Anda di halaman 1dari 13

BAB 11

PETROCHEMICAL
ENGINEERING
DEPARTMENT

POLITEKNIK KUCHING
SARAWAK

PENCEGAHAN
LETUPAN DI DALAM
KAWASAN BAHAYA
OBJEKTIF :

MENERANGKAN PENGKELASAN KAWASAN BAGI PENCEGAHAN LETUPAN


MENERANGKAN PENGKELASAN BAHAN.
MENERANGKAN TEKNIK-TEKNIK MENGURANGKAN BAHAYA LETUPAN.
MENERANGKAN LANGKAH PENCEGAHAN AWAL LETUPAN.
BAB 11: PENCEGAHAN
G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE LETUPAN

11.1 Pengenalan

Di loji untuk menjamin keselamatan manusia dan peralatan sentiasa dalam keadaan
terkawal maka beberapa cara dan langkah berjaga-jaga telah diperkenalkan. Antaranya:

i. Melengkapkan loji dengan panel kawasan gas dan api. Panel kawasan ini dilengkapi
dengan sistem pencegahan kebakaran dan pengesan.
ii. Melengkapkan loji dengan peralatan atau kaedah pencegahan letupan.

Bagi mengelakkan kejadian letupan maka telah dibuat peraturan-peraturan tertentu.


Antaranya ialah dengan mengadakan klasfikasi kawasan dan bahan-bahan.

11.2 Pengkelasan Kawasan

Di dalam loji pengkelasan terhadap kawasan-kawasan adalah penting. Ini adalah kerana
kemungkinan kehadiran bahan-bahan atau sumber-sumber yang boleh mewujudkan
keadaan berbahaya kepada individu atau mesin. Pengkelasan ini sangat perlu lebih-lebih
lagi bagi mengatasi masalah gas atau cecair yang mudah terbakar. Piawaian yang
digunakan adalah menurut NEC (National Electrical Code), IEC (International
Electrotechnician Commision) ataupun bergantung kepada sesebuah negara terbabit.
Pengkelasan berikut mengikut piawai IEC.

Zon Penerangan

0 Kehadiran gas mudah nyala berterusan dan hadir untuk jangkamasa


yang lama. Tempoh masa kehadirannya adalah 1000 jam/tahun dan
kemungkinan berlakunya letupan atau kebakaran adalah > 0.1.

1 Kawasan dimana kehadiran gas mudah nyala. Bagaimanapun tempoh


masa kehadirannya di antara 10 - 1000 jam/tahun. Sementara
kebarangkalian berlakunya. Letupan adalah di antara 0.1 - 0.001.
Kejadian kebakaran adalah pada keadaan biasa.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 143


BAB 11: PENCEGAHAN
G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE LETUPAN

2 Kawasan di mana kejadian letupan atau kebakaran terjadi adalah


jarang berlaku dalam keadaan yang normal. Bagaimanapun jika
kebakaran berlaku hanya dalam jangka masa yang pendek sahaja.
Kehadiran gas mudah nyala adalah kurang daripada 10 jam/tahun dan
kemungkinan berlakunya kebakarannya adalah 0.001 - 0.0001

Non – Campuran gas dan udara yang tidak cukup dari segi pencampurannya
hazardous tidak menyebabkan kebakaran atau letupan berlaku. Kawasan di mana
letupan dijangka tidak akan berlaku. Bagaimanapun langkah berjaga-
(Tidak jaga dilakukan terutamanya dalam penggunaan peralatan elektrik.
Merbahaya)

Pengkelasan kawasan ini adalah sebagai panduan dan cad angan kepada
pihak-pihak yang terlibat di dalam industr i terutamanya industri
petrokimia. Panduan ini adalah untuk m engurangkan perbezaan pendapat
yang banyak berlaku di dalam industri terutamanya yang melibatkan piawaian-
piawaian peralatan, barang-barang dan lain-lain lagi

11.3 Pengkelasan Bahan

Pengkelasan bahan ini, adalah menurut NEC.

