Anda di halaman 1dari 1

‫الحمد لله الملك الحكيم الجواد الكريم العزيز الرحيم الذي خلق النسان في احسن‬

‫تقويم و فطر السموات والرض بقدرته ودبر المور بحكمته وما خلق الجن والسان‬
‫ فالطريق اليه واضع للقاصدين والدليل عليه لئع للناظرين ولكن الله‬.‫ال لعبادته‬
‫ والصلة على سيد المرسلين‬.‫يضل من يشاء ويهدي من يشاء وهو اعلم بالمهتدين‬
.‫وعلى اله البرار الطييبين الطهرين و سلم وعظم الى يوم الدين‬
Segala puji bagi Allah Taala, yang penuh Hikmah, Pemurah, Mulia, Kuasa,
Penyayang, Tuhan yang menjadikan manusia dalam bentuk yang sebaik-
baiknya, dan yang menciptakan langit dengan kudrat-Nya, mengatur segala
urusan dengan hikmah-Nya, tiadalah dia menciptakan jin dan manusia untuk
beribadah kepada-Nya.

Sesungguhnya jalan kepada-Nya telah pun jelas bagi sesiapa yang


mempunyai sebarang maksud dan menghendakinya, begitu pula bukti atau
dalil yangmenunjuk jalan kepada-Nyatelah pun terang bagi sesiapa yang
berfikir, namun Allah jua yang menyesatkan sesiapa yang ditakdirkan sesat,
dan Dialah pula yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang
dikehendaki-Nya, kerana Dia Allah Taala lebih mengetahui kepada orang-
orang yang mendapatkan hidayah.

Semoga selawat dan salam melimpah-ruah ke atas penghulu segala rasul


beserta keluarganya yang baik-baik lagi suci, semoga Allah Taala
menyelamatkan dan memuliakan mereka hingga hari pembalasan.

Wahai saudara-saudaraku semoga Allah Taala membahagiakan kita dengan


keredhaan-Nya. Hendaklah dimaklumi bahawa ibadah itu adalah buah dari
ilmu faedah dari umur, hasil usaha dari hamba Allah yang kuat-kuat, ianya
merupakan barang yang sangat beharga dari para aulia, jalan yang
ditempuh oleh mereka yang bertaqwa, bahagian untuk mereka yang mulia,
tujuan dari orang-orang yang berhemah tinggi, syiar dari golongan yang
terhormat, pekerjaan dari orang-orang yang berani, pilihan dari mereka yang
berwaspada, dan ianya adalah jalan menuju syurga.

Anda mungkin juga menyukai