Anda di halaman 1dari 15

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001

PENGENALAN
Apakah yang dimaksudkan dengan undang-undang? Menurut Karl Marx, undangundang adalah alat yang digunakan oleh golongan kaya (kapitalis) untuk menguasai dan
menindas golongan pekerja (proletariats) yang lemah. Dalam kalangan pengamal undangundang, kebanyakan mereka berpendapat dan bersetuju bahawa undang-undang adalah alat
yang diperlukan untuk mengawal dan melindungi kepentingan bersama dalam masyarakat.
Kamus Dewan pula memberi makna bahawa undang-undang merupakan sesuatu
peraturan ataupun keseluruhan peraturan yang digubal yakni dibuat oleh kerajaan dan mesti
dipatuhi semua ahli dalam masyarakat itu. Undang-undang merupakan satu set peraturan
yang dibentuk oleh masyarakat untuk mengawal tingkahlaku di dalam masyarakat tersebut.
Di dalam sebuah negara yang mengamalkan system demokrasi, undang-undang dianggap
sebagai perwakilan penilaian moral masyarakat secara keseluruhannya.
Undang-undang diadakan bertujuan untuk mengawal dan mengatur kehidupan
masyarakat serta membendung kezaliman. Sebagai contoh, undang-undang jenayah adalah
bertujuan untuk mengenal pasti kelakuan yang tidak diredhai oleh masyarakat seperti
mencuri, mencederakan orang, merompak dan juga membunuh. Perbuatan-perbuatan seperti
di atas akan dikenakan hukuman mengikut undang-undang jenayah seperti hukuman penjara,
denda, sebat atau hukuman mati.
Selain itu, undang-undang diwujudkan juga bertujuan untuk mempertahankan
standard moral dan menjaga hak kewajipan. Contohnya seperti hak isteri menerima nafkah
daripada suaminya atau pun seorang anak mendapat nafkah daripada ibubapanya. Undangundang juga berfungsi mewujudkan satu sistem kehidupan dalam sesebuah masyarakat.
Contohnya dapat kita lihat di beberapa buah negara-negara Islam, undang-undang syariah
diguna pakai dan ianya adalah berbeza dengan undang-undang sivil.
Pengwujudan undang-undang secara tidak langsung mempunyai hubungan erat
dengan standard moral yang mana ianya bertujuan untuk menegakkan keadilan diatas muka

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001

bumi ini. Di bawah undang-undang, perlembagaan konsep hak asasi dan kesamarataan akan
diamalkan. Seperti di negara kita Malaysia, semua warganegara berhak mengamalkan ajaran
agama dan kepercayaan masing-masing. Manakala dalam konteks undang-undang jenayah,
undang-undang yang sama akan digunakan ke atas semua rakyat tidak kira agama, kaum atau
pun keturunan.
Menurut pendapat Kamal Halili Hassan (1990) mentafrikan undang-undang sebagai :
peraturan atau kaedah yang dibuat oleh sesuatu badan perundangan
yang dikenakan ke atas rakyat negara berkenaan atau sekumpulan orang
dan dikuat kuasakan melalui badan penguatkuasaan tertentu, dan
keenganan mematuhi undang-undang berkenaan akan membawa kepada
hukuman.
Ciri-ciri undang-undang di Malaysia adalah sangat konsisten iaitu tiada bantahan di
dalam peruntukkan, bersifat menyeluruh serta dapat digunapakai oleh semua orang yang
menghadapi keadaan atau situasi yang sama. Mengikut pendapat Austin, "setiap undangundang mengandungi peraturan untuk memandu manusia yang waras dan ditadbir oleh
manusia yang waras.'' Dalam konteks Negara, ianya bermaksud bahawa kita memerlukan
kewujudan kerajaan yang waras untuk memerintah rakyat yang waras. Ini tidak bermaksud
bahawa masyarakat primitif tidak mempunyai peraturan, ataupun undang-undang yang
berkuat kuasa bagi mengawasi tatacara hidup mereka. Sebagaimana yang diperkatakan oleh
Alexander Pope, "untuk memperoleh keamanan dan ketenteraman dalam sesebuah
masyarakat, maka undang-undang adalah sangat diperlukan.''
Manakala standard moral boleh didefinasikan dalam pelbagai pengertian yang
merujuk kepada sesuatu maksud pelakuan buruk atau baik, keadilan, amanah, jujur dan
sebagainya yang boleh diyakini oleh seseorang berbanding undang-undang yang lain.
Moral relates to the standards of good or bad behavior, fairness, honesty etc.which each
person believes in rather than to law or other standards
Menurut Bahasa Latin moral (moralis) berasal daripada perkataan mos, moris yang
bererti kebiasaan, perangai dan tingkah laku. Moral adalah tingkah laku sejajar dengan
tatasusila dan peraturan dalam masyarakat. Morality is personal or social set of standards
2

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001

for good bad behavior and character, or the quality of being right, honest or acceptable.
Moraliti ialah satu set standard peribadi atau masyarakat yang digunakan bertujuan untuk
mengukur perlakuan baik mahupun perlakuan buruk yang ingin dilakukan, peraturan
mengenai sesuatu perkara yang boleh dan seharusnya dibuat serta dorongan-dorongan yang
boleh membuatkan seseorang itu mengikut sesuatu arah yang betul atau pun salah. Moral
berakar tunjang dalam agama kerana ia terhasil daripada kepercayaan atau agama itu sendiri.
Di samping itu, sering kali standard moral dan undang-undang berjalan seiring, saling
melengkapi atau bertindihan. Sebagai contohnya, rompakan adalah sesuatu perlakuan yang
mencabuli atau menyalahi undang-undang dan standard moral masyarakat. Wujud piawaian
moral yang tidak terdapat di dalam undang-undang tidak memaksa kita untuk bercakap benar
kecuali apabila berada di dalam mahkamah. Keperluan

undang-undang

lebih

cenderung

kepada perkara yang negatif, manakala piawaian moral pula lebih menjurus kepada perkara
yang positif. Kita dilarang memukul, mencuri atau menfitnah orang lain. Oleh kerana itu
,undang-undang dan moral mempunyai perkaitan yang sangat rapat maka ia menjadi unsur
yang penting dalam kehidupan harian manusia bagi menjamin kesempurnaan dan
kesejahteraan hidup bermasyarakat. Sebenarnya undang-undang adalah satu kumpulan
peraturan atau kanun rasmi yang dibuat oleh mereka yang berkuasa untuk mengawal hal
ehwal masyarakat dan negara.
HUBUNGAN ANTARA UNDANG-UNDANG DENGAN STANDARD MORAL
Bagi sesebuah negara yang bertamadun, perbincangan mengenai soal moral ataupun
akhlak memang tidak dapat dielakkan, walaupun ianya sering menimbulkan pelbagai
kontroversi. Ini berlaku apabila manusia mula hidup bermasyarakat, maka peraturan terpaksa
diwujudkan untuk menentukan hak dan tanggungjawab.
Apabila wujudnya persamaan sama ada dari segi bangsa mahupun sempadan maka
timbullah keperluan untuk mengadakan undang-undang yang boleh diterima oleh ahli
masyarakat. Undang-undang juga terjalin melalui budaya dan adat resam yang perlu dikuat
kuasakan untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat serta negara yang
ditubuhkan.

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001

Undang-undang juga boleh ditentukan berdasarkan kepada sumber atau pun hukum
agama melalui konsep kepercayaan yang diterjemahkan melalui kepercayaan sesebuah
masyarakat itu. Persoalan yang sering ditimbulkan dalam perbahasan mengenai moral dan
undang-undang ialah sama ada kesalahan moral sesungguhnya patut dijadikan kesalahan di
sisi undang-undang. Persoalan mengenai kedudukan moral dalam konteks undang-undang
memang selalu mencetuskan pelbagai konflik. Malahan cukup menarik sekali jika
dikemukakan persoalan sama ada undang-undang perlu menjadi pelindung kepada moral atau
di sebaliknya moral sendiri menjadi pendukung kepada undang-undang.Tidak dapat dinafikan
bahawa dalam undang-undang terkandung nilai moral yang diamalkan oleh sesuatu
masyarakat. Namun ianya tidak pula secara menyeluruh menjadikan kesalahan yang berlaku
di sisi akhlak sebagai sesuatu kesalahan di sisi undang-undang.Mengikut sistem dan kaedah
hukum, undang-undang yang berteraskan undang-undang Barat, akan hanya mengambil kira
isu moral jika ianya menjejaskan ketenteraman awam dan kestabilan masyarakat.
Menurut Azmi et. al. (2014) Pendidikan etika dan moral perlu dilaksanakan dan
mengambil kira pengaruh globalisasi. Dalam konteks sedemikian, kita perlu melihat
bagaimana moral dan undang-undang mempunyai pertautan yang singnifikan. Adakah
hubungan tersebut jelas atau sebaliknya. Hubungan antara undang-undang dengan moral
mempunyai perkaitan yang akrab dan menjadi unsur penting dalam kehidupan seharian
manusia. Contoh, apabila kita memperkatakan tentang pentakrifan undang-undang, adakah
wujud perbezaan antara undang-undang Tuhan dengan undang-undang ciptaan manusia.
Dalam Islam, konsep perundangan adalah berbeza berbanding dengan perundangan sivil.
Manakala dalam konteks standard moral merujuk pula kepada nilai-nilai yang
diamalkan oleh sesebuah masyarakat pada sesuatu masa dan boleh berubah menjadi adat. Ia
juga kemudiannya boleh bertukar menjadi satu peraturan hidup bermasyarakat.
Sememangnya akhlak atau standard moral mempengaruhi bentuk dan jenis undang-undang
yang diwujudkan.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa, dalam undang-undang terkandung nilai moral
yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat. Namun ianya tidak secara secara menyeluruh.
Mengikut sistem dan kaedah hukum , undang-undang yang berteraskan undang-undang barat

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001

akan hanya mengambilkira isu moral jika ia menjejaskan ketenteraman awam atau
merosakkan keamanan atau kestabilan masyarakat.
Apa jua pegangan atau kepercayaan kita, undang-undang semestinya mengiktiraf
bahawa moral adalah sistem nilai yang mengikat masyarakat. Jika ia dipisahkan sudah tentu
masyarakat akan menjadi lebih toleran terhadap tindakan yang tidak bermoral, semata-mata
kerana ia tidak bertentangan dengan undang-undang dan kepentingan masyarakat umum.

PROSES PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG


Sejarah dan Sistem Perundangan di Malaysia
Ahmad Bashir Aziz (2004), Masyarakat Malaysia adalah berbilang kaum. Sistem
perundangan dalam sesebuah negara dicorakkan dan dipengaruhi oleh sejarah.Proses
perundangan di Malaysia dipengaruhi oleh peristiwa-peristiwa yang berlaku lebih 600 tahun
dahulu. Ianya bermula dengan Kesultanan Melaka, diikuti dengan penyebaran Islam di Asia
Tenggara dan akhirnya melalui dasar perluasan kuasa British.
Manakala klasifikasi undang-undang terbahagi kepada dua iaitu undang-undang
bertulis dan undang-undang tidak bertulis. Undang-undang bertulis terkandung di dalam
Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang tidak bertulis digubal oleh badan penggubal
(pembuat) undang-undang (Parlimen dan Dewan Undangan Negeri).
Bukan mudah membicarakan persoalan nilai dan etika yang melibatkan pertimbangan
moral dan kehidupan masyarakat khususnya berkaitan proses pembentukan undang-undang
di sesebuah negara. Pembangunan ekonomi yang pesat sebagai pengerak dan alat mengukur
kemajuan sesebuah negara dan tidak terlepas daripada penguatkuasaan undang-undang bagi
memastikan keamanan dan ketenteraman negara.

Sumber Undang-Undang di Malaysia

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001

Sumber Undang-undang di Malaysia merangkumi Undang-undang Bertulis dan Tidak


bertulis. Sumber undang-undang tidak bertulis seperti undang-undang Islam, Undang-undang
Inggeris, Undang-undang Adat, dan Keputusan Mahkamah. Manakala sumber Undangundang Bertulis ialah Undang-undang dan Perundangan Kecil dan Perlembagaan. Proses
penggubalan sesuatu undang-undang di Malaysia daripada awal diluluskan oleh Parlimen.

Klasifikasi Undang-undang
Undang-undang diklasifikasikan kepada lima katagori iaitu Undang-undang Awam
atau Persendirian, Undang-undang Negara atau Antarabangsa, Undang-undang Sivil dan
Jenayah, Undang-undang Ciptaan manusia atau Tuhan dan Undang-undang Substantif atau
Prosedur.

Proses Pembentukan Undang-undang


Undang-undang adalah dibentuk melalui serangkaian proses yang saling berkaitan
dan mengambil masa yang agak lama untuk diaktakan sebagai perlembagaan. Proses
pembentukan undang-undang akan melalui

empat proses iaitu melalui Proses Individu,

Proses Kumpulan, Proses Sosial dan Proses Politik.

Sebagaimana yang kita semua fahami bahawa undang-undang adalah sesuatu yang
dinamik kerana ia sering berubah mengikut peredaran masa. Proses pembentukan undangundang

pertama ialah

proses pembentukan undang-undang secara secara Individu

melibatkan pendirian norma individu, kepercayaan dan nilai di dalam undang-undang. Norma
bermaksud tingkah laku. Ia juga merupakan satu cara bagaimana seseorang itu mengharapkan
orang lain bertindak balas apabila berhadapan dengan situasi tertentu. (Cragg 1997: Lind
2002) dalam Roslan Mahmood & Nik Rosnah Abdullah (2008) berpendapat pembangunan
moral individu perlu dipupuk seawal peringkat persekolah lagi. suatu masa dahulu kanak6

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001

kanak perempuan tidak digalakkan, malahan di larang ke sekolah oleh masyarakat, tetapi kini
menjadi satu kesalahan sekiranya tidak menghantar kanak-kanak perempuan ke sekolah.
Selain berkaitan dengan norma atau tingkah laku, proses pembentukan undangundang secara individu juga melibatkan kepercayaan atau berkait rapat dengan kriteria
pemikiran. Ianya adalah menjurus kepada bagaimana seseorang mengharapkan orang lain
berfikir mengenai sesuatu konsep tertentu. Kepercayaan ini berbeza dengan norma kerana ia
tidak melibatkan perlakuan (tingkah laku). Namun ianya adalah satu kaedah berfikir yang
abstrak bagi menyokong norma-norma seseorang. Sebagai contoh, menurut Aturan Emas di
dalam teologi Kristian : Membuat pada yang lain ketika anda ingin orang lain melakukannya
kepada anda. Begitu juga dengan pandangan Islam, setiap perbuatan yang baik akan di balas
baik dan begitulah sebaliknya. Dengan ini jelaslah bahawa setiap individu inginkan keadilan
dan balasan yang setimpal dengan perbuatan yang dilakukan.
Manakala dalam konteks nilai pula, ianya berkaitan dengan kriteria keperibadian yang
membentuk ukuran moral seseorang. Setiap orang akan terikat dengan tingkah laku dan
kepercayaan. Dalam masyarakat majmuk, kita harus menerima hakikat bahawa norma,
kepercayaan dan nilai adalah berbeza di antara individu sehingga mencetuskan konflik. Nilai
juga merupakan corak atau kriteria peribadi yang akan membentuk ukuran moral seseorang.
Dalam ajaran Islam, pemisahan akhlak dan undang-undang tidak boleh berlaku kerana akhlak
dan undang-undang dianggap dari intipati yang sama. Sebagai contoh, perspektif Islam
berkaitan kehidupan adalah berteraskan kepastian, keharmonian, sosial dan dinamisme.
Keadilan, Kebebasan dan Tanggungjawab menjadi sendi dalam sistem Islam. Dalam apa jua
pekara termasuk hal pentadbiran atau pengurusan, sistem Islam amat penting dan menjadi
kunci penghayatan kepada sistem nilai dan etika kehidupan manusia. Sistem undang-undang
Islam menegaskan nilai dan etika dalam pengurusan pentadbiran Islam menitik beratkan
kepada membimbing tingkah laku manusia dalam bersosial.

Proses pembentukan undang-undang yang kedua ialah melalui proses pembentukan


undang-undang secara kumpulan. Dalam menentukan proses peruntukan undang-undang
secara kumpulan beberapa kriteria perlu dipertimbangkan. Setiap masyarakat mempunyai

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001

latar belakang atau persekitaran yang mengabungkan ajaran agama, tradisi budaya,
kedudukan ekonomi, pembangunan teknologi, organisasi sosial dan politik. Manakala setiap
individu membentuk set norma, kepercayaan dan nilai mereka melalui beberapa pendekatan
terhadap konteks budaya dan agama, sosial atau politik dan menurut konteks ekonomi atau
teknologi. Oleh kerana masyarakat sering terdedah dengan pelbagai perkembangan dan
teknologi maklumat telah mendatangkan impak kepada perubahan politik semasa terutamnya
urusan pentadbiran.
Oleh kerana masyarakat sering terdedah dengan pelbagai perkembangan atau ilmu
terkini melalui sumber maklumat yang cepat dan pelbagai, maka terbentuklah masyarakat
yang berilmu pengetahuan. Mereka mulai sedar bahawa hak-hak mereka sebagai individu
atau ahli masyarakat. Apabila individu dan masyarakat mulai sedar akan hak-hak mereka,
secara tidak langsung akan berlaku perubahan politik yang didokong oleh majoriti
masyarakat.
Sebagai contoh proses pembentukan undang-undang di Malaysia yang berteraskan
agama Islam sebagai agama rasmi negara. Islam merupakan agama dominan dan segala
ajarannya terkandung dalam al-Quran yang seharusnya menjadi pedoman kepada seluruh
manusia. Sumber utama ini bukan hanya sekadar pengarahan kepada peribadatan bahkan juga
menjadi teras kepada pembentukan sistem perundangan di negara ini khususnya berkaitan
dengan undang-undang syariah. Asas ini telah mewarnai pemikiran masyarakat Melayu di
negara ini dan nilai-nilai Islam ini telah diterjemahkan dalam kehidupan mereka sebagai asas
yang kukuh melalui proses pembentukan Undang-undang Kekeluargaan Islam di negara ini.
Proses pembentukan undang-undang yang ketiga adalah melalui

Proses Sosial.

Perubahan di dalam norma, kepercayaan dan nilai akan memberikan kesan yang ketara ke
atas undang-undang. Sudah menjadi fitrah manusia yang norma, kepercayaan dan nilai yang
sama lebih cenderung untuk bergabung

di dalam kumpulan-kumpulan kecil. Biasanya

kumpulan-kumpulan kecil ini merupakan sebahagian daripada organisasi yang lebih besar
seperti firma-firma perniagaan, kesatuan sekerja, parti politik, agensi-agensi kebajikkan
ataupun pertubuhan-pertubuhan veteran. Contoh ketara yang dapat dilihat melalui proses
sosial ialah dengan wujudnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) maka sedikit sebanyak telah dapat

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001

menyeimbangkan taraf hidup semua kaum di Malaysia. Gabungan antara kumpulan dalam
masyarakat akan membentuk pula sesebuah ogranisasi yang rasmi, sebagai contoh firmafirma perniagaan, parti-parti politik, pertubuhan dan kesatuan sekerja dan agensi-agensi
tertentu untuk membela hak atau untuk memenuhi kehendak ahli yang mengangotai satu-satu
badan organisasi berkenaan.
Proses pembentukan udang-undang yang ke-empat ialah Proses Politik. Proses politik
berlaku bila mana norma, kepercayaan dan nilai yang dipegang oleh organisasi, kumpulankumpulan dan individu-individu diinstitusikan menjadi undang-undang yang pada asasnya
boleh dilihat sebagai kaedah untuk menyelesaikan sebarang masalah atau konflik yang
timbul. Organisasi, kumpulan dan individu mempunyai pandangan berbeza terhadap
kepimpinan, tolak ansur institusi, persetujuan kongres dan tekanan dari pengundi. Melalui
proses politik, wakil rakyat yang dilantik bertanggungjawab dalam pembentukan undangundang dalam sistem yang diwakili. Namun perbezaan demografi penduduk dan sektor
ekonomi menyebabkan isu-isu yang timbul tidak serupa. Suara majoriti parlimen akan
dibentuk bagi meluluskan undang-undang. Rakyat boleh bersuara menyatakan pandangan
mereka terhadap undang-undang yang berpotensi melaui kaedah mengundi pemimpin dan
proses pengubalan undang-undang sama ada secara langsung akan berlaku menerusi tinjauan
umum, surat menyurat atau melalui media massa.
Dari segi sejarah, kuasa membuat undang-undang itu sememangnya ada pada kuasa
Sultan, Parlimen menjadi badan penasihat Sultan sahaja. Tetapi perubahan zaman, kuasa
mutlak Sultan telah beransur-ansur berkurangan, pada akhirnya kuasa sultan yang tinggal
hanya setakat memberi persetujuannya kepada rang undang-undang yang telah diluluskan
oleh Parlimen. Memandangkan Malaysia sebuah persekutuan dan mengandungi 13 buah
negeri, undang-undang bertulis di Malaysia merangkumi undang-undang tertinggi negara
iaitu Perlembagaan, Undang-undang digubal oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
melalui kuasa diberikan Perlembagaan negeri masing-masing dan undang-undang subsidiari
atau perwakilan dibuat oleh orang perseorangan atau organisasi, melalui kuasa yang
diberikan oleh Akta Parlimen atau Enakmen Dewan Undangan Negeri.

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001

Di sini jelas menunjukkan apabila norma, kepercayaan dan nilai dipegang oleh
organisasi atau kelompok mewujudkan satu sistem perundangan dalam masyarakat. Melalui
proses politik norma, kepercayaan dan nilai perlu diinstitusikan bagi mewujudkan suatu
undang-undang sebagai satu kaedah dalam penyelesaian konflik antara organisasi, kelompok
dan kumpulan. Semestinya organisasi, kelompok atau kumpulan mempunyai pandangan yang
berbeza terhadap pemimpin mereka dan tolak ansur intitusi, persetujuan dewan dan tekanan
pengundi memainkan peranan penting pembentukan undang-undang di sesuatu tempat.
Proses pembentukan undang-undang melalui sistem politik di Malaysia sangat unik.
Di bawah sistem ini, perwakilan iaitu wakil-wakil rakyat akan dipilih melalui parti-parti
bertanding, berjaya memenangi piliharaya umum yang diadakan setiap lima tahun sekali.
Wakil-wakil rakyat terpilih berpernanan dalam pembentukan undang-undang di negara ini.
Namun tidak dapat dinafikan perbezaan kawasan demografi dan sektor ekonomi
menyebabkan wujud isu-isu berbangkit. Melalui sistem Dewan Perundangan Negeri yang
ada, mereka harus bekerja dan membentuk undang-undang yang boleh memenuhi standard
moral masyarakat. Rakyat berhak menyuarakan pandangan mereka terhadap kepimpinan dan
proses pengubalan undang-undang secara langsung melalui tinjauan umum, surat menyurat
dan menerusi media massa.
Persoalan sekarang, adakah proses pembentukan undang-undang melalui sosial dan
politik ini memakan masa dan komplek ini benar-benar selaras di antara ukuran standard
moral rakyat setempat dan tuntutan undang-undang sebagai perwakilan penilaian moral
masyarakat adalah satu pandangan yang menarik. Bagaimanapun, kelihatan akan wujud
masalah semasa pemindahan pada setiap peringkat dalam proses sosial dan politik.

PENILAIAN TENTANG PROSES PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG KEPADA


UNDANG-UNDANG YANG DIPILIH
Untuk mendapat penjelasan yang lebih terperinci, di sini sedikit kronologi bagaimana
undang-undang Malaysia dibentuk. Dalam hal ini kita akan melihat bagaimana proses
pembuatan undang-undang sama ada subsidiari atau pun Akta di peringkat Federal.

