Anda di halaman 1dari 24

Topik

Penyediaan
Cadangan
Kajian

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menerangkan kepentingan cadangan kajian sebagai penunjuk arah


kepada kajian yang dicadangkan; dan

2.

Menyediakan satu cadangan kajian, menyatakan permasalahan


kajian, hipotesis, teori, soalan kajian, tinjauan literatur, metodologi
dan batasan kajian.

X PENGENALAN
Langkah pertama dalam menulis kajian ilmiah ialah menyediakan draf cadangan
kajian iaitu ringkasan atau dokumen yang ditulis secara sistematik yang
melakarkan kajian yang akan anda lakukan. Cadangan kajian yang lengkap pada
amnya, mengandungi masalah kajian, persoalan kajian, tinjauan literatur,
metodologi kajian dan senarai rujukan.

2.1

KENAPA ANDA MENULIS CADANGAN


KAJIAN?

Cadangan kajian ialah rancangan kajian yang meliputi kerangka konsep kajian,
tujuan dan objektif kajian, soalan dan hipotesis kajian, kepentingan dan batasan
kajian, tinjauan literatur dan kajian lepas serta alat kajian dan kaedah
penganalisisan data. Pengkaji akan menjalankan kajian berpandukan cadangan

24

TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

kajian ini yang akhirnya akan menghasilkan kertas kajian, disertasi, tesis atau
kertas projek. Dengan menyediakan cadangan kajian, pengkaji boleh:
(a)

Mengenal pasti permasalahan yang dikaji dan menyatakan satu set soalan
kajian untuk dijawab dalam kajian;

(b)

Membuat tinjauan literatur berkaitan dengan permasalahan kajian (ini


menunjukkan status pengetahuan ilmiah dalam bidang itu) serta mengenal
pasti bidang yang belum lagi dikaji atau kurang diberi perhatian oleh
pengkaji;

(c)

Menghasilkan hipotesis (jawapan yang diramalkan untuk soalan kajian,


jika berkaitan);

(d)

Membina metodologi kajian yang sepadan untuk menguji hipotesis atau


untuk menjawab soalan kajian;

(e)

Membina reka bentuk kajian dan teknik pengumpulan data yang sesuai;
dan

(f)

Mengenal pasti prosedur analisis data yang sesuai dan justifikasinya.

2.2

KANDUNGAN CADANGAN KAJIAN

Sebenarnya tidak ada cara tertentu untuk kita menstrukturkan cadangan kajian.
Bagaimanapun, anda dicadangkan untuk membahagikan cadangan kajian anda
kepada seksyen atau bab seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1.

Rajah 2.1: Cadangan kajian

TOPIK 2

2.2.1

PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

25

Bab 1: Masalah Kajian

Bahagian seterusnya menerangkan kandungan Bab 1.


(a)

Pengenalan
Dalam bahagian ini anda akan memperkenalkan masalah kajian dengan
sedikit penghuraian tentang fokus utamanya dan variabel yang terlibat dan
tujuan kajian. Anda juga harus mengetengahkan beberapa kajian yang
signifikan dalam bidang kajian yang anda pilih. Ia sepatutnya ditulis lebih
kurang 200 perkataan seperti ditunjukkan dalam contoh berikut (contoh ini
tidak diterjemahkan supaya ia dapat menjadi contoh kepada pelajar yang
perlu menulis laporan kajian dalam bahasa Inggeris).

Topic: Inculcating Noble Values through Cooperative Learning in Science

Introduction
Cooperative learning is learning in small group of four to five persons with
emphasis on interdependency among members, and maintaining individual
responsibilities in achieving specific learning objectives. It has been proven
through more than 100 researches that it enhances achievement as well as
affective domain (Johnson & Johnson, 1994). The noble values (nilai murni)
in the Malaysian school curriculum cut across curriculum and are required
to be included in the daily lesson plan. This research attempts to see if the 5
noble values: love, rationale, diligent, independent and cooperativeness can
be inculcated through teaching of science using the cooperative learning TGT
structure. Cooperative learning to inculcate values was conducted in 12
secondary schools in Malaysia, using the structures of Jigsaw2 and STAD
(Nor Azizah et al,, IRPA 1998). This experimental study, however, will focus
on cooperative learning using TGT (Team Games Tournaments), which was
not extensively researched locally in science. It is introducing learning
through group competitive games which would make learning interesting
and encourages students to attain positive values in life.

(b)

Latar Belakang Masalah Kajian


Dalam bahagian ini, anda perlu huraikan masalah kajian yang telah anda
kenal pasti dan terangkan kenapa perlunya kajian ini dibuat. Anda juga
harus melakarkan keadaan semasa atau isu yang perlu ditangani, dan
terangkan bagaimana kajian anda akan menghasilkan penyelesaian yang
diperlukan atau menjelaskan masalah-masalah yang ada. Di sini juga anda
boleh menjelaskan literatur yang berkaitan dengan kajian anda dan yang
menghasilkan pertemuan signifikan.

26

TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

Berikut ialah contoh latar belakang masalah kajian.

