Anda di halaman 1dari 26

1

1.0 PENGENALAN

bahawa sesiapa yang dapat menguasai Melaka,


mereka juga akan dapat menguasai Venice di
Eropah.
(The Suma Oriental; Tom Pires)
Empayar Melaka pernah berdiri dengan megahnya suatu masa dahulu dan
melalui zaman kegemilangannya yang penuh dengan pelbagai warna-warni
peristiwa sejarah yang terpalit di dalamnya selama lebih kurang satu abad
iaitu dari tahun 1400 sehingga 1511 di Melaka. Empayar Melaka mula
merosot keadaannya semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah dan
semakin parah keadaannya semasa zaman pemerintahan Sultan Mahmud
Syah hingga membawa kepada kejatuhannya kepada Portugis pada 24 Ogos
1511 yang menyaksikan berlakunya perubahan dalam suasana politik di Alam
Melayu selepas itu. Alfonso De Alburquerque merupakan pegawai tinggi
Portugis yang memainkan peranan penting dalam kejatuhan Melaka kerana
beliaulah yang

bertanggungjawab

merancang

strategi

dan mengetuai

angkatan armanda Portugis dalam menyerang Melaka. Penulis buku The


Suma Oriental yang berbangsa Portugis, Tom Pires pernah menyebut.
bahawa sesiapa yang dapat menguasai Melaka, mereka juga akan
dapat menguasai Venice di Eropah. Oleh itu, matlamat ekonomilah yang
menyebabkan Portugis bersungguh-sungguh mahu menguasai dan menakluki
Melaka sedangkan alasan lain sengaja diadakan. 1
Terdapat beberapa pandangan umum tentang kejatuhan Melaka dan
setiap satunya berbeza kerana ia dipengaruhi oleh alasan-alasan tertentu.
Antaranya

ada

yang

berpendapat

bahawa

kejatuhan

Melaka

adalah

disebabkan oleh malapetaka dan balasan daripada Tuhan di atas kelakuan


Sultan Mahmud Syah yang kejam terhadap rakyatnya serta tidak mengambil
tentang berat soal pentadbiran Melaka. Selain itu, terdapat juga pendapat
1

Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka, 1990, hlm. Xxviii.

2
yang menyatakan bahawa kejatuhan Melaka adalah disebabkan oleh
kelemahan dalaman kerajaan Melaka sendiri kerana selepas kematian Tun
Perak, ketiadaan pengganti Bendahara yang bijak telah menyebabkan
pentadbiran Melaka menjadi kucar-kacir. Ada juga pandangan lain yang
berpendapat bahawa kekuatan armanda Portugis adalah dari segi teknologi
peperangan terutamanya dan kekurangan dalam teknologi pertahanan
Melaka menyebabkan kejatuhannya kepada Portugis.
Walau

bagaimanapun,

menggunakan

akal

untuk

melalui

membentuk

pemerhatian
pemikiran

kami

yang

dengan

tajam

dan

menggunakan pancaindera yang sedia ada tetapi terhad penggunaannya ini


serta rujukan melalui buku-buku ilmiah yang ada, kami berpendapat bahawa
kejatuhan Melaka kepada Portugis adalah disebabkan oleh kekuatan armanda
Portugis sendiri yang kami klasifikasikan sebagai membentuk faktor luaran
dan kelemahan kerajaan Melaka sendiri, iaitu didorong oleh ketidakstabilan
keadaan politik yang berlaku di istana terutamanya yang kami klasifikasikan
sebagai membentuk faktor dalaman. Gabungan antara faktor dalaman dan
faktor luaran inilah yang sebenarnya telah mempengaruhi kejatuhan Melaka
itu sendiri kerana faktor ini saling berkaitan dan mempengaruhi antara satu
sama

lain.

Tetapi

faktor

manakah

sebenarnya

yang

paling

dominan

menyebabkan kejatuhan Melaka akan dibuktikan pada bahagian akhir esei ini
berdasarkan nas-nas hujah yang berpaksikan kepada fakta dan pemikiran
yang

relevan

serta

realistik

hasil

daripada

percambahan

idea

kami

sekumpulan.
Antara faktor dalaman yang menyebabkan kejatuhan Melaka adalah
disebabkan faktor seperti kematian Bendahara Tun Perak, sikap dan
kelemahan pemerintahan Sultan Mahmud Syah sendiri, kepincangan dalam
pentadbiran Bendahara Tun Mutahir, ketidakstabilan keadaan politik yang
berlaku dalam Istana Melaka, kepupusan pemimpin yang berwibawa,
penyelewangan

oleh

para

Pembesar

Istana

terhadap

hasil

negara,

kerendahan semangat jihad oleh rakyat Melaka, pengkhianatan oleh rakyat


asing kepada kuasa Portugis, teknologi pertahanan Melaka yang agak
ketinggalan / mundur dan ketidaksediaan Melaka untuk berperang. Manakala

3
faktor luaran pula adalah disebabkan faktor seperti serangan Portugis,
kecanggihan kelengkapan dan teknologi perang Portugis, strategi yang
berkesan oleh Portugis, semangat dan displin yang tinggi oleh tentera
Portugis, azam yang tinggi oleh Alfonso D Albuquerque untuk menakluki
Melaka, kebijaksanaan Alfonso D Albuquerque dalam merancang strategi
dan pegangan prinsip yang kuat oleh Portugis untuk menawan Melaka.

2.0 ISI ISI PENTING


2.1

Faktor Dalaman

2.1.1
Faktor

Kematian Tun Perak


dalaman

pertama

yang

menyebabkan

kejatuhan

Melaka

ialah

kematian Bendahara Tun Perak pada tahun 1498. Tun Perak merupakan
Bendahara yang pertama mengendalikan pentadbiran Melaka di bawah
pemerintahan 3 orang Sultan dan sehingga ke akhir awal pemerintahan
Sultan Mahmud Syah. Beliau telah memegang jawatan sebagai Bendahara
selama 42 tahun di bawah empat orang sultan iaitu Sultan Muzaffar Syah
(1446-1459), Sultan Mansur Syah (1459-1477), Sultan Alaudin Riayat Syah
(1477-1488) dan

Sultan

Mahmud Syah

(1488-1511). 2 Kehebatan

dan

kepewiraan Tun Perak telah memungkinkan Melaka muncul sebagai sebuah


empayar Melayu yang agung serta kuat di Nusantara pada abad ke-15 yang
mana sebelum itu Melaka hanyalah merupakan sebuah perkampungan
nelayan.
Kematian

Tun

Perak

merupakan

salah

satu

faktor

yang

telah

mempengaruhi kejatuhan Melaka kepada Portugis kerana beliau merupakan


seorang Bendahara yang hebat, cekap dan bijak dalam mengendalikan
pentadbiran di Melaka berbanding dengan penggantinya selepas itu. Situasi
ini dapat dilihat apabila para sejarawan telah bersepakat mengatakan
2

Dr. Mohd. Rais Bin Abdul Karim, Malaysia Kita, Kuala Lumpur: Institut Tadbiran
Awan Negara,
1991, hlm. 130.

4
bahawa semasa beliau memegang jawatan sebagai Bendahara, negeri
Melaka telah mencapai zaman kegemilangan dan kemakmurannya. 3 Dalam
Sejarah Melayu juga ada mengatakan bahawa peranan Tun Perak setanding
dengan peranan yang dilakukan oleh Mahapatih Gajah Mada (1331-1364) di
Majapahit.4 Kematian Tun Perak merupakan tamparan hebat kepada empayar
Melaka kerana selepas kematiannya ia telah memberikan impak terhadap
pentadbiran Melaka yang menjadi tidak teratur dan semakin lemah ketika itu.
Bendahara-bendahara yang mengantikannya tidak secergas dan sebijaksana
beliau kerana adiknya, Tun Perpatih Putih adalah seorang yang boros
manakala anak saudaranya Tun Mutahir hanya mencari kekayaan sebanyak
yang dapat lalu memperagakan kekayaan dan kedudukan beliau tanpa
segan-silu.5
Pada awal kemunculan dan kebangkitan Melaka sebagai kerajaan
agung di Nusantara, Tun Perak merupakan tulang belakang dan wira yang
telah menyusun pelbagai strategi

untuk menentang dan menangkis

serangan bertubi-tubi dari kerajaan Siam pada tahun 1446 yang cemburu
akan kekuasaan Melaka dan kegemilangan Melaka sebagai sebuah emporium
bertaraf pelabuhan enterport pada ketika itu serta ingin menguasai Melaka.
Disamping itu, Tun Perak merupakan antara tokoh Melaka yang mencipta
dasar-dasar pembangunan Melaka dan mengamalkan dasar perluasan
kekuasaan politik negeri Melaka di Semenanjung Tanah Melayu dan di
Nusantara. Contohnya, beliau telah berjaya menakluk Pahang, Kedah, Siak,
Kampar dan beberapa lagi negeri lain. 6 Tambahan pula, kehandalan dan
kecergasan beliau sebagai Bendahara menjadikan negeri Melaka sebagai
sebuah kuasa ekonomi yang paling berpengaruh di rantau Nusantara.
Menurut Shafie Abu Bakar di dalam buku yang bertajuk Sejarah di
Selat Melaka mengatakan Tun Perak merupakan wira agung dalam
kebangkitan Melaka yang patut dibanggakan jika dibandingkan dengan Hang
3
4

5
6

Ibid., hlm. 128.


Mohd Dahlan Mansoer, Pengantar Sejarah Nusantara Awal, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan
Pustaka & Kementerian Pelajaran Malaysia, 1979, hlm. 253.
Dr. Mohd. Rais B. Abdul Karim, Malaysia Kita, hlm. 140.
Mohd Dahlan Mansoer, Pengantar Sejarah Nusantara Awal, hlm. 245.

5
Tuah ataupun Hang Jebat. Hal ini kerana watak Hang Tuah dan Hang Jebat itu
masih lagi diragui serta dipertikaikan kewujudannya secara realiti dalam
sejarah

Melayu

Melaka.

Keperwiraan

mereka

adalah

lebih

kepada

pertarungan fizikal semata-mata dan kesetiaan yang membabi buta terhadap


Sultan tanpa dapat membezakan antara sesuatu yang benar ataupun salah
secara rasional, namun berbeza dengan Tun Perak, beliau merupakan wira
dan negarawan Melayu yang ulung serta kepewiraannya adalah berdasarkan
kepahlawanan, diplomasi dan intelektualnya. 7
2.1.2

Kelemahan Pemerintahan Dan Sikap Sultan Mahmud

Syah
Sultan Mahmud Syah yang merupakan Sultan Melaka terakhir yang
memerintah serta mempunyai sikap yang jauh berbeza dari segi ketokohan
dan perangai ayahandanya, Sultan Alauddin. Ayahandanya merupakan
seorang raja yang alim, tegas, berani dan adil tetapi Sultan Mahmud
sebaliknya kerana beliau merupakan raja yang suka berpeleseran, zalim,
suka berfoya-foya, suka membazir, pendendam, tidak adil, cemburu, leka
dengan ilmu mistik sehingga tidak mengambil berat tentang pentadbiran dan
tiada bertimbang rasa. Walaupun baginda dianggap oleh sesetengah
sejarawan sebagi seorang nasionalis yang menentang penjajahan Portugis,
perubahan perangainya itu berlaku hanya selepas insaf akan keburukan
dirinya yang sedikit sebanyak telah menyebabkan kejatuhan Melaka. 8
Kelemahan sikap Sultan Mahmud Syah sebagai seorang raja yang
zalim, kejam dan pendendam dapat dilihat di awal pemerintahan baginda
iaitu apabila Seri Maharaja menyuruh baginda menjatuhkan hukuman bunuh
ke atas seseorang yang kecil kesalahannya. 9 Peristiwa tersebut telah
menunjukkan bahawa semasa kecil lagi baginda sudah diajar bersifat zalim,
7

Abdul Latif Abu Bakar, Sejarah Di Selat Melaka, Melaka: Institut Kajian Sejarah Dan
Patriotisma
Malaysia (IKSEP) Dan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka (PSMCM), 1984, hlm. 11.
8
Dr. Mohd. Rais Bin Abdul Karim, Malaysia Kita, hlm. 140.
9
A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka,
1979, hlm. 175.

6
maka tidak hairanlah apabila dewasa, baginda mengamalkan sifat tersebut.
Selain itu, Sultan Mahmud juga seorang yang gemar berfoya-foya dan
bermain muda, banyak menghabiskan masa dengan mengusik serta
menganggu kaum wanita. Contohnya, walaupun baginda telah berkahwin
dengan anak Sultan Pahang namun baginda masih mempunyai hubungan
sulit dengan perempuan lain iaitu dengan isteri Tun Bayajid, anak Laksamana
Hang Tuah, Tun Dewi dan beberapa orang lagi perempuan yang lain. 10
Baginda juga mempunyai sifat boros dan suka membazir yang mana apabila
baginda

sanggup

memberikan

pelbagai

hadiah

kepada

orang

yang

disayanginya seperti Hang Isa Pantas dan Hang Hussin Jong. Contohnya,
Sejarah Melayu ada mengambarkan hal ini seperti berikut;
Maka titah Sultan Mahmud kepada mereka, Berdatang
sembahlah

engkau;

apa

kehendakmu

kepadaku?

Sembah Hang Isa pantas, Tuanku, jikalau ada kurnia


Tuanku Duli Yang Dipertua, patik memohon emas barang
dua tiga kati dan lain barang dua tiga banian....

11

Di samping itu, peribadi Sultan Mahmud amat lemah sehingga baginda


mudah dipengaruhi oleh para pembesar yang mempunyai kepentingan
peribadi sendiri. Contohnya, baginda mudah mendengar fitnah serta hasutan
seseorang dan keadaan ini berlaku khususnya setelah Tun Perak meninggal
dunia. Selepas kematian Tun Perak, Sultan Mahmud Syah kurang mengambil
berat tentang pntadbiran yang mana pemerintahan diserahkan mengikut
budi

bicara

Bendaharanya,Tun

Kesempatan

ini

memuaskan

nafsu

pemerintahannya
dipertingkatkan

menjadikan

baginda

mudanya
juga

kerana

Mutahir

yang

serta

pegawai-pegawainya.

mempergunakan
selama

sistem

pertahanan

baginda

amat

yakin

ini
dan

masanya

terkekang.

Semasa

persenjataan

terhadap

untuk

kekuatan

tidak
dan

kekebalan pertahanan di Melaka sehingga mengakibatkan ia tidak mampu


menandingi kekuatan pertahanan Portugis apabila diserang. Tambahan pula,

10
11

Dr. Mohd. Rais Bin Abdul Karim, Malaysia Kita, hlm. 109.
Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, hlm. 47.

7
Melaka sudah berdiri tegak dengan megah lebih satu abad lamanya tanpa
ada kuasa di rantau ini yang dapat menandingi bandar Melaka. 12
Daripada contoh dan sifat baginda yang dipaparkan di atas, maka tidak
hairanlah pada masa akhir pemerintahan Sultan Mahmud Syah akibat
daripada berbagai-bagai skandal dan nepotisme yang berlaku dengan
sewenang-wenangnya menyebabkan masyarakat menjadi kucar-kacil serta
ditambah lagi dengan perselisihan peribadi dikalangan pembesar di istana,
wujudnya sifat
perselisihan

yang

antara

suka fitnah-menfitnah

orang

dagang

dengan

antara

mereka

pembesar

dan

tempatan

juga
yang

menyebabkan dengan mudah pihak Portugis mencucukkan jarum politiknya


untuk melemahkan penyatuan orang Melaka.
2.1.3
Tun

Kepincangan Dalam Pentadbiran Bendahara Tun Mutahir

Mutahir

memegang

jawatan

sebagai

Bendahara

Melaka

selepas

Bendahara Tun Perpatih Putih yang hanya sempat memegang jawatan


tersebut selama 2 tahun selepas kematian Tun Perak. Beliau merupakan
seorang Bendahara yang tidak cekap dalam menjalankan pentadbiran
mengikut pendapat sesetengah sejarawan serta tidak disukai oleh golongan
hamba rakyat terutamanya. Ini disebabkan sikapnya yang suka memandang
rendah terhadap raktyat dan pembesar istana yang lain, mahu dihormati
selalu, sentiasa mementingkan diri sendiri dan kaum keluarganya serta
sentiasa melebihi golongan berketurunan India Muslim dalam segala urusan.
Tun Mutahir juga telah memecat ramai pembesar-pembesar tempatan yang
berketurunan Melayu dan menggantikannya dengan ahli keluarganya sendiri.
Jawatan Bendahara digunakan olehnya untuk memperkayakan lagi diri
sendiri dan kaum keluarganya. Pernah disebut dalam Sejarah Kesultanan
Melayu Melaka , bahawa Bendahara Tun Mutahir merupakan pembesar paling
12

Prof. Madya Dr. Muhd. Yusof Ibrahim, Dr. Nordin Bin Hussin, Hj. Wan Rusik Bin
Wan Yusoff,
Sejarah Kesultanan Melayu, Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Kebangsaan
Malaysia, 2002,
hlm. 60-61.

8
kaya di Melaka pada ketika itu. Ini dapat di buktikan apabila Tun Mutahir akan
memakai persalinan yang baru pada setiap hari dan cucunya pula bermain
guli yang diperbuat daripada emas. Beliau juga gemar menindas golongan
yang mengkritik dan menentangnya serta tidak tegas dalam menjalankan
pentadbiran sehingga menyebabkan berlakunya amalan rasuah secara
berleluasa dalam kalangan pembesar Melaka.
Pada hakikatnya, Tun Mutahir yang memegang kuasa penuh sebagai
raja di Melaka manakala Sultan Mahmud pula hanya berperanan sebagai
ketua negara tanpa memegang sebarang kuasa menyebabkan baginda
berasa cemburu dan tergugat. Di samping itu, hubungan Tun Mutahir sebagai
Bendahara dengan saudagar-saudagar asing seperti saudagar dari Gujerat
adalah sangat baik sekali manakala hubungan Sultan dengan Bendahara
semakin lama semakin renggang. Oleh yang demikian, Sultan Mahmud Syah
menghabiskan masa terluangnya dengan mengusik isteri pembesar, bermain
wau dan menuntut ilmu mistik.13
Pergolakan hubungan anatara Sultan dan Tun Mutahir bertambah
buruk

apabila

Tun

Mutahir

menolak

hasrat

baginda

Sultan

untuk

memperisterikan anaknya, Tun Fatimah. Tun Fatimah mempunyai paras rupa


yang sangat jelita. Sejarah Melayu ada mengatakan kejelitaan Tun Fatimah
seperti berikut;
...anak Bendahara Seri Maharaja yang bernama Tun
Fatimah

itu,

terlalu

sekali

elok

rupanya,

tiadalah

cendalanya lagi, sedap manis pantas pangus, seperti laut


madu,

bertasik

susu,

berpantaikan

sakar;

mukanya

bercahaya berkilat-kilat seperti bulan purnama pada


ketika cuaca....14
Penolakan ini disebabkan oleh Tun Mutahir sudah merancang untuk
mengahwinkan puterinya itu dengan Tun Ali, anak Seri Nara Diraja. Hal ini
13
14

Mohd Dahlan Mansoer, Pengantar Sejarah Nusantara Awal, hlm. 253-254.


A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), hlm. 236.

9
menyebabkan Sultan Mahmud murka dan baginda menyimpan dendam
terhadap Bendahara.15 Kesempatan ini telah diambil oleh golongan yang
memusuhi Tun Mutahir dengan membuat fitnah iaitu oleh Raja Mendalir dan
Si Kitul yang telah menyebarkan fitnah mengatakan bahawa Bendahara
mengumpulkan kekayaan serta kekuatan politiknya untuk tujuan merampas
taktha kerajaan. Fitnah ini telah mengakibatkan seluruh keluarga Tun Mutahir
telah dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud kecuali Tun Fatimah dan anaknya
Tun Hamzah. Walau bagaimanapun pembunuhan keluarga Bendahara Tun
Mutahir ini pada tahun 1510 ini tanpa siasatan dan merupakan fitnah
semata-mata telah menyebabkan Sultan Mahmud Syah berasa amat kesal
yang teramat sehingga beliau menyembunyikan diri selepas itu.

2.1.4

16

Ketidakstabilan Keadaan Politik Dalam Istana Melaka

Keadaan ketidakstabilan politik dalam Istana Melaka merupakan antara faktor


yang telah mendorong lagi kepada kejatuhan Melaka disebabkan pada waktu
ini berlaku sifat suka fitnah-menfitnah antara pembesar, gila kuasa, suka
berpuak-puak dan saling mencemburui.17 Pembesar pembesar tidak lagi
turut berdagang di pelabuhan tetapi meninggalkannya untuk menyandang
jawatan-jawatan di Istana. 18 Pembesar-pembesar kembali berpuak-puak,
bukan sahaja puak pembesar Melayu dan India-Muslim malah wujudnya juga
puak tua (bersama Sultan Mahmud) dan puak muda (bersama Sultan Ahmad
Syah).19 Perpecahan antara puak-puak ini tentu sekali telah melemahkan
golongan bangsawan ini sedangkan golongan inilah yang sepatutnya
menjalankan pentadbiran serta pemerintahan untuk Melaka.
Ketidakstabilan keadaan politik ini dapat ditunjukkan melalui peristiwa
pembunuhan

Bendahara

Tun

Mutahir,

Seri

Nara

Diraja,

Tun

Hassan

Temenggung dan Tun Ali. Mereka dibunuh kerana difitnah oleh Laksamana
15
16
17
18
19

Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, hlm. 45.


Ibid.
Gila Kuasa terlalu inginkan kemasyuran melalui pangkat dan kedudukan.
Dr. Mohd. Rais Bin Abdul Karim, Malaysia Kita, hlm. 140.
Ibid.

10
Khoja Hassan, Raja Mendaliar dan Si Kitul, keluarga Nina Sura Dewana.
Peristiwa ini bermula apabila Kitul melihat perbuatan Nina Sura Dewana
menghadiahkan sepuluh kati emas kepada Bendahara Tun Mutahir. Peristiwa
tersebut dijadikan alasan oleh Kitul untuk menjelaskan hutangnya dengan
Raja Mendaliar. Oleh itu, pada malam tersebut juga selepas Nina Sura
Dewana pulang dari kampung Bendahara, Kitul telah pergi ke rumah Raja
Mendaliar untuk menyatakan bahawa Nina Sura Dewana dan Bendahara Tun
Mutahir telah bermuafakat untuk membunuh Raja Mendaliar. Raja Mendaliar
sangat berterima kasih atas berita itu dan dengan serta-merta Raja Mendaliar
menghapuskan semua hutang Kitul. Kemudian, Raja Mendaliar bercadang
untuk memberi rasuah kepada Laksamana Khoja Hassan kerana pada zaman
tersebut kaum Laksamana sangat rapat dengan Sultan Mahmud Syah. Raja
Mendaliar menyuruh Laksamana Khoja Hassan menyampaikan kepada Sultan
Mahmud bahawa Bendahara Tun Mutahir sedang bersiap sedia untuk
memberontak dan merampas kuasa di Melaka. Laksamana Khoja Hassan
terpengaruh dan beliau bersetuju untuk menyampaikan kepada Sultan
Mahmud.20
Disebabkan fitnah inilah, ditambah pula dengan dendam Sultan
Mahmud kepada Tun Mutahir telah membawa berlakunya pembunuhan
Bendahara Tun Mutahir dan kaum kerabatnya. Selepas peristiwa tersebut,
baginda sungguh menyesal dan sangat berdukacita walaupun semua yang
terlibat menimbulkan fitnah tadi telah dijatuhi hukuman yang setimpal,
namun penyesalan dan suasana dukacita itu tidak juga dapat dipulihkan.
Dalam keadaan itulah, Sultan Mahmud telah membuang kerajaan dan
melantik puteranya untuk menggantikannya dengan gelaran Sultan Ahmad
Syah.21
Selain itu juga berlakunya pertelingkahan antara kerajaan Melaka
dengan negeri-negeri naungannya berhubung dengan calon-calon yang
menaiki taktah di negeri-negeri naungan tersebut ataupun disebabkan
perjanjian taat setia yang longgar seperti kes yang berlaku antara Melaka
20
21

A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), hlm. 241-242.


Ibid., hlm. 249.

11
dengan kerajaan Siak dan Pahang. 22 Melaka bukanlah satu unit yang teguh
sebenarnya tetapi keteguhan yang dimilikinya adalah kerana wujudnya unitunit politik (negeri-negeri naungan) di bawahnya yang menyokong. Masalah
dengan

negeri-negeri

ketidakstabilan

naungannya

keadaan

politik

sendiri
Melaka

telah
yang

menambahkan
mendorong

lagi

kepada

kejatuhannya.

2.1.5

Kepupusan Pemimpin Yang Berwibawa

Akibat pembunuhan Bendahara Tun Mutahir, Penghulu Bendahari Tun Tahir


dan Temenggung Tun Hasaan serta kematian Bendahara Tun Perak, Melaka
bukan

sahaja

telah

kehilangan

pembesar-pembesar

yang

cekap

dan

berpengalaman. Penglibatan Laksamana Khowaja Hassan dalam peristiwa


fitnah terhadap Tun Mutahir telah menyebabkan hartanya dirampas dan tiada
angkatan laut yang kuat untuk mempertahankan Melaka daripada serangan
armanda tentera Portugis. Selain itu, pasukan kententeraan Melaka menjadi
semakin lemah dengan tiadanya lagi tokoh-tokoh seperti Hang Tuah dan Tun
Hamzah Datuk Bongkok serta Tun Mat Paduka Tuan yang menggantikan Tun
Mutahir (setelah ia dibunuh) sudah tua dan tepok, oleh itu tiada berkuasalah
beliau untuk meningkatkan tenaga tentera.23
Ketiadaan pemimpin-pemimpin tentera yang handal dan bijaksana
merupakan faktor terakhir yang menyebabkan berlakunya kejatuhan kerajaan
Kesultanan Melayu Melaka. Oleh hal yang demikian, pada saat-saat akhir,
Sultan Ahmad terpaksa mengetuai angkatan tenteranya untuk menentang
serangan Portugis. Sejarah Melayu versi tahun 1612 terang mencatatkan;
Maka baginda (Sultan Ahmad) pun keluarlah dengan
segala hulubalang, maka peranglah dengan Feringgi
beramuk-amukan. Maka tampil Alfonso dAlbuquerque
dengan seribu rakyat soldadu beristinggar, menempuh
22
23

Dr. Mohd. Rais Bin Abdul Karim, Malaysia Kita, hlm. 140.
Ibid.

12
pada segala orang MelakaDaripada sangat tempuh
anak Portugal, maka pecahlah perang orang Melaka, lalu
undur.24
Selain itu, tidak ada sama sekali angkatan laut Melaka yang
menentang Alfonso De Albuquerque di perairan kerana Laksamana Khowaja
Hassan sudah tidak menyandang jawatan Laksamana lagi. Angkatan Melayu
yang menentang Portugis di laut kemudiannya diketuai oleh Hang Nadim
setelah diangkat menggantikan Khowaja Hassan. Manakala di darat pula,
rakyat Melaka terus berjuang melawan orang Portugis. Sultan Ahmad sendiri
telah mengetuai angkatan Melaka menentang Portugis. Bendahara Paduka
Tuan atau Bendahara Tepok pula meminta agar beliau dipapah lalu
dilanggarkan sahaja kepada askar Portugis yang sedang mara itu. Pada masa
itu Bendahara ditandu oleh Si Lamat Gagah. Setelah dilihat oleh Bendahara
akan Peringgi yang semakin ramai, beliau pun berkata kepada Si Lamat
Gagah;
Baliklah! Baliklah! Langgarkan aku kepada Peringgi! Maka
tiada diberi oleh segala anak cucunya. Maka kata Bendahara
lagi, Ceh! Cabarnya segala orang muda-mudi ini, apa daya
aku telah tepok, kalau aku lagi kuasa, mati aku dengan negeri
Melaka ini!25
Selain itu, semasa Tun Mutahir memegang jawatan sebagai Bendahara,
beliau telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang Bendahara yang
cekap,

pintar

pandangan

dan

bijaksana

sesetengah

dalam

sejarawan.

menjalankan

Contohnya,

tugasnya

beliau

telah

mengikut
berusaha

bersungguh-sungguh untuk memperbaiki keadaan politik dan pentadbiran


kerajaan Melaka.26 Beliau juga telah meneruskan usaha-usaha yang telah

24

Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, hlm. 103.


A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), hlm. 255.
26
Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia: Warisan Dan Perkembangan (Edisi
Kedua), Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1996, hlm. 78.
25

13
dijalankan oleh Tun Perak. Kebijaksanaan Tun Mutahir itu diakui oleh orang
Portugis seperti;
Jikalau lagi ada Bendahara Seri Maharaja, berapa pun
besarnya angkatan Goa mau menyerang, Melaka tidak
akan kalah.27

2.1.6

Penyelewangan Oleh Para Pembesar Istana Terhadap

Hasil
Negara
Berlakunya penyelewangan, kezaliman, rasuah dan penindasan ke atas
rakyat dan pedagang-pedagang oleh para pembesar. Situasi ini menjadi
punca kelemahan pentadbiran dan politik Melaka sehingga membawa kepada
kemerosotan ekonomi Melaka pada waktu itu yang telah mempengaruhi
kepada kejatuhannya. Para pedagang dikenakan cukai yang berlebihan
menyebabkan mereka kurang senang dan keadaan menjadi semakin berat
sehingga menyebabkan mereka mencari pelabuhan lain seperti pelabuhan
Acheh, Bentam, Patani dan Brunei yang lebih murah cukainya. 28 Cukai-cukai
yang tinggi dan tidak relevan dikenakan ke atas rakyat asing dan pedagang
asing menyebabkan mereka membenci golongan pembesar ini. Rasuah
semakin menjadi-jadi di Melaka kerana Melaka begitu kaya pada waktu itu
sehingga menyebabkan pentadbirannya menjadi longgar, kawalan dan
penyeliaan terhadap undang-undang juga tidaklah seketat dahulu lagi.

2.1.7

Kerendahan Semangat Jihad Oleh Rakyat Melaka


Walaupun agama Islam berpusat di Melaka dan menjadi agama rasmi

Melaka serta menjadi tempat penyebarannya, namun pegangan agama itu di


kalangan para pembesar dan penduduknya adalah tipis serta mereka selalu
27
28

Ibid.
Dr. Mohd. Rais Bin Abdul Karim, Malaysia Kita, hlm. 140

14
mempersendakan ulama asing yang datang ke Melaka pada waktu itu hingga
menyebabkan semangat jihad dalam Islam tidak dihayati oleh mereka.
Disebabkan pegangan sebeginilah oleh golongan ini yang menyebabkan
dengan

mudah

untuk

Portugis

menawan

Melaka

kerana

kerendahan

semangat jihad mereka untuk mempertahankan Melaka akibat rasa takut


untuk mati yang ada dalam diri.

2.1.8

Pengkhianatan Oleh Rakyat Asing

Dalam

Membantu

Portugis
Menawan Melaka
Kezaliman, keangkuhan dan kerendahan moral oleh golongan atasan
(bangsawan)
masyarakat

menyebabkan
asing

seperti

berlakunya
masyarakat

pengkhianatan

Jawa,

Gujerati

di

dan

kalangan
Cina

yang

kebanyakkan secara sulit telah menyebelahi Portugis. 29 Pada masa yang


sama juga berlaku pula pengkhianatan oleh saudagar-saudagar asing lain
terutamanya orang Cina dan India yang juga bukan beragama Islam, dengan
tidak memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada Melaka yang sedang
berperang. Malah dalam saat yang genting itu ada pula yang bersikap
khianat dan belot.30 Contohnya, Utima Raja yang telah belot dengan pergi
berjumpa

secara

sulit

Alfonsa

DeAlburquerque

dan

berjanji

akan

memberikan pertolongan untuk Portugis menawan Melaka. Taat setia mereka


hanya pada mana mereka bebas untuk berniaga dan mencari untung sahaja
serta keselamatan perniagaan mereka adalah lebih penting daripada
kedaulatan Melaka.
Sikap ini merupakan faktor yang menyumbang kepada kejatuhan
zaman Kesultanan Melaka. Walaupun mereka telah lama tinggal dan
menjalankan perniagaan di Melaka tetapi mereka tidak mempunyai perasaan
29
30

Ibid., hlm. 141


Prof. Madya Dr. Muhd. Yusof Ibrahim, Dr. Nordin Bin Hussin, Hj. Wan Rusik Bin
Wan Yusoff,
Sejarah Kesultanan Melayu, hlm. 59.

15
taat setia kepada Melaka. Mereka hanya bersikap mementingkan diri mereka
sahaja. Pada fikiran mereka, orang Portugis akan mengalahkan Melaka dan
mereka akan mendapat lebih untung dari apa yang mereka ada sekarang.
Oleh itu, mereka belot terhadap negeri yang telah sekian lama mereka diami.
Mereka telah memberi jalan dan memandu askar-askar Portugis untuk
menyerang dan seterusnya menakluk bandar Melaka. Sebagai contoh,
semasa serangan ke atas jambatan, wangkang Cina turut melanggar
jambatan itu. Kelemahan-kelemahan Melaka sentiasa di beritahu oleh pihakpihak yang khianat dan ingin membantu Portugis kerana mereka-mereka ini
adalah golongan yang tidak berpuas hati yang mana mereka pernah dianiaya
atau tidak mendapat ganjaran daripada pembesar Melaka. 31 Hubungan rapat
di antara golongan bangsawan dengan golongan pedagang yang kurang juga
menyebabkan kurangnya kesetiaan kaum dagang ini untuk mempertahankan
Melaka apabila diserang oleh Portugis.

2.1.9

Teknologi Pertahanan Melaka Yang Ketinggalan / Mundur


Dari segi ketenteraan pula, pada peringkat awal tentera Melaka telah

berjuang bersungguh-sungguh menentang serangan orang Portugis dan


mereka telah berjaya mematahkan serangan pada peringkat pertama itu.
Tetapi dalam serangan kedua

selepas itu, disebabkan pengkhianatan oleh

pedagang-pedagang asing dan juga hilangnya semangant askar upahan


Melaka, maka orang Portugis telah terus mara. Orang Portugis telah
menggunakan senjata api seperti meriam dan senapang yang belum pernah
dilihat oleh orang Melaka pada ketika itu. 32 Manakala senjata yang digunakan
oleh tentera Melaka hanyalah keris, lembing, pedang, tombak dan panah.
Terdapat

juga

tentera

sebahagian kecil sahaja.


Melayu
31
32
33

di

Melaka

yang
33

menggunakan

senjata

api

tetapi

hanya

Semasa Portugis menyerang Melaka, hanya orang

dipertanggungjawabkan

sepenuhnya

untuk

menjadi

Dr. Mohd. Rais Bin Abdul Karim, Malaysia Kita, hlm. 142
Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia: Warisan Dan Perkembangan, hlm. 82
Prof. Madya Dr. Muhd. Yusof Ibrahim, Dr. Nordin b. Hussin, Hj. Wan Rusik b.
Wan Yusoff, Sejarah,
Kesultanan Melayu, hlm. 59

16
pertahanan dari serangan Portugis manakala terdapat juga segolongan yang
mempunyai kepentingan peribadi untuk terus menetap di Melaka telah
membantu Portugis dalam serangan terbabit.

2.1.10

Ketidaksediaan Melaka Untuk Berperang

Di samping itu, tentera Melaka juga tidak bersedia mempertahankan bandar


daripada senjata meriam Portugis yang lebih kuat. Hal ini demikian kerana
pertama, Melaka terbahagi kepada dua oleh Sungai Melaka. Bandarnya tidak
mempunyai kota, sama ada daripada batu atau kayu. Bahagian yang
mempunyai kota hanyalah Bukit Melaka yang dikelilingi Kota Kayu atau Pagar
Ruyung. Pertahanan tentera Melaka menjadi lemah apabila Portugis berjaya
menawan jambatan (tempat pertahanan utama orang Melaka) dekat dengan
Kuala Sungai Melaka. Dalam pada itu juga, mereka tidak sempat untuk
mendapatkan bantuan dari tanah jajahan takluknya seperti dari Singapura,
Pahang dan Klang.34 Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat menyerang
Portugis dari laut. Dapatlah disimpulkan di sini bahawa, tentera Melaka tidak
bersedia

dengan

selengkapnya

untuk

menghadapi

musuh

yang

sememangnya datang untuk menakluk Melaka sehingga membawa kepada


kejatuhan kepada Portugis.

2.2 Faktor Luaran


2.2.1

Serangan Portugis

Kedatangan rombongan pertama Portugids di bawah pimpinan Lopez De


Seuero dengan tujuan persahabatan dan perdagangan telah disambut baik
tetapi setelah lama berdagang motif mereka menjadi semakin jelas. Sultan
Mahmud mendengar laporan daripada saudagar-saudagar Islam terutamanya
dari Gejerat tentang kekejaman orang Portugis dan niat sebenar mereka
datang ke Timur, termasuklah Melaka dan mengingatkan supaya baginda
34

Ibid., hlm. 58-59.

17
berwaspada dengan orang Portugis ini serta menyekat segera

rancangan

orang Portugis ini.35 Lantas Tun Mutahir telah bertindak menawan kapal-kapal
dagangan tersebut dan ahli rombongannya yang menyebabkan Portugis telah
melancarkan serangan pertama ke atas Melaka tetapi berjaya dipatahkan.
Akhirnya Kota Melaka berjaya ditawan pada serangan kedua pada Ogos 1511
dengan menggunakan armanda tentera laut Portugis yang kuat di bawah
pimpinan Alfonso De Alburquerque.
Melaka tidak bersedia mempertahankan bandarnya daripada senjata
meriam Portugis yang canggih dan kuat itu. Pada waktu itu juga Melaka
terbahagi dua oleh Sungai Melaka yang mana bandaraya tidak mempunyai
kota samaada daripada batu ataupun kayu, yang berkota hanyalah Bukit
Melaka yang dikelilingi Kota Kayu serta Pagar Ruyung dan apabila Portugis
berjaya menawan jambatan (tempat pertahanan utama orang Melaka),
ertinya separuh perang sudah berpihak kepada Melaka. 36

2.2.2

Kecanggihan Kelengkapan Dan Teknologi Perang Portugis

Portugis memiliki angkatan perang yang lebih baik dan moden berbanding
alat serta kelengkapan perang Melaka dan mereka juga memiliki angkatan
kekuatan maritim yang berlipat ganda dari arah laut serta mempunyai
bilangan tentera yang ramai dan terlatih. Orang Portugis sejumlah 1,100
orang soldadu (800 orang Portugis dan 300 orang Malbari) adalah askar yang
terlatih, berdisiplin, matang dalam cara berperang dengan orang Islam.
Sebagai contoh, dalam buku Sulalatus Salatin yang ditulis semula oleh A.
Samad Said menyatakan bahawa;
Peringgi datang menyerang kita, tujuh buah kapal,
delapan buah ghalias, sembilan buah ghali panjang,
enam belas fusta.37
35
36
37

Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia: Warisan Dan Perkembangan, hlm. 80


Dr. Mohd. Rais Bin Abdul Karim, Malaysia Kita, hlm. 142.
A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), hlm. 252.

18

Mereka juga mempunyai semangat yang kuat dan sering diapi-apikan


oleh ketua mereka bahawa perang menentang orang Islam di Melaka
meneruskan semangat Crusade (Perang Salib).Penggunaan senjata dan alat
peperangan yang lebih baik merupakan satu kelebihan yang berada di pihak
Portugis. Mereka menggunakan senjata-senjata api seperti meriam dan
senapang yang lebih berkesan. Portugis juga mempunyai kapal-kapal perang
yang lebih lengkap dan terbaik pada zaman itu. Saiznya juga lebih besar dan
mempunyai kuasa meriam yang lebih baik jika dibandingkan dengan saiz
kapal negeri-negeri di Asia.
Kehebatan senjata api yang digunakan oleh Portugis itu juga telah
menyebabkan semangat sebahagian besar tentera upahan Melaka menjadi
lemah. Mereka tidak lagi berdaya untuk berjuang bagi mempertahankan
Melaka dari serangan tersebut. Oleh itu, hanya tinggal orang Melayu sahaja
yang

bertungkus-lumus

meneruskan

perjuangan

menangkis

serangan

Portugis itu. Selain itu tidak ada sama sekali angkatan laut Melaka yang
menentang Portugis di perairan kerana Laksamana Khowaja Hassan tidak lagi
menyandang jawatan Laksamana lagi.38

2.2.3

Strategi Berkesan Oleh Portugis Untuk Menakluki Melaka

Portugis telah menggunakan strategi dengan menyerang terlebih dahulu


jambatan dekat dengan Kuala Sungai Melaka yang menghubungkan kawasan
bandar Melaka di bahagian Utara dengan kawasan Istana di bahagian
Selatan. Mereka juga telah mendapat maklumat rahsia tentang kekuatan
tentera Melaka dan ketidakstabilan politik Melaka yang dihantar oleh Ruy De
Araujo melalui Nina Chatu yang mana Ruy merupakan tawanan perang
Portugis di Melaka. Selain itu Alfonso juga turut mendapatkan maklumat
tentang Melaka daripada pedagang Cina serta India yang baru balik dari
Melaka dan datang Goa. Maklumat-maklumat yang diperolehi ini telah
digunakan oleh Alfonso untuk menyusun strategi bagi menawan Melaka.
38

Dr. Mohd. Rais Bin Abdul Karim, Malaysia Kita, hlm. 141.

19
Tentera Portugis telah menggunakan salah satu strategi dengan mengepung
pelabuhan Melaka selama 6 hari untuk menakut-nakutkan Melaka di saming
menunggu tarikh 25 Julai 1511 iaitu hari St. James Day untuk menyerang
Melaka.

2.2.4

Semangat Dan Displin Tinggi Oleh Tentera Portugis

Orang Portugis sejumlah 1,100 orang (800 orang Portugis dan 300 orang
Malabari) adalah askar-askar yang berdisplin dan sudah matang dalam cara
berperang dengan orang-orang Islam. Mereka mempunyai semanganyang
kuat dan diapi-apikan selalu oleh ketua mereka bahawa perang menentang
Islam di Melaka adalah bagi nmeneruskan semangant Crusade (perang Salib).
Orang Portugis berperang dengan menggunakan ideologi dan mereka
berbakti kepada raja dan keagungan negara mereka, Portugis. Semangat
Perang Salib dan semangan untuk memerangi orang Moor (orang yang
beragama Islam tanpa mengira bangsa mereka) di mana sahaja dijumpai,
turut memainkan peranan penting.

2.2.5

Azam Yang Tinggi Oleh Alfonso D Albuquerque Untuk

Menakluki
Melaka
Kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka bukan sahaja disebabkan oleh
faktor dalaman malah juga disebabkan oleh faktor luaran. Antara fakor luaran
yang menyebabkan kejatuhan Melaka ialah keazaman tentera Portugis yang
kuat. Keazaman D Albuquerque untuk menuntut bela dan melepaskan orang
tahanan bangsa Portugis adalah amat membara. Orang-orang tahanan ini
adalah pengikut Diego Lopez de Sequiera yang mula mengunjungi Melaka
pada tahun 1509.

20

Pada tahun tersebut, Lopez de Sequeira dengan 18 buah kapal dari


Angkatan di Raja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah
pertama yang tiba di Asia tenggara dan digelar Benggali Putih oleh orang
tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka
seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, di samping perselisihan faham,
Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang
Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis kemudiannya diserang.
Dalam serangan itu, beberapa orang tentera Portugis telah terbunuh dan 20
anak kapalnya ditawan. Lopez de Sequeira dan beberapa orang Portugis yang
lain telah dapat melepaskan diri dan belayar menuju ke Goa. Lopez
melaporkan kepada Albuquerque tentang peristiwa yang telah berlaku di
Melaka dan juga apa yang telah dapat diketahuinya tentang Melaka. 39
Orang-orang

Portugis

berminat

berdagang

di

Melaka.

Bagi

Albuquerque, inilah saat dan perkhabaran yang ditunggu-tunggu. Orang


Portugis merasakan bahawa mereka sudah menemui waktu dan bulan yang
sangat baik untuk menyerang dan menakluk Melaka. Sebuah armada laut
Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso D Albuquerque kembali
ke Melaka. Setelah sampai ke Melaka, Albuquerque mengemukakan tuntutan
yang sangat sukar dipenuhi oleh Sultan Mahmud Shah. Beliau menuntut agar
semua tawanan Portugis dibebaskan dan sejumlah pampasan yang besar
diberikan sebagai ganti rugi bagi peristiwa yang berlaku pada tahun 1509.
Kemudian ditambah pula dengan satu tuntutan lagi iaitu hak untuk membina
sebuah kota yang akan mereka jadikan kubu di Melaka. 40 Albuquerque
mengancam akan menyerang Melaka sekiranya tuntutan-tuntutan itu tidak
dipenuhi oleh Sultan Mahmud. Sultan Mahmud tidak dapat memenuhi semua
tuntutan itu kecuali pembebasan tawanan Portugis sahaja.
Walaupun tawanan ini dibebaskan, namun tujuan Albuquerque bukan
hendak berdamai tetapi ingin menakluki Melaka. Pihak Portugis telah
39

40

Prof. Madya Dr. Muhd. Yusof Ibrahim, Dr. Nordin b. Hussin, Hj. Wan Rusik b.
Wan Yusoff, Sejarah
Kesultanan Melayu, hlm. 58.
Ibid.

21
memulakan serangannya pada 25 Julai 1511. Perang Melaka-Portugis yang
pertama telah bermula. Rakyat Melaka khasnya orang Melayu, berjuang
bersungguh-sungguh untuk mempertahankan bandar Melaka daripada jatuh
ke tangan musuh. Askar-askar upahan yang terdiri daripada orang Jawa dan
Gujerat juga turut membantu melawan orang Portugis. Rakyat Melaka telah
dapat mematahkan serangan awal orang Portugis itu. Melaka telah mendapat
kemenangan dalam Perang Melaka-Portugis yang pertama itu. Orang Portugis
telah berundur ke kapal dan merancang untuk memulakan tindakan yang
seterusnya. Kira-kira tiga minggu kemudian, orang Portugis memulakan
semula.41

serangan

Rakyat

Melaka

berjuang

bermati-matian

mempertahankan tanah air mereka.


2.2.6

Kebijaksanaan Alfonso D Albuquerque Dalam Merancang


Strategi

Alfonso merupakan individu yang bertanggungjawab menyebabkan kejatuhan


Melaka kepada Portugis kerana beliaulah yang telah merancang pelbagai
strategi serta melakukan pelbagai tipu helah untuk menawan Melaka
sehingga membawa kepada kejatuhannya. Merupakan seorang Jeneral yang
bijak mengatur strategi, berani, berkeyakinan dan tidak bertindak terburuburu dalam membuat keputusan serta tindakan serta kemimpinannya
terbukti apabila berjaya menawan bandar Goa. Kebijaksanaan Alfonso ini
disokong oleh pendapat seorang anak kapal yang berbangsa Itali bernama
Geovanni

Da

Empoli,

Alfonso

adalah

bersemangat,

yang

wira

taat

berlayar

Portugis,

kepada

bersama-samanya
beliau

Raja

adalah

Portugis

dan

ke

Sumatera;

seprang

yang

seorang

yang

mempunyai keinginan yang besar.

2.2.7

Pegangan

Menawan
Melaka

41

Ibid.

Prinsip

Yang

Kuat

Oleh

Portugis

Untuk

22
Faktor yang seterusnya ialah Portugis mempunyai prinsip yang teguh.
Portugis mengasaskan perjuangan mereka atas empat prinsip yang telah
ditetapkan iaitu gospel (kitab Injil atau agama Roman Catholic), glory
(kecemerlangan buat raja dan Portugal), gold (emas dan harta perang), dan
geography (peluang di Afrika dan di Asia yang masih belum diteroka). 42
Prinsip pertama adalah bertujuan untuk menyebarkan agama Kristian dan
menghapuskan pusat perkembangan Islam. Prinsip kedua pula, mereka
berjuang bermati-matian untuk negara Portugal serta berbakti kepada raja
mereka. Prinsip yang seterusnya ialah untuk mendapatkan kekuasaan dan
kekayaan daripada harta rampasan perang. Di samping itu, mereka juga
berniat untuk menguasai kegiatan perdagangan rempah-ratus di Melaka.
Prinsip yang terakhir adalah bertujuan untuk menjajah. Mereka ingin
meluaskan tanah jajahan mereka hingga ke Asia dan tarikan tersebut
terdapat pada Melaka yang bukan sahaja maju dari segi perdagangan malah
juga sebuah negeri yang kaya.
Setelah memperoleh kemenangan tersebut, orang Portugis telah
melakukan keganasan perampasan dan pembunuhan yang kejam terhadap
orang

melaka

sama

ada

lelaki,

perempuan

ataupun

kanak-kanak,

terutamanya yang beragama Islam. Mereka juga telah merampas banyak


khazanah di Melaka khususnya yang terdapat dalam istana Sultan Ahmad
dan Sultan Mahmud, serta rumah pembesar-pembesar yang telah turut sama
berundur. Harta itu juga telah dibawa kembali ke negara mereka.

42

Dr. Mohd. Rais b. Abdul Karim, Malaysia Kita, hlm. 110.

23

3.0 KESIMPULAN

Melaka, sungguhpun keris saktinya hilang lenyap entah ke mana,


tetapi

semerbak

pahlawannya

harumnya

yang

pergi

masih
dituruti

mewangi,

jejak

generasinya

wira

yang

dan
terus

berbakti......43 Walaupun tersungkurnya Melaka di kaki penjajah Portugis,


semangatnya tetap menjadi inspirasi dan aspirasi kepada pejuang-pejuang
bangsa Melayu selepas zamannya untuk bangkit menentang penjajah lain
selepas itu. Ini dibuktikan oleh Sultan Mahmud Syah yang bersungguhsungguh mahu merampas kembali taktahnya di Melaka dari Portugis
walaupun sering menerima tentangan hebat dan terpaksa berpindah-randah
serta berkali-kali membina kota pemerintahan yang baru. Kemunculan
perjuang seperti Dato Bahaman, Mat Kilau, Mat Salleh, Tok Janggut, Abdul
Rahman Limbong serta Rentap merupakan antara tokoh-tokoh perjuang
tempatan yang bangkit menentang penjajah barat iaitu British selepas
berakhirnya zaman penjajahan Portugis di Tanah Melayu.

43

Abdul Latif Abu Bakar, Sejarah Di Selat Melaka, hlm. 26.

24
Penjajahan Portugis di Melaka menyaksikan pelbagai tinggalan-tingalan
berharga penjajah tersebut seperti Kota A Famosa, bangunan-bangunan
bercirikan kesenian Portugis, pelbagai penemuan arkeologi pada zaman
tersebut dan puing-puing keruntuhan Melaka itu sendiri. Sebenarnya ini
semua menjadi bukti tanda kemegahan bangsa Melayu dan negara Malaysia
kerana pernah berdiri satu kerajaan yang berdaulat serta merdeka di
rantaunya

sendiri

di

mana

kegemilangannya

pernah

meniti

di

bibir

masyarakat seluruh alam ketika itu. Kegemilangan dan keagungannya yang


tersendiri telah membuktikan betapa penjajah dari benua Eropah sendiri pun
mengetahuinya sehingga menanam minat untuk menjajahnya.
Penawanan Melaka oleh Portugis juga telah memberikan pengajaran
kepada orang Melaka bahawa walaupun mereka berperang di tempat sendiri,
mereka tetap boleh dikalahkan oleh orang yang datang dari jauh dan
terperangkap dengan kepada musuh yang datang lebih berazam serta
mempunyai matlamat yang jitu iaitu untuk menakluki Melaka. Pada tahun
1511 memang jelas penduduk Melaka melebihi askar Portugis tetapi kerana
displin yang

tinggi dan

strategi

perang

yang digunakan

ia mampu

mengalahkan rakyat Melaka yang ramai itu. Melaka. Bandar kosmopolitan


yang berbilang bangsa itu gagal dalam mempertahankan dirinya. Setelah
jatuhnya Melaka, orang Melaka khasnya orang Melayu mulai sedar bahawa
teknologi perang mereka tidak setanding dengan teknologi persenjataan,
perkapakalan serta peperangan milik Portugis dan ia mesti dipertingkatkan.
Jelaslah di sini bahawa Kejatuhan Melaka kepada Portugis pada tahun 1511
adalah disebabkan faktor kekuatan armanda Portugis (faktor luaran) dan
faktor dalaman iaitu kelemahan kerajaan Melaka sendiri sebenarnya telah
menyumbang lagi kepada kejatuhan Melaka ke tangan Portugis.

25

RUJUKAN

Abdul Latif Abu Bakar. 1984. Sejarah Di Selat Melaka. Melaka: Institut Kajian
Sejarah
Dan Patriotisma Malaysia (IKSEP) Dan Persatuan Sejarah Malaysia
Cawangan
Melaka (PSMCM).
A. Samad Ahmad. 1979. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dr. Mohd. Rais Bin Abdul Karim. 1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut
Tadbiran Awan Negara.
Mohd Dahlan Mansoer. 1979. Pengantar Sejarah Nusantara Awal. Kuala
Lumpur:

Dewan

Bahasa

dan

Pustaka

&

Kementerian

Pelajaran

Malaysia.
Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

26

Prof. Madya Dr. Muhd. Yusof Ibrahim, Dr. Nordin Bin Hussin & Hj. Wan Rusik
Bin Wan Yusoff. 2002. Sejarah Kesultanan Melayu. Bangi: Pusat
Pengajian Jarak Jauh, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zainal Abidin Abdul Wahid. 1996. Malaysia: Warisan Dan Perkembangan (Edisi
Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.