Kelas Kumpulan

I A B C D

( Gas & Wap) Acetylene Hidrogen atau Etil etir, Gasoline,


(asetilena) gas yang eyelopropana, hexana, naptha,
dihasilkan oleh isopropana, benzena, butana,
industri seperti hidrogen sulfida propana,
butadiena, alkohol, aseton,
etilena propilena benzol, CO2,
oksid (gas yang ammonia
berbahaya)

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 144


BAB 11: PENCEGAHAN
G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE LETUPAN

II E F G

(Debu) Debu/habuk Karbon hitam, Butir-butir


logam arang batu, debu habuk, Tepung,
arang kok Plastik, Gula

III TIADA KUMPULAN

(Benda Kapas, kapok (kabu), nylon, kepingan-kepingan karat, kepingan-


Terampai) kepingan kayu.

Pengkelasan bahan ini adalah menurut NEC. Bagaimanapun secara praktikalnya


pengkelasan bahan ini adalah tidak sama di antara satu negara dengan negara yang lain.

Kumpulan gas-gas mudah terbakar


Dibawah ini adalah senarai gas-gas yang mudah terbakar menurut piawaian IEC, NEC dan
JIS.
Mudah ditalakan ( Menyala Dengan Sendiri)

Had sela JIS G1 G2 G3 G4 G5


JIS NEC
IEC T1>450 T2>300 T3>200 T4>135 T5>100

I Metana

Lebih Mudah Dinyalakan


>0.6mm 1 D Etana, Petrol,
ammonia diesel, Acetaldehyde
IIA n-butana
, CO2, (asetaldehid)
propana n-heksana

Town gas
<0.6mm /gas Hidrogen
2 C IIB Etilena
>0.4mm arang sulfida
batu

B Hidrogen
<0.4mm 3 IIC
Karbon
A Asetilena
disulfida

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 145


BAB 11: PENCEGAHAN
G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE LETUPAN

11.4 Teknik –Teknik Yang Digunakan Untuk


Mengurangkan Bahaya Letupan

Kenalpasti faktor-faktor awal menyebabkan berlakunya letupan atau


kebakaran adalah:

a. Kehadiran bahan bakar seperti cecair mudah terbakar (nyala), wap, gas atau debu
mudah nyala dalam kepekatan dan campuran yang sesuai untuk menyebabkan
kebakaran atau letupan.

b. Kehadiran punca api seperti percikan api (spark), permukaan panas, kilat dan lain-lain.

c. Campuran antara punca-punca api, bahan api, oksigen dan terdapatnya tindakbalas
kimia.

Bagi mengelakkan dan menghapuskan penalaan, cara yang selalu dilakukan ialah dengan
memindahkan sumber atau bahan-bahan yang mudah terbakar ke tempat yang selamat.
Bagaimanapun terdapat langkah-langkah tertentu untuk mengelakkan berlakunya letupan
dan kebakaran diperingkat awal.

11.5 Langkah –Langkah Pencegahan Awal Mengelak


Berlaku Letupan dan Kebakaran

Perlindungan letupan oleh Keselamatan Dalaman (Instrinsic Safety (I))

Merujuk kepada sifat-sifat bahan api itu sendiri. Umumnya kebakaran akan terjadi
sekiranya terdapat komponen-komponen seperti bahan api, haba, oksigen dan tindakbalas
kimia dengan percampuran peratus yang betul. Pembakaran bergantung kepada batas
pembakaran yang sesuai. Kebakaran terjadi di antara paras LEL dan UEL. Menurut
NEC, Keselamatan Dalaman adalah tidak keupayaan melepaskan tenaga haba
atau elektrik secukupnya di bawah keadaan normal atau abnormal yang
menyebabkan percampuran udara dan terbakar. Tenaga yang dikeluarkan adalah
kecil (milijoule) maka perlindungan ini sesuai digunakan kepada peralatan yang
menggunakan sistem kuasa yang rendah.

Dalam peranti elektrik, keselamatan dalaman digunakan dalam operasi biasa atau dalam
keadaan kerosakan dimana ia menyebabkan tidak berkeupayaan penalaan terjadi. Ia
dilakukan dengan menghadkan tenaga percikan dan suhu. Percikan tersebut dikurangkan
dengan pengawalan arus litar pintas, pengawalan voltan litar buka dan penyimpanan tenaga
dalaman oleh kapasitor.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 146


BAB 11: PENCEGAHAN
G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE LETUPAN

Penutup Tahan Letupan (Explosion Proof Housing (D))

Perlindungan ini sesuai digunakan di dalam sistem kawalan dan peralatan. Ianya
mengandungi penutup tahan api dan bahan peletup. Penutup tahan api ini mampu
menentang letupan dalaman disebabkan oleh bahan peletup. Maka api tidak akan
tersebar ke persekitaran jika kebakaran terjadi. Perlindungan ini juga mampu mencegah
perhubungan atau penalaan di antara peralatan yang dilindungi dengan gas
dan wap yang mudah terbakar diluar.

Penggunaan sistem kuasa, perlindungan ini tidak sesuai kerana sistem ini besar dan ia
memerlukan penutup yang besar. Oleh itu ia hanya digunakan dalam suis punat tekan (push
button), suis-suis, pemasangan lampu (kalimantang filamen) dan juga pada motor-motor
elektrik. Kekuatan perlindungan ini adalah bergantung kepada kekuatan penutup tahan
letup kebakaran bagi pencegahan penalaan.

Penekanan (Pressuration(P))

Cara perlindungan jenis ini ialah dengan memasukkan aliran udara (tekanan) atau
gas lengai secara berterusan ke dalam peralatan elektrik (bekas yang tertutup).
Tekanan (udara atau gas pelindung) ini mestilah lebih tinggi dengan tekanan luar. Satu
peranti yang khas juga disediakan untuk memastikan tekanan di dalam peralatan tidak
jatuh. Kaedah memasukkan tekanan ini digunakan apabila kaedah lain tidak sesuai dan
praktikal. Contoh penggunaannya adalah di dalam kabinet peralatan yang mengandungi
peralatan khas dan motor-motor yang besar. Ia juga digunakan di bilik kawalan, bilik
pensuisan dan juga alat-alat elektrik yang digunakan di loji. Rujuk rajah dibawah.

Rajah 11.1 : Pelindungan kaedah penekanan

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 147


BAB 11: PENCEGAHAN
G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE LETUPAN

Perlindungan Pencairan Berterusan

Teknik ini digunakan di dalam perlindungan satu bekas tertutup dengan mengenakan
satu gas perlindungan (contohnya udara atau gas lengai) yang mempunyai
kepekatan tertentu yang mana apabila ia bercampur dengan bahan api dan
oksigen maka ia akan menyebabkan paras kepekatan adalah sentiasa di bawah
paras LEL. Digunakan dalam peralatan analisa gas (gas analysis instrument) di mana
risiko kebocoran gas mudah nyala dalam peralatan ini adalah tinggi.

Tujuan perlindungan jenis ini adalah untuk memastikan udara dalaman tidak akan menjadi
punca berlaku letupan oleh itu pencairan dengan udara atau gas lengai dilakukan. Apabila
kawasan luar adalah kawasan merbahaya dan perlindungan adalah menggunakan pencairan
berterusan dalam bekas tertutup maka keadaan suhu perlu juga diambil kira. Rujuk jadual
11.1 dan 11.2. Jika suhu telah melebihi had kelas suhu, suatu tindakan yang tertentu perlu
diambil untuk mengelakkan kehilangan gas yang melindungi peralatan ini. Antara tindakan
yang perlu diambil adalah memutuskan bekalan elektrik atau menambah bekalan gas
perlindungan.

