang
tertentu. Kanak-kanak khas tidak juga mempunyai keinginan untuk menjalani kehidupan
seperti manusia biasa. Oleh yang demikian, pengesanan awal mampu membela nasib
kanak-kanak yang berkeperluan khas dalam dunia pendidikan.
Prosedur Pelaksanaan Proses Penilaian
Langkah 1 Penapisan (Screening)
Prosedur menguji/memeriksa sekumpulan pelajar sebagai usaha mengenal pasti mereka
yang mempunyai risiko yang tinggi; mereka yang dikenal pasti dirujuk untuk
pemeriksaan dan pengukuran yang lebih bersungguh dan intensif. Guru, orang yang
pertama melakukan penapisan dengan menggunakan pemerhatian di bilik darjah dan

standardized group assessment tool (con: senarai semak, borang berkadar/rating, alat
pengukuran yang piawai, pemerhatian dlm bilik darjah) untuk mengesan pelajar berisiko
tinggi
Langkah 2 Pencalonan (Referral)
Individu atau pasukan (di sekolah) menerima pencalonan untuk melaksanakan Penilaian
Pendidikan Khas. Tugas pertama ialah menulis kepada ibu bapa supaya mereka memberi
kebenaran dan menerima penerangan tentang proses tersebut. Selepas itu pasukan ini
akan membentuk Pelan Penilaian Individu untuk mengenal pasti aspek-aspek yang
memerlukan perhatian khas dalam prosedur ujian.
Langkah 3 Penilaian
Ujian saringan-untuk tujuan mengklasifikasi, penempatan, dan penentuan program khas.
Memberi penilaian yang bersesuaian kepada pelajar dengan menggunakan penilaian
formal dan informal untuk mengidentifikasi corak pembelajaran pelajar (perhatian: tidak
menggunakan satu alat ukur secara Khusus untuk menentukan tahap kefungsian aspekaspek tertentu.).
Guru perlu mengetahui tentang masalah yang dihadapi oleh muridnya. Misalnya guru
mesti mengetahui prosedur bagaimana mengurus seorang murid yang diserang penyakit
sawan atau asthma. Guru juga perlu jelas tentang kesan masalah fizikal ini ke atas
perkembangan psikososial kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak ini kadang kala tidak
memahami hidup mereka dan sering menghadapi masalah penyesuaian. Selain itu, guru
juga perlu peka kepada keperluan murid.
KAEDAH / TEKNIK PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG BOLEH
DIGUNAKAN UNTUK MURID BERKEPERLUAN KHAS
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan khas memerlukan guru
menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan,
keupayaan, bakat, minat serta latar belakang murid. Memandangkan murid mempunyai
keupayaan yang berbeza, guru harus menyediakan aktiviti yang sesuai. Usaha ini dapat
memastkan murid terlibat aktif, juga membantu proses pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih berkesan, bermakna dan menggembirakan. Proses pengajaran dan
pembelajaran perlu dirancang serta dikendalikan dengan teliti dan sistematik bagi
menjamin setiap murid mendapat peluang yang sama, sama ada dilaksanakan secara
kelas. Kumpulan mahupun secara individu. Berpandukan matlamat dan objektif dalam
kurikulum ini, antara pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan
adalah:
Pendekatan Analisis Tugasan
Pendekatan Analisis Tugasan melibatkan proses pembahagian kemahiran kepada

beberapa komponen atau langkah mudah yang dapat dikuasai dan dipelajari oleh
seseorang murid. Kaedah analisis tugasan membantu guru menyusun atur kemahiran
yang hendak diajar, memberi latihan yang konsisten dan nilai tahap pencapaian murid.
Penyediaan analisis tugasan dapat dilaksanakan dengan langkah-langkah berikut:

Memastikan kemahiran yang sesuai diajar pada murid mengikut tahap keupayaan.
Huraikan secara ringkas kemahiran yang terpilih.
Kemahiran yang dipilih dipecahkan kepada langkah-langkah kecil.
Buat penyesuaian langkah-langkah pembelajaran mengikut kelemahan dan
kebolehan murid.
Guru menjalankan analisis tugasan.
Guru membuat pemerhatian dan penilaian apabila murid telah menguasai
kemahiaran yang diajar.
Membuat penambahan dan perubahan di mana perlu sehingga murid dapat
menguasai kemahiran yang hendak diajar.

Pendekatan Belajar Melalui Bermain


Pendekatan Belajar Melalui Bermain ditekankan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pendidikan khas kerana bermain merupakan keperluan murid. Melalui
aktiviti ini mereka melakukan penerokaan, penemuan dan pembinaan berdasarkan
pengalaman dengan rasa gembira dan seronok. Selain menyeronokkan, pendekatan ini
boleh meningkatkan keupayaan kognitif dan memenuhi rasa ingin tahu, penguasaan
psikomotor, kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi.
Ciri-ciri pendekatan bermain sambil belajar yang ditekankan ialah:

Aktiviti yang menyeronokkan.


Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran.
Permainan bebas dan terancang.
Keanjalan masa.
Percubaan idea sendiri.
Peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian.

Pendekatan Pembelajaran Pengalaman


Pendekatan Pembelajaran Pengalamian adalah berdasarkan kesediaan dan keupayaan
individu. Pendekatan ini meningkatkan arah kendiri individu di mana murid diberi
peluang menilai keupayaan diri sendiri.
Guru yang melaksanakan kaedah ini seharusnya menjalankan peranan berikut:

Menentukan suasana yang positif untuk proses pembelajaran.


Menjelaskan peranan murid dalam tugasan.

Memastikan sumber untuk proses pembelajaran ada dan mudah diperoleh.


Menyusun sumber untuk proses pembelajaran.
Seimbangkan komponen intelek dan emosi dalam pembelajaran.
Berkongsi perasaan dan pemikiran dengan murid tanpa menguasai dan
mengongkong mereka.

KEPERLUAN FIZIKAL ATAU SOKONGAN INFRASTRUKTUR YANG MESTI


DISEDIAKAN UNTUK MURID BERKEPERLUAN KHAS
Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid bermasalah
pembelajaran, bermasalah pendengaran dan penglihatan. Program integrasi; dijalankan
dengan kerjasama Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah harian yang mana sekolah ini
dikategorikan sebagai Sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi. Terdapat enam buah
sekolah di bawah kategori sekolah ini antaranya Sekolah Menengah Vokasional (EAT)
Azizah, Johor Bharu; Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah; Sekolah Menengah
Teknik Batu Pahat, Johor; Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak.
Murid berkeperluan khas memerlukan keperluan fizikal atau infrastruktur khas seperti
berikut:
6. Kerusi meja seperti pelajar-pelajar normal.
7. Buku Teks mengikut kemampuan tahap KKBP walaupun berada di sekolah
menengah.
8. Bahan-bantu mengajar boleh diubah suai oleh guru resos dan Jawatankuasa
akademik.
9. Bahan rujukan/peralatan tambahan - atas kebijaksanaan/ inisiatif pihak sekolah.
10. Bilik resos - perlu diadakan untuk tujuan sesi bimbingan dan khidmat bantu dan
kaunseling.
Tugas pengurusan pula ialah;

Menyelenggara alat bantu dengar berfungsi dengan baik.

Memastikan semua murid memakai alat bantu dengar.

Merakam program siaran TV Pendidikan untuk digunakan mengikut jadual waktu


yang sesuai.

Bekerjasama dengan guru lain di sekolah dan agensi luar untuk membantu murid
bermasalah pendengaran dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan.

Mengadakan kolaborasi dengan pihak luar dalam menyalurkan maklumat,


pendidikan dan pengetahuan kepada murid bermasalah pembelajaran.

KESIMPULAN
Murid-murid berkeperluan khas dikenalpasti dan dikategorikan berdasarkan jenis
kecacatan atau kekurangan yang di alaminya dalam keadaan luar biasa iaitu dari segi
fizikal, mental, emosi, dan tingkahlaku. Murid-murid berkeperluan khas ini terbahagi
kepada beberapa jenis iaitu murid-murid yang bermasalah cacat fizikal, masalah
pendengaran, penglihatan, bermasalah pembelajaran,

bermasalah tingkah

laku,

bermasalah pertuturan, terencat akal, cerdas pintar dan sebagainya.


Jabatan Pendidikan Khas pada tahun 1998 mengatakan bahawa setiap kanak-kanak
dengan kecacatan mempunyai hak yang sama bagi mengatakan kehendaknya terhadap
pendidikan dan ibu bapa mereka mempunyai hak menentukan jenis pendidikan yang
sesuai bagi anak mereka.
Keputusan yang telah diambil dalam pendidikan khas bagi beberapa tahun kebelakangan
ini di Malaysia bersesuaian dengan kehendak masyarakat dunia dan ia perlulah disokong
sepenuhnya. Justeru itu, sekolah mestilah menyediakan kemudahan dan peluang bagi
semua jenis kanak-kanak belajar bersama, tanpa mengira kekurangan dari segi fizikal,
intelek, emosi, dan lain-lain. Sekolah sebagai sebuah institusi kecil harus berusaha
mengadakan muafakat dan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menjayakan
pendidikan untuk semua di mana murid-murid berkeperluan khas dapat belajar dan
berinteraksi dengan rakan normal di samping memberi peluang murid-murid normal
mengenali murid-murid khas ini. Perubahan sikap dan pandangan positif masyarakat
kepada golongan ini amat diperlukan untuk menjamin golongan ini diterima dalam
masyarakat seadanya.

RUJUKAN
Chua Tee Tee, Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan Bacaan Asas.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Culcutta, R.A., Tompkins. J.R.Fundamentals of Special Education,1999.
Hallahan, D.P. and Kauffman, J.M. (2006). Exceptional Children: An introduction to
special education. (10 th ed). Boston: Pearson Education, Inc.
Kenal Pasti Murid Khas. (n.d). Diambil pada 21 November 2013 daripada
http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH%203%20Kenal%20pasti%20mu
rid%20khas%20RPI%20dan%20Peranan%20guru.pdf
Masalah Pendidikan Khas. (n.d). Diambil pada 21 November 2013 daripada
http://welovependidikankhas.blogspot.com/p/apakah-itu-pendidikan-khas-masalah.html