Anda di halaman 1dari 32

PERTANIAN

MUKADIMAH
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menggarisi beberapa strategi
dan langkah yang disifatkan oleh menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai usaha
untuk mencergaskan sektor pertanian semula. Sektor pertanian dilihat sebagai sektor
yang menjanjikan pulangan lumayan di samping menjadi wahana dalam usaha
merapatkan jurang pendapatan antara penduduk desa dan bandar. Adalah menjadi
impian kerajaan bahawa menjelang tahun 2020 , negara kita bukan sahaja maju dalam
sektor industri di bandar malahan maju dalam industri pertanian di desa. Semua agensi
berkaitan dengan petani, penternak dan nelayan perlu melipatgandakan usaha bagi
membuktikan bahawa pertanian bukannya sektor ‘lembab’ yang sebelum ini sering
dikaitkan dengan kemiskinan.

Sektor pertanian mampu mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada


negara asing untuk mendapatkan bekalan makanan. Perbelanjaan mengimport
makanan sebanyak RM 4.3 bilion setahun merupakan satu angka yang besar. Jumlah ini
boleh disalurkan untuk program-program lain yang boleh dimanfaatkan oleh seluruh
rakyat Malaysia. Sektor pertanian kini berpotensi meningkatkan eksport barangan
makanan lantas dianggap salah satu enjin pertumbuhan ekonomi negara selain sektor
pembuatan dan perkhidmatan. Mungkin tidak ramai yang menyedari bahawa negara
mempunyai pasaran sebesar RM 18 bilion untuk produk seperti perasa, makanan dan
minuman berasakan hasil tani serta herba. Kerajaan begitu bersungguh-sungguh untuk
mengembangkan sektor pertanian dengan menyediakan banyak peluang pekerjaan
yang berkaitan dengan sektor ini. Jawatankuasa Peningkatan dan Mempelbagaikan
Pendapatan Petani,Penternak dan Nelayan telah ditubuhkan bagi mencari jalan
mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Hala tuju kerajaan adalah untuk mentransformasikan sektor pertanian negara.


Antara langkah yang telah diambil adalah dengan mengamalkan kaedah pertanian terkini
melalui aplikasi teknologi moden di samping penemuan melalui penyelidikan dan
pembangunan (R&D).Langkah juga diambil untuk menjadikan negara sebagai pusat
pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran hasil pertanian ke pasaran global. Skim
penggalakan ladang juga dilaksanakan bagi menggalakkan petani dan penternak
mempraktikkan amalan pertanian yang baik. Sektor pertanian menjadi semakin penting
kerana mampu meningkatkan dan meluaskan penggunaan bioteknologi. Sebuah
makmal yang menjalankan penyelidikan bioteknologi telah ditubuhkan di Institut
Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI). Kemajuan dalam bidang pertanian juga
bermakna pengurusan persatuan-persatuan nelayan kawasan (PPN) dan pertubuhan
peladang kawasan (PPK) ditadbir secara lebih sistematik agar lebih berkemampuan
mengemudikan projek-projek pertanian komersial.

Sudah sampai masanya para petani menjayakan program Amalan Pertanian Baik
(APB) yang telah dilancarkan oleh pihak kerajaan. Sebagai sebuah negara yang tanahnya
subur dan sesuai untuk semua jenis tanaman, pengimportan makanan melebihi eksport
tidak sepatutnya terus berlaku. Gagasan besar kerajaan ini hanya akan mencapai
matlamat sekiranya golongan sasar sanggup mengubah sikap dan pemikiran dengan
menggunakan kaedah, teknologi serta amalan pertanian yang disyorkan.

Sektor pertanian, perternakan dan perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang


dikategorikan sebagai sektor utama selain perlombongan.
Walaupun proses urbanisasi semakin pesat dan tumpuan banyak diberikan kepada
sektor pembuatan dan perkhidmatan,namun majoriti populasi di Asia terutama di
bahagian Tenggara masih mendiami kawasan luar bandar dan bergantung kepada
kegiatan pertanian sebagai sumber ekonomi utama.
Prestasi sektor pertanian sejak beberapa dekad yang lalu menunjukkan pola yang
berbeza-beza antara negara membangun. Output pertanian telah meningkat lebih daripada
60% sejak awal tahun 1970an, pengeluaran padi meningkat 2 kali ganda, eksport bahan
dan tanaman industri juga meningkat dengan pesat. Peningkatan yang signifikan ini
berlaku disebabkan oleh kepelbagaian dalam sistem pertanian.
Namun demikian, di kebanyakan negara di Asia Tenggara dapat dilihat
sumbangan tenaga kerja di sektor pertanian dan sumbangannya kepada Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) semakin merosot jika dibandingkan dengan sumbangan oleh
sektor pembuatan. Kejatuhan dalam sumbangan sektor pertanian mencerminkan
perubahan struktur yang berlaku dalam ekonomi Malaysia yang ditunjukkan oleh
meningkatnya sumbangan oleh sektor perindustrian dan perkhidmatan.
Sektor Pertanian
di Malaysia
• Perancangan sektor pertanian secara sistematik dan terarah telah bermula sejak
Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) dan telah diperkemaskan lagi selepas
Dasar Ekonomi Baru (DEB).
• Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK menunjukkan tren yang semakin
menurun daripada 31.5% pada tahun 1965 kepada hanya 12.2% pada tahun 1997
dan 10.5% pada tahun 2000. Sektor pembuatan – pertumbuhan yang
memberangsangkan daripada 10.4% pada tahun 1965 kepada 35.5% pada tahun
1997 dan 37.5% tahun 2000. Sumbangan sektor utama ialah 40.5% pada tahun
1965 menurun kepada 19.0% pada tahun 1997.
• Sumbangan kepada peluang pekerjaan atau guna tenaga, tren yang sama iaitu
daripada 52.1% pada tahun 1965 merosot kepada hanya 15.2% pada tahun 1997
dan 13.1% tahun 2000. Sebaliknya sektor pembuatan menunjukkan peningkatan
daripada hanya 8.3% pada tahun 1965 kepada 27.5% pada tahun 1997 dan 28.9%
pada tahun 2000.
• Eksport pertanian – pada tahun 1970 eksport barangan pertanian merupakan
60.2% daripada jumlah eksport kasar negara (di mana getah merupakan hasil
eksport utama iaitu sebanyak 33.4%). Eksport barangan pertanian telah menurun
kepada 22.3% pada tahun 1990 dan 13.1% pada tahun 1995. Dalam tempoh
Rancangan Malaysia Ke-6 (1996-2000) eksport barangan pertanian dijangka
tumbuh pada kadar purata tahunan 6.5% berbanding dengan 25.8% oleh sektor
pembuatan.
• Dari segi penggunaan tanah pertanian di Malaysia, sebahagian besar
diperuntukkan kepada tanaman kelapa sawit, sayur-sayuran, nenas dan buah-
buahan. Penggunaan tanah pertanian meningkat daripada lebih kurang 5.5 juta
hektar kepada tahun 1990 kepada 5.8 juta hektar pada tahun 1995 tetapi menurun
kepada 5.4 juta hektar pada tahun 2000. Komoditi pertanian industri iaitu kelapa
sawit terus menjadi komoditi pertanian utama yang melibatkan penggunaan tanah
daripada 2.0 juta hektar pada tahun 1990 kepada 2.6 juta hektar pada tahun 2000.
Peningkatan ini disebabkan oleh pembangunan tanah baru dan penukaran tanah
tanaman getah kepada kelapa sawit.
• Kejatuhan dalam sumbangan sektor pertanian mencerminkan perubahan struktur
yang berlaku kepada ekonomi Malaysia yang ditunjukkan oleh meningkatnya
sumbangan dari sektor perindustrian dan perkhidmatan. Perhatian dan penekanan
yang diberikan terhadap pembangunan sektor perindustrian terutamanya,
menunjukkan seolah-olah sektor pertanian telah dipinggirkan. Kegawatan
ekonomi yang berlaku pada tahun 1997 telah mengakibatkan kenaikan harga
barangan makanan akibat daripada kenaikan harga barang import. Keadaan ini
telah meningkatkan kos pengeluaran yang akhirnya mendesak harga makanan
untuk terus meningkat.
Import Makanan dan Tahap Mampu Diri Makanan Malaysia
• Import makanan di Malaysia telah meningkat daripada RM6,668.1 juta pada
tahun 1994 kepada RM7,884.7 juta (atau 18.2%) pada tahun 1995, RM9,089.5
juta (atau 15.3%) pada tahun 1996 dan RM10,044 juta (10.5%) pada tahun 1997.
• Sebahagian besar import makanan berupa daging lembu, tenusu, beras, sayur-
sayuran, buah-buahan, bijirin dan gula. Import sayuran bernilai sekitar RM2
bilion setahun manakala import beras berada sekitar RM400-500 juta.
Peningkatan import makanan tanpa disusuli dengan peningkatan penawaran
makanan akan membawa kepada masalah kadar mampu diri (self-sufficiency)
yang rendah dan kesan terhadap imbangan pembayaran.
• Penggunaan makanan per kapita, keperluan makanan akan terus meningkat
dengan pertumbuhan penduduk negara pada kadar sekitar 2.3% setahun. Beras
misalnya, jumlah pengeluaran ialah 1,373 ribu tan metrik pada tahun 1995 tetapi
jumlah penggunaan ialah 1,798 ribu tan metrik. Ini menunjukkan kadar mampu
diri sebanyak 76.36% sahaja.
• Kegagalan negara untuk menyediakan makanan yang mencukupi boleh
mengancam "keselamatan makanan" (food security). Paling ketara ialah
kegagalan negara untuk memenuhi keperluan beras. Matlamat pencapaian 80%
tahap mampu diri makanan yang dimuatkan dalam Dasar Pertanian Negara (DPN)
1984, terpaksa dinilai semula pada hanya 65% dalam DPN II (1992-2000).
• Matlamat pengeluaran barangan makanan penting (kecuali beras) dan kadar
mampu diri tidak dinyatakan dengan jelas dalam DPN I. Sementara DPN II pula,
sasaran pengeluaran dan kadar mampu-diri barangan makanan penting seperti
beras, sayur-sayuran, telur, ikan, daging (lembu, kambing, ayam & khinzir), buah-
buahan dan susu telah dinyatakan dengan agak lengkap kerana ianya penting dari
segi keselamatan makanan.
• Kegawatan ekonomi yang berlaku telah sejak pertengahan tahun 1997 telah
menyedarkan berbagai pihak tentang pentingnya negara mengeluarkan makanan
yang mencukupi serta dasar yang tidak terlalu bergantung kepada bahan makanan
yang diimport. Kejatuhan ringgit telah menyebabkan kenaikan harga barang
import. Purata nilai RM pada Januari 1998 dibandingkan dengan nilai puratanya
pada tahun 1997 menunjukkan nilai ringgit telah jatuh sebanyak 43.3% bagi
setiap dollar Amerika. Kejatuhan secara tidak langsung ini telah menyebabkan
harga makanan ternakan (jagung dan kacang soya yang kebanyakannya diimport
dari Amerika Syarikat, China dan Argentina), racun serangga, baja dan bahan-
bahan ubatan ternakan yang kebanyakannya diimport menjadi semakin mahal.
Keadaan ini akan meningkatkan kos pengeluaran yang akhirnya mendesak harga
barangan makanan untuk terus meningkat.
• Walaupun negara sedang mengejar era negara perindustrian, perancangan
pertanian terutamanya perancangan pengeluaran dan pemprosesan makanan tidak
harus dipinggirkan. Pembangunan sektor pertanian seharusnya dianggap sebagai
pelengkap kepada sektor perindustrian. Kepentingann mengurangkan import,
meningkatkan kadar mampu diri seharusnya mendahului kepentingan untuk
meningkatkan eksport makanan. Walaupun DPN telah berjaya mengurangkan
import barangan makanan tertentu, tetapi kebanyakannya bukan merupakan
barangan makanan penting, sebaliknya import barangan makanan penting terus
meningkat. Kadar mampu diri barangan makanan yang belum mencapai
pengeluaran 100% seharusnya ditingkatkan.

Pembangunan Sistem Pertanian


• Kebanyakan kegiatan pertanian di negara membangun wujud dalam skala yang
kecil, dijalankan secara tradisional dengan sistem pertanian sara diri. Senario ini
selalunya dibangkitkan apabila membincangakan tentang sektor pertanian di
negara membangun. Dalam kes-kes tertentu telah berlaku salah penjelasan
terhadap perubahan ekonomi, teknologi dan persekitaran di negara2 tersebut.
• Sejak berabad-abad petani telah mengubahsuai persekitaran produksi mereka,
dengan menggunakan teknik pengeluaran yang baru dan membangunkan pelbagai
tanaman komersial. Komersialisasi dan meningkatnya ekonomi perdagangan telah
mengubah struktur sosial masyarakat petani. Tanah bukan lagi menjadi sumber
milikan umum tetapi lebih merupakan komoditi yang dimiliki, dibeli atau dijual.
• Integrasi kawasan luar bandar kepada ekonomi nasional dan antarabangsa telah
memberi kesan kepada kawasan kampung adan tenaga buruh yang terdapat,
ketiadaan tanah dan juga meningkatnya upah buruh. Gambaran visual landskap
pertanian menunjukan telah berlaku beberapa perubahan melalui masa dari segi
sosial, ekonomi, malahan juga biofizikal.
• Impak teknologi moden terhadap pengeluaran padi misalnya melalui peningkatan
penggunaan jentera untuk pembajakan dan penanaman, pemotongan padi dan
penggunaan baja kimia serta racun serangga - telah menyumbang kepada
peningkatan dalam produksi terutamanya di negara/kawasan di mana terdapatnya
sistem taliair atau pengairan yang membolehkan penanaman dijalankan sepanjang
tahun.
Pembaharuan Tanah
• Kebanyakan kawasan luar bandar di negara membangun dan negara miskin,
majoriti mempunyai milikan tanah yang bersaiz kecil atau penyewa kepada tanah
orang lain atau hanya merupakan tenaga buruh yang tidak bertanah. Program
Transmigrasi di Indonesia, FELDA di Malaysia dan pemulihan tanah di Filipina
merupakan program-program yang bertujuan untuk mengagihkan semula tanah
kepada petani-petani yang tidak bertanah yang miskin, mengurangkan sewa tanah
dan meningkatkan jaminan hasil tanaman kepada penanam luar bandar.
Teknologi dan Sektor Pertanian.
• Pembangunan teknologi bagi dari segi penggunaan jentera dan teknik penanaman,
maupun dari segi teknologi bioteknologi banyak menyumbang kepada
peningkatan dalam produktiviti dan hasil tuaian penanaman. Namun demikian, isu
teknologi bioteknologi masih menjadi satu perdebatan kerana wujudnya kesan
negatif daripada teknologi tersebut terhadap pengguna. R&D dan inovasi baru
dianggap sebagai pencetus penting kepada pertumbuhan ekonomi.

Perbezaan dalam tahap teknologi di antara negara juga akan menggambarkan
tahap produksi dan pergantungan sesebuah negara itu kepada negara yang lain
terutamanya kepada negara maju di mana aktiviti R&D adalah tinggi. Produksi
kebanyakan negera Dunia ke 3 selalunya mempunyai kaitan yang kecil dengan
aktiviti R&D
• Revolusi teknologi dalam pengeluaran padi yang dikenali sebagai Revolusi Hijau,
dibangunkan pada tahun 1960an pada masa berlakunya pertumbuhan populasi dan
pengeluaran pertanian yang rendah telah menimbulkan kebimbangan tentang
kekurangan sumber bahan makanan. Package teknologi pengeluaran di bawah
Revolusi Hijau adalah berasaskan kepada variati bijih benih padi yang boleh
menghasilkan hasil tuaian yang tinggi (HYV – high yielding varieties) yang
dihasilkan di International Rice Research Institute (IRRI) di Los Banos, Filipina.
Sejak pertengahan tahun 1960an, penggunaan variati padi moden dan teknologi
agro telah membawa kepada transformasi dalam pengeluaran padi di kebanyakan
negara. Di antara tahun 1969 dan 1989, pengeluaran padi meningkat dua kali
ganda di negara-negara seperti Indonesia dan Filipina, sehingga mencapai tahap
ambang (threshold) self-sufficiency makanan bijirin nasional.
• Hal ini banyak disebabkan oleh meningkatnya hasil tuaian per hektar yang
disebabkan oleh penggunaan baja kimia dan variati /biji benih yang menghasilkan
tuaian yng tinggi atau biji benih moden yang diperkenalkan pada tahun 1966.
Peningkatan hasil padi juga disebabkan oleh kesediaadaan sistem
pengairan/taliair.
• Impak penggunaan teknologi. Meningkatkan penggunaan jentera, mengurangkan
penggunaan buruh. Racun serangga dan penggunaan baja kimia – kesan terhadap
kesihatan.
• Walaupun Revolusi Hijau dianggap telah berjaya untuk meningkatkan
produktiviti dalam pengeluaran pertanian, namun didapati penggunaan teknologi
dalam sektor pertanian ini agak terhad terutamanya di kalangan negara
membangun. Misalnya tidak dapat diperluaskan kepada

Persoalan sekarang :-
• How can agriculture sector be expected to perform in the future?
• Adakah wujud keperluan kepada perancangan makanan lestari dan apakah usaha-
usaha yang boleh dilaksanakan.
• Walaupun sektor pertanian boleh berkembang tetapi perluasan dari segi ruang
semakin terhad pada masa hadapan. Di kebanyakan negara kekurangan tanah
yang boleh ditanami semakin diberikan perhatian dan langkah2 mengatasi mula
dilaksanakan. Intensifikasi pengeluaran boleh dipertingkatkan melalui
pembangunan kaedah pengeluaran yang baru bagi menggantikan amalam
tradisional yang menggunakan tanah secara ekstensif. Prospek untuk ini masih
menjadi tanda tanya terutamanya dalam menjayakan sistem pertanian yang lebih
sustainable atau mampan.
• Kekangan sumber akan semakin meningkat dan ini akan membawa kepada
perlunya membentuk sistem pertanian yang lebih efisien dan sustainable pada
masa hadapan. Bagaimanakah kekangan kesediaan tanah untuk pertanian dapat
diatasi ? Anda boleh merujuk kepada kes-kes pertanian moden dan berteknologi
tinggi di beberapa negara maju.
TRANSFORMASI SEKTOR PERTANIAN DAN
PEMBANGUNAN MASYARAKAT TANI LUAR BANDAR
• Masyarakat terbesar (hampir 70%) populasi miskin dunia mendiami kawasan luar
dan terlibat dalam pertanian sara diri. Sekiranya pembangunan hendak dilakukan
dan menjadikan masyarakat ini ‘self-sustaining’ ia perlu bermula di kawasan luar
bandar umumnya dan sektor pertanian khususnya.
• Tradisionalnya, peranan sektor pertanian dalam pembangunan ekonomi dilihat
sektor yang pasif dan hanya merupakan sektor sokongan (supportive/peripheral).
Pengalaman barat – pembangunan hanya boleh dicapai melalui perubahan
struktur daripada sektor pertanian keapda sektor perindustrian dan perkhidmatan
yang lebih moden dan kompleks. Akibatnya – peranan utama sektor pertanian
hanya sebagai penyedia sumber makanan yang mencukupi pada harga yang
murah kepada populasi bandar dan juga lebihan buruh luar bandar sebagai sumber
buruh kepada sektor bandar yang semakin berkembang.
• Sekarang – ahli perancang pembangunan mula menyedari bahawa sektor
pertanian dan ekonomi bandar luar seharusnya menjadi elemen yang dinamik dan
maju bagi membawa pembangunan secara keseluruhannya kepada majoriti
masyarakat di Negara Dunia Ketiga Pembangunan sektor pertanian seharusnya
memainkan peranan penting atau dapat memberi kesan langsung terhadap usaha-
usaha pembasmian kemiskinan.

Pembangunan Ekonomi Pertanian : Transisi dalam Sistem Pertanian


3 tahap evolusi produksi pertanian iaitu :-
Tahap primitif dan sara diri
• dicirikan oleh produktiviti yang rendah, output untuk keperluan atau penggunaan
sendiri, melibatkan tanaman yang menjadi sumber makanan utama, menggunakan
kaedah dan peralatan tradisional
• kekangan teknologi, institusi sosial dan fragmentasi pasaran serta network
komunikasi yang terhad di antara kawasan luar bandar dengan kawasan lain tidak
mendorong kepada tahap produksi yang lebih tinggi
• berisiko tinggi dan terdedah kepada ketidaktentuan
Tahap kepelbagaian tanaman (mixed/diversified farming)
• tanaman utama bukan lagi didominasi oleh tanaman makanan asasi petani tetapi
juga tanaman lain
• aktiviti baru membolehkan penggunaan tanah yang lebih baik dan effisien
• pengenalan alatan mekanikal mudah, penggunaan racun serangga, biji benih yang
baik, baja kimia dan sistem pengairan yang bertujuan untuk meningkatkan hasil
tuaian tanaman utama
• kepelbagaian tanaman membolehkan impak kegagalan tanaman utama
diminimumkan dan mewujudkan jaminan/kelangsungan pendapatan kepada
petani

Tahap tanaman komersial moden (modern commercial farming)


• tahap paling tinggi dan maju serta wujudnya pengkhususan dalam produksi
pertanian, merupakan respon kepada peningkatan dalam taraf hidup, kemajuan
biologikal dan teknikal serta perkembangan pasaran nasional dan antarabangsa
• keuntungan komersial (untuk jualan) merupakan kriteria utama dan peningkatan
hasil tanaman per hektar dipengaruhi oleh sistem pengairan yang baik, racun
serangga, baja kimia, biji benih kacukan dan teknologi. Modal, kemajuan
teknologi dan R&D memainkan peranan penting.
• kepelbagaian dari segi saiz dan amalan – dari penanaman secara intensif buah-
buahan dan sayur-sayuran sehingga kepada penanaman secara ladang yang
ekstensif. Peralatan mekanikal yang sofisikated diperkenalkan, bersifat intensif
modal dan mementingkan ‘economi scale’
• tanaman khusus yang bersifat ekstensif lazimnya dimiliki oleh syarikat
multinasional yang besar

Faktor-faktor Sosio-Ekonomi yang Mempengaruhi Pertanian


Pembangunan pelbagai jenis pertanian dalam mana-mana wilyah bergantung kepada :-
• Persepsi petani
• Peluang yang ada
• Had dan Batasan
• Sosial dan ekonomi
• Kemungkinan untuk masa hadapan
Halangan-halangan sosial :-
• Tahap pengetahuan dan pendidikan petani
• Status sosial dan kesenangan
• Cara pemilikan tanah
• Budaya
• Kekurangan makanan
• Ketiadaan visi/wawasan

Masalah Pemilikan Tanah


Masalah terbesar yang dihadapi oleh masyarakat tani adalah dari segi pemilikan tanah.
Petani yang tidak mempunyai tanah atau menyewa tanah – kegiatan pertanian boleh
terganggu oleh tempoh pemegangan tanah kerana :-
• jangka masa yang ada untuk perancangan pembangunan kebun/ladang dan
menghasilkan keuntungan
• pembesaran/penambahan pelaburan terhad
• petani yang menyewa bergantung sepenuhnya kepada sumber sendiri untuk
mengendalikan kebun/ladang
• jumlah pendapatan mesti diuntukkan untuk membayar sewa, hutang dan
sebagainya
• kemungkinan untuk menyambung kontrak atau membeli tanah tersebut
• penyewa biasanya kurang inisiatif untuk menjaga dan membangunkan tanah ke
tahap yang lebih baik.

Masalah Pemasaran Hasil Pertanian


Ketidakstabilan harga
• oleh sebab penawaran dan permintan tidak anjal maka naik turun harga sentiasa
berlaku. Ketidakstabilan harga kerapkali mengugat rancangan pengeluaran dan
pelaburan terutamanya di kalangan petani kecil yang kekurangan sumber.
Ketidakstabilan harga juga mengakibatkan ketidakstabilan pendapatan
Penawaran dan Permintaan bermusim
• Ketidakstabilan harga kerapkali berkait dengan musim penawaran dan
permintaan. Permintaan komoditi pertanian boleh dipengaruhi oleh acara
perayaan, perubahan pendapatan dan sebagainya. Penawaran sebaliknya
dipengaruhi oleh cuaca dan amalan perladangan

Kekurangan Saluran Pasaran Terjamin


• Selain padi dan beras, hasil petani terdedah kepada gejala pasaran domestik dan
luar negara. Dalam kes buah-buahan, sayur-sayuran dan koko, FAMA
menyediakan saluran untuk petani tetapi bukti menunjukkan bahawa FAMA lebih
bertindak sebagai pasaran terakhir daripada menjadi agen pemasaran. Harga yang
rendah dan hasil pertanian yang tidak stabil, membuat petani kurang berminat
untuk melibatkan diri dalam pengeluaran yang berterusan.

Kos dan Margin yang Tinggi


• Disebabkan oleh harga dan saluran keluaran pertanian adalah tidak pasti,
perantara pasaran lazimnya mengenakan kos perniagaan yang tinggi untuk
mewajarkan pengambilan risiko.

Kekurangan Maklumat Pasaran


• Kos dan margin pemasaran yang tinggi boleh dikurangkan juga terdapat
pengetahuan untuk mengurangkan risiko pemasaran. Malangnya, terdapat
kekurangan maklumat yang komprehensif pada hampir semua peringkat
pemasaran. Ramai petani tidak mendapat maklumat yang kemaskini tentang harga
dan pasaran. Maklumat yang berkaitan dengan lebihan pasaran dan stok jangka
pendek dan panjang juga ternyata kurang. Ketersampaian kepada maklumat ini
juga dipengaruhi oleh tahap pendidikan dan kesediaadaan mod untuk
menyampaikan maklumat tersebut kepada petani. Kekurangan pengetahuan
menyebabkan petani tidak dapat menggunakan maklumat sedia ada sebaik
mungkin dan mengambil peluang-peluang ekonomi yang wujud dalam pasaran.

Kekurangan Infrastruktur Pemasaran


• Kekurangan infrastruktur terutama sekali di tempat-tempat terpencil juga
membawa kepada ketidakcekapan pemasaran. Persaingan pemasaran boleh
dipertingkatkan sekiranya lebih banyak pusat penyimpanan, perniagaan dan
pemprosesan ditubuhkan untuk menampung pengeluaran yang berlebihan
Pembangunan Pertanian dan Kawasan Luar Bandar

Objektif utama pembangunan pertanian dan kawasan luar bandar adalah peningkatan
berterusan dalam tahap kehidupan masyarakat tani luar bandar melalui peningkatan
pendapatan, output dan produktiviti hasil pertanian.
Pembangunan sektor pertanian dan kawasan luar bandar :-
• perubahan teknologi dan innovasi
• polisi ekonomi dan insentif yang sesuai dan menggalakkan
• institusi sokongan sosial
• Pemulihan tanah (land reform)
• Kepentingan Pembangunan bersepadu (integrated development)

Teknologi dan Innovasi


• Di kebanyakan negara membangun, teknologi dan innovasi baru dalam bidang
pertanian adalah penting sebagai syarat kepada peningkatkan output dan
produktiviti.
• Dua sumber utama teknologi dan innovasi yang boleh meningkatkan hasil tuaian
ialah :
• pengenalan peralatan mekanisasi
• kemajuan dari segi biologikal (kacukan biji benih/baka ternakan) kawalan sumber
air dan kimia (racun serangga dan baja kimia)
• Peralatan mekanisasi – untuk menggantikan tenaga manusia dan meningkatkan
volume output per pekerja terutamanya apabila melibatkan kawasan penanaman
yang luas
• Masalah – kebanyakan kawasan luar bandar di negara membangun dicirikan
dengan pemilikan tanah pertanian yang kecil, kekurangan modal dan buruh yang
ramai. Pengenalan atau penggunaan peralatan mekanisasi (peralatan mesin) bukan
sahaja tidak sesuai dari segi persekitaran fizikal tetapi juga memberi kesan
terhadap pengangguran di kawasan luar bandar.
• Innovasi dan teknologi kedua – membolehkan peningkatan hasil tuaian per hektar
melalui peningkatan kualiti tanah sedia ada. Biji benih yang baik, teknik
pengairan dan sistem giliran tanaman yang maju, peningkatan penggunaan baja
kimia, racun serangga, pembangunan dalam ubatan/rawatan dan bahan makanan
ternakan menggambarkan kemajuan saintifik utama dalam pertanian moden.
• Kemajuan ini bersifat ‘scale-neutral’ iaitu ia boleh diaplikasikan secara effektif
pada semua skala milikan tanah. Tidak semestinya memerlukan input modal yang
besar atau peralatan mesin.

Polisi dan Insentif


• Polisi pembangunan - seharusnya tidak mendiskriminasikan sektor pertanian
dalam strategi pembangunan nasional
• Polisi harga komoditi pertanian – kebanyakan kerajaan LDC dalam usaha
menggalakkan pembangunan industri dan bandar yang pesat telah mengekalkan
tahap harga komoditi pertanian pada paras yang rendah sebagai usaha untuk
menyediakan sumber makanan yang murah. Harga produk pertanian yang sentiasa
berubah-ubah juga boleh merugikan petani.
• Beberapa polisi yang bersifat sektor-spesifik yang membawa kesan buruk kepada
sektor pertanian termasuklah cukai terhadap eksport pertanian, penggenaan levi
kepada eksport hasil keluaran tanaman tertentu, menentukan tahap harga yang
rendah kepada bahan makanan untuk faedah populasi bandar, polisi harga yang
yang membawa kesan diskriminasi terhadap pengeluar pertanian oleh agen
pemasaran negeri dan tahap pelaburan yang rendah dalam perluasan pertanian,
infrastruktur dan teknologi
• Faedah pembangunan pertanian berskala kecil tidak dapat direalisasikan
melainkan kerajaan menyokong sistem tersebut dengan memberi beberapa
insentif yang diperlukan, peluang-peluang ekonomi dan ketersampaian kepada
input yang diperlukan.
• Insentif berkaitan dengan komersialisasi pertanian dalam bentuk perkhidmatan
sokongan, pemasaran, R&D, kredit dan subsidi, pendidikan latihan dan
pengembangan.

Institusi
• Peranan yang aktif institusi luar bandar yang mengawal produksi dan
perkhidmatan sokongan kerajaan
• Ini termasuk juga dari aspek legislation dan peraturan yang berkaitan dengan
pemasaran, pemilikan tanah, pengangkutan dan tenaga buruh
Pemulihan Tanah
• Pembangunan pertanian dan kawasan luar bandar hanya boleh mendatangkan
faedah kepada masyarakat tani melalui usaha sama di antara kerajaan dengan
masyarakat tani
• Struktur hak milik tanah yang tidak sama rata merupakan antara faktor utama
yang menentukan wujudnya pengagihan pendapatan dan kekayaan kawasan luar
bandar yang tidak seimbang
• Pemulihan tanah (land reform) selalunya melibatkan pengagihan semula hak
milik dan penggunaan tanah.
• Myrdal – ‘land reform’ merupakan kunci kepada pembangunan pertanian di Asia.
Sekiranya program ‘land reform’ dapat dilaksanakan secara effektif oleh kerajaan,
peningkatan tahap output dan taraf hidup masyarakat tani luar bandar dapat
dibangunkan.
Pembangunan Bersepadu
• Pembangunan luar bandar sebahagian besarnya bergantung kepada kemajuan
sektor pertanian merangkumi usaha-usaha
• meningkatkan pendapatan benar masyarakat luar bandar sama ada pendapatan
dari aktiviti pertanian atau bukan pertanian, industrialisasi luar bandar dan
peningkatan peruntukan pendidikan, kesihatan dan pemakanan, perumahan dan
pelbagai perkhidmatan sosial dan kebajikan
• mengurangkan ketidaksamaan dalam pengagihan pendapatan masyakarat luar
bandar dan mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan bandar-luar bandar
serta meningkatkan peluang-peluang ekonomi di kawasan luar bandar
• keupayaan sektor luar bandar untuk terus maju dan membangun melalui masa
(pembangunan mampan)

Isu-isu Penting Sektor Pertanian di Malaysia


• isu tenaga buruh - masalah buruh berumur ‘ageing labour’, pendidikan dan
latihan, migrasi tenaga buruh muda dan masalah pengupahan buruh asing
• perbezaan produktiviti dan pendapatan dengan sektor lain
• tahap pelaburan swasta yang rendah
• globalisasi dan keterbukaan ekonomi
• kesediaan petani menerima perubahan dari segi komersialisasi aktiviti dan
bersaing di pasaran antarabangsa
• persaingan antara-sektor mendapatkan sumber yang terhad
• penggunaan tanah yang optimal
• pembangunan teknologi dan R&D
• penghakisan kelebihan bandingan dan daya boleh saing akibat meningkatnya
pengeluar berkos rendah di negara-negara jiran
• Food security – yang mencukupi, berkualiti dan selamat
• Alam sekitar dan kelestarian sektor pertanian
HALA TUJU SEKTOR PERTANIAN KOMERSIL
Apa maksudnya "pertanian komersil" dalam pemahaman yang mudah? Pada saya
pertanian komersil aktiviti pertanian yang bermotifkan perniagaan dan mendapatkan
keuntungan. Dengan ini, pengerjaan aktiviti pertanian akan didorong oleh kehendak
pengguna dan pasaran. Ini bermakna pengguna akan membeli produk yang mereka mahu,
pada harga yang menasabah, produk berkualiti dan servis yang baik.

Ke mana tujunya sektor pertanian komersil negara? Pelabur atau usahawan memerlukan
maklumat ini bagi membolehkan mereka merancang strategi dan pelan perniagaan
mereka. Hala tuju pertanian komersil dapat dikesan daripada Dasar Pertanian Negara dan
perkembangan ekonomi semasa umpamanya kejatuhan ringgit. Dengan kejatuhan ringgit
menyebabkan harga eksport menjadi murah mengikut kiraan asing; dan kepada kita,
import bertambah mahal.

Dasar Pertanian Negara yang baru, atau DPN3 belum dibentangkan kepada umum.
Bagaimanapun, saya percaya DPN3 tetap berteraskan kepada DPN1 dan DPN2 tetapi
mengambil kira perkembangan ekonomi semasa, umpamanya kesan kejatuhan ringgit
terhadap keselamatan bekalan makanan negara; dan kesan liberalisasi perdagangan
terhadap daya saing pengeluaran dan perdagangan pertanian.

Dua pendekatan utama dijangka akan diberi tumpuan dalam DPN iaitu pendekatan
perhutanan tani dan pendekatan berasaskan produk.

Pendekatan Perhutanan Tani (Agroforestry Approach)


Pada masa lepas, hutan kerap musnah atau "terkorban" kerana memenuhi kehendak
pembangunan pertanian. Oleh kerana tanah dan sumber pertanian yang terhad,
perhutanan tidak wajar "terkorban" kerana memenuhi kehendak pertanian. Pendekatan
yang praktikal ialah pertanian dan perhutanan harus berjalan seiring dan menjadi
pelengkap antara satu sama lain. Ini bermakna aktiviti perhutanan dan pertanian harus
diintegrasikan melalui pembangunan usahasama (joint development) bagi
memaksimumkan pulangan pelaburan. Pendekatan ini akan menghasilkan:

(a) menggalakkan aktiviti perhutanan tani yang boleh meningkatkan pulangan


pelaburan perhutanan tani.
(b) membenarkan pengeluaran produk pertanian dan perhutanan diatas tanah yang
sama; ini dapat mengurangkan tekanan permintaan tanah pertanian baru.
(c) menyokong usahasama pertanian perhutanan, umpamanya penanaman spesis
perhutanan bersama tanaman industri (sawit, getah, koko) bagi memaksimumkan
pulangan pelaburan tanah.
(d) menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam penanaman hutan secara komersil;
ini akan menambahkan bekalan kayu bagi pembangunan industri asas kayu.

Pendekatan Berasaskan Produk (Product-Based Approach)


Pendekatan ini mengambil kira kehendak sesebuah pasaran dan pengguna. Sebelum
pengeluaran, produk dan pasaran dikenal pasti terlebih dahulu yang berdasarkan
kehendak pasaran, cita rasa dan potensi. Pendekatan ini menghasilkan:

(a) dapat menguatkan pembangunan sesebuah industri pertanian kerana ia berasaskan


kepada pengenalpastian peluang pasaran dan cita rasa pengguna.
(b) menggalakkan produk yang berkualiti tinggi dan secara tidak langsung
meningkatkan nilai-tambah (value added) sektor pertanian.
(c) menguatkan aktiviti hiliran dan huluan bagi industri perhutanan dan pertanian,
dan juga hubungannya dengan sektor ekonomi lain.
(d) meluaskan skop pembangunan pertanian dan perhutanan, dan mengujudkan
peluang perniagaan dan pelaburan.
(e) menggalakkan integrasi bagi aktiviti pengasingan (sorting), penggredan,
pembungkusan, pemprosesan diperingkat ladang, yang secara tak langsung dapat
meninggikan pendapatan ladang.

Teras dan Strategi Dasar Pertanian Negara


Teras, strategi dan pelaksanaan DPN akan fokus kepada usaha menangani isu yang
berkaitan dengan pertanian dan ekonomi secara keseluruhannya. Isu-isu adalah seperti
berikut:-
(i) keselamatan makanan (food security) dan inflasi;
(ii) produktiviti pertanian;
(iii) penglibatan sektor swasta;
(iv) eksport pertanian;
(i) KESELAMATAN MAKANAN (Food Security dan Inflation)

Dua isu penting yang berkaitan dengan makanan adalah, pertamanya, aspek keselamatan
makanan; dan keduanya, defisit akaun perdagangan bagi makanan (termasuk makanan
ternakan) dan input pertanian.

Import makanan negara umumnya meningkat setiap tahun kesan dari pertambahan
bilangan dan taraf hidup penduduk. Pada tahun 1996, import makanan (termasuk
makanan ternakan) dan input pertanian adalah RM10.5 bilion berbanding dengan RM4.6
bilion pada 1990. Pada tahun 1997 (Januari-Oktober) importnya adalah RM9.1 bilion.
Kenaikan permintaan makanan membawa kepada kenaikan harga makanan. Pada 1996,
kenaikan harga makanan menyumbangkan 57% daripada kenaikan Indeks Harga
Pengguna. Kejatuhan ringgit sejak Julai 1997 sebanyak 40% (RM2.6 kepada RM3.6
sedolar) telah meningkatkan kos import makanan dan input pertanian.

Malaysia mengalami defisit dalam perdagangan makanan (termasuk makanan binatang)


dan input pertanian. Ini bermakna terdapat lebihan aliran keluar wang negara bagi
membiayai import. Pada tahun 1996 eksportnya adalah sebanyak RM4.2 bilion, dan pada
1997 (Januari-Oktober 1997) adalah RM4.5 bilion. Ini bermakna defisit dalam
perdagangan makanan dan input pertanian ialah RM6.3 bilion pada 1996, dan RM4.6
bilion pada 1997.

Krisis kewangan telah menyedarkan Malaysia akan perlunya ditingkatkan aspek


keselamatan makanan negara melalui pengeluaran makanan sendiri dan menyusun
strategi bagi mengurangkan pergantungan makanan dari negara lain. Antara strateginya
adalah:

(a) Meningkatkan Pengeluaran Makanan Tempatan

Pengeluaran makanan tempatan akan dipertingkatkan melalui tindakan berikut:

* Menumpukan kepada pengeluaran makanan utama yang mempunyai kelebihan


bersaing dari segi kos; umpamanya penghasilan perikanan, buah-buahan terpilih, sayur-
sayuran dan ternakan. Tumpuan juga diberikan kepada pengeluaran makanan tertentu
yang diimport.
* Mengujudkan zon bagi pengeluaran makanan.

* Menyediakan galakan/insentif, pinjaman dan langkah lain (infrastruktur) bagi


pengeluaran makanan.

(b) Sumber Bekalan Luar (Strategic Sourcing)

Mendapatkan sumber makanan utama melalui langkah berikut:

* Meningkatkan pelaburan keluar negara (reverse investment) dan mengadakan


usahasama dengan negara asing yang kos pengeluaran makanannya rendah; umpamanya
pelaburan dalam Kawasan Pertumbuhan Asean dan Lembah Mekong.

* Kerjasama dua hala antara Kerajaan dengan Kerajaan dalam membekalkan


makanan.

© Meningkatkan Kecekapan Pemasaran

Pemasaran akan dipertingkatkan dengan cara mengurangkan margin pemasaran dan


halangan pasaran. Antara strateginya adalah:

* Sistem pasaran akan disusun bagi mengurangkan pengantara pasaran (market


intermediaries) dan mempastikan pengguna mendapat harga yang adil. Ini dicapai melalui
pengujudan saluran pasaran yang menyerupai konsep pasar tani, pemasaran langsung
(direct marketing), dan mengamalkan "contract farming".

* Penubuhan infrastruktur pemasaran, umpamanya pusat pengumpulan hasil pertanian,


rumah pembungkusan, pusat perniagaan dan pusat pemborongan. Ia bertujuan
menjimatkan masa dan kos perniagaan.

(ii) PRODUKTIVITI PERTANIAN

Pada masa ini produktiviti buruh dalam sektor pertanian masih rendah, iaitu setakat 60%
daripada produktiviti buruh disektor perindustrian. Strategi meningkatkan produktiviti
dalam sektor pertanian adalah:

(a) Pembangunan Produk Baru dan Industri Masa Depan


Fokus adalah kepada pembangunan produk bioteknologi, penggunaan "oilpalm biomass",
pembangunan produk florikultur dan ikan akuarium.

(b) Pengurangan Penggunaan Buruh di Sektor Pertanian

Tenaga buruh dalam sektor pertanian akan dikurangkan daripada 1.4 juta dalam tahun
1995 kepada 0.8 juta pada 2010. Ini dapat dicapai melalui:

* Pengurangan buruh intensif dalam sektor pertanian, khususnya getah, kelapa, koko
dan lada hitam.

* Menggalakkan tanaman baru yang kurang menggunakan buruh, umpamanya tanaman


spesis kayu, buluh dan rotan.

* Menggalakkan sistem pengeluaran tanaman yang bernilai tinggi yang berunsurkan


penjagaan alam sekitar yang baik, umpamanya aeroponik dan hidroponik;

* Meningkatkan R & D dan usaha pemindahan teknologi terutama teknologi


penjimatan buruh, umpamanya dalam bidang penuaian kelapa sawit, buah-buahan,
bunga, sayuran dan torehan getah.

© Memaksimumkan Penggunaan Tanah

Memaksimumkan penggunaan tanah dicapai melalui:

* Menggalakkan perniagaan perhutanan tani (agroforestry).

* Menggabungkan aktiviti penternak dengan penanaman.

(d) Meningkatkan Pendapatan Ladang

Strategi meningkatkan pendapatan ladang akan difokuskan kepada:

* Pengerjaan ladang berskala besar

* Memaksimumkan penggunaan sisa pertanian dan produk sampingan seperti pelepah


sawit, batang pokok, batang padi dan sebagainya.

(iii) PENGLIBATAN SEKTOR SWASTA

Mekanisma akan diwujudkan bagi menggalakkan penyertaan aktif sektor swasta,


antaranya:
(a) Bank Tanah

Data yang komprehensif mengenai tanah yang tersedia akan diwujudkan bagi
memudahkan sektor swasta menceburi pengeluaran pertanian.

(b) Menggalakkan Pelaburan Pertanian oleh Sektor Swasta

Ini termasuklah penyediaan garis panduan pelaburan asing dalam pertanian. Senarai
aktiviti yang digalakkan akan disemak dari masa kemasa selari dengan fokus
pembangunan pertanian semasa. Peraturan dan prosedur yang menghalang pelaburan
swasta akan dikaji. Pusat maklumat setempat di Kementeirn Pertanian akan ditubuhkan
bagi membantu swasta.

(iv) EKSPORT PERTANIAN

(a) Malaysia Sebagai Pusat Makanan Halal Antarabangsa

Malaysia berpotensi menjadi pusat makanan halal antarabangsa. Oleh itu strategi akan
digubal bagi mengenengahkan kelebihan Malaysia. Aspek "halal" termasuklah
pemeriksaan, pengesanan, piawaian dan pengeluaran sijil halal. Kerajaan dan swasta akan
mempromosikan produk halal diperingkat antarabangsa.

(b) Laluan Pasaran (Market Access)

Perjanjian Dua Hala akan dipertingkatkan bagi membolehkan barangan Malaysia


meneroka pasaran antarabangsa. Perjanjian Pembayaran Kredit Minyak Sawait akan
digunakan bagi meneroka pasaran baru minyak sawit khusus ke negara membangun yang
memerlukan kredit.

© Pemasaran Langsung (Direct Marketing)

Pemasaran dan pengeksportan langsung produk Malaysia tanpa melalui negara ketiga.

4. PERANAN USAHAWAN WANITA DALAM PEMBANGUNAN INDUSTRI


BERASASKAN PERTANIAN

Sebagai usahawan sama ada wanita dan lelaki, peranan mereka adalah sama dalam semua
perniagaan yang diceburi termasuklah industri berasaskan pertanian.

Sebagai pemilik perniagaan, usahawan wanita mempunyai peranan yang sama seperti
lelaki. Ini termasuklah aspek merancang, menguruskan perniagaan dan memasarkan
produk. Bagi perniagaan yang dimiliki secara bersama dengan suami, biasanya peranan
usahawan wanita lebih membantu suaminya. Sungguhpun sebagai isteri, beliau boleh
memainkan peranan yang lebih berkesan, umpamanya sebagai penasihat dalam membuat
keputusan perniagaan yang penting. Dalam konteks ini, beliau harus memiliki sifat dan
kebolehan yang boleh mempengaruhi sesuatu keputusan.

4.2 (a) Industri Anyaman dan Kraftangan

Dari sudut pemilihan perniagaan tanai komsersil, usahawan wanita harus melihat
kelebihan dan kebolehan mereka berbanding dengan lelaki. Umpamanya, dalam industri
mengkuang dan pandan, wanita mempunyai kebolehan menghasilkan produk anyaman
(tikar), dan produk kraftangan. Secara tak langsung peranan usahawan wanita adalah
mengekalkan warisan budaya dalam seni anyaman dan penghasilan kraftangan.

(b) Tanaman Hidroponik Komersil

Kebanyakan usahawan wanita adalah ibu dan mempunyai tanggungjawab menjaga anak
dirumah. Penanaman sayuran melalui kaedah hidroponik boleh dilakukan secara komersil
tanpa menjejaskan sangat fungsi ibu sekiranya mempunyai kawasan tanah yang cukup
berdekatan rumah. Secara tak langsung, usahawan wanita berperanan membantu negara
dalam meredakan tekanan kenaikan harga sayuran khasnya, dan makanan amnya.

© Industri Kuih Tradisional

Kuih tradisional dianggap komponen dalam industri berasaskan pertanian. Umumnya,


kuih diusahakan secara sambilan oleh kaum wanita. Usahawan wanita boleh menjadikan
industri kuih secara komersil memandangkan MARDI telah menghasilkan teknologi
pakej dimana kuih dapat dihasilkan dengan cepat, mudah secara mekanisasi, mempunyai
mutu yang tinggi dan berseragam.

5. KEWANGAN

Dalam menggalakkan pertumbuhan sektor pertanian, kerajaan sedang menyediakan


beberapa tabung iaitu Tabung Untuk Makanan yang dikenali juga sebagai Kemudahan 3F
(Fund for Food) dan Tabung Industri Kecil dan Sederhana (TIKS). Kemudahan 3F
khusus untuk membiayai aktiviti pengeluaran makanan dan makanan diproses; manakala
Kemudahan TIKS boleh membiayai industri berasaskan pertanian. Bagi mempastikan
objektif penubuhan tabung mencapai matlamatnya kerajaan akan mengkaji dari masa
kesemasa syarat-syarat kemudahan tersebut. Contohnya baru-baru ini kerajaan telah
menurunkan pinjaman minima Tabung TIKS dari RM250,000 kepada RM50,000
bertujuan supaya lebih ramai usahawan berpeluang mendapat faedah dari kemudahan ini.

Selain dari Tabung yang disediakan oleh kerajaan, Bank Pertanian Malaysia (BPM) iaitu
agensi yang dipertanggungjawabkan membiayai sektor pertanian turut menyediakan
berbagai kemudahan daripada dananya sendiri. Dalam keadaan kegawatan sekarang,
BPM turut merasa bahangnya. Oleh yang demikian sementara waktu ini, dalam keadaan
dana yang terhad, BPM akan hanya pada projek-projek yang berdayamaju tinggi sahaja.

6. KESIMPULAN

Dalam suasana kemelesatan ekonomi sekarang ada usahawan melihatnya sebagai


peluang. Aktiviti ekonomi dan perniagaan masa ini tidaklah serancak berbanding dengan
2-3 tahun lepas. Oleh itu, masa ini sangat sesuai bagi usahawan mengenal pasti peluang
perniagaan dalam sektor pertanian atau dilain sektor, disamping menyediakan strategi dan
pelan perniagaan.

Sejarah ekonomi menunjukkan iaitu ekonomi dunia berkembang dan meleset satu
fenomena ekonomi yang biasa. Adalah diharapkan dengan insentif dan kemudahan
kewangan sektor pertanian akan terus menjadi sektor yang penting dan menjadi
penyumbang kepada pemulihan ekonomi negara.
Menjayakan pertanian negara
oleh NIK YAHYA ABDUL RAHMAN
UTUSAN 25 Julai 2000
Sektor pertanian dijangka mencapai kadar pertumbuhan 2.1 peratus setahun sepanjang Dasar
Pertanian Negara Ketiga (DPN3) dari 1998 hingga 2010 dengan peningkatan sumbangan
nilai ditambah pertanian daripada 1.6 peratus (1995) kepada 7.8 peratus (2010).
Selain itu, pertumbuhan kukuh yang dijangka diperoleh daripada sektor kecil makanan
dengan sumbangannya kepada nilai ditambah pertanian meningkat daripada RM 4.3 bilion
(1995) kepada RM 7.3 bilion (2010).
Dalam usaha itu, Kementerian Pertanian sedang menubuhkan Pusat Maklumat Setempat dan
Bank Tanah bertujuan membekalkan semua maklumat berkaitan industri pertanian dalam
usaha memajukan sektor itu, khususnya di kalangan sektor swasta.
Bagi melengkapkan maklumat itu, kementerian kini mendapatkan maklumat daripada
kerajaan negeri mengenai kawasan yang dibangunkan untuk pertanian di negeri masing-
masing.
Sehingga tahun lalu, seluas 195,000 hektar tanah di Johor, Perak, Pahang, Terengganu
dan Selangor diperuntukkan untuk pertanian.
Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) mempunyai asal-
usul daripada usaha menghargai jasa peladang terhadap pembangunan negara. Pada
1972, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah meminta kerajaan mengadakan
suatu hari memperingati mereka.
Kemudiannya, sempena pelancaran penubuhan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), 6
Ogos 1973, Perdana Menteri Kedua Allhyarham Tun Abdul Razak Hussein telah
mengisytiharkan tarikh berkenaan sebagai Hari Peladang di Dungun, Terengganu. Dan
tarikh berkenaan dijadikan tarikh tetap sambutan sehinggalah ke hari ini.
Perayaan Hari Peladang Kebangsaan kali pertama di adakan di perkarangan Bangunan
Parlimen pada 6 ogos 1975 dan dirasmikan oleh Allhyarham Tun Abdul Razak.
Nama perayaan Hari Peladang kekal sehingga 1982 sebelum bertukar menjadi Hari
Peladang dan Nelayan Kebangsaan (1983 hingga 1987). Pada 1988, nama itu ditukar
menjadi perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan kebangsaan (HPPNK) dan
kekal hingga sekarang.
HPPNK mempunyai tema dan slogan yang tersendiri semenjak mula diadakan. Tema-
tema berkenaan digubah sebegitu rupa berdasarkan penumpuan, dasar-dasar dan keadaan
semasa di dalam negara kita. Bermula dengan temanya ' Kaum Peladang Adalah Nadi
Kepada Negara' pada tahun 1976 ia menjurus kepada ' Ke arah Industri Yang Berdaya
Saing ' pada tahun ini.
Perayaan HPPNK telah diadakan di seluruh negara, daripada negeri Perlis sehinggalah ke
Sabah. Dan betapa prestijnya perayaan berkenaan, ia dirasmikan oleh Perdana Menteri
atau pun Timbalan Perdana Menteri untuk sambutan di peringkat kebangsaan pada setiap
tahun.
Bagi memeriahkan sambutan HPPNK, suatu pertandingan diadakan di kalangan
peladang, penternak dan nelayan mengikut kategori masing-masing di seluruh
negara.Pertandingan berkenaan diadakan sebagai usaha mempergiatkan minat masyarakat
tani untuk berusaha bersungguh-sungguh ke arah mempertingkatkan hasil-hasil pertanian
dan makanan negara yang boleh dijadikan contoh.
Satu Jawantankuasa bersama bagi pemilihan mengikut kategori akan diakakan setiap
tahun yang terdiri daripada wakil LPP, Lembaga Kemajuan Ikan malaysia (LKIM),
Jabatan Perikanan dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) diadakan.
Pelbagai hadiah dan sijil bagi setiap kategori diadakan termasuklah: Peladang Jaya Lelaki
Kebangsaan, Peladang Jaya Wanita Kebangsaan, Pertubuhan Peladang Kawasan
Jaya Kebangsaan, Nelayan Kebangsaan, Persatuan Nelayan Jaya Kebangsaan,
Penternak Ikan Jaya Kebangsaan,Penternak Jaya Kebangsaan dan banyak lagi. Bagi
pertandingan peringkat kebangsaan mereka akan menerima hadiah dan sijil masing-
masing sempena sambutan berkenaan daripada Perdana Menteri atau Timbalan
Perdana Menteri.Tahun ini, sambutan perayaan HPPNK di sambut bersama
Pameran Pertanian, Hotikultur dan Agropelancongan, MAHA 2000 (Malaysia
Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2000).
Mengimbas kembali MAHA, ia mula diadakan pada tahun 1920-an di Padang Lumba
Kuda, Jalan Ampang, Kuala Lumpur (dimana Pusat Bandar Raya Kuala Lumpur
atau KLCC didirikan sekarang). Pameran itu diilhamkan oleh Persatuan Pengusaha
Bunga (Poultry Society) yang telah berjaya menganjurkan Pertunjukan Pengusaha
Bunga (Poultry Society Show) pada 1920 yang dipengerusikan oleh Pegawai
Daerah (D.O) Kelang F.W Douglas bersama-sama beberapa pengusaha tanaman
bunga.
Bermula pada 1920, MAHA diadakan sehinggalah meletusnya Perang Dunia Kedua.
Namun, tapak perayaan telah berpindah ke tapak yang telah ditetapkan oleh
persatuan itu di antara Jalan Ampang dan Jalan Pekeliling (Jalan Tun Razak), di
mana Plaza Yow Chuan tersergam sekarang. Pada 1968, MAHA terakhir diadakan
di Kampung Medan, Jalan Kelang Lama.

Nafas Baru
Kini MAHA dihidupkan kembali , hasil ideal unggul Dr. Mahathir dengan memberi nafas
baru dari segi format apabila unsur pelancongan tani dipakejkan bersama-sama
teknologi pertanian.
Setelah 31 tahun menghilang, MAHA kembali dengan suasana yang lebih ceria. apabila
ia diadakan di Stadium Putra, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
yang dianjurkan bersama di antara Kementerian Pertanian dan Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada 26 hingga 31 Ogos 1999.
MAHA 2000 mula diadakan pada Sabtu lalu hingga 30 Julai ini, meliputi pesta buah-
buahan, pertunjukan haiwan dan ternakan kesayangan, pameran teknologi pertanian
moden, gerai negeri-negeri, pesta sate, pertunjukan kuda serta persembahan artis
popular.
Perayaan tahun 2000 yang berlangsung sekarang lebih bererti kepada masyarakat
peladang kerana diadakan bersempena ulang tahun penubuhan LPP yang ke -27. Di
sepanjang tempoh berkenaan, pelbagai program, pendekatan, projek dan
pembangunan infrastruktur dan peningkatan kemahiran sumber tenaga manusia
telah dilakukan LPP dengan jayanya.
Di dalam buku Mengimbas Kembali Peladang Jaya (1999), pihak LPP menekankan agar
masyarakat peladang mengambil iktibar daripada kejayaan yang telah dicapai oleh
Peladang Jaya.
Katanya, dengan cara itu, masyarakat peladang boleh meningkatkan pengeluaran dan
mengadaptasikan teknologi baru untuk dipraktikkan secara lebih serius dan mapan.
Setelah mencapai pelbagai kejayaan sepanjang 26 tahun yang lalu, kita yakin LPP akan
memainkan peranan penting untuk kemajuan para peladang pada masa yang akan
datang.
Justeru kita berharap kepada para peladang muda untuk terus berusaha mempercepatkan
tranformasi sektor pertanian semasa kepada yang lebih komprehensif, moden dan
komersil. Ini penting bagi meningkatkan produktiviti, kualiti dan keselamatan
makanan negara dan di masa yang sama membantu menangani kegawatan ekonomi.
Begitu juga dengan LKIM yang ditubuhkan pada 1 November 1971 telah terbukti berjaya
mengurangkan peratus kemiskinan nelayan di Semenanjung Malaysia iaitu; 73.2
peratus (1970); 62.7 peratus (1976); 27.7 peratus (1984)1 24.5 peratus (1987); 26.0
peratus (1989) dan untuk seluruh negara 17.9 peratus (1992) dan 11.8 peratus
(1995).
Penurunan berkenaan, jelas menunjukkan yang dasar dan pendekatan yang dilakukan
kerajaan terbukti berjaya. Dan apa lagi, apabila kerajaan memperuntukkan
sebanyak RM 1.05 billion daripada peruntukan tahun 2000 untuk pembangunan
sektor pertanian
Perayaan HPPNK dan kesinambungan MAHA tahun lalu akan menjadi saluran untuk
bertukar pendapat dan pengalaman serta memberi pendedahan dan peluang
perniagaan.Dengan demikian, produktiviti hasil pertanian, industri berasaskan
perhutanan serta pertanian dan pelancongan tani dapat dipromasikan bukan sahaja
di dalam negara tetapi di peringkat antaranbangsa.
MAHA 2000 juga akan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pembangunan
pertanian dan industri pelancongan tani.
Di samping itu, ia dijangka memberi peluang kepada pihak kerajaan, swasta, usahawan
tani, petani, penternak dan nelayan untuk menyaksikan peralatan dan teknologi
canggih serta inovasi terkini dalam pembangunan pertanian di dalam dan di luar
negara.
MAHA 2000 juga akan berupaya membentuk hubungan dan sinergi kepada sektor
pertanian yang diharapkan dapat memberi faedah kepada bidang pertanian dan
industri berasaskan pertanian serta memberi imej dan semangat baru kepada sektor
pertanian keseluruhannya.
Saya merasa amat gembira berada di kawasan MADA
kerana MADA merupakan satu kejayaan besar kepada projek
Bank Dunia di negara kita. Disebabkan kejayaan ini,
Bank Dunia begitu mudah memberikan sokongan pembiayaan
projek-projek kepada Malaysia. MADA juga merupakan
kawasan Jelapang Padi yang utama di Malaysia. 40%
pengeluaran padi negara datangnya dari kawasan MADA.
Sekiranya purata hasil padi di kawasan MADA dapat
ditingkatkan, ia secara langsung akan menambahkan
purata pengeluaran padi negara. Saya yakin kita boleh
dan dapat mengurangkan import beras dengan keluasan
kawasan yang ada sekarang. Pengenalan varieti padi
baru ini adalah bertepatan dengan masanya memandangkan
pengeluaran padi beras negara tidak dapat memenuhi
permintaan yang terus meningkat.

4. Industri padi dan beras negara sentiasa diberikan


pertimbangan khas memandangkan kepentingan strategik
beras sebagai makanan ruji atau utama kita. Kerajaan
telah membuat pelaburan yang besar dalam bentuk
infrastruktur dan pelbagai perkhidmatan sokongan bagi
meningkatkan produktiviti pendapatan petani untuk
memastikan pengeluaran padi berterusan di negara ini.

5. Dasar Pertanian Negara ke 3 telah menggariskan


dasar dan arah serta sasaran pengeluaran padi dan beras
di negara ini untuk masa hadapan dasar dan sasaran ini
penting diwujudkan untuk menentukan bekalan beras
kepada penduduk Malaysia tidak tergugat.

6. Malaysia mengimport 30% beras daripada keperluan


kita daripada negara Thailand, Vietnam dan Myanmar.
Beras Basmati diimport dari India dan Pakistan.
Walaupun kecil sekiranya berlaku masalah pengeluaran di
negara-negara pengeksport bekalan beras negara ini akan
terjejas dan ia boleh menimbulkan masalah sosial dan
inflasi.

7. Pengeluaran beras di Malaysia meningkat dengan


kadar perlahan iaitu dari 1.2 juta tan pada tahun 1990
kepada 1.3 juta tan pada tahun 1998 berbanding dengan
pertumbuhan penduduk 25% setahun. Negara akan
memerlukan sejumlah 2.3 juta tan beras setahun untuk 27
juta penduduk (pada tahun 2010). Jika pengeluaran
beras negara tidak dapat ditingkatkan negara akan
mengimport lebih kurang 1.0 juta tan setahun.

8. Faktor utama yang menyebabkan hasil padi yang


rendah di negara ini ialah kurang penggunaan teknologi
moden oleh pesawah. Ianya termasuk penyediaan ladang,
pengurusan air, kawalan rumpai, makhluk perosak dan
penyakit, penggunaan baja dan pematuhan jadual
penanaman dan kehilangan hasil lepas tuai. Kita
mungkin tidak boleh mengelakkan daripada mengimport
beras, khususnya beras berkualiti tinggi atau gred
super seperti Basmati dan beras wangi tetapi kita boleh
berusaha mengurangkan jumlah yang diimport. Untuk itu
kita perlu meningkatkan pengeluaran tempatan dan saya
berkeyakinan kita boleh. Malaysia boleh.

9. Untuk makluman kita semua, hasil purata


pengeluaran padi negara masih lagi rendah iaitu 4.5 tan
sehektar. Dengan teknologi dan varieti yang lebih
baik, hasil ini boleh ditingkatkan. Kita boleh
mempertingkatkan hasil padi terutama di kawasan
Jelapang Padi utama seperti di MADA, Projek Barat Laut
Selangor dan lain-lain dengan mudah dan kerana sudah
lengkap infrastruktur khasnya sistem pengairan.
Sekarang ini sudah ada petani-petani di kawasan
tersebut mencapai hasil lebih daripada 10 tan sehektar
dan saya difahamkan dengan varieti baru ini pula
pengeluaran hasil yang tinggi dan stabil boleh dicapai
banyak kawasan sehingga melebihi 10 tan sehektar.
Pesawah-pesawah di kawasan lain selain daripada MADA
atau Projek Barat Laut Selangor sepatutnya berupaya
juga mendapatkan hasil yang sedemikian menggunakan
benih yang disyorkan dan melakukan amalan kultur
tanaman yang terbaik seperti yang disarankan oleh
MARDI, Jabatan Pertanian dan MADA. Kita semua tahu
bahawa keupayaan pengeluaran bagi semua kawasan utama
Jelapang Padi di negara ini mampu mengeluarkan hasil
yang jauh lebih tinggi daripada pengeluaran sekarang.
Matlamat inilah yang diharapkan oleh pihak kerajaan
kepada petani-petani agar meningkatkan pengeluaran
hasil padi mereka dan membantu kerajaan dalam
mengurangkan import beras negara dan pada masa yang
sama petani sendiri dapat meningkatkan pula pendapatan
mereka serta memperbaiki taraf hidup mereka. Pihak
kerajaan akan terus membantu rakyat khususnya yang
berpendapatan rendah seperti pesawah-pesawah untuk
hidup lebih senang.

10. Industri padi di negara ini telah mengalami banyak


perubahan-perubahan dan ini bertambah lagi penting di
alaf baru ini kerana pengeluaran pertanian perlu
dibentuk kompetitif / berdaya saing dan berubah kepada
sistem pengeluaran yang lebih moden dan produktif.
Untuk ini penggunaan jentera perlu diperluaskan,
penggunaan racun serangga dikurangkan untuk lebih sihat
dan mesra alam dengan alam sekitar dan pelbagai produk
berasaskan padi dan beras dihasilkan untuk meningkatkan
nilai ditambah. Perkara ini penting untuk menjadikan
pengeluaran di negara kita dapat bersaing dengan negara-
negara lain. Saya gembira dengan pencapaian
penyelidikan dan pembangunan yang dibuat oleh MARDI
selama ini untuk menghadapi segala keperluan oleh
industri padi. Saya berharap MARDI dapat memindahkan
teknologi tersebut dengan segera kepada petani, bersama
dengan agensi / jabatan lain seperti Jabatan Pertanian
dan MADA dan juga kepada usahawan-usahawan.

11. Kita perlu tingkatkan pengeluaran beras negara


untuk memenuhi permintaan negara. Negara juga perlu
mengurangkan kos import yang pada tahun 1998 berjumlah
hampir RM 1 Bilion. Saya nampak kita ada tiga cara
perlu dilakukan untuk meningkatkan hasil pengeluaran
beras iaitu dengan meningkatkan intensiti tanaman;
memperbaiki pengurusan tanaman; dan mengeluarkan dan
menggunakan varieti berpotensi hasil tinggi.

12. Memandangkan kawasan sawah padi di negara kita


terhad dan mungkin berkurangan, menambahkan penanaman
amatlah perlu melalui peningkatan intensiti tanaman.
Melalui laporan penyiasat hasil pengeluaran padi
didapati hanya MADA dan Projek Barat Laut Selangor yang
mencapai intensiti tanaman hampir 200% yang mana

mencatatkan hasil pengeluaran padi tertinggi di


Malaysia. Di lain-lain kawasan Jelapang Padi intensiti
tanaman masih rendah dan masih banyak kawasan yang
terbiar. Ini adalah suatu pembaziran yang
mengakibatkan kerugian besar bukan sahaja kepada
pesawah-pesawah tetapi juga kepada negara. Tanah
adalah amanah Allah kepada pemiliknya. Nabi Muhammad
S.A.W. pernah bersabda yang menerangkan sesiapa yang
mempunyai tanah, hendaklah ia mengusahakannya atau
meminjamkan kepada saudara-saudaranya. Dengan ini saya
minta semua jabatan, agensi serta petani-petani supaya
menguruskan kawasan padi dengan baik dan mencari jalan
untuk meningkatkan intensiti tanaman dan seterusnya
meningkatkan hasil. Punca-punca masalah perlu
dikenalpasti dan diatasi.

13. Sementara itu, bagi meningkatkan kawasan


pengeluaran tanah terbiar, pihak swasta adalah
digalakkan mengusahakan tanah tersebut. Dengan
menyediakan infrastruktur seperti sistem pengairan yang
sesuai, amalan teknologi pengeluaran yang optimum, saya
percaya pihak swasta dapat membangun dan mengusahakan
pengeluaran padi secara estet yang lebih berdaya maju.
Beberapa contoh boleh dilihat dalam kes ini seperti
oleh FELCRA di Seberang Perak dan syarikat lain di
Rompin, Pahang. Projek seumpama ini juga diperhatikan
lebih berdaya maju seperti projek-projek mini estet
Jabatan Pertanian.

14. Peningkatan hasil padi juga boleh direalisasikan


melalui penggunaan varieti. Dengan menggunakan
varieti-varieti baru yang berupaya memberi hasil tinggi
dan disertai dengan amalan pengurusan yang optimum, ia
boleh meningkatkan pengeluaran padi kita dengan mudah.

15. MARDI seharusnya mengeluarkan lebih banyak baka


padi yang baru, berhasil tinggi dan berkualiti tinggi
dan yang penting sekali, menyediakan benih bersama-sama
Jabatan Pertanian dan juga pihak swasta secukupnya
untuk membolehkan hasrat kerajaan meningkatkan keluaran
padi berjaya. MARDI pula perlu menggunakan segala
kaedah-kaedah tercanggih seperti bioteknologi untuk
memecahkan benteng ketinggian hasil sekarang supaya
baka padi baru mampu memberikan hasil jauh melebihi 10
tan sehektar setanding dengan negara-negara pengeluar
beras yang maju. Saya yakin MARDI sebagai sebuah
agensi R&D yang berwibawa dapat menghasilkan berbagai
bidang teknologi yang diperlukan bagi mencapai sasaran
tersebut. Ini terbukti di tahun-tahun yang lepas
mereka telah memenangi beberapa anugerah seperti
anugerah Perdana Menteri peringkat negara dan anugerah
Asia Terbaik Di Peringkat Asia dan awal tahun 2000
ianya dapat pengiktirafan ISO 9001.

16. Varieti baru padi yang akan dilancarkan hari ini


adalah satu varieti padi ciptaan MARDI yang berpotensi
tinggi. Varieti MR 219 ini telah melalui pelbagai
peringkat ujian dan hingga kita ia jelas menunjukkan
keupayaan peningkatan hasil berbanding dengan varieti
MR 84 iaitu varieti utama padi ketika ini yang
digunakan lebih 80% di kawasan padi di Malaysia. Pada
keseluruhannya varieti MR 219 berupaya memberi hasil 10-
15.0% lebih tinggi daripada varieti MR 84. Varieti MR
219 disyorkan kerana prestasi hasil yang baik dan yang
lebih penting lagi ialah untuk menjadi pemampan kepada
varieti MR 84 yang mula menunjukkan penurunan hasil dan
ketahanan daripada perosak dan penyakit. Varieti MR 84
sekarang ini telah menunjukkan rentan kepada penyakit
hawar bakteria, hawar seludang dan perosak bena perang.
Dengan memperkenalkan varieti MR 219 ini, masalah
kerosakan tanaman Insya-Allah akan dapat diatasi. Ia
juga adalah sebagai satu lagi varieti pilihan diberi
kepada petani dalam meningkatkan hasil tanaman mereka.
varieti MR 219 juga mempunyai kualiti nasi yang lembut
dan menunjukkan kesesuaian di banyak kawasan untuk
ditanam.

17. Akhir sekali saya ucapkan tahniah kepada MARDI


dalam usaha membangunkan industri padi negara. dan
dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, saya dengan
rasminya mengisytiharkan padi baru varieti MARDI MR
219.

KEPENTINGAN PERTANIAN

Sumber pendapatan negara hasil eksport - RM?


Peluang pekerjaan + bil Pekerjaan tradisi bagi penduduk sekitar.
Sumber bahan mentah untuk industri spt membuat tayar / minyak masak + cth bahan
mentah + lokasi.
Makanan asasi/ruji +cth.
Pembukaan bandar - mengumpul hasil pertanian +cth lokasi.
Memajukan / memperbaiki mutu jalan raya, / keretapi / pelabuhan +cth jalan.
Hubungan dua hala dengan negara pengimport + cth negara.

FAKTOR-FAKTOR MENGGALAKAN PENGELUARAN TANAMAN.

Bentuk muka bumi tanah pamah rata / beralun atau pergunungan yang beralun
+cth lokasi.
Tanih yang sesuai + cth tanih. Iklim yang sesuai - suhu (?) + hujan (?). Tanah yang
bersaliran baik.
Sistem pengairan / taliair untuk padi + cth empangan / sungai.
Terdapat jalan raya / keretapi / sungai untuk membawa hasil tanaman ke pasaran /
kilang +cth jalan raya / keretapi.
Terdapat pelabuhan untuk mengeksport + cth pelabuhan.
Penggunaan teknologi moden spt baja kimia, racun serangga. dan jentera pembajak.
Penyelidikan untuk menghasilkan benih bermutu tinggi yang tahan penyakit, tahan
kermrau, hasil tinggi cth benih.
Peranan agensi kerajaan - nama agensi + peranan.
Modal dan syarikat swasta / pelabur asing + cth syarikat / pelabur.
Pasaran yang luas dari dalam negeri - kawasan berpenduduk padat / kilang + cth
lokasi. Pasaran ke luar negara + cth negara.

CIRI-CIRI TANAMAN

PERTANIAN PINDAH

Dijalankan di kawasan pedalaman + cth lokasi.


Untuk kegunaan sara diri.
Diusahakan oleh puak asli + cth.
Dijalankan oleh ahli keluarga.
Diusahakan secara gotong royong.
Peringkat penanaman
Menebang, mengumpul, Membakar, Menabur benih / Menanmn benih dalam lubang
Tanaman dibiarkan dan dituai apabila masak.
Luas kawasan tanaman 1.2 hakter.
Alat yang digunakan - tugal, parang, pisau.
Tanaman - ubi kayu, padi huma/ jagung.
Selepas 2 - 3 tahun petani akan berpindah ke kawasan lain.

TANAMAN KONTAN
Tanaman yang ditanam untuk dijual / eksport. Antara tanaman getah, kelapa sawit,
teh dll. Ditanam dalam ladang (>40 ha, atau kebun kecil <40 ha.). Menggunakan
teknologi modern spt baja kimia, racun serangga dan jentera penuai / bajak. Ladang
dimiliki oleh syarikat Swasta / pelabur asing yang bermodal besar +cth syarikat.
Ladang menggunakan buruh yang diupah dan pengurusan yang teratur. Hasil keluaran
adalah tinggi + ?kg/ha.

TANAMAN PASAR

Jenis tanaman:
kebun campuran - sayur, ayam, itik, ikan air tawar, babi,sayur-sayuran (spt sawi,
kangkung)
Dijalankan secara intensif - jagaan rapi.
Menggunakan baja kimia dan racun serangga secara meluas.
Dijalankan di sekitar bandar-bandar besar kerana hasil tanaman cepat rosak dan perlu
cepat ke pasaran.
Dijalankan oleh ahli keluarga / sedikit buruh yang diupah.

SEBAB-SEBAB HASIL TANAMAN MEROSOT

Petani mengubah kepada tanaman lain yang lebih menguntungkan + cth tanaman.
Petani tidak mampu tanam semula.
Tanaman telah tua- hasil rendah.
Tanih hilang kesuburan akibat tanaman sejenis / penggunaan racun serangga / baja
kimia yang berterusan dan meluas.
Harga di pasaran tidak stabil /jatuh.
Amalan sistem penimbal / lambakan menyebabkan hargajatuh.
Permintaan jatuh kerana pengguna beralih kepada hasil tanaman lain + cth tanaman.
Persaingan dengan guna tanah lain spt perumahan / perindustrian.
Persaingan dengan bahan tiruan yang lebih murah /tahan lama.
Kos pengeluaran meningkat spt upah buruh, jentera meningkat dan pulangan merosot.
Masalah kekurangan buruh yang bertukar kepada sektor lain spt perindustrian.
Saiz tanah kecil - tidak ekonomik diusahakan.
Petani miskin tidak mampu membeli jentera.

LANGKAH MENINGKATKAN HASIL TANAMAN

Menggunakan racun serangga untuk mengelakkan serangan serangga perosak +cth


racun.
Menggunakan baja kimia untuk menambahkan kesuburan tanih + cth baja.
Menggunakan jentera spt jentera pembajak untuk mempercepatkan proses penanaman.
Penyelidikan untuk mengeluarkan benih yang tahan penyakit; hasil yang tinngi + cth
benih.
Membuka kawasan pertanian baru memperluaskan kawasan tanaman +cth lokasi.
Menebusguna tanah + cth lokasi.
Membuka ladang / estet yang diushakan dengan teratur untuk meningkat mutu dan
hasil pengeluaran +cth lokasi.
Mengalakkan pelabur swasta / luar negara melabur dalam sektor pertanian + cth
pelabur.
Agensi kerajaan menjalankan usaha pemasaran, promosi dan pameran mengenai hasil
dan kegunaan tanaman di peringkat antarabangsa +cth agensi + peranan.
Menjalankan penyelidikan untuk menambah kegunaan hasil tanaman; alat; cara
menanam +cth.
Kerajaan memberi subsidi baja, racun serangga dan benih kepada petani.
Bank yang memberi kemudahan kredit/pinjaman kepada petani + cth bank.
Rancangan pengairan supaya tanaman 2 X setahun (padi) +cth Pengaaiaran.
KESAN ALAM SEKITAR AKIBAT AKTIVITI PERTANIAN

Pada awal pembukaan menyebabkan:


Kepupusan pokok-pokok berharga + cth pokok.
Permukaan tanah terdedah kepada hakisan hujan dan luluhawa.
Tanah terhakis dimendapkan ke sungai menyebabkan sungai cetek / keruh +cth sg.
Sungai cetek menyebabkan banjir kilat + cth sg.
Kepupusan binatang / hidupan liar + cth binatangn
Mengganggu rantaian makanan binatang.
Penyemburan racun serangga mencemarkan udara / menyebabkan sungai tercemar
apabila air hujan membawa bersama-sama sisa toksik dialirkan ke sungai - hidupan
akuatik mati - mengganggu rantaian makanan hidupan akuatik + cth sg.
Penggunaan baja kimia berterusan mengeluarkan nitrogen dioksida yang menipiskan
lapisan ozon.
Perggunaan baja kimia dan racun serangga yang tidak larut akan meniggalkan bahan
toksik dalam tanah.
Pembakaran sisa tanaman menghasilkan matena yang boleh menipiskan lapisan ozon.
Penggunaan jentera pertanian spt pembajak menyebabkan bunyi bising.
Tanaman sejenis menyebabkan imbangan fauna terjejas kerana fauna tertentu akan
membiak dengan banyak spt ulat bulu (kelapa sawit), ulat ratus dan tikus (padi).
Tanaman sejenis akan menyebabkan fauna tertentu mninggakkan kawasan tanaman.
Pembinaan parit dan tali air menjejaskan kandungan kelembapan tanih.
Penternakan khinzir di tepi sungai menyebabkan najis dialirkan ke sungai ini
menyebabkan kandungan oksigen air sungai berkurangan dan mengakibatkan hidupan
akuatik mati; penyakit; mengeluarkan bau +cth sg.

CARA MENGATASI KESAN ALAM SEKITAR

Mengawal penggunaan racun serangga dan baja kimia untuk mengelakkan kehilangan
kesuburan tanah.
Menjalankan tanaman berteres di kawasan beralun untuk mengelakkan hakisan.
Menanam tanaman penutup bumi untuk elakkan hakisan tanah.
Menjalankan tanaman bergilir untuk elakkan kehilangan kesuburan tanah.
Mengadakan sistem perparitan supaya tidak berlaku banjir kilat.
Mempelbagaikan jenis tanaman dalam satu kawasan tanaman untuk mengelakkan
ketidakseimbangan fauna.

MASALAH PERTANIAN
Serangan penyakit / serangga perosak + cth.
Kos pengeluaran meningkat spt kenaikan kos pengangkutan, upah buruh harga jentera
baja kimia.
Harga di pasaran tidak stabit . harga rendah.
Pengeluaran berlebihan menyebabkan harga jatuh.
Saingan dengan tanaman lain + cth tanaman.
Saingan dengan guna tanah lain spt untuk perumahan / tanaman lain +cth tanaman.
Saingan daripada negara pengeluar lain + cth negara.
Saiz tanab kecil <2 ha. tidak ekonomik.
Penggunaan baja kimia dn racun serangga berlebihan menjejaskan kesuburan tanih.
Iklim spt kemarau, banjir, salji / fros + bulan.
Kekurangan kawasan tanah pamah / terhad kerana bergunung- ganang.
Untuk mengatasi masalah pengairan - tali air, empangan terpaksa dibina + cth.

PERUBAHAN LANDSKAP

landskap asal adalah kawasan hutan/paya.


Pada awal pembukaan mewujudkan pandangan kawasan lapang.
Tanaman sejenis mewujudkan pandangan pokok yang selura.
Terdapat teres di kawasan penanaman untuk mengelak hakisan.
Petempatan berpusat terdapat bangunan spt rumah pekerja di ladang.
Rumah petani terdapat di sekitar kawasan tanaman padi / kebun kecil + cth lokasi.
Terdapat infrastruktur spt jalan raya, talian elektrik di kawasan penanaman.
Sering terdapat tali air/ terusan di kawasan penanaman padi.
Bentenng / ban terdapat di kawasan penanaman (padi) untuk mengelak banjir + cth
lokasi.
Bekas kawasan pertanian pindah ditumbuhi semak samun / belukar.
Kawasan hutan belukar kepada tanaman + cth tanaman.
Paya ditebusguna dan ditanam padi + cth lokasi.
Sungai diluruskan untuk tujuan pengairan.
Pembinaan empangan untuk pengairan mewujudkan tasik + cth lokasi.

Anda mungkin juga menyukai