Anda di halaman 1dari 4

KAUNSELING KELOMPOK

Definisi
Kaunseling kelompok merupakan satu pendekatan yang dinamik dan berkesan bagi
kaunselor terlatih dalam proses membantu klien dalam menyelesaikan masalah.
Pendekatan ini dikhususkan bagi golongan individu biasa yang menghadapi masalah
yang sama dalam satu masa, dan isu permasalahan yang dihadapi berbentuk
permasalahan yang normal. Hough (1994), menjelaskan bahawa, In 1935, the first
Alcoholics Anonymous group meeting was held in Ohio, and the organization which was
formed as a result of this, has proved to be one of the most enduring and successful
innitiaves world-wide (p. 143). Hal ini membuktikan keberkesanan pendekatan
kaunseling kelompok terhadap dunia kaunseling.
Kaunseling kelompok juga dinamakan sebagai suatu hubungan antara seorang
individu dengan individu lain dalam satu kelompok yang menfokuskan aspek permasalah
yang sama dalam konteks tingkahlaku dan terdapat penglibatan fungsi- fungsi terapi atau
pemulihan. Pemilihan ahli-ahlinya adalah berbentuk sukarela. Rogers (1970),
mendefinisikan kaunseling kelompok sebagai orientasi permasalahan dan proses
pemulihan dalam usaha merasionalkan seseorang mengikut kehendak ramai. Hal ini jelas
menyokong penglibatan fungsi-fungsi terapi dalam proses kaunseling kelompok.
Gibson dan Mitchell (1981) mentakrifkan kaunseling kelompok sebagai satu
proses membantu seseorang klien menyesuaikan diri dengan hal sehariannya dari aspek
tingkah laku, perhubungan peribadi, nilai diri, sikap serta permilihan kerjaya yang
bersesuaian dengan kemahiran yang dimiliki oleh individu berkenaan. Dalam hal ini,
pelaksanaan kaunseling kelompok dilihat sebagai satu platform yang amat berkesan
dalam membantu ahli-ahlinya dalam menyelesaikan masalah di persekitarannya dan isu
yang dibangkitkan oleh mereka secara diskusi, perkongsian pendapat dan informasi
dalam menemui solusi yang paling sesuai dan tepat.

Pembentukan Kelompok
Kaunseling kelompok ini dibentuk dengan disertai oleh tujuh hingga dua belas, orang
mengikut kesesuaian, yang terdiri daripada seorang ketua atau kaunselor dan ahli-ahlinya,

