Anda di halaman 1dari 20

1) FALSAFAH PENDIDIKAN

KEBANGSAAN (FPK) &


FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
(FPG)
2) IMPLIKASI FPK DAN FPG
KEPADA PENDIDIKAN GURU
OLEH:
NOOR HIDAYAH BINTI GHAZALI
NOOR MASITAH BINTI ZULKIFLY

DEFINISI FALSAFAH
PENDIDIKAN
1.

Educational Encyclopedia:
merupakan sebahagian dari disiplin
pendidikn, terlibat dengan tujuan-tujuan,
kaedah atau hasil dari proses mendidik.
Falsafah pendidikan merupakan suatu
sistem kepercayaan, pegangan dan
prinsip yang membincangkan pelbagai
hal mengenai pendidikan dan
pengajaran yang patut dijalankan di
sekolah atau bilik darjah.

2.

John Dewey Democracy and


education
Falsafah pendidkan adalah mendekati
falsafah hidup yang memberatkan
pendidikan. Lebih mementingkan
tujuan dan matlamat pendidikan satu
satu masyarakat atau bangsa,
mementingkan peraturan,
penyampaian pentaksiran dan
pemandangan praktikal ilmu dan
pengalaman yang bersangkutan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


(FPK)

Pendidikan di Malaysia adalah suatu


usaha berterusan kearah
memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepaduuntuk
mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari dari segi intelek,rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepada
kepercayaan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan

APA ITU PENDIDIKAN?

Pendidikan ialah suatu proses atau


aktiviti yang berusaha untuk
mengembangkan fizikal intelek, sosial
dan emosi seseorang individu serta
menambahkan kemahiran, kebolehan,
pengetahuan dan pengalaman mereka
supaya dapat memberi kegembiraan,
faedah dan kemajuan dalam
kehidupannya, membantu dan
mendorongnya bertindak dengan cara
yang sihat bagi faedah diri, masyarakat

MATLAMAT PENDIDIKAN
NEGARA

Melahirkan warga negara yang


mempunyai sahsiah yang baik,seimbang
dan bersepadu dari segi
intelek,rohani,emosi dan jasmani.
Percaya dan patuh kepada Tuhan.
Berilmu pengetahuan dan berfikiran
kreatif dan rasional, berakhlak mulia,
berketrampilan.
Berkeupayaan memberi sumbangan
kearah menambahkan kemakmuran
masyarakat dan negara.

Setia kepada negara dan


bertanggungjawab untuk menjaga
hubungan baik dan mesra di antara
insan dan memupuk perpaduan
masyarakat Malaysia.

TUJUAN PENDIDIKAN
NEGARA

Membentuk peribadi warganegara yang


seimbang.
Memberi fahaman individu tentang alam
sekeliling dan tingkahlaku manusia.
Membentuk pekerja yang positif,cekap dan
bertanggungjawab.
Membentuk individu yang boleh menerima
dasar demokrasi.
Membentuk individu yang berdaya usaha.
Membentuk bangsa Malaysia yang
menjadikan Rukun Negara sebagai panduan
hidup.

IMPLIKASI FPK KEPADA PENDIDIKAN GURU

Kurikulum sekolah perubahan sukatan


subjek pelajaran yang berteraskan
kepada program bersepadu seperti
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM).
Perubahan iklim sekolah yang kondusif
juga telah melahirkan para pelajar yang
menghargai ilmu dan melahirkan
budaya-budaya positif seperti budaya
membaca di kalangan mereka.

Kurikulum sekolah dilihat telah


mengalami perubahan dari segi bahanbahan pengajaran yang lebih
menitikberatkan nilai-nilai murni yang
diserapkan kedalam semua subjek bagi
mencapai matlamat untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis.
Perubahan kurikulum sekolah dapat
dilihat dalam sistem pendidikan negara
yang mula berorientasikan ke arah
pendidikan umum dan perubahan

FPK telah menyebabkan perubahan


peribadi pendidik selari pandangan dan
visi positif dalam menjalankan tugas
atau profession bagi mencapai tujuan
dan matlamat FPK.
Hal ini telah mengubah P & P pendidik
seterusnya melahirkan pendidik yang
inovatif, berpengetahuan luas, berakhlak
mulia, dan berketrampilan.

FPK telah menjana perubahan seperti


perubahan kemudahan-kemudahan
supaya para pelajar mendapat peluang
bagi mengembangkan lagi potensi yang
ada dalam diri mereka dari segi intelek,
rohani, emosi, sosial dan jasmani secara
seimbang.
Selain itu, akitiviti budaya sekolah juga
mengalami perubahan untuk memupuk
nilai-nilai murni dalam jiwa para pelajar.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)

Guru yang berpekerti mulia,


berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi negara
serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin
perkembangan individu dan
memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif
dan berdisiplin.

MATLAMAT FPG

Membina insan guru yang berakhlak mulia,


berilmu kreatif dan berdaya tahan yang
boleh mendidik murid-murid dengan cekap
dan berkesan.
Mengembangkan maktab perguruan sebagai
pusat rujukan dalam bidang keguruan.
Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan
guru terlatih secara berkesan.
Mengeluarkan guru permulaan yang
mencukupi untuk sekolah-sekolah rendah
dan menengah di Malaysia.

IMPLIKASI FPG KEPADA PENDIDIKAN GURU

Melengkapkan diri dengan pengetahuan


am, pengetahuan dalam matapelajaran
dan pengetahuan ikhtisas keguruan.
Mengamalkan pengajaran dan
pembelajaran selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Guru.
Menyemai dan memupuk amalan nilainilai murni dan etika keguruan kepada
diri dan pelajar.

Memyempurnakan tanggungjawab dan


akauntabiliti
Mengunakan ilmu dan kemahiran
mendidik serta nilai keguruan untuk
merangsang perkembangan pelajar.

CIRI-CIRI GURU YANG BAIK

Mesti mempunyai unsur kecindan dan


kemesraan serta mempunyai
penampilan diri yang menarik.
Mesti mempunyai integriti yang tinggi di
mana dia boleh dipercayai serta
mempunyai tabiat baik yang kukuh.
Mesti mempunyai imej kendiri yang baik
dan berasa yakin pada diri sendiri.
Mesti bertanggungjawab dan sentiasa
menyempurnakan tugas.

Mesti mempunyai tenaga mental yang


tinggi serta berkeupayaan untuk terus
belajar seiring dengan pertambahan
tugas.
Mesti mempunyai daya kepimpinan
supaya ia boleh berpengaruh ke atas
orang lain.

Anda mungkin juga menyukai