Anda di halaman 1dari 7

WARGA EMAS

ISU PENJAGAAN WARGA TUA


• Ramai yang telah memperkatakan peningkatan kualiti hidup diserata dunia, dan
ini termasuklah bagi negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia.
Peningkatan pada perkhidmatan kesihatan telah banyak mempengaruhi
peningkatan umur dan dalam masa dua dekat banyak pengaruh daripada
perkhidmatan kesihatan telah menjamin akan hayat yang lebih daripada
dahulunya.
• Kajian terdahulu menunjukkan bahawa trend warga tua telah meningkat dari
satu masa ke satu masa, contohnya di Malaysia sendiri, peratus warga tua
kepada keseluruhan populasi yang melebihi tahap umur 65 semakin meningkat
dari masa ke masa. United Nation (1987) telah membuat perjangkaan bahawa
peratusan warga tua di Malaysia akan meningkat daripada 3.3 peratus pada
tahun 1980 sehingga 7.4 peratus pada tahun 2020. Peningkatan ini adalah lebih
daripada sekali ganda dalam masa 40 tahun.
• Peningatan ini boleh dikatakan agak signifikan walaupun agak rendah jika
berbanding dengan negara-negara yang lain, seperti Singapura dan Jepun.
Warga tua adalah satu golongan yang istimewa yang pernah menjanakan tenaga
mereka dalam membimbing generasi kini dengan jayanya. Maka tidak perlu
dinafikan lagi bahawa pertolongan kepada golongan tersebut perlu digiatkan.
• Dengan jangkaan peningkatan populasi warga tua nanti, sudah tentu akan
memberi sedikit tekanan kepada masyarakat secara umumnya bagi
menyediakan kemudahan, seperti penjagaan, rawatan dan sebagainya.
Penyediaan kemudahan kepada warga tua nanti sudah semestinya akan
mengunakan sumber kewangan yang dijanakan daripada kutipan kerajaan atas
masyarakat dan juga daripada sumber kewangan peribadi atau persendirian.
Masyarakat sekarang harus menanam semangat bertanggungjawab kepada
semua warga tua. Perancangan yang sempurna perlu diadakan untuk menangani
masalah yang akan dihadapi oleh warga tua.
• Ramai telah memperkatakan usaha-usaha ke arah penjagaan warga tua dalam
masyarakat sekarang. Konsep penjagaan warga tua masih lagi dianggap tidak
mempunyai ketentuan yang tetap iaitu masyarakat dan pihak berkuasa seolah-
olah beraggapan bahawa penjagaan warga tua hanya perlu dilakukan kepada
aspek fizikal sahaja tanpa menitikberatkan aspek emosi mereka. Masyarakat
dan pihak berkuasa seharusnya perlu lebih peka terhadap konsep penjagaan
warga tua dengan menyediakan program penjagaan yang lebih sempurna dalam
semua aspek baik fizikal mahupun spiritual kerana hakikat bahawa manusia
tercipta daripada dua unsur tersebut tidak dapat diketepikan sama sekali. Dan
ini bermakna program penjagaan yang komprehensif dan menyeluruh sifatnya
perlu disediakan untuk mereka.
• Masyarakat di kawasan Asia masih lagi mengamalkan keutuhan konsep
kekeluargaan di kalangan ahlinya.Walaupun begitu, didapati bahawa konsep
kekeluargaan ini semakin pudar ditelan zaman. Ramai di kalangan anak yang
tidak sanggup untuk memelihara ibu-bapa yang telah tua. Ada kala warga tua
itu sendiri yang tidak mahu tinggal bersama keluarga dan anak-anak mereka
dengan alasan akan menyusahkan keluarga dan anak-anak mereka sendiri.
Sebaliknya mereka lebih rela tinggal di rumah-rumah penjagaan warga tua.
Satu kajian dan tinjauan telah dilakukan oleh ASEAN Ageing Survey pada tahun
1986 mendapati bahawa kebanyakan (91.6 peratus) warga tua di Malaysia masih
tinggal sama ada bersama pasangan atau ahli keluarga mereka. Ini
menunjukkan anak-anak dan saudara- mara masih lagi menjadi tempat
pergantungan utama warga tua di Malaysia buat masa sekarang. Persoalannya,
adakah konsep pergantungan kepada keluarga akan terus menjadi teras utama
di dalam isu 'penjagaan warga tua' pada masa akan datang? Telah diperkatakan
terdahulu tadi diaggarkan bahawa Malaysia mempunyai tigapuluh hingga
empatpuluh tahun lagi untuk melakukan perancangan untuk menyediakan
program-program yang terbaik di dalam aspek penjagaan warga tua. Anggaran
ini dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berdasarkan
peningkatan tahap mutu kesihatan yang baik di Malaysia dengan mengambil
kira faktor-faktor kadar kelahiran yang meningkat dan kadar kematian yang
semakin menurun.
• Berdasarkan faktor-faktor ini, sudah sampai masanya masyarakat dan pihak
berkuasa di Malaysia menyusun program-program dan dasar-dasar yang lebih
realistik untuk berhadapan dan seterusnya menangani situasi ini dengan cara
yang terbaik. Daripada pengalaman negara-negara yang telah menjalankan
