Anda di halaman 1dari 18

FAKTOR-FAKTOR PENERIMAAN AGAMA ISLAM

SERTA PENGARUH DARI SUDUT PEMIKIRAN DI


TANAH MELAYU

NAMA : NO. MATRIK

1. AHMAD SAFWAN BIN SUHAMI 12SKE08F1092


2. MOHAMAD AZUAN BIN MOHAMED 12SKE08F1030
3. MOHAMMAD IZUAN BIN MUSTAFA 12SKE08F1043

NAMA DAN KOD KURSUS : TAMADUN ISLAM(A3007)

NAMA PENSYARAH : CIK MARZUKI BIN SALIM

PENGHARGAAN

1
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABAROKATUH……….

Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinNya saya
dapat menyempurnakan tugasan modul A3007( tamadun islam)..

Keduanya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Cik Marzuki bin Salim kerana memberikan saya panduan serta tunjuk ajar untuk
menyiapkan tugasan yang di berikan oleh beliau.

Selain itu juga tidak lupa juga kepada rakan-rakan kerana telah memberi sedikit
sebanyak pertolongan dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan ini serta tunjuk ajar
kepada kami, terutamanya Wan Mohammad Akhmal 12SKE08F1153 kerana memberi pinjam
kami laptop, tanpanya kemunkinan kami tidak dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang
ditetapkan. Selain itu tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada ibubapa dan penjaga saya
kerana telah memberi dorongan dan galakan kepada saya serta rakan sekumpulan yang kerana
dapat bekerjasama dengan baik.

Akhir kata jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam memberi serba
sedikit sumbangan bagi menyiapkan tugasan ini dalam masa yang telah di tentukan.

Sekian Wasssalam…..

Pengenalan…

2
Tanah melayu terletak diantara china disebelah timur dan india disebelah barat. Kedua-dua

wilayah ini dihubungi oleh selat melaka yang juga terletak di asia tenggara. Ini menjadikan

kedudukan tanah melayu amat strategik.

Angin monsun telah menjadi faktor utama yang telah mempertemukan pedagang dari

pelbagai pelosok kawasan ini. Angin ini bertiup mengikut musim dan ini telah menentukan

jangka waktu yang tepat bagi kedatangan pedagang dari timur ke barat ke Melaka

Sebelum kemunculan islam di makkah, tanah melayu sememangnya telah menjadi

kawasan perdagangan utama bagi pedagang melayu, arab, china, dan india. Tanah melayu

menjadi tarikan utama kepada pedagang luar kerana kekayaan hasil buminya yang merangkumi

pelbagai produk pertanian, logam, serta hasil hutan yang diperlukan oleh pedagang dari barat

atau timur. Apabila islam telah berkembang di makkah pada abad ketujuh masihi, para

pedagang islam yang keluar belayar telah berdakwah keseluruh rantau asia tenggara. Dengan

ini islam tersebar ke tanah melayu.

Faktor Penyebaran Islam di Tanah Melayu

3
Pedagang islam yang berdagang di Bandar-bandar pelabuhan di tanah melayu telah tinggal di

beberapa buah Bandar pelabuhan tersebut. Oleh sebab Bandar pelabuhan ini juga menjadi pusat

tumpuan masyarakat tanah melayu, maka, Bandar ini telah menjadi pusat perkembangan

ekonomi ilmu. Selain melalui perdagangan, islam juga tersebar di tanah melayu. Menerusi

perkahwinan dan pengislaman raja serta golongan bangsawan. Dengan pengislaman raja, lahirlah

kerajaan islam yang baru serta wujud peranan pusat kebudayaan dan keintelektualan islam.

Selain kesemua faktor ini, peranan pengdakwah dan keistimewaan agama islam itu sendiri

adalah saling berkaitan dalam menyebarkan di tanah melayu.

Penyebaran Melalui Perdagangan

Dakwah islamiah disebarkan ke asia tenggara oleh para pedagang arab, china dan india. Mereka

yang berketurunan arab, china dan india telah lama menjalin hubungan perdagangan dengan

pelabuhan utama di tanah melayu.

Disebabkan kemurniaan sikap serta tingkah laku pedagang islam yang datang dari

semenanjung tanah arab, india dan china, maka, perkara tersebut menjadi ikutan penduduk

setempat. Semangat dakwah islamiah yang tertanam dihati pedagang arab, india dan china ini

telah dapat menarik minat masyarakat tempatan di Bandar-bandar pelabuhan.

Sifat mahmudah yang ada pada pedagang ini juga telah dapat menarik lebih ramai penduduk

tempatan memeluk islam.

4
Selain tu, islam juga tersebar kerana adanya hubungan baik antara pedagang islam dengan

pemerintah tempatan. Pemerintah tempatan, biasanya, memberikan keistimewaan tertentu

kepada pedagang yang singgah di kawasan mereka dan peluang ini digunakan oleh pedagang

islam untuk mendakwah kepada masyarakat setempat.

Penyebaran Melalui Perkahwinan

Islam juga tersebar menerusi perkahwinan, termasuk perkahwinan siasah dan perkahwinan biasa.

Perkahwinan siasah berlaku dikalangan kerabat di raja. Dengan perkahwinan siasah, negeri-

negeri dibawah kerajaan tersebut dapat diislamkan kemudiaannya. Perkahwinan biasa pula

berlaku antara pedagang atau ulama islam dengan penduduk tempatan. Menerusi perkahwinan

ini, islam tersebar dikalangan keluarga orang yang baru dikahwini, seterusnya islam pula tersebar

dikalangan masyarakat sekeliling keluarga yang dikahwini oleh pedagang tersebut.

Penyebaran Dengan Cara Pengislaman Raja dan Golongan Bangsawan

Islam juga tersebar menerusi peranan raja dan golongan bangsawan. Masyarakat asia tenggara

khususnya masyarakat melayu, sangat mentaati golongan pemerintah. Apabila raja di sesebuah

negeri memeluk islam, amalan ini akan diikuti oleh rakyatnya. Seterusnya telah menjadi sebuah

kerajaan islam yang kuat seterusnya menerusi usaha yang dijalankan oleh pihak pemerintah,

islam tersebar dengan cepat.

Kelahiran Kerajaan Islam

5
Antara kerajaan islam awal di asia tenggara termasuklah kerajaan perlak, samudera-pasai,

Melaka, dan acheh. Kesemua kerajaan ini telah meluaskan islam menerusi pengeasaan terhadap

kawasan baru. Sejak abad ke-15 salah seorang tokoh yang telah memainkan peranan penting

dalam penyebaran islam ialah tun perak.

Tun perak, bendahara Melaka yang berpengaruh, telah Berjaya menguasai beberapa

kawasan baru seperti kawasan persisiran pantai sumatera utara, iaitu aru, rokan, siak, Kampar,

dan inderagiri menerusi penaklukan. Penguasaan terhadap kawasan, ini membolehkan rakyat

kawasan baru yang dikuasai itu dapat keistimewaan daripada Melaka. Ini mendorong mereka

memeluk islam. Selepas rakyat di situ memeluk agama islam, ulama telah dihantar ke kawasan

tersebut untuk mengajar mereka tentang agama islam.

Kerajaan johor-riau yang merupakan warisan daripada kesultanan melayu Melaka telah

berusaha mengembalikan kegemilangan kerajaan Melaka. Usaha kerajaan ini untuk menguasai

Melaka telah dapat meningkatkan penyebaran islam. Kerajaan ini telah berusaha menawan

kembali Melaka daripada portugis bagi mengelakkan Melaka menjadi pusat penyebaran agama

kristian. Setela menguasai majapahit, kerajaan demak juga telah menyebarkan agama islam ke

seluruh pulau jawa. Usaha yang dilakukan oleh kerajaan demak telah diikuti oleh kerajaan islam

lain dijawa seperti kerajaan pajang dan kerajaan mataram.

Pada zaman pemerintahan sultan iskandar muda mahkota alam, acheh telah menjadi

kuasa yang kuat di asia tenggara. Kehadiran barat dan pengaruh agama kristian di kepulauan

melayu telah menyebabkan acheh berusaha untuk meyekat perkembangan agama tersebut.

Antara langkah di lakukan oleh acheh termasuk lah menaungi beberapa negeri kecil di sumatera

utara dan menakluki negeri-negeri ditanah melayu. Tujuannya agar agama kristian tidak dapat

6
berkembang ke kawasan pedalaman. Kerajaan acheh ini juga merupakan sebuah kerajaan yang

kukuh dan menjadi pusat perdagangan yang penting dibahagian utara selat Melaka yang juga

digelar serambi makkah. Kebanyakan orang islam diasia tenggara akan singgah di acheh dalam

perjalanan ke makkah untuk menunaikan haji.

