Anda di halaman 1dari 24

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum

Hudud)
Kita boleh memuji PAS ingin melaksanakan hukum HUDUD.
Walaubagaimanapun kita perlu kaji dan selidik hukum hudud yang ingin
dilaksanakan. Hukum HUDUD bukanlah perkara yang sewenangnya.
Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud)
ini dibuat oleh kerajaan PAS.
Berikut adalah sebahagian undang-undang yang disediakan oleh kerajaan
PAS.
39. Bagaimana membukti kesalahan. En. 2/91.
(1) Kecuali jika ada percanggahan dengan peruntukan yang ada dalam Enakmen
ini, maka Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 1991 hendaklah dipakai
untuk membuktikan kesalahan-kesalahan di baawah Enakmen ini.
(2) Semua kesalahan di bawah Enakmen ini samada kesalahan hudud atau
kesalahan qisos, atau kesalahan ta'zir, hendaklah dibuktikan dengan
keterangan lisan atau iqrar yang dibuat oleh tertuduh.
40. Bilangan saksi
(1) Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan semua kesalahan
di bawah Enakmen ini melainkan zina, hendaklah sekurang-kurangnya dua
orang.
(2) Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan zina
hendaklah tidak kurang daripada empat orang.
41. Syarat-syarat menjadi saksi
(1) Tiap-tiap orang saksi hendaklah terdiri daripada seorang lelaki Islam yang akil
baligh dan hendaklah seorang yang adil.
(2) Seseorang itu adalah dianggap adil jika ia menunaikan apa-apa yang disuruh
oleh Islam dan menjauhi daripada dosa-dosa besar serta tidak mengekalkan
dosa-dosa kecil dan juga mempunyai isti'mal al-muru'ah, (perasaan dan
pendirian menghormati diri).
(3) Seseorang itu adalah dianggap adil, sehingga sebaliknya dibuktikan.
42. Keadaan keterangan
(1) Untuk membuktikan tuduhan terhadap tertuduh dan menyebabkan dia boleh
dihukum dengan hukuman hudud atau qisos, keterangan yang diberi
hendaklah benar-benar terang dan tidak ada apa-apa kesamaran dan
keraguan.
(2) Tiap-tiap saksi hendaklah dengan terang menyatakan bahawa dia benar-benar
melihat perbuatan yang didakwakan itu dan dalam kes zina pula keempatempat orang saksi itu hendaklah menyatakan bahawa mereka benar-benar
melihat kemasukan zakar ke dalam faraj perempuan pasangan yang
bersetubuh itu dengan juga hendaklah jangan ada perselisihan dan
pertelingkahan di antara saksi-saksi di dalam keterangan itu.
43. Menarik balik keterangan
(1) Untuk menyebabkan hukuman hudud dikenakan kepada tertuduh setiap saksi
itu hendaklah berdiri teguh di atas keterangan terhadap tertuduh itu, bukan
sahaja dalam masa perbicaraan dan selepasnya, tetapi juga ketika hukuman

(2)

(1)
(2)

(3)

(1)
(2)

(3)

(1)

itu dilaksanakan, kerana jika keterangan itu ditarik balik sebelum hukuman
itu dilaksanakan, maka tertuduh itu tidak lagi boleh dikenakan hukuman
hudud, dan jika keterangan itu ditarik balik ketika tertuduh sedang menjalani
hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan.
Dalam kes zina jika seseorang saksi itu enggan memberi keterangan, atau
memberi keterangan yang berlawanan dengan tuduhan, atau memberi
keterangan menyokong tuduhan itu tetapi kemudiannya menarik balik
keterangan itu, yang mana dengan sebab itu bilangan saksi yang
menyokong tuduhan itu menjadi kurang daripada empat orang, maka
tuduhan zina terhadap tertuduh itu tidaklah terbukti, dan yang demikian
tertuduh itu adalah terlepas daripada dikenakan hukuman hudud; tetapi
saksi-saksi yang telah memberi keterangan menyokong tuduhan itu adalah
bersalah kerana melakukan kesalahan qazaf.
44. Iqrar
Sebaik-baik keterangan untuk menyabitkan tertuduh dan menyebabkan dia
boleh dihukum dengan hukuman hudud ialah iqrarnya sendiri.
Iqrar itu hendaklah dibuat dengan sukarela dan tanpa apa-apa paksaan di
hadapan seorang pegawai kehakiman dan kemudiannya diulangi di hadapan
hakim pada masa perbicaraan dijalankan; dan jika perbicaraan itu mengenai
kes zina maka iqrar itu hendaklah diulangi sebanyak empat kali di hadapan
hakim pada masa perbicaraan dijalankan:
Dengan syarat bahawa iqrar itu hendaklah dibuat dan diulangi dengan tidak
ada apa-apa ugutan, janji atau dorongan; dan hendaklah dengan nyatanya
membuktikan secara terperinci bahawa tertuduh itu benar-benar telah
melakukan kesalahan yang dengannya dia telah dituduh, dan dia faham
bahawa dia akan dihukum kerana membuat iqrar.
Iqrar itu hanyalah boleh diterima sebagai keterangan terhadap tertuduh yang
membuat iqrar itu sahaja, dan tidak boleh digunakan terhadap orang lain;
dan untuk menjadikannya sah maka iqrar itu hendaklah bukan satu iqrar
yang ditarik balik.
45. Menarik balik iqrar
Sesuatu iqrar itu boleh ditarik balik oleh tertuduh yang membuatnya pada
bila-bila masa sahaja; meskipun pada ketika dia sedang menjalani hukuman.
Jika sesuatu iqrar itu ditarik balik sebelum dilaksanakan hukuman ke atasnya
maka tertuduh itu tidaklah lagi boleh dikenakan hukuman itu, dan jika dia
menarik balik iqrar itu pada ketika dia sedang menjalani hukuman, maka
hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan.
Jika pada bila-bila masa sebelum atau pada ketika hukuman dilaksanakan,
tertuduh itu dapat melarikan diri daripada pihak yang berkuasa, maka dia
hendaklah dianggap sebagai telah menarik balik iqrar itu; dan yang demikian
peruntukan subsekseyn (2) hendaklah terpakai.
46. Keterangan qarinah
Kecuali seperti yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) dan (3) keterangan
qarinah walaupun berkaitan hendaklah tidak boleh dijadikan satu cara yang
sah untuk membuktikan kesalahan hudud.

(2) Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang
perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan
yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian
hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat
membuktikan sebaliknya.
(3) Dalam perkara minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, bau
minuman yang didapati dalam nafas tertuduh itu atau muntahnya yang
mengeluarkan arak atau sebarang minuman yang memabukkan atau apaapa kesan darinya, atau pemerhatian Mahkamah kepada keadaan tertuduh
itu bahawa dia sedang berada di dalam keadaan mabuk, hendaklah boleh
diterima sebagai keterangan untuk membuktikan bahawa dia telah
melakukan kesalahan syurb, melainkan jika ia dapat membuktikan
sebaliknya.
47. Apabila seseorang tertuduh itu tidak boleh dihukum dengan
hukuman hudud kerana saksi-saksi telah menarik balik keterangan
mereka sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 43 atau
kerana tertuduh itu telah menarik balik iqrarnya sebagaimana yang
diperuntukkan di bawah seksyen 45 atau kerana keterangan saksi
yang ada tidak memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki untuk
membuktikan kesalahan hudud, maka tertuduh bolehlah dihukum
dengan hukuman ta'zir, dan mahkamah hendaklah mengambil
tindakan untuk menjatuhkan hukuman itu sekiranya ada keterangan
yang cukup bagi maksud itu.
Untuk hukuman untuk mencuri:
Sesiapa yang melakukan sariqah (mencuri), melainkan dalam keadaan
yang dinyatakan dalam seksyen 7, hendaklah dihukum dengan hukuman
hudud seperti berikut:
(a) bagi kesalahan pertama dengan dipotongkan tangan kanannya;
(b) bagi kesalahan yang kedua dengan dipotongkan kaki kirinya; dan
(c) bagi kesalahan-kesalahan yang ketiga dan berikutnya dengan
dipenjarakan selama tempoh yang difikirkan patut oleh Mahkamah untuk
menjadikan pesalah itu sedar dan sesal. (Bahagian I, perenggan 6)
Untuk hukuman bagi kesalahan merompak:
Sesiapa melakukan hirabah (merompak) hendaklah dihukum dengan
hukuman hudud seperti berikut:
(a) dihukum bunuh dan selepas itu disalibkan, jika mangsa kesalahan itu
dibunuh dan hartanya atau harta orang lain diambil;
(b) dihukum bunuh sahaja, jika mangsa kesalahan itu dibunuh dengan tidak
ada apa-apa harta yang telah diambil;
(c) dihukum potong tangan kanan dan kaki kirinya, jika harta sahaja yang
diambil dengan tidak menyebabkan kematian mangsa atau
mencederakannya; tetapi sekiranya harta-harta diambil dan kecederaan
dilakukan ke atas mangsanya, maka diyat atau irsy hendaklah dibayar

sebagai tambahan kepada hukuman potong tangan dan kaki ..... (Bahagian
I, perenggan 9).
Untuk hukuman bagi penzina:
(1) Jika pesalah yang melakukan zina itu mohsan, maka pesalah itu
hendaklah dihukum dengan hukuman rejam, iaitu dilontar dengan batu yang
sederhana besarnya sehingga mati.
(2) Jika pesalah yang melakukan zina itu ghairu mohsan, maka pesalah itu
hendaklah dihukum dengan hukuman sebat sebanyak seratus kali sebatan
dan sebagai tambahan hendaklah dipenjara selama satu tahun. (Bahagian I,
perenggan 11)
Contoh keempat ialah hukuman bagi kesalahan liwat:
Sesiapa melakukan kesalahan liwat, hendaklah dihukum dengan hukuman
yang sama seperti yang ditetapkan bagi zina. (Bahagian I, perenggan 17)
Untuk kesalahan meminum arak:
(1) Syurb adalah kesalahan meminum arak atau sebarang minuman yang
memabukkan; dan sesiapa yang melakukan kesalahan ini, sama ada dia
mabuk atau tidak, dan tanpa mengira kuantiti yang diminumnya hendaklah
dikenakan hukuman sebat yang tidak lebih daripada lapan puluh kali
sebatan dan tidak kurang daripada empat puluh kali sebatan. (Bahagian I,
perenggan 22)
Untuk hukuman bagi kesalahan murtad:
(3) Sesiapa yang disabitkan melakukan kesalahan irtidad (murtad),
hendaklah sebelum dijatuhkan hukuman ke atasnya dikehendaki oleh
Mahkamah supaya bertaubat dalam tempoh yang tidak kurang daripada tiga
hari setelah dia didapati salah.
(4) Sekiranya dia enggan bertaubat dan masih lagi berterusan dengan
pendiriannya terhadap perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang
disebutkan itu, maka Mahkamah hendaklah mengisytiharkan hukuman
bunuh ke atasnya dan memerintahkan supaya hartanya sama ada diperolehi
sebelum atau selepas dia melakukan kesalahan itu dirampas untuk dipegang
bagi keperluan Baitul-Mal: (Bahagian I, perenggan 23)
Sebahgian Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993
(Hukum Hudud) yang disediakan oleh PAS.
Jika dikaji Hukum Hudud PAS tidak begitu teliti sehingga boleh menyebabkan
pertikaian dalam perbicaraan dan akhirnya Keadilan tidak boleh dicapai.
Bukan kita mengiingkari perintah ALLAH, tetapi penggubalan undang-undang
tersebut boleh memberi impak besar terhadap pandangan ISLAM.
Itulah hudud (had-had) Allah; janganlah mencabulinya. Sesiapa mencabuli
had-had Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim

menambah 3 foto baru


5hb Mei 2015
SIRI PENJELASAN HUDUD 3: KES MYVI LANGGAR MATI, TERINGAT SURVEY
2007 DAN KEJAYAAN DAKWAH PAS.
Oleh: Zaharudin Muhammad.
Pada tahun 2007, ada segelintir yang mencadangkan supaya PAS tidak
bercakap Islam terutamanya hudud kerana bimbang PAS akan kehilangan
sokongan pengundi justeru ramai masyarakat yang fobia dengan hudud.
Pada waktu itu, saya diamanahkan memegang Pegawai Penyelidik Majlis
Syura Ulama, terfikir adakah mereka yang tidak bersetuju dengan
Perundangan Islam sebenarnya disebabkan oleh kejahilan dan silap faham
mereka atau sebenarnya kerana mereka melihatnya zalim dan tidak adil
selepas benar-benar memahami apa itu perundangan Islam.
Jika mereka jahil, maka PAS perlu terus menerangkan sehingga rakyat faham
dan akhirnya akan terima perundangan Islam sebagai alternatif kepada
perundangan korup yang sedia ada. Jika mereka menolak undand-undang
Islam kerana 'tidak bagus' selepas mereka benar-benar faham perundangan
Islam, mungkin ada benar juga pendapat di atas. Tetapi saya sebagai
muslim, sepastinya saya berkeyakinan penuh bahawa undang-undnag Islam
terbaik kerana ia datang daripada Allah swt, tuhan sebenar kepada manusia
sama ada muslim atau non muslim.
Persoalan ini menggerakan saya membuat survey. Antara soalan survey saya
ialah: 'jika keluarga anda mati dilanggar oleh Mat Rempit (pelumba haram)
dan anda diberikan dua pilihan, satunya ialah pelumba itu ditangkap,
didenda dan denda itu diambil oleh kerajaan dan tidak diberikan kepada
anda sebagai keluarga si mati. Pilihan kedua ialah, mat rempit itu dikenakan
denda dan denda itu diberikan 100% kepada anda sebagai keluarga si mati.
Manakah anda akan pilih?
Menariknya, seramai 179 orang responden, ada muslim ada non muslim, ada
melayu, ada india dan ada cina, tiada seorangpun dikalangan 179 orang
responden tersebut mahukan pilihan pertama Kesemua mereka memilih
yang kedua. Berbeza dengan soalan-soalan lain dalam survey tersebut.
Tanpa sedar, pilihan pertama yang mereka tidak mahu itu adalah undangundang konvensional manakala pilihan kedua yang mereka pilih itu adalah
undang-undang Islam. Kesalahan ini boleh dikategorikan sebagai membunuh
seakan-akan sengaja sebagaimana menurut mazhab Hanafi dan membunuh
tersalah menurut sebahagian mazhab yang lain. Tetapi yang pasti si pesalah
perlu membayar diyat (setengah mazhab menyebut sebagai Irs) kepada
keluarga si mati. Itulah realiti pilihan kedua yang menjadi pilihan hati semua
responden tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.
Dalam survey pada waktu itu, saya tidak menemui seorang pun yang faham
bahawa pilihan ke dua yang mereka pilih adalah undang-undang Islam. Hatta
dalam siri-siri kuliah saya, saya tidak pernah jumpa seorangpun yang faham