program ini, berbagai cara yang baik dapat dilaksanakan. Contoh program
daripada pihak kerajaan yang berjalan lancar di negara membangun adalah
seperti keterlibatan oleh pihak kerajaan di dalam perkhidmat kesihatan dan
peruntukan pendapatan saraan yang munasabah untuk warga tua. Manakala
masyarakat pula boleh memberikan sumbangan mereka menerusi kerja-kerja
amal yang dilakukan tanpa memikirkan sebarang bentuk balasan. Amalan-
amalan yang berbentuk altruistik ini perlu dititikberatkan agar berbudaya di
dalam masyarakt Malaysia. Ini bersesuaian dengan seruan kerajaan ke arah
mewujudkan masyarakat penyayang. Dengan lain perkataan, sumbangan yang
diberikan bukan kerana kebimbangan suatu hari nanti kita akan memerlukan
program penjagaan kepada kita akan tetapi kita melaksanakan program
tersebut kerana nerupakan budaya dan tanggungjawab masyarakat kita untuk
membela mereka yang pernah berjasa kepada nusa dan bangsa.
• Didalam melaksanakan perancangan program penjagaan warga tua, aktiviti-
aktiviti tertentu perlulah digarapkan sekali agar warga tua dapat menghabiskan
umur tua dalam keadaan yang boleh dianggap berjaya, setidak-tidaknya pada
diri sendiri. Aktiviti-aktiviti seperti pendedahan dan pengamalan penjagaan
kesihatan yang dapat menjauhkan diri daripada penyakit perlu sekali diberi
keutamaan. Selain daripada itu aktiviti-aktiviti yang dapat menjayakan diri
sendiri seperti memupuk semangat warga tua untuk terus hidup serta
kesedaran mengenai kemampuan kapasiti fungsi fizikal mereka membolehkan
warga tua terus bergiat aktif menyertai pelbagai kegiatan luar yang
bersangkutan dengan 'moral boosting' (Rowe and Kahn, 1987).
• Bercakap mengenai penjagaan warga tua sudah sememangnya penjagaan
terhadap kesihatan mereka merupakan agenda utama dalam perlaksanaannya.
Gregg (1987) menyarankan bahawa penjagaan kesihatan terhadapt warga tua
adalah elemen utama dalam segala program untuk warga tua. Tetapi, pada
masa kini teknologi yang digunakan dalam aspek kesihatan telah terkedepan
dan kos yang mahal perlu ditanggung untuk mendapatkan perkhimatan
kesihatan. Beliau mencadangkan agar pihak kerajaan perlulah mengambil
insiatif dengan memberi bantuan pada peringkat awal perlaksanaan sistem
penjagaan warga tua. Satu sistem yang lebih sempurna perlulah diperincikan
selepas itu bagi membolehkan warga tua atau mana-mana agensi menanggung
kos kesihatan mereka sendiri.
• Malaysia boleh mengikut jejak langkah yang telah dijalankan oleh negara
membangun dalam penjagaan warga tua. Amerika Syarikat misalnya, adalah
sebuah negara yang menyediakan bantuan sepenuhnya terhadap kepentingan
dan keselesaan warga tua. Dengan kekayaan yang ada Amerika mampu untuk
menyara warga tua mereka yang berumur lebih dari 65 tahun keatas, bantuan
yang diberi adalah d ibawah peruntukan 'Social Security Act'. Berbagai akta lagi
telah diperuntukan bagi warga tua, antaranya seperti 1) Akta Warga Tua
Amerika 1965; di bawah akta ini berbagai agensi dilantik bagi memastikan
keberkesanaan program saraan warga tua Amerika berjalan dengan baik, 2)
Akta Penjagaan Kesihatan 1965; yang menyara semua pembelanjaan kesihatan
warga tua Amerika and 3) Diskreminasi Umur dalam Akta Pekerjaan 1967; akta
ini menamatkan umur pesaraan bagi semua rakyat Amerika dan mengharamkan
pemberian kerja berasaskan umur. Walau bagaimana pun Amerika Syarikat
bukanlah antara negara yang mula-mula melaksanakan program bagi warga tua.
Antara negara yang telah terdahulu dan berjaya dalam perlaksanaan program
penjagaan warga tua adalah Great Britain (Cockerham, 1997). Malaysia mampu
menjayakan program penjagaan warga tua ini dengan melihat akan program-
program yang telah dijalankan oleh negara yang telah berjaya dalam
perlaksanaannya tetapi mestilah mengikut acuan kita sendiri.
• Great Britain mempunyai sejarah yang banyak dalam perlaksanaan program
penjagaan warga tua. Pada mulanya penumpuan cuma diberikan dari segi
kewangan dimana pada 1908 Akta Pencen diadakan bagi pembuat penyedian
penyaraan pada masa tua. Pada tahun 1995, lelaki yang berumur 65 dan
perempuan yang berumur 60 boleh mendapatkan sumbangan pencen sebanyak
$355 sebulan dengan syarat mereka tidak mempuyai pergantungan lain
(Cockerham, 1987). Elemen kesihatan mula timbul dalam penjagaan warga tua
dalam Akta Perkhidmatan Kebangsaan 1948 dimana pihak kerajaan menjadi
pemilik kepada semua hospital. Dari situ semua perkhidmatan kesihatan yang
diperuntukan kepada warga tua diberi percuma.
