Anda di halaman 1dari 37

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah,bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat
masa,nyawa dan tenaga yang dianugerah-Nya

kepada kami, dapat juga kami

menyelesaikan kajian kami yang bertajuk Seni Pertahanan Diri Silat di Malaysia
dengan jayanya.
Pertama sekali, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada
pensyarah yang dihormati, Dr. Md Akbal bin Abdullah kerana dengan tunjuk ajar serta
bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini. Serba
sedikit ilmu yang diturunkan bermanfaat untuk dijadikan rujukan buat kami dalam
melaksanakan kajian ini.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tenaga pengajar silat
Kg. Kanchong Darat, En.Roslan Effindi bin Tuki yang telah berkongsi ilmunya terhadap
seni pertahanan diri silat di Malaysia ini kepada kami. Dikenali sebagai Kanang Lekir
serta beberapa orang pelajarnya telah menunjukkan demonstrasi kepada kami untuk
memuatkan dalam kajian kami. Serba sedikit dapat juga kami menimba ilmu serta
belajar cara

pencak silat dijalankan. Kami juga telah memuatkan beberapa keping

gambar serta sesi temu bual bersama En.Kanang dalam isi kajian kami ini.
Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada ahli ahli kumpulan
HE.Selasa.Kump.10-Aizat yang telah banyak memberikan buah pendapat, meluangkan
masa untuk melakukan perbincangan dan tidak lokek untuk memberikan sumbangan
kewangan.Hasil daripada sikap toleransi serta tanggungjawab terhadap kumpulan ini
terhasil kajian ini bagi sumber rujukan di masa akan dating.

Kerjasama yang

ditunjukkan dalam diri setiap ahli amat dihargai kerana setiap ahli memainkan peranan
penting bagi melaksanakan kajian ini.
Akhir madah, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga
kepada mereka yang terlibat secara lansung atau tidak langsung dalam menyelesaikan
1

kajian berkaitan seni pertahanan diri - Silat di Malaysian ini. Moga hubungan, budaya,
termasuk seni pertahan diri ini tidak dipandang enteng oleh masyarakat akan datang
(generasi z) di Malaysia pada masa akan datang kerana di mana bumi dipijak di situ
langit dijunjung.Seni ini wajar diteruskan kerana seni pertahanan diri ini adalah warisan
bangsa.
Sekian,
Terima kasih.

PENDAHULUAN

Seni Silat atau Pencak Silat merupakan salah satu seni mempertahankan
diri bagi bangsa Melayu mahupun Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang
lampau. Menurut sejarah, silat tersebar ke sepanjang Nusantara Melayu sejak abad ke7 M, akan tetapi asal-usulnya masih tidak diketahui. Mahupun begitu, silat telah diakui
sebagai seni Melayu asli. Orang Melayu yang telah menetap di bandar-bandar pantai
pulau Sumatera dan Semenanjung Melayu, dari Aceh di utara ke Kelantan, Kedah dan
Kepulauan Riau di selatan, dan Pattani di utara merupakan orang-orang yang
mengamalkan amalan silat. Perhubungan dengan kumpulan suku kaum lain di bandarbandar pantai juga telah mempengaruhi bentuk silat. Selain digunakan sebagai seni
pertarungan dan tarian budaya rakyat, silat turut menjadi satu bentuk latihan rohaniah.
Silat telah diperhaluskan kepada ciri-ciri keistimewaan sultan, panglima dan pendekar
sewaktu empayar Kesultanan Melaka, Majapahit dan Srivijaya. Ianya adalah apabila
silat tersebar di sepanjang Semenanjung Melayu, Jawa, Bali, Sulawesi dan Borneo.
Orang Melayu, terutamanya di semenanjung Melayu, menganggap cerita legenda Hang
Tuah pada abad keempat belas sebagai Bapa Silat. Silat turut berkongsi sejarah yang
sama di Malaysia (termasuk Singapura ketika itu), Brunei dan Indonesia sewaktu era
penjajahan sebagai suatu wadah untuk membebaskan diri daripada kekuasaan
penjajah. Sewaktu era pasca penjajahan, silat telah menikmati populariti dan nama
yang tinggi oleh sebab jasa pendekar-pendekar yang telah memimpin perjuangan dan
mengorbankan nyawa bagi meraih kemerdekaan.
Usia sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara
terperinci dan tepat kerana tiada usaha untuk mengkaji daripada pihak berwajib secara
mendalam. Malah, ada yang mengganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus
tahun dan diperturunkan secara berterusan dari generasi ke generasi. Hal ini
termasuklah pengamal-pengamal seni silat di seantero dunia terutamanya Brunei,
Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand. Mereka yang mempelajari silat digelar
pesilat. Amalan pada zaman ini, pengajar atau guru silat digelar jurulatih dan seseorang
yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama sesebuah aliran itu.
Kebanyakan guru silat kini telah menolak gelaran Mahaguru kerana bagi yang beragam
Islam, gelaran 'Maha' hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan hal ini bertepatan dengan
3

perwatakan guru silat yang kebiasaannya lebih senang menyembunyikan kemahiran


mereka serta mengamalkan sifat rendah diri. Pesilat senior yang telah lama
berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar, berkemahiran tinggi dan ada di
antaranya mewarisi beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan
amat dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelarkan pendekar.
Antara senjata melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat ialah keris,
badik, kerambit, parang, pedang, lading, tumbuk lada, tekpi, tongkat, tembong dan
sundang. Bagi sesetengah silat yang tidak menggunakan senjata, pembelajaran akan
lebih tertumpu kepada pertempuran tangan kosong iaitu tanpa senjata. Secara amnya,
sesebuah aliran silat yang mengajar kedua-dua kemahiran tersebut adalah sangat
jarang dijumpai berbanding aliran silat yang hanya menumpukan salah satu
daripadanya. Kebiasaannya seseorang penuntut atau murid baru akan ditumpukan
kepada kemahiran tempur tangan kosong sebelum diajar bermain senjata. Bagi
sesetengah aliran pula, hanya murid yang diiktiraf sebagai murid berkemahiran dan
mempunyai adab keperibadian yang tinggi sahaja dibenarkan mempelajari kemahiran
senjata.
Pergerakan silat terbahagi kepada dua iaitu gerakan bunga dan gerakan
buah. Gerakan bunga merujuk kepada pergerakan seolah-olah tarian, digelar juga seni
atau tari manakala gerakan buah pula merupakan gerakan pukulan atau buah pukul.
Bagi sesetengah pihak yang tidak pernah melihat seni mempertahankan diri ini,
mungkin ia akan kelihatan seperti sejenis tarian. Akan tetapi, terdapat aliran yang hanya
mempunyai gerakan buah seperti Silat Cekak dan Buah Bentayan. Seni tari yang halus
ini juga boleh digunakan sebagai persembahan dalam sesuatu majlis keramaian, malah
hampir setiap aliran mempunyai 'tari sembah' termasuklah aliran yang tidak mempunyai
gerakan bunga. Tari sembah ini dipersembahkan untuk sesi perkenalan diri dan aliran
yang diwakili atau dipelajari. Dalam situasi pergaduhan, permulaan langkah daripada
tari sembah atau sejurus daripada gerakan bunga yang diperlihatkan, membolehkan
pesilat itu mengenali rakan sealiran dan berkemungkinan besar pergaduhan tersebut
akan berakhir dengan damai serta bermaaf-maafan.
Menjadi satu ungkapan yang terkenal dan biasa ditutur oleh guru-guru silat
bahawa gerakan bunga silat mempunyai seribu satu muslihat. Selain daripada kelihatan
mengelirukan iaitu gerakannya seolah-olah sejenis tarian, gerakan bunga juga
4

digunakan untuk memberi masa dan ruang kepada pihak lawan bagi menghulurkan
salam perdamaian. Hal ini adalah kerana, kebanyakan dari gerakan tersebut dilihat
seolah-olah perbuatan menghulur salam, menyembunyikan gerakan buah dan sudut
serangan, mengacah-acah serta mengumpan pihak lawan kadangkala sehingga
sengaja menunjukkan bahagian tubuh tertentu bagi diserang untuk memerangkap
musuh.
Silat juga terkenal sebagai sistem pertahanan diri yang banyak
menggunakan kuncian, sama ada kunci urat saraf atau anggota tubuh. Istilah 'kunci
mati' adalah sinonim dengan silat. Menurut pandangan guru-guru tua silat, perkataan
silat berasal daripada perkataan ilat, elat, elak, silap dan kilas. Kami turut berpendapat
bahawa asal nama silat itu berasal daripada ungkapan si elat, yakni menggambarkan
pengamal seni bela diri silat sebagai pakar mengelat dalam mengelak serangan dan
mengaburi mata lawan.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk:


1
2
3
4

Mengkaji silat sebagai budaya dalam sesebuah etnik.


Mengkaji peranan silat dalam konteks masyarakat kini.
Mengkaji sejarah silat dan bagaimana terdapatnya pelbagai pecahan silat.
Mempelajari silat sebagai satu aset seni dari etnik Melayu.

SKOP KAJIAN

Skop kajian ini tertumpu kepada Silat Cemandi Warisan yang diamalkan di
Kampung Kanchong Darat, Banting, Selangor untuk mengkaji tentang asal usul,
maklumat dan budaya tentang silat jawa dan kesannya terhadap masyarakat melayu
masa kini, dan mempelajari silat sebagai satu aset dari etnik melayu yang perlu
dipelihara.

KAEDAH KAJIAN

Silat adalah perkataan kolektif untuk seni mempertahankan diri asli dari kawasan geobudaya Asia Tenggara meliputi sebagian besar Nusantara, Kepulauan Melayu dan
seluruh Semenanjung
Dalam kajian ini, kami mengkaji silat melayu yang kini termashur di asia
tenggara. Kami juga menkaji asal usul silat dan jenis-jenis silat. Antara silat yang kami
perolehi adalah, silat cimandi warisan. Kami pada awal nya mengkaji secara umum.
Cara-cara kajian adalah melalui laman sesawang, buku, dan temu ramah.
Kawasan yang dipilih adalah kawasan perkampungan orang jawa, Banting,
Kuala Langat. Kuala Langat merupakan sebuah daerah di Selangor, Malaysia. Ia
terletak di bahagian barat daya Selangor. Ia meliputi kawasan seluas 885 kilometer
persegi, dan mempunyai penduduk 222.261 pada 2010 Cenmsus (hasil sementara). Ia
bersempadan dengan daerah Klang ke utara dan Sepang ke timur. Perbatasan wilayah
selatan menjadi sebahagian dari sempadan Selangor dengan Negeri Sembilan. Selat
Melaka membentuk perbatasan barat.
Setelah memilih kawasan kajian, kami menghubungi tenaga pengajar di salah
satu kampung, En Roslan Bin Tuki, Kampung Kanchong Darat. Persetujuan telah dibuat
untuk menemu ramah untuk mengkaji seni silat sebagai budaya dalam sesebuah etnik,
peranan silat dalam konteks masyarakat masa kini, sejarah silat, dan bagaimana
terdapatnya pelbagai pecahan silat, dan mempelajari silat sebagai satu aset seni dari
etnik melayu.
Setelah mendapat persetujuan dari En Roslan Bin Tuki, kami berkumpul di shah
alam pada 23 oktober 2014 dan bertolak ke kampung kanchong darat, dari jam 7.00
malam, dan tiba di gelanggang silat pada jam 8.30 mlm. Temu ramah bermula pada
8.30 mlm hingga 11.00 mlm bersama tenaga pengaja. Temu ramah merangkumi caracara silat, asal usul, dan peranan silat. Temu ramah di buat dengan rakaman suara,
video, dan gambar.

Sambil menemu ramah tenaga pengaja, kami di beri demonstrasi silat yang
dipelajari. Demonstrasi ini merangkumi pergerakan tanpa senjata, penggunaan senjata
rotan dan keris. Terdapat kekangan dalam menjalankan demonstrasi iaitu kelengkapan
senjata, seperti penggunaan parang dalam silat.
Akhir sekali, selepas temu ramah dijalankan, kami mengadakan beberapa
perjumpaan bagi mengumpul maklumat yang diperolehi semasa temu ramah.

KAJIAN KUALITATIF

Data-data atau maklumat yang akan kami cari dan peroleh melalui metadologi
kajian kualitatif ini adalah berbentuk perkataan atau ayat yang diperoleh dari
temubual,rakaman dan video.Oleh yang demikian kami akan menemubual sendiri para
pengamal seni pertahanan diri Silat ini sendiri.

Selain itu instrument penting bagi kajian ini ialah penyelidik itu sendiri dimana
kami sebagai penyelidik haruslah peka dan bergerak aktif dalam mengumpul dan
mendapatkan maklumat.Kami sebagai penyelidik perlulah berada dan mengalami
sendiri situasi yang ingin dikaji.Dengan hal yang demikian barulah kajian itu lebih beerti
dan mudah difahami oleh para penyelidik itu sendiri.
Manakala, dari segi rekabentuk kajian pula adalah fleksibel, dan boleh
diubahsuai mengikut keadaan semasa.Akhir sekali,perserta bagi kajian ini sudah
semestinya kami para penyelidik dan individu ataupun golongan yang akan kami
temubual nanti.

10

DAPATAN KAJIAN

ASAL USUL

Cemandi adalah perkatan jawa yang bermaksud pahlawan atau pendekar . Silat
Cemandi telah wujud di kepulauan Jawa , Indonesia lebih 100 tahun yang lalu. Mula
dipraktikan oleh seorang pendekar berketurunan jawa yang juga merupakan seorang
pendakwah, kemudian mula berkembang dikalangan orang-orang jawa sebagai seni
mempertahankan diri . Pada dasarnya silat ini hanya dipraktikan di kepulauan Jawa
sahaja,

namun

begitu

salah

seorang

anak

murid

seni

Sukiman berhijrah ke Tanah melayu dan beliau merupakan

silat

ini

iaitu

Pak

antara pengasas Silat

Cimande di Malaysia.
Pada tahun 1950-an Pak Sukiman telah berhijrah dan merantau ke Batu Pahat,
Johor di Malaya (Malaysia). Pak Sukiman telah bermaustatin dan menetap di Batu
Pahat, beliau juga telah membuka gelanggang silat Cemandi yang juga dikenali di
Malaysia sebagai Seni Silat Cemandi Pecah Tujuh. Beberapa tahun kemudian Pak
Sukiman telah merantau dari Johor ke utara semenanjung sehingga ke Banting,
Selangor. Disana beliau telah menetap dan mengajar silat sehingga ke akhir hayat.
Sebelum beliau kembali ke Rahmatullah beliau mempunyai ramai anak murid dan salah
seorang darinya itu ialah Guru Khairi Bin Sakiman yang juga tinggal di Banting ,
Selangor. Pada asalnya silat ini hanya dipelajari oleh orang-orang jawa yang tinggal di
perkampungan jawa tetapi
Seterusnya seni warisan ini diteruskan oleh En.Roslan Bin Effendi atau lebih
dikenali sebagai wak Kanang sehingga ke hari ini.
Pada asalnya silat ini hanya dipelajari oleh orang-orang jawa yang tinggal di
perkampungan jawa di Malaysia, namun apabila seni silat ini mula berkembang dan
dipelajari oleh semua bangsa melayu ,Wak Kanang telah memodenkan silat ini dan
menukar nama asal silat ini dari Silat Cemandi kepada Silat Cemandi Warisan kerana
11

beliau menginginkan silat ini menjadi satu seni warisan bukan sahaja bangsa Jawa
tetapi warisan keseluruhan melayu nusantara.

MATLAMAT, BUDAYA DAN ADAT SILAT CEMANDI WARISAN

Berdasarkan temu bual dengan pengajar Silat Cemandi Warisan ini sendiri iaitu
Wak Kanang, matlamat utama Silat Cemandi Warisan adalah untuk mengekalkan seni
warisan silat keturunan Jawa yang pada masa kini semakin pupus dek ditelan zaman.
Selain itu menurut Wak Kanang , silat adalah berkait rapat dengan agama Islam seperti
mengamalkan selawat sebelum memasuki gelanggang silat dan menerapkan nilai-nilai
murni yang terdapat dalam agama islam seperti menghormati orang tua, bersikap
rendah diri dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dalam pelbagai bidang. Oleh
itu, silat juga dapat melahirkan insan yang berakhlak. Selain itu dengan mempelajari
silat, pelajar dapat menghabiskan masa lapang mereka dengan perkara yang
berfaedah selain dapat mempelajari ilmu mempertahankan diri terutama bagi pelajar
perempuan. Menurut Wak Kanang lagi, silat dapat menjadikan seseorang itu lebih
berdisiplin dan perwatakan murni berbeza dengan orang biasa kerana silat
menekankan disiplin yang tinggi seperti menepati waktu dan pandai menguruskan
masa.
Wak Kanang mengambil pelajar yang berusia seawal 10 tahun lelaki dan
perampuan dan mereka diajar sehingga khatam atau habis mempelajari semua jurus
asas yang terdapat dalam Silat Cemandi Warisan ini. Selepas itu pelajar boleh
mempertimbangkan

samaada

mahu

meneruskan

pembelajaran

ke

peringkat

seterusnya atau tidak, kerana semua keputusan adalah berdasarkan kerelaan pelajar
dan ibu bapa. Wak Kanang menekankan bahawa tiada paksaan dalam mempelajari
seni silat ini, cuma beliau berharap ibu bapa mengambil berat dan tahu akan
kepentingan silat supaya seni mempertahankan diri ini terus bertahan sebagai seni
mempertahankan diri warisan melayu .

12

Silat Cemandi Warisan mempunyai 20 jenis gerakan asas buah atau jurus menyerang
dan menangkis serangan yang diajar secara berperingkat. Wak Kanang akan
mengadakan ujian pada masa-masa tertentu untuk menilai keupayan pelajarpelajarnya.

PERANAN MUZIK DALAM SILAT

Muzik merupakan satu kepentingan dalam seni silat. Muzik merupakan satu
misteri dalam silat. Biasanya seni silat akan menggunakan serunai dan gendang.Alat
muzik ini boleh menyebabkan sesorang pesilat naik serbu apabila ia dimainkan.
Kemahuan dalaman akan memaksa meraka untuk membuka sembah bagi memulakan
pencaknya.
Mengikut kata Wak Kanang, fungsi muzik dalam silat ini adalah bertujuan untuk
menaikkan semangat pesilat, pemangkin emosi bagi mencorakkan pergerakan silat.

13

ALATAN MUZIK

Gambar : Antara perlatan muzik yang digunakan.

14

Gambar : Alat Muzik Saron

SARON
Saron ialah salah satu instrumen gamelan yang terkmasuk dalam
keluarga balungan dan berasal dari Indonesia. Terdapat beberapa jenis
saron. Antaranya ialah:
i.
Saron demung- berlaras paling rendah dari saron barung.
ii.
Saron barung- berlaras lebih tinggi dari saron demung.
iii.
Saron penerus- berlaras paling tinggi dari saron demung dan
barung.

15

Gambar : Alat muzik Gong

GONG
Gong terbahagi kepada tiga iaitu besar, sederhana dan kecil. Gong
terbesar dikenali sebagai gong Suwukan, manakala gong sedang dikenali
sebagai Kempul dan gong kecil dikenali sebagai gong Bende.

16

Gambar : Alat muzik Gendang Ibu dan Anak

GENDANG IBU DAN ANAK


Gendang ibu dan anak merupakan gendang dua muka. Ia berkembang di
negeri Kedah, Perlis, Terengganu dan Perak dan telah ditakrifkan sebagai
gendang melayu. ia digunakan sebagai genderang dalam ensemble
paluan untuk mengiringi teater tradisional serta mengiringi tarian klasik
istana dan rakyat.

17

Gambar : Alat muzik Buluh (ciptaan Wak Kanang)

BULUH
Buluh ini direka khas oleh pengasas cemandi warisan ini sendiri untuk
melengkapkan bunyian dan muzik.

18

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian yang telah kami pilih dalam melengkapkan lagi kajian ini ialah di
Kanchong Darat, Banting, Selangor Darul Ehsan iaitu kira-kira 15km dari Pekan
Banting. Kanchong Darat merupakan sebuah perkampungan yang kebanyakannya
adalah orang jawa.Kampung Kanchong Darat, sebuah perkampungan tradisi kedua
terbesar di Kuala Langat mempunyai pelbagai keistimewaannya yang tersendiri.Terletak
di daerah yang bukan sahaja dikenali dengan keindahan pantainya terutama Pantai
Morib dan kawasan tinggalan sejarah, Kampung Kanchong Darat terus makmur dan
berpegang kepada adat dan tradisi masyarakat Jawa. Kampung ini pernah merangkul
banyak anugerah antaranya Kampung Terbaik Negeri Selangor pada 1997 dan johan
antara johan pertandingan Keindahan, Kebersihan dan Kemajuan Kampung Peringkat
Kebangsaan tahun 2000.
Mercu tanda bulu tangkis menjadi kebanggaan Kampung Kanchong Darat yang
dibina kerana kejayaan anak-anak Allahyarham Dato Haji Mohd Sidek Abdullah Kamar
yang terdiri daripada Misbun, Razif, Jailani, Rahman dan Rashid yang berjaya
membawa kembali Piala Thomas. Sesuai dengan suasana perkampungan di sini,
Kampung Kanchong Darat, Kampung Endah dan Kampung Batu Laut menyertai
Program Homestay Kuala Langat. Seperti juga Kampung Kanchong Darat, Kampung
Endah juga dikenali ramai dengan pelbagai anugerah termasuklah Johan Pertandingan
Kebersihan, Keindahan dan Kemajuan Kampung- kampung Negeri dan Kebangsaan
tahun 1994.
Adat tradisi dan budaya masyarakat Kampung Kanchong Darat terserlah melalui
makanan tradisi mereka serta aktiviti pertanian yang menjadi punca pendapatan
masyarakat di sini. Tidak sah rasanya jika tidak merasai juadah istimewa Nasi Ambang
dan kuih-kuih tradisional jika ke kampung ini. Di sekitar kampung, terdapat banyak
pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) yang menjual aneka jenis kerepek
dengan harga yang berpatutan.Seni dan budaya turun temurun juga tidak dilupakan.
Aktiviti dan irama kebudayaan tradisional seperti silat, cempuling, jidur, keroncong dan
ghazal tetap segar dimainkan generasi lama dan baru kampung itu. Jika rindukan
19

nostalgia zaman kanak-kanak ketika bermain gasing, dua gelanggang khas disediakan
kepada penggemar permainan itu untuk melepaskan. Permainan gasing pangkah
adalah permainan tradisional popular di kalangan penduduk kampung di sekitar daerah
ini.
Selain itu, kami memilih lokasi ini ialah kerana aktiviti seni silat masih diamalkan
oleh penduduk kampung. Mereka tidak kekok dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu
persilatan bagi membantu kami meneruskan kajian mengenai seni silat jawa iaitu
Cemandi Warisan.

20

KESIMPULAN

Silat Cimande Warisan atau Silat Cemandi adalah silat yang diamalkan oleh
masyarakat orang Jawa yang berasal dari Kepulauan Jawa dibawa oleh Pak Sukiman
yang berhijrah ke Tanah Melayu yang mengasaskan Silat Cimande pada 1950.
Berdasarkan objektif kajian, seni silat di Nusantara terdapat banyak pecahan dan
diamalkan oleh sesetengah masyarakat sahaja. Seni silat berperanan dalam
membentuk sasiah dan jati diri sesuatu kaum. Dari pemerhatian pengkaji mendapati
pengamal silat mempunyai disiplin yang tinggi seperti menepati masa, kurang
membuang masa dan tidak melakukan sesuatu perkara secara sia-sia. Fungsi silat juga
dapat dijadikan sebagai aktiviti mengisi masa lapang masyarakat muda masa kini
disamping mengekalkan adat resam dan budaya masyarakat melayu khususnya. Selain
daripada itu, pengkaji juga telah mempelajari asal usul seni silat dan bagaimana seni
silat bertambah dan mempunyai pecahan mengikut masyarakat. Akhir sekali, seni silat
perlu dipertahankan dan diperturunkan dari generasi ke generasi supaya salah satu
adat dan budaya melayu ini tidak hilang ditelan zaman.

21

LAMPIRAN

Sesi temuramah bersama pengajar silat cemadi warisan, Wak Kanang.

22

Suasana latihan di gelanggang.

23

Sesi latihan dan pembelajaran

24

Sesi latihan

25

Latihan teknik tempur solo

26

Sesi latihan teknik tempur solo

27

Teknik tempur senjata (keris)

28

Teknik tempur senjata (keris)

29

Teknik tempur senjata (rotan)

30

Teknik tempur senjata (rotan)

31

Pakaian silat (hadapan)

32

Pakaian silat (belakang)


33

Sebahagian ahli silat cemandi warisan

34

35

Penyerahan saguhati kepada ahli-ahli silat


cemandi warisan

36

RUJUKAN

1. Pengenalan silat cemandi. Diperoleh daripada laman blog


http://persatuanpencaksilatcemandi.blogspot.com/
2. Kuala Langat. Diperoleh daripada laman sesawang
http://en.m.wikipedia.org/wiki/Kuala_Langat

37

Anda mungkin juga menyukai