Ahli astronomi Cina yang dikenali sebagai Shih Shen telah menyediakan satu
katalog bintang yang dipercayai sebagai katalog tertua.
Aristotle
Phythagoras
Claudius Ptolemy
Aristotle, Phythagoras dan Ptolemy adalah ahli astronomi terkenal. Aristotle
(384322 SM) adalah seorang pendita Yahudi. Dia bersama-sama dengan rakannya,
Eudoxus, mempercayai bahawa Bumi adalah pusat bagi alam semesta. Phythagoras
(580500 SM) menyatakan bahawa bumi adalah berbentuk bulat (spherical-shaped)
dan bukannya rata. Bagi beliau, bumi kelihatan rata kerana ianya adalah luas. Beliau
juga turut menyatakan bahawa orbit planet-planet yang bergerak mengelilingi matahari
adalah bulat. Claudius Ptolemy (100170 SM) atau Claudius Ptolemaeus,
membentangkan satu teori yang terkenal berdasarkan pandangan Aristotle bahawa
bumi adalah pusat bagi alam semesta dan objek-objek lain berputar mengelilinginya.
Model alam semesta yang dibentangkan oleh Ptolemy telah diterima pakai sebagai
benar tanpa sebarang bantahan selama lebih kurang 1300 tahun.
Galileo Galilei (15461642) dari Itali adalah ahli astronomi yang pertama yang
membuat pemerhatian tentang alam semesta, dengan menggunakan teleskop untuk
menjalankan kajian astronomi. Galileo memerhatikan gunung-gunung dan kawahkawah (craters) yang terdapat di permukaan bulan, dan tompok matahari (sunspots)
yang terdapat pada permukaan matahari. Melalui pemerhatiannya, Galileo membuat
kesimpulan bahawa planet Zuhrah / Kejora (Venus) adalah juga mengelilingi matahari
sama seperti planet-planet lain. Beliau juga mendapati terdapat empat bulan terbesar
yang bergerak mengelilingi planet Musytari (Jupiter).
Sir Isaac Newton (16421727) adalah ahli astronomi dan ahli sains yang
terkenal. Beliau mencadangkan bahawa 'daya yang bertindak ke atas planet' itulah
yang membolehkan planet-planet untuk kekal dalam orbitnya. Dengan menggunakan
prinsip matematik, Newton membuktikan bahawa daya yang bertindak ke atas planet
Edwin Hubble ( 1889 - 1953 ) adalah ahli astronomi Amerika telah membuat
kesimpulan bahawa Galaksi Bima Sakti (galaxy milky way) adalah terdiri daripada
berjuta-juta bintang pada tahun 1923.