Anda di halaman 1dari 2

Pengurus Islam wajib mempunyai sifat-sifat yang berikut:

Ubudiyah (segala yang berhubung dengan ibadah dan akirat)


Sifat ini merupakan sifat yang paling utama yang seharusnya ada pada pengurus Islam, kerana
tanpa sifat-sifat ubudiyah ini segala amal kelakuan pengurus tidak akan bermakna di akhirat
kelak. Untuk merealisasikan sifat ubudiyah ini, pengurus Islam itu wajib menyerahkan segala
perlakuannya ke arah mengabdikan diri semata-mata kerana Allah SWT. Inilah yang
seharusnya diamalkan dalam melaksanakan sebarang fungsi atau aktiviti pengurusan, dan
pengisian amalannya mestilah tidak bertentangan dengan Islam.

Mas`uliah (tanggungjawab)
Seseorang pengurus itu bertanggungjawab terhadap sebarang perlakuannya dan prestasi
pekerjanya. Mereka tidak boleh mengabaikan tanggungjawab terhadap prestasi pekerjanya.
Dalam erti kata lain pengurus Islam mestilah dari semasa ke semasa memerhatikan kelakuan
dan mengawasi prestasi pekerjanya. Pengawasan yang disyorkan bukanlah bertujuan untuk
mengawal atau mencari kelemahan pekerja tetapi lebih kepada menasihati pekerja untuk
mengatasi kelemahan prestasi atau membuang perangai mazmumah dan memotivasi pekerja
ke arah menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik.

Itqaan (kerja yang dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh)


Sifat ini merujuk pada pelaksanaan dan penyempurnaan kerja yang dilakukan dengan tekun
dan bersungguh-sungguh. Pengurus itu mesti yakin bahawa kerja yang dilakukannya itu akan
mendapat ganjaran daripada majikannya. Namun, semasa menumpukan sepenuh perhatian
kepada pekerjaan, mereka tidak harus melupakan atau mengabaikan tanggungjawab terhadap
keluarga atau masyarakat dengan bekerja sehingga larut malam atau tanpa mengira masa.

Qanaah (sentiasa berpuas hati dengan rezeki yang diberikan oleh Allah)
Sifat seseorang pengurus Islam yang sentiasa berpuas hati dengan rezeki yang diberikan oleh
Allah kepadanya. Pengurus Islam yang qanaah bukanlah seorang pengurus yang mengejar
pangkat dan status sebagai objektif hidupnya. Mereka yakin jika usaha atau kerjanya tidak
mendapat ganjaran yang setimpal atau sepatutnya daripada majikannya, maka ganjaran itu
akan diperoleh di akhirat kelak.
Natijah daripada sifat ini ialah pengurus akan sentiasa memberikan peluang kepada pekerjanya
untuk mendapat ganjaran dan tidak berebut dengan pekerjanya untuk mendapatkan ganjaran
tersebut. Oleh itu, pengurus tidak akan mengeksploitasikan hasil kerja pekerjanya sebagai batu
loncatan mereka untuk naik pangkat.
Jika dibandingkan antara pandangan pengurusan barat dengan pengurusan Islam, sebenarnya
kedua-duanya saling bergantungan dan saling memerlukan. Pengurus Islam tidak menolak
bulat-bulat kebaikan yang dibawa oleh pengurusan moden ke dalam amalan pengurusan dalam
organisasi pada hari ini.
Pekerja hendaklah dianggap sebagai aset bagi sesuatu organisasi, bukannya liabiliti yang
perlu

dihapuskan.

Bina atau wujudkan kepercayaan dan rasa hormat kepada pekerja, bukannya menganggap
pekerja sebagai alat untuk mengaut keuntungan. Pandangan ini telah menjadikan Peter
Drucker disanjungi oleh orang Jepun.
Sebagai renungan bersama, perhatikan pendapat Peter Drucker tentang pengurusan, semoga
sifat dan sikap pengurus yang baik daripada pandangan Barat dan Islam ini dapat dijadikan
pegangan dalam melakukan tugas seharian.

Anda mungkin juga menyukai