Anda di halaman 1dari 4

JURNAL REFLEKTIF MINGGU KEDUA

(25 / 01 / 2016 HINGGA 29 / 01 / 2016)


Tajuk Jurnal : Masalah Pengurusan Masa Yang Tidak Cekap

1.

Isu / Masalah / Peristiwa


Pada minggu kedua, saya telah menghadapi masalah pengurusan masa,
iaitu tidak dapat menepati seperti mana yang dirancangkan semasa
menjalani proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) Matematik di kelas 3
vetri dan bagi pdp Bahasa Tamil di kelas 4vetri. Masalah ini menyebabkan
penggunaan masa untuk melakukan aktiviti yang dirancang tidak mencukupi.
Hal ini juga menimbulkan masalah bagi mencapai objektif, khususnya
objektif yang terakhir dalam proses pdp pada hari itu. Masalah ini jika tidak
diselesaikan dengan segera sudah pasti akan menjejaskan pdp, terutama
apabila

pensyarah

penyelia

datang

untuk

membuat

pemantauan.

Ketidakcekapan menguruskan masa ini menggambarkan kelemahan saya


dalam membuat perancangan dan pelaksanaan pdp. Kelemahan ini juga
akan menyebabkan pelajar tidak akan memahami isi kandungan pelajaran
yang diikuti. Mengikut Carroll (1989), sikap pelajar terhadap pelajaran adalah
tinggi, jika ia mudah untuk memahami pengajaran, pelajar akan tekun belajar
dan akhirnya mudah untuk memahami sesuatu konsep dan kemahiran.
Begitu juga jika pengajaran guru itu baik maka pelajar akan belajar dengan
mudah.

2.

Analisis Masalah
Masalah ini timbul disebabkan oleh perancangan yang tidak cekap yang
mana pada minggu ini merupakan pertama kali saya mengajar mata
pelajaran Matematik bagi kelas 3 vetri dan Bahasa Tamil bagi kelas 4 vetri.
Sebelum ini saya diberi tugasan untuk memerhati atau shadowing

pengajaran

dan

pembelajaran

guru

pembimbing.

Disebabkan

oleh

perancangan masa yang tidak teliti saya tidak sempat untuk membuat
penutup.
Selain itu, masalah ini juga timbul kerana aktiviti secara berkumpulan yang
telah saya jalankan itu ada kalanya melebihi masa yang ditetapkan. Didapati
pelajar mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan aktiviti
tersebut. Ini mungkin disebabkan perancangan masa saya yang tidak sesuai
dengan tahap kelas yang saya mengajar. Murid murid kelas tahun 3 dan 4
terdiri daripada tiga kategori murid.

3.

Cadangan
Bagi mengatasi masalah penggunaan dan pengurusan masa yang tepat
ketika proses pengajaran dan pembelajaran, saya telah membuat beberapa
cadangan yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah ini. Antara
cadangan saya ialah:
Memandangkan waktu mata pelajaran Matematik tahun 4 Bestari
bermula pada waktu sebelum rehat, saya akan menyediakan plan A
dan plan B supaya proses pdp dapat dilaksanakan pada waktu dan
masa yang telah dirancang.
Bagi memastikan aktiviti perbincangan atau aktiviti permainan secara
berkumpulan tidak melebihi masa yang telah ditetapkan, saya akan
sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa yang diperuntukkan dan
menyiapkan tugasan tepat pada masa yang ditetapkan kepada
mereka. Saya perlu sentiasa memerhati keadaan pelajar ketika
menjalankan aktiviti berkumpulan.
Melakukan aktiviti yang sesuai dengan tahap dan kemampuan murid.

4.

Tempoh Penyelesaian
Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran
proses pengajaran dan pembelajaran. Jadi saya akan cuba untuk
menyelesaikan masalah ini pada minggu hadapan, iaitu dari 1Feb hingga 5

Feb 2016.
5.

Tindakan susulan
Sebagai guru, saya bertanggungjawab untuk membuat persediaan yang
terancang dan teliti supaya dapat menghasilkan p&p yang berkesan. Watson
(1998) menasihatkan agar guru - guru pelatih membuat perancangan yang
rapi sebelum memulakan sesi pengajaran di dalam bilik darjah agar guru
mengetahui apa yang akan diajar kepada pelajar sentiasa memberikan
dorongan serta tunjuk ajar.
Sebelum memulakan sesi p&p, guru perlu menetapkan peraturan dan
undang undang semasa di dalam bilik darjah dan semasa sesi p&p. Murid
akan diberi motivasi serta memastikan keadaan bilik darjah dalam keadaan
kondusif. Guru juga akan memaklumkan peruntukan masa kepada murid
apabila diberi tugasan berkumpulan.
Selain itu saya juga perlu belajar bagaimana cara pengurusan masa yang
berkesan ketika melaksanakan proses p&p. Semasa membuat persediaan
mengajar, saya akan memikirkan objektif dan aktiviti yang sesuai dengan
masa yang diperuntukkan.
Kesimpulannya,

pengurusan masa yang tepat amat penting dalam

merancang dan melaksanakan proses p&p. Guru harus merancang aktiviti


yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan supaya objektif pembelajaran
tercapai. Menurut Slavin (1994) terdapat empat faktor yang mempengaruhi
pengajaran yang berkesan, iaitu kualiti pengajaran (quality of instruction),
kesesuaian aras pengajaran (appropriate level of instruction), insentif
(incentive) dan masa (time). Jadi, faktor masa turut mempengaruhi
keberkesanan p&p seseorang guru.

Pelajar

Disemak oleh Guru Pembimbing:

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing:

Tandatangan:

Tandatangan:

Tandatangan:

Nama:

Nama:

Nama:

Tarikh:

Tarikh:

Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai