Anda di halaman 1dari 5

Kesan Pendidikan Terhadap Ekonomi

Pendidikan merupakan salah satu komponen yang penting dan memberikan kesan
kepada ekonomi.

Kalau dahulu kalanya bagi masyarakat sederhana, pendidikan

dan penguasaan ekonominya kepada anak cucunya hanya cukup sekadar untuk
meneruskan kelangsungan hidupnya sahaja. Ianya jauh berbeza dengan konteks
kehidupan sekarang ini. Pendidikan itu amat penting dalam kelangsungan ekonomi
masa kini.
Menurut Tobing (1997) terdapat tiga perspektif teori yang menjelaskan hubungan
antara pendidikan dan pertumbuhan ekonomi, iaitu teori modal manusia, teori
pengagihan dan teori reproduksi strata sosial. Teori modal manusia menerangkan
bahawa pendidikan secara jelasnya mempunyai pengaruh yang positif terhadap
pertumbuhan ekonomi. Teori ini diutarakan oleh Gary Backer, Edward Denisondan
Theodore Schultz. Teori ini di gunapakai pada pasca perang dunia ke dua sehingga
tahun

70-an.

Menurut

teori

ini,

golongan

yang

berpendidikan

mempunyai

kedudukan yang tinggi dari segi ekonomi dan sosial. Individu yang mempunyai
tahap pendidikan yang lebih tinggi, dikatakan akan mempunyai pekerjaan dan upah
yang lebih baik berbanding yang pendidikannya lebih rendah. Apabila upah
mencerminkan produktiviti, maka semakin banyak individu yang mempunyai
pendidikan tinggi, maka semakin tinggi produktiviti dan hasilnya ekonomi negara
akan berkembang lebih pesat.
Walau bagaimana pun, pada tahun 70-an, teori ini mendapat kritikan tajam. Hujah
yang disampaikan adalah peringkat pendidikan tidak selalu sesuai dengan kualiti
pekerjaan, sehingga orang yang berpendidikan tinggi ataupun rendah tidak berbeza
produktiviti

dalam

menangani

kerja

yang

sama.

Dengan

demikian,

orang

berpendidikan rendah tetapi mendapat latihan akan mempunyai produktiviti relatif


sama dengan orang berpendidikan tinggi dan formal.
Menurut Teori Pengagihan (Allocation Theory) Meyer (1977), pendidikan adalah
sebagai satu lembaga sosial yang salah satu fungsinya meletakkan individu secara
sosial menurut strata pendidikan. Keinginan mencapai status sosial lebih

tinggi

menyebabkan individu untuk mengambil pendidikan lebih tinggi. Walaupun


individu-individu berpendidikan tinggi mempunyai perkadaran lebih tinggi dalam
pendapatan nasional, tetapi peningkatan perkadaran orang yang

bependidikan

lebih

tinggi

dalam

suatu bangsa

tidak

akan

secara

automatik

meningkatkan pengembangan ataupun pertumbuhan ekonomi.


Pendidikan pada

zaman dahulu

ekonomi. Kebanyakkan

dilihat seperti

tidak

mementingkan faktor

pelaksanaan polisi-polisi pendidikan bergantung kepada

keadaan semasa, faktor agama, ketenteraan dan politik. Tengok pada peringkat
awal di Malaysia ini di mana penjajah British telah melaksanakan dasar pecah dan
perintah. Pada peringkat awal kewujudan teori institusional ini, pendidikan dilihat
sebagai satu institusi yang mempunyai legitimasi dalam masyarakat. Pendidikan
juga dilihat sebagai tanggungjawab sepenuhnya pihak kerajaan dan golongan
profesional.(Meyer, 1977). Walau bagaimanapun, perubahan dalam arus pendidikan
telah menyebabkan beberapa pandangan awal ini telah berubah.
Pelaksanaan
perkembangan

polisi-polisi
ekonomi

pendidikan
global.

dilihat

Contohnya,

lebih menumpukan kepada


negara

kita

Malaysia

yang

menggalakkan perkembangan pelajar ke arah sains dan teknologi untuk mencapai


status negara maju
pendidikan

bukan

menjelang

tahun

2020.

Selain

daripada

itu,

pasaran

lagi dipertanggungjawabkan dan dimonopoli oleh pihak

kerajaan sebaliknya melibatkan pihak swasta yang pada masa yang sama dilihat
membantu menyumbang kearah pembangunan ekonomi dengan menyediakan
tenaga kerja yang berkemahiran dan berpengetahuan.

Kesan Pendidikan Terhadap Politik


Kesan Kestabilan Politik Terhadap Kualiti Pendidikan Negara

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa sistem pendidikan sesebuah negara


adalah dicorakkan berdasarkan ideologi politik

negara itu sendiri.Dalam hal ini,

dasar-dasar dan perancangan pendidikan selalunya dibangunkan berasaskan


pemikiran politik dan kepentingan kerajaan sesebuah negara. Ini kerana kerajaan
yang memerintahlah

mempunyai peranan utama dalam membangunkan sistem

pendidikan di sesebuah negara. Misalnya kerajaan memerintah bertanggungjawab


dari segi pembiayaan kewangan, penetapan matlamat dan hala tuju, rekabentuk
kurikulum pendidikan, latihan dan pengurusan guru, pengurusan penilaian dan
pentaksiran pelajar, serta mentadbir dan mengurus aspek-aspek lain dalam
pendidikan. Dalam hubungan ini, sudah tentu pihak kerajaan yang memerintah
juga

bertanggungjawab bagi menyediakan peluang pendidikan kepada setiap

warga negaranya dengan mengekalkan kesaksamaan peluang kepada semua,


dalam usaha bagi mengurangkan kemiskinan dan menyelesaikan masalah-masalah
lain di dalam masyarakat. Sehubungan itu, pihak kerajaan perlu menetapkan
pelbagai dasar untuk membolehkan mereka bertindak bagi memenuhi keperluankeperluan dan tuntutan-tuntutan ini. Kestabilan politik dapatlah difahami sebagai
keadaan kurangnya perubahan - perubahan yang

ketara atau dengan kata lain

berlakunya kesinambungan yang baik dalam sistem politik sesebuah negara. Secara
asasnya

kestabilan

politik

merupakan

fenomena

pelbagai

dimensi

yang

menggambarkan berlakunya kekerapan aliran untuk perubahan politik. Kestabilan


politik sesebuah negara dapat dikenal pasti melalui beberapa indikator. Misalnya,
kurangnya keganasan yang berlaku di dalam negara, kewujudan pemerintahan
berasaskan perlembagaan; ketiadaan perubahan struktur kerajaan, dan kurangnya
serangan-serangan bersenjata. Namun demikian, dimensi utama yang paling biasa
dirujuk kepada kestabilan politik adalah jangka hayat sesebuah kerajaan dan
ketahanan yang disamakan dengan tempoh panjang masa pemerintahan sesebuah
kerajaan tersebut. Sistem pendidikan sesebuah negara didapati amat

mudah

terdedah kepada pengaruh luar dan perubahan-perubahan baru dalam sistem


pendidikan selalunya disebabkan oleh pengaruh globalisasi yang tiada sempadan.
Keupayaan sesebuah sistem pendidikan bagi menyesuaikan diri dengan perubahanperubahan baru ini banyak bergantung kepada kestabilan politik sesebuah negara.
Sehubungan itu, lebih stabil sesebuah kerajaan maka lebih cepat dan mudahlah
penyesuaian dengan pengaruh luar yang baru dapat dilakukan. Kadar penyesuaian
ini seterusnya akan menentukan kualiti sistem pendidikan sesebuah negara. Dalam
hal ini, kestabilan politik sesebuah negara akan memberi kesan positif terhadap
kualiti sistem pendidikan negaranya melalui pelbagai cara. Antaranya yang paling
ketara adalah seperti pengagihan peruntukan dan belanjawan pendidikan tahunan,
dasar-dasar

dalam pelantikan guru,

aktiviti-aktiviti

pendidikan yang

bersifat

inovatif serta tidak terkecuali juga kesan terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.
Berkaitan hal ini juga didapati bahawa sesebuah kerajaan yang beroperasi dalam
konteks politik yang stabil akan mempunyai hala tuju dan matlamat jangka panjang
yang tetap serta disokong dengan sasaran yang lebih jelas. Sebaliknya,

jika

keadaan politik sesebuah kerajaan tidak stabil dan bersifat polarisasi pula, didapati
akan lebih cenderung kepada pengamalan dasar-dasar yang tidak cekap atau suboptimum, termasuklah penyelenggaraan sistem percukaian yang tidak cekap,
perbelanjaan kerajaan semasa yang lebih tinggi serta pengumpulan hutang luar
yang lebih besar. Keadaan ini sudah tentu akan merencatkan pembangunan
pendidikan sesebuah negara.Ketidakstabilan politik sesebuah negara juga akan
mempengaruhi perkembangan sistem pendidikan yang seterusnya akan membawa
kesan negatif terhadap penyediaan infrastruktur dan sumber-sumber lain dalam
bidang pendidikan. Selain itu, hak-hak dan kebebasan dan pendemokrasian
pendidikan

selalunya tidak akan dapat digunakan dengan sepenuhnya oleh

warganegara sesebuah negara yang persekitaran politiknya tidak stabil.


Dalam hal ini didapati terdapatnya hubungan negatif antara kedudukan sesebuah
kerajaan yang sering mengalami risiko dan ancaman dengan

peratusan pelajar

yang mencapai tahap pendidikan tinggi. Didapati juga bahawa negara-negara yang
tidak stabil dari segi politiknya merupakan negara yang kecil pendaftaran pelajar
sekolahnya

sama ada pada peringkat rendah atau di

menengah.Terdapat juga

bukti-bukti tambahan yang menyatakan bahawa ketidakstabilan politik dan


perubahan dalam kerajaan juga akan memberi kesan langsung terhadap guru-guru
kerana para guru ada kaitan sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan
parti-parti politik. Di samping itu, ketidakstabilan politik sesebuah negara juga akan
mengundang kepada ketidaktentuan terhadap hala tuju dan matlamat pendidikan
sesebuah

negara.

Dalam

konteks

ini,

didapati

bahawa

kesahihan

dan

kebertanggungjawaban sesebuah kerajaan akan menjadi lemah dalam pelaksanaan


sistem pendidikan kerana mereka tidak akan berkemampuan melaksanakan
sepenuhnya dasar-dasar dan rancangan pendidikan yang telah dirancang dan
ditetapkan sebelumnya. Kesannya, perubahan dasar yang bercelaru
memberi manfaat kepada perkembangan sistem pendidikan negara.

tidak akan

Kesimpulannya,

kestabilan politik sesebuah negara memainkan peranan penting

dalam menentukan survival sesuatu sistem pendidikan. Matlamat utama sesebuah


sistem pendidikan negara akan menentukan acuan warga negara sesebuah negara
pada masa akan datang. Dalam hal ini, mana-mana perubahan, reformasi atau
inovasi dalam sistem pendidikan hendaklah dilaksanakan secara terancang dan
holistik bagi menjamin kualiti sumber manusia dan warga negara pada masa akan
datang. Andaikata terdapat kesilapan pada mana-mana bahagian, sudah tentu
keruntuhan terhadap sistem pendidikan sesebuah negara sukar untuk dibangunkan
semula dan pembangunan semula sistem pendidikan negara memerlukan satu
jangka masa yang panjang untuk stabil dan bangkit semula.