Crimes such as theft, robbery, murder, gang fight, and juvenile delinquency
are common topics in Malaysian daily newspapers currently. One wonders
what makes individuals lose their humanities and conduct criminal acts on
other fellow human beings. How can we help? Parents and teachers are
among the responsible parties in bringing up children to have positive
characters as delineated in the 16 noble values including love for life and the
environment, love, kind-heartedness, rationale, cooperativeness and diligent.
Teaching values is difficult but it is important in moulding future citizens
into human beings who are responsible towards themselves, others and the
nation. Hence this research is undertaken to improve the teaching and
learning of values in an effort to realize the philosophy of the Malaysian
School Curriculum in bringing about a balanced individual affectively,
cognitively, physically and spiritually. The research hopes to answer the
questions: can we inculcate values (love, kind-heartedness, cooperativeness,
rationale and diligent) through cooperative learning in science using TGT
cooperative learning structure? Throughout the 1990s many research in
Malaysian schools had indicated that cooperative learning can bring about
achievements as well as values (Nor Azizah and Chong Poh Wan, 2000). This
research would use TGT cooperative structure which has not been widely
used in science lessons in Malaysian secondary school.

LATIHAN 2.1
Jelaskan apa yang anda faham tentang Latar Belakang Masalah
Kajian.
(c)

Pernyataan Masalah
Pernyataan masalah boleh ditulis sebagai tujuan am kajian atau dalam
bentuk persoalan kajian. Pada amnya kenyataan ini amat spesifik dan
mengandungi variabel kajian. Sekiranya anda menggunakan hipotesis,
sebagaimana lazimnya dalam kajian kuantitatif, ia juga perlu anda
nyatakan. Yang berikut ialah contoh pernyataan masalah kajian dalam
bentuk soalan:

TOPIK 2

PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

27

(i)

Apakah keperluan profesional sesuatu kumpulan guru sains tertentu?

(ii)

Adakah mereka memerlukan kursus pedagogi, bahasa Inggeris,


kandungan sains, rekreasi, pengendalian kelas atau mana-mana
kursus lain?

(iii) Adakah kursus profesional perlu dibezakan untuk guru berdasarkan


kadar gaji bulanan?
(iv) Adakah pelajar Tingkatan 2A yang mengikut latih tubi kursus
percakapan bahasa Inggeris harian mempunyai keupayaan lisan lebih
baik daripada pelajar Tingkatan 2B yang mengikut kurikulum biasa?
(v)

Adakah pelajar yang melawat rumah anak yatim dan rumah orangorang tua mendapat markah lebih tinggi bagi indeks simpati dan
belas kasihan berbanding dengan pelajar yang tidak mengikuti
program tersebut?

LATIHAN 2.2
Cadangkan satu topik kajian dan tuliskan Pernyataan Masalah bagi
topik ini.
(d)

Kerangka Konsep
Kerangka konsep adalah kerangka yang menunjukkan hubungan sebabkesan antara variabel tak bersandar (independent) dan variabel bersandar
(dependent) yang biasanya digambarkan dalam sebuah rajah. Contohnya,
suatu kajian untuk melihat kesan peralatan makmal ke atas personaliti
guru dan pendapat pelajar tentang pencapaian sains am. Contoh kerangka
konsep ditunjukkan dalam Rajah 2.2.

Rajah 2.2: Kerangka konsep: Faktor yang mempengaruhi pencapaian sains

(e)

Objektif dan Soalan Kajian


Dalam cadangan kajian anda perlu menyatakan objektif dan soalan kajian
yang akan anda lakukan dengan jelas. Berikut adalah beberapa contoh
objektif kajian untuk mengkaji pembelajaran koperatif:

28

TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

Objektif kajian ini adalah:


(i)

Untuk memastikan sama ada pembelajaran menggunakan TGT dapat


meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Sains; dan

(ii)

Untuk memastikan sama ada pembelajaran koperatif menggunakan


TGT dapat membina rasa kasih sayang, belas kasihan, kejujuran, sikap
rasional dan kerjasama.

(f)

Kepentingan Kajian
Bahagian ini biasanya menceritakan kepentingan hasil kajian anda nanti. Ia
juga sepatutnya dapat mengenal pasti individu, kumpulan atau institusi
yang mungkin akan mendapat manfaat daripada kajian ini. Contohnya,
pembelajaran koperatif mungkin akan berguna kepada guru sains khasnya,
dan amnya guru mata pelajaran lain yang mungkin mencari cara baru
untuk menerap nilai tertentu. Ia juga mungkin berguna untuk guru besar
yang ingin mengetahui bagaimana pembelajaran koperatif boleh
digunakan di sekolah mereka.

(g)

Batasan Kajian
Di sini nyatakan batasan kajian anda iaitu nyatakan sejauh manakah
penemuan anda boleh diguna pakai dalam konteks lain? Contohnya, jika
kajian pembelajaran koperatif (TGT) anda melibatkan penerapan nilai
tertentu di 12 buah sekolah kerajaan di negeri Selangor, maka
penemuannya mungkin boleh diamalkan di sekolah di negeri Selangor
sahaja dan tidak di semua sekolah di seluruh negara.

(h)

Penerangan Terminologi
Kebanyakannya tetapi tidak semua, cadangan kajian mengandungi
bahagian yang memberi definisi terminologi penting yang digunakan,
terutamanya terminologi teknikal. Contohnya, dalam kajian The
Inculcation of Values Using Cooperative Learning in Science, terminologi
yang didefinisikan termasuk: pembelajaran koperatif, TGT, sains,
pencapaian dan nilai. Terminologi ini perlu didefinisikan dalam konteks
kajian ini. Definisi ini boleh ditulis dalam bentuk konseptual dan
operasional. Definisi operasional ialah definisi tentang perubahan dalam
bentuk yang boleh diukur, terutamanya dalam kajian kuantitatif.
Contohnya:

TOPIK 2

PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

29

Pencapaian bererti markah sains (0 ke 100) yang didapati daripada ujian


bulanan. Nilai ini dikira menurut skala Likert daripada satu ke sembilan.
Sesetengah perubahan boleh didefinisikan secara konseptual, contohnya,
TGT adalah pendekatan kepada Team Games Tournament yang pelajar
membantu satu sama lain untuk belajar dalam kumpulan kecil dan
pengajarannya menurut empat langkah iaitu:
(i)

Guru mengajar;

(ii)

Pelajar belajar dalam kumpulan;

(iii) Mengadakan pertandingan; dan


(iv) Memberi hadiah.
(i)

Rumusan
Ini ialah perenggan pendek yang menyatakan tujuan kajian dan rumusan
dari apa yang tertulis sebelumnya.

LATIHAN 2.3
Rujuk kepada kajian dalam Latihan 2.2, lukiskan Kerangka Konsep
bagi kajian ini.

2.2.2

Bab 2: Tinjauan Literatur

Sekarang kita akan melihat tinjauan literatur dan apa yang terkandung
dalamnya.
(a)

Pengenalan
Dalam bahagian tinjauan literatur ini, anda akan menyatakan tujuan kajian
anda dan topik kecil tentang Literatur Berkaitan dan Kajian Berkaitan
yang akan disampaikan dalam muka surat seterusnya.

(b) Literatur Berkaitan


Anda perlu menyampaikan lakaran kasar semua literatur yang berkaitan
dengan kajian anda. Ini termasuklah teori dan prinsip dalam topik kajian
anda. Contohnya:

30

TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

Kaedah mengajar kemahiran berfikir bagi fungsi dan persamaan kuadratik.

Dalam mengkaji topik ini, literatur berkaitan adalah tentang:


(i)

Kemahiran berfikir;

(ii)

Pendekatan mengajar kemahiran berfikir; dan

(iii) Strategi mengajar.


(c)

Kajian Berkaitan
Dalam bahagian ini, anda akan memfokus kepada kajian lepas yang
dijalankan di dalam dan di luar negara yang berkaitan dengan soalan
kajian yang anda pilih. Anda harus memberi ringkasan kepada setiap
kajian dan terangkan penemuannya. Kemudian, nyatakan pandangan anda
sekiranya terdapat persamaan dan perbezaan antara kajian tersebut.

(d)

Rumusan
Berdasarkan tinjauan literatur yang anda buat, tulis pandangan kritikal
anda tentang kajian lepas dan juga kepentingan tinjauan ini kepada kajian
anda.
Satu lagi aspek penting yang perlu anda muatkan dalam cadangan kajian
anda ialah metodologi kajian yang akan anda gunakan untuk menjalankan
kajian anda.

LATIHAN 2.4
Rujuk kepada kajian dalam Latihan 2.2, tuliskan satu ayat berkaitan
Literatur Berkaitan dan satu ayat berkaitan Kajian Berkaitan.

2.2.3
(a)

Bab 3: Metodologi Kajian

Pengenalan
Di sini dinyatakan sekali lagi tujuan kajian anda. Anda harus memberitahu
pembaca yang bab in akan mengandungi beberapa topik kecil termasuk
reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, alat kajian, kaedah
pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data.

TOPIK 2

PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

31

(b)

Reka Bentuk Kajian


Di sini anda perlu nyatakan jenis kajian anda, sama ada ia menggunakan
kaedah kuantitatif atau kaedah kualitatif dan berikan juga justifikasi
pilihan anda. Anda juga harus menerangkan reka bentuk kajian anda.
Contohnya, ini ialah suatu kajian eksperimental, anda mungkin akan
menggunakan reka bentuk kumpulan praujian dan pascaujian (pre-testpost-test-equivalent group design). Jika anda membuat kajian tinjauan,
anda mungkin akan menggunakan reka bentuk membujur (cross-sectional)
atau keratan rentas (longitudinal).

(c)

Populasi dan Sampel


Dalam bahagian ini, anda akan menyatakan populasi yang dirangkumi kajian
anda dan teknik memilih responden kajian daripada populasi yang ditetapkan.
Saiz dan lokasi populasi dan sampel perlu diterangkan dengan jelas.
Sebagai pengkaji, anda perlu memilih populasi sasaran dan memilih
responden kajian yang mewakili populasi itu. Dalam tinjauan, lazimnya
10% daripada populasi akan diambil. Teknik pensampelan berdasarkan
kebarangkalian, termasuklah pensampelan rawak mudah, pensampelan
rawak berstrata, pensampelan rawak sistematik dan pensampelan
kelompok. Bagi kaedah kualitatif, pensampelan khusus (bukan
berdasarkan kebarangkalian) digunakan. Saiz sampel biasanya kecil,
terutamanya dalam kajian kes, sampel itu mungkin seorang pelajar, satu
kumpulan atau suatu organisasi.

(d)

Alat Kajian
Alat kajian ialah alat yang digunakan untuk mengukur variabel kajian
anda. Contohnya, alat penimbang digunakan untuk mengukur berat dan
pita ukur digunakan untuk mengukur panjang bilik darjah. Dalam kajian
pendidikan, anda perlukan alat untuk mengukur pencapaian pelajar,
kemahiran manipulatif atau sikap. Anda perlu menyatakan alat kajian anda
yang mungkin terdiri daripada pelbagai alat seperti borang kaji selidik,
borang pemerhatian, borang temu duga, skala mengukur sikap dan
pelbagai jenis ujian (ujian pencapaian, kemahiran berfikir, kecerdasan
fizikal dan sikap).
(i)

Teknik pengutipan data


Anda patut menyatakan siapakah yang akan mengutip data,
bagaimana ia akan dikutip dan bila. Sama ada anda akan mengutip
data sendiri atau anda akan gunakan orang lain (contohnya, guru
kelas) untuk mengutipnya. Teknik utama mendapatkan data
termasuklah memberi ujian kepada responden dan meminta mereka
mengisi borang kaji selidik. Teknik lain adalah dengan mengadakan
temu duga yang dirakam dan membuat pemerhatian dengan
peralatan video.

32

TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

Anda perlu ingat yang anda perlu membuat temu janji terlebih dahulu sebelum
membuat temu duga atau lawatan. Ia adalah penting untuk mendapatkan
kebenaran daripada guru besar atau pengetua sekolah terlebih dahulu sebelum
anda menjalankan kajian. Anda perlu membuat jadual waktu untuk
membolehkan anda menyiapkan kajian dalam masa yang telah ditetapkan. Di
bawah disediakan jadual waktu kerja kajian yang anda boleh adaptasi untuk
keseluruhan kajian dan ia harus dimasukkan bersama cadangan kajian anda.
Jadual 2.1: Kajian: Persepsi Guru Berijazah tentang Kepuasan Kerja
Aktiviti
Menulis cadangan kajian



Membina dan menguji alat


kajian
Mendapatkan kebenaran
menjalankan kajian di sekolah

Membuat tinjauan dan mengutip data

Analisis data
Menulis laporan

(ii)

Jan 06

Feb 06

Mac 06

April 06

Mei 06

X
X
X

x
x

Kaedah analisis data


Kaedah analisis data ialah cara yang akan anda gunakan untuk
menganalisis data kajian anda. Analisis data bermula dengan bentuk
kajian yang akan anda jalankan: Adakah bentuknya deskriptif atau
berdasarkan inferens (inferential)? Nyatakan jenis analisis statistik
yang sesuai untuk menganalisis jenis data kajian. Sekiranya anda
menggunakan pakej perisian statistik, jangan lupa menyatakannya
dalam cadangan kajian anda. Jika anda menggunakan borang kaji
selidik, apakah statistik deskriptif yang akan anda gunakan?
Sekiranya ia ialah kajian kualitatif, bagaimanakah anda akan
memproses laporan temu duga dan data pemerhatian anda? Tujuan
bahagian ini adalah untuk menerangkan peringkat demi peringkat
bagaimana data yang telah anda kutip akan diproses dan dianalisis
untuk mendapatkan inferens dan hasil kajian. Data perlu dianalisis
untuk mendapatkan jawapan kepada soalan kajian dan menguji
hipotesis.

TOPIK 2

PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

33

(iii) Rumusan
Dalam bahagian ini, anda akan merumus dengan ringkas semua topik
kecil yang ditulis sebelumnya, termasuklah soalan kajian, sampel
kajian reka bentuk kajian, alat dan analisis data.
Nota:
Nota: Bajet Kajian
Ini tidak diperlukan bagi semua cadangan kajian tetapi ia penting sekiranya
anda bercadang untuk memohon bantuan kewangan dari mana-mana
agensi. Perincian kewangan ini akan diteliti oleh bakal penderma untuk
tujuan membuat keputusan. Perkara yang akan dimasukkan ke dalam bajet
termasuklah:


Barang pakai habis seperti alat tulis.

Elaun perjalanan dan lojing.

Keperluan sumber manusia (pembantu kajian/makmal).

Peralatan/alat khas.

