Anda di halaman 1dari 3

Salam sejahtera.

Pengurusan tingkah laku didefinisikan sebagai tingkah laku yang dilakukan oleh guru,
ibu bapa, atau pihak-pihak tertentu untuk membentuk perlakuan luaran dan dalaman kanakkanak, individu atau kumpulan supaya individu atau kumpulan tersebut mempunyai tingkah
laku yang bermanfaat, produktif dan diterima oleh masyarakat. Pengurusan tingkah laku juga
ditarifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu
matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Pemerhatian merupakan antara
langkah yang perlu dilakukan dalam pengurusan tingkah laku. Pemerhatian merupakan
langkah penting dalam usaha mendapatkan data prima untuk mengkaji dan memahami
individu bermasalah tingkah laku. Namun begitu, pemerhatian tanpa apa-apa panduan
mungkin akan mendatangkan hasil yang banyak dan tidak berketerlaluan. Matlamat
melaksanakan pemerhatian mestilah jelas. Apa yang diperhatikan mestilah jelas, sedar dan
menilai apakah kepentingan tingkah laku yang diperhatikan.
Pemerhatian dalam pengurusan tingkah laku penting untuk menilai jenis perlakuan,
melihat kekerapan perlakuan dan mengenalpasti factor berlakunya masalah tingkah laku pada
individu. Data yang diperolehi daripada kaedah pemerhatian juga dapat memperkemaskan
data yang dikumpul dengan kaedah yang lain. Selain itu, kaedah pemerhatian juga penting
untuk mlihat dan menilai tahap perkembangan tingkah laku individu sama ada perkembangan
tingkah laku yang positif ataupun perkembangan masalah tingkah laku yang semakin teruk.
Sekiranya yang memerhati itu ialah seorang guru, dia bukan sahaja dapat meningkatkan
kemahiran mengajar, tetapi juga meningkatkan pemahamannya terhadap murid. Data yang
dikumpul melalui kaedah ini juga adalah penting bagi seseorang guru. Melalui data yang
diperolehi, guru boleh merancang tindakan susulan untuk mengatasi masalah tingkah laku
dalam bilik darjah. Kaedah pemerhatian juga penting untuk menilai pelaksanaan program
pengurusan tingkah laku. Hal ini kerana, melalui kaedah ini, pihah tertentu dapat menilai
keberkesanan program pengurusan tingkah laku yang dijalankan seterusnya dapat
menambahbaik atau mengubahsuai program jika terdapat kekurangan program.
Pemerhatian terhadap individu bermasalah tingkah laku dalam pengurusan tingkah
laku sebaiknya dilakukan secara berkala. Hal ini kerana, dengan melakukan pemerhatian
dengan lebih kerap, keberkesanan program pengurusan tingkah laku terhadap individu
tersebut boleh dinilai seterusnya program boleh ditambah baik atau dihentikan secara
perlahan-lahan mengikut keadaan. Pemerhatian yang berkala turut membantu dalam

merangka program pengurusan tingkah laku yang lebih sesuai dan berkesan. Melalui
pemerhatian juga kita dapat menilai perkembangan individu bermasalah tingkah laku yang
terlibat dengan program pengurusan tingkah laku.
Terdapat beberapa kaedah untuk membuat penilaian terhadap murid-murid
bermasalah tingkah laku antaranya ialah dengan menggunakan Child Behavior Checklist
(CBCL). Penggunaan CBCL di dalam bilik darjah mempunyai kekuatan dan kelemahan
dalam membuat penilaian terhadap tingkah laku murid-murid. Antara kekuatan penggunaan
CBCL di bilik darjah ialah ia senang untuk difahami dan digunakan oleh guru. Jika CBCL
sudah dilengkapkan, guru mudah untuk membuat perbandingan dengan carta semakan yang
telah disediakan oleh pakar psikoterapi. Selain itu, dengan menggunakan CBCL, guru dapat
melakukan penilaian terhadap lebih daripada seorang murid dalam satu masa. Guru boleh
menilai sekumpulan murid yang bermasalah tingkah laku dengan mudah dan cepat.
Terdapat juga kelemahan dalam menggunakan CBCL di dalam bilik darjah iaitu guru
terikat dengan skop penilaian yang terhad kerana penilaian dilakukan terhadap karakter serta
corak tingkah laku murid-murid adalah spesifik yang hanya terdapat dalam CBCL sahaja. Hal
ini menyebabkan pengumpulan data yang terhad. Jika tingkah laku bermasalah yang
ditunjukkan oleh murid-murid tidak terdapat dalam senarai semak tersebut, maka maklumat
serta data yang dikumpulkan terhadap seseorang murid adalah kurang tepat.
Penilaian terhadap individu bermasalah tingkah laku adalah penting dalam
pengurusan tingkah laku. Kaedah penilaian yang tepat dan berkesan harus dititikberatkan
oleh guru, ibu bapa dan pihak-pihak yang berkaitan dalam menilai tingkah laku individu yang
mempunyai masalah tingkah laku.
Sekian.

RUJUKAN

Frost, S. (2013, October 9). The pros and cons of Child Behavior Checklists. Retrieved from
http://www.livestrong.com/article/556848-pros-and-cons-of-child-behavior
checklists/
Lovering, N. (2014, September 28). Pros and cons of Child Behavior Checklist. Retrieved
from

http://www.ehow.com/info_8223365_pros-cons-child-behavior-checklists.html

Pengenalan konsep tingkah laku dan modifikasi tingkah laku. (2012, May 1) Diperoleh
daripada
http://www.slideshare.net/awe2885/pengenalan-konsep-tingkahlaku-dan-modifikasitingkahlaku
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim. (2001). Pengurusan perkhidmatan personalia murid: Kaedah
memahami murid dari perspektif dewasa. Diperoleh daripada
https://books.google.com.my/books?id=vKJUuOykeoC&pg=PA70&lpg=PA70&dq=kepentingan+pemerhatian+dalam+pengurusa
n+tingkah+laku&source=bl&ots=LqHyisUY5V&sig=wAtEGaxbJiuiHMPqhx1Ya1_P
q7k&hl=en&sa=X&ei=ynY2VajGpSXuAT5uoGYAQ&sqi=2&redir_esc=y#v=onepage&q=kepentingan
%20pemerhatian%20dalam%20pengurusan%20tingkah%20laku&f=false