Anda di halaman 1dari 9

BAB 14

PETROCHEMICAL
ENGINEERING
DEPARTMENT

POLITEKNIK KUCHING
SARAWAK

PENUTUPAN
(SHUTDOWN)
OBJEKTIF :

MENERANGKAN PENGGUNAAN PENUTUPAN DALAM INDUSTRI.


MENGENALPASTI JENIS –JENIS PENUTUPAN.
PENGENALAN SISTEM LITAR GEGANTI DAN PLC DALAM PENUTUPAN.
G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 14 :PENUTUPAN

14.1 Pengenalan

Sistem penggera dan penutupan diwujudkan adalah bertujuan bagi membantu operasi harian di
loji-loji dengan cara memberi amaran kepada operator. Ia juga bertujuan menghindari peralatan
(komponen) atau sistem proses daripada berlaku situasi bahaya kepada sistem atau peralatan
terutamanya jika sistem atau peralatan tersebut tidak dilakukan pemeriksaan dengan teliti.

Ia juga bertujuan mencegah kemusnahan kepada peralatan atau mendatangkan kecederaan


kepada operator. Maka pengeluaran tidak akan terjejas dan boleh diteruskan jika tindakan cepat
diambil untuk menghilangkan atau memperbaiki kerosakan atau memulakan semula unit sedia
tunggu.

Penutupan kecemasan adalah diperlukan untuk menghapuskan potensi sumber-sumber penalaan


apabila gas dikesan dalam kuantiti yang kritikal. Ianya boleh dilakukan secara manual atau
automatik.

14.2 Tujuan Penutupan

i. Melindungi operator daripada kecederaan atau kemalangan disebabkan kerosakan alatan.

ii. Melindungi unit-unit seperti relau (furnace), dandang (boiler), peralatan-peralatan dan
lain-lain daripada mengalami kerosakan yang teruk disebabkan keretakan dan
sebagainya.

iii. Memastikan pengeluaran adalah sentiasa optimum dan berkualiti sepanjang masa.

14.3 Jenis- jenis Penutupan

Penutupan terbahagi kepada 2 kategori yang utama.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 193


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 14 :PENUTUPAN

i. Penutupan Normal (Normal Shutdown)

Merupakan penutupan yang lengkap di mana tangki (vessel) dan unit-unit dibuka
untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan. Ia pula dibahagikan kepada 2 Jenis:-

a. Penutupan Normal bagi Tempoh yang Lama.

Penutupan ini dilakukan bertujuan untuk menjalankan pemeriksaan menyeluruh


terhadap unit-unit dan juga menukar pemangkin (catalysis).

b. Penutupan Normal bagi Tempoh yang Singkat.

Penutupan ini dilakukan disebabkan oleh gangguan keluaran atau melakukan


penyelenggaraan kecil.

ii. Penutupan Kecemasan (Emergency Shutdown)

Dilakukan apabila keadaan bahaya atau luarbiasa dikesan di loji. Ianya dilakukan
secara manual atau automatik di bilik kawalan. Titik panggilan penggera kebakaran
secara manual (manual fire alarm call point) dapat menghidupkan motor siren,
lampu kelipan dan juga sistem semburan air atau karbon dioksida (CO2).

Penutupan Kecemasan juga boleh diaktifkan secara automatik oleh peranti-peranti


yang berikut:

a. Alat-alat pengesan seperti pengesan gas, api, asap ataupun baba.


b. Peralatan seperi suis tekanan, suis paras ataupun peralatan lain seperti
penghantar (transmitter).

14.4 Perkakasan Penutupan Logik

Terdapat beberapa perkakasan penutupan logik seperti geganti (relay), modul logik (solid
state) dan PLC (programmable logic controller).

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 194


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 14 :PENUTUPAN

Rajah 14.1: Simbol-simbol bagi perkakasan penutupan logik

Perkakasan Penutupan Logik Menggunakan


14.4.1
Geganti

Rajah 14.2 menunjukkan satu proses yang berlaku di dalam tangki penyimpanan
minyak. Sementara rajah 14.3 pula menunjukkan litar kawalan automatik dan
manual bagi pam. Merujuk kepada rajah 14.2, terdapat dua keadaan bagaimana
pam akan dihidupkan (ON) atau dimatikan (OFF).

Pam akan dihidupkan (ON) jika keadaan berikut terjadi :

i. LSL 103 dalam keadaan tidak bekerja kerana paras telah melebihi dari paras
terendah pada tangki 1..

ii. LSL 102 dalam keadaan bekerja kerana mengesan cecair pada tangki 2 telah jatuh
ke paras terendah.

Manakala pam akan dimatikan (OFF) jika keadaan berikut terjadi :

i. LSL 103 dalam keadaan bekerja kerana paras cecair berada pada paras terendah
tangki 1.

ii. LSH 101 dalam keadaan bekerja kerana mengesan cecair berada pada paras
tertinggi pada tangki 2.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 195


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 14 :PENUTUPAN

Rajah 14.3 dengan jelas menunjukkan litar pam boleh dihidupkan atau dimatikan.
Apabila suis pemilih diletakkan pada kedudukan A maka pam akan hidup secara
manual dan pada kedudukan B maka pam akan hidup secara automatik.

Apabila Suis Berada Pada Kedudukan A:

Pam akan dihidupkan apabila suis tekan jenis sentiasa terbuka (start button)
ditekan. Pam akan mengepam cecair sehingga mencapai paras terendah pada
tangki 1 dimana LSL103 bekerja dan paras tertinggi tangki 2 dimana LSH101
bekerja.

Apabila Suis Berada Pada Kedudukan B:

Maka proses akan dikendalikan secara automatik. Pam akan dihidupkan jika
pengesan LSL102 berada dalam keadaan bekerja kerana cecair pada paras
terendah.

Jika salah satu daripada pengesan LSH101 dan LSL103 bekerja maka pam akan
dimatikan. Apabila LSH 101 bekerja maka paras cecair telah melebihi dari paras
yang ditetapkan.

Apabila paras air telah meningkat maka tekanan telah menurun. Ini menyebabkan
pengesan PSL 103 bekerja maka gegelung udara (air solenoid) bekerja. Apabila
gegelung udara bekerja maka udara akan masuk dan menyebabkan tekanan mula
meningkat. Tekanan ini akan menolak cecair ke bawah dan mengurangkan paras
cecair.

Gegelung udara adalah satu injap yang digunakan untuk membuka dan menutup
aliran udara. Ia beroperasi menggunakan bekalan elektrik. Suis berhenti
kecemasan (emergency stop button) adalah berfungsi untuk memutuskan litar. Ia
boleh digunakan jika pengesan-pengesan yang disediakan gagal berfungsi dengan
sempurna.

Nota:

LSL 103 = pengesan paras rendah (level sensor low) tangki 1

PSL 103 = pengesan tekanan rendah (pressure sensor low)

LSL 102 = pengesan paras rendah(level sensor low) tangki 2

LSH 101 = pengesan paras tinggi(level sensor high) tangki 2

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 196


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 14 :PENUTUPAN

Rajah 14.2: Proses penyimpanan minyak

Start Button
LSH101 LSL103

K1
K1

Geganti Motor
A

LSL102
Stop Button B

K1

Gegelung Udara
PSL103

S1

Rajah 14.3: Litar kawalan tangki penyimpanan minyak

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 197


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 14 :PENUTUPAN

Kelebihan dan Kekurangan Penggunaan


14.4.1.1 Geganti

Kelebihan :

i. Geganti adalah tahan lasak dan bertindak secara terus.


ii. Kurang gangguan hingar.
iii. Kendalian geganti boleh dilihat, memudahkan ujian atau pemeriksaan dilakukan.

Kekurangan :

i. Melibatkan pendawaian semula jika berlaku pengubahsuaian dan penaiktarafan fungsi litar.
ii. Haba yang dibebaskan adalah tinggi.
iii. Pengawalan sesentuh masukan dan keluarannya hanya bergantung kepada gegelung magnet.

Perkakasan Penutupan Logik Menggunakan Logik


14.4.2
Modul(Solid State)

Rajah 14.4 menunjukkan litar yang menggunakan logik modul dimana mengandungi peranti-
peranti elektronik. Litar ini direkakan supaya dapat menjalankan fungsi yang sama seperti litar
perkakasan menggunakan geganti.

Kelebihan logik modul seperti berikut:

i. Mudah diprogramkan menggunakan mikro pengawal.

ii. Pengujian litar adalah mudah dan secara automatik.

iii. Apabila berlaku kerosakan litar, ia hanya sebahagian litar sahaja terlibat tidak keseluruhan.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 198


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 14 :PENUTUPAN

LSL103
PB START

K1
LSH101

A
STOP PB

LSL102

S1
PSH103

Rajah 14.4: Litar penyimpanan minyak menggunakan modul logik

Perkakasan Penutupan Menggunakan PLC


14.4.3
(Programmable Logic Controller)

PLC memberikan lebih kelebihan jika dibandingkan dengan menggunakan modul logik dan
geganti. Ia membolehkan penutupan dikawal oleh komputer dan memaparkan segala
maklumatnya. Ia boleh diprogramkan dan dapat melaksanakan fungsinya seperti geganti.
Sistem kawalan menggunakan geganti biasanya menggunakan sesentuh dan pemasa sahaja
tetapi PLC mampu melakukan lebih dari sistem kawalan geganti untuk mengawal sistem dan
mesin-mesin. Litar dalam rajah 14.5 memberikan fungsi yang sama dengan litar menggunakan
geganti dan modul logik.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 199


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 14 :PENUTUPAN

A LSL103
PB STOP PB START LSH101
K1

K1

A* LSL102

K1

PSL 103
S1

Rajah 14.5: Litar kawalan menggunakan PLC

14.4.3.1 Kelebihan dan Kelemahan PLC

Kelebihan Kelemahan
Mampu mengikut algoritma pengguna Kos yang tinggi
kehendaki

Boleh diaturcara dengan mudah. Perlu memahami pengaturcaraan


menggunakan litar tetangga (ladder diagram)

Aturacara program boleh diubahsuai mengikut


keperluan

Mudah melakukan troubleshooting

Boleh memproses data analog dan digital

Memudahkan pendawaian bagi sistem yang


kompleks.

Mampu mengawal sistem yang kompleks.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 200

Anda mungkin juga menyukai