Anda di halaman 1dari 4

APLIKASI TEKNOLOGI YANG BERKAITAN DENGAN PENEROKAAN ANGKASA

LEPAS DAN ASTRONOMI

Penderiaan jauh atau lebih dikenali dengan remote sensing melibatkan kajian
mengenai keadaan di Bumi dari angkasa lepas.Data direkodkan oleh satelit penderiaan
jauh dan imejnya dipaparkan pada skrin computer.Terdapat dua jenis penderiaan
jauh,iaitu penderiaan jauh aktif dengan satelit menghantar isyarat ke Bumi dan jumlah
pantulannya diukur. Seterusnya, penderiaan jauh pasif dengan satelit merekodkan
pantulan sinaran Matahari oleh pelbagai permukaan di Bumi.Teknologi penderiaan jauh
mempunyai banyak aplikasi, contohnya,dalam bidang geologi, pertanian, perhutanan,
pengurusan bencana,dan pengurusan keselamatan Negara. Penderiaan jauh juga
boleh digunakan untuk mengesan dan menentukan lokasi sumber jadi seperti mineral,
bijih logam,dan petroleum.Selain itu,penderiaan jauh boleh menentukan tanah yang
sesuai bagi kegiatan pertanian.Akhirnya,penderiaan jauh juga boleh meramai bencana
alam bagi langkah berjaga-jaga dan memantau aktiviti pembalakan dan pembakaran
hutan.Di Malaysia,Pusat Pengesanan Jauh Negara ( MACRES ) bertanggungjawad
terhadap projek-projek pengumpulan data penyelidikan ke atas sumber alam semula
jadi,alam sekitar,dan juga bencana alam.

Satelit cuaca biasanya merupakan satelit yang digunakan bagi memantau cuaca
Bumi. Satelit meteorologikal, bagaimanapun, melihat lebih dari awan atau sistem awan.
Lampu bandar, api, kesan pencemaran,aurora, ribut pasir dan debu, taburan salji,
pemetaan air batu, sempadan arus laut, aliran tenaga,merupakan jenis maklumat alam
sekitar lain yang dikumpulkan menggunakan satelit cuaca. Terdapat dua jenis satelit
cuaca, dikenali melalui ciri orbit mereka. Yang pertama dikenali sebagai Polar
Operational Environmental Satellites (POES) yang mengelilingi Bumi pada orbit kutub
(dari kutub ke kutub) dalam masa lebih kurang 100 minit.Sementara itu, Geostationary
Operational Environmental Satellites (GOES) mengelilingi Bumi pada orbit geopegun,
terletak lebih kurang 36,000 km tingginya dari Bumi, dan bergerak pada kelajuan yang
sama dengan kelajuan Bumi berpusing.Dengan meteorologi satelit, ahli meteorologi
dan pendidik boleh memerhati fenomena jangka pendek di sekeliling dunia 24 jam
seharI.Imej satelit cuaca membantu dalam memantau awan abu gunung berapi
dari Gunung St. Helens dan aktiviti dari gunung berapi lain seperti Gunung Etna.Asap
dari kebakaran hutan di barat Amerika Syarikatseperti Colorado dan Utah turut
dipantau.Lubang ozon Antarctik dipeta menggunakan data satelit cuaca. Secara
keseluruhan, satelit cuaca yang diterbangkan oleh Amerika Syarikat,
Europe,India, China, Russia, dan Jepun memberikan pemantauan berterusan bagi

pemantauan cuaca sejagat.

Satelit telekomunikasi membolehkan kita memperoleh komunikasi radio dan


telefon yang serta-merta,menerima siaran televisyen secara langsung,dan bertukartukar maklumat melalui Internet.Satelit ini mengorbit Bumi pada jarak antara 200 km
hingga 3000 km di atas permukaan Bumi untuk satelit penyiaran TV seperti Malaysia
East Asia Satellite MEASAT (Astro), lantas dapat memberi liputan yang luas dan dapat
menjadi perantara di antara dua kawasan yang jauh di muka bumi.Satelit komunikasi
juga memberi perkhidmatan telefon ke kawasan-kawasan terpencil yang tidak
mempunyai capaian telefon awam atau telefon mudah alih selular seperti di tengah laut
(untuk perkapalan, perikanan dan ketenteraan), dan di tengah hutan.Perkhidmatan
Satelit Tetap (FSS),antara perkhidmatan yang menggunakan satelit komunikasi untuk
tujuan komunikasi dalam kategori ini ialah penggunaan kredit kad di stesen-stesen
minyak (lihat piring antenna besar di stesen minyak), liputan langsung siaran TV, dan
juga perkapalan.

Satelit tentera membantu negara meningkatkan taraf keselamatan dan


pertahanan.Contohnya,satelit ini juga memandu peluru berpandu tepat pada
sasarannya.

Satelit navigasi adalah satelit yang menggunakan sinyal radio yang disalurkan ke
penerima di permukaan tanah untuk menentukan lokasi sebuah titik dipermukaan bumi.
Salah satu satelit navigasi yang sangat populer adalah NAVSTAR Global Positioning
System (GPS) milik Amerika Serikat.Selain itu ada juga Glonass milik Rusia dan kini
alat penerima GPS telah dimuatkan ke dalam kereta, telefon bimbit, kapal, pesawat,
peralatan pembinaan, peralatan pembuatan filem, mesin pertanian, bahkan komputer
untuk tujuan navigasi, penentu kedudukan, penjejakan dan pemetaan.Bila pandangan
antara satelit dan penerima di tanah tidak ada gangguan, maka dengan sebuah alat
penerima sinyal satelit (penerima GPS), bisa diperoleh data posisi di suatu tempat
dengan ketelitian beberapa meter dalam waktu nyata.Aplikasi dari sistem GNSS dalam
bidang pandu arah dan penentu kedudukan ini adalah sangat luas.Aplikasinya
merangkumi operasi mencari dan menyelamat bagi kapal laut atau pesawat yang
terkandas sama ada di dalam hutan belantara, di gunung-ganang, di tengah lautan atau
di mana sahaja di muka bumi ini.Melalui sistem GNSS ini, amaran kecemasan dan data
lokasi akan dihasilkan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat untuk
mengesan dan menentukan kedudukan isyarat mercu suar kecemasan pada pesawat
tersebut.Kedudukan peristiwa kecemasan dan maklumat lain yang berkaitan akan
disampaikan kepada Pusat Perhubungan Mencari dan Menyelamat .