Anda di halaman 1dari 9

ISU KEPENGGUNAAN

Pentingnya Pendidikan Pengguna Di Sekolah-Sekolah


Wawasan 2020 merupakan dorongan ke arah kecemerlangan negara. Bagi mencapai
dan merealisasikannya, dasar ekonomi negara yang kukuh dalam bidang perniagaan
perlulah ditekankan sepenuhnya. Dalam kehidupan seharian, perniagaan memainkan
peranan penting untuk mencuri pandangan dan tumpuan orang ramai agar menjadi
pemangkin ke arah kemakmuran negara.
Orang ramai sebagai pengguna merupakan aset penting dalam menjayakan wawasan
negara. Bagi mencapai tujuan itu, pendidikan dalam bidang kepenggunaan perlulah
disemai dari peringkat kecil lagi. Dalam hal yang sedemikian, sekolah merupakan
sebuah institusi yang paling sesuai untuk mendidik pelajar tentang pendidikan
kepenggunaan.
Biasanya, peniaga lebih mementingkan keuntungan daripada memikirkan hak-hak
pengguna. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar harus mengetahui tentang hak-hak
yang ada pada mereka sebagai pengguna. Pendidikan pengguna di sekolah-sekolah juga
dapat membentuk sikap yang positif di kalangan pelajar. Hal ini adalah kerana pelajar-
pelajar merupakan bakal barisan intelek yang akan menyemarakkan semangat dan
kejituan rakyat dalam hal ehwal perniagaan masa akan datang.

Pengguna pada hakikatnya mempunyai lapan hak, iaitu hak mendapatkan keperluan
asas, hak mendapatkan keselamatan/ perlindungan, hak mendapatkan maklumat, hak
mendapat gantirugi, hak membuat pilihan, hak bersuara, hak mendapat pendidikan
pengguna dan hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat.

Pendidikan pengguna secara amnya, membantu pelajar-pelajar mengetahui dengan


lebih mendalam lagi mengenai bagaimana urusniaga dijalankan dalam kehidupan
seharian. Pendidikan pengguna di sekolah-sekolah dapat membantu para pelajar
mengetahui cara-cara pengguna menggunakan hak-hak yang ada pada mereka untuk
menghalang daripada dieksploitasikan oleh peniaga-peniaga.

Sesungguhnya, untuk membentuk satu barisan intelek yang peka terhadap hal-hal
kepenggunaan, pelajar-pelajar perlulah memperlengkapkan diri mereka dengan
pengetahuan yang utuh untuk menangani masalah-masalah pengguna. Memandangkan
peniaga begitu ghairah dan berleluasa mengeksploitasikan kejahilan pengguna, maka
sudah sampai masanya bagi pengguna berusaha menuntut hak mereka yang amat
penting, iaitu hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna. Pendidikan pengguna di
sekolah-sekolah dapat menggambarkan pada pemikiran manusia bahawa pendidikan
pengguna amat penting supaya para pengguna lebih memahami suasana dunia
perniagaan masa kini yang semakin mencabar, terutama dalam era globalisasi dan
teknologi maklumat

Pendidikan pengguna di sekolah-sekolah bukan sahaja dapat membantu para pelajar


menyelesaikan masalah-masalah pengguna, malah membentuk sahsiah pelajar-pelajar
agar lebih inisiatif dan inovatif untuk menarik perhatian pelajar ke arah menjadi
pengguna yang berwawasan tinggi.
Sebenarnya, masalah sekarang adalah sikap pengguna sendiri yang tidak acuh
terhadap hak-hak mereka, walaupun ramai yang sedar akan hak-hak mereka. Pengguna
haruslah bergabung tenaga untuk memperjuangkan hak-hak mereka daripada terus
dicabuli oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tanpa tindakan pengguna, mereka
akan terus dibelenggu oleh masalah-masalah pengguna yang semakin kompleks dan
merumitkan. Pengguna seharusnya menggunakan sepenuhnya peluang di sekolah-
sekolah bagi memperlengkapkan diri mereka dengan ilmu kepenggunaan yang tinggi
agar mereka dapat menangani masalah-masalah pengguna yang wujud.

Sememangnya, pendidikan pengguna harus diterapkan di peringkat sekolah-sekolah


lagi untuk melahirkan generasi intelek yang bakal menerajui negara pada masa akan
datang. Kurikulum sekolah masa kini perlulah disesuaikan dengan menerapkan unsur-
unsur kepenggunaan dalam mata pelajaran-mata pelajaran tertentu yang wajib dan
perlu untuk diambil oleh pelajar agar generasi akan datang lebih berpengetahuan dan
boleh menjadi pengguna yang bijak dan rasional

Asas Pendidikan Pengguna


Kesedaran yang kritis.
Pengguna dididik supaya kritis terhadap mutu barangan dan perkhidmatan serta kualiti
alam sekitarnya. Juga, pengguna dididik mengenai amalan pengeluaran dan
penggunaan dan kaitannya dengan alam sekitar. Pengguna seterusnya digalakkan
supaya sering menyoal tentang kepenggunaan supaya berpengetahuan dan sukar
ditipu.

Objektiviti.
Pengguna dilatih supaya boleh membuat pilihan yang bijaksana. Tidak mudah
dipengaruhi oleh iklan-iklan atau taktik-taktik penjualan.

Nilai.
Membentuk nilai-nilai hidup juga menguntungkan pengguna. Tidak terburu-buru
meniru nilai-nilai yang tidak sesuai. Juga, mengubah kepercayaan bahawa produk atau
perkhidmatan yang mahal atau kerap diiklankan semestinya lebih berkualiti daripada
yang berharga murah atau tidak diiklankan.

Sikap.
Membina sikap positif dan bertanggungjawab. Berani mengambil tindakan dan
membuat aduan apabila tertipu atau mendapati produk atau perkhidmatan tidak
memuaskan. Mengubah sikap negatif seperti pantang melihat jiran atau kawan hidup
lebih mewah. Juga, menghapuskan sikap mementingkan diri dan sebaliknya memupuk
rasa bertanggungjawab sosial serta sikap bekerjasama dan bersatu padu.
Undang-undang.
Memperkenalkan undang-undang yang melindungi pengguna. Memberi fahaman yang
mendalam mengenai undang-undang supaya pengguna mahir menggunakannya apabila
perlu. Pengguna juga digalakkan untuk memastikan yang undang-undang perlindungan
pengguna dikuatkuasakan dengan berkesan dan sepenuhnya. Jika ada kelonggaran atau
kelemahan dalam undang-undang tersebut, kerajaan haruslah digesa untuk
memperketatkannya. Bila perlu, mendesak kerajaan untuk menggubal undang-undang
yang baru atau meminda undang-undang yang ada supaya lebih berkesan.

Maklumat.
Maklumat adalah kuasa. Melatih pengguna bagaimana hendak mendapat, mengguna
dan menilai pelbagai maklumat supaya kemahiran pengguna membeli dan
menggunakan dapat dipertingkatkan. Maklumat juga memberi pengguna pilihan lebih
meluas serta melindungi kita daripada produk bahaya dan amalan buruk.

Ekonomi dan ekologi.


Menerangkan tentang sistem ekonomi negara supaya pengguna boleh menggunakan
pengetahuan ini untuk melindungi kepentingan pengguna. Juga, menggalakkan
pengguna supaya berjimat cermat dalam perbelanjaan harian. Pengguna juga perlu
dididik mengenai ekologi supaya mencintai alam sekitar.

Rancangan.
Pengguna dididik supaya merancang setiap tindakan mereka. Misalnya, membuat
senarai barang yang hendak dibeli sebelum ke kedai atau ke pasar. Dengan itu,
mengelak membeli secara terburu-buru yang biasanya merugikan pengguna. Pengguna
yang terdidik adalah raja kerana merancang setiap aktivitinya dan tahu hak-haknya
sebagai pengguna. Pengguna yang merancang adalah pengguna yang bijak dan sukar
ditipu atau merasa sesal di kemudian hari.