Percetakan laporan/menghadiri seminar.

LATIHAN 2.5
Rujuk kepada kajian dalam Latihan 2.2, tuliskan dua item soal selidik
yang dapat mengukur motivasi belajar.

34

TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

Lampiran A
Cadangan kajian ini diadaptasi daripada cadangan kajian Mohd Noh (2000),
latihan ilmiah Fakulti Pendidikan, UKM. Beliau membuat kajian ke atas sebab
pelajar berhenti mengambil Biologi di peringkat SPM. Anda diminta melihat
cadangan kajian ini dan memberi komen tentang strukturnya, tinjauan
literaturnya, kaedah kajiannya dan latar belakangnya.
1.1

Background

Presently, the writer finds no research had been done on problems in teaching
Biology since it started. The Malaysian Biology curriculum changes with time
and contemporary needs. Now Malaysia has introduced computer aided
learning (SMART SCHOOL) beginning year 2000 at 90 pioneer schools. No thesis
has been done on the effectiveness of Biology instruction in school. However,
there is the phenomenon of some science students leaving Biology at SPM level,
with few leaving the other pure sciences. In Kuala Lumpur, about 25% of SPM
candidates drop Biology each year, as confirmed by the examination section in
Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (refer to Table 2.1).
Table 2.1: List of Candidates in the Respective Science
Streams in Schools of Wilayah Persekutuan, 1996-1999
% Candidates

Year

Physics

Chemistry

Biology

Total Candidates

1996

4243

4271

3360

4271

Leaving Biology
21.3%

1997

4358

4353

3215

4358

26.1%

1998

5221

5249

3786

5249

27.9%

1999

5880

5873

4371

5880

25.7%

More students were predicted to leave Biology at HSC level due to changes in the
education policy as confirmed by the Ministry of Education. This was reported in
the radio, Channel One, 7.00 am of 14 June 1999 that all HSC candidates must
take English (MUET) Malaysian University English Test. Science candidates have
to drop a science subject if the maximum subjects remain 5 (General Paper is a
compulsory subject).
This occurrence gave an impetus for the writer to investigate the reasons why
more students leave Biology and not the other science subjects. It is the writers

TOPIK 2

PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

35

belief that there must be pertinent reasons but not due to the failure of KBSM
Biology instructions in the classroom.
1.2

Aims of the Research

The National Education philosophy stresses understanding of concepts as well as


inculcation of moral values and implies learning as whole not partitioned to a few
subjects. This is manifested in the various sciences taught in schools, including
Biology. Why should Biology be driven out? The aims of the research are:
(a)

To identify sources that lead many science students to drop KBSM Biology
compared to other science subjects; and

(b)

To identify replacement subjects selected by the students who drop KBSM


Biology.

1.3

Objectives

Based on the aims above, the objectives of the research are:


(a)

To identify sources that lead science students to drop Biology. The


identified sources to be researched are:
(i)

Students attitude toward Biology;

(ii)

Students perception of the Biology teachers;

(iii) Lack of science equipment in the science lab to continue studying


Biology effectively;
(iv) Biology is not essential with the students future career. Parents do
not encourage their children to take Biology; and
(v)

The school administrators do not encourage students to take Biology.

(b)

To identify replacement subjects as alternative to Biology and the reason for


the choice.

1.4

Significance of the Research

The research is important because no research had been done on teaching and
learning Biology. Therefore, the results of this study would be useful to
Malaysian educators. In addition, this would be the baseline for other researchers
to research KBSM Biology in such areas as curriculum implementation and
teaching aids.

36

1.5

TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

Limitation of Research

The research is restricted to students who had dropped Biology in a number of


schools in Kuala Lumpur only. Five hundred students dropped Biology at the
SPM level in 1999 from Kuala Lumpur area and thus the sample for this research
would be taken at this location. Schools are randomly selected regardless of race,
sex and school size. Results of the research could be generalised to schools
located in the Kuala Lumpur area only.
1.6

Definition of Terms

Career Choice: This refers to the students ambition on the career they would
pursue after SPM.
Students Attitudes: This is a concept that describes the students perceptions and
beliefs toward a subject and so manifested in their actions and behaviours.
Teaching Approach: The methods and techniques used by a teacher in presenting
the subject of Biology in class and in the science lab.
Support from Parents: The motivation and guidance given by parents at home
that would influence their choice of subject in school and the career choice.
Lab Facilities: This includes the physical structure of the lab. The standard
according to the Ministry of Education are 24 u 30 feet wide and 50 feet long with
tables, chairs and electrics outlet. Water and gas facilities, teaching aids, OHP,
charts and projector are sufficient for students to conduct KBSM Biology
experiment.
School Administration: Policy, priority and preferences placed by the school on
the science curriculum, adequate number of science teachers, flexibility to drop
Biology for other subjects such as accounting and technical drawing.
Students Dropping Biology: Students decision to stop taking biology as an SPM
subject and to replace it with other electives such as accounting principles,
technical drawing, economy, languages (Mandarin, Arabic).
Teaching Problems: It includes problems which frequently occur during teaching
in the classroom or within the school compound. Factors related to this include
environment, teaching objectives, teachers preparedness, teaching strategy and
evaluation of achievement. All these problems effect teaching and learning in the
classroom. Objectives may be too high to be attainable by students; content may
be too much or difficult and teaching strategy may be ineffective (Atan Long,
1991).

TOPIK 2

PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

37

CHAPTER 2: LITERATURE REVIEW


In this section, students attitudes toward science teachers personalities and
science practicals are discussed. The research includes all sciences (biology,
chemistry and physics). Research specifically on Biology alone is few.
Students attitude toward science affects achievement. According to a research by
Rozita Ismail (1991), Form 4 students of high achievement have a significantly
positive attitude toward science than those of lower achievement. The research
was conducted in three schools in Perak. Eisenhardt (1977) found that it was
good performance in chemistry that motivates students to like chemistry. Lee
Bang Hock (1988) found in his research in four schools in Kajang that Biology
was favoured by the girls while the boys preferred Physics and Chemistry.
Students attitudes toward teachers can help students to like science. According
to Norlela (1995) students preferred teachers they can easily communicate for
academic problems. Abdullah Nor (1998) also indicated that teachers who
established good learning climate facilitates students learning of Physics.
Practical in the science laboratory facilitates science manipulative skills and
interest according to Ogunniyi (1983), who made his study on Nigerian school
teachers. Similar results were reported by Tobin (1986), who conducted the study
in an Australian High School. According to Wong Kam Kin (1999), practicals
helped students to understand science concept better. Muraly Theran Rengasamy
(1978) studied Form 4 students achievement in science and found that teachers
used of teaching aids and facilities improved students performance.
CHAPTER 3: RESEARCH METHODOLOGY
3.1

Introduction

The items discussed in this chapter include some aspects related to strategy of
implementing the research: the research design, sample, location of research,
instruments, procedure, technique of data collection, and method of data analysis.
3.2

Research Design

This is a survey research using questionnaire administered to respondents who


had dropped Biology at SPM level in the year 1999. The questionnaire includes
35 close-ended items and one open-ended item. The items are categorised into
seven themes:
(a)

Attitudes towards biology;

(b)

Perceptions towards the teacher;

38

TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

(c)

Effect of lab facilities on learning;

(d)

Parental influence, effect of career choice;

(e)

Influence of school administration in handling students decision making


process; and

(f)

Subjects alternative to Biology.

3.3

Location of Research

The areas are located within the vicinity of Kuala Lumpur. The researcher chose
four schools from each of the four zones of Kuala Lumpur. There is a total of 16
schools as shown in Table 2.2.
Table 2.2: List of Schools in the Research
Zone
(a)

Bangsar

School
1. SMK Bukit Bandaraya, K. L.
2. SMK Seri Pantai, K. L.
3. SMK Taman Tun Dr Ismail, K. L.
4. SMK Victoria, K. L.

(b)

Pudu

1. SMK(P) Bandaraya, K. L.
2. SMK Aminuddin Baki, K. L.
3. SMK Cheras, K. L.
4. SMK Sains Selangor, K. L.

(c)

Sentul

1. SMK (P) Jalan Ipoh, K. L.


2. SMK Menjalara, Kepong, K. L.
3. SMK Kepong, K. L.
4. SMK Bandar Baru Sentul, K. L.

(d)

Keramat

1. SMK Desa Tun Hussein Onn, K. L.


2. SMK Wangsa Maju, K. L.
3. SMK Teknik, Setapak, K. L.
4. SMK Tinggi, Setapak, K. L.

3.4

Instruments

A set of questionnaire was designed based on the research questions. The


questionnaire was adapted from that of Abdul Wahid Othman (1998), entitled

Sikap Pelajar terhadap Mata Pelajaran Fizik: Satu Perbandingan di antara Pelajar
Pencapaian Tinggi, Sederhana dan Rendah di Sekolah Alam Shah, Kuala
Lumpur. Abdul Wahid had adjusted the items from questionnaire of Siti

TOPIK 2

PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

39

Rahayah Ariffin (1988), entitled, Kajian mengenai Sikap terhadap Sains dan
Pencapaian dalam Mata Pelajaran Sains Paduan bagi Pelajar Tingkatan Tiga.
Some items are derived from questionnaire of Lee Beng Heok (1988) research,
entitled, Sikap Pelajar terhadap Biologi dan Sekolah: Dikotomi dan Tahap
Pencapaian.
For content, validity the questionnaire was referred to the supervisor whose area
is Biology education. Next, the writer was advised to do the reliability test using
test and retest techniques. Reliability test determines the consistencies of answers
by respondents should the test be repeated again. The reliability test was done at
Sekolah Menengah Lelaki Methodist, Sentul where 20 form five students do the
first test on Wednesday at 1.00pm, 30 September 1999. The retest was done on
Friday, at 10.30am, 1st October 1999. The reliability was high (above 0.8). Some
improvements to the items were made. There are two sections on the
questionnaire:
(a)

Section A : Background of respondents.

(b)

Section B : Include 35 close-ended items and one open-ended item.

The 35 items are categorised into seven themes each having four to six items.
Table 2.3: Themes and the Respective Items in the Questionnaire (Close Ended Items)
No.

Themes

Item

1.

Students attitude towards biology.

1, 2, 3, 4, 5, 6

2.

Students attitude towards biology teacher.

7, 8, 9, 10, 11, 12

3.

Effect of lab facilities.

13, 14, 15, 16, 17

4.

Effect of future career.

18, 19, 20, 21

5.

Parental influence.

22, 23, 24, 25

6.

School administrations influence.

26, 27, 28, 29

7.

Sources of alternative subject replacing biology.

31, 32, 33, 34, 35, 36

40

TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

Item number 30 is an open-ended item requesting students to choose the subjects


alternative to Biology. The rest of the 35 items, respondents are requested to
circle the answer on the scale of 1 to 10. Number one indicates highly disagrees to
the given statement, while 10 indicates student highly agree to it.
3.5

Procedure

The research topic was chosen after consultation with the supervisor and the
drafting of proposal was made, entitled Factors that influence science students
to drop Biology at SPM level. The revised proposal was sent to the Ministry of
Education Research and Policy Division (Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Perancangan Pembangunan dan Penyelidikan), for their evaluation
and approval to visit the schools for data collection. In addition, permission was
also sought from Bahagian Pendaftaran, Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan, Kuala Lumpur. Both letters would be shown to the school on the
visit.
The questionnaires were submitted to the school administrator who will
administer it to the respondents. The data collected would be examined, sorted
and analysed.
3.6

Data Collection

This is a survey using a self-administered questionnaire to the respondents


(selected students). It is not posted by mail but the questionnaire was delivered
by the researcher to the school and he would collect it back.
The senior science teacher of the school was requested to help in the distribution
and administration of the questionnaire to the respondents with the permission
of the school head. Students would be briefed on how to respond to the
questionnaire and 45 minutes would be allocated for the answering session. The
researcher would come back to the school after a week to collect the
questionnaire forms.
3.7

Data Analysis

The 35 close-ended items will be analysed based on the scale 1 to 10. The
following table shows how scores would be obtained:

TOPIK 2

PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

41

Table 2.4: Scale for Answering Questionnaire from Strongly Agree to Strongly Disagree
Category

Strongly Disagree -------------

----------------- Strongly Agree

Level of agreement

10

Score (S)

Sample (n)
Total
(S u n)

References:
Abdul Wahid Othman. (1999). Sikap pelajar terhadap mata pelajaran fizik: Satu

perbandingan di antara pelajar berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah


di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur. Bangi, Malaysia: Latihan Ilmiah,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdullah Nor. (1998). Kajian mengenai beberapa faktor yang mempengaruhi
kecenderungan terhadap Fizik bagi pelajar tingkatan 4. Bangi, Malaysia:
Latihan Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Atan Long. (1983). Pedagogi kaedah mengajar. Kuala Lumpur, Malaysia: Fajar Bakti.
Eisenhardt, W.D. (1977). A research for predominant causal sequence in
interrelationship of interest in academic subject and academic achievement,
Dissertation Abstract International, 37, no 07:4225.
Lee Ben Hock. (1988). Sikap pelajar terhadap biologi dan sekolah: Dikotomi
jantina dan tahap pencapaian. Bangi, Malaysia: Latihan Ilmiah, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Masmuda Bakri. (1981). Persepsi terhadap mata pelajaran di kalangan pelajar
sekolah menengah: Satu kajian kes. Bangi, Malaysia: Latihan Ilmiah,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muraly Tharen Rengasamy. (1987). Kesan penggunaan ABM terhadap
pencapaian murid tingkatan 4 dalam mata pelajaran fizik. Bangi, Malaysia:
Latihan Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norlela Sulaiman. (1995). Strategi mempertingkat minat pelajar terhadap subjek
sains bagi memenuhi matlamat pendidikan negara, Seminar Kebangsaan
Matrikulasi/Asasi Pertama, Malaysia 22-23 November.
Ogunniyi, M.B. (1983). An analysis of laboratory activities in selected Nigerian
secondary school. Journal of Science Education, 5(2), 195-201.

42

TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

Rozita Ismail. (1991). Kajian mengenai sikap dan pencapaian dalam mata

pelajaran fizik moden tingkatan empat di tiga buah sekolah menengah di


daerah Batang Padang, Perak. Bangi, Malaysia: Latihan Ilmiah, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Tobin, K. (1986). Secondary school science laboratory activities. Journal of Science
Education, 8(2), 199-211.

Lampiran B
Pilih satu topik kecil kajian dan berdasarkan panduan di bawah, tulis cadangan
kajian untuk topik yang telah anda pilih:
Jadual 2.1: Panduan Menulis Cadangan Kajian
Contents
Chapter
1

Items to be Included

Research
Problem
Background of
the Research

Why must this research be done? Data from previous


research to support it.

Statement of
the Problem

Statement of the research problem in terms of what the


research will attempt to do.

Conceptual
Framework

Relationship between research variables.

Aim of the
Research

General aim of the research, objectives, research


questions, hypotheses (if any).

Significance of
the Research

Limitation of
the Research

Definition of
Terms

Why is it significant to you as a researcher, to the


profession, the organisation or the community in
general? What benefit will you or they get?
Factors that limit the research or data collection. To
what extent can the result be generalised to a bigger
population?
Conceptual and operational definition of main variables
in the research (in measurable terms).

TOPIK 2

Chapter 2

PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

43

Literature Review
Introduction

Review the literature related to the research:


State principles or theories directly related to the
research.

Related Research

 Review the past research related to the present


research.
 Compare and contrast the findings and give
conclusion and comments.

Summary

Chapter 3

Summarise related literature and research and states


the reasons why such literature as research are
important for the research.

Research
Methodology
Introduction

Introduction to the conceptual framework of the


research: stating the relationship between proposed in
the research.

Research Design

Which research design do you use? Why is it suitable?

Population and
Sample

Which specific population does the research address?


How and where the samples are taken?

Sampling

What procedure do you follow?

Research Instruments

Description, sources, its validity and reliability (attach


it to appendix).

Data Collection

Who collects the data? How and when? Timeline to do


the research: getting permission, informing schools,
colleges or institutes.

Data Analysis

Plan how data would be analysed. Descriptive or


inferential? Which specific statistical test would be
used?

References

List of references.

44

TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

Selain daripada kandungan yang diberikan dalam Jadual 2.1, format bagi
penulisan cadangan kajian adalah seperti berikut:
Topik Tesis/Thesis Title
Pengesahan/Declaration
Abstrak/Abstract (in bahasa Melayu or English)
Jadual Kandungan/Table of Contents
Senarai Jadual/List of Tables
Senarai Rajah/List of Figures
Bab 1: Masalah Kajian/Chapter 1: Research Problem
1.1

Pengenalan/Introduction

1.2

Pernyataan Masalah/Statement of the Problems

1.3

Kerangka Konsep/Conceptual Framework

1.4

Matlamat Kajian/Aim of the Research

1.5

Kepentingan Kajian/Significance of the Research

1.6

Batasan Kajian/Limitations of the Research

1.7

Definisi Istilah/Definition of Terms

1.8

Ringkasan/Summary

Bab 2: Tinjauan Literatur/Chapter 2: Literature Review


2.1

Pengenalan/Introduction

2.2

Literatur Berkaitan/Related Literature

2.3

Kajian Berkaitan/Related Research

2.4

Ringkasan/Summary

Bab 3: Kaedah Kajian/Chapter 3: Research Methodology


3.1

Pengenalan/Introduction

3.2

Reka Bentuk Kajian/Research Design

TOPIK 2

PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

3.3

Populasi dan Sampel/Population and Sample

3.4

Alat Kajian/Research Intruments

3.4.1

Pembangunan Alat Kajian/Development of Research Instruments

3.4.2

Variabel Kajian/Research Variables

3.5

Tatacara Pengutipan Data/Data Collection Procedure

3.6

Tatacara Penganalisisan Data/Data Analysis Procedure

3.7

Ringkasan/Summary

45

Menulis cadangan kajian memakan masa yang panjang dan saya cadangkan
anda bekerja rapat dengan tutor penyelia anda.

Jangan risau kepada kritikan yang membina, terima kritikan dengan fikiran
terbuka, sebab kritikan ini akan membaiki kajian anda.

Cadangan kajian mengandungi soalan kajian, reka bentuk kajian yang


terperinci dan terang, kepentingan kajian, definisi istilah, alat kajian, kaedah
pengutipan data dan kaedah penganalisisan data.

Cadangan kajian

Pernyataan masalah

Kerangka konsep

Tinjauan literatur

Latar belakang masalah

46

TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

1.

Pengkaji perlu menyediakan cadangan kajian terlebih dahulu. Nyatakan


mengapa rancangan kajian ini perlu disediakan.

2.

Dalam Pengenalan kepada Bab 1, apakah tujuan kajian yang ditunjukkan


dalam contoh kajian Inculcating Noble Values through Cooperative
Learning in Science?

3.

Dalam contoh cadangan kajian yang diberi, nyatakan apakah batasanbatasan kajian yang dijelaskan oleh pengkaji.

4.

Andaikan anda sebenarnya ingin menjalankan kajian bertopik Hubungan


antara Motivasi dan Kemahiran Asas dengan Pencapaian Matematik.
(a)

Jelaskan dengan ringkas kepentingan kajian ini sama ada kepada


murid, ibu bapa, guru atau guru besar sekolah.

(b)

Senaraikan dua soalan kajian yang berkait dengan variabel-variabel


yang diberikan dalam topik kajian ini.

(c)

Tuliskan sedikit Latar Belakang Masalah Kajian dalam Bab 1:


Masalah Kajian yang sesuai bagi topik kajian ini.