Anda di halaman 1dari 11

Sejarah/Asal usul perayaan

Mengikut sejarah yang lama,perayaan ini berasal daripada amalan memuja dewa
dan juga nenek moyang sempena hujung tahun dan permulaan tahun baru di
China pada aman kuno.Pada aman kuno, tahun baru cina dipanggil Yuanti
,Yuandanatau Tahun Baru. Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan
sesuatu tahun adalah tidak jelas Ada kemungkinan bahawa awal tahun bermula
dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang dan bulan 11
ketika Dinasti Zhou di China.Namun,ada lah diketahui bahawa bulan lompat
yang memastikan calendar qamari selari dengan matahari,sentiasa ditambah
selepas bulan ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih
wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Selepas revolusi pada tahun
1911,kerajaan pada waktu itu secara rasmi menetapkan hari pertama pada
bulan satu Imlek sebagai Tahun Baru Cina yang di sambut sehingga sekarang.
Menurut mitos orang Cina dahulu kala, iaitu setiap tahun pada musim sejuk.
Raksasa Nian akan keluar membuat kacau dan memburu manusia dan orang
ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising
dan warna merah, maka mereka mungusir dengan letupan bunga api dan
penggunaan warna merah secara meluas.Kejayaan menghalau raksasa tersebut
diraikan bersempena dengan kedatangan tahun baru mengikut kalendar cina.

Amalan Tahun Baru


Ang pau
Secara tradisi, ang pau atau sampul merah (Cina Tradisional: , Cina Ringkas:
, pinyin: hng bo, bahasa Hokkien (POJ): ng-pau; bahasa Hakka: hung bao;
, atau , bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang
sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada
muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa
memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.
Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus
ringgit. Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir)
dengan angka genap, kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang
ditukarkan dalam upacara pengebumian (, b jn). Oleh sebab angka 4
dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan
mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu,
angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8
ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan
dalam angpau.
Pasar Tahun Baru

Membeli-belah di Pasar Tahun Baru Kreta Ayer, Singapura


Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru.
Pasar ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga,
mainan, pakaian dan sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah
untuk kunjungan tahun baru atau sebagai hiasan rumah.
Bunga api
Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk
menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka.
Pada zaman moden pula, kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada
musim perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang
digantung. Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana warna
merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar,
mercun melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun
biasanya berangkai dalam bilangan ratusan, mercun menghasilkan letupan
memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat. Penyalaan mercun
juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek penting dalam
sambutan Tahun Baru Cina.
Larangan mercun
Meskipun penggunaan mercun adalah sebahagian amalan tradisi dalam
sambutan tahun baru, namun selama ini telah menyaksikan kejadian yang
memilukan. Setiap tahun adanya laporan mengenai pengguna mercun hilang
penglihatan, anggota badan, atau menderita akibat kecederaan serius yang lain,
terutamanya pada musim perayaan. Maka, kerajaan-kerajaan dan pihak-pihak
berkuasa akhirnya menguatkuasakan undang-undang yang mengharamkan
sepenuhnya penggunaan mercun untuk tujuan peribadi, terutamanya atas
sebab-sebab keselamatan.
Pakaian
Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru
Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib
malang. Tambahan, orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula
melambangkan permulaan baru pada tahun baru.

Hidangan Tahun Baru


[sunting] Jamuan pertemuan semula
Jamuan pertemuan semula (Cina Tradisional: , Cina Ringkas:
tunyun fn) diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli
keluarga, sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu
untuk perayaan. Jamuan ini biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota
keluarga paling tua. Jamuan ini amat kaya dengan makanan yang lazimnya
merangkumi daging ayam dan ikan. Ikan (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ,
pinyin: y) sebagai makanan penting, tidak dimakan sampai habis (sebaliknya,
bakinya disimpan semalaman), bak pepatah Cina nin nin yu y (Cina
Tradisional: , Cina Ringkas: ), yang bermakna "semoga ada
lebihnya setiap tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap
tahun."[4][10]
[sunting] Intisari makanan
Nama

Bahasa
Cina [*]

Huraian

(
Luoha )
n zhai luhn
zhi

Luohan zhai ialah hidangan vegetarian yang biasanya


merangkumi 18 bahan, sering disaji pada hari pertama
Tahun Baru. Sejenis lumut berbentuk rambut manusia,
disebut "fat choy" dalam bahasa Kantonis sering menjadi
ciri-ciri utama hidangan Buddha dan sajian lain, kerana
namanya sama bunyinya dengan "kemakmuran". Suku
kaum Hakka biasanya menyaji kiu nyuk () dan yong tau
fu.

Ikan

() y

Ramuan yang penting sepanjang sambutan tahun baru.


Sebutan perkataan Cina bagi ikan serupa dengan "lebihan"
(Cina: ; pinyin: y). Ramuan utama bagi yee sang.

Yee
sang

() Ikan Salmon yang dilambung cebisan ramuannya apabila


yshng
disambung untuk menyambut tuah.[9]

Ladu
jiaozi

() Ladu ini dimakan di China utara kerana bentuknya serupa


jiozi
dengan tongkol emas Cina kuno, seolah-olah berisi tuah.

Limau jnj;
manda atau
rin
gn

Limau ini merupakan buah-buahan paling kerap ditemui


semasa perayaan tahun baru. Fungsi buah limau mandarin
bagi masyarakat Cina ialah untuk dipuja di Tokong dan
daunnya untuk buang sial, buah limau mandarin pula
melambangkan kesejahteraan dan kemewahan.

Kuih
bakul

Kuih ini paling laris didapati di China timur (Jiangsu,


Zhejiang dan Shanghai) kerana namanya serupa sebutan

ningo

dengan "kian tahun kian tinggi".[3]

Mi

Mi dihidangkan tanpa dipotong, melambangkan panjang


hayat, namun amalan ini tidak terhad kepada sambutan
tahun baru.

Gulagula

Gula-gula dan buah-buahan kering disimpan dalam kotak


gula-gula Cina berwarna merah atau hitam.

Tikoy

Puding yang diperbuat daripada tepung pulut, kanji


gandum, garam, air, dan gula. Warna gula yang digunakan
menentukan warna puding ini (putih atau perang).

__________________________________________________________________________________
Sebelum perayaan
Pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina,keluarga-keluarga masyarakat Cina akan
membersihkan rumah mereka secara menyeluruh kerana mereka percaya
bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa
pada tahun yang berlalu sertamenyediakan rumah mereka untuk menjemput
nasib baik.Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun
Baru Cina dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada
orang yang mengecat rumah,pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah
dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan
kemakmuran dalam bahasa Cina.Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina
ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat
diatas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini .Di China Utara,
adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu
melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina.
Angpau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang akan diberi sewaktu
jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan
nombor tertentu yang mencerm inkan tuah dan kehormatan.
Semasa perayaan
Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan
bumi.Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama
Buddha, menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah
dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia. Yang paling penting,
hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina
menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh
keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang. Terdapat juga
keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk
menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.
Perayaan Tahun Baru Cina, hari ke lapan, di pinggir kota Vancouver,Kanada.
Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun menyaksikan

anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang


menziarahi keluarga kandung sendiri. Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai
sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara-mara atas
kepercayaan Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" ( ch k u),
yang bermaksud bahawa adalah amat mudah untuk terlibat dalam
pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah- menziarahi, sebaliknya
berdiam dirumah sahaja. Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat
dalam jangka masa tiga lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai
tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari
menziarahi kubur.
Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (, pinyin : rn
r,Kantonis :yan yat), iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi
setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina.Inilah harinya bila salad ikan
mentah lambung, yee sang,dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk
melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi
menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang
terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti
Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata
dunia selain rantau tersebut. Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi
kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed di Kayangan (tin gng) di
tokong agama Tao. Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru"
suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun
baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja
tersebut.Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk
melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu.
Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.
Selepas perayaan
Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru
Cina.Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang
secara besar- besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan
makan besar bersamakeluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan
bagi meraikan Chap Goh Mei. Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam
mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan
mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secocok.
Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan
doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan
agar mereka mendapat pasangan yang sesuai. Persembahan kebudayaan Cina
akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan CHap Goh Mei
seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina, dan
mengimbang bendera besar "Chingay. Selepas perayaan Tahun Baru
Cina,keluarga masyarakat Cina akan bersama-sama mengemaskan kembali
rumah kediaman mereka sebelum pergi meninggalkan sanak-saudara
mereka.Pada hari ke limabelas,mereka akan meraikan sebagai Yun xi o ji
atau Chap Goh Mei dalam bahasa Hokkien,versi Cina bagi Hari
Valentine.Tngyun,bebola pulut manis dalam sup,dimakan pada hari

ini.Tngyun ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada


tepung pulut.Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit
air untuk membentuk bebola,kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air
yang mendidih.Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi.

Anda mungkin juga menyukai