Selain itu kerajaan melayu tua di asia tenggara, iaitu pattani telah diislamkan pada tahun

1457M. ini berlaku apabila rajanya raja phaya tu nakpa menganut islam dan telah menukar

namanya kepada sultan Mahmud syah. Walaupun raja pattani diislamkan pada abad ke-15 tetapi

islam telah berkembang ke pattani sejak abad ke-10 dengan kedatangan para pendakwah serta

pedagang arab dan parsi ke pattani. Penyebaran islam di pattani kemudiannya telah dilakukan

sepenuhnya semasa pemerintahan sultan mudzaffar syah dengan pengislaman keseluruhan

wilayahnya.

Islam juga telah bertapak ke brunei menerusi peranan brunei sebagai pusat perdagangan

yang penting di borneo. Bukti tentang ketibaan islam di brunei adalah berasaskan catatan china

pada tahun 977 masihi. Yang menyatakan brunei telah menghantar seorang pembesar, iaitu pu

ali, ke china. Walau bagaimanapun, islam telah mula tersebar dengan meluas di brunei dan

pantai pulau borneo hanya pada abad ke -15 dan abad ke-16. Salah seorang pendakwah yang

telah dapat menyebarkan islam di wilayah ini ialah syariff ali mufaqih muqaddam atau syariff

berkat yang berasal dari keturunan nabi Muhammad S.A.W. dengan pengislaman brunei,

wilayah di sekitarnya seperti kepulauan sulu dan juga Mindanao telah dapat diislamkan.

Namun, bukti kukuh tentang kedatangan islam ke champa adalah agak lewat. Bukti

tersebut ialah penemuan batu nisan yang bertarikh 1039 masihi dan sebuah prasasti bertarikh

1025 masihi yang mencatatkan syarat pembayaran cukai dan hutang.

7
Peranan Pusat Kebudayaan

Pusat kebudayaan di asia tenggara telah wujud di perlak, samudra-pasai, riau dan acheh. Pusat

kebudayaan ini bukan sahaja bertindak sebagai pusat keilmuan tetapi juga sebagai pusat

penyebaran ilam. Di pusat kebudayaan ini terdapat instituisi pendidikan dan golongan cerdik

pandai. Pada zaman keagungan kerajaan samudera-pasai pula, Bandar ini telah menjadi pusat

penterjemahan di kepulauan melayu. Banyak kitab arab di terjemahkan ke dalam bahasa melayu

dan sultan Mansur syah yang memerintah Melaka pernah mengirimkan kitab al-dur al- manzum

ke samudera –pasai untuk di terjemahkan oleh ulama pasai. Cerdik pandai dan ulama di

samudera-pasai juga telah menjadi pakar rujuk kepada para ulama dari luar. Dan juga sultan

Mahmud syah dari Melaka pernah merujuk ke samudera-pasai tentang kemusykilan berkaitan

masalah agama.

Pada zaman kemuncak keagungan kerajaan melayu Melaka, terdapat beberapa buah buku

kesusasteraan yang dipengaruhi oleh gaya tulisan arab seperti hikayat Muhammad ali hanafiah,

hikayat amir hamzah dan hikayat nabi bercukur. Hikayat amir hamzah dan hikayat ali hanafiah

bukan sahaja menjadi bahan bacaan tetapi telah member semangat serta kekuatan kepada orang

islam untuk menentang musuh di medan peperangan.

Di acheh, terdapat banyak karya puisi seperti syair yang dihasilkan oleh penulis tempatan

yang telah dapat menarik pembaca untuk menghayati islam. Karya seperti bustanus salatin yang

mengisahkan keindahan sebuah kerajaan, itana kota dan taman-taman. Disamping itu terdapat

juga ulama islam yang telah menghasilkan karya tentang pemikiran islam seperti hamzah al-

fansuri, syeikh nurudin al-raniri, syeikh syamsudin al-sumaterani dan abdul rauf singkel.

8
Kesemua karya mereka ini telah memperkaya lagi pemikiran kebudayaan rantau asia tenggara

dan seterusnya membantu perkembangan islam dalam jangka panjang.

Usaha-usaha sebegini juga dilakukan oleh kerajaan johor riau yang turut memainkan

peranan sebagai pusat kebudayaan islam yang penting pada abad ke-18.

Pelabuhan johor riau pada masa ini merupakan pusat emporium yang penting di asia

tenggara. Banyak hasil kesusasteraan telah di tulis pada zaman kegemilangan kerajaan ini seperti

tuhfat al nafiq dan peringatan sejarah johor.

Peranan Mubaligh

Mubaligh atau pendakwah, ulama, dan juga ahli sufi telah memainkan peranan secara langsung

untuk menyebarkan islam di asia tenggara. Syeikh ismail dan fakir Muhammad merupakan

pendakwah yang terawal berdakwah di asia tenggara. Selepas itu pendakwah lain telah dating ke

asia tenggara untuk meneruskan penyebaran islam. Pendakwah, ulama, dan ahli sufi seperti

syarif amir sayyid al-syirazi dan tajuddin al-asfahani telah menyebarkan dakwah islamiah di

pasai. Di Melaka pula terdapat pendakwah seperti syeikh abdul aziz, maulana abu bakar dan

maulana yusuf. Mereka telah memainkan peranan yang besar dalam kegiatan pendakwah

islamiah. Pendakwah yang mempunyai keperibadian yang baik lagi jujur dan berlemah lembut

tentu Berjaya mencapai matlamat masing-masing.

Di Melaka, pada peringkat awal penyebaran islam, ulama mengajar perkara asas tentang

islam secara tidak formal tetapi apabila islam semakin berkembang mereka telah mengajar

perkara ini secara formal, mereka telah menjadikan masjid, istana dan rumah mereka sebagai

9
tempat untuk mempelajari ilmu pengetahuan islam. Institusi pendidikan awal itu kemudian

berkembang menjadi pusat pendidikan seperti pondok atau pesantren di acheh , pondok juga

wujud tetapi dikenali sebagai dayah. Dengan adanya institusi pendidikan ini, maka, muncullah

ulama tempatan seperti yang disebutkan iaitu hamzah al-fansuri, syamsudin al-sumaterani dan

abdul rauf singkel. Acheh menjadikan ulama sebagai penasihat kepada raja yang memerintah.

Seramai 22 orang ulama telah ditugaskan dibalai gadang untuk mmberikan kepada pentadbiran

acheh. Dengan itu islam dapat dipraktikkan dalam politik dan pentadbiran acheh.

Di jawa ; kebijaksanaan wali songo (wali Sembilan) berdakwah telah Berjaya

mengislamkan ramai daripada kalangan masyarakat tempatan. Pada masa pemerintahan kerajaan

islam demak di jawa, wali songo telah menjadikan demak sebagai pusat pergerakan dakwah

islamiah. mereka telah mendirikan masjid, iaitu masjid agung demak untuk menjadikan markas

dakwah islamiah.

Keistimewaan Islam

Ajaran islam yang mencakupi kesemua bidang kehidupan telah menarik orang ramai menganut

agama islam. Ini termasuk tuhan yang maha esa atau tauhid,kehadilan, hak individu dan

masyakat, kehidupan yang harmoni, menyanjung aklak mulia, dan menganjurkan konsep

kebahgiaan di dunia dan akhirat. Hal ini telah menyebabkan agama islam tersebar luas di asia

tenggara.Islam yang di bawa oleh nabi Muhammad S.A.W merupakan agama yang menuntut

manusia berfikir secara rasional dan pemikiran ini Berjaya diterima oleh pelbagai masyarakat di

asia tenggara.

10
Pengaruh Islam di Asia Tenggara

Sebelum agama islam berkembang ke asia tenggara, masyarakat di rantau berpegang pada

prinsip dan budaya hindu. Pengaruh tersebut dapat dikesan dapat dikesan secara menyeluruh

dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Kedatangan islam telah mencorokkan kehidupan baru

yang berbeza daripada zaman sebelumnya. Unsur-unsur baru yang diperkenalkan oleh islam

kekal sehingga hari ini dan dapat dikenal pasti dalam pelbagai aspek kehidupan yang

merangkumi bidang pemerintahan dan pentadbiran system pendidikan, bahasa dan

kesusasteraan, cara hidup, keseniaan dan juga ekonomi.

Pemerintahan dan Pentadbiran

Institusi pemerintah beraja memang terdapat di asia tenggara sebelum kedatangan islam. Dengan

kedatangan beberapa pengubah suaian telah dilakukan pada system ini. Pengubahsuaian yang

besar ialah system pemerintahan berasaskan islam. Institusi kesultanan telah diperkenalkan dan

ini diwarisi daripada amalan pemerintah kerajaan abbasiyah di Baghdad dan kerajaan turki

uthmaniyah.

System pentadbiran islam ini menetapkan sultan sebagai ketua Negara. Mufti dilantik

sebagai penasihat sultan dalam hal ehwal agama islam dan pentadbiran Negara. Selain mufti,

wujud pgawai dan petugas seperti kadi, khatib, bilai, pemungut zakat, penyelia baitulmal dan

penjaga harga wakaf. Penggunaan gelaran sultan telah mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan

islam di alam melayu dan menjamin kewibawaan raja. Penyelarasan gelaran ini meletakkan

11
mereka setaraf dengan pemerintah kerajaan islam lain disuluruh dunia dan memupuk semangat

persaudaraan dikalangan umat islam.

Dalam hokum kanun Melaka, raja-raja Melaka yang lain diberi gelaran khalifatul

mukminin yang bererti pemimpin orang mukmin. Perkataan khalifatul mukmin juga tercatat pada

mata wang syiling dalam kerajaan melayu Melaka, johor, Pahang, Kelantan, terenganu, kedah.

Selain itu gelaran zillulah fil’ alam yang bermaksud bayangan allah di dalam alam ini juga di

gunakan oleh raja-raja Melaka.

Islam dijadikan agama rasmi oleh kerajaan islam di asia tenggara, seperti kerajaan

melayu Melaka, kerajaan acheh dan kerajaan brunei. Dalam sesebuah kerajaan islam, sultan

merupakan khalifah allah atau wakil allah di bumi dan mereka haruslah meneruskan amalan

yang dikurniakan oleh allah, iaitu memerintah dengan adil. Beberapa orang sultan yang alim

berpegang teguh pada ajaran islam seperti sultan malik al- zahir dari samudera-pasai, sultan ali

mug hayat syah, dan sultan iskandar thani dari acheh, sultan-sultan ini telah menerapkan unsure-

unsur islam dalam pemerintahan mereka bagi menggantikan system pemerintahan beraja hindu

yang berasaskan konsep dewa raja.

Selain itu, unsure-unsur islam juga telah diterapkan pada nama negeri seperti acheh

Darussalam. Nama raja juga menggunakan nama islam seperti sultan Mansur syah yang

bermaksud perintah yang dibantu oleh allah dan sultan shah pula bermaksud sultan terpuji.

Bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri, pemimpin kerajaan islam di asia

tenggara telah memperkenalkan undang-undang syariah. Walaupun undang-undang ini tidak

dapat dijalankan dengan sepenuhnya kerana terikat dengan undang-undang adab, namun,

beberapa perubahan dapat dilihat. Masainya, dalam menggendalikan kes jenayah seperti kecurian

12
dan pengbunuhan, urusan penikahan, peniagaan, setra pembahagiaan harta pusaka. Kerajaan

melayu Melaka, misainya mempunyai undang-undang awam syariah dan undang-undang adat.

Undang-undang syariah ini temaktud dalam hukumanun melak yag digubal oleh sultan muzzafar

syah. Pada zanam pemerintahan sultan alaudin riauak syah, undang-undang ini diperaktikkan

dengan tegah di Melaka di acheh, terdapat kanun yang menpunyai ciri-ciri sebuah pelembagaan

dikenali kanun mahkota alam.

Kedatangan islam juga telah dapat menggeratkan semangat jihad di kalangan rakyat

tempatan untuk menentang penjajahan barat. Di acheh,sultan telah menggunakan semangat jihad

untuk melindungi kesucian islam daripaa portugis. Bergitu juga di jawa,rakyat tempata bersatu

teguh dengan tempatan bersatu taguh dengan prinsip-prinsipislamuntuk menghalau penjajah

portugisdan belanda.semangat jihad ini telah disebarkan kepada rakyat tempatan ahceh menerusi

penulisan ulama dalam kitab tertentu. Menurusi kitab karangan mereka, syekh nurudin al-narini

dan abdul rauf singkel menegaskan tentang kewajipan berjihad bagi setiap orang islam.menurut

tulisan mereka,sesiapa yang tidak berjihad akan berdosa besar.syekh daud al-pattani juga turut

memuatkan penerangan tentang kelebihan berjihad dalam kitab karangannya. Walaupun tidak

menetap di pattani, namun, beliau sering menulis surat kepada pelajarnya di pattani supaya

menentang penjajah siam.sungguhpun semangat jihad ini jelas digunakan rakyat tempatan tetapi

pengaruhnya dalam kehidupan tidak dapat dinafikan. Dalam islam,jihad bukan sahaja

merupakan manentang musuh malah merupakan usaha menentang kemiskinan dan mencapai

sesuatu kehidupan yang sempurna.

