Anda di halaman 1dari 1

Karangan SPM Tentang Faedah Menyertai Kokurikulum Sekolah?

Karangan 32
Kerajaan telah memberi penekanan terhadap aspek kokurikulum sekolah. Pelajar sud
ah mula diwajibkan untuk terlibat dalam aktiviti ini. Malah kemasukan ke univers
iti mula menekankan aspek kokurikulum juga.
Huraikan.
Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi pembabitan
pelajar agak mengecewakan. Ada pelbagai faktor yang menyebabkan pelajar tidak m
ahu melibatkan diri mereka dalam aktiviti ini. Sikap tidak acuh pelajar ini tela
h menyebabkan kerajaan mewajibkan kegiatan ini dan menjadi syarat untuk pemiliha
n ke universiti. Sebenarnya, kokurikulum mempunyai banyak kebaikan yang tersirat
.
Pelajar yang terlibat dengan kokurikulum dapat menyihatkan badan mereka. Peluh y
ang keluar dapat menghilangkan toksik badan. Pelajar yang menghadapi era perseko
lahan zaman ini memang penuh masalah, jadi pembabitan dalam kokurikulum mampu me
ngurangkan tekanan ini. Kegiatan yang dijalankan itu mampu mengalih fikiran pela
jar sejenak daripada persiapan peperiksaan mereka yang penuh dengan penghafalan
dan membuat latihan. Jelaslah, minda mereka dapat berehat sebentar apabila melak
ukan aktiviti yang berbeza iaitu kegiatan kokurikulum.
Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan mereka tidak terbabit dengan
aktiviti yang tidak sihat. Kegiatan kokurikulum dilakukan pada masa-masa yang te
lah ditetapkan. Penetapan masa ini menyebabkan pelajar terpaksa menguruskan masa
mereka dengan bijak. Pelajar yang terbabit dalam aktiviti ini akan mengutamakan
aktiviti kokurikulum dan pembelajaran mereka. Ringkasnya, mereka kekurangan mas
a untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak.
Selain itu, pelajar turut dapat menambah keyakinan diri mereka melalui aktiviti
kokurikulum ini. Kokurikulum menyediakan satu medan yang sesuai kepada pelajar unt
uk memimpin atau mengetuai sesuatu pertubuhan. Situasi ini memberikan mereka sat
u keyakinan terhadap kemampuan mereka dalam aspek-aspek tertentu. Mereka mula me
nyedari bakat yang ada dan berupaya untuk mengembangkannya serta mengasahnya men
jadi sesuatu yang lebih cemerlang lagi seperti memimpin pertubuhan belia, syarik
at dan mungkin juga negara.
Malahan, aktiviti kokurikulum membuka minda dan mata pelajar tentang erti persah
abatan dan pergaulan. Mereka akan bertemu dengan pelbagai orang dalam menjalanka
n aktiviti kokurikulum itu. Mereka mengenal jenis manusia sebenar terutama apabi
lamenghadapi masalah untuk menganjurkan sesuatu aktiviti. Mereka juga mengenali
erti persahabatan yang sejati. Pengalaman ini semua akan mengajar pelajar erti k
ehidupan yang tidak boleh mereka peroleh di luar.
Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar tanpa s
ebarang prasangka buruk. Mereka tidak harus menganggap aktiviti ini akan menghal
ang kemajuan mereka dalam peperiksaan. Mereka tidak harus menyalahkan kokurikulu
m kalau mereka tidak memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Mere
ka seharusnya melihat aktiviti ini sebagai satu proses pembelajaran yang harus d
ialami oleh semua orang sebagai sebahagian daripada proses kehidupan kita sebaga
i manusia.