Anda di halaman 1dari 1

Saya tidak suka menimbulkan persoalan yang dibiarkan kepada pembaca menilai sesuatu perkara.

Sekiranya ingin meninggalkan persoalan, lebih baik jangan menulis. Kerana orang membaca bukan
mencari soalan. Tapi orang mencari jawapan. Lain orang, lain cara. Sudah lama saya menanti dan
mencari ruang untuk bicara soal perbandingan agama. Khususnya ISLAM dan Kristian. Hampir 4
tahun saya berbicara santai tentang perbezaan Islam dan Kristian. Rata rata mengatakan ini isu
sensitif. Apa yang sensitif? Kalau saya katakan, “ibu kamu akan masuk penjara?” Jawapan yang pasti
saya dapat adalah, “Kenapa ibu saya akan masuk penjara?” “Apa kesalahan ibu saya?” Macam
macam persoalan akan timbul kerana ia satu perkara yang sensitif dan menyentuh perihal ibu anda.
Bagaimana kalau saya ubah soalan itu sedikit. “ibu kamu akan masuk neraka.” Saya yakin, akan
pelbagai soalan lagi yang akan timbul. Bukan 1, 2 dan 3. Malah lebih dari itu akan bermain dalam
fikiran anda. Saya bukan tuhan menentukan siapa akan masuk syurga atau neraka. Saya juga manusia
biasa mencari kebenaran dan hakikat alam yang diciptakan tuhan untuk kita semua. Sebagai orang
Islam, saya wajib percaya kepada semua nabi nabi. Sekiranya saya tidak mempercayai salah seorang
daripadanya, bermakna iman saya rosak. Ini tertakluk didalam rukun iman. PERCAYA KEPADA NABI.
Salah seorang nabi yang tersenarai didalam 25 nabi dan rasul ini adalah Nabi ISA a.s yang disebut
JESUS didalam BIBLE. Saya meyakini kenabian JESUS 1000% Tidak sedikit keraguan saya letakkan
kepada JESUS yang merupakan seorang utusan Allah diatas muka bumi ini. Hari Ini Saya Sedia Masuk
Kristian, sekiranya terdapat didalam BIBLE menyatakan yang JESUS mengakui dia TUHAN dan dia
minta dia disembah. Saya tidak mewakili umat Islam yang lain, tetapi sekiranya ada. Hari ini saya
katakan kepada umat kristian, we are one. Saya hanya terima apa yang dikatakan JESUS. Bukan
perkataan yang disandarkan kepada JESUS dan bukan perkataan yang dikatakan kononnya JESUS
berkata dalam mimpi seseorang. Dakwah Penulisan Daripada IRWAN IDRIS.

Anda mungkin juga menyukai