Anda di halaman 1dari 2

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa

yang telah ditetapkan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih


kepada .............................................. atas sokongan dan bimbingan dalam
pelaksanaan tugasan ini.
Berdasarkan tugasan ini, saya berpendapat bahawa sejarah merupakan
suatu peristiwa yang telah berlaku pada masa lampau dan menceritakan jatuh
bangun sesebuah tamadun. Sebagai rakyat Malaysia, adalah penting bagi saya
mengetahui latar belakang dan cerita sebenar di sebalik usaha membangunkan dan
memerdekakan negara Malaysia. Dengan ini, saya perlu melakukan penyelidikan
tentang penulisan sejarah Malaysia.
Namun, kebanyakan penulisan sejarah Malaysia ditulis oleh pegawai kolonial
dan bersifat sentrik Eropah. Persoalannya, adakah pensejarahan Malaysia dari
aspek penulisan kolonial ini memberikan kesan yang positif atau negatif terhadap
masyarakat di Malaysia? Tugasan ini mendedahkan sifat dan sikap sebenar pihak
kolonial pada masa lalu. Buktinya, mereka hanya ingin menonjolkan kehebatan
mereka dan menindas serta merendahkan martabat masyarakat kawasan
taklukannya seperti di Tanah Melayu.
Kemudian, saya amat terpegun dengan usaha penulis tempatan yang
berusaha menulis semula sejarah Malaysia mengikut perspektif tempatan. Hal ini
menunjukkan penulis tempatan sedar akan kepentingan mewujudkan penulisan
sejarah berasaskan pandangan masyarakat tempatan. Dengan ini, kehebatan dan
keunggulan yang terdapat di Malaysia khususnya dapat ditonjolkan kepada
masyarakat luar dari pelbagai aspek. Oleh itu, masyarakat luar tidak lagi
memandang rendah akan masyarakat Malaysia akibat penulisan sejarah yang
bersifat sentrik Eropah.
Seterusnya, sebagai seorang penulis sejarah negara, kita mestilah bersifat
jujur dalam melaksanakan tugas supaya tidak bersifat bias. Penulisan sejarah
seharusnya dinilai melalui pelbagai aspek dan tidak hanya mementingkan beberapa
aspek tertentu. Contohnya, pihak kolonial hanya mementingkan kehebatannya
dalam sistem pentadbiran. Begitu juga dengan penulis tempatan ketika dahulu yang
hanya mengagungkan kaum kerabat istana sahaja.
Walaubagaimanapun, pensejarahan dari aspek kolonial juga memainkan
peranan penting dalam pensejarahan Malaysia. Hal ini kerana ia telah menjadi
bahan rujukan, mempunyai bilangan yang banyak serta mudah diperoleh dalam
membuat kajian tentang sejarah Malaysia. Dengan ini, penulis sejarah tempatan
tidak akan lari daripada membuat rujukan berdasarkan pensejarahan negara yang
bersifat sentrik Eropah.
Akhir sekali, saya berharap suatu hari nanti saya boleh menjadi salah seorang
yang mengkaji dan menulis tentang sejarah pembentukan Malaysia. Melalui tugasan
ini, saya mendapati penulisan sejarah yang bermutu mestilah mengambil kira

pandangan daripada kedua-dua pihak seperti pihak kolonial dan penulis tempatan.
Lantas, sebuah penulisan sejarah yang mantap akan dapat dihasilkan.