Kempen ’Pengguna Bijak’


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP) telah
mengumumkan beberapa langkah proaktif dalam membendung kebimbangan pengguna
tentang kenaikan harga barang-barang, seterusnya mengawal pasaran dari ancaman
peniaga tidak bertanggungjawab. Di antara langkah-langkah yang sedang dilaksanakan
ialah melancarkan Kempen Pengguna Bijak di seluruh negara. Melalui kempen ini,
mesej utama yang ingin disampaikan kepada pengguna ialah agar mereka mempunyai
pilihan untuk membeli barang keperluan harian atau menggunakan perkhidmatan
manakala peniaga yang menjual pada harga yang tinggi tidak akan disokong. Kempen
Pengguna Bijak ini disasarkan terhadap pasar raya besar (hypermarket) di seluruh
negara. Ianya bukan bertujuan menjejaskan perniagaan runcit tetapi merupakan
strategi bagi membolehkan orang ramai mengetahui hak dan pilihan serta
memperkasakan diri mereka sebagai pengguna.

Sebelum memutuskan mana satu barang atau jenama yang hendak dibeli, bandingkan
harga dan kualitinya terlebih dahulu. Perbandingan harga dan kualiti juga boleh anda
lakukan dengan membuat pengujian sendiri ke atas beberapa jenama. Perbandingan
seperti ini boleh dilakukan terhadap barangan keperluan seperti makanan, pakaian dan
sebagainya yang tidak melibatkan perbelanjaan yang besar.
Ingatlah! Barang yang bermutu tinggi….
· Tidak semestinya mahal.
· Tidak semestinya kerap diiklankan.
· Tidak semestinya diimport.
· Tidak semestinya cantik bungkusannya.
· Tidak semestinya cantik katalognya.
· Boleh dicari jika pembeli bijak.
Apakah yang patut dilakukan oleh pengguna untuk mencegah perbelanjaan
berlebihan?
· Perubahan cara/gaya hidup – bawa bekalan makanan yang telah dimasak dari rumah
sendiri, ke pejabat atau sekolah setiap hari.
3
· Bersikap waspada terhadap pola perbelanjaan – elakkan daripada berbelanja besar
semasa musim perayaan.
· Rancang dengan teliti perbelanjaan – beli barangan yang perlu sahaja. Elakkan
daripada membeli barangan yang mahal dan memperagakan kemewahan seperti baju
mahal, telefon bimbit terbaru dan makanan mahal.
· Elakkan daripada membeli barangan secara berhutang seperti menggunakan kad
kredit.
· Amalkan sikap berjimat cermat dan perbelanjaan bukan tujuan menonjolkan
kemewahan.
· Sentiasa dapatkan maklumat terkini tentang harga tertinggi bagi barangan harga
terkawal.
· Buat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barangan.
· Jangan mudah terpengaruh dengan promosi dan tawaran.
· Senaraikan barangan yang perlu dibeli dan patuhi senarai tersebut dengan tekun.
Rancang kewangan dengan teliti bagi pengurusan aliran tunai seperti contoh berikut :
o Keperluan asas – 50 peratus.
o Keperluan hiburan – 20 peratus.
o Keperluan pertingkatkan diri – 20 peratus.
o Keperluan status dan imej – 10 peratus.
Panduan untuk menjadi pengguna makanan yang baik
Makanan merupakan keperluan harian asasi bagi manusia. Dalam usaha memenuhi
keperluan ini, pengguna menghadapi pelbagai masalah seperti kenaikan harga, bekalan
tidak mencukupi, tamat tempoh guna dan sebagainya. Pengguna perlu mengetahui
pilihan
yang ada bagi sesuatu kategori makanan bagi memudahkan mereka membuat pilihan
sekiranya berlaku kenaikan harga. Berikut ialah panduan kepada pengguna untuk
mendapatkan makanan yang terbaik untuk kesihatan disamping menjimatkan
perbelanjaan :
· Makan makanan semulajadi, segar dan makanan organic.
· Pilih makanan keluaran tempatan kerana ianya lebih segar, murah dan boleh
menjimatkan pertukaran asing.
· Beli buah-buahan pada musimnya kerana harganya lebih murah.
4
· Beli secara pukal terutamanya makanan yang tidak mudah rosak.
