Anda di halaman 1dari 9

BUDAYA KEUSAHAWANAN (PPI 3012)

LAPORAN PENJUALAN MINYAK GAMAT

NAMA PELAJAR

: Mohamad Admee Bin Pindia

NO MATRIK

: D20141068477

KUMPULAN

: KUMPULAN A

NAMA PENGAJAR

: Puan Anizawati Binti Ahmad Mansor

PROFILE USAHAWAN

Nama penuh

: Mohamad Admee Bin Pindia

Umur

: 21

Alamat sekarang

: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Jenis perniagaan

: Perniagaan minyak gamat

Nama perniagaan

: perniagaan budak keusahawanan

Rakan kongsi (jika ada)

Tarikh mula berniaga

: 5 oktober 2015

Modal permulaan

: RM146

Sumber modal

: PTPTN

PENGENALAN PRODUK
Manfaat gamat mungkin tidak terlalu banyak orang mengatahuinya, yang kebanyakan
orang tahu bahawa gamat yang dikenali dengan teripang atau timun laut ini hanya seekor
binatang laut dengan tekstur kulit yang licin namun kasar dan bentuk yang memanjang.
Tapi jika kita kaji dengan lebih jauh lagi, gamat ini memiliki sejuta manfaat terutama bagi
kesihatan dan regenarasi kulit yang telah rosak.
Untuk membuktikan hal itu, anda dapat melakukan pemotongan pada haiwan gamat
ini menjadi beberapa potongan, kemudian tunggu lebih kurang 2 jam. Selepas itu, gamat
tersebut akan membentuk tubuhnya kembali seperti bentuk asalnya. Hal ini kerana gamat
memiliki kandungan kolagen hingga 80% pada tubuhnya dan memiliki hingga 86% protein
yang terkandung di dalam tubuh gamat ini.
Produk yang telah dibekalkan ialah minyak gamat cap pulau panas dan sejuk, dan bam
ibu gamat. Perubatan tradisional sememangnya mempunyai pelbagai kelebihan kepada
pengguna tidak kira sama ada kelebihan jangka masa pendek ataupun jangka masa panjang.
Antara kegunaan Minyak Gamat Cap Pulau yang merupakan minyak gamat terbaik
sepanjang zaman ini adalah:
1. Ibu-ibu selepas bersalin
2. Luka & kudis
3. Lenguh badan, tulang & sendi
4. Sakit urat
5. Kebas kaki tangan
6. Gatal-gatal
2

7. Senak & kembung perut


8. Bengkak & lebam
9. Kanak-kanak baru lahir
10. Digigit serangga

Bahan yang terkandung dalam Minyak Gamat Cap Pulau ialah ibu gamat asli, rempah
ratus, akar kayu terpilih dan bermutu dan 6 jenis minyak herba tradisional. Gamat mampu
menghalang pertumbuhan dan penyebaran sel kanser. Ini kerana gamat mempunyai
sebatian yang dipanggil glikosida tritertene yang tinggi. Mengikut kajian yang dijalankan
oleh saintis-saintis China yang diterbitkan di dalam Jurnal Terapi Kanser dan Biologi
mendapati glikosida tritertene mampu menghalang pembentukan saluran darah yang
membekalkan nutrien kepada sel kanser. Ia seterusnya menyekat pertumbuhan dan
perkembangan sel kanser di dalam badan.
Kelebihan gamat sebagai penyembuh luka luaran dan dalaman dibuktikan dengan
kajian yang dijalankan oleh Pusat Marin Amerika pada tahun 2011. Mereka yang
mendapati khasiat asid lemak di dalam gamat yang dipanggil asid arakidonik
bertanggungjawab untuk menyembuhkan luka dan memperbaiki semula tisu badan dengan
kadar yang cepat.

JENIS PERNIAGAAN
Jenis perniagaan saya ialah perniagaan pernjualan ubat tradisional

SENARAI HARGA
Sebanyak 26 botol minyak gamat iaitu 8 botol biasa, 8 botol yang panas dan 10 botol ban
telah diagihkan kepada setiap pelajar dan diberi tempoh dua minggu untuk menjual
minyak gamat tersebut. Harga kilang minyak gamat tersebut ialah RM6.50 dan harga
ban ialah RM4. harga pasaran adalah RM8 hingga RM10. Saya telah menjual minyak
gamat tersebut dengan harga bermula RM10 sebotol. Dan harga ban dengan harga
bermula RM6.

SASARAN PEMBELI
Sasaran utama saya ialah golongan warga tua dan kanak-kanak, kerana mereka ialah
golongan yang kerap menggunakan minyak gamat ini. Disebabkan sasaran pelanggan
saya juga adalah pelajar ,maka sangat sukar untuk saya menjual minyak gamat ini kepada
mereka. Ini kerana pelajar jarang menggunakan minyak tradisional ini disebabkan oleh
kewujudan minyak lain yang menggantikan penggunaan minyak gamat. Namun yang
demikian ,ada juga pelajar yang membeli minyak gamat ini untuk kegunaan ibu bapa di
kampung disamping untuk kegunaan sendiri. Secara keseluruhannya,penjualan minyak
gamat ini sememangnya satu cabaran dan pengalaman baru kepada saya Untuk merasai
menjadi seorang usahawan yang berjaya pada masa akan datang.

STRATEGI/TEKNIK PEMASARAN
Strategi pemasaran saya telah saya laksanakan ialah bermula dengan menjual minyak
gamat ini kepada kawan- kawan saya, Saya telah menggunakan media sosial dan media
cetak untuk mempromosikan serta mendedahkan kegunaan minyak gamat ini kepada
pelajar UPSI. Contoh media sosial yang saya gunakan adalah facebook,wechat dan
instagram manakala media cetak yang saya gunakan adalah menampal notis mengenai
penjualan minyak gamat ini di papan notis di setiap blok-blok kolej di Kolej Ungku Omar
(KUO).

PENGENALAN MENGENAI PROJEK


Antara kegunaan minyak gamat ini ialah menghilangkan sengal-sengal pada tulang lebihlebih lagi kepada yang sudah berumur. Selain itu ,minyak gamat ini juga untuk
mengurangkan kesan kesakitan melecur tanpa menjejaskan kulit. Di samping itu,ianya
juga digunakan untuk menghilangkan kesan jerawat bagi yang perempuan. Tidak
ketinggalan juga,minyak gamat ini juga digunakan untuk kaki yang melecet. Minyak
gamat yang biasa ini sesuai juga digunakan oleh bayi atau kanak-kanak manakala yang
panas sesuai digunakan oleh yang berumur 12 tahun dan keatas.

MATLAMAT PROJEK
Bagi melengkapi kursus budaya Keusahawan(PPI3012), kerja kursus 1 yang membawa
markah sebanyak 20% iaitu penjualan minyak gamat oleh pelajar yang mengambil kursus
ini telah dijalankan pada minggu pertama hingga kedua. Kerja kursus ini telah dijalankan
secara individu.

PANDANGAN & KEBERHASILAN BERKAITAN STRATEGI YANG DIPILIH


mengenai strategi yang saya telah gunakan untuk melaksanakan tugasan ini, pada
pandangan saya, walaupun terdapat beberapa cabaran untuk menjual kesemua minyak
gamat seperti bersusah payah pergi ke bilik kawan-kawan dan pergi ke pekan tanjong
malim untuk mencari pelanggan, tetapi saya dapat menjual kesemua minyak gamat saya.
walaupun pada awalnya ia begitu menyukarkan saya kerana perlu berjumpa dengan
pelanggan, bercakap dengan pelanggan, meyakinkan pelanggan, mempromosikan kepada
pelanggan namun strategi yang saya telah pilih menunjukkan keberhasilan yang positif.

CABARAN SEMASA MENJUAL / MASALAH DAN KEKANGAN


Disebabkan sasaran pelanggan saya adalah pelajar ,maka sangat sukar untuk saya
menjual minyak gamat ini kepada mereka. Ini kerana pelajar jarang menggunakan
minyak tradisional ini disebabkan oleh kewujudan minyak lain yang menggantikan
penggunaan minyak gamat.

Walaupun cabaran daripada rakan seusaha kurang kerana kebanyakan daripada mereka
membawa pulang minyak gamat ke kampong halaman, namun menjual gamat di dalam
kampus tetap menyukarkan saya kerana kebanyakan pelajar telah pulang ke kampong
bersempena dengan cuti pertengahan semester. Masalah yang saya hadapi juga ialah
kenderaan untuk bergerak, lokasi utama saya ialah pekan tanjong malim dan saya hanya
menaiki bas untuk sampai ke pintu timur kampus sultan azlan shah dan berjalan kaki ke
pekan.
Cabaran yang lain ialah komunikasi, ramai yang saya temui daripadanya mereka tidak
suka membeli produk ini.

LANGKAH UNTUK MENGATASI


Untuk mengatasi masalah yang dihadapi, ialah dengan meningkatkan kemahiran dan ilmu
pengetahuan tentang produk yang dijual,
Melakukan strategi perniagaan untuk menjual produk seperti memberi kurang harga bagi
yang menginiginkannya dan menjual dengan memberikan percuma sebotol ban untuk
pembelian bagi 2 botol ban.

PRESTASI JUALAN
Prestasi jualan minyak gamat agak baik,

AKAUN UNTUNG RUGI PENJUALAN MINYAK GAMAT

PENGALAMAN & PEMBELAJARAN (RUMUSAN)


Secara keseluruhannya, tugasan penjualan minyak gamat yang telah diberikan kepada
saya telah memberikan sebuah pengalaman yang tidak pernah saya rasai sebelum ini,
walaupun kerja menjual produk merupakan pengalaman yang pertama bagi saya namun
saya dapat melaksanakannya. Pengalaman seperti penggunaan teknik komunikasi dan
penyampaian tentang ilmu kegunaan/ kelebihan produk minyak gamat kepada pelanggan
adalah tidak asing daripada kos yang saya ambil iaitu kejurutureaan perisian yang
memerlukan saya menggunakan teknik komunikasi yang betul untuk mendapatkan
maklumat tentang pembangunan sistem.
Meyakinkan pelanggan tentang produk yang dijual bukanlah sesuatu yang mudah
dilakukan namun ini adalah suatu cabaran bagi saya dan juga proses pembelajaran yang
baik untuk meningkatkan kemahiran diri.