Mengedapkan dan Peredaman (Sealing & Immersion (O))

Perlindungan ini tidak digunakan pada peralatan yang telah lengkap atau siap sedia
terpasang. Ia melindungi komponen atau sub-komponen terutamanya yang mampu
menghasilkan percikan api. Contohnya seperti digunakan pada transformer dengan
peredaman menggunakan minyak V dan switchgear perendaman menggunakan minyak gris
di sub-janakuasa. Dalam sistem hidraulik peredaman minyak adalah digunakan. Kaedah ini
tidak sesuai digunakan dalam sistem kawalan dan peralatan.

Hermetic Sealing

Apabila kita membuka atau memasang peralatan yang menggunakan gas atau wap mudah
nyala maka perlindungan mesti digunakan. Setengah perlindung peralatan perlu dipateri
dengan bekas kedap udara untuk mengelakkan kebocoran gas atau wap dan boleh
menyebabkan letupan apabila bercampur dengan udara. Biasanya pemasangan
perlindungan ini ia dilakukan dengan kimpalan (welding), pelakuran (fusion) atau
pematerian (soldering).

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 148


BAB 11: PENCEGAHAN
G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE LETUPAN

Pengacuan (Encapsulation /Moulding (M))

Melibatkan penutupan atau perlindungan komponen atau sub-komponen


dalam satu bahan plastik, tar atau gris dengan atau tanpa sokongan satu bekas
(pelindung). Contoh Pengacuan adalah seperti pada belitan motor atau gegelung solenoid.
Ia dilakukan dengan menyapukan komponen tersebut dengan varnish.

Lain-Lain Perlindungan

Penggunaan tolok dawai (wire gauge) atau penapis tersinter (sintered filter) pada kepala
pengesan gas.

Melindungi bekalan yang tinggi biasanya satu fius yang sesuai digunakan iaitu jenis
HBC/HRC (High breaking capacity). Pada fius ini dimasukkan serbuk pasir (Perlindungan
sand filling) yang bertujuan mengelakkan percikan api (spark) yang terjadi.

Perlindungan dengan Mengkelaskan Suhu

Permukaan panas boleh menyebabkan kebakaran. Suhu di mana suatu bahan boleh
menyala dan terus terbakar dikenali sebagai suhu penalaan. Sesetengah jenis perlindungan
ditandakan dengan satu suhu penalaan untuk menunjukkan suhu permukaan maksimum
dan paras gas dengan menyala dengan sendirinya. Semua ini boleh dihasilkan oleh
peralatan seperti, dandang yang membebaskan haba atau terlalu panjang tempoh masa
berkendalinya (menjadi panas). Jadual 11.1 dan 11.2 menunjukkan perlindungan dengan
pengkelasan suhu.

Klasifikasi
T1 T2 T3 T4 T5 T6
Suhu

Suhu
permukaan 450 300 200 135 100 85
maksimum OC

Jadual 11.1

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 149


BAB 11: PENCEGAHAN
G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE LETUPAN

Gas Suhu Kadaran Bersesuaian


Penalaan

Hidrogen 560 T1 T2 T3 T4 T5 T6

Metana 538 T1 T2 T3 T4 T5 T6

Butana 365 T2 T3 T4 T5 T6

Kerosin 210 T3 T4 T5 T6

Karbon disulfida 102 T5 T6

Jadual 11.2

11.6 Tanda Perlindungan Letupan

Di bawah ini adalah contoh label yang dipasang pada alatan untuk tujuan perlindungan.
Biasanya ketika alatan hendak dipasang di loji kesemua maklumat tentang pengkelasan
kawasan, pengkelasan bahan adalah perlu diketahui terlebih dahulu.

Ex EEx edg IIC T4

Simbol diuji dimakmal

Simbol perlindungan letupan (Eropah)

Jenis perlindungan I,D,P

Kelas kumpulan

Kelas suhu

Jadual 11.3 Tanda perlindungan letupan

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 150


BAB 11: PENCEGAHAN
G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE LETUPAN

11.7 Ringkasan Teknik Mengurangkan Bahaya Letupan

Sekiranya penalaan dibenarkan terjadi contohnya untuk menghidupkan pam maka carta
alir yang berikut bolehlah diikuti sebagai panduan

Penalaan dibenarkan

Penalaan berterusan

Menggunakan
penutup tahan
letupan

Sebaliknya jika penalaan tidak diingini terjadi contohnya seperti percikan api semasa kerja
baikpulih dilakukan maka carta alir dibawah boleh digunakan sebagai panduan untuk
mengelak daripada terjadinya kebakaran atau letupan.

Jadual 11.4: Aliran pencegahan penalaan.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 151


BAB 11: PENCEGAHAN
G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE LETUPAN

Risiko Kebakaran
11.8
Kemungkinan atau risiko terjadinya kebakaran = kebarangkalian kejadian x punca-
punca kejadian. Kebarangkalian terjadinya kebakaran atau letupan di loji dapat dikenalpasti
daripada pengkelasan-pengkelasan kawasan atau bahan yang dibuat. Biasanya peralatan yang
digunakan di loji atau di industri telah dikelaskan seperti yang ditunjukkan oleh contoh di
bawah.

Kelas Kumpulan Bahagian Zon

1 D 1,2 0, 1, 2

Zon 0, 1, 2 merupakan kebarangkalian kejadian kebakaran atau letupan boleh berlaku. Punca-
punca kejadian pula boleh kita kategorikan kepada 3 bahagian yang utama iaitu kemalangan,
pencemaran, kerosakan. Kemalangan terdiri daripada banyak sebab, antaranya adalah kecuaian
manusia. Pencemaran pula menyebabkan keadaan persekitaran menjadi tidak menyenangkan
dan merbahaya kepada individu. Ia menyumbang kepada kepada kemalangan. Akhir sekali
adalah kerosakan. Kerosakan alatan atau alatan gagal berfungsi dengan baik adalah faktor yang
besar terjadinya letupan atau kebakaran. Langkah awal mengelakkan kebakaran atau letupan
amat perlu dilakukan. Ia akan mengurangkan risiko berlakunya bencana. Oleh itu,
kebarangkalian berlaku kebakaran atau letupan dapat dikurangkan maka risiko berlakunya
bencana adalah rendah.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 152


BAB 11: PENCEGAHAN
G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE LETUPAN

11.9 Kejadian Kecederaan

Jadual 11.5 : Aliran apabila terjadi kecederaan

Keterangan Aliran Kejadian Kecederaan :

Kejadian Punca Kejadian

1. Kebakaran Tidak cukup alat melawan. api, kedudukan peralatan melawan api
besar tidak betul, tidak berkeupayaan menutup bahan bakar dan
kekurangan atau tidak cukup amaran

2. Hentaman Terjatuh, tergelincir, terkena objek tajam atau kasar dan terlebih
fizikal tekanan disebabkan oleh sumber masukan mendahului perubahan
pengesanan dalam proses oleh pengesan.

3. Lemas Gas bocor dalam bilik tertutup, gas beracun contohnya H2S, asap
daripada kebakaran, dikeluarkan oleh agen pemadam api.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 153


BAB 11: PENCEGAHAN
G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE LETUPAN

4. Renjatan Kilat, pembumian tidak sempurna, litar pintas


elektrik

5. Letupan Percampuran api, oksigen dan bahan bakar serta tindakbalas kimia

6. Terbakar Permukaan panas, bahang daripada kebakaran atau api

7. Tiada upaya Laluan tersekat, percahayaan tidak cukup, kekurangan tanda amaran,
melepaskan kekurangan rintangan api.
diri

8. Sumber Kilat, renjatan elektrik, percikan, permukaan panas


penalaan

9. Gas terbebas Kebocoran gas, kualiti bahan, terkena objek, sistem gelung tertutup
terbuka, penyingkiran gas-gas lebihan proses

10. Tangki Masukan melebihi keluaran


overflow

11. Pecah Terlebih tekanan, kebocoran (pengaratan, penghakisan)

12. Sistem gelung Injap beroperasi


tutup terbuka

Lebihan hasil proses


13. Sistem
pembuangan
gas-gas

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 154

Anda mungkin juga menyukai