Anda di halaman 1dari 5

Ketibaan para

jemputan dan ibu


bapa

Mengumumkan ketibaan
Yang Dihormati
En.Norzilam b Mohamed
Pengarah Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri Negeri Terengganu
Diiringi oleh
En. Ghazali B Latif (Yang Dipertua PIBG)
En. Wan Jaafar B. Wan Muda (Guru Besar)
En. Jamil b. Abas ( Pengurus Felda)
Guru-Guru Penolong Kanan
dan AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Felda Neram 1

Kata Alu-aluan
Pengacara Majlis

Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.
Bismilahhirahmanirahim...
Yang Dihormati
En.Norzilam b Mohamed
Pengarah Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri Negeri Terengganu
Yang Berusaha En. Wan Jaafar B. Wan Muda
Guru Besar SK Felda Neram 1
Yang Dihormati En. Ghazali B Latif
Yang Dipertua PIBG SK Felda Neram 1
Yang Dihormati Pn. Maslinah bt Ismail
Naib Yang Dipertua PIBG SK Felda Neram 1
Yang Dihormati
En. Jamil b. Abas
Pengurus Felda Neram 1
Barisan Guru Penolong Kanan
Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG
Barisan pendidik,
Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan selamat petang.
Alhamdulillah, bersyukur kita pada petang ini, dengan izin serta limpah
rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke27 tahun 2016 ini.
Pihak majlis serta seluruh warga SK Felda Neram 1, turut sama
merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
Yang Dihormati
En.Norzilam b Mohamed
Pengarah Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri Negeri Terengganu
kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini.

Bacaan Doa

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan


dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan
oleh Ustaz Rosli B Abdullah / Khalid Bin Chik . Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
.......................................

Nyanyian Lagu
Negeri dan Lagu
Negaraku

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Rosli B Abdullah / Khalid


Bin Chik . diatas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Sidang Hadirin yang dihormati,
Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
menyayikan lagu negeri Terengganu, selamat sultan dan lagu Negaraku.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin


dipersilakan duduk.

Ceramah Motivasi
Kekeluargaan

Tanpa membuang masa, dengan ini majlis menjemput


Yang Dihormati
En.Norzilam b Mohamed
Pengarah Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri Negeri Terengganu
Untuk menyampaikan ceramah motivasi kekeluargaan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
- ceramah slot keibubapaan Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
En.Norzilam b Mohamed atas ceramah sebentar tadi.

Ucapan Alu-aluan
YDP PIBG

Warga dewan yang mulia.


Encik Ghazali YDP PIBG,
Segak orangnya kemas bergaya;
Dijemput ke pentas tampilkan diri,
Memberi ucapan pembuka bicara.
Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan EN. Ghazali b Latif , Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa
dan Guru SKFN1 untuk memberikan ucapan.
Dengan sukacitanya dipersilakan....
- Ucapan YDP PIBGMajlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Guru
Besar

Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,


Seorang pemimpin hebat,
Menjadi suluh dalam gelita,
Menjadi penawar dalam bisa,
Menjadi penenang dalam duka,
Menjadi penyejuk dalam derita,
Menjadi penyabar dalam murka.
Justeru, majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Wan Jaafar b.
Wan Muda ,
Guru Besar SKFN1 untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan....

- Ucapan Guru Besar


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas
ucapan sebentar tadi.

Penyampaian
hadiah UPSR 2015

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada murid


cemerlang UPSR 2015. Untuk itu, majlis menjemput En Jamil bin Abas,
Pengurus Felda Neram 1 diiringi oleh En. Ghazali B Latif ( Yang dipertua
PIBG) dan Encik Wan Jaafar b. Wan Muda (Guru Besar SKFN1) untuk
menyampaikan hadiah tersebut.
Dipersilakan....

Gimik Perasmian

Terima kasih diucapkan kepada En Jamil bin Abas, atas penyampaian


hadiah itu tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan upacara perasmian 1 KELUARGA 1 PASU
POKOK BUNGA.
Untuk itu, majlis menjemput,
Yang Dihormati
En.Norzilam b Mohamed
Pengarah Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri Negeri Terengganu
diiringi oleh En. Ghazali B Latif dan Encik Wan Jaafar b. Wan Muda
untuk melancarkan perasmian 1 KELUARGA 1 PASU POKOK BUNGA.
-gimikTerima kasih diucapkan kepada
En.Norzilam b Mohamed
Pengarah Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri Negeri Terengganu
Atas perasmian sebentar td. Dengan ini selesai sudah Perasmian 1
KELUARGA 1 PASU POKOK BUNGA.

Penyampaian
cenderamata

Beli keladi di Pekan Lidup,


Sayang rasa lemaknya kurang;
Taburlah budi ketika hidup,
Kelak jasa dikenang orang.
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada Ahli Jawatankuasa
PIBG Sesi 2015/2016.
Justeru, sekali lagi majlis menjemput dan mempersilakan
En.Norzilam b Mohamed
Pengarah Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri Negeri Terengganu
diringi oleh Encik Wan Jaafar b. Wan Muda, Guru Besar SKFN1 untuk
naik ke pentas bagi menyempurnakan majlis penyampaian sijil kepada
Ahli Jawatankuasa PIBG SKFN1 sesi 2015/2016.
Dengan segala hormatnya dipersilakan....
Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Dijemput..............(rujuk senarai nama)


Dijemput..............
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En.Norzilam b Mohamed
kerana sudi menyempurnakan majlis sebentar tadi.
Sebagai tanda terima kasih, dipersilakan En. Ghazali B Latif untuk
menyampaikan cenderahati tanda ingatan daripada warga PIBG SKFN1
kepada tetamu istimewa kita pada hari ini.
Sesungguhnya kesudian En.Norzilam B Mohamed hadir ke majlis kami
merupakan satu suntikan semangat buat kami semua di SKFN1 dan para
ibu bapa untuk terus berusaha demi kecemerlangan anak-anak yang
kami kasihi. Terima kasih sekali lagi. Terima kasih juga diucapkan kepada
En. Ghazali B Latif atas kesudian menyampaikan cenderahati.
_____
Pihak majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan
En.Norzilam b Mohamed
Pengarah Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri Negeri Terengganu
Diiringi oleh Encik Wan Jaafar b. Wan Muda, Guru Besar SKFN1 untuk
menikmati juadah jamuan yang telah disediakan di kantin sekolah.
Dipersilakan.
Mesyuarat PIBG

Majlis diteruskan dengan mesyuarat agung PIBG tahun 2016 . Dengan itu
saya dengan hormatnya menyerahkan majlis ini kepada yang Pengerusi
Sementara Mesyuarat PIBG.
_________________________
Tuan-tuan dan puan-puan,
Demikian tadi mesyuarat PIBG tahun 2016, diharapkan dengan
perlantikan ahlijawatankuasa yang baru akan menjadikan kita semua
lebih bersatu padu demi membangunkan sahsiah dan meningkatkan
tahap kecemerlangan anak-anak SKFN1.

Cabutan Nombor
Bertuah

Seterusnya tiba lah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara cabutan


nombor bertuah. Majlis dengan segala hormatnya menjemput yang
berusaha Encik Wan Jaafar b. Wan Muda, Guru Besar SKFN1 untuk
membuat cabutan nombor bertuah.
hadirin sekalian diminta bersedia dengan nombor masing-masing.

Jamuan, Bersurai

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar.


Dengan cabutan nombor bertuah itu tadi, maka berakhirlah mesyuarat
agung PIBG tahun 2016. Saya mewakili jawatankuasa pelaksana
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang telah
menyumbang secara langsung atau secara tidak langsung bagi
menjayakan majlis ini.
Dengan penuh takzim, majlis turut merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan atas kerjasama dan keprihatinan para ibu bapa yang
sanggup meluangkan masa sehingga majlis ini berjalan dengan lancar.
Madah di ungkap santun bicara,
Pantun di lantun mengusik hati
Salah dan silap tutur bicara
Pohon di ampun seikhlas hati

Kain yang carik cuma dihujung


Dibuat alas mengelap kendi
Budi yang baik tetap dijunjung
Tahun hadapan berjumpa lagi
Untuk makluman hadirin sekalian, dijemput kepada semua hadirin di
dewan ini untuk mengambil minuman yang disediakan di ________________
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai