Anda di halaman 1dari 6

BAB 10

PETROCHEMICAL
ENGINEERING
DEPARTMENT

POLITEKNIK KUCHING
SARAWAK

PENGUKURAN PH
(PH MEASUREMENT)
OBJEKTIF :

MENERANGKAN KAEDAH PENGUKURAN pH


MENERANGKAN FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENGUKURAN Ph
MENERANG KEGUNAAN PENGANALISA GAS
G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 10:PENGUKURAN pH

10.1 Pengenalan

Pengukuran pH adalah suatu pengukuran keamatan suatu asid dan alkali dalam suatu
larutan. Ia mengukur bilangan ion H + yang terdapat dalam suatu larutan. Skala
pengukuran pH adalah dari 0 hingga 14 skala pengukuran pH. Normality adalah ukuran
jumlah kuantiti asid dalam suatu larutan. Bilangan ion H dalam larutan menentukan nilai
pH. Jadual di bawah menjelaskan perkara-perkara tersebut.

Ion H (g/liter) Nilai pH

1 0

0.1 1

0.01 2

1x 10- 3 3

1x 10- 4 4

1x 10 -14 14

Jadual 10.1 : Jadual Jumlah ion H mempengaruhi nilai pH.

10.2 Kaedah Pengukuran pH

Terdapat beberapa kaedah pengukuran pH:

a) Kaedah kesan warna

Cara ini mudah dilakukan keran ia hanya menggunakan kertas litmus pH. Perubahan
warna pada kertas litmus menentukan nilai pH. Warna ini kemudiannya dibandingkan
dengan warna piawai. Warna biru menunjukkan suatu larutan itu beralkali, sementara
warna merah menunjukakn suatu larutan itu berasid. Bagaimanapun cara ini kurang tepat
kerana ia tidak menunjukkan ketepatan serta pengukurannya menjadi tidak stabil apabila
berada dalam larutan yang pekat atau lemah.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 137


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 10:PENGUKURAN pH

b) Kaedah elektrod

Kaedah ini lebih baik jika dibandingkan dengan menggunakan kertas litmus kerana ia
mampu mengawal darjah keasidan atau kealkalian secara berterusan. Elektrod
pengukuran adalah seperti elektrod gelas dan elektrod hidrogen. Elektrod ini
menghasilkan d.g.e yang berkadar terus dengan nilai pH larutan yang diukur. Elektrod
rujukan biasa digunakan adalah elektrod calomel (mercury mercuries chloride), elektrod
silver silver chloride dan elektrod tamal(thallium chloride). Elektrod ini digunakan sebagai
pembanding dengan elektrod ukuran. D.g.e adalah tetap dan tidak bergantung kepada pH
larutan proses.

Rajah 10.2 : Pengukuran pH menggunakan kaedah elektrod

Voltan daripada elekrod rujukan E1 dibandingkan dengan voltan elektrod pengukuran E2 .


Perbezaan voltan ini menentukan nilai pH larutan samada larutan alkali atau asid. Ini dapat
dijelaskan berdasarkan formula berikut :

E1 – E2 = KT (pH1 – pH2)

K = nilai angkatap

T = suhu ketika pengukuran (unit Kelvin)

pH1 = pH larutan rujukan

pH2 = pH larutan yang hendak diukur

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 138


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 10:PENGUKURAN pH

Rajah 10.3 : Komponen elektrod pengukuran

Elektrod pengukuran terdiri daripada membran samada dari jenis gelas ataupun crystalline.
Membran ini membenarkan ion-ion hidrogen daripada larutan yang hendak diuji memasuki
tiub kaca. Contohnya eletrolisis menggunakan kalium klorida dan potassium klorida. Satu lagi
elektrod yang gunakan oleh elektrod penimbal suhu. Elektrod ini digunakan untuk
menghapuskan ralat disebabkan pengaruh suhu luar. Sepasang elektrod sempurna akan
menghasilkan 0V pada nilai pH 7.0 jika suhu meningkat nilai voltan akan meningkat, maka pH
akan menurun.

Rajah 10.4 : Graf pH melawan mV pada suhu yang berlawanan

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 139


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 10:PENGUKURAN pH

10.3 Faktor-faktor yang Mempengaruhi

Pengukuran pH

Suhu Apabila suhu meningkat maka nilai voltan akan bertambah walaupun
nilai pH tidak berubah. Ini kerana darjah pengionan bertambah.

Tekanan Di bawah tekanan, larutan akan memasuki elektrod rujukan dan mencemari dalam
sel.

Halaju Lebih daripada 0.1 ft/s

Bahan Minyak, tar, pepejal, dan asid hidroklorik mempengaruhi pengukuran pH


kimia

10.4 Kegunaan Pengukuran pH

a) Kawalan kualiti : Memastikan keluaran proses adalah seragam.

b) Halang proses hakisan dan pengaratan : Ia digunakan untuk mengawal hakisan dalam
dandang (boiler), saluran paip dan tangki,
dimana kandungan O2 dalam proses
dikurangkan

c) Kawalan hasil buangan : Hasil akhir proses yang perlu dibuang mestilah dipastikan
selamat dengan meneutralkan cecair tersebut terlebih
dahulu. Ia perlu disingkirkan dengan selamat dan teratur.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 140


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 10:PENGUKURAN pH

Penganalisa Gas
10.5

Ia merupakan satu kaedah yang penting sekali untuk mengesan kehadiran gas-gas seperti
oksigen, hidrogen, karbon dioksida atau gas mudah menyala. Terdapat beberapa cara mengesan
kehadiran gas. Antaranya menggunakan gas keberaliran haba dan paramagnetik.

Penganalisa gas keberaliran haba

Keberaliran haba adalah kebolehan suatu kandungan gas untuk mengalirkan haba dari suhu
tinggi ke suhu rendah. Haba boleh dipindahkan melalui beberapa cara:

i. Perolakan
ii. Pengaliran
iii. Serapan
iv. Pancaran

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 141