· Kurangkan makanan yang diproses yang mengandungi ramuan seperti gula, garam dan
pewarna yang tinggi kerana ianya boleh menjejaskan kesihatan.
· Usahakan sendiri sumber makanan jika boleh seperti menanam sendiri sayur-sayuran.
· Bagi ibu-ibu mengandung, amalkan penyusuan susu ibu.
· Beli makanan berdasarkan harga seunit sukatan atau bilangan bagi tujuan
perbandingan
(satu liter, satu kilogram, 100 gram).
· Pastikan makanan yang dibeli memiliki khasiat yang seimbang.
· Pastikan makanan berada dalam keadaan yang baik dan belum melewati tarikh luput.
· Jika membeli makanan dalam tin, pastikan tin tidak kemek, berkarat,
menggelembung
atau bocor.
Panduan ketika membuat kredit
Sebelum membeli secara kredit, buat pertimbangan terlebih dahulu supaya kredit
tersebut
tidak membebankan.
· Buat tinjauan dari beberapa sumber kredit untuk mendapatkan kos kredit yang
terendah.
· Pastikan bahawa anda mampu memenuhi tanggungan kewangan.
· Gunakan untuk perbelanjaan utama seperti pembelian rumah dan kenderaan.
· Baca kontrak pinjaman dengan teliti sebelum menurunkan tanda tangan.
· Jangan menandatangani borang kontrak yang kosong.
· Tentukan sama ada pemilikan serta barangan yang dibeli itu berpatutan dengan kos
kredit yang terpaksa ditanggung.
· Pastikan pinjaman tidak dibuat dengan pemberi pinjaman wang yang tidak berlesen.
· Pinjam pada jumlah yang terendah yang diperlukan dan bukannya pada jumlah
maksimum.
· Bila membeli secara kredit, pastikan mutu barangan adalah sama jika membeli
secara
tunai.
· Jelaskan dahulu pinjaman sedia ada sebelum membuat pinjaman yang baru.
· Pastikan jika terdapat sebarang bayaran tambahan.
5
· Dapatkan maklumat lengkap tentang polisi pinjaman jika tidak dapat menepati
bayaran
pada masa yang ditetapkan.
Panduan untuk menyemai tabiat menabung
Kita sering dinasihatkan bahawa menabung merupakan amalan mulia. Menabung boleh
direalisasikan dengan mudah seandainya wujud kemahuan dalam diri seseorang
individu.
Faedah menabung yang besar bukan hanya membantu dalam pembentukan masa
depan
tetapi juga kepada anak-anak, keluarga dan negara.
Berikut adalah panduan menabung yang boleh diamalkan seperti :
· Pupuk kesedaran dalam diri tentang kepentingan menabung.
· Nasihati anak-anak dan sanak saudara demi kepentingan masa hadapan mereka.
· Pastikan setiap individu mempunyai belanjawan peribadi yang dijadikan panduan
perbelanjaan.
· Pelajari dan turut serta dalam skim-skim tabungan yang menguntungkan.
· Simpan semua atau sekurang-kurangnya separuh daripada pendapatan yang tidak
dijangka, misalnya memenangi peraduan yang menawarkan hadiah wang tunai,
keuntungan perniagaan atau bonus.
Panduan membeli rumah
· Tindakan pembeli apabila menerima hak milik kosong
Proses penyerahan kunci dikenali sebagai penyerahan hak milik kosong. Penyerahan
pemilikan kosong hanya akan dibenarkan apabila perkara-perkara berikut diperolehi :
o Arkitek Pemaju memperakukan bangunan tersebut telah siap dengan sempurna dan
bekalan air serta elektrik sedia untuk penyambungan ke bangunan tersebut.
o Pemaju telah memohon dan memperakui boring E (Perkara 25 Undang-Undang
Kecil Bangunan Seragam 1984) telah dihantar kepada Pihak Berkuasa Tempatan
untuk dikeluarkan Perakuan Layak Menduduki (CFO).
o Pembeli telah membayar semua wang yang dikehendaki, membayar mengikut
klausa 4 (1) Jadual Ketiga dan segala wang lain yang perlu dibayar di bawah
perjanjian.
6
o Pembeli telah melaksanakan dan mematuhi segala terma dan syarat di pihaknya.
· Tempoh liabiliti kecacatan
o Setelah menerima notis bertulis daripada pemaju untuk penyerahan milik kosong