• Banyak lagi negara yang telah menjalankan pelbagai program penjagaan warga
tua yang telah berjaya menghasilkan keselesaan dan kepuasan kepada warga
tua. Berdasarkan sejarah, kebanyakan daripada negara ini juga melakukan
kesilapan dalam pelaksanaan program-program tersebut tetapi dapat
dimantapkan dari masa ke masa. Contohnya negara Sweden yang pada
mulanya memberi bantuan kepada semua lapisan masyarakat dengan harapan
dapat menolong mereka yang miskin dan juga warga tua. Tetapi selepas
didapati tidak berkesan selepas beberapa lama dan program bantuan itu diubah
suai dengan peruntukan kepada mereka yang betul-betul memerlukannya
seperti warga tua dilebihkan. Dan warga tua telah menjadi penerima utama
dalam program bantuan rakyat.
• Kebanyakan negara juga mengadakan institusi bagi warga tua yang tidak
mempunyai tempat untuk tinggal. Malaysia juga telah mempunyai beberapa
institusi untuk warga tua. Memang telah diakui bahawa dalam perancangan
untuk menubuhkan institusi warga tua sangat rumit. Pelbagai perkhidmatan
terpaksa di adakan bagi membolehkan mereka tinggal dengan selesa, walau
bagaimana terancangnya penubuhan institusi warga tua sudah pasti tidak akan
bertepatan dengan kehendak penghuninya. Tidak ada satu jenis perkhidmatan
yang sesuai untuk semua jenis orang. Sesuatu yang perlu ditekankan adalah
kualiti yang bagus pada keselamatan dan kesihatan penghuni. Kart dan Manard
(1979) ada menyarankan beberapa langkah yang perlu diambil bagi mengatasi
masalah kemudahan perkhidmatan yang tidak sesuai bagi semua penghuni.
Mereka berpendapat bahawa institusi warga tua paling elok jika dapat di
segregasikan menurut faktor-faktor tertentu yang ada pada penghuni itu.
Elemen yang pertama adalah tuan punya institusi tersebut dan siapa yang
menguruskannya, elemen ini juga menjadi faktor yang agak ketara di dalam
penyediaan perkhidmatan yang bersesuaian. Keduanya faktor saiz. Dari segi
psikologi, saiz rumah penjagaan yang kecil tidak mampu untuk menyediakan
perkhimatan yang sesuai dan sudah tentu akan mengalami kesesakan kepada
penghuni. Ketiga adalah status sosioekonomi. Status sosioekonomi juga boleh
menentukan jenis perkhimatan yang bersesuai .Jika kebanyakan penghuninya
adalah dari golongan sosioekonomi yang tinggi, kemudahan dan perkhidmatan
yang diberi adalah jauh lebih baik daripada yang lainnya dan institusi ini boleh
bergantung kepada sumber kewangan yang lebih berbanding dengan cuma
bergantung kepada bantuan daripada pihak berkuasa. Keempat adalah faktor
integrasi sosial. Penghuni yang tinggal harus mempuyai takat integrasi sosial
yang dapat membolehkan mereka bergaul dengan penghuni yang lain dan
pergaulan mereka juga tidak berhenti hanya dengan penghuni yang lain tetapi
juga dengan pekerja dan juga masyarakat. Yang akhir sekali ialah tahap
profesionalisme. Di sini pihak berkuasa harus mengambil inisiatif awal di dalam
mengadakan latihan kepada pekerja institusi agar dapat melayan semua
penghuni dengan baik. Mereka ini boleh dilatih dengan mengadakan satu pusat
latihan khas atau mendapat latihan sambil bekerja dengan diperhati dan
ditunjukajar oleh pekerja yang telah cekap.
• Walaupun terdapat kebarangkalian untuk membangunkan program penjagaan
warga tua sebagai satu tanda perhargaan kita terhadap mereka yang telah
terlebih dahulu menyumbangkan jasa mereka di dalam proses pembangunan
agama, bangsa dan negara sehingga kita sampai ke tahap sekarang, kita juga
perlu berhati-hati di dalam memberikan saranan ke arah pembentukan program
penyaraan dan institusi penjagaan warga tua. Tidak semua prgram dan institusi
yang disarankan boleh berjaya. Perancangannya sudah tentu akan mengambil
masa yang agak lama, tidak terkecuali juga tenaga dan komitmen yang jitu
amat diperlukan sekali.
• Bakal penghuni selalu akan menanyakan institusi mana yang paling bagus
apabila mereka ingin menyertainya. Jawapannya mudah, institusi yang
mempunyai perkhidmatan yang canggih, tidak begitu besar, sumber kewangan
yang mantap, suasana sosial yang baik dan pekerja yang cekap mengendalikan
institusi tersebut sudah pasti akan menjadi pilihan yang utama.
• Tetapi perlu juga diingat bahawa tiada suatu program atau institusi yang dapat
memberi kepuasan kepada seluruh penghuninya. Yang paling penting ialah
untuk mengenal pasti bahawa perkhidmatan keselamatan dan kesihatan adalah
unsur yang perlu sekali diutamakan.
CONTOH RUMAH UNTUK WARGA TUA
[RUMAH EHSAN, TERENGGANU]

