Anda di halaman 1dari 6

BAB 9

PETROCHEMICAL
ENGINEERING
DEPARTMENT

POLITEKNIK KUCHING
SARAWAK

PENGAMIL
(INTEGRATOR)
OBJEKTIF :

MENERANGKAN PENGGUNAAN PENGAMIL DALAM INDUSTRI.


MENERANGKAN BAGAIMANA PENGAMIL DAN METER ALIRAN BEKERJA DAN
BERFUNGSI.
G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 9:PENGAMIL

9.1 Pengenalan

Pengamil ialah alat untuk mengawal aliran. Pengamil berfungsi membahagikan dan
mengandakan atau mengecilkan dan membesarkan jumlah kuantiti aliran. Alat ini juga
digunakan untuk merakamkan kuantiti terakhir tanpa menghiraukan kadar aliran.
Meter aliran pula digunakan untuk mengukur jumlah cecair yang mengalir dalam
paip atau tiub pada setiap masa. Aliran diukur dengan dua cara iaitu dengan mengukur
kadar aliran atau mengukur kuantiti aliran.

9.2 Jenis-jenis Pengamil

Terdapat dua jenis pengamil yang utama iaitu:

i. Pengamil berterusan

ii. Pengamil diskret

Pengamil berterusan dan diskret digunakan dalam proses dimana jumlah keluaran cecair dapat
dikawal secara berterusan dan diskret.

Pengamil berterusan digunakan jumlah cecair yang keluar akan sentiasa meningkat dengan
peningkatan halaju aliran dan masa.

Pengamil diskret digunakan maka kita dapat mengawal jumlah keluaran cecair dengan cara
mengawal masa kadar aliran.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 131


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 9:PENGAMIL

Rajah 9.1: Keluaran pengamil berterusan dan diskret

9.3 Pengamil Berterusan

Alat ini menerima isyarat antara 0.2 hingga 1.0 kg/ cm² berkadaran dengan ganda dua aliran
dari Dp Cell, menyarikan isyarat dengan serentak mengamilkan aliran. Pengamil menggunakan
daya emparan berkadaran dengan ganda dua kelajuan pusingan sebagai prinsip sarian punca
ganda dua.Pengamil ini terdiri daripada beberapa komponen utama antaranya ialah belos,
geganti, tuil berbentuk L , bilah-bilah turbin dan pembilang.

Rajah 9.2: Pengamil berterusan

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 132


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 9:PENGAMIL

Prinsip Kendalian:

Isyarat masukan masuk melalui belos penerima A. Belos menukarkan tekanan kepada daya.
Daya menyebabkan galang daya B merapati muncung C dan seterusnya meninggikan tekanan
balik muncung yang kemudian dikuatkan dengan geganti kawalan D. Tekanan yang
diperkuatkan oleh geganti akan keluar dengan kelajuan yang tinggi pada muncung E dan
memutarkan bilah-bilah turbin untuk menentukan kelajuan pusingan. Turbin tersebut
mempunyai sepasang tuil berbentuk L (G) dan pemberat F yang memberikan satu daya
emparan yang berkadaran dengan punca ganda dua kelajuan pusingan turbin terhadap bar daya
melalui pin daya H. Daya masukan Fm berkadaran dengan isyarat masukan Pm akan
mengimbangi daya Fc berkadaran dengan punca ganda dua kelajuan turbin W. Kelajuan
pusingan turbin berkadaran dengan aliran tersebut dan dirakamkan jumlah pusingan turbin
oleh pembilang J.

9.4 Meter Aliran

Terdapat beberapa meter aliran yang digunakan untuk pengukuran aliran terus. Contohnya
seperti berikut:

a) Meter aliran jenis isipadu (volumetric)


b) Meter aliran jenis luas (area flow meter)
c) Meter aliran jenis perbezaan (differential flow meter)
d) Meter aliran jenis momentum
e) Meter aliran jenis elektromagnetik (magnetic flow meter)

Meter Aliran Isipadu

Meter aliran juga dikenali sebagia meter anjakan positif (Positive Displacement Meter). Ia
terdiri daripada beberapa jenis iaitu :

i. Omboh (Piston)
ii. Pemutar( Rotary Metre)
iii. Cakera beregahan (Nutating Disc)
iv. Liquid seal gas metre

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 133


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 9:PENGAMIL

Jenis Omboh

Contoh meter bagi jenis ini adalah meter salingan piston(reciprocating piston meter). Ia
digunakan untuk mengukur aliran cecair yang tidak mudah karat dan cecair yang rendah
kelikatan. Binaannya terdiri daripada silinder, piston, bilah-bilah, dan aliran masuk serta
keluar.

Rajah 9.3: Reciprocating piston meter

Jenis Pemutar

Contohnya adalah seperti meter berputar(rotary meter), dan meter piston berputar(rotary
piston meter). Ia digunakan untk mengukur aliran gas dan cecair, dimana ia akan memerangkap
aliran cecair dan gas.

Rajah 9.4: Rotary meter

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 134


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 9:PENGAMIL

Jenis Beregahan (Nutating Disk)

Ia digunakan untuk mengukur aliran cecair. Ia mudah digunakan kerana ringkas dan murah.

Rajah 9.5: Nutating meter

9.5 Perbezaan antara Alat Pengamilan dan Meter Aliran

Pengamil Meter Aliran

Merakam nilai terakhir atau jumlah Merakam kuantiti aliran pada setiap
keseluruhan aliran masa

Alat pengira yang mengabungkan fungsi


darab (kadar aliran dan masa) dan
fungsi campur ( jumlah keseluruhan -
aliran)

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 135

Anda mungkin juga menyukai