(serah kunci) pembeli hendaklah segera mengambil kunci rumah dalam tempoh 14
hari.
o Kesempatan ini perlu digunakan sepenuhnya untuk membuat pemeriksaan
bangunan/rumah bersama pemaju dan mengemukakan senarai kecacatan (jika ada)
secara bertulis kepada pemaju.
o Pembeli dinasihatkan membuat salinan kecacatan tersebut bagi tujuan semakan
kelak.
o Sekiranya pembeli tidak mengambil kunci dalam tempoh tersebut, ianya dianggap
kunci telah diambil dan sekiranya berlaku kecurian dalam tempoh selepas 14 hari,
pembeli adalah bertanggungjawab ke atasnya.
· Penyelesaian
o Pembeli mempunyai tempoh 18 bulan (warranty period) untuk membuat aduan.
o Pemaju dikehendaki membaiki kecacatan yang diadukan dalam tempoh 30 hari dari
tarikh penerimaan aduan.
o Selepas tamat tempoh 30 hari, jika pemaju tidak mengambil apa-apa tindakan,
pembeli perlu memaklumkan kepada pemaju kos perbelanjaan yang diperlukan
untuk membaiki kecacatan tersebut.
o Pembeli dinasihatkan menghantar notis melalui peguamcara pembeli.
o Jika pemaju tidak mengambil apa-apa tindakan selepas 14 hari dari tempoh
pemakluman kes tersebut, pembeli berhak mendapat balik wang daripada pemaju
kos membaiki melalui memotong wang bayaran lima peratus seperti tercatat dalam
Jadual Ketiga Fasal 4 (1) sebagaimana tercatat dalam Surat Perjanjian Jual Beli
(SPJB) yang dipegang oleh peguamcara pemaju.
· Serahan hak milik lewat
7
Sekiranya pemaju lambat menyerahkan pemilikan kosong seperti yang ditetapkan
dalam
SPJB, pembeli berhak mendapatkan bayaran ganti rugi kelewatan penyerahan yang
dikira
dengan kadar 10 peratus setahun dari harga rumah yang dibeli. Perkiraannya adalah
seperti
berikut :
Jumlah hari x harga beli rumah
X 10%
365 hari
Bangunan pecah bahagi seperti pangsapuri, pemaju bertanggungjawab menyiapkan
kemudahan bersama seperti tempat letak kereta, lampu koridor, dewan serbaguna dan
sebagainya. Jika pemaju lewat menyiapkan kemudahan tersebut dalam tempoh yang
ditetapkan, pemaju perlu membayar gantirugi kepada pembeli mengikut SPJB Fasal 24
(2)
Jadual H. Pengiraan adalah seperti berikut :
Jumlah hari lewat
x 20% x harga terakhir belian x 10%
365 hari
Sekiranya pemaju enggan membayar, pembeli perlu mendapatkan khidmat peguam dan
memfailkan kes di mahkamah. Tetapi jika jumlah tuntutan kurang daripada RM25,000,
pembeli boleh membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dengan mengisi
borang 1 di Pejabat Tribunal. Pembeli dinasihatkan supaya jangan membaiki kecacatan
atau membuat pindaan ke atas rumah atau bangunan sebelum mendapat CFO.
· Tanggungjawab pembeli dalam Perjanjian Jual Beli
Pembeli bertanggungjawab membayar faedah yang dituntut oleh pemaju di atas
kelewatan
membayar bayaran kemajuan. Sebarang kelewatan bayaran tuntutan kemajuan oleh
pemaju boleh memberi bebanan kepada pembeli seperti berikut :
8
o Sekiranya ansuran tidak dibayar dalam tempoh 14 hari selepas menerima notis
tuntutan diterima, faedah akan dikenakan ke atas ansuran-ansuran yang tidak
berbayar. Faedah akan dikira dari hari ke hari dengan 10 peratus setahun.
o Sekiranya terdapat ansuran yang tertunggak termasuk faedahnya belum dibayar,
pembeli perlu menjelaskannya dalam tempoh 28 hari dari tarikh surat (notis) tuntutan
bayaran diterima daripada pemaju. Sekiranya bayaran tersebut tidak dibuat dalam
tempoh tersebut, pemaju atau melalui peguamcaranya akan menghantar notis
bertulis melalui surat berdaftar kepada pembeli.
o Dalam tempoh tidak kurang daripada 14 hari selepas menerima notis tersebut, jika
pembeli masih tidak membuat pembayaran, ia bermaksud perjanjian ini ditolak oleh
pembeli dan membolehkan pemaju menamatkan perjanjian tersebut kecuali
penyelesaian dibuat dalam tempoh tersebut.
Panduan mengeluarkan wang dari bank
Orang ramai yang ingin mengeluarkan wang tunai dengan jumlah yang besar dari bank
dinasihatkan supaya berteman bagi mengelak daripada dirompak. Anda dinasihatkan
supaya :
· Jangan tergopoh gapah pergi ke mesin ATM.
· Gunakan ATM yang terletak di kawasan yang terang.
· Sekiranya anda mengesyaki seseorang yang berhampiran, elakkan daripada terus
menggunakan mesin ATM tersebut.
· Lindungi skrin ATM semasa memasukkan nombor PIN.
· Jika anda rasa diri anda diekori selepas mengeluarkan wang :
· Cuba camkan orang atau kenderaan tersebut.
· Teruskan perjalanan anda ke tempat yang terang.
Panduan untuk menjimatkan penggunaan elektrik di rumah
· Kipas
Tutup apabila tidak digunakan. Kipas yang berusia lebih daripada 20 tahun perlu
diganti
kerana model yang terkini menggunakan kuasa elektrik yang rendah.
9
· Televisyen dan video
Tutup bila tidak digunakan.
· Seterika elektrik
Gosok pakaian yang banyak dalam satu masa.
· Lampu
o Pilih lampu yang bersesuaian berdasarkan tempat.
o Bilik yang mempunyai warna dinding yang gelap akan menyerap lebih banyak
cahaya. Ini akan menyebabkan bilik kelihatan lebih terang.
o Letakkan lampu di sudut bilik.
o Guna lampu kalimantang.
o Tutup lampu apabila keluar bilik.
o Tukar lampu untuk kawasan luar rumah dengan lampu halogen.
o Apabila mentol kotor, lapkan sehingga bersih.
Panduan belanjawan isi rumah
· Simpan satu rekod belanjawan isi rumah
Jangka masa yang paling lama kita boleh memperolehi pendapatan ialah tempoh 40
hingga
45 tahun iaitu sehingga usia 60 hingga 65 tahun. Untuk tempoh selepas usia 60 hingga
65
tahun, kita mungkin tidak mempunyai pendapatan. Oleh itu, pengetahuan yang baik
mengenai bagaimana mengagih pendapatan kita sepanjang jangka hayat menjamin
kehidupan yang selesa dan bahagia.
Pendapatan terbahagi kepada dua bahagian :
o Pendapatan untuk dibelanjakan.
o Pendapatan untuk tabungan.
Wang yang ditabungkan biasanya 10 hingga 20 peratus daripada pendapatan
bergantung
kepada keadaan isi rumah.
10
· Simpan satu jadual yang menunjukkan tabungan dan hutang anda
Tabungan/pelaburan :
o Jenis (simpanan biasa, simpanan tetap, saham bon, barang kemas, insuran nyawa
dan sebagainya).
o Nilai asal.
o Kadar faedah setahun.
o Tarikh matang.
o Institusi/bank.
Hutang :
o Jenis hutang (pinjaman perumahan, pinjaman kereta, sewa beli televisyen dan
sebagainya).
o Amaun asal dipinjam.
o Tempoh pembayaran balik (contoh 24 bulan).
o Ansuran bulanan.
o Tarikh ansuran pertama.
· Simpan rekod barangan tahan lama seperti kereta, rumah, alat-alat elektrik atau
elektronik yang besar
Disimpan bersama :
o Nama alat/barang.
o Tarikh beli.
o Nombor siri produk.
o Alamat pusat servis.
o Rekod pembaikan, waranti dan sebagainya.
o Brosur dan manual.

Kuasa berbelanja terletak di tangan pengguna. Mereka berhak membeli barangan atau
perkhidmatan terbaik seimbang dengan nilai wang yang dibayar. Seseorang pengguna
yang
dikategorikan sebagai Pengguna Bijak boleh dinilai dari segi kearifan mereka membuat
pertimbangan, bermaklumat serta bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan yang
dibuat
termasuk berbelanja mengikut kemampuan dan tidak keterlaluan. Peniaga pula
hendaklah
sentiasa memastikan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan memberi manfaat
kepada pengguna. Dalam urusan jual beli, peniaga hendaklah sentiasa bersikap
sederhana
dalam menentukan kadar keuntungan dan tidak mengabaikan amalan beretika dalam
perniagaan.
Sumber maklumat :
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
12

Anda mungkin juga menyukai