(Zuraidah,2010). Ahli dipilih secara sukarela. Pada peringkat awal pemilihan ahli, proses
temu duga perlu dijalankan supaya ahli yang dipilih bersesuaian dengan topik atau isu
yang bakal dibincangkan. Selain itu, dengan proses temu duga ini, sedikit pendedahan
tentang proses kaunseling kelompok dapat digambarkan kepada ahli-ahli sebelum
perbincangan dimulakan.
Ketua bertindak sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan dalam mengendali
dan mengetuai kelompok berkenaan serta menentukan isu yang ingin dibincangkan.
Ketua juga perlu jelas dengan tujuan dan matlamat sebenar pembentukan kelompok
tersebut agar kelompok yang dibentuk akan menghasilkan perbincangan yang produktif
dan berjaya. Posthuma (1996), menjelaskan bahawa becoming aware of thevarious roles
that members assume not only help you in understanding the group process but enables
you to be facilitative in increasing members awareness of their behaviours ..(p. 73).
Kepincangan ketua mencerminkan kelompok perbincangan yang gagal. Kepekaan dan
kewibawaan ketua juga penting dalam menyesuaikan teori yang dipelajari dengan situasi
yang dihadapi berikutan ketua atau kaunselor tersebut menghadapi lebih daripada seorang
klien yang mempunyai personaliti yang berbeza-beza dan variasi.
Kemesraan dan keselesaan antara ahli kumpulan perlu dipupuk terlebih dahulu
sebelum sesi perbincangan dimulakan. Hal ini bagi mewujudkan keselesaan antara ahli
kumpulan dalam bekerjasama menjayakan sesi kaunseling. Oleh itu, proses kaunseling
perlu dimulakan dengan sesi taaruf terlebih dahulu. Gazda, Ducan dan Meadow (1967),
menjelaskan bahawa dalam pendekatan kaunseling kelompok, nilai terapinya terletak
pada suasana saling mempercayai, penerimaan, saling memahami dan sokongan yang
berpandukan pada kebenaran. Keempat-empat aspek ini sangat penting dalam
menjayakan sesi perbincangan yang dijalankan. Hal ini disebabkan ahli-ahli yang terlibat
akan lebih terbuka untuk berkongsi pengalaman hidup mereka dengan ahli-ahli yang lain
dan lebih ikhlas dalam usaha bantu-membantu sesama mereka.
Sesi perbincangan diteruskan dengan penyataan isu yang ingin dibincangkan dan
aspek-aspek yang perlu diambil kira seperti faktor penyebab masalah tersebut dan solusi
yang tepat dalam menyelesaikannya. Sepanjang sesi perbincangan ini berjalan, setiap ahli
diberi hak kebebasan untuk menyuarakan pendapat. Namun, sensitiviti ahli-ahli yang lain
perlu diambil kira agar konflik antara ahli dapat dielakkan.

Kelebihan Kaunseling Kelompok


Pelaksanaan kaunseling kelompok memperlihatkan beberapa impak positif terhadap
kaunselor dan klien yang terlibat. Antaranya ialah mempertingkatkan kemahiran
komunikasi ahli-ahli kumpulan. Hal ini akan mendedahkan ahli-ahli terhadap
keberkesanan dalam berhubung bukan sahaja dengan ahli-ahli yang lain, malah
masyarakat sekeliling. Selain itu, proses kaunseling kelompok ini bukan sahaja membawa
pendekatan satu hala iaitu kaunselor kepada klien, malah ia juga turut melibatkan
pendekatan klien kepada klien serta klien kepada kaunselor. Hal ini mewujudkan solusi
yang bervariasi.
Melalui kaunseling kelompok ini juga, klien akan lebih berfikiran positif dengan
menganggap bahawa bukan dirinya sahaja yang mempunyai masalah, malah ahli-ahli
kumpulannya yang lain juga turut menghadapi masalah yang sama. Hal ini akan
memotivasikan individu tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi olehnya
bersama-sama ahli kumpulannya. Selain itu, pendekatan kaunseling kelompok ini juga
menggalakkan ahli dalam menjadi penyumbang secara aktif dalam perhubungan dengan
individu lain, (Zuraidah,2010).

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, pendekatan kaunseling kelompok mempunyai prosedur yang
sedikit berbeza dari kaunseling individu. Namun, pendekatan ini turut memperlihatkan
positifnya terhadap klien dan juga kaunselor. Pemilihan pendekatan yang ingin dijalankan
oleh seseorang kaunselor perlulah dinilai dan dilihat dari pelbagai sudut agar pendekatan
yang dijalankan berkesan terhadap proses menolong klien.

Rujukan
Gazda, G. M., Duncan, J. A., & Meadows, M. E., (1967). Counseling and group
Procedures report of a survey. United Kingdom: Oxford University Press.
Gibson, R. L., & Mitchell, M. H., (1981). Introduction to guidance. New York:

Macmillan
Publication.
Hough, M., (1994). A practical approach to counselling. United Kingdom: Pitman
Publishing.
Posthuma, B. W., (1996). Small groups in counseling and therapy: process and
leadership.
United State: Allyn & Bacon.
Rogers, C., (1970). On enounter groups. London: Perennial Library.
Zuraidah Abdul Rahman, (2010). Pengenalan kaunseling kelompok. (Edisi keempat).
Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai