Anda di halaman 1dari 2

JADUAL KEDATANGAN PELAJAR (REGISTER)

1. Register sementara digunakan sehingga 31 Januari dan register tetap dimulakan pada 1
Februari bagi semua tingkatan.
2. Muka surat Bayaran Khas dilengkapkan selewat-lewatnya pada hujung Februari
dengan butir- butir berikut:
i) Nama pelajar-pelajar ditulis dengan huruf besar.
ii) Nama dan kelas kakak yang membayar yuran untuk majalah sekolah ditulis
iii) Tarikh pada resit mesti sama dengan tarikh wang diserahkan ke pejabat sekolah.
iv) Setiap jenis kutipan yuran dijumlahkan dan ditulis dengan pensil di bahagian bawah
muka surat tersebut pada hujung Februari.
v) Pada 1 November, jumlahkan setiap jenis kutipan dengan dakwat.
3. Muka-mukasurat yang menunjukkan kedatangan pelajar, sila rujuk kepada mukasurat
Peraturan pada pemulaan register.
i) Bilangan dalam sekolah
- bagi Tg. 1, didapatkan dari pejabat sekolah dan diisikan untuk Januari sahaja.
- bagi Tg 2 hingga Tg. 5, didapatkan dari register lama dan diisikan untuk Januari
sahaja.
- untuk pelajar baru dari sekolah lain, Guru Tingkatan perlu tulis nama dan bilangan
dalam sekolah dalam buku kemasukan pelajar-pelajar yang disimpan di pejabat
sekolah.
ii) Bagi pelajar yang tidak hadir, sila tunjukkan:
OS bagi pelajar yang tidak hadir dengan surat ibubapa.
OMC bagi pelajar yang tidak hadir dengan sijil doktor.
OL bagi pelajar yang lewat ke sekolah.
O bagi pelajar yang tidak hadir tanpa sebab.
/* bagi pelajar yang mewakili sekolah untuk pertandingan, pelajar tersebut dikira
hadir. Di bahagian bawah senarai nama murid, catatkan *aktiviti/pertandingan, dan
nama murid.
iii) Bagi pelajar yang tidak hadir tiga hari berturut-turut, Guru Tingkatan perlu
menghantar Notis tidak hadir melalui PK HEM (buat 2 salinan) dan 1 salinan
jawapan ibu bapa.
iv) Bagi pelajar yang tidak hadir kerana mewakili sekolah atau negeri di tempat lain, lukis
satu garis ufuk dan tulis sebabnya dia tidak hadir. Untuk hitung panjang dan %
kedatangan pelajar ini patutlah dianggap hadir.
v) Jika ada pelajar yang keluar sekolah sebelum atau pada hujung bulan, isikan jumlah
bilangan pelajar keluar dalam ruang Ramai murid yang keluar untuk bulan
yang berkenaan itu. Ramai murid dalam daftar hujung bulan mesti menunjukkan
bilangan pelajar yang baki.
4. Muka surat Penyata Bulanan Mengikut Bangsa :i) Pelajar-pelajar Sikh dianggap sebagai pelajar India.
ii) Jumlah besar pelajar = Jumlah murid
= Bilangan pelajar pada hujung bulan
iii) Bagi bulan Disember, Jumlah murid = Jumlah pelajar bagi bulan November.

iv) Hitung panjang kedatangan mesti diberi dalam angka genap.


Contoh: 23.4 ditulis sebagai 23; 23.5 ditulis sebagai 24
v) % kedatangan ditulis sehingga satu tempat perpuluhan
Contoh: 93.74 ditulis sebagai 93.7; 93.75 ditulis sebagai 93.8
5. Muka surat di belakang buku jadual kedatangan, bagi ruang untuk
i) Bilangan dalam buku pendaftaran sekolah mesti diisi.
ii) Nama penuh pelajar dan Nama ibu bapa ditulis dalam huruf besar.
iii) Umur pada 1 Januari:
Contoh: Tingkatan
Bulan dilahirkan
Umur pada 1 Januari
1
Jan
12.11
Feb
12.10
Jun
12.6
Dis
12.0
iv) Tarikh meninggalkan Darjah dan Sebab meninggalkan Darjah mesti diisi sebaik sahaja
pelajar keluar sekolah. Antara sebab pelajar meninggal sekolah:
a) Bertukar ke sekolah di .(Nama dan negeri sekolah baru).
b) Melanjutkan pelajaran ke luar negara.
c) Berhenti sekolah. Nombor surat berhenti diisi jika ada.
6. Setiap pagi, semua register mesti sampai ke pejabat sebelum pukul 9.05 pagi.
7. Semua register mesti ditutup pada hari bersekolah yang terakhir bagi setiap bulan
dan hantar ke pejabat sekolah sebelum waktu rehat. Sekiranya Guru Tingkatan tidak
dapat menutup register pada hari itu (kerana menghadiri kursus atau taklimat dan
sebagainya), sila menghubungi yang lain untuk menolong cikgu menutup register.

8. Apa-apa yang tersalah tulis di dalam register tidak boleh dipadam dan tidak boleh
menggunakan tipp-ex tetapi hendaklah dibetulkan dengan memotong dan ditulis yang
betul di sebelahnya, diikuti dengan tandatangan.
9. Bagi Tingkatan 4 dan 5, Guru Tingkatan perlu mengisi jadual Analisis Mata
Pelajaran yang
dilekatkan di kulit belakang register pada setiap hujung bulan apabila cikgu menutup
register.

MUSTAHAK : Semua maklumat dan butir-butir dalam register mesti ditulis oleh
GURU TINGKATAN SENDIRI atau guru yang diarahkan dan BUKAN oleh
murid.

Anda mungkin juga menyukai