• Rumah Ehsan terletak di Bandar Al-Muktafibillah Shah di dalam Wilayah


KETENGAH dan dihubungkan melalui Lebuh Raya Jerangau - Jabor sejauh 100km
dari Kuala Terengganu dan 115km dari Kuantan. Institusi ini dikendalikan oleh
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu dan telah beroperasi sejak 1
November 1999.

OBJEKTIF
• Memberi jagaan, rawatan dan perlindungan kepada warga tua yang uzur, daif
dan tidak berwaris dalam suasana yang selesa dan tenteram.
• Memberi perkhidmatan kepada seramai 100 orang penghuni KUMPULAN SASAR
Pesakit melarat yang memerlukan rawatan berterusan tetapi tidak intensif.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
• Kes-kes pesakit melarat yang diterima kemasukannya adalah mereka yang telah
disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan sebagai pesakit melarat;
• Tidak menghidap penyakit berjangkit;
• Tidak mempunyai keluarga/penjaga atau keluarga/penjaga tidak dapat
dikesan/ tidak berupaya menjaga mereka;
• Tidak ada sumber pendapatan atau tidak boleh menyara diri sendiri;
• Berumur 60 tahun ke atas.

CARA KEMASUKAN
• Semua permohonan kemasukan hendaklah melalui Pegawai Kebajikan
Masyarakat Daerah (PKMD) dengan menggunakan borang yang disediakan dan
kemudiannya dimajukan kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN)
untuk semakan dan sokongan.
• Selepas itu borang-borang tersebut dikemukakan kepada Ketua Pengarah untuk
kelulusan.

PEMBEBASAN
• Penghuni yang telah berupaya menyara dan menjaga dirinya boleh dikeluarkan
dari institusi pada bila-bila masa yang sesuai dan telah disahkan oleh Pegawai
Perubatan atau mempunyai keluarga/penjaga atau waris yang sanggup
menerimanya.

LEMBAGA PELAWAT
• Institusi ini mempunyai sebuah Lembaga Pelawat yang dilantik oleh Menteri
Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat bagi tempoh tiga tahun.
Lembaga ini mengandungi tidak kurang daripada tujuh orang ahli dan sekurang-
kurangnya dua lelaki dan dua orang perempuan.
• Tanggungjawab utama Lembaga ialah untuk memastikan institusi ditadbirkan
mengukut Kaedah-Kaedah Bagi Pengurusan rumah Pesakit Melarat 1978 demi
faktor kesejahteraan dan kebajikan penghuni dilaksanakan.
• Lembaga menyediakan kemudahan tambahan bagi penghuni serta mengadakan
aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan lagi kesedaran masyarakat terhadap
keperluan penghuni-penghuni di institusi ini.

PERANAN MASYARAKAT
• Jabatan Kebajikan Masyarakat menggalakkan sanak-saudara dan masyarakat
setempat memberi perhatian dan sumbangan kepada pesakit melarat yang
ditempatkan di institusi.
• Aktiviti-aktiviti seeprti hari terbuka dan perayaan hari kebesaran diadakan bagi
memberi peluang kepada anggota masyarakat melawat dan mengenali penghuni
serta berinteraksi dengan mereka.
• Pertubuhan sukarela dan pihak swasta juga boleh memberi sumbangan tenaga
dan masa bermesra dan meraikan penghuni-penghuni ini supaya mereka tidak
merasa tersisih dan kesepian, selaras dengan semangat jitu masyarakat
penyayang.

PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN


• Rumah Ehsan telah menyediakan berbagai perkhidmatan, kemudahan dan
kegiatan untuk penghuni-penghuni seperti berikut:
• Jagaan dan Perlindungan: Perkhidmatan ini menyediakan keperluan asas yang
mencukupi bagi penghuni seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Hidangan makanan harian adalah berdasarkan kepada skala imbangan makanan
yang telah diperakui oleh Kementerian Kesihatan. Makanan disediakan enam (6)
kali sehari mengikut menu yang disediakan oleh Pengetua dengan kelulusan
daripada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia.
• Rawatan Perubatan dan Jagaan Kesihatan: Penghuni-penghuni diberi rawatan
dan jagaan kesihatan yang baik oleh Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih dan
Penolong Jururawat. Kes-kes penghuni yang memerlukan rawatan intensif
dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut
• Bimbingan dan Kaunseling: Perkhidmatan ini adalah untuk menolong penghuni-
penghuni mengatasi masalah emosi dan psikologi mereka. Pengetua dan
Pembantu Pembangunan Masyarakat di institusi selalu mengadakan kaunseling
individu dan kelompok serta perbincangan kes.
• Perkhidmatan Fisioterapi: Unit ini adalah memastikan setiap penghuni dapat
menggunakan keupayaan potensi yang ada pada dirinya dalam usaha
mendapatkan keselesaan hidup di institusi. Pemulihan fisioterapi amat penting
bagi menguatkan otot-otot penghuni yang uzur. Dengan bantuan pemulihan
fisioterapi ada kemungkinan mereka boleh menguruskan aktiviti-aktiviti harian
tanpa banyak bantuan daripada orang lain.
• Bimbingan Agama dan Kemudahan Beribadat: Penghuni-penghuni digalakkan
untuk mengamalkan ajaran agama mengikut kepercayaan masing-masing. Guru-
guru yang berkenaan datang ke institusi untuk memberi pengajaran dan
bimbingan kepada penghuni-penghuni.
• Rekreasi dan Cara pulih Kerja: Penghuni-penghuni digalakkan mengambil
bahagian dalam aktiviti yang sesuai dengan kesihatan, kemampuan dan minat
mereka. Kemudahan-kemudahan disediakan untuk penghuni-penghuni
memenuhi masa lapang mereka dengan menonton televisyen dan video,
mambaca akhbar dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai