Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN

Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan tentang


bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidikan berpendapat setiap individu membina
pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. Teori
Konstruktivisme

merupakan

satu

pandangan

baru

tentang

ilmu

pengetahuan

dan bagaimanamanusia memperoleh ilmu. Pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme


telah digunakan secara meluas dalam mata pelajaran Sains. Menurut Susan (1994),
konstruktivisme bukan satu konsep yang baru. Konstruktivisme memang telah lama diamalkan
dalam bidang falsafah, sosiologi dan antropologi, psikologi dan pendidikan. Beliau menambah,
teori konstruktivisme ialah satu teori pembelajaran yang sangat dominan dalam sistem
pendidikan terutamanya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik mulai tahun 1980-an.
Penggunaan teori konstruktivisme sangat penting kerana ia merupakan satu perubahan
paradigma daripada pendekatan behaviourisme kepada pendekatan yang berasaskan teori
Kognitif.
Secara umumnya, konstruktivisme boleh dianggap sebagai satu teori yang cuba
menerangkan bagaimana manusia belajar. Intipatinya adalah meneliti bagaimana manusia
membina kefahaman dan pengetahuan melalui pengalaman pembelajaran dan melihat semula
(membuat refleksi) pengalaman tersebut. Sebagai contoh, apabila kita berhadapan dengan
sesuatu yang baru, kita akan cuba menyelaraskannya dengan apa yang telah kita lalui
berdasarkan pengalaman lampau atau idea sedia ada kita. Dalam usaha ini, kita mungkin
menerima idea baru ini dan membuang idea lama atau membuang idea baru kerana merasakan
ia tidak relevan kepada kita. Dalam apa situasi pun, kita sebenarnya sedang membina
kefahaman tentang idea baru dan membina pengetahuan berasaskan pengalaman yang telah
kita lalui atau idea sedia ada kita.
Untuk memudahkan pembinaan pengetahuan dan kefahaman terhadap maklumat baru
yang diterima semasa pengajaran, murid memerlukan persekitaran pembelajaran yang
merangsang murid melalui teknik-teknik pembelajaran yang aktif, menggunakan situasi sebenar
dan membolehkan murid memanipulasi alat dan bahan dalam usaha membina makna terhadap
konsep yang diajar.

1.0 PRINSIP TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME


Terdapat beberapa prinsip asas dalam Teori Konstruktivisme. Berikut adalah
penerangan secara ringkas tentang setiap prinsip tersebut. Setiap prinsip yang terlibat akan
dibincangkan tentang aplikasinya dalam proses pendidikan dengan selanjutnya dalam
bahagian kesan-kesannyaterhadap pembelajaran para pelajar nanti.
a) Pengetahuan dibina oleh pelajar
Pelajar bukan merupakan tin kosong untuk diisi, tetapi merupakan individu aktif
yang perlu berusaha mencari pengertian kepada perkara-perkara yang ditemuinya. Para
pelajar mestilah construct iaitu membina pengetahuan. Dengan ini, para pelajar perlu
menggunakan daya pemikiran mereka sendiri, dan bukannya bergantung semata-mata
padamaklumat yang dimiliki oleh guru. Oleh itu, guru-guru tidak sekadar memberi
maklumat dan ilmuyang terkandung dalam sukatan pelajaran begitu sahaja, tetapi
menggalakkan pelbagai jenis aktivitidilakukan oleh pelajar di mana setiap aktiviti
merupakan suatu proses ke arah membinapengetahuan tertentu.
b) Setiap pelajar memiliki idea dan pengetahuan asas
Pelajar perlu membina pengetahuan baruberdasarkan pengetahuan yang sedia
ada serta menggunakan idea mereka sendiri. Sememangnya,setiap pelajar mempunyai
pandangan dan satu set idea sendiri tentang subjek yang dipelajari. Idea-idea ini tidak
harus ditolak begitu sahaja, malah perlu digalakkan oleh guru dengan adanyabimbingan
guru. Pengetahuan asas yang sudah ada perlu diaplikasikan oleh para pelajar
untukmewujudkan hubungkait antara subjek-subjek tertentu, seterusnya membentuk
suatu pengetahuandan kefahaman yang baru terhadap subjek tersebut.
c) Proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial
Para pelajar perlu berinteraksi danbertukar-tukar pendapat sesama sendiri dan
juga dengan para pendidik tentang subjek yang sedangdipelajari, iaitu pembelajaran
secara berkumpulan dititikberatkan. Hal ini adalah kerana parapsikologi seperti Jean
Piaget berpandangan bahawa pembelajaran merupakan proses yang dinamikdan sosial,
iaitu

idea-idea

berbeza

yang

difikirkan

oleh

individu-individu

yang

berlainan

perludikumpulkan dan dibandingkan supaya dapat membina pengetahuan yang kukuh


asasnya. Para pelajar tidak digalakkan untuk belajar bersendirian semasa dalam kelas.

d) Guru merupakan fasilitator dalam proses pembinaan pengetahuan pelajar


Guru hanya membimbing para pelajar, bukan memindahkan ilmu pengetahuan
terus ke otak pelajar. Gurubertanggungjawab untuk memberi para pelajar penunjuk dan
garis panduan yang sesuai. Guru tidak memberi jawapan kepada soalan-soalan yang
dikemukakan; malah, guru hanya berperanan untukbertanyakan soalan-soalan yang
dapat memberangsang pemikiran para pelajar.

2.0 KEBERSANAN PENGGUNAAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN


GURU TERHADAP PEMBELAJARAN PELAJAR
a) Kesan terhadap pemikiran pelajar
Dalam pendidikan yang biasa iaitu pendidikan konvensional, para pelajar dilatih
oleh guru untukmenjawab soalan semata-mata berdasarkan fakta-fakta. Meskipun cara
menjawab soalan ini mampu memberikan jawapan yang betul serta tepat, cara ini tidak
menitikberatkan daya pemikiran para pelajar. Mereka hanya perlu mengingati fakta-fakta
tertentu dan memberikannya terus sebagai jawapan tanpa benar-benar memahami
mengapa

jawapan

yang

diberi

adalah

sedemikian.

Daya

ingatan,

bukannya

daya pemikiran, menjadi asas kepada kecemerlangan seseorang pelajar.Lebih-lebih


lagi,

para

pelajar

bersendirian,bukannya

hanya akan

menjalankan

berkumpulan.

Sebaliknya,

proses
hal

pembelajaran
tersebut

adalah

secara
amat

berbeza dalam pendidikan yang berbentuk konstruktivisme.


Dalam pendidikan konstruktivisme, guru-guru mencabar para pelajarnya untuk
mendapatkan jawapan bagi soalan secara lebih konstruktif, iaitu dengan mengaitkan
dan merumuskan konsep-konsep yang diketahui. Cara ini lazimnya dikenali sebagai
problem solving di mana guru mengemukakan suatusituasi dan meminta pelajarpelajar untuk menjelaskan situasi tersebut secara berkumpulan. Apabila para pelajar
menganalisis data yang sedia ada iaitu data yang diberikan oleh guru ataupun data yang
boleh diperhatikan oleh pelajar itu sendiri, mereka berupaya untuk membuat justifikasi
terhadapnya, seterusnya melakukan suatu ramalan untuk membuat suatu kesimpulan
tentang masalah yang hendak diselesaikan. Proses ini bertepatan dengan kehendak
Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) yang amat menekankan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi(KBAT) di dalam pendidikan pelajar-pelajar di Malaysia.

b) Kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran


Penggunaan teori konstruktivisme dalam proses P & P juga dapat menanam
sikap yang lebih positif dalam para pelajar dalam kelas.

Penggunaan teori

konstruktivisme dalam proses P & P juga adalah selari dengan Pembelajaran Abad ke21. Hal ini disebabkan beberapa faktor iaitu tahap penglibatan pelajar dalam kelas,
tahap bimbingan yang diberikan oleh guru dan juga kepelbagaian dalam cara
pembelajaran. Sekiranya cara pendidikan konvensional dipraktikkan, para pelajar
lazimnya merupakan golongan yang pasif, di mana guru-guru akan mengajar manakala
penglibatan para pelajar hanya tertaklukkepada mendengar dan menerima segala
maklumat yang disampaikan oleh guru. Dalam keadaan sedemikian, kemungkinan
besar para pelajar merasakan diri sendiri tidak terlibat dalam kelas. Tidak hairanlah para
pelajar berpendapat bahawa sesuatu kelas membosankan. Kesannya, penglibatanpara
pelajar yang minima ini mengakibatkan sesetengah pelajar hilang minat dan tidak
bermotivasiuntuk belajar.
Menerusi cara pendidikan konstruktivisme, selarap dengan pembelajaran abad
ke-21, tahap penglibatan pelajar dalam kelas ditingkatkan, dan ini mampu menyumbang
kepada sikap mereka terhadap pembelajaran mereka. Menurut teori konstruktivisme,
interaksi yang jelas antara guru dengan para pelajar perlu wujud. Misalnya, guru-guru
sentiasa mengemukakan soalan-soalan yang memberangsang untuk dijawab oleh
pelajar dan para pelajar diterapkan dengan pemikiran aras tinggi dalam menjana ideaidea yang baik dan bernas. Para pelajar turut digalakkan untuk menyertai
sesi perbincangan dengan guru ataupun sesama sendiri.Menurut Garner (1990), proses
memperoleh pengetahuan dipengaruhi oleh faktor kontekstual kelas contohnya, interaksi
yang dinyatakan tadi mampu menyediakan suasana yang menyumbang kepada
pemahaman para pelajar. Pembelajaran yang optimum dapat dicapai dengan adanya
komunikasi antara guru dengan pelajar supaya pelajar lebih aktif dalam berfikir dan
menghasilkan lebih banyak idea-idea baru yang akan menjadi ilmu mereka.
Lebih-lebih lagi, apabila para pelajar berupaya mencari penyelesaian kepada
masalah-masalah yang dikemukakan dalam kelas, baik secara berkumpulan mahupun
individu, mereka akan berasa lebih yakin terhadap kebolehan diri dalam sesuatu bidang.
Oleh itu, dengan penggunaan teori konstruktivisme yang bertepatan dengan
Pembelajaran Abad ke-21, mereka akan berasa lebih bersemangat untuk menyertai sesi
P & P, seterusnya meningkatkan tahap pembelajaran dan pemikiran aras tinggi mereka.

c) Kesan terhadap gaya pembelajaran para pelajar


Kita sering mendengar frasa Bahasa Inggeris lifelong-learning yang bermakna
pembelajaran seumur hidup. Teori konstruktivisme menggalakkan lifelong-learning
dalam kalangan para pelajar, lifelong-learning ataupun pembelajaran seumur hidup
bermaksud Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang
masa.
Sememangnya,

untuk

memberi

pendidikan

yang

boleh

mencetuskan

pembelajaran seumur hidup,pendidikan tersebut perlulah terbuka kepada idea-idea para


pelajar di samping menggalakkan semangat ingin tahu ataupun inquiri dalam kalangan
pelajar. Sekiranya dilihat, haluan pendidikan yang berteraskan Pembelajaran Abad Ke21 amatlah sesuai dengan adanya penggunaan teori konstruktivisme.
Seperti yang telah dinyatakan tadi, pendidikan konstruktivisme menggalakkan
cara memperoleh jawapan secara konstruktif iaitu kaedah problem-solving dengan
membina hubungkait antara konsep-konsep yang diketahui. Sesungguhnya, latihanlatihan problem-solving bukan sahaja dapat melatih pelajar dalam menerapkan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT) malah turut dapat melatih para pelajar untuk
sentiasa mempunyai semangat ingin tahu tentang persekitaran mereka. Pada mulanya,
guru-guru akan bertanggungjawab untuk mengemukakan soalan-soalan yang pertama
dalam usaha memberangsang para pelajar untuk menjelaskan sesuatu masalah.
Selepas seketika, para pelajar akan bertindak secara semulajadi dan berfikir sendiri
untuk menggunakan pertanyaan soalan untuk mendapatkan penjelasan bagi setiap
masalah yang ditemui.
Dalam proses ini, para pelajar mempelajari untuk menggunakan apa-apa sumber
yang sedia ada untuk membina pengetahuan. Tidak dapat dinafikan bahawa kemahiran
dan sikap yang inisiatif ini adalah kekunci utama dalam melahirkan para pelajar yang
mengamalkan pembelajaran seumur hidup. Budaya sedemikian akan dibawa dalam
diri para pelajar meskipun telahpun keluar daripada sekolahhasilnya, mereka boleh
mempraktikkan pembelajaran seumur hidup ataupun lifelong-learningdengan sentiasa
mengemukakan persoalan baru tentang dunia ini, diikuti dengan idea-idea barutentang
jalan penyelesaian untuk persoalan tersebut.

Selain kaedah problem-solving, kelas konstruktivisme turut menggalakkan


pertanyaan soalan-soalan open-ended yang telah dibincangkan dalam bahagian
kesan penggunaan teori konstruktivisme terhadap daya pemikiran para pelajar. Dalam
konteks ini, guru-guru boleh mempraktikkan latihan Mind Games. Latihan Mind
Games merupakan aktiviti inquiri yang berpusat pada situasi bersifat hipotetikal. Latihan
tersebut boleh mengambil bentuk perbincangan, perbahasan, projek, lukisan, laporan
danlain-lain lagi. Soalan-soalan terbuka (Bagaimanakah anda mengetahui ini? Apakah
bukti anda? Apakahnyang menyebabkan anda yakin bahawa hal ini adalah benar?) Di
sini, kita dapat melihat bahawa para pelajar dilatih untuk sentiasa mempersoal
fenomena-fenomena alam sekeliling mereka. Sememangnya, latihan-latihan tersebut
akan

membentuk

sejenis

budaya

pembelajaran

yang

tidak

tertakluk

kepada

pengetahuan yang sedia ada dapat meningkat kan meningkatkan pemikiran pelajar
kepada pemikiran aras tiggi (KBAT).

3.0 PERANAN GURU DALAM PENGAJARAN KONSTRUKTIVISME


Menurut Jonassen (1999), konsep pembelajaran konstruktivis melihat pengetahuan
sebagai sesuatu yang dibina secara individu dan sosial berasaskan interpretasi pengalaman
murid dengan dunianya. Implikasi kepada pengajaran adalah untuk guru berusaha mewujudkan
pengalaman pembelajaran yang akan memudahkan pembinaan pengetahuan. Jonassen (1999)
mengutarakan tiga aktiviti penting dalam pengajaran guru yang boleh menyokong proses
pembelajaran konstruktivis:
a) Guru bertindak sebagai model peranan (role model)
Guru boleh menggalakkan aktiviti penerokaan dengan cara menjadi model untuk
memperagakan situasi pembelajaran yang berkaitan. Aktiviti ini mungkin berbentuk
fizikal seperti demonstrasi kerja amali ataupun dalam bentuk bukan fizikal seperti
mengadakan diskusi atau memainkan rakaman dialog dengan pakar dalam bidang
berkenaan. Tujuan diadakan aktiviti ini adalah untuk membolehkan pengetahuan,
pengalaman dan kemahiran yang terdapat pada guru atau pakar rujuk lain dicungkil
keluar supaya murud dapat berfikir lebih tinggi dalam menyelesaikan masalah.

b) Guru berperanan sebagai jurulatih.


Guru yang memainkan peranan sebagai seorang jurulatih yang baik mampu
menggalakkan murid untuk melibatkan diri dalam proses penyelesaian masalah;
menganalisis dan memantau perkembangan murid dari segi perolehan kemahirankemahiran yang tertentu. Guru juga memandu murid melalui maklum balas serta nasihat
berkaitan dengan cara meningkatkan prestasi atau menimbulkan pemikiran refleksi
murid terhadap apa yang telah dibelajar

c)

Guru berperanan sebagai perancah.


Guru memainkan peranan sebagai perancah untuk membantu dan membimbing
murid berinteraksi dengan masalah, murid-murid lain dan persekitaran. Aktiviti perancah
memerlukan guru kadang kala mengubahsuai sifat-sifat yang terdapat pada sesuatu
masalah supaya proses pembelajaran yang tergendala dapat diteruskan. Antara usaha
guru untuk membantu murid dengan cara perancah adalah menyesuaikan darjah
kesukaran masalah; menstruktur semula masalah dan menggunakan penilaian
alternatif. Selain tiga peranan yang diberi