Anda di halaman 1dari 227

BBM 3107 :

PENGANTAR STILISTIK
Prof Madya Dr. Arbaie bin Sujud
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia

Mar 14, 2016

Sistem Penilaian
Kertas Kerja Individu
%
Pep Pertengahan Sem
%
Pep Akhir Sem.
Jumlah

Mar 14, 2016

- 30
- 30
- 40 %
100 %

Pensyarah/Pengajar
Nama : ARBAIE BIN SUJUD (PM Dr)
Jabatan : Jabatan Bahasa Melayu, FBMK
Fakulti : Fakulti Bahasa Moden dan
Komunikasi, UPM
Jawatan : Ketua Jabatan/Prof Madya)
Email : arbaie@upm.edu.my
No Tel Pejabat : 03-89468787
(HP) : 013-3641145

Mar 14, 2016

Rujukan Kursus
Arbaie Sujud (2006). Retorika Bahasa dan
Apresiasi Sastera. Kuala Lumpur: Tinta
Press Sdn. Bhd.
Arbaie Sujud (2007). Apresiasi Bahasa:
Interpretasi & Ekspresi. Kuala Lumpur. Tinta
Press Sdn. Bhd.
Gorys Keraf (2004). Diksi dan Gaya Bahasa.
Jakarta: PT. Gramedia.

Mar 14, 2016

Kertas Kerja Individu

Mar 14, 2016

Setiap pelajar dikehendaki


menghasilkan satu kertas kerja.
Tajuk kertas kerja
ditetapkan/didaftarkan*.
Pelajar tidak boleh menukar tajuk
tanpa persetujuan pengendali kursus.
Sila berbincang dengan tutor untuk
mendapat gambaran terhadap skop
tugasan yang diberikan.
Pemberatan markah adalah 30 %.

Peraturan Umum
Format Kertas kerja Ilmiahmengandungi tiga bahagian
(pendahuluan, perbincangan dan
Kesimpulan).
Hasil kertas kerja asli dan patuhi etika
ilmiah.
Penghantaran KK - Selewat-lewatnya
pada minggu ke-10
Kelewatan dalam menghantar kertas
kerja boleh menjejaskan markah.

Mar 14, 2016

Format Penaipan
Ditaip menggunakan kertas bersaiz
A4 berwarna putih.
Jarak taipan dua langkau.
Kepanjangan. 12 18 halaman tidak
termasuk bibliografi.
Saiz huruf 12

Jenis Times New Roman atau


Arial
Mar 14, 2016

Esei Ilmiah
Penulisan berdasarkan tajuk yang telah
ditetapkan. Sebarang perubahan atau
pindaan tajuk tidak dibenarkan.
Format Rasmi kertas kerja yang
mengandungi:
a. Pendahuluan
b. Isi dan Perbahasaan
c. Kesimpulan
Bibliografi
Mar 14, 2016

Pendahuluan
Pengertian dan konsep bagi tajuk
yng dibincangkan.
Objektif Kajian.
Pembatasan Kajian.
Penulisan dilakukan dalam bentuk
perenggan.
Pendahuluan 1-3 halaman.

Mar 14, 2016

Isi dan Perbincangan


Berkaitan dengan skop atau batasan
kajian yang dinyatakan dalam
pendahuluan.
Gunakan bahan atau teks untuk
tujuan menganalisis.

Mar 14, 2016

10

Rumusan
Kesimpulan
Kepanjangan - 1-2 halaman sahaja
Merumuskan aspek-aspek yang telah
dibincangkan.
Dapatan kajian yang diperoleh.
Kaitkan dengan tajuk kertas kerja
dan objektif kertas kerja.

Mar 14, 2016

11

Bibliografi
Sapardi Djoko Damono.1978. Sosiologi Sastra: Sebuah Penghantar Ringkas. Jakarta:
Jabatan Pendidikan dan Kebudayaan.
Scholes, Robert.1969. Elements of Poetry. London: Oxford University Press.
Schwartz, Joseph dan Roby C., Robert. 1969. Poetry: Meaning and Form. New York:
Mc Graw-Hill Book Company.
Scott, Wilburs. 1972. Five Approaches of Literary Critism. London: Collier Books.
Selden, Raman ( terjemahan ), 1989. Teori Kesusasteraan Sezaman. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Selden, R. and Widdowson, P., 1993. Contemporary Literary Theory. New York:
Harvester Wheatsheaf.
Shahnon Ahmad. September 1987. Kesusasteraan dan Permasalahan Manusia. Dewan
Sastera. Jld. 17.9, hal. 8-11.
Mar 14, 2016

12

Stilistik - Pengenalan
Tumpuan Bidang
Bahasa atau Sastera?

Apa itu Bahasa?


Apa kata sarjana?

Apa itu SASTERA?


Apa yang dapat anda fahami?

Mar 14, 2016

13

Mar 14, 2016

14

SASTERA dari sudut


Bahasa

S
ASTE
RA-

Mar 14, 2016

Seni Bahasa
Akaliah.
Sensitiviti
Tersurat dan Tersirat
Estetika
Realiti
Alternatif / Pelepasan Minda
15

Hubungan Bahasa dan


Sastera
Disiplin Ilmu Bahasa (Linguistik)

Fonologi
Morfologi
Sintaksis
Semantik

Aspek dan bahan Kesusasteraan


Melayu
Tradisional dan moden
Prosa dan Puisi
Aliran dan Pemikiran
Mar 14, 2016

16

Kedudukan Bahasa
dalam Sastera
Bahasa juga merupakan suatu seni.
Sesuatu yang seni bersifat halus,
tertib, bersistem dan memiliki nilai
keindahan.
Sastera juga bersifat seni susastera
-seni bahasa yang indah.

Penulis & Bahasa?


Penulis adalah pemikir, pemerhati, perenung
dan tukang sibuk untuk masyarakatnya.
Penulis bukan penghayal tetapi penafsir.
Penulis apabila menulis, sememangnya
terdorong oleh keinginan untuk menulis dari
dalam dirinya. Penulis yang memahami dunia
penulisan akan menulis dengan jiwa dan roh.
Kerja menulis itu cukup sulit tetapi
menggembirakan bagi mereka yang tahu
(SN A. Samad Said:2006)

Bahasa teks Sastera


Penulis menggunakan bahasa untuk
menterjemahkan pemikiran
mereka.
Bahasa yang dipilih bersifat emotif,
ada unsur suspen, ketegangan dan
peleraian.
Perkara tersebut dapat ditandai
melalui pemilihan kata.

Tak sangka. Mah betul-betul tak sangka


Beri abang peluang
Peluang apa lagi
Tolong Mah. Abang terpaksa.
Abang tak ada pilihan
Bukan tak ada pilihan. Sengaja memilih
Tak ada beban batu digalas

Analisis Bahasa
Suasana tegang/ situasi berkonflik.
Bagaimana bentuk pola ayat?
(sintaksis)
Ayat yang digunakan pendek.
Ayat tunggal (satu S+P)
1. Bagi abang / peluang

2. Peluang / apa lagi


3 Tolong / Mah.
4. Abang / terpaksa

Kenapa?
Lufti Abas (2001:24)
Ayat tunggal pengucapannya
cepat. Aliran pemikiran selari.
Sering digunakan dalam situasi
berkonflik, berlawan cakap, suasana
cemas atau interaksi bersemuka

Morfologi
Perulangan kata
Tak sangka
Peluang
Tak ada pilihan

Tujuan penegasan. Menegaskan


sesuatu perkara yang menjadi titik
perbincangan atau perkara utama.

Hubungan
dalam
Kajian Sastera

Bahasa

Pendekatan Stilistik
Pendekatan Analisis Wacana
Teori Semiotik

Mar 14, 2016

24

Bahasa dan Batas


Makna
Manusia menggunakan bahasa
untuk :
menyatakan maksud,
menjelaskan sesuatu,
mewujudkan kemesraan,
mendapatkan kepastian dan
membuat keputusan.

Mar 14, 2016

25

Penentuan Makna
Tidak semua perkara sama diterima.
Faktor perbezaan makna lambang
bahasa.
Lambang bahasa di fakulti bahasa
individu.
Memahami maksud yang diterima
melalui isyarat bahasa.

Mar 14, 2016

26

Faktor Pemahaman
Antaranya dipengaruhi oleh :
intonasi,
aliran fikiran,
pemilihan diksi,
presepsi dan tanggapan,
hubungan.

Mar 14, 2016

27

Sekian, terima kasih


Manusia selalu terlupa bahawa
kekuatan kuasa kata yang yang
ada pada mereka adalah
merupakan senjata. (Aristotle)

Mar 14, 2016

28

MAKNA DENOTATIF DAN


KONOTATIF

Makna Denotatif
Makna kognatif, makna konseptual.
Berkaitan pengetahuan dan bahasa
ilmiah. pembuktian yang konkrit.
Fakta yang khusus.
Tidak memerlukan interpretasi
tambahan

Fikirkan bersama
Rumah itu luasnya 250 meter
persegi (denotatif)
Rumah itu luas sekali (konotatif)
Ada seribu orang menghadiri majlis
itu (denotatif)
Banyak sekali orang yang
menghadiri pertemuan itu.
(konotatif)

Setiap kata memiliki denotasi iaitu


ketepatan makna.
Bagaimana kata dipilih.
Sesuai?
Berkaitan?

Memilih kata denotasi lebih mudah. Jika


kesalahan berlaku mungkin disebabkan
kekeliruan dengan kata yang mirip
bentuknya.- gajih gaji, bahwa bawa,
darah dara

Makna Konotatif
Makna emotif atau makna ebaluatif.
Makna yang mengandungi nilai-nilai
emosional.
Makna konotatif berlaku kerana
pembicara ingin menimbulkan
perasaan setuju - tidak setuju,
senang tidak senang kepada pihak
pendengar.

Pilihan kata atau diksi lebih berkaitan


dengan makna konotatif.
Kata Kurus kering bagi menggantikan
ramping jelas maknanya.
Sinonim yang mempunyai makna
konotatif mati, meninggal, wafat,
gugur, mangkat, berpulang memiliki
denotasi yang sama iaitu jiwa
seseorang telah meninggalkan
badannya.

Teliti bersama
Meninggal, wafat, berpulang
mempunyai konotasi tertentu ada
nilai kesopanan / lebih sopan.
Mangkat konotasi nilai
kebesaran
Gugur mengandungi nilai
keagungan dan keluhuran.

Bahasa dan Penentuan


Makna Konotasi
Bahasa digunakan berdasarkan
fungsinya sama ada pertanyaan,
pernyataan atau perintah.
Kalimat tanya ada hubungan dengan
informasi iaitu sosial dan
interpersonal yang memasukkan nilai
emotif atau konotatif.
Boleh saya tahu nama saudara?

Bahasa yang digunakan berkaitan


dengan fungsi untuk meyakinkan,
membujuk, mengingatkan,
menyindir orang lain.
Kata-kata yang berfungsi mengiringi
kegiatan juga bervariasi
Saya berjanji akan datang esok.
Pasti saya akan ke sini.

Pemilihan kata dengan penilaian makna.


Kata yang digunakan mempengaruhi sikap
orang yang mendengar atau terlibat.
Gagah-berani,, berani, mulia nilai yang baik
jika dihubungkan dengan tanggapan.
Penakut, pengecut pengkhianat mengandungi
konotasi yang kurang menyenangkan.

Nilai emotif mempengaruhi situasi


perbualan atau pembicaraan.

Bahasa dikaitkan dengan tanggapan


sosial masyarakat iaitu nilai
kesopanan.
Kata mengandung, hamil bunting,
berbadan dua mempunyai makna emotif
tertentu dalam konteks masyarakat.
Diam!, Tutup mulut! vs
Minta tenang sedikit, Perhatian!

Dua contoh yang diberi mempunyai


perbezaan penerimaan atau status.

Perbezaan-perbezaan makna Apa


yang dikatakan berlainan sekali
dengan apa yang dimaksudkan.
Peranan intonasi dapat mengubah
makna.
Anda memang sangat pintar!
Andalah gadis yang paling cantik di
antero dunia.

BAHASA SASTERA
CERMINAN BUDAYA
MASYARAKAT

Ciri-Ciri Bahasa
Sastera
Emotif / Ekspresif
Menimbulkan kesan emosi yang
pelbagai
Mengandung kepelbagaian makna
Kesesuaian mengikut konteks &
situasi

Gambaran masyarakat
Berbudi & Membalas
budi
Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga;
Hancur badan di kandung tanah,
Budi yang baik di kenang juga.

Tenang-tenang air di laut,


Sampan kolek mudik ke Tanjung;
Hati terkenang mulut tersebut,
Budi yang baik rasa nak
junjung.

Penelitian Bahasa
Pemilihan kata / diksi
Kesepadanan pola rima (abab)
Makna khusus k konsep budi bahasa

Unsur Nasihat
Kalau kail panjang sejengkal,
jangan lautan hendak diduga
Takkan lari gunung dikejar,
hilang kabus tampaklah dia

Ikut hati mati,


Ikut nafsu lesu
Ikut rasa binasa.

Kesatuan/Keakraban
Yang capik datang bertongkat,
Yang buta meraba
Yang pekak leka bertanya
Yang jarak tolak tolakan,
Yang kurap mengekor angin.

Pertanggungjawapa
n
Yang capik penghalau ayam,
Yang buta penghembus lesung,
Yang pekak pembakar meriam,
Yang kurap pemikul buluh,
Yang pekung di penjemuran.

Kritik / Ejekan
Puas sudah ku tanam ubi,
Nanas datang dari seberang
Puas sudah ku tanam budi
Emas juga dipandang
orang.

Apa guna kepok di ladang,


kalau tidak berisi padi;
Apa guna berambut panjang,
Kalau tidak berani mati.

Sepandai-pandai tupai
melompat, ada kalanya jatuh ke
tanah jua.
Tak sungguh seluang melaut,
akhirnya balik ke pantai jua

Sekian, terima kasih

BBM 3107 :
PENGANTAR STILISTIK
Prof Mady Dr. Arbaie bin Sujud
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia

Bahasa Sastera
Kuliah 3 dan4

03/14/16

54

Konsep Laras Bahasa


LB adalah variasi bahasa yang berlainan
berdasarkan fungsinya.
Setiap anggota masyarakat akan
menggunakan LB yang berbeza mengikut
keperluannya.
Semakin banyak LB yang digunakan,
semakin berkesan komunikasi seseorang itu.
LB dihubungkan dengan keadaan atau
situasi yang berbeza-beza menurut tajuk
pembicaraan, hubungan, situasi
pembicaraan dan disiplin.
03/14/16

55

Laras Bahasa
Sastera
Laras sastera atau laras kreatif yang
bermutu memerlukan kejelasan,
perpautan, kesatuan serta bentuk stailistik
yang dipelbagaikan.
Skop bahasa - fonem, iaitu satu unit
linguistik yang terkecil (melibatkan unsur
aliterasi dan asonansi), kemudian diksi
iaitu pemilihan kata sehinggalah kepada
unsur wacana yang lebih luas.
03/14/16

56

Ciri LB Sastera
Bersifat Imaginatif dan Figuratif
Karya Kreatif -Gabungan realiti dan imaginasi.
Bersifat imaginatif - bahasa yang digunakan
dapat melahirkan gambaran, khayalan, dan
perasaan dan khayalan pengarang sebenarnya.
Misalnya, novel Salina karya A. Samad Said dan
Ranjau Sepanjang Jalan oleh Sasterawan Negara
Shahnon Ahmad.
Sifat figuratif - mempunyai penyimpangan
makna daripada pengucapan bahasa biasa,
gaya retorik, kiasan dan sindiran.

03/14/16

57

Menggunakan Bahasa
Hiasan

Digunakan bertujuan membangkitkan jalan cerita


atau plot dan huraian karyanya dan sebagai
penyeri terhadap sesuatu hasil karya tersebut.
Ungkapan dan pelbagai perkataan tambahan.
Tujuan lain penggunaan :
Sebagai hiasan karya
Penyeri jalan terhadap isi cerita.
Penambah daya tarikan pada cerita supaya ceritanya
tidak kering, hambar atau menjemukan.

Contoh bahasa hiasan - bahasa berirama,


perbandingan, peribahasa, puisi, pantun dan
seumpamanya.

03/14/16

58

Perlukisan Gambaran yang


Jelas
Perlukisan - gambaran pengarang tentang sesuatu
peristiwa, aksi dan emosi dalam wacana secara
jelas.
Kata-kata yang segar dan bertenaga digunakan
untuk melukiskan gambaran yang jelas dan hidup.
Contohnya, novel Hari-hari Terakhir Seorang
Seniman. Anuar Ridhwan telah melukiskan keadaan
pada hari petang di desa sebagai berikut:
Terhampar tidak sampai dua batu dari pantai
berhutan bakau, desa itu perlahan-lahan
menyerahkan warna hijaunya kepada keremangan
sore bulan Oktober. Hari-hari itu di langit utara
bergantungan beberapa tompok awan yang gelap
menandai Monsun Timur Laut yang mula bermusim.
03/14/16

59

Penggunaan Bahasa Baku


Bahasa baku seragam dari aspek sebutan, bentuk
dan fungsi meliputi aspek sintaksis, morfologi,
leksikal, ejaan dan penyebutannya.
Pemilihan kata dalam bahasa kreatif memerlukan
ketepatan dan kesesuaian.
Penggunaan bahasa baku dalam Karya kreatif
supaya karya itu dapat difahami serta dihayati oleh
semua golongan masyarakat.
Pemilihan perkataan tepat dan sesuai supaya
gambaran cerita dinyatakan dengan tepat dan jelas.
Contohnya, A. Samad Said menggunakan bahasa
baku yang sangat baik dalam novelnya Daerah Zeni:
Bunga-bunga yang dipetiknya dari hutan sekitar itu kini
menimpa dan melorot dari kepada nisan, serentak
mengejutkan rama-rama dan pepatung tadi.

03/14/16

60

Bernada Puitis
Laras kreatif mengutamakan penggunaan
bahasa yang puitis dan indah.
Pemilihan diksi, ungkapan dan ayat tertentu
sering menimbulkan ekspresi yang indah,
seni dan mencuit perasaan khalayak
pembaca dan pendengar. Bahasa
disampaikan melalui genre seperti novel,
cerpen dan puisi begitu memikat serta
menghiburkan.
Karya SN Usman Awang misalnya, banyak
memperlihatkan nada-nada puitis ini baik .
Contoh dalam sajak Kekasih dan Ke Makam
Bonda.

03/14/16

61

03/14/16

62

Pemilihan Diksi Berkesan


Memilih perkataan berfungsi memerlukan
penyesuaian dengan tema atau persoalan.
Terdapat beberapa perkataan untuk suatu
pengertian, sama ada perkataan lain yang
membawa makna yang sama atau
perkataan yang berbeza ertinya secara
literal tetapi membawa konotasi yang sama
dengan maksud yang hendak disampaikan.
Pemilihan perkataan yang sesuai dapat
memberikan gambaran yang jelas dan
tepat kepada pembaca.
03/14/16

63

Bersifat Komunikatif
LS lazimnya bersifat komunikatif, iaitu
menghubungkan penulis dengan pembaca.
Penglahiran idea dan plot cerita yang disampaikan
oleh pengarang dapat membawa pembaca
menghayati cerita yang hendak disampaikan oleh
pengarang.
Laras bahasa yang bersifat komunikatif, akan
mewujudkan hubungan yang dekat antara
pengarang dengan pembaca.
Semua hasil karya kreatif akan bersifat komunikatif
membentuk hubungan langsung antara penulis
dengan pembaca.
Melalui plot penceritaan yang disampaikan
pengarang dapat mendekatkan hubungan antara
pengarang dengan khalayak pembaca.

03/14/16

64

Bersifat Ambiguiti (ketaksaan)


Ambiguiti atau ketaksaan bermaksud unsur
kekaburan dan ketidakjelasan.
Penggunaan imejan boleh menimbulkan
unsur ambiguiti. Melalui penggunaan unsur
imejan, mesej disampaikan lebih jelas.
Unsur imejan kadang kala berbentuk imejan
mental iaitu membicarakan tentang perasaan
dan perkaitannya dengan indera seseorang.
Pengarang membabitkan pembaca dengan
unsur imejan figuratifnya. Contohnya, unsur
metafora, dan personafikasi.
03/14/16

65

Bersifat Stilistik
Kepelbagaian gaya yang dapat menawan golongan
pembaca supaya terus mengikut serta menghayati
cerita yang disampaikan.
Penggunaan stilistik - diksi untuk menerbitkan gaya
bahasa tersendiri sifatnya.
Penggunaan unsur bahasa yang berunsur kiasan
atau sindiran untuk menunjukkan persamaan dan
perbezaannya.
Pemilihan kata digunakan untuk memberikan kesan
yang sensasi terhadap sesuatu. Oleh itu,
penekanan utama akan dihuraikan dalam bentuk
bahasa yang digunakan.
Contohnya, penggunaan perkataan merdu yang
menekankan kepada cita rasa telinga.
03/14/16

66

Bersifat Simbolik
Mesej bersifat simbolik yang berupa
kiasan kepada sesuatu benda.
Simbol bersifat individu, konvensional
dan ada juga yang berunsur sejagat.
Contohnya, bunga lambang bagi
seorang gadis manakala kumbang
pula lambang bagi lelaki.
Pernyataan secara simbolik ini,
ditegaskan secara lebih serius bagi
menunjukkan maksud
03/14/16

67

Unsur-Unsur Bahasa LS
Penggunaan bahasa amat dipentingkan
dalam mengungkapkan sesuatu hasil karya
pengarang atau penulis kreatif.
Penggunaan bahasanya beridentiti jika
dibandingkan dengan laras bahasa yang lain.
Bahasa dianggap sebagai satu elemen yang
kuat untuk menunjukkan perbezaan di antara
satu karya dengan satu karya yang lain.
Oleh itu, terdapat beberapa unsur dalam
laras sastera atau kreatif, seperti :-

03/14/16

68

Unsur Perbandingan
Unsur perbandingan ini terdiri daripada beberapa
jenis. Antaranya adalah seperti berikut :
Unsur Personifikasi
Unsur yang menggunakan kiasan untuk memberikan sifat
manusia daripada segi perasaan, perlakuan dan sebagainya
kepada benda-benda mati, idea, binatang dan lain-lain yang
mujarad.
menjadikan benda atau binatang seolah-olah manusia. Sifatsifat manusia seperti perasaan dan keinginan diberikan
kepada benda, binatang dan seumpamanya menjadikannya
seperti manusia. Contohnya ialah,

Angin yang meraung .


Segala peristiwa merangkak kembali dalam ingatan
.
Kasih yang bersayap .
03/14/16

69

Unsur Hiperbola
Hiperbola menggambarkan karya sastera yang
mempunyai unsur yang agak keterlaluan atau
berlebih-lebihan seoalah-olah tidak masuk akal.
Namun demikian, perbandingan atau cerita yang
digambarkan itu masih menarik dan indah.
Tujuannya untuk memperhebat serta
meningkatkan kesan dan pengaruh dalam
kalangan pembaca.
Gaya bahasa ini melibatkan kata-kata dan
kalimat. Contohnya adalah seperti berikut: Pijak semutpun tidak mati .
Hajat hati hendak memeluk gunung .
03/14/16

70

Unsur Simile

Simile - bahasa kiasan yang digunakan yang digunakan


dalam karya sastera.
Membandingkan sesuatu benda, peristiwa atau situasi
dengan benda lain yang hampir sama.
Perbandingan simile merupakan perbandingan yang jelas
kerana disertai kata-kata seperti, umpama, laksana, seperti
macam dan bagai.
Penggunaan kata-kata membangkitkan imaginasi pembaca
untuk menanggapi maksud pengarang.
Gambarkan keadaan atau suasana kehidupan manusia atau
kesedihan sesuatu akibat sesuatu kejadian atau peristiwa.
Contoh penggunaan simile dalam karya sastera ialah,
Pipinya laksana pauh dilayang .
Betisnya bagai bunting padi .
Giginya seperti mutiara .

03/14/16

71

Unsur Metafora
Metafora merupakan bahasa kiasan dalam
laras sastera yang tidak menggunakan
kata-kata bandingan seperti simile.
Kiasan jenis metafora merupakan kiasan
yang menyebut terus kepada benda atau
binatang yang hendak diumpamakannya.
Perbandingan metafora lebih ringkas dan
padat. Contoh:
Perempuan itu burung murai, kuat berleter .
Perasaannya api yang menyala .
Kata adalah pedang tajam
03/14/16

72

Unsur Analogi
Analogi di sini dimaksudkan persamaan antara dua
perkara atau peristiwa atau keadaan yang
dibandingkan dengan maksud menjelaskan sesuatu
itu mempunyai persamaan.
Unsur analogi digunakan untuk menjelaskan atau
membuktikan tentang sesuatu perkara.
Contohnya sajak karya Usman Awang yang berjudul
Melayu,
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman

UA membandingkan orang Melayu seperti


pengembara lautan. Ini kerana orang Melayu seperti
Panglima Awang dikatakan pernah sebagai ahli
pelayaran pertama yang berjaya mengelilingi dunia.
03/14/16

73

Unsur-unsur Sindiran
Unsur-unsur sindiran dalam laras sastera
atau kreatif seringkali berfungsi sebagai
menyatakan sesuatu makna yang sebaliknya.
Unsur sindiran ini sering terdapat dalam
kehidupan orang Melayu.
Untuk menyampaikan sesuatu yang kurang
disenangi dengan tidak dinyatakan secara
terus.
Antara unsur-unsur sindiran adalah seperti
berikut:-

03/14/16

74

Unsur Ironi
Ironi - bahasa sindiran yang halus tetapi
mempunyai makna yang tajam.
Bunyi penyebutan atau cara ungkapannya
yang disampaikan adalah lembut tetapi
sesiapa yang terkena akan terasa tajam
sindirannya.
Biasanya membawa maksud yang
bertentangan dengan maksud sebenarnya.
Digunakan dalam percakapan antara dua
pihak. Cth:
Dah jatuh. Kan aku dah kata tadi. Ha, panjatlah
lagi. Panjat. Wah, bersihnya bilik ini! Puntung
rokok dan cebisan kertas bertaburan di lantai.
03/14/16

75

Unsur Sarkastik
Unsur sarkastik - bahasa yang pengucapan yang
sering kali akan menyakiti hati orang lain yang
mendengar atau menerima ungkapan tersebut.
Bersifat kesat. Sindiran begini tidak dinyatakan
secara sinis tetapi dinyatakan kerana marah
kepada seseorang.
Kerapkali sindiran jenis ini kurang digunakan dalam
masyarakat Melayu kecuali kerana terlalu marah
serta tidak dapat mengawal perasaan sendiri.
Contoh:
Pergi jahanam kamu. Aku tidak suka melihat kamu lagi.
Bangsat engkau, benci aku melihat muka engkau di sini.
Nyah kamu dari rumah aku.
03/14/16

76

Unsur Sinisme
Bahasa bersifat sinis. Lebih lembut daripada
bahasa sarkastik tetapi lebih keras daripada
bahasa kiasan ironi.
Bahasa sinisme letaknya di tengah-tengah antara
bahasa sarkastik dan bahasa ironi.
Nada yang terlibat agak keras dan menyentuh
perasaan orang yang mendengarnya. Contohnya:
Biarlah dia pergi, muak aku melihatnya .
Tak payahlah engkau cerita, muak aku
mendengarnya..

03/14/16

77

Unsur-unsur Penegasan
Penggunaan diksi atau ayat-ayat
penegasan kerap kali kita dapati dalam
bahan penulisan kreatif.
Bahagian yang ditegaskan akan diulangulang beberapa kali.
Unsur-unsur penegasan berlaku pada
bunyi, kata, ayat atau seumpamanya.
Antara unsur-unsur penegasan tersebut
adalah seperti berikut;-

03/14/16

78

Unsur Repetisi
Unsur repetisi atau pengulangan bunyi.
Tujuan untuk maksud menegaskan atau menimbulkan
nilai estetik melalui bunyi yang berirama dan indah.
Pengulangan bunyi dilakukan sama ada dengan cara
mengulang bunyi yang sama dalam perkataanperkataan yang sama ataupun frasa atau ayat yang
sama bagi maksud penegasan.
Repetisi atau pengulangan bunyi ini terdapat dalam
beberapa bentuk seperti episzeusis, tautotes,
episfora, simploke, mesodiplosis dan ana diplosis.
Contoh:
Engkau sepatutnya berusaha, berusaha, dan terus berusaha
sehingga berjaya.
Aku sayang padamu, sayang, sayang, sayang ..
03/14/16

79

Unsur Klimaks
Unsur klimaks - kemuncak penonjolan watak, situasi
ataupun penceritaan.
Cara penyampaian biasanya dimulakan dengan nada
rendah dan kemudiannya menaik. Penyusunan atau
peningkatan ceritanya ditunjukkan seperti plot
dalam sesebuah karya prosa.
Apabila telah sampai kepada kemuncak yang hendak
disampaikan, maka di situlah terletaknya klimaks.
Contoh ungkapan klimaks,
.. pengantin itu diarak dengan paluan kompang,
riuh-rendah suara orang ramai serta sanak saudara
yang mengiringi mereka ke pelamin. Di atas
pelamin, kedua mempelai tersenyum manis
menandakan kebahagian menyeri majlis ..
03/14/16

80

Unsur Antiklimaks
Unsur antiklimaks VS konsep klimaks.
Nada yang digunakan dalam permulaan
ceritanya menaik tetapi lama-kelamaan
semakin menurun.
Urutan cerita daripada yang lebih utama
kepada yang kurang utama atau kurang
penting. Cth:
Pada mulanya Encik Lutfi mengajar
mahasiswa dan mahasiswi Universiti Putra
Malaysia, kemudian dia mengajar pula muridmurid tingkatan enam di sekolah menengah,
dan kini beliau mengajar murid-murid sekolah
rendah.
03/14/16

81

Unsur-unsur
Pertentangan

Unsur pertentangan dalam LS


menunjukkan wujudnya pertentangan
dalam bahasa tersebut.
Mewujudkan unsur atau gaya yang
bertentangan atau berlawanan dalam
ayat-ayat yang dihasilkan.
Terdapat tiga unsur pertentangan
dalam laras sastera iaitu:
03/14/16

82

Unsur Paradoks
Unsur paradoks menunjukkan
pertentangan kata dalam ayat.
Paradoks juga merupakan gaya bahasa
yang mengandungi pertentangan yang
nyata dengan fakta-fakta yang ada.
Unsur paradoks dapat menarik perhatian
kerana kebenarannya. Cth:
Mereka berasa tenang di tengah kebisingan
kota Kuala Lumpur
Aku kesepian di tengah keramaian.

03/14/16

83

Unsur Antitesis
Antitesis merupakan sejenis gaya
bahasa yang menunjukkan
perbandingan antara dua antonim iaitu
kata-kata yang mengandungi ciri-ciri
semantik yang bertentangan. Cth:
Kecantikannya yang mencelakakannya.
Segala fitnah tetangganya dibalas dengan
budi bahasanya yang baik,
Dia bergembira atas kesedihan orang lain.

03/14/16

84

Unsur Kontradiksi
Unsur yang bertentangan dengan apa
yang telah dinyatakan sebelumnya.
Pernyataan yang dinyatakan pada
permulaannya akan menafikan
ataupun membuktikan kata-katanya
pada pernyataan berikutnya. Cth:
Malam itu sunyi sepi, tiada satupun yang
kedengaran, hanya bunyi katak, cengkerik
serta daun-daun menampar angin
03/14/16

85

Sekian, terima kasih

03/14/16

86

KULIAH 4-5: KAJIAN BAHASA


DARI SUDUT STILISTIK

03/14/16

87

FOKUS
Pengajaran Bahasa
SISTEM BAHASA
Penggunaan bahan Sastera
SENI BAHASA

Mar 14, 2016

88

SISTEM BAHASA
Tatabahasa
Morfologi
penggolongan kata
KN, KK, KA,KS

Pembentukan kata
Kata tunggal, penggandaan, pemajmukan,
pengimbuhan

Struktur kata
Berdasarkan suku kata / satu atau lebih suku
kata

Mar 14, 2016

89

Sintaksis
Frasa
Klausa
Pola ayat

FN
FN
FN
FN

+
+
+
+

FN
FK
FA
FS

Jenis ayat

Mar 14, 2016

Ayat
Ayat
Ayat
Ayat

Penyata
tanya
Perintah
seruan

90

Bentuk ayat
Ayat tunggal
Ayat majmuk

Ragam ayat
Ayat pasif
Ayat aktif

Mar 14, 2016

91

Sistem Ejaan
Pola keselarasan vokal
Ejaan kata pinjaman

Sebutan dan Intonasi


Kosa Kata
sinonim
antonim

Mar 14, 2016

92

PERIBAHASA

Simpulan bahasa
Perumpamaan
Pepatah
Bidalan
Perbilangan
Lidah pendita
Tamsil
Ibarat

Mar 14, 2016

93

Peluasan
Untuk tujuan pengayaan bahasa dan
penilaian bahasa dari sudut makna
dan taraf peribahasa
dapat berfungsi sebagai SENI
BAHASA .
Penekanan bercirikan komponen
dalam disiplin bahasa yang
merangkumi fonologi, morfologi,
sintaksis dan semantik.
Mar 14, 2016

94

Kuliah 2A
Seni Bahasa dalam Kajian
Stilistik

03/14/16

95

PENGGUNAAN BAHASA
Seni Bahasa unsur bahasa sastera
yang memiliki nilai estetik /
berseni / mengandungi pemikiran
tersurat dan tersirat yang
diungkapkan melalui :
Bahasa kiasan
Ragam bahasa

Bahasa Kiasan
Bentuk bahasa yang merujuk
sesutu dengan mengkiaskan
dengan pekara lain secara
penyebutan perbandingan
langsung atau tidak
Kurus macam lidi
Lebai Malang

Kiasan Asal
Kiasan yang menyebutkan
bandingan dengan terang
Cantik bagai bidadari
Kulitnya halus, sehalus telur dikupas

Kiasan berpindah
Kiasan yang tidak menyebut
bandingan secara langsung
Telinga kuali
Tidur ayam

Kiasan Terus
Kiasan yang mempunyai makna
yang berlainan dengan makna asal
Kutu embun
Harimau berantai

Kiasan bersajak
Kiasan yang menunjukkan
perbandingan dengan cara yang
berbunga atau bersajak .
Sudah gaharu, cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula

Kiasan Berbunga
Kiasan yang menggunakan rangkai
kata yang berbunga / diksi indah
Dunia ini luas bagi mereka yang
bercinta
(Hujang Pagi)

Kiasan Pemanis
Kiasan yang menggunakan
perbandingan yang tidak tepat
untuk melindungi sesuatu makna
yang kurang elok atau kurang manis
mengikut kesesuaian budaya
Kamar kecil
Pergi ke sungai besar
Meninggal dunia

Kiasan berkacau
Kiasan yang memperlihatkan
kesesuaian antara bahagian
tertentu yang mengandungi unsur
tidak logik.
Diam seribu bahasa

Percambahan Idea 1
Berdasarkan genre sastera yang
anda kenal pasti :
Tentukan contoh-contoh bahasa kiasan
yang dapat dikesan.
Berikan maksud / interpretasi maksud
bahasa kiasan yang dikenal pasti
Apakah tujuan penggunaan bahasa
kiasan yang dikenal pasti?

Ragam Bahasa
Ciri gaya penceritaan tertentu
menurut bidang penggunaan yang
bertujuan untuk menguatkan dan
mempertajam maksud supaya
pembaca atau pendengar
memperoleh kesan

Bahasa Sindiran
Pernyataan yang ditujukan
maksudnya kepada seseorang yang
tidak ditujukan secara tepat / dikiaskias.
Kalau tak ada rotan, akar pun berguna
juga
(sindiran)

Bahasa Menggiat
Seperti bahasa sindiran yang lazim
bertujuan mengusik, bergurau atau
serius sehingga menimbulkan kesan
mendalam kepada yang berkenaan.
Boleh tahan jugak orang tua ni!
Amboi, besarnya hati kawan kita nak
kahwin dengan puteri raja.

Bahasa Mengejek
Bahasa yang mengata / mengejek
seseorang atau kumpulan dengan
penggunaan kata yang memperlihatkan
keburukan. Kata tersebut boleh
menerbitkan rasa marah kepada
mereka yang berkenaan.
Cerminlah betul-betul muka tu dulu. Ukur
baju di badan sendiri. Kalau kail panjang
sejengkal jangan nak duga lautan dalam.

Bahasa Terbalik
Diksi yang mempunyai maksud yang
berlainan.
Hai, awal bangun, ayam pun tak masud
reban lagi.
Makanlah jangan malu-malu. Kat dalam
tu ada banyak lagi!

Bahasa turun
Bahasa yang menurun daripada
beremotif tegang ke kendur. Lazim
mengungkapkan unsur kelucuan.
Malang benar nasibnya. Dah jatuh
ditimpa tangga, terhempap pula dek
pasu bunga. Mula-mula hilang kereta,
lepas tu tunang, dan baru ni hilang
kawan

Bahasa Naik
Diksi yang mengungkapkan emotif
dari kendur ke emotif tegang untuk
menuju puncak makna.
Sesuatu bangsa yang maju tidak cukup
hanya dengan pemimpin yang bijak dan
bercita-cita, tetapi memerlukan
angkatan muda yang bukan saja
cergas, tetapi juga bercita-cita. (Usman
Awang)

Bahasa Besar
Bahasa yang mengatakan sesuatu
secara berlebih-lebihan dan ada
ketikanya tidak masuk akal.
Merdu suaranya tiada tolak banding,
burung yang terbang, terhenti
terbangnya, air yang mengalir terhenti
alirnya

Bahasa Kecil
Bahasa yang menggambarkan
sesuatu yang kecil untuk tujuan
merendahkan diri walaupun
hakikatnya tidak.
Makanlah seadanya, inilah yang mampu
dihidangkan.

Sekian terima Kasih

Kuliah 2 : BAHASA DALAM


KESUSASTERAAN MELAYU
Prof Madya Dr. Arbaie bin Sujud
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia

Mar 14, 2016

116

SASTERA dari sudut


Bahasa

S
ASTE
RA-

Mar 14, 2016

Seni Bahasa
Akaliah.
Sensitiviti
Tersurat dan Tersirat
Estetika
Realiti
Alternatif / Pelepasan Minda
117

Hubungan Bahasa dan


Sastera
Disiplin Ilmu Bahasa (Linguistik)

Fonologi
Morfologi
Sintaksis
Semantik

Aspek dan bahan Kesusasteraan


Melayu
Tradisional dan moden
Prosa dan Puisi
Aliran dan Pemikiran
Mar 14, 2016

118

Unit 1 Teori Seni


Bahasa dan Aliran Makna

Klasissme dan Retorik


Romantisisme dan Seni
Bahasa
Realisme dan Seni Bahasa

Mar 14, 2016

119

Teori Retorik
Ahli retorik orang yang berketrampilan
untuk meyakinkan orang ramai.
Penekanan kepada aspek penggunaan
dan pengindahan gaya.
Tumpuan retorik kefasihan dan
ketangkasan bicara.
Persoalan moral dan kebijaksanaan
kurang dipentingkan.
Hal ini mendapat sanggahan daripada
beberapa tokoh Socrates
Mar 14, 2016

120

Kaedah Dialektik Socrates


Kaedah soal jawab Mengapa tidak ? (Why
not?).
Kebaikan itu adalah ilmu = menjurus
kebenaran.
Socrates menganggap ahli retorik tidak
serius dalam mencari kebenaran. Mereka
lebih bersifat membanggakan diri.
Dua prinsip pengucapan seni Socrates
Mengemukakan definisi pendahuluan tajuk
Membahagiakn pokok bicara kepada bahagian2.
Mar 14, 2016

121

Klasisisme dalam
Kesusasteraan
Pengaruh teori klasik sangat besar.
Aspek pengaruh : kategori gaya, kualiti
gaya, istilah-istilah sastera,, prinsip
penilaian, prinsip ciptaan atau kreativiti,
dan dasar teori gaya atau stilistik.
Kategori Gaya: Gaya tinggi, gaya
pertengahan, Gaya mudah
Kualiti Gaya: Kemurnian, Kejelasan,
Kewajaran

Mar 14, 2016

122

Aliran Klasisisme
Nasihat dan tanggungjawab sosialsastera sebagai medium pendidikan.
Tanggung jawab terhadap masyarakat
bersifat kolektif dan milik bersama.
Sastera berpaksikan fikiran dan akal
budi yang luhur dan berpekerti tinggi
tanpa dibaluti rasa keburukan.
Sastera yang terhasil adalah karya
yang bersifat bersih dan suci.
Mar 14, 2016

123

Prinsip Aliran
Klasisisme

Kebijaksanaan Pemilihan diksi yang


berkesan berhasil memancarkan
kebijaksanaan berdasarkan makna-makna
yang diungkapkan secara luaran dan
dalaman.
Kebenaran Karya yang dihasilkan
sewajarnya mengungkapkan kebenaran
bukan kepalsuan.
Keanggunan merujuk kepada adab,
tatasusila, dan kehalusan berbahasa.
Kefasihan kebolehan pengarang mengadun
dan memilih kata yang persis yang akhirnya
makna dapat disampaikan dengan persis.
Keadilan aktiviti atau tatacara sesuatu itu
dibuat atau diperoleh.
Mar 14, 2016

124

Aliran Romantisme
Penulis melahirkan gagasan atau
ideanya yang indah-indah tanpa cacat
cela atau sebarang kekurangan.
Jika kebahagian, maka kebahagian
digambarkan dengan penuh
kesempurnaan.
Jika kesedihan, penulis
menggambarkannya sehingga mampu
menitiskan air mata pembaca.
Mar 14, 2016

125

Aliran romantisme berteraskan


sensitiviti atau sensori yang
sentimental sifatnya.
aliran ini menonjolkan perasaan dengan
mengkesampingkan pemikiran
rasional dan lain-lain pertimbangan.
Sifat emosional yang terungkap
menyebabkan karya-karya sastera
beraliran ini tidak berpijak di bumi nyata
dan kurang mementingkan aspek
kebenaran.
Mar 14, 2016

126

Aliran Realisme
Aliran ini menggambarkan sesuatu
berdasarkan keseluruhan kenyataan
atau realiti yang sebenarnya ada.
Pemaparan kejadian dan peristiwa
dilihatkan secara teliti.
Sesuatu itu diperlihatkan secara
logik tanpa membawakan sesuatu
yang berlebih-lebihan sehingga
terkeluar daripada garis
kerasionalan dan realitinya.
Mar 14, 2016

127

Pemaparan tentang kisah, tokoh,


watak dan perwatakan dalam
sesebuah karya wujud secara alamiah.
Dapat ditafsir secara zahir dengan
mata hati tanpa diwarnai oleh sesuatu
yang boleh mengaburi kebenaran dan
sesahihan dalam dunia nyata.

Mar 14, 2016

128

Sekian, terima kasih


Manusia selalu terlupa bahawa
kekuatan kuasa kata yang yang
ada pada mereka adalah
merupakan senjata. (Aristotle)

Mar 14, 2016

129

Kuliah 2A
BAHASA SASTERA

03/14/16

130

Konsep Laras Bahasa


LB - variasi bahasa yang berlainan
berdasarkan fungsinya.
Penggunaan LB yang berbeza mengikut
keperluannya.
Semakin banyak LB semakin berkesan
komunikasi seseorang itu.
LB dihubungkan dengan keadaan atau
situasi yang berbeza-beza menurut tajuk
pembicaraan, hubungan, situasi
pembicaraan dan disiplin.
03/14/16

131

Laras Bahasa
Sastera
Laras sastera atau laras kreatif yang
bermutu memerlukan kejelasan,
perpautan, kesatuan serta bentuk stailistik
yang dipelbagaikan.
Skop bahasa - fonem, iaitu satu unit
linguistik yang terkecil (melibatkan unsur
aliterasi dan asonansi), kemudian diksi
iaitu pemilihan kata sehinggalah kepada
unsur wacana yang lebih luas.
03/14/16

132

Ciri LB Sastera
Bersifat Imaginatif dan Figuratif
Karya Kreatif -Gabungan realiti dan imaginasi.
Bersifat imaginatif - bahasa yang digunakan
dapat melahirkan gambaran, khayalan, dan
perasaan dan khayalan pengarang sebenarnya.
Misalnya, novel Salina karya A. Samad Said dan
Ranjau Sepanjang Jalan oleh Sasterawan Negara
Shahnon Ahmad.
Sifat figuratif - mempunyai penyimpangan
makna daripada pengucapan bahasa biasa,
gaya retorik, kiasan dan sindiran.

03/14/16

133

Menggunakan Bahasa
Hiasan

Digunakan bertujuan membangkitkan jalan cerita


atau plot dan huraian karyanya dan sebagai
penyeri terhadap sesuatu hasil karya tersebut.
Ungkapan dan pelbagai perkataan tambahan.
Tujuan lain penggunaan :
Sebagai hiasan karya
Penyeri jalan terhadap isi cerita.
Penambah daya tarikan pada cerita supaya ceritanya
tidak kering, hambar atau menjemukan.

Contoh bahasa hiasan - bahasa berirama,


perbandingan, peribahasa, puisi, pantun dan
seumpamanya.

03/14/16

134

Perlukisan Gambaran yang


Jelas
Perlukisan - gambaran pengarang tentang sesuatu
peristiwa, aksi dan emosi dalam wacana secara
jelas.
Kata-kata yang segar dan bertenaga digunakan
untuk melukiskan gambaran yang jelas dan hidup.
Contohnya, novel Hari-hari Terakhir Seorang
Seniman. Anuar Ridhwan telah melukiskan keadaan
pada hari petang di desa sebagai berikut:
Terhampar tidak sampai dua batu dari pantai
berhutan bakau, desa itu perlahan-lahan
menyerahkan warna hijaunya kepada keremangan
sore bulan Oktober. Hari-hari itu di langit utara
bergantungan beberapa tompok awan yang gelap
menandai Monsun Timur Laut yang mula bermusim.
03/14/16

135

Penggunaan Bahasa
Baku
Bahasa baku seragam dari aspek sebutan, bentuk
dan fungsi meliputi aspek sintaksis, morfologi,
leksikal, ejaan dan penyebutannya.
Pemilihan kata dalam bahasa kreatif memerlukan
ketepatan dan kesesuaian.
Penggunaan bahasa baku dalam Karya kreatif
supaya karya itu dapat difahami serta dihayati oleh
semua golongan masyarakat.
Pemilihan perkataan tepat dan sesuai supaya
gambaran cerita dinyatakan dengan tepat dan jelas.
Contohnya, A. Samad Said menggunakan bahasa
baku yang sangat baik dalam novelnya Daerah Zeni:
Bunga-bunga yang dipetiknya dari hutan sekitar itu kini
menimpa dan melorot dari kepada nisan, serentak
mengejutkan rama-rama dan pepatung tadi.

03/14/16

136

Bernada Puitis
Penggunaan bahasa yang puitis dan indah.
Pemilihan diksi, ungkapan dan ayat
menimbulkan ekspresi yang indah, seni
dan mencuit perasaan khalayak pembaca
dan pendengar.
Bahasa sebagai alat ekspresi yang
memikat serta menghiburkan.
Karya SN Usman Awang misalnya, banyak
memperlihatkan nada-nada puitis ini baik .
Contoh dalam sajak Kekasih dan Ke
Makam Bonda.
03/14/16

137

Pemilihan Diksi
Berkesan
Memilih perkataan berfungsi memerlukan
penyesuaian dengan tema atau persoalan.
Terdapat beberapa perkataan untuk suatu
pengertian, sama ada perkataan lain yang
membawa makna yang sama atau
perkataan yang berbeza ertinya secara
literal tetapi membawa konotasi yang sama
dengan maksud yang hendak disampaikan.
Pemilihan perkataan yang sesuai dapat
memberikan gambaran yang jelas dan
tepat kepada pembaca.
03/14/16

138

Bersifat
Komunikatif

Menghubungkan penulis dengan pembaca.


Penglahiran idea dan plot cerita yang
disampaikan oleh pengarang dapat
membawa pembaca menghayati cerita
yang hendak disampaikan oleh pengarang.
Membentuk hubungan langsung antara
penulis dengan pembaca.
Melalui plot penceritaan yang disampaikan
pengarang dapat mendekatkan hubungan
antara pengarang dengan khalayak
pembaca.
03/14/16

139

Bersifat Ambiguiti
(ketaksaan)
Ambiguiti atau ketaksaan bermaksud unsur
kekaburan dan ketidakjelasan.
Penggunaan imejan boleh menimbulkan
unsur ambiguiti. Melalui penggunaan unsur
imejan, mesej disampaikan lebih jelas.
Unsur imejan kadang kala berbentuk imejan
mental iaitu membicarakan tentang perasaan
dan perkaitannya dengan indera seseorang.
Pengarang membabitkan pembaca dengan
unsur imejan figuratifnya. Contohnya, unsur
metafora, dan personafikasi.
03/14/16

140

Bersifat Stilistik
Kepelbagaian gaya membantu penghayatan
cerita yang disampaikan.
Penggunaan stilistik - diksi untuk menerbitkan
gaya bahasa tersendiri sifatnya.
Penggunaan unsur bahasa (kiasan atau sindiran)
untuk menunjukkan persamaan dan
perbezaannya.
Pemilihan kata digunakan untuk memberikan
kesan yang sensasi terhadap sesuatu. Penekanan
utama akan dihuraikan dalam bentuk bahasa
yang digunakan.
Contohnya, penggunaan perkataan merdu yang
menekankan kepada cita rasa telinga.
03/14/16

141

Bersifat Simbolik
Mesej bersifat simbolik yang berupa
kiasan kepada sesuatu benda.
Simbol bersifat individu, konvensional
dan ada juga yang berunsur sejagat.
Contohnya, bunga lambang bagi
seorang gadis manakala kumbang
pula lambang bagi lelaki.
Pernyataan secara simbolik ini,
ditegaskan secara lebih serius bagi
menunjukkan maksud.
03/14/16

142

Unsur-Unsur Bahasa
Laras Sastera
Penggunaan bahasa amat dipentingkan
dalam mengungkapkan sesuatu hasil karya
pengarang atau penulis kreatif.
Penggunaan bahasanya beridentiti jika
dibandingkan dengan laras bahasa yang lain.
Bahasa dianggap sebagai satu elemen yang
kuat untuk menunjukkan perbezaan di antara
satu karya dengan satu karya yang lain.
Oleh itu, terdapat beberapa unsur dalam
laras sastera atau kreatif, seperti :-

03/14/16

143

Unsur
Perbandingan
Unsur perbandingan ini terdiri daripada beberapa
jenis. Antaranya adalah seperti berikut :
Unsur Personifikasi
Unsur yang menggunakan kiasan untuk memberikan sifat
manusia daripada segi perasaan, perlakuan dan sebagainya
kepada benda-benda mati, idea, binatang dan lain-lain yang
mujarad.
menjadikan benda atau binatang seolah-olah manusia. Sifatsifat manusia seperti perasaan dan keinginan diberikan
kepada benda, binatang dan seumpamanya menjadikannya
seperti manusia. Contohnya ialah,

Angin yang meraung .


Segala peristiwa merangkak kembali dalam ingatan
.
Kasih yang bersayap .
03/14/16

144

Unsur Hiperbola
Hiperbola menggambarkan karya sastera yang
mempunyai unsur yang agak keterlaluan atau
berlebih-lebihan seoalah-olah tidak masuk akal.
Namun demikian, perbandingan atau cerita yang
digambarkan itu masih menarik dan indah.
Tujuannya untuk memperhebat serta
meningkatkan kesan dan pengaruh dalam
kalangan pembaca.
Gaya bahasa ini melibatkan kata-kata dan
kalimat. Contohnya adalah seperti berikut: Pijak semutpun tidak mati .
Hajat hati hendak memeluk gunung .
03/14/16

145

Unsur Simile

Simile - bahasa kiasan yang digunakan yang digunakan


dalam karya sastera.
Membandingkan sesuatu benda, peristiwa atau situasi
dengan benda lain yang hampir sama.
Perbandingan simile merupakan perbandingan yang jelas
kerana disertai kata-kata seperti, umpama, laksana, seperti
macam dan bagai.
Penggunaan kata-kata membangkitkan imaginasi pembaca
untuk menanggapi maksud pengarang.
Gambarkan keadaan atau suasana kehidupan manusia atau
kesedihan sesuatu akibat sesuatu kejadian atau peristiwa.
Contoh penggunaan simile dalam karya sastera ialah,
Pipinya laksana pauh dilayang .
Betisnya bagai bunting padi .
Giginya seperti mutiara .

03/14/16

146

Unsur Metafora
Metafora merupakan bahasa kiasan dalam
laras sastera yang tidak menggunakan
kata-kata bandingan seperti simile.
Kiasan jenis metafora merupakan kiasan
yang menyebut terus kepada benda atau
binatang yang hendak diumpamakannya.
Perbandingan metafora lebih ringkas dan
padat. Contoh:
Perempuan itu burung murai, kuat berleter .
Perasaannya api yang menyala .
Kata adalah pedang tajam
03/14/16

147

Unsur Analogi
Analogi di sini dimaksudkan persamaan antara dua
perkara atau peristiwa atau keadaan yang
dibandingkan dengan maksud menjelaskan sesuatu
itu mempunyai persamaan.
Unsur analogi digunakan untuk menjelaskan atau
membuktikan tentang sesuatu perkara.
Contohnya sajak karya Usman Awang yang berjudul
Melayu,
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman

UA membandingkan orang Melayu seperti


pengembara lautan. Ini kerana orang Melayu seperti
Panglima Awang dikatakan pernah sebagai ahli
pelayaran pertama yang berjaya mengelilingi dunia.
03/14/16

148

Unsur-unsur Sindiran
Unsur-unsur sindiran dalam laras sastera
atau kreatif seringkali berfungsi sebagai
menyatakan sesuatu makna yang sebaliknya.
Unsur sindiran ini sering terdapat dalam
kehidupan orang Melayu.
Untuk menyampaikan sesuatu yang kurang
disenangi dengan tidak dinyatakan secara
terus.
Antara unsur-unsur sindiran adalah seperti
berikut:-

03/14/16

149

Unsur Ironi
Ironi - bahasa sindiran yang halus tetapi
mempunyai makna yang tajam.
Bunyi penyebutan atau cara ungkapannya
yang disampaikan adalah lembut tetapi
sesiapa yang terkena akan terasa tajam
sindirannya.
Biasanya membawa maksud yang
bertentangan dengan maksud sebenarnya.
Digunakan dalam percakapan antara dua
pihak. Cth:
Dah jatuh. Kan aku dah kata tadi. Ha, panjatlah
lagi. Panjat. Wah, bersihnya bilik ini! Puntung
rokok dan cebisan kertas bertaburan di lantai.
03/14/16

150

Unsur Sarkastik
Unsur sarkastik - bahasa yang pengucapan yang
sering kali akan menyakiti hati orang lain yang
mendengar atau menerima ungkapan tersebut.
Bersifat kesat. Sindiran begini tidak dinyatakan
secara sinis tetapi dinyatakan kerana marah
kepada seseorang.
Kerapkali sindiran jenis ini kurang digunakan dalam
masyarakat Melayu kecuali kerana terlalu marah
serta tidak dapat mengawal perasaan sendiri.
Contoh:
Pergi jahanam kamu. Aku tidak suka melihat kamu lagi.
Bangsat engkau, benci aku melihat muka engkau di sini.
Nyah kamu dari rumah aku.
03/14/16

151

Unsur Sinisme
Bahasa bersifat sinis. Lebih lembut daripada
bahasa sarkastik tetapi lebih keras daripada
bahasa kiasan ironi.
Bahasa sinisme letaknya di tengah-tengah antara
bahasa sarkastik dan bahasa ironi.
Nada yang terlibat agak keras dan menyentuh
perasaan orang yang mendengarnya. Contohnya:
Biarlah dia pergi, muak aku melihatnya .
Tak payahlah engkau cerita, muak aku
mendengarnya..

03/14/16

152

Unsur-unsur
Penegasan
Penggunaan diksi atau ayat-ayat
penegasan kerap kali kita dapati dalam
bahan penulisan kreatif.
Bahagian yang ditegaskan akan diulangulang beberapa kali.
Unsur-unsur penegasan berlaku pada
bunyi, kata, ayat atau seumpamanya.
Antara unsur-unsur penegasan tersebut
adalah seperti berikut;-

03/14/16

153

Unsur Repetisi
Unsur repetisi atau pengulangan bunyi.
Tujuan untuk maksud menegaskan atau menimbulkan
nilai estetik melalui bunyi yang berirama dan indah.
Pengulangan bunyi dilakukan sama ada dengan cara
mengulang bunyi yang sama dalam perkataanperkataan yang sama ataupun frasa atau ayat yang
sama bagi maksud penegasan.
Repetisi atau pengulangan bunyi ini terdapat dalam
beberapa bentuk seperti episzeusis, tautotes,
episfora, simploke, mesodiplosis dan ana diplosis.
Contoh:
Engkau sepatutnya berusaha, berusaha, dan terus berusaha
sehingga berjaya.
Aku sayang padamu, sayang, sayang, sayang ..
03/14/16

154

Unsur Klimaks
Unsur klimaks - kemuncak penonjolan watak, situasi
ataupun penceritaan.
Cara penyampaian biasanya dimulakan dengan nada
rendah dan kemudiannya menaik. Penyusunan atau
peningkatan ceritanya ditunjukkan seperti plot
dalam sesebuah karya prosa.
Apabila telah sampai kepada kemuncak yang hendak
disampaikan, maka di situlah terletaknya klimaks.
Contoh ungkapan klimaks,
.. pengantin itu diarak dengan paluan kompang,
riuh-rendah suara orang ramai serta sanak saudara
yang mengiringi mereka ke pelamin. Di atas
pelamin, kedua mempelai tersenyum manis
menandakan kebahagian menyeri majlis ..
03/14/16

155

Unsur Antiklimaks
Unsur antiklimaks VS konsep klimaks.
Nada yang digunakan dalam permulaan
ceritanya menaik tetapi lama-kelamaan
semakin menurun.
Urutan cerita daripada yang lebih utama
kepada yang kurang utama atau kurang
penting. Cth:
Pada mulanya Encik Lutfi mengajar
mahasiswa dan mahasiswi Universiti Putra
Malaysia, kemudian dia mengajar pula muridmurid tingkatan enam di sekolah menengah,
dan kini beliau mengajar murid-murid sekolah
rendah.
03/14/16

156

Unsur-unsur
Pertentangan
Unsur pertentangan dalam LS
menunjukkan wujudnya pertentangan
dalam bahasa tersebut.
Mewujudkan unsur atau gaya yang
bertentangan atau berlawanan dalam
ayat-ayat yang dihasilkan.
Terdapat tiga unsur pertentangan
dalam laras sastera iaitu:
03/14/16

157

Unsur Paradoks
Unsur paradoks menunjukkan
pertentangan kata dalam ayat.
Paradoks juga merupakan gaya bahasa
yang mengandungi pertentangan yang
nyata dengan fakta-fakta yang ada.
Unsur paradoks dapat menarik perhatian
kerana kebenarannya. Cth:
Mereka berasa tenang di tengah kebisingan
kota Kuala Lumpur
Aku kesepian di tengah keramaian.

03/14/16

158

Unsur Antitesis
Antitesis merupakan sejenis gaya
bahasa yang menunjukkan
perbandingan antara dua antonim iaitu
kata-kata yang mengandungi ciri-ciri
semantik yang bertentangan. Cth:
Kecantikannya yang mencelakakannya.
Segala fitnah tetangganya dibalas dengan
budi bahasanya yang baik,
Dia bergembira atas kesedihan orang lain.

03/14/16

159

Unsur Kontradiksi
Unsur yang bertentangan dengan apa
yang telah dinyatakan sebelumnya.
Pernyataan yang dinyatakan pada
permulaannya akan menafikan
ataupun membuktikan kata-katanya
pada pernyataan berikutnya. Cth:
Malam itu sunyi sepi, tiada satupun yang
kedengaran, hanya bunyi katak, cengkerik
serta daun-daun menampar angin
03/14/16

160

Sekian, terima kasih

03/14/16

161

PRASYARAT KETEPATAN
DIKSI

03/14/16

162

Apa itu Ketepatan?


Kemampuan sesebuah kata mengecilkan
jurang antara pembaca/pendengar
dengan penulis/pembicara.
Kata-kata dipilih untuk memperoleh
makna secermat mungkin.
Ketepatan tidak menimbulkan salah
faham.

03/14/16

163

Faktor Pertimbangan
Ketepatan Diksi
1. Membedakan secara cermat
denotasi dari konotasi. Kata mana
yang dapat menentukan maksud.
Jika hanya pengertian dasar harus
memilih kata denotatif.
Jika menghendaki reaksi emosional
harus memilih kata konotatif.

03/14/16

164

2. Membedakan dengan cermat kata-kata


yang hampir bersinonim
Penulis atau pembicara perlu berhati-hati
memilih kata yang bersinonim untuk
menyampaikan maksud supaya tidak
timbul interpretasi yang berlainan.
3. Membedakan kata-kata yang mirip dalam
ejaannya.
Kegagalan membezakan kata-kata yang
mirip ejaan membawa akibat yang tidak
diingini.
Cth: bahwa-bawah-bawa, interferensi
infrensi, karton-kartun, korporasi-koperasi.
03/14/16

165

4. Hindarilah kata-kata ciptaan sendiri.


Kata baru mula diperkenal oleh
penulis atau tokoh terkenal.
Lama kelamaan diterima oleh masy.
5. Waspadalah Terhadap Penggunaan
Akhiran Asing.
Cth: Progres - Progresif

03/14/16

166

6. Penggunaan Kata kerja yang


menggunakan kata depan digunakan
secara sewenang-wenang.
Ingat akan bukan ingat terhadap
Membahayakan sesuatu bukan
membahayakan bagi sesuatu

7. Membezakan kata umum dan kata


khusus.
Kata khusus lebih tepat menggambarkan
sesuatu daripada kata umum
03/14/16

167

8. Memperguna kata indera yang


menunjukkan persepsi yang khusus.
9. Memperhatikan perubahan makna
yang terjadi pada kata-kata yang
sudah dikenal.
10. Memperlihatkan kelangsungan
pilihan kata.

03/14/16

168

Gangguan
Kelangsungan Diksi
Kelangsungan bermaksud teknik
memilih kata yang sedemikian
rupa sehingga maksud atau fikiran
seseorang dapat disampaikan
secara tepat dan ekonomis.

03/14/16

169

Faktor Gangguan
Kelangsungan Diksi
Mempergunakan terlalu banyak kata
untuk maksud yang diungkapkan
secara singkat atau mempergunakan
kata-kata yang kabur yang
menimbulkan ambiguitas (makna
ganda).
Penggunaan kata yang terlalu banyak
untuk sesuatu maksud serta kekaburan
makna dari kata-kata yang digunakan.
03/14/16

170

Menggunakan kata-kata yang tidak


menambah kejelasan makna kata
yang juga menjadi halangan bagi
kelangsungan diksi.
Pemakaian sinonim yang agak
longgar menjadikan bahasa menjadi
tak langsung.
Penggunaan repitasi yang tidak tepat
menganggu kelangsungan makna.
03/14/16

171

Sekian, terima kasih

03/14/16

172

MAKNA DENOTATIF DAN


KONOTATIF

Makna Denotatif
Makna kognatif, makna konseptual,
ideasional.
Berkaitan pengetahuan dan bahasa
ilmiah. pembuktian yang konkrit.
Fakta yang khusus.
Tidak memerlukan interpretasi
tambahan

Fikirkan bersama
Rumah itu luasnya 250 meter persegi
(denotatif)
Rumah itu luas sekali (konotatif)
Ada seribu orang menghadiri majlis
itu (denotatif)
Banyak sekali orang yang menghadiri
pertemuan itu. (konotatif)

Setiap kata memiliki denotasi iaitu


ketepatan makna.
Bagaimana kata dipilih.
Sesuai?
Berkaitan?

Memilih kata denotasi lebih mudah.


Jika kesalahan berlaku mungkin
disebabkan kekeliruan dengan kata
yang mirip bentuknya.- gajih gaji,
bahwa bawa, darah dara dsbnya

Makna Konotatif
Makna emotif atau makna ebaluatif.
Makna yang mengandungi nilai-nilai
emosional.
Makna konotatif berlaku kerana
pembicara ingin menimbulkan
perasaan setuju - tidak setuju,
senang tidak senang kepada pihak
pendengar.

Pilihan kata atau diksi lebih berkaitan


dengan makna konotatif.
Kata Kurus kering bagi menggantikan
ramping jelas maknanya.
Sinonim yang mempunyai makna
konotatif mati, meninggal, wafat,
gugur, mangkat, berpulang memiliki
denotasi yang sama iaitu jiwa
seseorang telah meninggalkan
badannya.

Teliti bersama
Meninggal, wafat, berpulang
mempunyai konotasi tertentu ada
nilai kesopanan / lebih sopan.
Mangkat konotasi nilai
kebesaran
Gugur mengandungi nilai
keagungan dan keluhuran.

Bahasa dan Penentuan


Makna Konotasi
Bahasa digunakan berdasarkan
fungsinya sama ada pertanyaan,
pernyataan atau perintah.
Kalimat tanya ada hubungan dengan
informasi iaitu sosial dan
interpersonal yang memasukkan nilai
emotif atau konotatif.
Boleh saya tahu nama saudara?

Bahasa yang digunakan berkaitan


dengan fungsi untuk meyakinkan,
membujuk, mengingatkan, menyindir
orang lain.
Kata-kata yang berfungsi mengiringi
kegiatan juga bervariasi
Saya berjanji akan datang esok.
Pasti saya akan ke sini.

Pemilihan kata dengan penilaian makna.


Kata yang digunakan mempengaruhi
sikap orang yang mendengar atau
terlibat.
Gagah-berani,, berani, mulia nilai yang
baik jika dihubungkan dengan tanggapan.
Penakut, pengecut pengkhianat
mengandungi konotasi yang kurang
menyenangkan.

Nilai emotif mempengaruhi situasi


perbualan atau pembicaraan.

Bahasa dikaitkan dengan tanggapan


sosial masyarakat iaitu nilai
kesopanan.
Kata mengandung, hamil bunting,
berbadan dua mempunyai makna emotif
tertentu dalam konteks masyarakat.
Diam!, Tutup mulut! vs
Minta tenang sedikit, Perhatian!

Dua contoh yang diberi mempunyai


perbezaan penerimaan atau status.

Perbezaan-perbezaan makna Apa


yang dikatakan berlainan sekali
dengan apa yang dimaksudkan.
Peranan intonasi dapat mengubah
makna.
Anda memang sangat pintar!
Andalah gadis yang paling cantik di
antero dunia.

Kepelbagaian Perubahan
Makna

Peluasan Erti suatu proses


perubahan makna yang dialami oleh
kata yang sebelumnya mangandungi
makna khusus tetapi kemudiannya
mempunyai makna meluas.
Saudara pertalian darah
Saudara sistem panggilan / komunikasi

Penyempitan Erti Makna yang lama


lebih luas daripada makna yang
baru.
Sarjana = semua orang cendekiawan
kini untuk gelaran di universiti.

Ameliorasi satu proses perubahan


makna, iaitu erti yang baru dirasakan
lebih tinggi atau baik nilainya
berbanding dengan erti yang lama.
Wanita = perempuan, isteri = bini.

Sekian, terima kasih

SENI BAHASA

03/14/16

189

Seni Bahasa
Unsur bahasa sastera yang memiliki
nilai estetik, berseni.
Mengandungi pemikiran tersurat dan
tersirat.
Diungkapkan melalui:
-Bahasa Kiasan
-Ragam Bahasa
Melibatkan aspek keindahan bahasa.
Digunakan untuk tujuan tertentu.

Kiasan Asal :

Kiasan yang menyebutkan


bandingan dengan terang,
dengan menggunakan
perkataan
seperti,
umpama, bagai
dan
sebagainya.

Contoh Kiasan Asal dalam cerpen


RIAK
Kereta itu meluncur pergi meninggalkan
rumah.Dengungan
azan
masih
terngiang-ngiang bagai lebah sesat
dalam kamar.
Runtuh keegoannya macam tersepuk
menyembah raja.
Perarakan
seperti
banjir
yang
besar menerpa ke arahnya dengan
suara gemuruh mengagungkan Allah.

Kiasan Berpindah:
Tidak menggunakan kata-kata
perbandingan.
Kata yang hendak dibandingkan itu
terus dicantumkan dengan benda
yang dibuat perbandingan.
Memberikan kesan yang lebih kuat
kerana dua benda yang disamakan
tanpa kata perbandingan itu
menghasilkan satu makna yang
utuh dan konkrit.

Contoh Kiasan Berpindah dalam


cerpen
KUBIARKAN ANGIN BERLALU
Sudah tiba masanya, Dia berberang
dan berperungus menguji makhlukmakhluk-Nya yang lupa daratan dan
yang lupa diri dengan ujian-ujian yang
maha dahsyat
untuk menentukan di mana simpangsiurnya keyakinan makhluk-Nya dan
di mana arah
sasaran perjalanan
mereka.

sambungan
Kalau pintu hati ini sentiasa terbuka
untuk menerima dan menghayati
perbendaharaan-Nya dan merenungi
serta menganalisis segala tautan,
segala tikaian dan segala ujian yang
terbuah daripada gelagat setiap
juzuk
perbendaharaan-Nya
yang
melimpah ruah tidak terkira itu.

Contoh Kiasan Berpindah dalam


cerpen
KALAU IBU SAMPAI TAKAH TIGA

Pendek kata jagalah hati anak


buah kaum keluarga kita sama
seperti kita menjaga ibu sakit.
Minta buah fikiran Tuk Kenali,
Lebai Jab. Imam Hamad dan
lain-lain di beranda

Kiasan Berbunga :
Kiasan yang menggunakan kata
yang berbunga atau diksi indah.

Contoh Kiasan Berpindah dalam


cerpen
MAYAT DAN KELUARGA
Sudah berpuluh tahun hidup
bersama dalam gelobang yang
berbagai-bagai nada.

sambungan
Seketika
sepi
menangkap
suasana
kecuali diselangi
dengan kokok ayam yang
berculang-caling.
Keadaan suasana yang sunyi
kecuali diselangi dengan kokok
ayam yang berculang-caling.

Contoh Kiasan Berbunga dalam


cerpen
GUNUNG

Seluruh
tubuh
Gayamahatumpul akan luruh
selonggok ke atas bumi yang
setia. Akan luput dikibas
angin. Akan lenyap dicairkan
obor mentari.

Kiasan Berkacau :

Bahasa kiasan yang menunjukkan


terdapat unsur yang tidak logik.

Contoh Kiasan Berkacau dalam cerpen


PEREMPUAN
Dia berjalan hala ke dapur sambil
menyedari dia sebenar-benarnya hanya
sebatang sudu, sebatang sudip, sebatang
senduk, semuanya kaku, semuanya mati.

Contoh Kiasan Berbunga dalam cerpen

Pak Su PEREMPUAN
Mak Su datang
semalam bawa salam Haji
Rahmat. Tuk Guru tu
mintak kau.

Bahasa Besar :
Ragam bahasa yang berlebih-lebihan dan
tidak masuk akal.

Contoh Bahasa Besar dalam cerpen


PEREMPUAN
Sungguh dia akan terbang macam
burung enggang kalau dianugerah sayap
serta-merta. Biar terus meninggalkan
kamar yang semakin hari semakin
berneraka.

Kesimpulan:
Seni bahasa memiliki nilai estetika
atau keindahan, mempunyai sifat
yang berseni, mengandungi makna
denotatif dan konotatif yang
digarapkan oleh pengarang dalam
teks sastera yang dihasilkan. Ia
bertujuan untuk menimbulkan
kesan perasaan kepada pembaca.

MAKNA DALAM KARYA


KREATIF

03/14/16

204

Metafora
Penggunaan kata-kata yang tidak
mendukung makna yang sebenarnya
Mendukung makna lain yang dilukiskan
secara persamaan atau perbandingan.
daun lalang di kiri dan kanan jalan
itu menari.
Menari makna literal melakukan
sesuatu dengan mengikut muzik.
Menari lalang yang bergerak ke kiri
dan kanan kerana tiupan angin.

Contoh lain
1. Melayang semangat Hajah Badariah
melihat kelakukan anaknya itu
2. Seleranya telah patah.
3. Dunia ini kelam.
4. Senyumannya sentiasa bermain di
bibir.
5. Lama-lama mereka pun dijalari oleh
kuman kemalasan.
6. Cerek bersuling di atas dapur.

Tugasan 1
Cari makna kata bagi perkataan
berhuruf merah dalam contoh ayat.
1.Melayang 2.Patah 3.Kelam 4.Bermain 5.Kemalasan 6.Bersuling -

Metonimi
Penggunaan nama sesuatu untuk
merujuk kepada benda lain yang
sifatnya ada hubungan logiknya atau
penggunaan nama rujukan (referent)
diganti dengan nama salah satu sifat
atau ciri rujukan tersebut yang ada
kaitan dengan makna rujukan tersebut.
Saya tidak menyentuh tikar
sembahyang

Tikar sembahyang merujuk kepada solat.


Masyarakat Islam telah maklum bahawa
tikar sembahyang sebagai solat.
Kereta buatan Osaka itu merayap malas
Osaka dirujuk sebagai negara Jepun.
Tambah-tambah sekarang ini musim lecah
Hampir setiap kerusi empuk diduduki
oleh orang-orang putih sahaja.

Ameliorasi
Amalan meningkatkan nilai makna
sesuatu kata kepada yang lebih baik,
yang lebih tinggi atau yang lebih halus.
Cth dalam kata bilik air ; tandas ;
jamban
Tubuhnya agak gempal, berkaca mata
dan kulitnya hitam manis.
Gempal dirujuk sebagai bernilai lebih
manis dan lebih sopan.

Tentunya urusan rumah tangga


pula, Ramlahlah yang menjadi ratu.
Memanglah orang kata kita tidak
elok buat persiapan untuk ibu
sebelum betul-betul ibu menutup
mata akhir.
tetapi saya ingin menghembuskan
nafas saya di sini juga.

Pejorasi
Proses perubahan makna sesuatu kata
daripada yang asal kepada yang
mempunyai nilai makna yang rendah.
Agaknya bininya belum pulangpulang dari subuh tadi
Pandai kaulah, Mah. Asal jangan
tulis surat cinta pada jantan lain
sudahlah
[bini vs isteri] , [jantan vs lelaki]

Litotes
Penggunaan sesuatu kata untuk
menyampaikan makna yang
sebaliknya (antonim).
bagaimana ayah, begitulah
anaknya, tidak lokek dengan
senyuman.
Tidak lokek bermaksud bermurah.
Tetapi penggunaan kata negatif
digunakan iaitu tidak

semalam-malaman itu tidaklah


kering air matanya.
fikirannya tidak singkat
Kaum penan bukan tunggal.

Pemilihan Kata
Pemilihan kata dalam karya sastera
amat penting kerana maksud yang
hendak disampaikan banyak
bergantung pada erti dan makna
kata atau ungkapan atau ayat yang
telah disusun dalam karya sastera
(Keris Mas).

Onomatopeia
Proses leksis dalam mencipta
perkataan berdasarkan bunyi.
Berdentum guruh, seperti
membelah daerah Baram.
Bunyi desiran pokok kayu di situ
sampai ke telinganya
Kata desir membawa makna bunyi
seperti daun kayu ditiup angin.

Daun-daun itu berkeritik dijilat


api. Keritik membawa makna
bunyi seperti daun kering di bakar.
Tuk Jaik mengertapkan gigi.
Makna kertap merujuk kepada
bunyi seperti benda keras digigit.

Sekian, terima kasih

Estetika Logik dalam


Teks Sastera

Fungsi Puisi tercermin dalam kata


SASTERA
S Seni Bahasa [Pengucapan Bermakna]
A - Akaliah / ilmu [Fungsi Mendidik]
S Sensitiviti / sensori [Hiburan/Penawar]
T Tersurat /tersirat [Kritik sosial]
E - Estetika [Wajah Kebijaksanaan]
R - Realiti / Gambaran [Dokumentasi}
A - Alternatif [ Medium Hiburan]

Estetika Logik dalam


Teks Sastera
Logik berkaitan dengan
pertimbangan akal sesuatu yang
dapat diterima atau sebaliknya.
Pertimbangan logik lazimnya
memerlukan sesuatu pembuktian.
Estetika logik merujuk kepada
sesuatu nilai yang dapat diterima
secara akaliah, sebab musabab, dan
gaya seni penyampaian.

Fikir 1
Yang capik penghalau ayam,
Yang buta penghembus lesung,
Yang pekak pembakar meriam,
Yang kurap pemikul buluh,
Yang pekung di penjemuran.

Penafsiran Estetika Logik


Pertimbangan akaliah
Isi dan maklumat /
Karya sastera sebagai sumber cerita
Karya sastera sebagai pencerna kognitif
Pertimbangan sebab musabab
Kenapa dan mengapa
Betul atau tidak
Pertimbangan dunia nyata /
Pertimbangan seni penyampaian
Had ruang / bahasa mencerminkan
makna

Fikir 2
Esoknya kuih pau dan ketupat bertukar pinggan
mereka saling menerima dan memberikan
kepunyaan
dan dari kedua telaga hati berkocak mesra
mengucapkan Kong Hee dan Selamat Hari Raya.
(SN UA)

Fikir 3
Ambil secawan ehsan. Adun dengan kasih
sayang. Kukus dalam dandang kesabaran.
Jerang atas tungku iman kepada Allah.
Hidang dalam dulang senyum riang. Suap
dengan tangan kemahiran. Kunyah dengan
mulut yang bestari. Maka bergembira dan
bersyukurlah, kerana dengan itu engkau
telah menikmati rezeki yang direstui

(Begawan:81)

Sekian, terima kasih