Anda di halaman 1dari 5

SITI HASLINDA BT.

HARON

EDU 3105

Model ASSURE Rekabentuk Pengajaran


Tema

: 1. Menyiasat Benda Hidup

Tajuk

: 3. Rantai Makanan

Guru

: Pn. Siti Haslinda binti Haron

Tahun

: 5 Bestari

Mata Pelajaran

: Sains

Tempoh Masa

: 60 minit

Analisis Pelajar
a) Ciri-ciri Umum
28 orang murid yang terdiri daripada 20 orang murid perempuan dan 8 orang
murid lelaki.
Berumur 11 tahun.
Murid mempunyai tahap pencapaian akademik yang sederhana dan lemah.
Murid terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana.
b) Pengetahuan Sedia ada
Murid-murid telah mengenal nama haiwan dan makanannya pada pelajaran
yang lepas.
Murid-murid telah mengetahui kelas makanan haiwan iaitu herbivor, karnivor dan
omnivor pada pelajaran yang lepas.
c) Gaya Pembelajaran
Murid-murid mempunyai gaya pembelajaran interpersonal. Mereka dapat
berkomunikasi dan bekerjasama dengan baik dalam melaksanakan tugasan.
Hampir 98% murid dalam kelas tersebut mudah belajar dengan menggunakan
audio visual.
Murid-murid menjalani pembelajaran melalui penglihatan dan pendengaran.
Nyatakan Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran:
1) Murid dapat membina satu rantai makanan dengan betul untuk menunjukkan
hubungan makanan dengan organisma dalam aktiviti berkumpulan.
2) Murid dapat membina satu rantai makanan dengan betul di dalam MS Word dalam
aktiviti berkumpulan.

Page 1 of 5

SITI HASLINDA BT. HARON

EDU 3105

Pemilihan Media, Kaedah dan Bahan


a) Set Induksi
Media : Audio Visual
Kaedah : Nyanyian
Bahan : Klip Video dan senikata lagu Bangau Oh Bangau.
Rasional Pemilihan : Klip video dipilih bertujuan untuk mengaitkan murid dengan
tajuk pelajaran yang hendak diajar oleh guru di samping menjadikan suasana
pembelajaran di dalam keadaan yang menyeronokkan.
b) Langkah 1 Fasa Pencetusan Idea
Media : Slaid Gambar Habitat di Kolam
Kaedah : Tayangan slaid, perbincangan berkumpulan.
Bahan : Klip Video lagu Bangau Oh Bangau, Komputer Riba dan LCD.
Rasional Pemilihan : Klip video dipilih bertujuan untuk merangsang pemikiran
murid supaya berminat dengan aktiviti yang dirancang guru kerana visualnya
seperti cerita kartun atau kanak-kanak serta gambar yang jelas dan berwarnawarni.
c) Langkah 2 Fasa Penstrukturan Semula Idea
Media : Slaid Gambar Habitat di Kolam
Kaedah : Pembentangan daripada setiap kumpulan.
Bahan : marker pen, kertas sebak.
Rasional Pemilihan : - Dapat menggunakan maklumat yang diberikan di dalam
aktiviti perbincangan.
- Memupuk keyakinan diri pelajar ketika berada
di khalayak ramai.
d) Langkah 3 Fasa Aplikasi Idea
Media : Penggunaan MS Word.
Kaedah : Menaip di komputer.
Bahan : Komputer, hasil perbincangan kumpulan pada langkah 2.
Rasional Pemilihan : - Penggunaan ICT dipilih supaya murid lebih mahir
menggunakan teknologi ICT.
- Memberi peluang kepada murid yang kurang
berkemampuan menggunakan teknologi ICT di sekolah.
e) Penutup - Refleksi
Media : Audio Visual dan Video.
Kaedah : Menyanyikan lagu Bangau Oh Bangau.
Bahan : Klip Video Bangau Oh Bangau tanpa seni kata.
Rasional Pemilihan : Murid boleh mengingat kembali rantai makanan yang
dibina berdasarkan rentak lagu tanpa seni kata dengan betul.

Page 2 of 5

SITI HASLINDA BT. HARON

EDU 3105

Penggunaan Media, Bahan dan Kaedah


a) Set Induksi
Media audio visual yang dipertontonkan dapat merangsang naluri ingin tahu
murid dan gambaran
awal tentang isi pelajaran
Bagaimana disemak / dipratontonkan : Guru perlu memastikan bahawa kualiti
video berada di dalam keadaan yang baik termasuklah gambar yang jelas dan
menarik serta audio yang jelas.
Persediaan persekitaran : - Pastikan murid berada di tempat duduk masingmasing agar tayangan video dapat berjalan
dengan lancar.
- Lampu dimatikan supaya gambar jelas dan
terang.
Persediaan pengalaman pembelajaran : Guru memainkan klip video dan guru
mengemukakan soalan kepada murid-murid. Soalan yang dikemukakan oleh
guru perlulah bersesuaian dengan tahap kebolehan murid-muridnya mengikut
aras kefahaman yang bersesuaian.
b) Langkah 1- Fasa Pencetusan Idea
Guru menayangkan slaid Habitat di Kolam
Murid dikehendaki mengenal pasti haiwan dan makanannya berdasarkan slaid
tersebut.
Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil.
Guru mengedarkan pen marker dan kertas sebak kepada setiap kumpulan.
Dalam aktiviti berkumpulan, murid membina satu rantai makanan berdasarkan
slaid tersebut.
Bagaimana disemak/dipratontonkan : Guru memantau aktiviti berkumpulan
murid dan membimbing mereka ke arah jawapan yang tepat.
Persediaan persekitaran: Guru perlu memastikan murid-murid aktif
mengeluarkan idea dan pendapat bernas semasa aktiviti berkumpulan.
Persediaan pengalaman pembelajaran: Murid perlu fokus kepada idea yang
disampaikan oleh murid lain kerana ia merupakan pembelajaran secara
koperatif.
c) Langkah 2 Fasa Penstrukturan Semula Idea
Setiap kumpulan menghantar wakil untuk membentangkan hasil perbincangan
kumpulan.
Bagaimana disemak/dipratontonkan : Guru memastikan semua kumpulan

Page 3 of 5

SITI HASLINDA BT. HARON

EDU 3105

menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang diberikan dan menghantar wakil
kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan.
Persediaan persekitaran: Murid diminta duduk secara berkumpulan dan melantik
seorang pembentang untuk membentang hasil perbincangan kumpulan.
Persediaan pengalaman pembelajaran: Murid melakukan aktiviti secara
berkumpulan dan dipantau oleh guru.
d) Langkah 3 Fasa Aplikasi Idea
Dalam kumpulan berdua atau bertiga, murid membuat rantai makanan dalam
MS Word.
Bagaimana disemak/dipratontonkan : Guru perlu memastikan setiap komputer
yang hendak digunakan oleh murid berfungsi dengan baik.
Persediaan persekitaran: Guru perlu memastikan sebiji komputer untuk 2 atau 3
orang untuk melaksanakan tugasan supaya murid berpeluang menggunakan
ICT secara bergilir-gilir.
Persediaan pengalaman pembelajaran: Guru perlu memastikan setiap murid
menyiapkan tugasan mereka sebagaimana yang telah diarahkan oleh guru.
e) Penutup - Refleksi
Guru memainkan lagu Bangau Oh Bangau tanpa senikata untuk dinyanyikan
bersama-sama sebagai penamat sesi pembelajaran.
Penglibatan Pelajar
a) Set Induksi (5 minit)
Murid menyanyikan lagu Bangau Oh Bangau
Murid bersoal jawab dengan guru berkaitan lagu tersebut yang dikaitkan dengan
rantai makanan.
b) Langkah 1- Fasa Pencetusan Idea (15 minit)
Murid menonton slaid gambar Habitat di Kolam.
Murid membina rantai makanan berdasarkan slaid tersebut dalam aktiviti
berkumpulan.
Murid mencatat hasil perbincangan kumpulan.
c)

Langkah 2 Fasa Penstrukturan semula Idea (20 minit)


Murid mendengar dengan teliti pembentangan daripada rakan-rakan lain.
Murid mencatat maklumat dan isi-isi penting.
Murid bersoal jawab dengan guru daripada pembentangan tersebut.

d) Langkah 3 Fasa Aplikasi Idea (15 minit)


Murid membuat rantai makanan dalam MS Word dalam kumpulan berdua atau
bertiga.
Murid boleh berkolaborasi dengan guru dan rakan-rakan semasa membuat
tugasan.

Page 4 of 5

SITI HASLINDA BT. HARON

EDU 3105

e) Penutup - Refleksi (5 minit)


Murid menyanyi bersama-sama mengikut clip video yang telah dipasang oleh
guru.
Menilai dan Menyemak Semula
Penilaian:
Murid dapat mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Murid dapat menyiapkan tugasan yang diarahkan dengan baik.
Impak / Keberkesanan:
Murid dapat membina satu rantai makanan dengan betul berdasarkan lagu
Bangau Oh Bangau yang telah dinyanyikan.
Murid dapat membina satu rantai makanan dengan betul semasa aktiviti
berkumpulan.
Murid dapat membina satu rantai makanan dalam MS Word dengan betul dalam
aktiviti berkumpulan.

Page 5 of 5

Anda mungkin juga menyukai