Anda di halaman 1dari 3

Salam sejahtera.

Tingkah laku bermasalah boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu


tingkah laku bermasalah positif dan tingkah laku bermasalah negatif. Di
mana tingkah laku bermasalah positif merangkumi tingkah laku ingin
tahu, cepat belajar, pintar cerdas, dan proaktif. Manakala tingkah laku
bermasalah negative pula merangkumi tingkah laku yang menghalang
(bergantung), tingkah laku yang mengganggu (distruptif), dan tingkah
laku anti sosial (destruktif).
Tingkah laku positif bermaksud tingkah laku yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya
dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan
masalah kepadanya. Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada
seorang

kanak-kanak

boleh

menyebabkannya

bertindak

keterlaluan

sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain.


Tingkah laku baik atau yang diingini ditunjukkan oleh kanak-kanak
hendaklah ditingkatkan lagi atau sekurang-kurangnya dikekalkan. Antara
teknik yang boleh digunakan untuk meningkatkan tingkah laku positif
adalah seperti berikut:
a) Peneguhan positif
Pemberian peneguhan selepas sesuatu tingkah laku yang diingini
ditunjukkan supaya tingkah laku itu dikekalkan atau ditingkatkan
lagi. Contohnya memberi komen yang membina atau ganjaran
dalam pelbagai bentuk.
b) Peneguhan negatif
Merupakan penarikan rangsangan

negatif

(aversive

stimulus)

setelah tingkah laku sasaran ditunjukkan dan akan mengekalkan


atau meningkatkan lagi tingkah laku tersebut. Contohnya guru
memastikan murid-murid menunjukkan peningkatan tingkah laku
untuk mengelakkan daripada hukuman yang ringan yang telah
ditetapkan oleh seseorang guru.
c) Pembentukan (Shaping)
Pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan
oleh murid yang menjurus kepada pembentukan perlakuan yang

dikehendaki. Guru harus menentukan matlamat tingkah laku baru


yang

ingin

dibentuk

dan

tentukan

langkah

untuk

mencapai

matlamat tingkah laku tersebut. Pembentukan boleh dilakukan


dengan memberikan pengukuhan secara berperingkat-peringkat
contohnya memberi pengukuhan untuk setiap tindak balas yang
ringkas. Kedua, memberi peneguhan untuk setiap peringkat dalam
ketetapan, ketiga, memberi peneguhan kepada tindak balas yang
lebih lama dan yang keempat, memberi peneguhan kepada
penglibatan yang lebih lama.
d) Kontrak
Persetujuan di antara dua pihak atau lebih contohnya persetujuan
antara cikgu dengan murid setelah perbincangan dibuat berkaitan
tingkah laku. Kontrak ini boleh dibuat secara lisan atau bertulis.
Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang
dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku
yang hendak diubah dan murid faham akan kesan yang akan
berlaku.
e) Modelling
Menggunakan watak-watak atau model hidup (murid, guru) yang
disukai dan dihormati untuk memberikan contoh tingkah laku.
Tingkah laku tersebut boleh diteladani oleh murid hasil daripada
pemerhatian.
f) Token (Ekonomi)
Peneguhan akan diberi dalam bentuk token seperti syiling (coin)
atau sticker, dan sebagainya

apabila tingkah laku yang diingini

ditunjukkan. Token ini boleh ditukarkan dengan benda-benda atau


bentuk ganjaran lain yang disediakan oleh guru.
g) Chaining
Merujuk kepada siri tingkah laku yang ditunjukkan dalam bentuk
rantaian atau berurutan.

Chaining merupakan pembentukan

rantaian tingkah laku atau rantaian kemahiran lain, dikenali juga


sebagai analisis tugasan.
Tingkah laku bermasalah negatif atau tingkah laku mencabar pula adalah
tingkah laku yang menimbulkan masalah kepada dirinya dan juga orang

lain.

Antara

teknik

yang

digunakan

untuk

menghapuskan

atau

mengurangkan masalah tingkah laku negatif ialah:


a) Penghapusan
Memberhentikan

atau

menyekat

murid

murid

daripada

terus

melakukan tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan


menggantikan dengan tingkah laku baru yang positif. Jika guru ingin
seorang murid untuk bertindak laku dalam cara tertentu, dia boleh
mewujudkan

situasi

dimana

murid-murid

tidak

mendapatkan

sebarang peneguhan atau perhatian selepas menunjukkan sesuatu


tingkah laku bermasalah.
b) Pengasingan
Menempatkan murid berasingan daripada kumpulan (penjuru bilik,
bilik khas) atau mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan
tetapi

murid

tersebut

masih

boleh

mendengar

dan

melihat

bagaimana aktiviti tersebut dijalankan.


c) Kejemuan (Satiation)
Membiarkan murid melakukan sesuatu tingkah laku itu sehingga dia
jemu melakukannya dan berhenti sendiri. Over Correction adalah
satu teknik kejemuan.
d) Hukuman atau dendaan
Murid yang bermasalah tingkah laku negatif akan diberikan
hukuman berdasarkan tingkah laku negatif yang telah dilakukan
contohnya tahanan kelas iaitu lambat balik ke rumah berbanding
dengan rakan-rakan yang lain dan menarik balik token yang diberi
kepada murid sebelum ini.
Kesimpulannya, program pengurusan tingkah laku perlulah dirancang
dengan lebih teliti dalam menguruskan masalah tingkah laku seseorang
individu. Teknik-teknik yang bersesuaian dalam meningkatkan tingkah
laku positif dan untuk mengurangkan tingkah laku negatif juga perlu
digunakan agar program pengurusan tingkah laku menjadi lebih efektif.
Sekian.

Anda mungkin juga menyukai