Pada era globalisasi ini, kos sara hidup di bandar raya seperti kuala
lumpur yang semakin tinggi menyebabkan sebahagian daripada penduduknya
terpaksa melakukan kerja sehingga larut malam bagi menampung keperluan diri dan keluarga. Ada yang bekerja di pejabat pada siang hari, manakala pada sebelah malam pula melakukan pelbagai pekerjaan tambahan.Contohnya seperti berniaga secara kecil-kecilan di pasar malam.Ada juga yang menjadikan berniaga di pasar malam sebagai pekerjaan tetap dan sepenuh masa. Tetapi yang menimbulkan persoalan ialah ramai dikalangan peniaga yang membawa anak-anak bersama ketika berniaga di pasar malam tersebut.Hal ini demikian kerana amalan membawa anak-anak kecil turut sama meniaga hingga larut malam merupakan satu tindakan yang dianggap kurang bijak. Antara kesan amalan ini terhadap anak-anak kecil adalah masalah sosial. Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada sesuatu pihak.Seperti yang kita sendiri ketahui kawasan seperti pasar malam merupakan kawasan di mana pelbagai jenis masyarakat sering kunjungi. Hal ini akan menyebabkan anak-anak kecil terdedah dan mudah terpengaruh kepada gejalagejala negatif. Selain itu,dengan membawa anak-anak kecil turut sama meniaga hingga larut malam akan menyebabkan kesihatan mereka terjejas.n