Sistem Pendidikan

13
Sebelum kemunculan islam di asia tenggra golongan awan tidak berpeluang mendapat

pendidikan.pendidikan pada masa itu hanya terbatas kepada golongan bansawan.dengan

kedatangan islam,sikap terhadap kepentingan ilmu dapat ditanam kedalam jiwa kesemua

golongan masyarakat. Ini berasaskan seruan islam yang mewajibkan setiap orang islam menuntut

ilmu. Sikap mementingkan ilmu ini telah menjadi titik tolak kepada perkembangan pendidikan

dan kewujudan institusi pendidikan firmal di asia tenggara seperti istana, pondok, madrasah, dan

surau.

Pusat pendidikan islam formal yang terawal di asia tenggara muncul dalam pemerintahan

kerajaan perlak di sumatera utara. Pusat pendidikan tersebut ialah pondok atau dayah. Salah

sebuah dayah di perlak yang dikenali sebagai dayah bukit ce-breek telah didirikan pada abad ke-

9 masihi. Di samudera-pasai, muncul pusat penterjemahan karya agama yang menjadi tempat

rujukan kerajaan islam lain seperti kerajaan melayu Melaka.

Pendidikan pondok yang muncul pada peringkat awal ini berkembang dengan meluas ke

Negara asia tenggara yang lain seperti pattani, acheh, dan jawa dengan menggunakan nama-

nama tertentu. Di pattani, pelajar yang mnuntut di pondok ini terdiri daripada masyarakat

tempatan dan pelajar dari negeri lain di asia tenggara. Dalam kesultanan melayu Melaka institutsi

pondok masih belum wujud pada masa itu. Walaubagaipun, masyarakat tejpatan di galakkan

menuntut ilmu pengetahuan di rumah ulama, majid dan surau. Manakala istana pula merupakan

pusat pendidikan, untuk golongan bangsawan.

Acheh telah menggatikan melakasebagai pusat pendidikan islam selepas Melaka dikuasai

oleh portugis. Sistempendidikan di acheh lebih sistematik berbanding dengan kerajaan perlak,

samudera-pasai dan kerajaan melayu Melaka terdapat beberapa peringkat system pendidikan di

14
acheh, iaitu peringkat rendah(rangkang), menegah(muenasah), dan pengajian tinggi atau

university(jamiah bait al-rahman). Kepesatan perkembangan institusi pndidikan ini

menyebabkan ramai pelajar dari luar acheh mendalami ilmu pengetahuan islam di acheh pada

abad ke-16 dan ke-17. Sehinggakan acheh digelar sebagai serambi makkah. Pada zaman

pemerintahan kerajaan acheh, wanita juga digalakkan belajar did ayah dan diberi peluang

memegang jawatan dalam pentadbiran.

Pendidikan islam seturusnya tersebar meluas kepulau jawa, pattani, Filipina, riau dan

semenanjung tanah melayu. Ini menunjukkan bahawa telah wujud system pendidikan formal di

asia tenggara sebelum kedatangan barat.

Bahasa dan Kesusasteraan

Kedatangan islam juga telah meningkatkan mutu bahasa dan kesusasteraan melayu. Pengaruh

islam dalam bidang bahasa dapat dikenal pasti dalam aspek tulian khususnya dengan kewujudan

tulisan jawi. Angka dalam tulisan jawi berasal daripada tulisan arab( tulisan al quran) dan ulama

tempadan telah mengubah suai huruf arab dalam al-quran bagi menulis perkataan melayu.

Tulisan ini kemudian menjadi tulisan rasmi dalam pentadbiran kerajaan islam sehingga berupaya

mengambil tempat palava dewanagari yang diperkenalkan pada zaman hindu-buddha sebelum

itu. Melalui tulisan jawi, istilah bahasa arab telah digunakan dalam bahasa melayu seperti sultan,

syukur, masjid, berkat dan alam. Dengan huruf jawi juga, masyarakat melayu telah boleh

menggunakannya untuk membaca dan menulis. dengan itu, lahir sasterawan tempatan seperti

tang sri lanang, syangsudin al-sumaterani, dan abdul raub sinke.

15
Seterusnya,bahasa melayu telah berkembang dan menjadi lingua-franca bagi kawasan

kepulauan melayu yang mampu bersaing dengan bahasa lain di dunia. Bahasa melayu juga telah

meningkat tarahnya sehingga menjadi bahasa ilmu. Sebelum kedatangan islam, bahasa-bahasa

lain tidak dapat berperanan menyampaikan ilmu dengan berkesan. Kedatangan islam juga

menyebabkan bahasa melayu menjadi lbih mantap, masainya, cerita cerita panji yang di tulis

dalam bahasa jawa telah disampaikan dalam bahasa melayu. Hasil kesusasteraan melayu turut

terpengaruh dengan gaya dan tatabahasa arab. Begitu juga dengan bentuknya, yang banyak

dipengaruhi oleh bentuk sastera islam seperti syair, gurindam, nazam dan cerita hikayat. Selain

itu fungsi, sastera juga telah berubah, iaitu daripada tujun untuk berhibur kepada tujuan

mengkritik.

Penggunaan bahasa melayu juga bukan sahaja terhad dalam bidang ilmu pengetahuan

tetapi merangkumi, bidang perdagangan seperti yang telah dinyatakan. Kedudukan asia tenggara

yang strategik, iaitu di persimpangan jalan perdagangan yang penting dan kebanyakan pedagang

dari asia tenggara ialah pedagang melayu, menyebabkan bahasa melayu telah digunakan sebagai

bahasa perantaraan dikalangan para pedagang dari timur dan barat. pada masa itu, seseorang

akan berasa kekurangan jika mereka tidak pandai bertutur bahasa melayu.

Rumusan

Kedatangan islam ke asia tenggara dirintis oleh perkembangan pendagan islam enerusi peranan

yang dimainkan oleh kerajaan islam,agama islam turut berkembang dengan meluas dan sehingga

kini satu pertiga daripada orang islam di dunia terdapat di asia tenggara.pengaruh dapat islam

dapat dikesan dalam system pemerintahan Negara di brunei darusslam dan di Negara

16
kita,Malaysia.nilai-nilai islam bukan ahaja diamalkan dalam aspek politek,ekonomi,dan sosial

malah telah diterapkan dalam kehidupan mayrakat secara menyeluruh.

Penyebaran islam secara aman ke asia tenggara merupakan penjalanan yang besar,ertinya

bagi rantau ini dan dunia seluruhnya.hal ini mengingatkan kita kepada seruan nabi s.w.a. agar

dakah islamiah dilakukan dengan bijaksana.selain itu,sikap terbuka dan tanpa prejudis masyrakat

tempatan terhadap islam mebolehkan islam tersebar dengan aman tanpa konflik atau

perperangan.

Lembaran ini tentu yang merangsang kesedarandalam jiwa anak bangsa malysia tentang

usaha masyrakat Negara kita dan kawasan sekitarnya menambahkan ilmu pengetahuan. Kegiatan

keilmuan seperti pennulisan dan perterjemahan karya telah dilakukan oleh semua pihak

termasuk golongan pembesar,ulama dan orang awan.sifat keperihatian terhadap ilmu

pengetahuan dan kerjasama semua golongan masyarakat untuk membangunkan khazanah ilmu

menyebabkan terbinanya pusat pengajian dan terhasilnya karya. Oleh itu, jelaslah bahawa tradisi

ilmu atau sikap mementingkan ilmu pengetahuan memang telah berakar umbi dalam kehidupan

masyarakat Negara kita sejak dahulu lagi.

Bahan dan Sumber Rujukan

I. Buku

 Buku sejarah tingkatan empat. Nik Hassan Shuhaimi bin Abdul Rahiman,

Muhammad Yusuf bin Ibrahim, Muhammad Bukhari bin Ahmad dan

Rosnanaini binti Sulaiman.

17
Atau

Buku SPM tingkatan 5

II. Laman web

 http://members.tripod.com/~ujid/

 http:/ilmunet.com/pemimpin/pertabalan.htm

18

Anda mungkin juga menyukai