10

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001

Proses penggubalan sesuatu undang-undang di Malaysia adalah mengikut tatacara yang telah
ditetapkan. Bermula dengan Penggubalan Undang-undang dengan perangkaan dasar-dasar
berkaitan dengan sesuatu rang undang-undang yang hendak dibentangkan di Parlimen iaitu
Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dalam membuat rangka dasar rang undang-undang,
Menteri atau Pihak Kementerian berkenaan perlu berunding dengan Jabatan Penguam
Negara, Pembendaharaan atau Kementerian-Kementerian lain yang ada kaitan dengan rang
undang-undang berkenaan. Setelah dipersetujui semua pihak terbabit tadi, satu draf rang
undang-undang perlu disediakan. Draf ini disediakan oleh Jabatan Peguam Negara dan
dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk mendapat kelulusan badan tersebut. Setelah
diluluskan oleh Jemaah Menteri, notis pemberitahuan akan dihantar oleh Menteri berkenaan
kepada kedua-dua Setiausaha Majlis Parlimen. Rang Undang-undang tersebut akan dicetak
oleh Jabatan Percetakan Negara untuk diedarkan kepada semua ahli Dewan Rakyat dan
Dewan Negara.
Akhir sekali, rang undang-undang ini akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat dan
Dewan Negara bagi mendapat kelulusan kedua-dua Majlis Parlimen tersebut. Di dalam tiaptiap dewan yang disebutkan tadi rang undang-undang tersebut akan dibacakan untuk kali
pertama, kedua dan ketiga sebelum diluluskan.
Untuk lebih teliti dan mudah difahami di sini sebagai contoh, bagaimana sesuatu
undang-undang yang hendak dilaksanakan dan proses bagaimana harus dilalui. Dalam hal ini
Kementerian Pengangkutan telah dipilih sebagai contoh dalam proses pembentukan undangundang di negara ini.
Untuk menggubal sesuatu undang-undang Kementerian Pengangkutan akan
mendapatkan mandat daripada kabinet untuk membuat Akta atau pindaan Akta tersebut.
Hanya dengan kebenaran tersebut maka bolehlah dilaksanakan semua proses yang berkaitan
bagi merealisasikan sesuatu undang-undang yang hendak digubal.
Kementerian Pengangkutan akan membuat dasar dan menyelesaikan semua hal yang
berkaitan dengan dasar-dasar yang berkaitan. Kemudian satu draf akan disiapkan oleh sama

11

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001

ada Bahagian Korporat atau Firma Guaman yang diupah oleh Kementerian. Mereka akan
menghantar draf tersebut kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Kementerian untuk
ulasan.
Pejabat Penasihat Undang-Undang akan melihat draf tersebut, memberi komen dan
kemudian memanjangkan draf tersebut kepada Pejabat Peguam Negara untuk proses
seterusnya. Andaikan bahawa tiada masalah wujud dalam draf tersebut, maka Jabatan
Peguam Negara (terutama Bahagian Gubalan) akan menyemak draf tersebut. Setelah di
semak, maka ia akan di angkat ke Pengubal Undang-Undang Parlimen ( iaitu Ketua Bahagian
Gubalan) untuk semakan ke-dua.
Setelah di semak oleh Pengubal Undang-Undang Parlimen dan diluluskan, maka draf
undang-undang tersebut di angkat kepada Peguam Negara melalui Peguam Cara Negara
untuk kelulusan. Setelah diluluskan oleh Peguam Negara, maka draf tersebut akan di hantar
ke Kementerian semula untuk tujuan percetakkan blue bill. Blue bill merupakan draf undangundang dalam kertas biru.
Blue bill dan semua undang-undang akan dicetak oleh Pencetakan Nasional Berhad
sebagai pencetak Kerajaan. Setelah di cetak blue bill itu akan di hantar kepada Parlimen
untuk diberikan kepada wakil rakyat untuk proses bacaan pertama, ke-dua dan ke-tiga di
kedua-dua Dewan di Parlimen. Setelah diluluskan di Parlimen maka persetujuan Yang Di
Pertuan Agong diperlukan, sekiranya Yang Di Pertuan Agong tidak menanda tangani draf
tersebut maka draf tersebut tetap menjadi undang-undang.
Kesimpulannya sebagai penilaian berdasarkan proses yang dihuraikan di atas ternyata
bahawa sesuatu proses penggubalan undang-undang itu dilakukan adalah secara terperinci,
adil dan saksama. Perbahasan demi perbahasan dan perbincangan serta kesimpulan yang
dilakukan akan menjamin rang undang-undang yang digubal memenuhi tuntutan semua
warga negara di negara ini. Seterusnya draf yang digubal secara teliti dan melibatkan
pelbagai pihak khususnya pejabat peguam negara sudah pasti akan menjamin ketelusan dan
keadilan untuk semua. Penganiayaan dan penyalahguna kuasa serta pertindihan kuasa dapat
dielakkan.

12

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001

RUMUSAN
Berdasarkan huraian di atas hubungan antara undang-undang dan standard moral
proses pembentukan undang-undang di negara ini sangat komplek. Undang-undang
merupakan satu set peraturan yang dibentuk oleh masyarakat untuk mengawal tingkah laku
dalam masyarakat itu. Masyarakat telah membina satu set peraturan yang dibuat secara
menyeluruh untuk keharmonian dan kesejahteraan mereka khususnya Malaysia sebuah
negara berbilang kaum.
Undang-undang mungkin bertindih dengan standard moral masyarakat, namun ianya
tidaklah benar-benar serupa. Seorang yang merompak dikatakan telah melanggar undangundang dalam masa yang sama juga telah melanggar standard moral iaitu mencuri. Sebagai
sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi berparlimen tuntutan undang-undang
menggambarkan bahawa nilai-nilai asas masyarakat, wujud pertindihan yang ketara di antara
prinsip moral dan undang-undang di negara ini.
Namun pertindihan ini tidaklah ketara sehingga menjejaskan undang-undang yang di
bentuk dan melanggar standard moral sebagai norma penting dalam masyarakat timur
khususnya masyarakat Islam di negara ini. Sebagai contoh, kesalahan kita memandu di bahu
kiri jalan tidak semestinya betul atau salah tetapi dalam konteks undang-undang jalan mana
yang harus kita lalui supaya tidak menyalahi undang-undang jalan raya di negara ini.

13

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001

Wujudnya pelanggaran moral tidak semestilah wujud pelanggaran undang-undang dalam


masa yang sama.
Undang-undang pada asasnya menghala ke arah negatif makakala standard moral pula
lebih kepada norma positif. Undang-undang juga sering kali ketinggalan berbanding
kehendak moral masyarakat sebagai contoh tiada undang-undang yang menuntut kita
menolong seseorang yang sedang lemas di sungai tetapi sebagai standard moral mustahil kita
akan melihat apa yang berlaku tanpa berbuat sesuatu.
Kesimpulannya, undang-undang merupakan satu set peraturan yang di bina oleh
masyarakat untuk menguasai atau mengawal tingkah laku manusia manakala standard moral
pula lebih menitik beratkan kepada kebiasaan dalam masyarakat berlandaskan norma, budaya
dan amalan agama yang diamalkan.

(3,219 patah perkataan)


BIBLIOGRAFI
Ahmad Bashir Aziz (2004) Nilai dan etika pengurusan : Analisa dari perspektif agama-agama
di Malaysia dalam Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca
Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi.
(Unpublished)
Choo Keng Kun. (1986) Masyarakat Majmuk Semenanjung Malaysia : Evolusi Sejarah
dalam Zuraina Majib Masyarakat Malaysia: Tinjauan dan Perbincangan
Terhadap Beberapa Isu-Isu dan Topik Semasa, Pulau Pinang: USM
Kamal Halili Hassan, (1990). Penulis dan undang-undang. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.

14

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001

__________ Falsafah dan Pemikiran Dasar kebudayaan Kebangsaan. Kuala Lumpur:


Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan
M.A. Rauf (1964) A Brief History of Islam with Special Refference to Malaysia. Kuala
Lumpur : Oxford University Press.
Roslan Mahmood & Nik Rosnah Wan Abdullah. (2008) Pendidikan Etika, Moral dan Integriti
dalam Organisasi Sektor Awam di Malaysia dalam Jurnal Pengurusan Awam
Malaysia, Jilid 7, Bilangan 1 : Jun 2008
Azmi, Rashidi Bin Abbas, Fakhrul Adabi Abdul Kadir, Ilhamie Bt Abdul (2014) Kemahiran
Generik: Hubungan Nilai Amanah Dengan Etika Dan Moral Profesional Dalam
Kalangan Pelajar Universiti Teknikal Malaysia. Online Journal of Islamic
Education University of Malaya Kuala Lumpur.
Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1969). Preliminary Statement on a General Theory of
the Islamization of the Malay-Indonesia Archipelago, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

15

Anda mungkin juga menyukai