Anda di halaman 1dari 10

Keunikan Hikayat Abdullah

dalam Aspek Pembinaan


Jati Diri Bangsa

Abdullah Munsyi dalam buku Hikayat Abdullah meletakkan


garis masa penceritaannya bermula sejak kelahirannya pada
1796 sehinggalah kepada zaman kehidupannya di Singapura.
Abdullah lahir dan hidup di tengah-tengah masyarakat
Melaka pada zaman pendudukan British di Melaka.

Zaman tersebut telah menyaksikan bagaimana jati diri


masyarakat Melayu di Melaka berada di dua persimpangan,
suatu pihak yang dilihat cuba untuk mengekalkan jati diri
bangsa yang diwarisi zaman berzaman, manakala satu pihak
yang lain pula dilihat terbuka kepada perubahan sesuai
dengan peredaran masa.

Menurut Kassim Ahmad (2004), masyarakat Melayu


pada zaman Abdullah Munsyi masih kekal dengan
kepercayaan yang karut marut, adat resam yang
jahat dan mundur dan taat kepada rajanya dengan
sebenar-benar taat walaupun kelakuan raja mereka
itu kadangkala itu zalim dan tidak bermoral.
antara contoh kepercayaan karut yang dipercayai
oleh masyarakat Melayu pada ketika itu termasuklah
adat menjual anak yang turut dilakukan oleh ibu
bapa Abdullah Munsyi sendiri.

mempunyai kepercayaan pelik dengan mempercayai bahawa


nama seseorang juga mempengaruhi kesihatan seseorang
sekiranya nama yang diberikan itu tidak sesuai dengan
tubuh badan si anak tersebut.
Menurut Abdullah Munsyi seperti yang dipetik Siti Aisah
Murad (1996),

Bahawa ini pun satu adat nenek moyang bodoh, yang tiada
ia mengetahui Allah Taala.... Syahadan ada pula orang yang
percaya sebab nama budak itu terlalu besar itulah kononnya
mendatangkan penyakit atau mati. Maka sekalian itu bohong
dan adat-adat bodoh belaka.

Selain itu, masyarakat Melaka pada zaman Abdullah


Munsyi juga masih lagi menebal dengan kepercayaan
terhadap perkara mistik dan magis seperti dalam
peristiwa perobohan Kota Melaka oleh British dan
peristiwa menangkap gajah.

Contohnya, ketika usaha Tuan Farquhar untuk


merobohkan Kota Melaka itu tidak berjaya, masyarakat
Melaka percaya bahawa keadaan tersebut disebabkan
oleh para jembalang yang menjaga kota tersebut
daripada dihancurkan

Berdasarkan kisah-kisah yang telah


diceritakan oleh Abdullah mengenai
masyarakat pada masa itu, maka jelaslah
bahawa jati diri masyarakat Melayu pada
masa itu dilihat masih bersifat konservatif
dan tertutup dengan tradisi lama sedia
ada sejak zaman berzaman semenjak
zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Seterusnya, jati diri bangsa yang dapat dilihat


dalam penulisan Abdullah adalah melalui jati diri
Abdullah Munsyi itu sendiri.
Antara jati diri utama yang terdapat dalam diri
Abdullah Munsyi ialah bersifat realistik dan terbuka
dalam pemikirannya. Menurut A.H Hill (1969),
Abdullah was the first writer in Malay to bring
realism to this art..... Keterbukaan Abdullah dapat
dilihat apabila beliau bertindak menterjemah Kitab
Injil ke dalam bahasa Melayu, sesuatu yang
dianggap sebagai menyalahi agama oleh
sebahagian besar masyarakat pada masa tersebut.

Keterbukaan Abdullah juga menyebabkan


beliau menjadi seorang pengagum kepada
sains dan teknologi serta menolak kepercayaan
karut dalam masyarakat Melayu pada masa
tersebut. Menurut Kassim Ahmad (2004),
kekaguman Abdullah terhadap sains dinukilkan
di dalam hikayatnya apabila beliau melihat
sendiri sebuah kapal asap yang datang ke
Singapura, selain menyaksikan demonstrasi
sebuah alat pengambil gambar, kamera yang

KESIMPULAN

Walaupun masyarakat Melaka memandang


Abdullah sebagai seorang yang bersifat
kebaratan, hakikatnya jati diri Abdullah
terhadap bangsa Melayu cukup tinggi
terutamanya melalui pemikirannya yang
sentiasa memikirkan mengenai nasib orang
Melayu yang berada dalam keadaan yang
menyedihkan dan malang.