pilihan kedua adalah undang-undang Islam. Apatah lagi amat jauh untuk
untuk menemui seorang yang faham apakah jenis kategori kesalahan lumba
haram yang membawa maut sebagaimana contoh kes di atas.
Itu cerita 8 tahun lepas. Alhamdulillah, berbeza sekarang, ramai yang sudah
mula faham perundangan Islam dan sudah mula kelihatan pengulas isu
berkenaan Myvi langgar maut dua tiga hari sebelum ini. Setakat ini saya
menemui 3 penulisan yang mengulas isu ini dan salah satunya telah
disiarkan di dalam Sinar pada hari ini. Syabas Ustaz Wan Mizan, ketua
Penerangan Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu di atas artikelnya yang
telah dipetih oleh Sinar. Ini juga adalah tanda kejayaan dakwah yang dibawa
oleh PAS di dalam konteks Malaysia yang bagi saya telah diusaha gigihkan
sejak sekian lama.
Suka untuk saya kongsi sedikit di sini tentang kenapa masyarakat tanpa
mengira kaum dan agama memilih pilihan kedua, iaitu undang-undang
Islam? Jika kita banding dengan undang-undang konvensional, undangundang Islam lebih dekat dengan naluri manusia. Jika seseorang merosakkan
pasu bunga mahal kesayangan anda, pasti anda mahu si pelaku cuai itu
menggantikannya. Jika kereta anda kemek dilanggar oleh seseorang yang
memandu cuai, mesti anda mahu dia bayar kos baiki kereta tersebut. Jika
dengan cuai seseorang telah pecahkan handphone anda, mesti anda mahu
dia menggantikannya.
Tidak ada akal yang sihat boleh menerima satu undang-undang yang si
perosak dan pelaku cuai itu membayar nilai kerosakan kepada kerajaan
sedangkan anda sebagai tuan pasu, tuan handphone, tuan ladtop yang
menanggung akibat dan kerugian tidak mendapat apa-apa gantirugi dan
pampasan?
Fitrahnya, manusia akan tuntut gantirugi atas kerosakan dan kehilangan
barangannya daripada si pelaku cuai. Itulah fitrah manusia. Itulah juga
undang-undang Islam dalam kes mati dilanggar oleh pelumpa haram kerana
nilai dan akibat kehilangan nyawa jauh lebih besar, berat dan perih
berbanding tanggungan kos pasu bunya pecah, kereta kemek, handphone
rosak dan ladtop pecah akibat kecuaian orang lain.
Menolak untuk kos kerosakan diambil oleh kerajaan, sebaliknya memilih
untuk mendapatkan ganti rugi atas kematian dan kerosakan adalah pilihan
fitrah yang sebenarnya telah ditegaskan dengan sabda nabi SAW:

Maksudnya: Aku diutuskan (dengan agama / sistem hidup) yang bersifat
cenderung kepada fitrah dan toleransi.
Semoga dakwah ini berkembang kepada seluruh masyarakat.
- Sekian
ISU UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM DI MALAYSIA
DAN SEJAUH MANAKAH PERLAKSANAANNYA

Zulkifli Hasan
Ketua Program Diploma Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie
Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia
ABSTRAK
Pada tahun ini, genap 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan dan dunia
dapat
menyaksikan perkembangan dan kemajuan yang telah dicapai sama ada dari
aspek
ekonomi, politik, sosial dan undang-undang. Namun begitu, jika direnung
kembali
kepada perkembangan undang-undang Islam di Malaysia sehingga kini,
hakikatnya
masih terdapat kekurangan malahan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang
amat terhad
dan perlu diberi penambahbaikan terutamanya dari sudut pengamalan dan
perlaksanaan
undang-undang jenayah Islam. Bahkan boleh dikatakan bahawa secara
umumnya,
undang-undang jenayah syariah di Malaysia boleh dikategorikan atau hanya
meliputi
takzir. Oleh itu, artikel ini akan memfokuskan perbincangan dengan cuba
memberikan
gambaran secara umum mengenai perkembangan undang-undang jenayah
Islam di
Malaysia dan menghuraikan amalan serta perlaksanaannya di Mahkamah
Syariah.
Penulis juga akan membicarakan isu-isu semasa perundangan berkaitan
undang-undang
jenayah Islam sama ada dari segi bidang kuasa, klasifikasi jenayah dengan
merujuk
kepada peruntukan undang-undang sedia ada, kes-kes yang dilaporkan
termasuk
sumber-sumber perundangan lain yang diterima pakai.
1.0 Pendahuluan
Pada dasarnya undang-undang jenayah Islam di Malaysia hanya meliputi
ruanglingkup
takzir. Hingga kini tiada sebarang undang-undang khas hudud mahupun
qisas
dilaksanakan walaupun terdapat usaha-usaha untuk melaksanakannya di
Kelantan dan
Terengganu satu ketika dulu. Malahan bidang kuasa jenayah mahkamah
Syariah juga
amatlah terhad jika dibandingkan dengan mahkamah sivil.
Sebelum adanya enakmen jenayah syariah negeri-negeri, undang-undang
berkaitan

dengan jenayah syariah kebanyakannya diperuntukkan di bawah enakmen


pentadbiran
undang-undang Islam negeri-negeri. Dari aspek bidangkuasa jenayah,
hukum maksimun
yang diperuntukkan di dalam enakmen-enakmen sebelum tahun 1965 hanya
merangkumi
denda sebanyak lima ribu atau penjara selama tempoh tidak melebihi 4
bulan atau keduaduanya
sekali. Had hukuman maksimum ini telah ditingkatkan pada tahun 1965
dengan
denda seribu atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya
sekali.
Pindaan pada Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) telah dibuat
pada tahun
1984 dan setelah itu hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh
mahkamah syariah
ialah denda lima ribu atau penjara tiga tahun atau enam kali sebatan atau
kombinasi
mana-mana hukuman. Dengan itu, kebanyakan negeri telah
memperkenalkan enakmen
kesalahan jenayah syariah masing-masing.
Pada tahun 1988 telah berlaku perpindaan di dalam Perlembagaan
Persekutuan iaitu
artikel 121(1A) yang telah membawa kepada penambahan kewibawaan
Mahkamah
Syariah. Mahkamah Syariah telah diberi kuasa ekslusif yang mana
bidangkuasa
Mahkamah Syariah tidak boleh dicampuri oleh mahkamah sivil.
Dari era sebelum merdeka hingga hari ini, kita telah menyaksikan beberapa
pembaharuan
dan perkembangan terhadap ruanglingkup undang-undang jenayah Islam di
Malaysia.
Secara umumnya undang-undang jenayah syariah ini boleh diklasifikasikan
kepada
beberapa jenis kesalahan. Kesalahan-kesalahan ini dapat dibahagikan
kepada kesalahan
berhubung dengan seksual, minuman keras, akidah, kesusilaan, judi, rukun
Islam,
kesucian agama Islam dan institusinya, matrimoni dan juga kesalahankesalahan lain.
2.0 Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah
Secara umumnya, kesalahan-kesalahan jenayah yang dpperuntukkan dalam
enakmenenakmen
berkenaan adalah terlalu sedikit dan amat terhad termasuk peruntukan
hukumannya. Hukuman yang diperuntukkan hanyalah merangkumi takzir
iaitu penjara,

denda atau sebatan. Peruntukan ini boleh dilihat dalam beberapa enakmen
negeri-negeri
seperti Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, Akta Jenayah Syariah
(Wilayah
Persekutuan) 1997, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kelantan) 1985 dan
Enakmen
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (pindaan) (Kelantan) 1986. Bagi
negeri
yang masih tidak mempunyai enakmen jenayah syariah, peruntukan
kesalahan terdapat di
dalam enakmen pentadbiran undang-undang Islam negeri masing-masing.
Selain
daripada itu terdapat juga kesalahan jenayah syariah yang diperuntukkan di
bawah
enakmen undang-undang keluarga Islam bahagian iv dan x yang dikenali
sebagai
kesalahan matrimoni seperti Enakmen Undang-undang Keluarga Islam
(Selangor) 2003,
Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan
Enakmen
Undang-undang Keluarga Islam (Johor) 20031
.
Bagi memudahkan perbincangan, pengklasifikasian kesalahan jenayah
syariah ini dapat
diringkaskan seperti berikut:
a) Kesalahan di bawah enakmen atau akta jenayah syariah:i) Kesalahan yang berhubung dengan akidah;
ii) Kesalahan berhubungan dengan kesucian agama Islam dan institusinya;
iii) Kesalahan berhubung dengan rukun Islam, arak, judi dan kesusilaan;
iv) Kesalahan seksual;
v) Kesalahan berhubung dengan kesejahteraan orang lain;
vi) Kesalahan Pelbagai;
b) Enakmen atau akta undang-undang keluarga Islam:i) Penalti berhubung dengan akad nikah dan pendaftaran perkahwinan; dan
ii) Penalti am.
1
Penulis akan merujuk Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan
Enakmen Undang-undang Keluarga
Islam (Selangor) 2003 sebagai rujukan utama di dalam artikel ini. Rujukan
kepada enakmen atau akta
negeri-negeri yang lain akan dirujuk secara sampingan.
3.0 Kesalahan Di Bawah Enakmen Atau Akta Jenayah Syariah.
3.1 Kesalahan Berhubung Dengan Akidah
Seksyen 4-8 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan seksyen 3-6
Akta Jenayah

Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan kesalahan


berhubungan dengan
akidah yang merangkumi pemujaan2
, mendakwa orang bukan Islam untuk mengelakkan
tindakan3
, takfir atau mengatakan mana-mana orang Islam adalah kafir4
, doktrin palsu5
dan dakwaan palsu6
. Terdapat beberapa kes yang dilaporkan di dalam jurnal hukum
seperti Pendakwa Mahkamah Syariah Perak v Shah Pandak Othman (1991) 8
JH 99 dan
Akbar Ali v Majlis Agama Islam (1996) 10 JH 197.
3.2 Kesalahan Berhubung Dengan Kesucian Agama Islam dan Institusinya
Seksyen 9-16 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 memperuntukkan
kesalahan ini
yang terdiri daripada mempersendakan al-Quran atau Hadis, menghina atau
menyebabkan pandangan hina terhadap Islam yang masing-masing jika sabit
kesalahan
boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi
tiga tahun atau
kedua-duanya.
Bagi kesalahan memusnahkan atau mencemarkan tempat beribadat jika
sabit kesalahan
boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi
tiga tahun atau
disebat tidak melebihi enam sebatan atau kombinasi mana-mana hukuman.
Kesalahan
menghina pihak berkuasa Agama, pendapat bertentangan dengan Fatwa,
mengajar tanpa
tauliah, mengingkari perintah mahkamah dan penerbitan agama
bertentangan dengan
Hukum Syarak, mereka yang disabitkan bersalah boleh didenda tidak
melebihi lima ribu
ringgit atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
3.3 Kesalahan Berhubung Dengan Rukun Islam, Arak, Judi dan Kesusilaan.
Seksyen 17-21 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 memperuntukkan
kesalahan
jenayah syariah seperti berjudi yang membawa hukuman boleh didenda
tidak melebihi
tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,
minum
minuman yang memabukkan, menjual dan membeli minuman yang
memabukkan yang
hukumannya boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara
tidak melebihi
tiga tahun atau kedua-duanya7

, tidak menghormati ramadhan hukumannya boleh didenda


tidak melebihi seribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau
kedua-duanya 8
,
tidak menunaikan solat jumaat hukumannya boleh didenda tidak melebihi
seribu ringgit
2
Boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi
dua tahun atau kedua-duanya.
3
Boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi
tiga tahun atau kedua-duanya.
4
Boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi
tiga tahun atau kedua-duanya.
5 Boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi
tiga tahun atau disebat tidak
melebihi enam rotan atau kombinasi mana-mana hukuman.
6 Boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi
tiga tahun atau kedua-duanya.
7 Pendakwa Syarie Kelantan v Yusundy Josan (1994) 9 JH 206.
8 Lihat Abd Rahman & Anor v Pendakwa Hal Ehwal Terengganu (1994) 10 JH
121.
atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan tidak
membayar zakat
atau fitrah hukumannya ialah boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit
atau penjara
tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Bagi kesalahan melibatkan kesusilaan, seksyen 30 Enakmen Jenayah Syariah
(Selangor)
1995 memperuntukkan kesalahan lelaki berlagak perempuan dan seksyen
31 kesalahan
perbuatan tidak sopan di tempat awam9
yang mana kedua-duanya memperuntukkan
hukuman boleh didenda tidak melebihi seribu ringgit atau penjara tidak
melebihi enam
bulan atau kedua-duanya.
3.4 Kesalahan Seksual
Terdapat sepuluh jenis kesalahan yang diperuntukkan di bawah Enakmen
Jenayah
Syariah Selangor 1995 iaitu perbuatan sumbang mahram, pelacuran,
muncikari,
persetubuhan luar nikah, perbuatan persediaan untuk melakukan
persetubuhan luar nikah,

hubungan jenis antara orang yang sama jantina, persetubuhan bertentangan


dengan
hukum tabii, khalwat, lelaki berlagak seperti perempuan dan perbuatan tidak
sopan di
tempat awam.
a) Persetubuhan luar nikah
Kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang yang melakukan
persetubuhan
atau hubungan kelamin dengan pasangannya yang bukan isterinya atau
suaminya
yang sah menurut syarak dan tidak terbukti mengandungi unsur paksaan
ataupun
persetubuhan syubhah. Hukuman yang dikenakan adalah didenda sebanyak
lima
ribu atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun ataupun disebat tidak
melebihi
enam sebatan ataupun kombinasi hukuman-hukuman tersebut10
.
b) Perbuatan sumbang mahram
Hukuman kesalahan ini adalah didenda tidak melebihi lima ribu atau
dipenjarakan
tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan ataupun
dihukum dengan kombinasi hukuman itu11
.
c) Pelacuran
Kesalahan pelacuran bermakna mana-mana individu yang melacurkan
dirinya
ataupun melacurkan atau membenarkan atau menyebabkan anak-anak atau
isterinya ataupun kanak-kanak yang dalam jagaannya12. Mana-mana orang
yang
terbukti melacurkan diri akan di denda tidak melebihi lima ribu atau
dipenjarakan
9 Lihat Pendakwa Syarie Selangor v Fahyu Hanim, Noni Mohamad dan
Sharina Shaari. Jurnal Syariah 8:1
(2000) 137-155.
10 Seksyen 25 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Lihat Pendakwa
Syarie Perak v Jaffary dan
Hasliza (1991) 8 JH 105.
11 Seksyen 22, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
12 Seksyen 23(2) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan ataupun
kombinasi13
d) Muncikari
Kesalahan muncikari bermakna seseorang yang telah bertindak sebagai
orang

tengah antara seorang perempuan dengan seorang lelaki bagi mencapai


apa-apa
tujuan yang menyalahi Hukum Syara14. Mana-mana orang yang terbukti
sebagai
muncikari akan didenda tidak melebihi lima ribu atau dipenjarakan tidak
melebihi
tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan ataupun kombinasi15
e) Perbuatan sebagai persediaan untuk persetubuhan luar nikah
Kesalahan yang disebutkan sebagai perbuatan sebagai persediaan untuk
melakukan persetubuhan luar nikah dan mana-mana orang yang terbukti
bersalah
akan di denda tidak melebihi lima ribu atau dipenjarakan tidak melebihi tiga
tahun
atau disebat tidak melebihi enam sebatan ataupun kombinasi16
.
f) Khalwat
Mana-mana orang yang terbukti berkhalwat akan di denda tidak melebihi
tiga ribu
atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali17
.
g) Hubungan jenis antara orang sama jantina
Hubungan sejenis antara orang yang sama jantina. Bagi sesama lelaki
disebut
sebagai liwat dan bagi sesama wanita disebut sebagai musahaqah. Manamana
orang yang terbukti melakukan hubungan jenis antara orang sama jenis akan
di
denda tidak melebihi dua ribu atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun
atau
kedua-duanya.18
h) Persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii
Mana-mana orang yang terbukti melakukan persetubuhan bertentangan
dengan
hukum tabii akan di denda tidak melebihi lima ribu atau dipenjarakan tidak
melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan ataupun
kombinasi19
13
14
15
16
17
18
19

Seksyen
Seksyen
Seksyen
Seksyen
Seksyen
Seksyen
Seksyen

23(2), Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.


2 (Tafsiran) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
24 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
26 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
27 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

3.5 Kesalahan Berhubung Dengan Kesejahteraan Orang Lain


Seksyen 32 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 memperuntukkan
kesalahan
memujuk lari perempuan bersuami di mana hukumannya boleh didenda
tidak melebihi
lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,
seksyen 33
menghalang pasangan hidup suami isteri yang boleh membawa hukuman
boleh didenda
tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi dua tahun atau
kedua-duanya
dan seksyen 34 menghasut suami isteri supaya bercerai atau mengabaikan
tanggungjawab
dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
penjara tidak
melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
3.6 Kesalahan Pelbagai
Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 juga memperuntukkan beberapa
kesalahan
lain iaitu menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam20,
Qazaf21
,
Pemungutan Zakat atau Fitrah Tanpa Diberi Kuasa22 dan Penyalahgunaan
Tanda Halal.
Bagi penyalahgunaan tanda halal, seksyen 38 Enakmen Jenayah Syariah
( Selangor) 1995
memperuntukkan mana-mana orang yang mempamerkan pada atau
berkenaan dengan
mana-mana makanan atau minuman yang tidak halal, apa-apa tanda yang
menunjukkan
bahawa makanan atau minuman itu adalah halal adalah melakukan suatu
kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau
dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.
Menariknya di Sabah terdapat peruntukan tambahan kesalahan iaitu
menyembelih tanpa
kebenaran Majlis di bawah seksyen 59 (6) Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah (Negeri
Sabah) 1995yang menyatakan bahawa sesiapa yang menyembelih apa-apa
binatang halal
untuk tujuan jualan tanpa mendapat kebenaran atau perakuan bertulis dari
Majlis adalah
bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan
hukuman denda

tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi
enam bulan
atau kedua-duanya sekali.
4.0 Kesalahan di bawah enakmen atau akta undang-undang keluarga Islam
4.1 Bab IV Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003
Bab IV memperuntukkan 10 seksyen berkenaan dengan kesalahan jenayah
matrimoni,
bermula dengan seksyen 35 berkaitan dengan kesalahan tidak hadir
dihadapan pendaftar.
Ianya merupakan peruntukan undang-undang yang memerlukan pihak-pihak
yang
berkahwin di luar negara untuk mendaftarkan perkahwinan mereka di
Pendaftar Nikah
Cerai Rujuk di mukim masing-masing. Bagi mereka yang gagal mematuhi
seksyen ini
20 Seksyen 35 dan hukumannya boleh didenda tidak melebihi lima ribu
ringgit atau penjara tidak melebihi
tiga tahun atau kedua-duanya.
21 Seksyen 36 dan hukumannya boleh didenda tidak melebihi lima ribu
ringgit atau penjara tidak melebihi
tiga tahun atau kedua-duanya.
22 Seksyen 37 dan hukumannya boleh didenda tidak melebihi lima ribu
ringgit atau penjara tidak melebihi
tiga tahun atau kedua-duanya. Lihat Pendakwa Syarie Johor v Abd Talib
Harun (1996) 10 JH 150
maka, seksyen 36 akan terpakai kepada mereka. Seksyen 36 ini merupakan
penalti yang
dikenakan ke atas mereka yang gagal mematuhi seksyen 32 ini. Seterusnya
bab ini
memperuntukkan seksyen 37 iaitu gangguan terhadap sesuatu perkahwinan.
Bagi mereka yang membuat pernyataan palsu untuk mendaftarkan
perkahwinan pula
akan dikenakan penalti sebagaimana seksyen 38. Manakala seksyen 39
merupakan
penalti kepada mereka yang melakukan akad nikah yang tidak dibenarkan.
Seksyen 40
memeperuntukkan undang-undang ke atas mereka yang menjalankan
upacara akad nikah
tanpa kebenaran. Peruntukan ini juga tertakluk ke atas mereka yang
berkahwin dihadapan
saksi dan jurunikah yang tiada tauliah. Penalti maksimum yang dikenakan
keatas mereka
ialah denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam
bulan atau
kedua-duanya.

Bagi pasangan yang menghadapi masalah kesalahan atau kesilapan di


dalam surat nikah,
seksyen 42 boleh dipakai iaitu mereka mempunyai hak untuk meminda
kesalahan yang
terdapat di dalam sijil tersebut. Seksyen 43 memberikan hak kepada
mahkamah untuk
menyimpan indeks mengenai perkahwinan dan membenarkan ianya
diperiksa dengan
bayaran fee. Malah mahkamah turut mempunyai hak keatas dokumendokumen ini
sekiranya ianya ingin dijadikan bahan bukti di mahkamah bagi sesuatu kes.
4.2 Bab IX Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003
Kesalahan Jenayah Matrimoni di bawah bab IX memperuntukkan sebelas
seksyen
bermula dari seksyen 123 sehingga seksyen 133 berkenaan dengan
kesalahan jenayah
kekeluargaan. Sebelas peruntukan tersebut berkenaan dengan poligami,
perceraian luar
mahkamah, gagal membuat laporan, meninggal langsung isteri,
menganiayai isteri, tidak
memberi keadilan sewajarnya kepada isteri, isteri tidak menurut perintah,
menjadi murtad
untuk membatalkan perkahwinan, persetubuhan luar nikah antara orangorang bercerai,
kecuaian dengan sengaja untuk mematuhi perintah dan yang terakhir
percubaan serta
subahat.
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 turut
memperuntukkan
bahawa seseorang yang menganiaya isterinya atau menipu harta isterinya
adalah
melakukan satu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi
satu ribu ringgit
atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. Melihat
kepada
peruntukan dalam seksyen 127 dan 128, ia memberi remedi kepada isteri
yang dianiayai.
Suami yang menganiayai isterinya boleh dihukum sehingga maksimum
denda seribu
ringgit atau denda sehingga enam bulan. Seksyen 130 yang
memperuntukkan mengenai
penalti ke atas mereka yang jadi murtad untuk membatalkan perkahwinan.
Ini bermakna
sesiapa yang ingin membatalkan perkahwinan mereka dan mengaku telah
murtad boleh
diambil tindakan di bawah peruntukan ini.

5.0 Isu-isu Semasa Berkaitan Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia


5.1 Ketidakseragaman dan konflik undang-undang
Walaupun negara kita sudah mencapai kemerdekaan hampir 50 tahun,
hingga kini masih
terdapat ketidakseragaman dan beberapa perbezaan peruntukan yang
terkandung di dalam
enakmen-enakmen atau akta undang-undang jenayah Syariah negeri-negeri
di Malaysia.
Isu penyelarasan undang-undang syariah bagi negeri seluruh Malaysia
bukannya satu
perkara baru dan banyak usaha telah dilaksanakan untuk menyeragamkan
undang-undang
syariah, namun sehingga kini ia masih belum dapat mencapai matlamatnya.
Sebagai ilustrasi, kita boleh merujuk kepada Enakmen Jenayah Syariah
(Selangor) 1995
dan Akta Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997. Bagi kesalahan
mendakwa bukan
Islam untuk mengelakkan tindakan di dalam seksyen 5 Akta Jenayah Syariah
(Wilayah
Persekutuan) 1997, peruntukan ini tiada di dalam Enakmen Jenayah Syariah
(Selangor)
1995. Manakala kesalahan mengembangkan doktrin agama berlaku
sebaliknya.
Terdapat juga ketidakseragaman dari aspek hukuman yang dikenakan.
Sebagai contoh di
dalam kes melibatkan kesalahan menghina atau menyebabkan dipandang
hina agama
Islam, seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995
memperuntukkan hukuman
denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun
atau keduaduanya
manakala seksyen 7 Akta Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997
menyatakan hukuman denda yang sama tetapi penjara hanya tidak melebihi
dua tahun
atau kedua-duanya. Isu ketidakseragaman undang-undang ini sepatutnya
dapat
diselesaikan. Ini memandangkan ianya boleh menimbulkan pelbagai
permasalahan
undang-undang dan juga reaksi negatif masyarakat kepada pentadbiran
undang-undang
Islam.
Dari aspek konflik bidang kuasa mahkamah syariah dengan mahkamah sivil
sepatutnya
sudah lama telah diselesaikan melalui artikel 121 (1A) Perlembagaan
Persekutuan.

Namun begitu, ianya tidak berlaku secara menyeluruh. Buktinya masih


terdapat
pertikaian mengenai bidang kuasa mahkamah syariah seperti di dalam kes
Mohamed
Habibullah b Mahmood v Faridah Dato Talib (1992) 2 MLJ 793, Dalip Kaur v
Pegawai
Polis Bukit Mertajam (1992) 1 MLJ 7 dan Md. Hakim Lee v Majlis Agama Islam
Wilayah
Persekutuan (1998) 1 MLJ 681. Malahan jika diteliti terdapat beberapa
peruntukan di
dalam enakmen jenayah syariah yang bertindih iaitu juga terdapat di dalam
Kanun
Keseksaan seperti berlaku di dalam kes Sukma Dermawan Sasmitaat Madja v
Ketua
Pengarah Penjara Malaysia (1999) 1 MLJ 266.
Berdasarkan perkara di atas dapatlah disimpulkan bahawa masih terdapat
ketidakseragaman dan konflik bidang kuasa yang berlaku berkaitan dengan
peruntukan
undang-undang jenayah syariah di Malaysia. Seharusnya usaha-usaha ke
arah
menyelesaikan isu ini dilipatgandakan dan matlamatnya dicapai sepenuhnya
dalam masa
terdekat.
5.2 Kesalahan Murtad
Gejala kerosakan akidah semakin menular di negara kita lebih-lebih lagi
ianya
membabitkan pertukaran agama atau murtad. Isu ini lebih menarik perhatian
ramai
apabila Mufti Perak, Dato Seri Haji Harussani Zakaria pada Julai 2006 telah
membuat
kenyataan bahawa berdasarkan laporan kajian dari sekumpulan Melayu
profesional
didapati bahawa seramai 100,000 umat Islam di Malaysia telah bertukar
agama.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa isu keluar agama atau murtad
telah lama
berlaku seperti di dalam kes ayah Pin, Nor Aishah Bokhari, Nyonya Tahir dan
Lina Joy.
Namun begitu, kita menyaksikan bahawa tidak terdapat peruntukan yang
jelas di dalam
mana-mana enakmen jenayah syariah di Malaysia mengenai kesalahan
murtad.
Pada dasarnya, boleh dirumuskan bahawa tidak terdapat undang-undang
yang jelas
mengenai murtad termasuk hukumannnya. Namun demikian, terdapat
peruntukan

kesalahan keluar agama Islam diguna pakai di beberapa buah negeri.


Sebagai contoh,
Melaka telah memperuntukkan kesalahan keluar dari agama Islam sebagai
satu
kesalahan23. Seksyen 66(1) Enakmen Kesalahan Syariah (Melaka) 1991
menyatakan
bahawa apabila seseorang Islam dengan sengaja mengaku hendak keluar
dari Agama
Islam atau mengisytiharkan dirinya sebagai orang yang bukan Islam,
Mahkamah boleh
memerintahkan orang itu supaya ditahan di Pusat Bimbingan Islam untuk
tempoh tidak
melebihi enam bulan dengan tujuan pendidikan dan orang itu diminta
bertaubat mengikut
hukum syarak. Jika seseorang telah bertaubat, maka taubatnya itu mestilah
disahkan di
Mahkamah dan kemudian barulah dia boleh dibebaskan. Jika pula seseorang
itu bertaubat
semasa dalam tahanan, Pegawai Penjaga hendaklah melaporkan perkara itu
kepada
mahkamah dan taubatnya juga perlu disahkan oleh Mahkamah. Seksyen 6
(1) pula
memperuntukkan seseorang yang bersyubahat dibawah seksyen 66 adalah
merupakan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan tersebut boleh dikenakan
hukuman
denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh
tidak melebihi
tiga puluh enam bulan atau kedua-dua nya sekali.
Jika ditinjau sememangnya terdapat enakmen yang memperuntukkan
undang-undang dan
hukuman murtad secara khusus iaitu Enakmen Undang-undang Kanun
Jenayah Syariah II
(Kelantan) 1993 dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas)
Terengganu
2002 yang akhirnya tidak dapat dilaksanakan kerana faktor-faktor tertentu.
Kedua-dua
enakmen ini ada menyebut sesiapa yang disabitkan melakukan kesalahan
irtidad,
hendaklah sebelum dijatuhkan hukuman supaya bertaubat dalam tempoh
yang tidak
kurang daripada tiga hari setelah dia didapati bersalah dan sekiranya dia
enggan
bertaubat, maka mahkamah boleh memenjarakannya selama lima tahun dan
jika tidak
bertaubat juga boleh mengisytiharkan hukuman bunuh ke atasnya.

Isu murtad ini semakin hangat timbul apabila melibatkan kes Lina Joy v.
Majlis Agama
Islam Wilayah Persekutuan & Ors[2005] 6 MLJ 193 seorang Melayu yang
telah
menukar agamanya kepada Kristian. Mahkamah Tinggi dan Rayuan telah
memberikan
penghakiman bahawa bidang kuasa di dalam kes seumpama ini adalah
mahkamah
23 Di Perlis, satu Rang Undang-undang Perlindungan Aqidah Islam (Perlis)
2000 mengenakan hukuman
rehabilitasi selama tidak lebih satu tahun sekiranya didapati cuba menukar
agama Islam.
syariah. Saat ini, semua pihak masih menanti-nantikan keputusan yang akan
dibuat oleh
Mahkamah Persekutuan Malaysia. Jelasnya di sini ialah sepatutnya plaintif di
dalam kes
ini boleh didakwa di bawah undang-undang jenayah syariah kerana
melibatkan kesalahan
murtad. Oleh kerana tiadanya peruntukan yang jelas mengenai kesalahan
ini, pelbagai
permasalahan akan timbul dari masa ke semasa.
5.3 Ajaran Sesat
Baru-baru ini, masyarakat telah disajikan dengan berita mengenai dakwaan
ajaran salah
yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor terhadap Rufaqa
Corporation yang
dikatakan mempunyai kesinambungan dengan ajaran yang pernah
diharamkan oleh
kerajaan Malaysia iaitu al-Arqam. Selain daripada itu terdapat juga ajaran
salah atau
doktrin palsu lain seperti Black Metal, Tarikat Naqsyabandiyyah, Ajaran Ayah
Pin,
Golongan Anti Hadis, Ajaran Martabat Tujuh24
.
Pada hakikatnya mereka yang terlibat dengan ajaran salah ini boleh didakwa
di bawah
pelbagai peruntukan enakmen jenayah syariah seperti seksyen 4(1), 7(1),
8(a)(b), 9,
13(1), 14(1), 16(1)(a) dan 20 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor
1995. Namun
begitu, jika diteliti, terdapat kelemahan dari aspek undang-undang di mana
hukuman
yang diperuntukkan bagi kesalahan-kesalahan ini adalah terlalu ringan
berbanding
dengan kemudaratannya kepada orang Islam.

Oleh itu, bagi membendung fenomena ajaran salah ini, seharusnya tindakan
segera dan
pendakwaan dilipatgandakan kepada pihak yang terlibat. Selain daripada itu,
bidang
kuasa mahkamah syariah dari aspek hukuman juga perlu ditingkatkan
bersesuaian dengan
seriusnya ancaman ajaran seumpama ini kepada akidah umat Islam.
5.4 Kesalahan Khalwat Mendominasi Statistik Jenayah Syariah
Jika ditinjau, didapati kesalahan yang sering dibicarakan di mahkamah
syariah ialah
kesalahan khalwat. Ini boleh dibuktikan melalui kes-kes yang dilaporkan
sama ada di
dalam media masa mahupun di dalam jurnal akademik25. Sebagai contoh,
penulis
merujuk kepada statistik kes khalwat yang berlaku di Selangor pada tahun
2006 mengikut
peringkat umur di Selangor di bahagian Perundangan Syarak Majlis Agama
Islam
Selangor.
Seksyen26 29(a) 29(b) JUMLAH
24 t.n. 2000. Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan
Diwartakan Menyeleweng
dan Sesat Dalam Negeri Selangor. Selangor: Bahagian Penyelidikan Dan
Pembangunan Jabatan Agama
Islam Selangor.
25 Lihat Rusidah Abdul Ghani v Pendakwa JAWI (1991) 7 JH 209, Pendakwa
Syarie Kelantan v Muhamad
Sabu (1997) 11 JH 61, Pendakwa Syarie Perak v Jaffary dan Hasliza (1991) 8
JH 105, Mokhtar Pangat v
Pendakwa JAWI (1990) 7 JH 203 dan Pendakwa Syarie Negeri Sembilan v
Jaafar Sudin (1990) 7 JH 253.
26 Seksyen 29 (a) dan (b) memperuntukkan mana-mana orang lelaki yang
didapati berada dengan seorang
perempuan yang bukan isteri atau mahramnya atau orang perempuan yang
didapati berada bersama dengan
seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya di mana-mana tempat
yang terselindung atau di dalam
Usia
16-20 87 189 276
21-25 362 384 746
26-30 169 114 283
31-35 62 43 105
36-40 51 28 79
41-45 26 17 43
46-50 21 6 27

51-55 11 2 13
56-60 3 1
JUMLAH 792 784 1576
Jumlah keseluruhan bilangan kes khalwat yang berjaya direkodkan pada
tahun 2006
sahaja telah mencecah mencecah 1576 kes. Ini tidak termasuk kes-kes yang
tidak
dilaporkan mahupun direkodkan oleh pihak berkuasa. Rekod juga
menunjukkan bahawa
purata usia yang paling tinggi melakukan kesalahan khalwat ialah yang
berumur 21-25
iaitu sebanyak 362 bagi kesalahan di bawah seksyen 29(a) dan 384 di bawah
seksyen
29(b) dan peringkat usia paling sedikit melakukan kesalahan khalwat ialah
56-60 iaitu 3
orang bagi pesalah lelaki manakala seorang bagi pesalah wanita.
Trend kesalahan jenayah syariah seumpama ini menunjukkan bahawa bidang
kuasa
jenayah mahkamah syariah hanya melibatkan perkara-perkara kecil dan
hukuman yang
amat terhad. Amat jarang dilaporkan kes-kes melibatkan kesalahankesalahan lain seperti
berhubungan dengan akidah, akhlak dan hukum hakam berkaitan Islam. Jika
adapun
ianya tidak sebanyak kesalahan khalwat. Oleh itu, perhatian terhadap
kesalahan lain yang
lebih serius perlu juga diberikan seperti kesalahan ajaran sesat, doktrin
palsu, menghina
al-Quran dan hadis dan sebagainya.
6.0 Kesimpulan
Secara umumnya berdasarkan perbincangan di atas dapatlah dirumuskan
bahawa selepas
50 tahun kemerdekaan, bidang kuasa mahkamah syariah dari aspek undangundang
jenayah Islam hanyalah merangkumi hukuman maksima tiga tahun penjara
atau enam
sebatan atau lima ribu denda atau kombinasi mana-mana hukuman27.
Jelasnya, bidang
rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa
mereka sedang melakukan
perbuatan yang tidak bermoral.
27 Akta Bidang kuasa Mahkamah Syariah (Jenayah) Pindaan 1984.
kuasa jenayahnya adalah terhad dan hanya boleh dikuatkuasakan kepada
orang Islam
sahaja.

Peruntukan undang-undang jenayah syariah terdapat di bawah enakmen


atau akta jenayah
syariah dan juga enakmen atau akta undang-undang keluarga Islam negerinegeri.
Kesalahan di bawah enakmen atau akta jenayah syariah terdiri daripada
kesalahan yang
berhubung dengan akidah, kesucian agama Islam dan institusinya, rukun
Islam, arak, judi
dan kesusilaan, seksual, kesejahteraan orang lain dan pelbagai. Bagi negeri
yang masih
tidak mempunyai enakmen jenayah syariah, peruntukan kesalahan terdapat
di dalam
enakmen pentadbiran undang-undang Islam negeri masing-masing.
Manakala bagi
kesalahan di bawah enakmen atau akta undang-undang keluarga Islam ianya
terdiri
daripada penalti berhubung dengan akad nikah dan pendaftaran
perkahwinan dan penalti
am.
Jika ditinjau masih terdapat banyak peruntukan kesalahan jenayah syariah
yang masih
belum dikuatkuasakan. Hakikatnya hanya beberapa peruntukan sahaja yang
lebih kerap
digunakan seperti kesalahan khalwat dan matrimoni berbanding dengan
kesalahankesalahan
lain. Menyentuh mengenai isu semasa berkaitan, penulis telah merujuk
kepada
beberapa isu sahaja iaitu ketidakseragaman dan konflik undang-undang,
kesalahan
murtad, ajaran sesat dan kesalahan khalwat yang mendominasi. Isu-isu ini
mencerminkan
beberapa kelemahan dan kekurangan undang-undang pentadbiran Islam di
Malaysia
khususnya dari aspek undang-undang jenayah syariah. Hingga kini,
mahkamah syariah
masih lagi terikat dengan peruntukan hukuman yang amat terhad iaitu lima
tahun penjara,
denda lima ribu dan sebatan tidak melebihi enam kali.
Dengan itu, sesuai dengan genapnya kemerdekaan Malaysia 50 tahun,
sepatutnya
mahkamah syariah diberikan bidang kuasa yang setaraf dengan mahkamah
sivil dan diberikan hak secara ekslusif bagi membicarakan kes-kes melibatkan
undang-undang
Islam. Ini selaras dengan roh perlembagaan Malaysia yang menyebut secara
jelas bahawa

agama Islam adalah agama persekutuan.


RUJUKAN
Abd Rahman & Anor v Pendakwa Hal Ehwal Terengganu (1994) 10 JH 121.
Akta Bidang kuasa Mahkamah Syariah (Jenayah) Pindaan 1984.
Dalip Kaur v Pegawai Polis Bukit Mertajam (1992) 1 MLJ 7.
Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (pindaan) (Kelantan)
1986.
Enakmen Kesalahan Syariah (Melaka) 1991.
Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kelantan) 1985.
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Johor) 2003.
Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II (Kelantan) 1993.
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002.
Lina Joy v. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Ors[2005] 6 MLJ 193.
Md. Hakim Lee v Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (1998) 1 MLJ 681.
Mokhtar Pangat v Pendakwa JAWI (1990) 7 JH 203.
Mohamed Habibullah b Mahmood v Faridah Dato Talib (1992) 2 MLJ 793.
Pendakwa Syarie Johor v Abd Talib Harun (1996) 10 JH 150.
Pendakwa Syarie Kelantan v Muhamad Sabu (1997) 11 JH 61.
Pendakwa Syarie Kelantan v Yusundy Josan (1994) 9 JH 206.
Pendakwa Syarie Negeri Sembilan v Jaafar Sudin (1990) 7 JH 253.
Pendakwa Syarie Perak v Jaffary dan Hasliza (1991) 8 JH 105.
Pendakwa Syarie Selangor v Fahyu Hanim, Noni Mohamad dan Sharina
Shaari. Jurnal
Syariah 8:1 (2000) 137-155.
Perlembagaan Persekutuan.
Rang Undang-undang Perlindungan Aqidah Islam (Perlis) 2000.
Rusidah Abdul Ghani v Pendakwa JAWI (1991) 7 JH 209.
Sukma Dermawan Sasmitaat Madja v Ketua Pengarah Penjara Malaysia
(1999) 1 MLJ
266.
t.n. 2000. Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan
Diwartakan
Menyeleweng dan Sesat Dalam Negeri Selangor. Selangor: Bahagian
Penyelidikan Dan
Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor.